Upload
wan-nurul-ashikin-mansor
View
142
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pkk
Citation preview
NAMA………………………………………….
KUMPULAN………………………………………….
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH MERLIMAU
NAMA………………………………………………………………………………………..
TARIKH LAHIR…………………………..
NO KP/SB…………………………………..
NO. KEAHLIAN…………………………..
NO. KUMPULAN …………………………………..
ALAMAT…………………………………………………………………………………………
ALAMAT KUMPULAN …………………………………………………………………………………………
PANGKAT …………………….NAMA PEMIMPIN PENGAKAP ……………………………………..
Bil
.
Nama Lencana No. Sijil Tarikh Lulus
MAKLUMAT PERIBADINama ……………………………………………………………………………
Tarikh Lahir …………………. No.KP/SB ……………………………….
No. Keahlian …………………. No. Kumpulan ……………………………….
Alamat ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Alamat Kumpulan ……………………………………………………………………………
Pangkat dalam
Pengakap ……………………………………………………………………………
Nama Bapa/Penjaga ……………………………………………………………………………
Pekerjaan ……………………………………………………………………………
Alamat tempat kerja
(Jika ada)
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Nama Pemimpin
Pengakap Kumpulan ……………………………………………………………………………
Nama Pemimpin
Pengakap Sekolah
1. …………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..…………………………………………………………………..
2.3.4.5.6.7.8.
…………………………………………………………………..
LOGO PENGAKAP
Logo Pengakap Malaysia mengandungi 3 pecahan kelompok yang melambangkan prinsip asas yang terkandung dalam Persetiaan Pengakap iaitu :
Lambang Maksud
Kelopak ke atas melambangkan
Persetiaan Pengakap yang pertama.
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
Kelopak ke kanan melambangkan
Persetiaan Pengakap yang ke dua.
Menolong orang pada setiap masa.
Kelopak yang ke kiri melambangkan
Persetiaan Pengakap yang ke tiga.
Menurut undang – undang pengakap.
Ketiga – tiga kelopak ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan
persaudaraan pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli – ahli pengakap
supaya membuat kebajikan pada setiap masa.
Bintang pecah 14 yang terletak di tengah – tengah anak panah
melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.
Dua bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kanan
melambangkan sepuluh undang – undang pengakap.
Bulan sabit yang terletak di bawah kelopak melambangkan Agama Islam
sebagai agama rasmi Negara.
Warna kuning, merah dan hijau melambangkan unit – unit pengakap.
Kuning bagi pengakap kanak – kanak
Hijau bagi pengakap muda
Merah bagi pengakap remaja
Lingkaran tali berwarna biru tua melambangkan perpaduan rakyat
malaysia dan persaudaraan pengakap sedunia.
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
CARA MEMAKAI TANDA PANGKAT DAN LENCANA
COGAN KATA
PENGAKAP KANAK-KANAK
“BUAT SEHABIS BAIK”
HORMAT PENGAKAP
Rukun Negara
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang – undang
Kesopanan dan kesusilaan
CERITA HUTAN
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman
dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam
ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah
khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan
seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi
khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi
khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian
itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia
hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke
arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di
dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere
Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu
serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain
menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai
anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain
juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan
dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa
tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat
mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat
makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala
menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala
menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi
badannya tidak muat melalui pintu gua.
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang
suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli
tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala
di dalam hutan.
SEJARAH PERMULAAN PENGAKAP
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah
berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth
Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang
maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British
bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam
pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.
Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13
dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua
Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun
1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di
medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang
itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat
dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah
menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak
lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP
telah mengarang sebuah buku bernama "Scouting For Boys".
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini
tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada
pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib
yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap
Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi
seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya.
Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam
segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-
anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan
bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah,
hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP
berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
Buku "Scouting For Boys" dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia.
Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan
pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan
pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang
diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang
janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini
perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan
masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron’ dan
telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of
Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80
tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan
sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha
mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang
dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan
Gunung Kenya.
ISTIADAT LAUNG AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia
dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata
penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
1. TUJUAN
a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK
berdiri diam dalam keadaan sedia.
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK
membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." dan berlari
anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan
mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan
sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.
4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela
merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat
ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah
sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT
HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan
sedia.
5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU
BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT
HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak
jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.