8
TAHNIAH KEJAYAAN ANDA KEBANGAAN KAMI Buku Panduan Graduan BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) SEMENANJUNG MALAYSIA

Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

16

TAHNIAH KEJAYAAN ANDA

KEBANGAAN KAMI

Buku Panduan Graduan

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAJLIS KONVOKESYEN

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA (ILKKM)

SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 2: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

2

1. Tarikh, Masa dan Tempat ………..…………………… 3 2. Kehadiran …………………………………………………. 4 3. Pakaian Akademik Graduan……..………………….. 4 4. Taklimat Dan Pendaftaran ...………………………… 6 5. Bayaran ………………………………….……………… 7 6. Pengambilan Jubah …………………...….….... 8 7. Pemulangan Jubah …………………...….……. 8 8. Tetamu Graduan untuk Majlis Konvokesyen ...9 9. Pintu Masuk ke Dewan Majlis Konvokesyen dan Tempat Letak Kereta ……………………………… 9 10. Penginapan ………………………………………………….10 11. Etika Majlis Konvokesyen …………………………….. 10 12. Pertanyaan ……………………………………………….. 11 13. Senarai Semak …...……………………………………... 12 14. Peta Jalan Ke KSKB SAS Ulu Kinta ………….…... 13 15. Lokasi Tempat Letak Kereta ….…………….. 14

15

ZON 4 Tempat Letak Kereta

- Bekas Ladang Kelapa - Kapasiti: 2000 buah

kereta

ZON 3 Tempat Letak Kereta

- Berdekatan Rumah Seri Kenangan - Kapasiti: 150 - 200 buah

kereta

Pelan lokasi tempat letak kereta di belakang ILKKM SAS

Ke ILKKM SAS

ZON 5 Tempat Letak Kereta

- Tempat Letak Kereta Utama - Kapasiti: 2000 buah kereta

Page 3: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

14

Pelan lokasi tempat letak kereta dari pintu masuk Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak

ZON 1 Tempat Letak Kereta

- Berhampiran Pusat Induksi - Kapasiti: 150—200 buah

kereta

ZON 2 Tempat Letak Kereta

- Depan Asrama Siswa - Kapasiti: 150—200 buah

kereta

3

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen ILKKM Semenanjung Malaysia bagi tahun 2019 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 19 - 21 Oktober 2018 Masa : 7.00 pagi (Sidang 1, 3, 5) 1.00 petang (Sidang 2, 4, 6) Tempat : Dewan Seri Perdana, ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Graduan boleh menyemak dari semasa ke semasa mengenai sebarang maklumat konvokesyen di laman web berikut:

a) http://latihan.moh.gov.my/v4/ b) http://www.konvo.ilkkm.com

Page 4: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

4

Maklumat khas kepada graduan :-

Sila beri jawapan melalui atas talian di Sistem Pengurusan Konvokesyen (Convocation Management System) di laman sesawang

www.konvo.ilkkm.com. Jawapan hendaklah diberi sebelum ATAU pada 11 Oktober 2019 (Jumaat). Borang Jawapan Kehadiran melalui sistem hendaklah dilengkapkan dan dihantar pengesahan kehadiran tersebut. Pengesahan kehdairan yang lewat diterima tidak akan dilayan. (Jika tiada sebarang jawapan diterima, tuan/puan dianggap tidak akan menghadiri majlis tersebut) Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sidang yang telah ditetapkan. Graduan tidak dibenarkan menangguhkan konvokesyen atau mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri konvokesyen kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan KKM.

3.1 Pakaian Akademik Graduan semasa Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut:

Bil Graduan Pakaian

i. Graduan Diploma/ Diploma Lanjutan

Jubah, Hood & Mortarboard

ii. Graduan Sijil Jubah, Hood & Mortarboard

iii. Graduan Kursus Pengkhususan

13

Page 5: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

12

BIL SEBELUM KONVOKESYEN TANDA (√)

1. Telah membawa :

Slip Pengesahan Kehadiran

Borang Pengambilan & Pemulangan Jubah

2. Telah menyediakan pakaian untuk menghadiri Majlis Konvokesyen seperti yang ditetapkan.

3. Telah memaklumkan kepada tetamu (ibu bapa / penjaga) mengenai tatacara pakaian rasmi yang ditetapkan semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.

4. Pas masuk tetamu (ibu bapa / penjaga) telah diserahkan kepada tetamu (ibu bapa / penjaga)

TANDA (√) HARI PENDAFTARAN

5. Pendaftaran di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

Slip Pengesahan Kehadiran

Borang Pengambilan & Pemulangan Jubah

6. Pengambilan Jubah di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

HARI PENGANUGERAHAN KONVOKESYEN TANDA (√)

7. Perbarisan Graduan di laluan pejalan kaki antara Blok Akademik dan Blok Pentadbiran .

8. Penganugerahan konvokesyen di Dewan Sri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

9. Pemulangan Jubah di Bangunan Akademik, ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

5

3.2. Kod Pakaian yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Pihak urusetia Konvokesyen berhak menghalang mana-mana graduan daripada menyertai Majlis Konvokesyen sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian tersebut.

Graduan Wanita

i. Pakaian formal – perlu bersesuaian dengan protokol majlis. Contoh: baju kurung atau kebaya labuh. (sopan, kemas dan menampilkan perwatakan menarik, tidak ketat, tidak jarang, tidak berbelah dan tidak terdedah. Baju mestilah berlengan panjang dan sekiranya me-makai skirt hendaklah melepasi paras lutut). ii. Graduan beragama Islam hendaklah menutup aurat dengan memakai tudung yang bersesuaian. Bagi yang bukan Islam, rambut disisir rapi, kemas dan tidak di-warnakan. iii. Kasut bertutup penuh dan bertumit lebar serta tidak terlalu tinggi, menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (court shoes / kasut bertutup), berwarna hitam / gelap yang bersesuaian. (Kasut sukan, selipar dan sandal tidak dibenarkan.)

Graduan Lelaki

ii. Lounge Suit berwarna gelap ATAU kemeja lengan panjang berwarna terang. Untuk keseragaman, gradu-an DIWAJIBKAN memakai tali leher. ii. Rambut graduan lelaki hendaklah pendek dan ke-mas, tidak mencecah kolar baju. iii. Kasut berwarna hitam/gelap yang bersesuaian serta stoking warna hitam/gelap. (Kasut sukan, selipar, san-dal dan kasut getah tidak dibenarkan.)

Page 6: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

6

4.1 Bagi memastikan Majlis Konvokesyen berjalan lancar, para Graduan

yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen diwajibkan mengikuti sesi pendaftaran dan pengambilan jubah pada tarikh dan masa seperti ketetapan jadual dibawah.

4.2 Peringatan penting: Kehadiran ke pendaftaran dan pengambilan jubah adalah WAJIB.

4.3 Pakaian semasa pendaftaran mestilah kemas dan bersesuaian. 4.4 Graduan adalah disarankan berpakaian “smart casual”. TIDAK

DIBENARKAN memakai skirt singkat, kemeja-t leher bulat, pakaian sukan, seluar “jeans”, kasut mendedahkan kaki, kasut sukan, selipar atau sandal.

4.5 Para graduan perlu membuat pendaftaran dahulu sebelum mengambil jubah. Para graduan perlu membuat pendaftaran dahulu sebelum mengambil jubah

4.6 Tempat Pendaftaran dan Pengambilan Jubah :

TARIKH MAJLIS KON-

VOKESYEN

TARIKH DAN MASA

PENDAFTARAN

TEMPAT

19 Oktober 2019

18 Oktober 2019

9.00 pagi—3.00 petang

Bangunan Akade-mik ILKKM SAS,

Ipoh

20 Oktober 2019

19 Oktober 2019

9.00 pagi—3.00 petang

Dewan Utama IPG Kampus Ipoh

21 Oktober 2019

20 Oktober 2019

9.00 pagi—3.00 petang

Dewan Utama IPG Kampus Ipoh

11

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai konvokesyen, sila hubungi pegawai-pegawai yang berkenaan seperti yang disenaraikan di bawah :

BIL PEGAWAI EMEL

1. Afihan Bin Abdul Rahman [email protected]

Page 7: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

10

10.1 Tempat penginapan adalah di bawah tanggungan graduan. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang penginapan. Graduan disarankan membuat tempahan hotel lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

Para graduan dikehendaki mematuhi etika berikut semasa Majlis Konvokesyen berlangsung : 11.1 Perarakan graduan ke dalam Dewan Konvokesyen akan berlangsung selewat-lewatnya setengah jam sebelum majlis bermula; 11.2 Para graduan TIDAK DIBENARKAN meninggalkan tempat duduk di dalam dewan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. Sila ke tandas sebelum perarakan bermula atau pun selepas majlis berakhir; 11.3 Tidak dibenarkan mengambil foto atau membuat rakaman audio-video majlis yang berlangsung, kecuali jurufoto rasmi yang telah dilantik oleh pihak penganjur. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah berbangkit sekiranya graduan mengambil khidmat daripada jurufoto selain yang dilantik oleh pihak penganjur. 11.4 Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam mod

senyap. Penggunaan telefon bimbit semasa majlis berlangsung adalah dilarang sama sekali; dan

11.5 Sila patuhi arahan petugas-petugas acara majlis.

7

Pakej Konvokesyen terdiri daripada jubah, fotografi dan buku Konvokesyen:

5.1 Bayaran perlu dibuat kepada akaun pembekal di dalam Sistem Pengurusan Konvokesyen (Convocation Management System) di laman sesawang www.konvo.ilkkm.com seperti berikut:

Nama : Iltizam Megah Sdn Bhd, Nank & No. Akaun : RHB Bank (21231200073717) ***Pembayaran hendaklah dibuat secara “Transfer Online” menggunakan Kaedah “Instant Transfer” atau melalui “Cash Deposit Machine” (CDM). Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik di Sistem Pengurusan Konvokesyen (Convocation Management System) semasa anda mengesahkan kehadiran.

a) Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik di Sistem

Pengurusan Konvokesyen (Convocation Management System) semasa anda mengesahkan kehadiran.

b) Slip pengesahan kehadiran perlu dibawa bersama pada hari pendaftaran.

5.2 Jubah hanya akan dibekalkan jika bayaran penuh termasuk deposit telah dibayar. 5.3 Resit asal pembayaran perlu dibawa bersama pada hari taklimat dan

serahkan kepada pembekal untuk tujuan pengambilan jubah. 5.4 Deposit akan dikembalikan pada graduan melalui “Bank Transfer”

selewat-lewatnya satu bulan dari tarikh konvokesyen. Sila pastikan anda memasukkan nama bank dan no akaun yang betul apabila anda mengemaskini butiran semasa pendaftaran Online.

5.5 Sekiranya graduan tidak hadir selepas pembayaran dibuat atas sebarang alasan / masalah, pihak pembekal hanya memulangkan Deposit Jubah

Bil

Graduan Pakej Konvokesyen Jumlah Bayaran

i. Graduan Diploma/ Diploma Lanjutan Yuran

Konvokesyen : RM180.00 & Deposit Jubah: RM100.00

RM 280.00 ii.

Graduan Sijil

iii.

Graduan Kursus Pengkhu-susan

Page 8: Buku Panduan Graduan TAHNIAH KEJAYAAN ANDA MAJLIS ... Panduan Majlis...pakaian tersebut. Graduan i. Pakaian formal Wanita –perlu bersesuaian dengan protokol kemas dan menampilkan

8

6.1 Para graduan boleh mendapatkan jubah di Kaunter Pendaftaran Majlis

Konvokesyen semasa mendaftarkan diri pada tarikh dan masa mengikut jadual seperti di Halaman 6. 6.2 Para graduan MESTI mengambil jubah mengikut jadual yang dinyata kan 6.3 Para graduan MESTI hadir sendiri untuk mengambil jubah bagi

memastikan saiz jubah berpadanan dengan graduan; 6.4 Para graduan TIDAK dibenarkan membuat sebarang pindaan kepada

saiz jubah yang telah diambil; 6.5 Sebelum meninggalkan Kaunter Pengambilan Jubah, graduan perlu memastikan mendapat set jubah (berdasarkan disiplin) yang betul dan dalam keadaan baik; 6.6 Para graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah; 6.7 Para graduan MESTI menggunakan jubah dan mematuhi kod pakaian

yang dinyatakan dalam perkara 3.2 7.1 Jubah perlu dipulangkan ke kaunter pemulangan jubah kepada pihak yang dilantik sahaja sebelum jam 5.00 petang (bagi graduan sesi pagi) DAN sebelum jam 8.00 malam (bagi graduan sesi petang) pada hari penerimaan sijil/diploma di Kaunter Pemulangan Jubah, ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. 7.2 Deposit RM100.00 tidak akan dikembalikan jika jubah dipulangkan selepas jam 5.00 petang (bagi graduan sesi pagi) DAN selepas jam 8.00 malam (bagi graduan sesi petang) pada hari penerimaan sijil/diploma. 7.3 Deposit RM100.00 tidak akan dikembalikan sekiranya jubah didapati rosak semasa pemulangan.

9

8.1 Graduan dibenarkan membawa SEORANG [1] ATAU DUA [2] ORANG tetamu sahaja ke dalam dewan upacara majlis. Sila bawa bersama PAS MASUK yang akan diberikan pada hari pendaftaran supaya dapat memasuki dewan. 8.2 Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan upacara majlis. 8.3 Fotografi DILARANG semasa upacara berlangsung. 8.4 Semua graduan dan keluarga dinasihatkan supaya mengambil

sarapan pagi / makan tengah hari sebelum majlis bermula. 8.5 Para tetamu dipohon agar berpakaian formal dan sopan.

9.1 Para graduan akan berarak memasuki dewan menggunakan pintu

masuk bahagian hadapan Dewan Seri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

9.2 Para jemputan juga hanya boleh menggunakan pintu masuk bahagian hadapan Dewan Seri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

9.3 Tempat letak kereta adalah di luar kawasan ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sila rujuk Lokasi Tempat Letak Kereta di Halaman 14 dan 15 dalam buku panduan ini.