Buku Panduan Kelab Rukun Negara

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    1/41

    1. PENDAHULUAN

    1.1.Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat

    keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah

    diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan

    tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan

    Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,

    menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan

    percaya mempercayai di kalangan rakyat.

    1.2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis

    Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970

    yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan

    mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan

    antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan

    Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang

    kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke

    arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan

    tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi

    pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan

    dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan

    Negara.

    1.3.Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip

    yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah

    diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan

    dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan

    Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004

    2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

    2.1.Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh

    Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan

    Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat

    Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu,ketika merasmikan Hari Perpaduan

    Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat

    Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjaminperpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    2/41

    ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benar-

    benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya

    hidup seharian.

    2.2.Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah

    mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah

    menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling

    IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah

    bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk Lampiran A) kepada semua Pengarah

    Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan,

    tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai

    panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh

    kelab ini.

    2.3.Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan

    penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan

    Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM)

    telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak

    Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan

    tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

    3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

    3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

    3.2.Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

    3.3.Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan

    Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;

    3.4.Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang

    berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,

    berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan

    negara.

    4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    3/41

    Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara

    di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;

    JABATAN

    TANGGUNGJAWAB

    TINDAKAN /

    PERLAKSANAAN

    1. Jabatan Perpaduan

    Negara Dan

    Integrasi Nasional

    - Ketua Pengarah

    - Bahagian

    Perpaduan

    Masyarakat Dan

    Integrasi Negara

    - Garis Panduan

    - Cadangan aktiviti

    - Kepegawaian /

    Fasilitator

    - Bahan cetak

    - Promosi

    - Kewangan- Pemantauan

    - Pelaporan

    JABATAN

    TANGGUNGJAWAB

    TINDAKAN /

    PERLAKSANAAN

    2. Kementerian

    Pelajaran Malaysia

    - Ketua Pengarah

    Pelajaran Malaysia

    (KPPM)- Pengarah Bahagian

    Sekolah

    - Garis Panduan

    - Cadangan aktiviti

    - Kepegawaian /Fasilitator

    - Bahan cetak

    - Promosi

    - Kewangan

    - Pemantauan

    - Pelaporan

    3. Jabatan Perpaduan

    Negara Dan

    Integrasi Nasional

    Negeri/JabatanPelajaran Negeri

    - Pengarah Jabatan

    Perpaduan Negara

    Dan Nasional

    Negeri- Pengarah Pelajaran

    Negeri

    - Arahan

    - Kewangan

    - Cadangan dan

    pelaksanaanaktiviti

    - Pemantauan

    - Pelaporan

    4. Pejabat Perpaduan

    Daerah /Bahagian/

    Pejabat Pelajaran

    Daerah/ Bahagian

    - Pegawai

    Perpaduan

    Daerah/Bahagian

    - Pegawai Pelajaran

    Daerah/Bahagian

    - Pelaporan

    - Penyelarasan

    5. Sekolah - Pengetua/Guru

    Besar

    - Guru Penasihat

    - Penubuhan Kelab

    - Pelaksanaan

    aktiviti- Pemantauan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    4/41

    - Pelaporan

    - Sumber Kewangan

    5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

    5.1.Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan

    pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman,

    penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain

    daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan

    Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke

    arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan

    murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara

    dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:

    Kepercayaan Kepada Tuhan

    Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

    Keluhuran Perlembagaan

    Kedaulatan Undang-Undang

    Kesopanan dan Kesusilaan

    5.2.Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah

    seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti

    Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.

    5.3.Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini

    juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih

    berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab

    Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan

    aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai

    yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme,

    perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    5/41

    6. SUMBER KEWANGAN

    6.1.Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan

    kokurikulum sedia ada);

    6.2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional,

    Jabatan Perdana Menteri;

    6.3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;

    6.4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

    dan swasta;

    6.5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan

    kerajaan dan swasta; dan

    6.6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

    7. KESIMPULAN

    Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras

    dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin

    kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan

    Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi

    supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,

    penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan

    terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih

    bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat

    ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat

    dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

    1. PENDAHULUAN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    6/41

    1.1.Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara

    di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan

    Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan

    berbuat demikian.

    1.2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh

    murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

    1.3.Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang

    dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga

    bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala

    perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

    2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

    2.1.Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah

    masing-masing.

    2.2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan

    penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

    2.3.Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa

    ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara

    dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

    2.4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab

    Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

    2.5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru

    Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;-

    a) Perlembagaan kelab;

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    7/41

    b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

    c) Senarai aktiviti utama kelab;dan

    d) Laporan Kewangan.

    2.6.Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-

    kurangnya 3 kali setahun.

    3. PERATURAN

    Peraturan 1: Nama Pertubuhan

    1.1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam

    Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

    1.2.Nama pertubuhan ini ialah Kelab Rukun Negara dan diikuti dengan nama sekolahmasing-masing.

    1.3.Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

    Peratuan 2: Objektif

    Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

    2.1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui danmemahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

    2.2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

    2.3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun

    Negara kepada negara;

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    8/41

    2.4.Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

    2.5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid

    berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dankerjasama antara kaum;

    2.6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

    2.7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang

    larang kaum-kaum di Malaysia.

    Peraturan 3: Keahlian

    3.1.Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab

    Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti

    yang dilaksanakan oleh kelab ini.

    3.2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak

    boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya

    terdiri daripada satu kaum sahaja.

    3.3.Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-

    perkara berikut;

    3.3.1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama

    ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

    3.3.2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

    oleh kelab;

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    9/41

    3.3.3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda

    yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

    kaum;

    3.3.4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya

    memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

    3.3.5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara

    yang sensitif bagi sesuatu kaum;

    3.3.6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satubudaya di kalangan rakyat Malaysia.

    Peraturan 4 : Aktiviti

    4.1.Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti

    berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

    4.1.1. Kepercayaan Kepada Tuhan

    - Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;

    (rujuk halaman 26);

    4.1.2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

    Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;

    (rujuk halaman 29);

    4.1.3. Keluhuran Perlembagaan

    Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

    (rujuk halaman 32);

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    10/41

    4.1.4. Kedaulatan Undang-Undang

    - Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;

    (rujuk halaman 36); dan

    4.1.5. Kesopanan Dan Kesusilaan

    - Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan

    kebudayaan sesuatu kaum.

    (rujuk halaman 38).

    4.1.6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan

    Rukun Negara.

    Peraturan 5 : Pentadbiran

    5.1.Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini

    adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab

    Rukun Negara.

    Jawatankuasa ini adalah separti berikut :

    i. Penaung Bersama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

    - Menteri Pelajaran Malaysia

    ii. Pengerusi Bersama - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    - Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan

    Integrasi Nasional

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    11/41

    iii. Timbalan Pengerusi - Timbalan Ketua Pengarah

    Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

    - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    iv. Setiausaha - Pengarah Bahagian sekolah

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    - Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan

    Integrasi Negara

    Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

    v. Ahli - Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

    - Bahagian Sekolah,

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    - Bahagian Teknik dan Vakasional,

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    - Jabatan Penerangan Malaysia

    5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri

    Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun

    Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam

    melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri

    dan di sekolah-sekolah.

    Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    12/41

    i. Penaung - Exco Perpaduan

    ii. Pengerusi Bersama - Pengarah Pelajaran Negeri

    - Pengarah

    Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

    (JPNIN) Negeri

    iii. Setiausaha - Penolong Pengarah JPNIN Negeri

    - Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri

    iv. Ahli -Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

    Jabatan Pelajaran Negeri

    - Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

    - Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

    5.3. Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

    Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktivitiKelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.

    i. Penasihat - Pengarah Pelajaran Negeri

    - Pengarah JPNIN Negeri

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    13/41

    ii. Pengerusi Bersama - Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

    - Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

    iii. Setiausaha - Penyelia Kokurikulum

    - Pembantu Pembangunan Masyarakat

    iv. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

    - Jabatan Penerangan Daerah

    5.4. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

    Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti

    berikut;

    i. Penaung - Pengetua/Guru Besar

    ii. Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

    iii. Penyelaras - Guru Penasihat

    iv. Pengerusi - Seorang murid

    v. Timbalan Pengerusi - Seorang murid

    vi. Setiausaha - Seorang murid

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    14/41

    vii. Penolong Setiausaha - Seorang murid

    viii. Bendahari - Seorang murid

    ix. Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

    x.Juru Audit Dalam - 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

    Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan

    Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung

    Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit

    Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

    Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

    Pegerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.

    - Mempengerusikan mesyuarat Kelab.

    - Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.

    - Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara

    yang lain.

    - Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah

    /Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan

    sebagainya.

    - Lain-lain tugas pentadbiran.

    Timbalan Pengerusi - Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

    - Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    15/41

    - Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.

    - Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.

    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.

    Setiausaha - Mencatat minit masyuarat.

    - Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.

    - Menguruskan urusan surat-menyurat.

    - Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.

    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan

    Timbalan Pengerusi.

    Penolong Setiausaha - Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas

    kesetiausahaan.

    - Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.

    Bendahari - Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.

    - Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.

    - Mengusahakan sumber kewangan kelab.

    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan

    Pengerusi.

    AJK - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan

    Pengerusi.

    - Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan

    kelab.

    - Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.

    - Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    16/41

    - membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.

    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

    Juru Audit Dalam - Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab

    Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

    Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

    7.1.Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan Pengetua/Guru

    Besar.

    7.2.Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan

    sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya

    bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan

    dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.

    7.3. Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat

    kelulusan Pengetua/Guru Besar.

    Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

    8.1. Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap

    tahun.

    8.2. Peranan Mesyuarat Agung

    a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

    b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

    c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

    d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    17/41

    e) Hal-hal lain.

    Peraturan 9 :

    2.1.Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan

    menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila

    masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    18/41

    LAMPIRAN A

    SPI BIL. 17/2000:

    PENUBUHAN

    KELAB RUKUN NEGARA

    DI SEKOLAH-SEKOLAH

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    19/41

    PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA

    Office of the Director Generel of Education Malaysia

    PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

    Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900

    50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

    KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)

    16 November 2000

    Semua Pengarah Pendidikan Negeri

    Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan,

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:

    Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

    Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggapdapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.

    Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa

    penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah

    Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha

    ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah

    berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip

    yang terkandung dalam Rukun Negara.

    2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan

    Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalahsebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    20/41

    1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah

    seperti berikut;

    1.3. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti

    Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan

    masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada

    peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum

    dan keturunan;

    2.3. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu

    kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah

    lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

    3.3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua

    prinsip Rukun Negara.

    3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan

    kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat

    demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara

    tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah

    diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

    4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.

    Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan.

    Sekian. Terima Kasih.

    BERKHIMAT UNTUK NEGARA

    DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

    Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

    s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato Musa Bin Mohamad

    Menteri Pendidikan Malaysia

    2. Y.B. Dato Abdul Aziz Bin Shamsuddin

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    21/41

    Timbalan Menteri Pendidikan

    3. Y.B. Dato Hon Choon Kim

    Timbalan Menteri Pendidikan

    4. Y.B. Dato Mahadzir Bin Mohd KhirSetiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

    5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

    6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

    7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

    8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

    9. Ketua Nazir Sekolah

    10. Pegawai Perhubungan Awam

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    22/41

    LAMPIRAN B

    AKTIVITI

    KELAB RUKUN NEGARA

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    23/41

    PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI

    PELAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. LAFAZ IKRAN RUKUNNEGARA

    Supaya murid sentiasa

    menghayati falsafah sertaprinsip-prinsip Rukun Negara

    - Arahan daripada

    Kementerian PelajaranMalaysia. (KPM)

    - Setiap Perhimpunan

    sekolah.

    - Hari Kokurikulum.

    - Majlis rasmi.

    - Sambutan BulanPerpaduan.

    - Kumpulan pembaca ikrar

    terdiri daripada pelbagaikaum.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - Semua murid

    - AJK Kelab RukunNegara (RKN)

    - Pegawai

    Perpaduan Daerah(Pemantauan)

    2. MEMPAMERKANPRINSIP-PRINSIP

    RUKUN NEGARA

    Supaya murid sentiasa

    mengingati prinsip-prinsipRukun Negara.

    - Di pintu masuk hadapan

    sekolah.

    - Sudut khas dalam kelasdan pejabat.

    - Mural di dinding.

    - Papan kenyataan.

    - Pengetua/Guru

    Besar.

    - AJK KRN

    3. NYANYIAN LAGUKEBANGSAAN

    NEGARAKU DAN

    NEGERI

    - Menyamai rasa cinta dan

    bangga terhadap raja danNegara.

    - Semasa majlis sekolah.

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    24/41

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    4. FORUM Memahami

    kepelbagaian

    agama

    1. Memperkenalkan nilai-nilaisejagat dalam agama.

    2. Menghormati kepercayaanagama lain.

    3. Menghormati penganut-

    penganut lain.

    - Menjemput ahli panelyang mewakili agamamasing-masing.

    - Semua murid

    - AJK KRN

    5. CERAMAH Penerapannilai sejagat

    dalam agama

    1. Mendedahkan nilai-nilaimurni dalam kehidupan.

    2. Menerapkan unsur-unsur

    positif dalam kehidupan.

    - Menjemput panelpenceramah bertauliah

    daripada JPNIN, KPM danJabatan Penerangan

    Malaysia.

    - Pengetua/GuruBesar

    - PIBG

    - JPNIN

    6. PERTANDINGANPIDATO / DEBAT

    PERPADUAN INTEGRASI

    DAN NASIONAL

    1. Mengasah minda dan

    mencungkil bakat murid.

    2. Memupuk minat membaca.

    3. Menggalakkan penggunaanICT untuk mencari bahan.

    - Pertandingan terbuka

    kepada semua murid.

    - Sempena BulanKemerdekaan / Bulan

    Perpaduan.

    - Peringkat Daerah, Negeridan Kebangsaan.

    - KPM

    - JPNIN

    - Sekolah

    - AJK KRN

    7. LAWATAN KE RUMAH-

    RUMAH IBADAT

    1. Mengenali secara lebih

    dekat rumah-rumah ibadatpenganut agama lain.

    2. Menyemai perasaan/ sikap

    menghormati prinsipkebebasan beragama di

    kalangan setiap warganegara.

    - Menganjurkan lawatan ke

    rumah-rumah ibadat yangdibuka untuklawatan/seperti di MasjidNegara/ Putrajaya, Batu

    Caves Selangor, Sam PohTong di Ipoh , Perak.

    - Mendapatkan kebenaran

    bertulis daripada ibu bapa.

    - Mendapatkan kebenarandaripada rumah-rumah

    - Sekolah

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    25/41

    ibadat.

    8. MERAIKAN HARI

    PERAYAAN PELBAGAI

    KAUM

    Mendedahkan murid kepada

    pelbagai hari perayaan sepertiHari Raya Aidilfitri, Krismas,

    Hari Gawai dan PestaKeamatan.

    - Mengadakan majlis

    sambutan di sekolah.Murid digalakkkan

    melibatkan diri di dalamaktiviti-aktiviti yang

    dianjurkan.

    -Program dianjurkan dalambulan-bulan berkaitan.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    -AJK KRN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    9. PERTANDINGAN

    PENYEDIAAN FOLIO /BUKU SKRAP

    1. Memupuk sikap mencintai

    dan menghargai anugerahTuhan di kalangan murid.

    2. Memberi kesedaran dan

    keinsafan kapada muridtentang kesan terhadap alam

    sekitar akibat daripadaperbuatan manusia.

    3. Menggalakkan penggunaan

    ICT untuk mencari bahan.

    - Pertandingan Buku Skrap

    tentang kepercayaankepada Tuhan.

    -Sebelum dan selepas Hari

    Perayaan Agama; contoh:pada hari Maulidur Rasul.

    -Mengumpul bahan-bahan

    berkaitan dengankeindahan dan kemusnahan

    alam ciptaan tuhan.

    -Mengumpul kata-katahikmah sebagai pendorong.

    - Guru Agama/Guru

    Pendidikan Moral

    - AJK KRN

    10. KEM BINA INSAN Mempertingkatkan kerohanian

    dan nilai-nilai murni dikalangan murid.

    Mengadakan ceramah,

    forum, bengkel dansebagainya.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    - JPNIN

    11. BAHAN PENERBITAN Meningkatkan kesedaran dikalangan murid agar menjadi

    manusia yang lebih bergunadan baik.

    Mewujudkan SudutKerohanian dengan ayat-

    ayat suci atau kata-katapujangga/madah / mutiara

    kata yang memberipengajaran kepada murid.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    26/41

    PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. LAFAZ IKRAR RUKUNNEGARA

    Supaya murid sentiasamenghayati falsafah serta

    prinsip-prinsip Rukun Negara.

    - Arahan daripada KPM.

    - Setiap perhimpunansekolah.

    - Hari Kokurikulum.

    - Pengetua/GuruBesar

    - Semua murid

    - AJK Kelab Rukun

    Negara(KRN)

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    27/41

    - Majlis rasmi.

    - Sambutan Bulan

    Kemerdekaan.

    - Sambutan BulanPerpaduan.

    - Kumpulan pembaca ikrar

    terdiri daripada muridpelbagai kaum.

    - PegawaiPerpaduan Daerah

    (Pemantauan)

    2. NYANYIAN LAGU

    KEBANGSAAN

    NEGARAKU DAN

    NEGERI

    Menyemai rasa cinta danbangga terhadap raja dannegara.

    - Semasa majlis sekolah

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    3. LAWATAN Memberi pendedahan

    mengenai SistemPemerintahan RajaBerperlembagaan.

    - Lawatan ke Istana,

    Muzium DiRaja danMuzium Negeri

    - Lawatan Integrasi semasaHari Keputeraan Agong.

    - Lawatan semasaPersidangan Parlimen dan

    Dewan Undangan Negeri.

    - Semua murid

    - AJK KRN

    4. PERTANDINGAN BUKUSKRAP / FOLIO

    SALASILAH

    KESULTANAN NEGERI

    1. Menyemai rasa cinta danbangga kepada Raja dan

    Negara.

    2. Memberi pendedahanmengenai sistem pemerintahan

    negeri-negeri di Malaysia.

    - Bersifat pertandingan

    - Kerja kumpulan.

    - Dijalankan di peringkatsekolah.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    28/41

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    5. KEMPEN KIBAR JALUR

    GEMILANG DAN

    BENDERA NEGERI

    Menyemai dan memupuk

    semangat patriotisme dikalangan murid.

    - Mengadakan majlis

    pelancaran Kempen KibarJalur Gemilang dan

    Bendera Negeri.

    - Nyanyian lagu JalurGemilang dan patriotik.

    - Tayangan gambar

    berunsurkan patriotik untuksemua kaum.

    - Ahli KRN menyertaiPerbarisan sempena ulang

    tahun Hari Kemerdekaan.

    - Sempena Sambutan

    Bulan Kemerdekaan.

    - Majlis rasmi yang lain.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    - JPNIN

    6. PENGKISAHANSEJARAH NEGARA

    OLEH TOKOH-TOKOH

    NEGARA DAN

    TEMPATAN

    1. Mengingati dan menghayatisejarah dan pembangunan

    negara.

    2. Menghargai jasa-jasapemimipin negara.

    - Sempena SambutanBulan Kemerdekaan.

    - Majlis rasmi.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    7. PAMERAN(Sejarah Negara)

    1. Mengenali dan menghayati

    sejarah Negara.

    2. Memupuk perasaancintakan negara.

    3. Menghargai jasa-jasa

    pemimipin- pemimipintempatan dan pejuang negara.

    - Mengadakan pemeran.

    - Menyediakan bahan.

    - Mengadakan lawatan ke

    pameran yang dianjurkanoleh agensi-agensi lain.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    8. PERTANDINGAN

    KEBUDAYAAN /

    KESENIAN DAN

    WARISAN

    1. Mencungkil bakat.

    2. Membentuk keyakinan diri.

    - Menguruskan

    pertandingan:-a) Puisi

    b) Drama

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    29/41

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    3. Memberi pendedahankapada murid tentang

    kebudayaan dan keseniaankaum-kaum lain.

    c) Mencipta lagupatriotik

    d) Menyanyi

    e) Tarian

    f) Buku skrap

    g) Cerpen

    h) Kata bestarikenegaraan

    i) Pertandingan-pertandingan lain

    yang difikirkansesuai dan selaras

    dengan prinsip-prinsip Rukun

    Negara.

    9. KARNIVAL PATRIOTIK 1. Memupuk semangat

    patriotik dan menyuburkansemangat perpaduan di

    kalangan murid.

    2. Menyemarakan jati dirimurid.

    Koir, sajak, pentomen dan

    sabagainya.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    30/41

    PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. LAFAZ IKRAR RUKUNNEGARA

    Supaya murid sentiasamenghayati falsafah serta

    prinsip-prinsip RukunNegara.

    - Arahan daripada KPM.

    - Setiap perhimpunansekolah.

    - Hari Kokurikulum.

    - Majlis rasmi.

    - Sambutan Bulan

    Kemerdekaan.

    - Sambutan BulanPerpaduan.

    - Kumpulan pembaca ikrar

    terdiri daripada muridpelbagai kaum.

    - Pengetua/GuruBesar

    - Semua murid

    - AJK Kelab RukunNegara(KRN)

    - PegawaiPerpaduan Daerah

    (Pemantauan)

    2. NYANYIAN LAGU

    KEBANGSAAN

    NEGARAKU DAN

    NEGERI

    Menyemai rasa cinta danbangga terhadap raja dan

    negara.

    - Semasa majlis sekolah.

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    3. CERAMAH Memberi kesedaran dankefahaman tentangkeluhuran perlembagaan /

    - Semasa kempen/ minggukesedaran sivik.

    - Semua murid

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    31/41

    pembentukan perlembagaan /

    kontrak sosial.

    - Salah satu aktiviti Kursus

    Kepimpinan Perkhemahan.

    - Salah satu aktiviti BulanPatriotisme.

    - JPNIN

    4. LAWATAN

    KENEGARAAN

    1. Memberi peluang kepada

    murid menyaksikan prosessistem perundangan Negara

    dijalankan.

    2. Mempertingkatkan

    kefahaman murid mengenaisistem perundangan Negara.

    - Menganjurkan lawatan ke

    Sidang Dewan UndanganNegeri/ Parlimen.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    5. KUIZ / PERBAHASAN(PERLEMBAGAAN)

    1. Memupuk kemahiranpengucapan awam.

    2. Menilai/ menguji tahappengetahuan murid tentang

    Perlembagaan.

    - Menganjurkanpertandingan peringkatsekolah/ daerah.

    - Diadakan semasa

    Sambutan Bulan Perpaduan,Bulan Kemerdekaan.

    kempen/ minggu berkaitan.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    6. PERKHEMAHAN(MOTIVASI)

    1. Memupuk sifat-sifatkepimpinan berlandaskan

    prinsip-prinsip RukunNegara.

    2. Meningkatkanpengetahuan murid tentang

    sistem perlembagaan negara.

    - Aktiviti luar sekolah/ceramah motivasi.

    - Kerjasama dengan agensi

    kerajaan swasta.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    32/41

    7. PERMAINANBERASASKAN PRINSIP

    TIGA RUKUN NEGARA

    1.Menggalakkan integrasikaum.

    2. Memupuk perpaduan dan

    nilai kerjasama.

    3. Menambah pengetahuandan pengalaman tentang

    sistem perlembagaan negara.

    - Permainan Mencari HartaKarun (Treasure Hunt).

    - Clue yang digunakan

    berdasarkan sistemperlembagaan negara.

    - Perlaksanaan peringkat

    sekolah di dalam dan sekitarsekolah.

    - Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan/ swasta.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    8. PERTANDINGANMENULIS

    1. Memupuk kemahirankreatif menulis tentang isu-

    isu perlembagaan negara.

    2. Mencungkil bakat-bakatdalam berkaitan.

    3. Kesedaran tentang isu-isu

    semasa perlembagaannegara.

    - Pertandingan Menulis EseiCerpen / Puisi peringkat

    sekolah, daerah, negeri dankebangsaaan.

    - Berkala.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya kreativiti.

    2. Menghayati sistem

    perlembagaan negara.

    3. Sebagai pemangkin

    - Dalam bentukpertandingan.

    - Berkala

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    33/41

    percambahan fikiran.

    4. Menggalakkan integrasi

    kaum.

    10. FORUM

    PERLEMBAGAAN

    1. Meningkat pengetahuan

    tentang perlembagaan.

    2. Perkongsian pengetahuandan pengalaman.

    3. Memperjelaskan isu-isusemasa yang timbul (kurang

    difahami/keliru).

    - Dianjurkan di peringkat

    sekolah.

    - Kerjasama dengan agensiluar.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    - JPNIN

    11. PERTANDINGAN BUKU

    SKRAP

    1. Memupuk daya kreativiti

    murid dalam bidangpenulisan.

    2. Kesedaran tentang isu-isu

    semasa dalam sistemperlembagaan.

    - Bersifat pertandingan

    - Kerja kumpulan

    - Peringkat sekolah

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    12. PAMERAN

    KENEGARAAN

    1. Memupuk daya kreativitimurid.

    2. Kesedaran tentang isu-isusemasa dalam sistem

    perlembagaan.

    - Kerja kumpulan untukmengendalikan pameran.

    - Menonjolkan pencapaianindividu/ syarikat yang

    berjaya.

    - Melibatkan PIBG.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    13. BULANKEMERDEKAAN

    1. Memupuk kesedarankebangsaan yang

    merangkumi Prinsip RukunNegara.

    2. Menghayati idea

    kebebasan dan demokrasi.

    3. Mengetahui tentang latar

    belakang kronologipenggubalan perlembagaanMalaysia.

    4. Memupuk semangat setia

    dan cintakan negara.

    - Kempen Kibar JalurGemilang.

    - Sambutan Bulan

    Kemerdekaan.

    - Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bolehmenyemarakkan semangat

    patriotisme. Contoh:Pertandingan mencipta lagupatriotik, melukis poster dan

    lain-lain.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    34/41

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    14. MENGADAKAN

    AKTIVITI ALA MINI

    PARLIMEN DI SEKOLAH

    1. Mencungkil bakat murid

    sebagai pemimpin negara.

    2. Memberi kebebasanmembahas isu penting untuk

    Pembangunan negara.

    - Melibatkan semua murid

    - Peringkat antara sekolah.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    15. BULAN KESEDARANPERLEMBAGAAN

    1. Memberi kesedaran dankefahaman tentangpembentukan perlembagaan /keluhuran perlembagaan /

    kontrak sosial.

    2. Memperjelaskan isu-isuyang timbul yang kurang

    difahami/ keliru.

    3. Perkongsian pengetahuandan pengalaman.

    - Mempamerkan naskahPerlembagaan Negeri/Persekutuan dalam PusatSumber Sekolah dan di

    papan kenyataan sekolah.

    - Menganjurkan ceramahmengenai perlembagaan

    daripada agensi-agensi yangterlibat.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    - JPNIN

    16. KUIZ KELUHURAN

    PERLEMBAGAAN

    1. Meningkatkan

    pengetahuan dan kefahamanmurid tentang perlembagaan

    negara.

    - Penyeragaman dalam

    penyediaan soalan kuiz.

    - Hadiah disediakan olehJPN KPM/JPNIN.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    35/41

    PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. LAFAZ IKRAR RUKUNNEGARA

    Supaya murid sentiasamenghayati falsafah serta

    prinsip-prinsip RukunNegara.

    - Arahan daripada KPM.

    - Setiap perhimpunansekolah.

    - Hari Kokurikulum.

    - Majlis rasmi.

    - Sambutan BulanKemerdekaan.

    - Sambutan BulanPerpaduan.

    - Kumpulan pembaca ikrar

    terdiri daripada muridpelbagai kaum.

    - Pengetua/GuruBesar

    - Semua murid

    - AJK Kelab Rukun

    Negara(KRN)

    - PegawaiPerpaduan Daerah(Pemantauan)

    2. NYANYIAN LAGU

    KEBANGSAANNEGARAKU DAN

    NEGERI

    Menyemai rasa cinta dan

    bangga terhadap raja dannegara.

    - Semasa majlis sekolah.

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    3. KEMPEN

    MENDAULATKAN

    UNDANG-UNDANG

    NEGARA DAN

    PERATURAN SEKOLAH

    1. Memberi kesedaran

    tentang kepentingan undang-undang serta penghayatan

    terrhadap tugas-tugaspenguatkuasa.

    2. Menghayati cara undang-

    undang dipraktikkan.

    3. Mengetahui cara-cara

    penggubalan dasar-dasar danperaturan tertentu.

    - Syarahan semasa

    perhimpunan sekolah.

    - Mempamerkan keratanakhbar di papan kenyataan.

    - Pertandingan buku skrap

    pertandinganmelukis/fotografi.

    - Semua murid

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    36/41

    4. MINGGU KESEDARAN

    SIVIK

    1. Menghayati nilai-nilai

    murni.

    2. Pemahaman terhadaptugas-tugas penguatkuasa

    undang-undang.

    - Menganjurkan pameran

    dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan seperti

    PDRM, Majlis Perbandaran,Pihak Berkuasa Tempatan

    dan AADK.

    - Tayang Multimedia/ slaidberkenaan tugas-tugas unit

    penguatkuasa undang-undang.

    - Bahan dibekalkan oleh

    Unit-unit Majlis Perbandaran/ Pihak BerkuasaTempatan / PDRM / JPJ /

    Jabatan PeneranganMalaysia.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    - Agensi Berkaitan

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    5. LAWATAN 1. Kesedaran tentang

    implikasi melanggar undang-undang.

    2. Melihat sendiri cara-cara

    pentadbiran tempatberkenaan.

    - Menganjurkan lawatan di

    Mahkamah, PenguasaTempatan.

    - Lawatan ke institusi-

    institusi pemulihan sepertiPusat Serenti/ sekolah

    pemulihan akhlak dansebagainya.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    6. PERMAINAN(EXPLOLAW)

    1. Menggalakkan integrasi

    murid pelbagai kaum.

    2. Memberi pengalamantentang pelaksanaan undang-

    undang.

    - Semasa majlis sekolah.

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    37/41

    PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGIPERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. LAFAZ IKRAR RUKUN

    NEGARA

    Supaya murid sentiasa

    menghayati falsafah serta

    prinsip-prinsip RukunNegara.

    - Arahan daripada KPM.

    - Setiap perhimpunansekolah.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - Semua murid

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    38/41

    - Hari Kokurikulum.

    - Majlis rasmi.

    - Sambutan Bulan

    Kemerdekaan.

    - Sambutan BulanPerpaduan.

    - Kumpulan pembaca ikrar

    terdiri daripada muridpelbagai kaum.

    - AJK Kelab Rukun

    Negara(KRN)

    - PegawaiPerpaduan Daerah

    (Pemantauan)

    2. NYANYIAN LAGUKEBANGSAAN

    NEGARAKU DAN

    NEGERI

    Menyemai rasa cinta dan

    bangga terhadap raja dannegara.

    - Semasa majlis sekolah.

    - Setiap perjumpaan kelab.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    3. SEMINAR / FORUM /

    CERAMAH

    1. Memperkenalkan danmemupuk prinsip-prinsip

    Rukun Negara di kalanganmurid.

    2. Mempertingkatkankesedaran murid tentang

    nilai-nilai murni dalammasyarakat.

    - Menjemputkan penceramahdari agensi kerajaan/ swasta

    dan lain-lain.

    - Pertandingan Syarahan

    (wujudkan piala) diperingkat sekolah daerah.

    - Ceramah mengenai

    kesopanan dan kesusilaanuntuk pemimpin-pemimpin

    Murid:-- Pegawas

    - Ketua Kelas- Pengerusi/AJK Kelab

    Persatuan

    - Forum mengenai adatresam pelbagai kaum/

    budaya/agama.

    - KPM

    - JPNIN

    - JPN

    - Biro Tata Negara

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    39/41

    PERLAKSANAAN4 LAWATAN 1. Memberi keinsafan dan

    kesedaran semasa melakukan

    lawatan ke institusi-institusiyang berkenaan.

    2. Menyemai dan memupuk

    nilai-nilai murni bagimengukuhkan semangat

    perpaduan kaum.

    Menganjurkan lawatanRumah Orang Tua, Anak

    Yatim dan sebagainya.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    5. PERKHEMAHAN

    (MOTIVASI)

    Memberi pengertian danmenerapkan nilai-nilai murni

    bagi mengukuhkan semangatperpaduan kaum.

    - Penerangan budaya antaraKaum.

    Contohnya:-a) Adat Resam /

    Pantang Larangb) Permainan

    Tradisional /Sukaneka

    c) Kubudayaan.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    6. KEMPEN BERBUDIBAHASA

    1. Menentukan pertuturanyang baik di kalangan murid.

    2. Menggunakan larasbahasa yang sesuai dengan

    semua peringkat umur.

    3. Memupuk sikap beradab

    sopan dikalangan murid.

    Memilih murid yang terbaikbertutur dan berbudi bahasa.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    7. HARI KELUARGA / HARIIBU PABA

    Memupuk dan mengeratkanrasa kasih sayang yang

    mendalam antara ahlikeluarga.

    - Pendedahan dan panduankepada ibu bapa dan murid

    di peringkat sekolah.

    - Ibu bapa dan murid akanmelaksanakannya di rumah

    untuk seluruh keluarga.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    - Ibu Bapa

    - Murid

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    40/41

    AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI

    PERLAKSANAAN

    TINDAKAN

    1. HARI TERBUKA KELAB

    RUKUN NEGARA

    1. Meningkatkan minat murid

    untuk menjadi ahli KelabRukun Negara.

    2. Mempromosikan KelabRukun Negara di kalanganmurid pelbagai kaum.

    - Peringkat sekolah, Contoh:

    Gerai jualan dan pameran.

    - Pameran Kelab Rukun

    Negara.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    3. BULAN PENGHAYATAN

    RUKUN NEGARA

    Meningkatkan murid tentang

    kepentingan Rukun Negaradalam mengekalkan

    keharmonian kaum di negaraini.

    Pelbagai aktiviti ke arah

    meningkatkan penghayatanRukun Negara di kalangan

    murid dilaksanakan.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    3. PROGRAM

    PERTUKARAN MURID

    KE SABAH/SARAWAK/

    LABUAN/

    SEMENANJUNG.

    Mengeratkan hubungan antaramurid berbilang kaum.

    - Sekurang-kurangnya satubulan.

    - Peringkat kebangsaan.

    -KPM

    - JPNIN

    4. LAWATAN INTEGRASI 1. Memupuk semangatsetiakawan dan perpaduan di

    antara murid.

    2. Memahami dan menghayatiadat resam sesuatu kaum.

    - Lawatan antarasekolah/daerah/negeri/

    wilayah.

    - Berkonsepkan Homestay(Program Anak Angkat).

    Contoh: Rumah Panjang,Bapa dan Nyonya,

    Perkampungan Melayu dansebagainya.

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

    - JPNIN

    5. KARNIVAL KESENIANDAN BUDAYAAN

    PERPADUAN

    Memupuk semangat cintakan

    kesenian dan kebudayaan kearah menyatupadukan rakyat

    pelbagai kaum.

    - Persembahan /

    pertunjukan tarian/nyanyian tradisional.

    - Pameran budaya adat

    resam pelbagai kaum.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN

    6. SUKAN 1. Menggalak dan memupuksemangat kesukanan di

    kalangan murid.

    2. Memupuk semangat

    perpaduan menerusi sukan.

    - Menganjurkan:-i. Larian Perpaduan

    ii. PermainanTradisional /

    Sukaneka

    - Pengetua/GuruBesar

    - AJK KRN

  • 7/29/2019 Buku Panduan Kelab Rukun Negara

    41/41

    7. PROGRAM PRA

    LATIHAN KHIDMAT

    NEGARA

    Memupuk semangat

    perpaduan dan sahsiah yangtinggi di kalangan murid.

    - Gotong royong di Rumah

    Orang Tua/ Anak Tatim/Kawasan Rekreasi/ Rumah

    Ibadat dan sebagainya.

    - Memberi sumbangandalam kerja-kerja kebajikan

    anjuran agensikerajaan/swasta.

    - Pengetua/Guru

    Besar

    - AJK KRN