12
MENGIMARAHKAN LEBIH 125 MASJID : BERTARAWIH BERSAMA IMAM MUDA GAZA MUKASURAT 6-7 AQSA2 GAZA 4|5| 7 MUKASURAT 8-9 R2R CHARITY DINNER COLLECTED RM500,000 EMPOWERING PALESTINIAN WOMEN : - page 10 - SUMBANGAN TELAGA DI MASJID AL-AQSA mukasurat 11 Misi Ramadhan dan Syawal di Gaza Berjaya Menyalurkan Amanah dari Malaysia MISI AQSA2GAZA 8 SALURKAN RM 2.8 JUTA BULETIN BULETIN AQSA SYARIF Edisi November 2012 - Bil. 03

Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012 - Misi Aqsa2Gaza 8 - Imam Muda Gaza - R2R Charity Dinner - Aqsa2Gaza 4, 5 & 7

Citation preview

Page 1: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

MENGIMARAHKAN LEBIH 125 MASJID :BERTARAWIH BERSAMA IMAM MUDA GAZA MUKASURAT 6-7

AQSA2GAZA4|5| 7

MUKASURAT 8-9

R2R CHARITY

DINNER COLLECTEDRM500,000

EMPOWERINGPALESTINIAN WOMEN :

- page 10 -

SUMBANGAN TELAGADI MASJID AL-AQSA

mukasurat 11

Misi Ramadhan dan Syawal di Gaza Berjaya Menyalurkan Amanah dari MalaysiaMISI AQSA2GAZA 8 SALURKAN RM 2.8 JUTA

BULETINBULETINAQSA SYARIF

Edisi November 2012 - Bil. 03

Page 2: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

2 perutusanPERUTUSANProf. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi

Aqsa Syarif Berhad

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah rahmat dan kasih sayangnya, umat Islam dan rakyat Malaysia kini tidak henti-henti menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk memperkasa saudara-saudara mereka di Palestin.

Kini telah masuk tahun ke-3 bagi penubuhan Aqsa Syarif. Penglibatan Aqsa Syarif di bumi Palestin, hasil dari sumbangan rakyat Malaysia ke Palestin begitu jelas. Bantuan yang dihulurkan terjelma dalam bentuk projek-projek yang memberi manfaat berterusan. Projek-projek ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas terutamanya makanan ruji dan sumber makanan berprotein, bahkan ia juga mempunyai kesan ke atas pertumbuhan ekonomi seperti menyediakan pekerjaan dan mengembangkan sektor perkhidmatan yang berkaitan.

Kejayaan beberapa misi bantuan terutamanya misi Aqsa-to-Gaza 8 (A2G8) yang dilaporkan dalam buletin ini adalah bukti kesungguhan para penggerak Aqsa Syarif dalam merealisasikan misi utama penubuhan organisasi ini iaitu menggembleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah.

Aqsa Syarif juga sudah mula terlibat dalam projek-projek ‘capacity building’ seperti melatih tenaga pakar dan menyediakan takungan modal insan (human capital)

untuk pembangunan jangka panjang sebuah negara Palestin yang bakal merdeka. Untuk tujuan ini, beberapa inisiatif untuk menghubungkan di antara institusi pengajian Gaza dan Malaysia sedang diusahakan. Ini termasuklah jalinan kerjasama di antara universiti tempatan dan Islamic University of Gaza ke arah kerjasama akademik melalui penyelidikan bersama (collaborative research) dan pertukaran akademik di kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

Akhir-akhir ini, perkembangan politik di Timur Tengah memberi petunjuk bagi apa yang bakal dilalui dalam tahun-tahun mendatang. Sebuah negara Palestin yang merdeka bukan lagi satu mimpi dan angan-angan yang jauh. Palestin yang merdeka adalah satu realiti yang dekat.

Aqsa Syarif bersama rakyat Malaysia bahkan warga dunia akan terus memperhebat kempen untuk mem-bantu rakyat Palestin dalam usaha memerdekakan tanah air mereka dan tanah suci umat Islam.

Semoga kita semua bakal solat di dalam Masjid Al-Aqsa di negara Palestin yang bebas merdeka. Aamiin.

MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA

Edisi November 2012 - Bil. 032

PenasihatSharifah Mahiza Syed Abdul Kadir

Editor

Kamaruzzaman Abd Rahim

RekabentukShazwani - Qafmimra

SIDANG REDAKSIBULETIN BIL. 03

BULETIN AQSA SYARIF

BIL.01 BIL.02 BIL.03

Page 3: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

KRONOLOGIGARIS MASA BAGI MISI-MISI KEMANUSIAAN

AQSA SYARIF KE PALESTIN DAN LUBNANOGOS 2012 | Misi Aqsa2Gaza 8 & 9 Misi Ramadhan di Gaza yang kedua (14 Ogos - 24 Ogos 2012)Ketua Delegasi: Prof Madya UstazHasanuddin Mohd Yunus

JUN 2012 | Misi Aqsa2Gaza 7 - One Family One LampMenyampaikan bantuan lampu solar kepada rakyat Gaza (10 Jun - 17 Jun 2012)

Ketua Delegasi: Ir. Dr Selamat Aliman

MEI 2012 | Misi Aqsa2Gaza 5Menyertai konvoi antarabangsa Miles of Smiles 12 dalam misi menyampaikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin di Gaza - (12 Mei - 23 Mei 2012)Ketua Delegasi: Mohd Radzi Abdul Wahab

MEI 2012 | Misi Aqsa2Gaza 4 - Bersama IKRAMMenyertai delegasi antarabangsa Syaddur Rihal ilal Quds, kesinambungan daripada

Global March to Jerussalem sempena Hari Tanah Palestin (17 Mei - 26 Mei 2012) Ketua Delegasi: Ustaz Abd Haris Bain

JAN 2012 | Misi BoT to Gaza (Aqsa2Gaza 3) - Misi Audit Projek di Gaza(22 Januari - 29 Januari 2012) Ketua Delegasi: Prof Madya Dr Ha�dzi Mohd Noor

OGOS 2011 | Misi Aqsa2Gaza 2 Misi Aqsa Syarif ke Gaza pada bulan Ramadhan 1432H bagi menyalurkan pelbagai bantuan

termasuk perubatan, pendidikan dan makanan (20 Ogos - 28 Ogos 2011)Ketua Delegasi: Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar

MEI - JUN 2010 | LifeLine4Gaza - Flotilla Kebebasan Mavi MarmaraMenyertai �otilla kebebasan Mavi Marmara untuk merobohkan sekatan Gaza,melalui jalan laut (30 Mei 2010 - 1 Jun 2010)Ketua Delegasi AQSA: Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

OGOS 2010 | Misi ke Beirut :Selamatkan Palestin - Faizal Tahir & TV3

Misi bantuan di kem-kem pelarian Palestin di Beirut(12 - 18 Ogos 2010)

Ketua Delegasi : Ust Hasanuddin Mohd Yunus

SEPT - OKT 2010 | Misi Aqsa2Gaza - Viva Palestina 5Menyertai konvoi dari London ke Gaza bersama Viva Palestina (Sep - Okt 2010)Ketua Delegasi: Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar

Edisi November 2012 - Bil. 03 3

Page 4: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

MISI RAMADHAN

Menjelang Ramadhan setiap tahun, seluruh umat Islam di dunia akan sama-sama menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana bulan yang sangat dinanti-nantikan ini, dijanjikan rahmat dan ganjaran Allah yang berlipat kali ganda dan akan sentiasa menanti tangan yang ingin menyambutnya. Kita akan lihat satu kesamaan antara semua umat Islam pada ibadah harian, seperti berpuasa, iftar, bersolat tarawih, qiyamullail, membaca al-Quran dan bersedekah.

Di Palestin, umat Islam yang serba kekurangan juga akan turut merasai kenikmatan Ramadhan, namun ada yang tidak punyai apa-apa melainkan seteguk air dan sebiji kurma. Sekatan ke atas Gaza yang telah berlanjutan sejak tahun 2006 telah membantut pertumbuhan ekonomi setempat . Rakyat Palestin di sana sentiasa dihurungi situasi ketiadaan makanan dan bekalan asasi untuk kehidupan, termasuk pendidikan.

Atas kesedaran tentang tanggungjawab membantu saudara-saudara mereka di Gaza, rakyat Malaysia, dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Aqsa Syarif Berhad telah menghantar pelbagai bantuan kemanusiaan dan pendidikan kepada rakyat Palestin, semasa bulan Ramadhan 1433H baru-baru ini.

Misi yang diketuai oleh Profesor Madya Ustaz Hasanuddin dan dianggotai oleh 24 sukarelawan Aqsa Syarif dari Malaysia telah berlepas ke Gaza pada 14 Ogos 2012 dari KLIA. Pada permulaannya, misi ini telah ditunda kerana situasi yang tidak menentu di sempadan Mesir-Palestin ekoran serangan gerilla ke atas pos kawalan pihak Mesir di kawasan sempadan. Segala puji bagi Allah, dengan bantuan-Nya, semua ahli misi telah selamat tiba di Gaza pada keesokan harinya.

Misi ini sempat bergabung sebentar dengan konvoi Miles of Smiles 13 yang turut masuk ke Gaza pada hari yang sama. Para aktivis Aqsa Syarif telah disambut dengan meriah oleh rakan-rakan NGO dan pihak media di sana. Mereka melahir-kan rasa syukur dan penghargaan atas kedatangan saudara-saudara mereka yang sanggup meninggalkan keluarga di tanah air semata-mata untuk menyampaikan bantuan.

METERAI PERJANJIAN KERJASAMA DALAM 4 PROJEK

Dalam pada itu, delegasi Aqsa Syarif dalam misi Aqsa2Gaza 8, yang juga dianggotai oleh wakil Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Haji Yusof Suratman dan juga Pengurus Operasi, Puan Sharifah Mahiza Syed Abdul Kadir telah menandatangani 4 perjanjian kerjasama (MoU) dengan 4 badan bukan kerajaan di Gaza, iaitu :

1- Emaar Association , bagi projek kilang roti Malaysia yang kedua di Palestin bernilai RM 900,000. 2- Palestinian Welfare House, bagi projek pembinaan Pusat Kesihatan Palestin bernilai RM 1.5 juta.3- Ar-Rahmah Society , bagi projek pembinaan pusat komuniti wanita Palestin yang kedua, bernilai RM 300,000.4- As-Salam Society , bagi projek membaikpulih 10 buah rumah rakyat termiskin di Gaza, bernilai RM 160,000.Perjanjian dimeterai oleh Tuan Haji Yusof dan Puan Sharifah Mahiza, dengan kehadiran pihak media Malaysia dan tempatan.

Melawat bekas tahanan Palestin : Hana Syalabi dan Mahmoud Sarsak

Selain melawat rumah anak-anak yatim di Palestin yang kebanyakannya kehilangan ayah akibat serangan bom zionis Israel, misi Aqsa2Gaza 8 juga berpeluang untuk bertemu dengan dua bekas tahanan Palestin yang telah berjaya dibebaskan melalui cara mogok lapar.

Hana Syalabi telah melakukan mogok lapar dalam penjara Zionis selama 43 hari manakala Mahmoud pula 78 hari, salah satu rekod mogok lapar yang tertinggi di dunia. Kecekalan mereka dalam mengharungi kesukaran ini telah memberikan kesan mendalam dalam diri rakyat seluruh dunia.

Edisi November 2012 - Bil. 034

MISI AQSA2GAZA 8 SALURKAN RM 2.8 JUTA

Page 5: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

MISI RAMADHANBANTUAN MAKANAN

Antara bantuan yang telah disampaikan ialah bantuan makanan Ramadhan atau Ramadhan Gift Pack (RGP), yang mengandungi bahan-bahan makanan keperluan seperti tepung gandum, minyak, ikan, produk tenusu dan lain-lain. Sebanyak 1000 kotak RGP telah diagihkan kepada 1000 keluarga miskin di Gaza. Selain itu, Aqsa Syarif turut melaksanakan program berbuka puasa (iftar) di beberapa daerah seluruh Gaza yang dihadiri oleh fakir miskin dan anak-anak yatim. Bantuan tersebut disalurkan dengan kerjasama Islamic Society of Jabalia.

Misi Aqsa2Gaza 8 juga sempat menyalurkan bantuan Aidil�tri kepada pesakit-pesakit yang telah kehilangan anggota akibat bom-bom Zionis yang membantai rumah mereka. Seramai 500 orang pesakit telah dihadiahkan dengan bantuan tersebut, dengan kerjasama As-salama Society.

Di samping itu, Aqsa Syarif telah mengadakan iftar bagi 2000 orang rakyat Palestin yang tidak berkemampuan di Gaza, dan buat pertama kalinya di Masjid Al-Aqsa. Wang sumbangan iftar juga telah dikumpul sejak awal Ramadhan di Malaysia.

RM 300 RIBU UNTUK PENDIDIKANSelain itu, setelah melaksanakan kutipan sejak awal Ramadhan di seluruh Malaysia, rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangkan kepada 2000 pelajar sekolah sekitar Gaza. Setiap pelajar dihadiahkan satu beg sekolah yang berisi pakaian sekolah, alatulis dan buku tulis, dengan nilai RM 150 setiap satu.

SALUR BANTUAN PERUBATANAqsa Syarif juga telah menyumbangkan sebanyak RM 120,000 kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, khususnya bagi membeli ubat-ubatan yang sangat berkurangan, bahkan banyak ubatan ini yang telah kehabisan, atau “zero stock”. Penyerahan bantuan perubatan ini juga telah dibuat liputannya dalam TV9 baru-baru ini. Selain itu, RM 40,678 telah disalurkan melalui misi MoS 13 untuk peralatan perubatan.

FAKTA RINGKAS :

* RM 2.8 juta telah disalurkan* Misi pertama Aqsa Syarif yang sempat berhari raya di Gaza

* Misi pertama yang membawa wartawan akhbar ke Gaza* Misi Aqsa Syarif yang paling banyak mendapat liputan media

* Bilangan paling ramai dalam sebuah misi

Edisi November 2012 - Bil. 03 5

MISI AQSA2GAZA 8 SALURKAN RM 2.8 JUTA

Keterangan bagi carta di sebelah kiri :- MAKANAN : iftar di Gaza dan Al-Aqsa, iftar pesakit, Ramadhan Gift Pack; Eid Gift Pack

- PEMBANGUNAN : membaik pulih rumah, masjid; pembinaan Pusat Komuniti R2R; musolla sekolah;- SOSIO-EKONOMI : bantuan anak yatim, keluarga miskin; kilang roti kedua, tambahan bilangan lembu

- PENDIDIKAN : Back2School; penyelidikan di Center of Political & Development Studies, Gaza- KESIHATAN : pembinaan Palestinian Health Center; ubat-ubatan; peralatan perubatan

Page 6: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

IMAM MUDA GAZA

1) Imam Taha Yusuf Ismail SulaimanBeliau berumur 25 tahun dan memegang ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan bahasa Arab., dari Universiti Islam Gaza.

7

Bintulu, 7 Ogos 2012 – Ustaz Ibrahim Hamdiyyah, imam muda dari Gaza yang dibawakan khas oleh Aqsa Syarif telah menjadi imam solat tarawih di Masjid Asy-Syakirin, Bintulu, Sarawak.

Sepanjang bulan R a m a d h a n , k e t u j u h - t u j u h imam muda Gaza iaitu Yousef, Mu’min, Taha, Muhammad, Raed, Osama dan juga Ibrahim telah menjadi imam tarawih di kawasan Lembah Klang bagi 52 buah masjid dan beberapa surau.

SARAWAK LEMBAH KLANG

SABAH

Pada awal Ramadhan 1433H yang lalu, Aqsa Syarif dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menjemput 4 orang imam muda ha�z dari Gaza bagi menjadi imam tarawih di seluruh Malaysia. Belum pun Ramadhan berlalu seminggu, Aqsa Syarif telah menerima tambahan 3 orang lagi imam muda, kerana permintaan menjadi imam di masjid-masjid seluruh Malaysia adalah sangat

menggalakkan.

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, para imam muda dari Gaza ini telah menjadi imam tarawih bagi lebih 125 buah masjid, 33 buah surau, 13 buah sekolah dan 3 buah universiti, di 14 buah negeri seluruh Malaysia. Permintaan yang sangat menggalakkan ini telah disambut oleh semua aktivis Aqsa Syarif di 67 daerah bagi memudahkan urusan pengangkutan

dan penginapan imam-imam tersebut.

2) Imam Yousef Abu EidaBeliau baru berusia 18 tahun, namun telah menghafaz al-Quran dan juga enam kitab

hadith yang sahih setelah menamatkan pengajian diploma di Khubaib bin ‘Uday Islamic Academy, Gaza.

4) Imam Ibrahim HamdiyyahBeliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Syari’ah dan perundangan

Islam dari Universiti Islam Gaza. Beliau berumur 22 tahun. .

6) Imam Muhammad Yaaqub SulaimanBeliau berusia 21 tahun dan memegang ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa Arab, dari Universiti Islam Gaza. Beliau mahir dalam bahasa Arab, Inggeris dan juga

Hebrew. .

3) Imam Mo’min Falah HawasBeliau masih dalam tahun pertama pengajian di Universiti Al-Azhar Gaza dalam bidang Syari’ah. Beliau berusia 19 tahun dan telah menghafaz al-Quran ketika usianya 12 tahun dalam masa hanya 3 bulan.

5) Imam Osama Abu WardaBeliau berumur 23 tahun. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Shari’ah di Universiti Islam Gaza dan berkebolehan dalam berkhutbah dan memberi ceramah di masjid-masjid.

7) Imam Raed Abu Sya’banBeliau berusia 22 tahun dan masih menuntut di Universiti Islam Gaza , bidang perakaunan dalam bahasa Inggeris. Beliau pernah menjadi pengacara radio universiti dan juga menjadi Qari bagi universiti tersebut.

Edisi November 2012 - Bil. 036

Keningau, 6 Ogos 2012 – Imam Ibrahim Hamdiyyah dari Gaza telah menjadi imam solat tarawih di Masjid At-Taqwa, Keningau, Sabah. Beberapa penduduk di Keningau telah menghadiahkan sehelai baju T kepada imam Ibrahim, dengan tulisan : Keningau (LOVE) Palestine.

Imam Masjid Surau Sekolah IPT Premis lain Yousef 14 7 1 1 0 Mu'min 17 7 5 2 0 Taha 22 5 0 0 0 Muhammad 17 7 3 0 2 Osama 19 1 1 0 0 Raed 20 3 3 0 0 Ibrahim 16 3 0 0 1 Jumlah 125 33 13 3 3

1

2

4

67

5

3

Page 7: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

LAPORAN

IMAM MUDA GAZAUstaz Taha Sulaiman dan Ustaz Muhammad Sulaiman telah dibawa ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih bagi 4 malam. Antara masjid menerima imam-imam tersebut ialah Masjid At-Taqwa Kampung Beris Kubor Besar, Bachok. Imam Muhammad juga sempat dibawa melawat YB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya dan diberi peluang untuk beramah mesra bersama YB MB.

Imam Raed Abu Sya’ban telah menjadi tetamu di Negeri Sembilan serta disambut oleh aktivis Aqsa Syarif tempatan. Beliau sempat menyantuni pelajar-pelajar tah�z di Maahad Tah�z As-Sa’idiyyah, Seremban selain menjadi imam tarawih di Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Bandar Baru Nilai.

Melaka, Ogos 2012 – Umat Islam di Melaka telah didatangi oleh imam muda Gaza, Ustaz Raed Abu Sya’ban untuk menjadi imam tarawih bagi tiga buah masjid, iaitu Masjid Syuhada’ Sungai Udang pada 13 Ogos, Masjid Al-Huda Tambak Balai Panjang pada 14 Ogos dan

Masjid Al-Alami MITC pada 15 Ogos 2012. Jumlah kutipan sumbangan Palestin di masjid-masjid ini ialah RM 6,258.00 , RM6,688 dan RM 12,710.

Jitra, 9 Ogos 2012 – Imam Mu’min Hawas menjadi imam di Surau Darul Aman Heights, Jitra bagi solat tarawih. Penduduk di kawasan tersebut telah menyumbang ke tabung Palestin yang disediakan dengan jumlah tertinggi seluruh Malaysia iaitu RM 30,005.

Gerik, 1 Ogos 2012 – Imam Mu’min Hawas menjadi imam tarawih di Masjid Jamek Gerik, Perak dan memberikan tazkirah berkenaan situasi terkini di Gaza, Palestin. Kutipan di masjid ini pada malam tersebut telah mencecah RM 15,000 , u n t u k disumbangkan ke Palestin, melalui Aqsa Syarif.

Bukit Goh, 9 Ogos 2012 – Imam muda Gaza, Ustaz Muhammad Sulaiman telah menjadi imam tarawih di Masjid Felda Bukit Goh, dengan kehadiran jemaah yang sangat memberansangkan. Hasil kutipan tabung Palestin yang dibuat pada malam tersebut telah mencapai RM 4,049.00.

KELANTAN

TERENGGANU

KEDAH

PERAK

PAHANG

MELAKA

NEGERI SEMBILAN

Edisi November 2012 - Bil. 03 7

Rakyat negeri Johor sangat bertuah kerana dikunjungi oleh 4 orang imam muda dari Gaza iaitu ustaz Taha Sulaiman, ustaz Muhammad Sulaiman, ustaz Raed Abu Sya’ban dan ustaz Ibrahim Hamdiyyah, dengan tarikh dan tempat yang pelbagai seperti di masjid-masjid sebagai imam tarawih, di UTM dan beberapa buah sekolah. Antara sekolah yang bertuah ialah Maktab Rendah Sains MARA Pontian dan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bharu.Menurut laporan Aqsa Syarif Johor, dua masjid di Johor telah berjaya membuat kutipan terbesar iaitu di Masjid Jamek Bandar Baru UDA iaitu sebanyak RM 34,000 (kutipan selama dua malam) dan Masjid Ar-Rahman Taman Putri Kulai iaitu sebanyak RM 23,150.

Kangar, 7 Ogos 2012 – Imam Mu’min mengimamkan solat tarawih di Masjid Putra, Kangar Perlis. Kutipan pada malam tersebut ialah RM 6,524.00

Sungai Ara, 11 Ogos 2012 – Jemaah Masjid Al-Huda Sungai Ara, Pulau Pinang telah diberi peluang untuk solat tawarih berimamkan seorang imam muda dari Gaza, iaitu Ustaz Yousef Abu Eida. Kutipan keseluruhan untuk Palestin yang dikumpul di masjid ini

ialah RM 11,551.30.

PERLIS

PULAU PINANG

JOHOR

Imam muda dari Gaza, ustaz Taha Sulaiman dan Muhammad Sulaiman telah menjelajah bumi Terengganu dalam program Imam Tarawih dari Gaza yang diusahakan oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM Malaysia. Mereka telah menjadi imam tarawih di beberapa tempat di Terengganu seperti Masjid UNISZA dan Surau Rantau Petronas, Kerteh. Imam Taha juga sempat bersama-sama dengan anak-anak yang menyertai program 3R (Remaja Raikan Ramadhan), yang juga diadakan di Surau Rantau Petronas, Kerteh.

Page 8: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

MISI KEMANUSIAAN Aqsa2Gaza

Sejak penubuhan Aqsa Syarif pada tahun 2010, beberapa siri misi ke Gaza telah dilaksanakan bagi menyalurkan sumbangan-sumbangan yang telah dikumpul daripada seluruh rakyat Malaysia. Sehingga kini 9 misi telah berjaya dijalankan dengan pelbagai objektif yang tersendiri.

Pada 17 hingga 27 Mei 2012, misi Aqsa-to-Gaza-4 (A2G4) telah dilaksanakan dengan disertai oleh 8 orang peserta, yang mana 4 daripada mereka bertolak dari Malaysia terdiri daripada Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad iaitu Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Mohd Tahir, dan Ustaz Mohamad Lokman Awang serta isteri. Ust Abd Haris Bain dan 3 lagi peserta yang menetap di Mesir telah bersedia di sana. Misi ini merupakan satu misi khas yang dilaksanakan bagi melakukan siri perbincangan antara pimpinan NGO yang terlibat.

Misi A2G4 ini juga dinamakan misi IKRAM-AQSA kerana mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam konvoi “Syaddur Rihal ilal Aqsa”, yang mana merupakan satu lagi inisiatif “Global March to Jerusalem”. Umum mengetahui bahawa pada 30 Mac 2012 yang lalu, seluruh dunia telah sama-sama mengadakan perarakan besar-besaran di negara masing-masing, termasuk di Jordan dan Malaysia, untuk memperingati Hari Tanah Palestin.

Beberapa MoU projek kerjasama telah ditandatangani seperti projek Perkampungan Industri Malaysia-Palestin dan Projek Kredit Mikro (Al-Qardul Hasan). Projek ini merupakan projek khas kerjasama antara Aqsa Syarif dan Emaar Association di Khan Younis. Termasuk dalam projek ini ialah Skim Qardhul-Hasan untuk kedai pakaian lelaki, kedai gunting rambut dan juga kedai telefon bimbit. Projek ini telah disertai oleh hampir 40 penerima skim pinjaman.

Dalam misi Aqsa-to-Gaza 5 (A2G5) pula, seramai 3 orang sukarelawan Aqsa Syarif telah menyertai konvoi misi perubatan (Miles Of Smile 12) yang mana konvoi tersebut bertolak dari Jordan ke Gaza. Peserta misi A2G5 telah bertolak dari KLIA pada 15hb Mei 2012, menuju ke Cairo dan telah bergabung dengan rombongan misi dari kota Amman, Jordan itu yang turut disertai beberapa orang sukarelawan lain dari Beirut, Lubnan.

Misi ini telah berjaya disempurnakan dan para sukarelawan telah selamat kembali ke Malaysia pada 24 Mei 2012.Misi kali ini telah disertai oleh En Mohd Radzi Abdul Wahab selaku ketua misi, serta 2 orang lagi aktivis Aqsa Syarif iaitu En Zairi Suboh dan En Abdul Wahab Yahya.

Fokus pada misi kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan perubatan kepada Rakyat Gaza. Walaupun berlaku pertembungan tarikh misi antara misi A2G4 dan A2G5, kedua kumpulan ini bergerak dengan 2 misi yang berbeza.

AQSA-TO-GAZA-4 (A2G4) AQSA-TO-GAZA-5 (A2G5)

Edisi November 2012 - Bil. 038

Page 9: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

Sejak penubuhan Aqsa Syarif pada tahun 2010, beberapa siri misi ke Gaza telah dilaksanakan bagi menyalurkan sumbangan-sumbangan yang telah dikumpul daripada seluruh rakyat Malaysia. Sehingga kini 9 misi telah berjaya dijalankan dengan pelbagai objektif yang tersendiri.

MISI KEMANUSIAAN Aqsa2Gaza

AQSA-TO-GAZA-7 (A2G7)Aqsa-to-Gaza-7 (A2G7) merupakan misi yang dilaksanakan oleh Aqsa Syarif dengan kerjasama Viva Palestina Malaysia (VPM). Misi ini telah berlangsung dari 8 hingga 15 Jun 2012 dan telah disertai oleh Dr Othman bin Md Zain, En Hasri bin Wazir, Puan Faezah binti Hassan dan mereka telah diketuai oleh salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad iaitu Dr Selamat Aliman.

Selain mengadakan sesi lawatan ke tapak-tapak projek yang sedang dijalankan oleh Aqsa Syarif seperti Projek Kilang Roti Persahabatan dan ProjekTernakan Ikan, misi kali ini memfokuskan penjanaan dana bagi kempen “One Family One Lamp”. Projek ini mensasarkan kutipan dana untuk membeli lebih 3000 unit lampu solar untuk kegunaan keluarga-keluarga di Gaza. Aqsa Syarif telah menjanakan dana bagi 1000 unit lampu solar daripada jumlah 3000 yang akan dibawa. Setiap unit lampu solar bernilai RM 60.

Umum mengetahui bahawa bekalan eletrik di Gaza adalah terhad dan kebanyakan penduduk Palestin akan bergelap pada waktu malam. Ini telah menyekat mereka daripada melakukan aktiviti rutin, khususnya di kalangan pelajar seperti mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Kempen lampu solar ini dibuat atas keperluan tersebut.

Selain bersama VPM, peserta misi juga telah bersama-sama dengan kumpulan Misi “Miles Of Smiles 13” (MOS 13) yang turut menggabungkan beberapa NGO antarabangsa yang lain, dengan bilangan peserta mencecah 120 orang sukarelawan. Mereka mewakili beberapa Negara termasuk Australia, New Zealand, negara-negara Arab, Afrika dan Malaysia sendiri. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa dan budaya namun membawa satu misi yang sama iaitu misi pembebasan Palestin.

Edisi November 2012 - Bil. 03 9

Di Bumi Itu

Di bumi itu,Kaktus bagai tidak sanggup berduri

Angin bahkan tidak sanggup bertiupTanah suci dijajah

Tangis dan darah melebur menjadi tanah merah

Anak-anak bumi ituDilahirkan di bawah hujan abu

Dibesarkan dengan kejaran peluruDitenyeh lumur tanpa kasihanKulit mereka malah disiat-siat

Dan perut mereka dipijak henyak Zionis penuh kesumat

Entah sampai bila mereka harus menderita?Entah sampai bila kita cuma mampu membenci

Zionis tanpa tindak yang nyata?Entah sampai bila kita mampu bermain kata

Sedangkan di jiwa makin hilang rasa

Kemanusiaan sebenarnya sudah lama habisJiwa-jiwa sebenarnya sudah terlalu banyak

menangisDi bumi Palestin mereka berjuang mati

Bahkan anak-anak melawan bersenjatakan keyakinan jihad yang pasti

Sedang kita, masih bermain-main dengan ideologi

Ikhwan, jangan pernah putus doa dan huluranJangan pernah kau entengkan impian syahid dan

syurgaJangan biar dunia menggoda

Jangan sampai tersalur wang ringgit buat Zionis membedil mereka

~Dan disetiap kali mujahadah kau hampir tewas ke kaki……

Bayangkan sakitnya saudaramu dilanyak kaki jahat manusia pada kepala.. yang terkambus di tanah

sendiri~

Mohammad AkhtarPeserta Aqsa2Gaza 8

PUISI

Page 10: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

10 r2rROSE 2 ROSEEdisi November 2012 - Bil. 0310

EMPOWERING PALESTINIAN WOMEN :R2R CHARITY DINNER COLLECTED RM500,000

Women are part of the backbone in the leadership of the family. Stable and successful family unit is the basis of the wellbeing of the community. Due to the siege , the constant pressure and threat of war to the Palestinians in general, and Gaza in particular, their lives are badly a�ected in all aspects. The most a�ected from these are of course the women and the children. Many are widowed, and these women are therefore forced to become the single breadwinner for the family.

Realizing this important impact on the women and the family, Aqsa Syarif through Rose2Rose has begun a project to build women community centres to help the women in Gaza. This community centre will Insya Allah play a major role in running capacity building programmes for the Palestinian women. The programmes are meant to improve the condition of Gazan women in all aspects of their life, religious, economic, health and social status. It is also hope that this centre can provide the psychological and moral support that is badly needed to alleviate their continuous su�erings. Rose2Rose plans to build two women community centres per year. Each centre will cost RM300,000-500,000.00. As for the year 2012, Rose2Rose has chosen two Palestinian NGO for this project namely Dar Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah and Multaqa ArRahmah.

Alhamdullilah, Rose2Rose has successfully disbursed the monies promised to these two NGO for the construction of the women community centre in Rafah and Jabalia respectively. This was made possible by various donation drive activities such as wakaf and the peak activity was the charity dinner which was held on the 14th of July 2012 at Crystal Hall, TM Convention Centre, Kuala Lumpur, organised jointly by Aqsa Syarif together with Medical Interest Group (MIG), Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB, Badan Kebajikan Islam Telekom and last but not least Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Rose2Rose had the honour to receive two special Palestinian women leaders during the Charity dinner. They were Mrs Tahany Ramadhan Abu Jazar, chairperson for the women community centre Dar Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah in Rafah and Mrs Syaima Shehab, chairperson for Multaqa Ar Rahmah, Jabalia. Not forgetting our dear Aya Sa’d Mussa Abu Jazar, 12 year old ha�zah who managed to memorise the holy Quran in just 2 months. She recited from memory the verses from the Quran during the opening ceremony. The dinner was also attended by representatives from other NGOs including Pertubuhan IKRAM Malaysia, Viva Palestina Malaysia and Islamic Relief Malaysia, Ustazah Maznah Daud, Women Representative of Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Two big contributors were applauded during the dinner i.e.

RM140,000 from Medic Mesir and RM30,000 from Worldwide Holdings. They were represented by Mrs Siti Haniza Mohd Nazri (CEO Medic Mesir) and Mr Ahmad Azman (acting CEO Worldwide holdings). Twelve sets of braille Quran were also donated by Mr Jaafar Mat Isa, the President of Malaysian Society for the Blind.

The charity dinner was colored by various fund raising activities such as bidding and sales of the handicraft made by the Gazan women. Other interesting activities during the dinner were sand art show, �ash mob, poem recitation and nasheed.

RR2

The Rose2Rose project was covered by the local media such as Majalah Anis, TV shows such as Hello on Two,TV3, TV Al Hijrah and news on NTV 7. A big thank you for all who have supported Rose2Rose and we hope this support will be a continuous activity and we pray that Allah will reward bountifully.

This success has actually caught the attention of many including YB Rodziah Ismail, who is the Selangor State Exco for the Welfare of Women. Rose2Rose was given the opportunity to explain about the plight of Palestinians especially the Palestinian women to the women of Selangor. Several talks were organised during Ramadhan for this purpose. It also gives the chance to the Malaysian women to help our sisters in Palestine namely those in Gaza.

TOTAL COLLECTION OF R2RDINNER = RM 504,019.30 !!

AMAZING FACT

sand artR2R committe members

some of VIPs Aya Sa’d reciting Quran

�ash mobhandicrafts bidding

Dr Fauziah giving souvenirpanoramic view of event

Page 11: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

SANA-SINIEdisi November 2012 - Bil. 03 11

Dr Ha�dzi dan Ustaz Noorsyazly mewakili IKRAM dan Aqsa Syarif di Istanbul

ISTANBUL – Delegasi Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Prof Madya Dr. Ha�dzi Mohd Noor dan pegawai perhubungan IKRAM, Ustaz Noorsyazli Ramely telah menghadiri Muktamar al-Quds anjuran al-Quds International Institution (QII) dengan kerjasama IHH (Insani Yardim Vak� ) Turki pada 29 – 30 Jun lalu di sini.

Muktamar yang bertemakan “Amal Kebajikan untuk al-Quds: Realiti dan Harapan” bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan perancangan para peserta dari seluruh dunia untuk membantu al-Quds dan berbincang prospek-prospek yang berpotensi masa depan untuk membantu al-Quds secara bersama.

Ustaz Noorsyazly turut diberi laluan untuk berkongsi beberapa projek Aqsa Syarif di Gaza dan Baitul Maqdis antaranya bantuan sebanyak USD 30,000.00 untuk projek renovasi Masjid al-Aqsa di samping mempromosi projek Rose2Rose (R2R) dan projek pembinaan Pusat Komuniti Wanita di Gaza.

Aqsa Syarif melalui QFM (Quds Foundation Malaysia) juga telah menyerahkan USD 10,000.00 untuk menaja projek penggalian dua telaga di sekitar Baitul Maqdis di sekitar Kota Lama. Projek ini melibatkan penggalian 20 buah perigi dalam tempoh 9 bulan di mana setiap perigi menelan belanja USD 4,500.00.

Dr Fauziah di Kuwait : Seminar “Peranan wanita dalam kerja kebajikan” anjuran IICO

KUWAIT CITY – Dr Fauziah Mohd Hasan, Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad telah menyertai satu seminar khas untuk wanita anjuran International Islamic Charity Organization (IICO) bertajuk : Peranan wanita dalam kerja kebajikan, di Regency Hotel, Kuwait City.

Seminar ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari lebih 20 buah negara Islam termasuk Malaysia, Indonesia, Sudan, Somalia, Mesir, Jordan dan lain-lain. Program ini dirasmikan oleh Sheikh Dr Abdullah Al-Ma’touq, Pengerusi IICO.

Antara slot yang mengisi program dua hari ini adalah slot perbincangan tentang peranan wanita dalam kerja kebajikan dari sudut sosial, ekonomi, pengurusan dan kesukarelawanan.

Aqsa Syarif menghantar wakil ke Persidangan Memperingati Sabra & Shatila di Beirut

Bersempena Persidangan Memperingati Pembunuhan Beramai-Ramai Sabra dan Shatila tahun ke-30 di Beirut, Aqsa Syarif menghantar Haji Ahmad Sha�ai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad ke persidangan yang berlangsung dari 16 hingga 22 September 2012 di Beirut, Lubnan. Sebanyak 120 buah delegasi mengambil tempat yang datang dari Itali, Lubnan, Amerika, Kanada, Perancis, Portugal, Malaysia, Singapura, Greece, Mesir, Palestin (Tebing Barat) dan beberapa negara lain.Selain aktiviti persidangan, lawatan-lawatan rasmi turut diadakan ke kem pelarian Sabra, Shatilla dan Nahr el-Barid, selain Muzium Mleeta yang menempatkan bahan-bahan sejarah berkaitan perang Lubnan-Israel 1982 dan beberapa tempat bersejarah yang lain.

The Rose2Rose project was covered by the local media such as Majalah Anis, TV shows such as Hello on Two,TV3, TV Al Hijrah and news on NTV 7. A big thank you for all who have supported Rose2Rose and we hope this support will be a continuous activity and we pray that Allah will reward bountifully.

Page 12: Buletin Aqsa Syarif Bil.03 - November 2012

EDISI SEPTEMBER 2012 BIL. 03

Edisi November 2012 - Bil. 0312

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

AQSA SYARIF BERHAD(No pendaftaran Syarikat: 729288-P)

18-2, Jalan Damai Mewah 2Taman Damai Mewah,

43000 KajangSelangor Darul Ehsan

Tel: 03-8733 4636Faks: 03-8734 9636

Email: [email protected] web: www.aqsasyarif.org.my

Sumbangan PalestinMaybank Islamic:5515-7500-4299

Bank Islam Malaysia Berhad:12-0920-1003-4904

Sumbangan Pengurusan

CIMB Islamic:12-1600-0045-2101

Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan sumbangan

yang terkumpul kepada saudara-saudara di Palestin. Moga Allah memberkati usaha ini demi membebaskan Al-Aqsa.

LIPUTAN MEDIA AQSA SYARIF

TV Alhijrah - 21 JULAI 2012Berita AlhijrahImam-imam dari Gaza tiba di KLIA untuk mengimami tarawih sepanjang Ramadhan di Malaysia

TV3 - 21 OGOS 2012Malaysia Hari IniImam-imam dari Gaza ditemuramah pada pagi Hari Raya Aidil�tri 1433H

TV3 - 25 OGOS 2012Buletin PagiKumpulan pertama misi Aqsa2Gaza 8 tiba di KLIA disambut oleh rakyat Malaysia

TV1 - 26 OGOS 2012Berita NasionalKumpulan kedua bagi misi Aqsa2Gaza 8 tiba di KLIA

TV9 - 23 SEPTEMBER 2012Berita TV9Projek Pusat Komuniti Wanita Palestin di Gaza, liputan semasa misi Aqsa2Gaza 8

TV3 - 28 SEPTEMBER 2012Buletin UtamaLiputan projek Kilang Roti Persahabatan Malaysia - Palestin di Gaza, semasa Aqsa2Gaza 8

UTUSAN - 14 SEPTEMBER 2012Sisipan MEGALiputan berkenaan misi Aqsa2Gaza 8 dalam akhbar Utusan Malaysia

facebook.com/aqsa.syarif