20
Sistem pengurusan sampah di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telahpun diambil alih oleh KDEB Waste Management bermula 1 Mac 2017 selepas tamatnya kontrak kutipan kontraktor terdahulu pada bulan Februari yang lalu. Dato’ Juhari Ahmad, Timbalan YDP MPS dalam ucapannya menyatakan bahawa isu pengurusan sampah antara cabaran paling besar bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk MPS yang secara tidak langsung terkesan dengan aduan mengenainya. Menurut beliau, keputusan kerajaan negeri mengarahkan KDEB Waste Management mengambil alih pengurusan sisa pepejal di seluruh PBT termasuk MPS diharapkan mampu menyelesaikan isu twitter.com/mpselayang www.facebook.com/majlisperbandaranselayang mpselayang KDEBWM AMBIL ALIH PENGURUSAN SISA PEPEJAL buletin EDARAN PERCUMA BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 berbangkit melalui perkhidmatan yang lebih sistematik dan terkini. MPS telah menerima banyak maklumbalas dan cadangan yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat termasuk penggunaan lori kompaktor yang lengkap teknologi GPS membolehkan pemantauan dan mengesan lokasi laluan kenderaan. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun bukan semua kontraktor bermasalah namun beliau berharap usaha yang dilakukan ini mampu mengatasi aduan. Selaras dengan pengambilalihan skop kutipan sisa pepejal (sisa domestik dan sisa kebun/pukal/longgok) oleh KDEBWM di seluruh kawasan pentadbiran MPS bermula 1 Mac 2017, aduan berkaitan sisa pepejal akan dikendalikan secara terus oleh KDEBWM. Pengadu boleh menghubungi pihak KDEB ditalian 019-3759592 atau 019- 3753980. Pengadu juga boleh menghantar aduan secara terus melalui aplikasi whatsapp di talian 109-2742824 atau melalui emel di [email protected]. Imbas kod QR ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual serta talian aduan perkhidmatan sisa pepejal.

buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

Sistem pengurusan sampah di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telahpun diambil alih oleh KDEB Waste Management bermula 1 Mac 2017 selepas tamatnya kontrak kutipan kontraktor terdahulu pada bulan Februari yang lalu.

Dato’ Juhari Ahmad, Timbalan YDP MPS dalam ucapannya menyatakan bahawa isu pengurusan sampah antara cabaran paling besar bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk MPS yang secara tidak langsung terkesan dengan aduan mengenainya. Menurut beliau, keputusan kerajaan negeri mengarahkan KDEB Waste Management mengambil alih pengurusan sisa pepejal di seluruh PBT termasuk MPS diharapkan mampu menyelesaikan isu

twitter.com/mpselayang www.facebook.com/majlisperbandaranselayang mpselayang

KDEBWM AMBIL ALIH PENGURUSAN SISA PEPEJAL

buletin

EDARAN PERCUMABIL. 1 JANUARI - APRIL 2017

berbangkit melalui perkhidmatan yang lebih sistematik dan terkini.

MPS telah menerima banyak maklumbalas dan cadangan yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat termasuk penggunaan lori kompaktor yang lengkap teknologi GPS membolehkan pemantauan dan mengesan lokasi laluan kenderaan. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun bukan semua kontraktor bermasalah namun beliau berharap usaha yang dilakukan ini mampu mengatasi aduan.

Selaras dengan pengambilalihan skop kutipan sisa pepejal (sisa domestik dan sisa kebun/pukal/longgok) oleh KDEBWM di seluruh kawasan pentadbiran MPS

bermula 1 Mac 2017, aduan berkaitan sisa pepejal akan dikendalikan secara terus oleh KDEBWM. Pengadu boleh menghubungi pihak KDEB ditalian 019-3759592 atau 019-3753980. Pengadu juga boleh menghantar aduan secara terus melalui aplikasi whatsapp di talian 109-2742824 atau melalui emel di [email protected].

Imbas kod QR ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual serta talian aduan perkhidmatan sisa pepejal.

Page 2: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

Dari Meja YDPISU 1-2017 | JAN - APRIL

SIDANGREDAKSI

PENASIHATTuan Suliman B. Abd Rahman A.M.N., [email protected]’ Juhari B. [email protected]

KETUA PENGARANGEn. Mohamad Zin B. Masoad [email protected]

PENOLONG KETUA PENGARANGEn. Ahmad Fauzi B. Ishak [email protected]

PENGARANGCik Norillyana Bt. Roslan [email protected]. Atiqah Bt. [email protected]. Norhasliza Bt. Hassan [email protected]. Noraswalziha Bt. [email protected]. Siti Maisarah Bt. Abd. [email protected]. Elley Roulzee B. Ahmad [email protected]

PEREKA LETAKCik Suraiya Hani Bt. [email protected]. Erni Yusliza Bt. [email protected]

JURUFOTOCik Anissapinah Bt. Mohd Dan [email protected]. Mohamad Khairun Bin Roslan [email protected]

DITERBITKAN OLEHJabatan KorporatMajlis Perbandaran Selayang

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta dan masalah dari penerbitan ini. Sebarang maklum balas atau cadangan boleh dihantar kepada:

Jabatan KorporatMajlis Perbandaran SelayangMenara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

No. Tel: 03 6126 5800 Fax: 03 6138 2728E-mel: [email protected] Bebas Tol: 1800-222-677

@mpselayang facebook.com/mpselayang

Bersyukur ke Hadrat Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayah-Nya untuk kita bertemu di tahun 2017. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kita kepada pelanggan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.

Dalam menghadapi arus globalisasi masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sahaja berdepan dengan proses pembangunan perbandaran tetapi juga dengan harapan penduduk yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan yang kita berikan seperti perkhidmatan perbandaran, pengurusan alam sekitar, ekonomi, infrasturktur dan sosial.

Pada tahun ini, pihak Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar telah memperkenalkan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan tema “PBT Di Hati Rakyat” yang dirangka dan digubal supaya dapat menangani pelbagai isu-isu semasa. Enam teras tersebut ialah pembangunan modal insan, Kecekapan Perkhidmatan, pengukuhan kewangan, kesejahteraan rakyat, penglibatan rakyat dan komunikasi berkesan.

Di samping itu kita juga hendaklah mengamalkan pengurusan berpandukan proses (process driven management) di mana staf dapat menjalankan tugas berdasarkan langkah-langkah yang ditetapkan berdasarkan SOP, pekeliling dan dasar secara bebas tanpa gangguan.

Syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mengambil alih pengurusan sisa pepejal di MPS mulai bulan Mac 2017. Kami amat yakin dan meletak sepenuh kepercayaan kepada pihak syarikat untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal dengan lebih baik dan sistematik.

Dengan pengambilalihan pengurusan tersebut, zon operasi telah diubah daripada 31 kawasan kepada 44 kawasan dengan tujuan untuk meningkatkan tumpuan setiap zon. Dengan peralatan yang serba lengkap dan sistem pengesan serta pusat aduan ianya akan melicinkan lagi proses pengurusan sisa pepejal tersebut. MPS akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya dalam perubahan pengurusan tersebut dan akan memantau dari segi aduan.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada penganut agama Hindu. Kepada masyarakat Cina pula saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Semoga perayaan yang kita sambut akan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat majmuk di negara kita.

SULIMAN BIN ABD RAHMAN A.M.S., P.P.T.

Yang DipertuaMajlis Perbandaran Selayang

www.mps.gov.my

2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 3: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK DI RAWANGKERAJAAN PRIHATIN KEPERLUAN RAKYAT

BERLANDASKAN inisiatif peduli rakyat Rumah Selangorku oleh kerajaan Negeri Selangor, sebuah projek perumahan yang bertempat di Templer Rawang telah dibangunkan. Sebanyak 900 buah rumah jenis pangsapuri akan dibina dengan kerjasama Kumpulan Perangsang dan Pengurusan Hartanah SP Setia Berhad bagi menyediakan hartanah mampu milik ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 29 Mac 2017. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa tampil dengan pelbagai bantuan melalui program Insiaitif Peduli Rakyat (IPR) untuk membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dengan menyediakan Rumah SelangorKu di bawah kadar RM250,000.

Turut hadir sama pada sesi pelancaran tersebut adalah Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman, Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib, Pengerusi S P Setia Berhad, Tan Sri Datuk Dr Wan Zahid dan Tuan Suliman bin Abdul Rahman, Yang Dipertua MPS.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Hospital Pakar KPJ Rawang (KPJ Rawang) yang merupakan cawangan KPJ keenam di Selangor dan ke 25 di seluruh negara pada 29 Mac 2017.

Baginda telah berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM7,500 kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Kebajikan Kasih Sayang dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Upaya Kirtash.

Hopsital Pakar KPJ Rawang telah memulakan operasinya pada 31 Mac 2014 dan ianya adalah satu-satunya hospital pakar swasta yang terletak di tengah-tengah Bandar Rawang.

Dalam pada itu, pihak MPS turut memberikan kerjasama dalam pengurusan majlis rasmi dan protokol bagi membantu pihak KPJ Rawang.

PERASMIANKPJ RAWANG OLEH DYMM SULTAN SELANGOR

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 3

Page 4: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

JANUARI

FEBRUARI

DARI MESYUARAT PENUH

PATIL LESEN WAKTU PERNIAGAAN BAGI PERMIT PENJAJASebagai langkah untuk menaiktaraf imej penjaja meja lipat, MPS telah memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat.

Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang akan memudahkan pematuhan dan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa kelulusan mudah dilakukan kerana patil waktu perniagaan ini adalah gambaran kepada penjaja yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan.

NAIK TARAF KOLAM AIR PANASKolam Air Panas Selayang merupakan antara tarikan menarik yang terdapat di kawasan MPS. Menyedari potensi bagi menjadikan kolam air panas ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan, MPS kini dalam proses pembangunan kawasan ini dari segi kemudahan dan juga landskap persekitaran.

Menerusi jawatankuasa pemandu pembangunan air panas Selayang yang ditubuhkan khas untuk memantau projek ini, Syarikat KL Northgate telah pun dilantik

Oleh itu Tuan YDP memohon Ahli Majlis untuk membantu memaklumkan kepada para peniaga meja lipat berkenaan patil dan permit penjaja ini.

PENAMBAHAN BAJET PROJEK MARRISMesyuarat dimaklumkan bahawa, peruntukan MARRIS 2017 bertambah berbanding tahun lepas. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan ialah RM25.9 juta untuk panjang jalan manakala RM18 juta untuk DUN menjadikan jumlah keseluruhan RM43.9 juta berbanding tahun 2016 di mana peruntukan diluluskan berjumlah RM 29.7 juta.

sebagai pemaju bagi projek ini menerusi program CSR.

Berdasarkan perancangan pembangunan yang dicadangkan oleh syarikat, projek ini akan bermula pada 6 Mac 2017 dengan kerja-kerja fizikal iaitu ‘Soil Exploration And Investigation’ atau S.I dan proses kelulusan teknikal dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 September 2018 iaitu mengambil masa lebih kurang 18 bulan. Kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan bermula pada 19 Jun 2017 di mana sebahagian kawasan pembangunan akan ditutup kepada orang awam secara berperingkat untuk memberi laluan kepada pelaksaan projek dan juga untuk tujuan keselamatan awam.

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TUAN ABDUL RAHIM BIN AHMAD KASDITuan Abdul Rahim Bin Ahmad Kasdi, Ketua WHIP Ahli Majlis MPS dalam ucapannya menegaskan tentang usaha MPS untuk menjadi perbandaran yang bersih dan selesa. Beliau telah mengulas tentang keputusan kerajaan negeri untuk melantik KDEBWM sebagai konsesi pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran MPS. Beliau berharap strategi yang dibentangkan

oleh KDEBWM ke arah penambahbaikan seperti penambahan zon operasi daripada 31 kepada 44 yang akan memberi sempadan operasi yang lebih kecil dan padat, implementasi teknologi tinggi seperti Automated Vehicle Location System, Central Command Centre dan applikasi I-Clean akan menghapuskan keraguan terhadap perkhidmatan sisa pepejal di MPS.

Beliau seterusnya menyentuh tentang kejatuhan nilai ringgit serta kehilangan kepercayaan pelabur asing telah menyebabkan negara dilanda kegawatan ekonomi. Justeru, sebagai PBT yang meraih hasil pendapatan terutamanya daripada kutipan cukai dan lesen perniagaan, MPS harus bersedia untuk berdepan dengan situasi sukar ini. Sebagai cadangan, beliau meminta MPS untuk menjadi fasilitator dan menghapuskan birokrasi lapuk supaya lebih ramai para usahawan dan pelabur memilih untuk berniaga di kawasan pentadbiran MPS. Beliau juga memberi cadangan agar MPS memberi tumpuan kepada perniagaan foodtruck yang kini sedang menjadi trend di kalangan usahawan dengan memperkenalkan konsep ‘Satu Zon Satu Foodtruck’

Cadangan kerja-kerja MARRIS 2017 telah dihantar ke pejabat-pejabat DUN dalam pentadbiran MPS pada 3 Januari 2017 bagi tujuan pemakluman dan kelulusan.

www.mps.gov.my

4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 5: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

MAC

APRIL

TAWARAN BAYARAN KOMPAUN LETAK KERETA RM20MPS akan menawarkan tawaran RM20 bagi setiap keping kompaun letak kereta kepada pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak. Kempen yang akan dilaksanakan bermula 3 hingga 28 April 2017 ini bertujuan untuk memudahkan Orang Kena Kompaun (OKK) untuk membayar kompaun-kompaun yang tertunggak.

PENYELARASAN SPESIFIKASI DAN SAIZ TONG SAMPAH DI KAWASAN KOMERSIALMesyuarat Majlis telah meluluskan cadangan penyeragaman spesifikasi dan saiz tong sampah di kawasan komersial berdasarkan laporan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan yang bersidang pada 20 Mac 2017.

Penyeragaman yang akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2017 ini akan mensyaratkan pemilik perniagaan menggunakan tong

KELULUSAN LESEN DI KAWASAN TIDAK TERANCANGMesyuarat dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Pelesenan telah membuat dasar pemberian lesen di kawasan tidak terancang bagi memudahkan pemberian lesen di kawasan yang tidak terancang.

Dasar yang telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Pernigaaan dan Kesihatan Bil.11/2015 pada 15 Disember ini 2015 ini telah mensyaratkan bahawa pemberian lesen di kawasan tidak terancang boleh diberi jika pemohon memiliki status tanah (geran tanah) serta kelulusan bangunan sementara dari MPS.

Jabatan pelesanan juga memaklumkan bahawa kajian serta semakan semula keperluan dokumen di dalam senarai

Mobile Garbage Bin (MGB) bersaiz 120 Liter atau 240 liter bergantung kepada jenis tred perniagaan.

MPS berharap pelaksanaan penyeragaman ini akan mengurangkan

semak borang komposit akan dilaksanakan. Kajian bagi penambahan senarai aktiviti bagi kelulusan lesen serta merta juga akan dilaksanakan bergantung kepada kelulusan permohonan logistik yang diperlukan di kaunter jabatan.

UCAPAN PENANGGUHAN TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOFBeliau telah membangkitkan isu banjir di Kuang baru-baru ini. Pada pemerhatian beliau, punca banjir ini perlu diteliti dan diambil tindakan bagi mengelakkan bencana banjir lumpur tersebut berulang.

Beliau menekankan pentingnya MPS membuat pemantauan terhadap projek pembangunan di kawasan tersebut terutamanya kawalan sistem saliran dan syarat pembinaan kolam takungan. Beliau

juga berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat memantau sungai-sungai di sekitar Kuang.

aduan berkenaan premis komersial yang tidak mempunyai tong sampah atau menggunakan tong sampah yang tidak bersesuaian hingga menyebabkan keadaan kotor dan kesukaran kerja kutipan serta pembersihan dilaksanakan.

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 5

Page 6: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

PELBAGAI barang harian rumah boleh didapati semasa Karnival Harga Kilang anjuran MPS pada harga yang lebih berpatutan. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari yang bermula pada 3 sehingga 5 Februari di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Di samping itu, pengisian aktiviti seperti pertandingan memasak dan mewarna memeriahkan lagi suasana karnival. Forum santai bersama Ustaz. Dr. Ahmad Tarmizi dan Juara Pencentus Ummah (PU) Suhaimi turut menjadi tumpuan para pengunjung. Program ini juga telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, YB. Tuan Zaidy bin Abdul Talib.

KEMPEN yang berkonsepkan ‘satu rumah, satu aerosol’ dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat keberkesanan usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan kes denggi. Selain itu, program ini dapat mendedahankan kepada rakyat tentang pencegahan denggi yang boleh dimulakan di dalam rumah dengan menggunakan aerosol untuk menghapuskan nyamuk dewasa.

Pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan oleh YB Tn. Hj Amirudin Shari, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADN Batu Caves pada 26 Feb 2017 yang bertempat di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves. Pemeriksaan dan pengedaran aerosol telah dibuat dari rumah ke rumah di kawasan tersebut untuk memberi kesedaran berkaitan kempen yang dilaksanakan.

Program tersebut telah mendapat kerjasama daripada Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua kampung dan penduduk.

KARNIVAL HARGA KILANG 2017

KEMPEN SATU RUMAH SATU AEROSOLUSAHA CEGAH WABAK DENGGI

Puan Norazlin binti Md SamsudinAhli Majlis Zon 4

BENGKEL KEUSAHAWANAN WANITA (HOMEMADE CAKE)

Program ini merupakan anjuran Ahli Majlis JKP Zon 16 dengan penglibatan dan kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 16. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan membuat kek dari rumah. Antara golongan yang boleh melibatkan diri dalam kursus ini adalah suri rumah, penganggur juga sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan, mengisi masa lapang mahupun yang ingin memulakan perniagaan dari rumah. Peserta program turut didedahkan dengan teknik-teknik membuat pelbagai jenis kek, pembungkusan kek, cara jualan, cara penggunaan acuan dan sebagainya.

Tn. Ang Tan LoongAhli Majlis Zon 16

AHLI MAJLIS ZON JKP

www.mps.gov.my

6 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 7: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

PROGRAM SEMINAR KEWANGAN BERSAMA PERUNDING KEWANGANProgram ini yang telah dikendalikan oleh Encik Afyan Mat Rawi merupakan anjuran Ahli Majlis JKP Zon 1 dengan penglibatan Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 1 dan kerjasama daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADN Gombak Setia dan PeBT Zon 1. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan cara perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan berlakunya pembaziran tanpa disedari. Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam cara perbelanjaan secara berhemah, program ini juga dapat membantu masyarakat supaya membudayakan amalan menyimpan dengan cermat.

Tn. Mohamad Azizul bin Abu BakarAhli Majlis Zon 1

PROGRAM KEMPEN HIJAU “SELAYANG TANPA BEG PLASTIK”

Program ini merupakan anjuran Ahli Majlis JKP Zon 4 dengan penglibatan daripada Ahli Jawatankuasa Zon 8 dan kerjasama daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADN Batu Caves dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 8. Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya sayang dan peka terhadap isu alam sekitar dengan mengurangkan penghasilan sampah serta menyemai sifat bertanggungjawab di kalangan penduduk setempat dalam memulihara alam sekitar. Pada program tersebut sebanyak 500 unit beg kanvas telah diedarkan kepada masyarakat bertujuan untuk memperkenalkan bahan alternatif sebagai pengganti beg plastik di samping dapat menggalakkan mereka supaya membudayakan amalan kitar semula.

KEJOHANAN FUTSAL REMAJA CUNGKIL BAKAT BARU

Satu kejohanan futsal remaja telah dianjurkan oleh Tuan Fok Wai Mun, Ahli Majlis JKP Zon 24, bersama-sama Ahli Jawatankuasa Zon 24 dan Persatuan Pemuda Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong serta Kelab Bola Sepak Muafakat Darul Ehsan. Kejohanan ini berjaya dilaksanakan bersekali dengan Majlis Pelancaran Gelanggang Futsal baru yang telah siap dibina pada bulan Februari 2017 yang lalu. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya bersukan khususnya di kalangan remaja dan belia di samping dapat mengeratkan hubungan di kalangan belia di seluruh kawasan JKP Zon 24 menerusi aktiviti sukan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna.

PROGRAM HARI WANITA PERINGKAT ZON 4 (JKP ZON 4)Program ini merupakan anjuran Ahli Majlis JKP Zon 4 dengan penglibatan dan kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 4. Program Hari Wanita ini dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentangnkepentingan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi setempat, negeri dan juga negara. Sempena Sambutan Hari Wanita, JKP Zon 4 telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan Coklat & Woven Beg di sekitar kawasan JKP Zon 4 dan juga bunga segar kepada Staf, Pengarah & Ahli Majlis Wanita di MPS.

Tn. Viskineswara a/l BatumalayAhli Majlis Zon 8

Tuan Amir Fazlee Bin KhalidAhli Majlis Zon 4

Tn. Fook Wai MunAhli Majlis Zon 24

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 7

Page 8: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

LALUAN BAS PERCUMA SMART SELANGOR SELAYANG MUTIARA - TERMINAL PUTRA GOMBAK

Page 9: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang
Page 10: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

SAMBUTANHARI WANITA 2017

MAJLIS SAMBUTAN

HARI WANITA 2017

SAMBUTAN Hari Wanita dengan tema ‘Berani untuk Berubah’ telah diadakan di Dewan Keraian MPS pada 10 Mac 2017. Program ini merupakan anjuran ANULAE Cawangan MPS dengan kerjasama Biro Wanita dan Kelab Sukan MPS.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan pencapaian kaum wanita khususnya di MPS. Penghargaan yang diberikan ini juga akan memberi galakkan kepada golongan wanita supaya berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang terutama keusahawanan.

Sambutan ini juga sebagai pengiktirafan kepada kaum wanita di semua peringkat diatas sumbangan kepada pembangunan negara dan memberi rangsangan kepada kaum wanita supaya lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Norazlin Binti Md. Samsudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, MPS. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPS, pengarah dan staf wanita MPS.

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi ceramah kesihatan oleh MAKNA, pertandingan ukiran Henna dan gubahan bunga serta cupcake, persembahan nyanyian serta cabutan bertuah.

Berani untuk Berubah

Imbas kod QR ini untuk melihat lebih banyak gambar.

www.mps.gov.my

1 0 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 11: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

Standard Chartered Global Business Servicess telah menyumbangkan sebanyak 200 sebagai tanda sokong terhadap Kempen Tanam Pokok Lagong anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Program tanam pokok ini telah diadakan pada 25 Mac 2017. Objektif program ini adalah selaras dengan program Local Agenda 21 yang menyarankan perlaksanaan bentuk projek-projek pembangunan mampan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Di samping itu,

kempen ini akan menjadi contoh kepada agensi-agensi lain untuk bersama-sama berkerjasama mengadakan program sebegini.

Penanaman pokok ini dapat membantu persekitaran dalam aspek keindahan, kebersihan dan pembangunan landskap secara menyeluruh dan dapat mempromosikan industri pelancongan. Selain itu, MPS nekad unutk memastikan pokok-pokok yang ditanam ini terus hidup subur dan dijaga oleh generasi Selayang.

KEMPEN TANAM POKOK BERSAMA STANDARD CHARTERED MPS TERIMA SUMBANGAN 200 ANAK POKOK

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 1

Page 12: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

LAWATAN MPS KE MBSA

MPS TIMBA ILMU PELAKSANAAN EKSASERAMAI 35 staf MPS telah membuat kunjungan sambil belajar ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 April 2017. Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di MBSA memandangkan PBT tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selain menerima taklimat daripada Puan Wan Suraya Sahabaludin, Penyelaras Inovasi MBSA, staf MPS juga dibawa melawat ke sekitar bahagian-bahagian pejabat jabatan yang telah melaksanakan EKSA sepenuhnya.

SERAMAI 24 peserta telah menghadiri Bengkel Pasukan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 yang diadakan bermula 10 hingga 12 April 2017 di Bangi Putrajaya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh perunding dari Seawaves Quality iaitu En. Abdul Razak bin Abu Bakar dan En Mohd Kamal Fitri Bin Mohd Ghazali selaku perunding MS ISO MPS.

Kursus ini menekankan beberapa aspek penting kepada peserta antaranya:

i. Teknik audit dalaman MS ISO 9001:2015ii. Memahami Klausaiii. Kepentingan audit dalam organisasiiv. Cara audit Pelan Pengurusan Risiko

Secara keseluruhan bengkel ini dapat memberi kefahaman tenatng cara-cara audit MS ISO 9001:2015 dengan lebih jelas kepada peserta yang terlibat.

BENGKEL AUDIT DALAM ISO 9001:2015

MANTAP KEFAHAMAN TENTANG PELAKSANAAN ISO

www.mps.gov.my

1 2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 13: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

LAWATAN DARI MINISTRY OF LOCAL GOVERNMENT, LOCAL GOVERNMENT RURAL DEVELOPMENT & COOPERATIVES) BANGLADESH

MPS KONGSI PENGALAMANPada 13 Februari 2017, MPS telah menerima lawatan kerja sambil belajar dari Ministry Of Local Government, Local Government Rural Development & Cooperatives) Bangladesh.

Rombongan ini telah yang disertai seramai 20 orang bersama dengan dua orang tempatan yang bertindak sebagai pengiring dan penterjemah.

Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan. Sesi pembetangan disampaikan oleh En. Mohamad Zin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat.

Para deligasi juga turut dibawa melihat pejabat-pejabat jabatan, bilik persidangan mesyuarat majlis dan persekitaran setempat MPS.

MPS komited untuk memastikan kebajikan dan keselesaan kakitangan menjadi keutamaan. Ini dilaksanakan melalui beberapa inisiatif serta kemudahan yang diberikan kepada staf MPS.

Terbaru, MPS telah melancarkan pembekalan vest reflector bagi kumpulan

PENYERAHAN VEST KESELAMATAN SERTA BANTUAN MEMBUAT KACA MATA

MPS KOMITED JAGA KEBAJIKAN STAF

C dan D yang melibatkan hampir seramai 500 staf (menunggang motosikal) dengan anggaran RM55 seunit dan jumlah peruntukan RM27,500.00.

Selain itu, semua staf MPS juga layak untuk menerima bantuan membuat kaca mata dimana staf boleh membuat tuntutan

bagi pembelian kaca mata sehingga RM300 untuk tempoh setiap 3 tahun.

MPS yakin keprihatinan terhadap staf mampu meningkatkan motivasi, kualiti dan mutu kerja sekaligus dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masayarakat Selayang.

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 3

Page 14: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

GUDWARA BARUKERAJAAN NEGERI SEDIA PERTIMBANGYAB Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama-sama YDP MPS telah menghadiri Rumah Terbuka Perayaan Vesakhi 2017 bersama komuniti Sikh di Batu Caves

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapannya menyatakan akan berbincang dengan Pegawai Daerah Gombak untuk mendapatkan tapak baru untuk membina Gudwara baru untuk kemudahan masyarakat Sikh di sekitar Gombak dan Batu Caves.

MPS menjadi PBT pertama di Selangor yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha mewujudkan perkhidmatan yang adil, telus dan bebas gejala rasuah serta salah guna kuasa.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Selangor), Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah berkata, dengan pelaksanaan ikrar itu, pihaknya mahu sokongan dan komitmen setiap pegawai agensi berkenaan melaporkan sebarang perlakuan rasuah dalam urusan seharian mereka.

“Kita mahu SPRM digeruni oleh pelaku-pelaku rasuah, bukan digeruni oleh masyarakat. Masyarakat atau semua pihak melaporkan sebarang perlakuan rasuah dan SPRM akan bertindak’’, katanya dalam ucapannya sempena majlis ini.

Tambahnya lagi, perbincangan bersama Ketua Unit Integriti MPS sebelum ini juga merupakan satu langkah positif bagi membina serta rangkaian kerjasama yang lebih erat dalam usaha meningkatkan nilai integriti di organisasi khususnya dalam memerangai rasuah.

Pada majlis tersebut, Yang Dipertua MPS, Suliman bin Abd Rahman telah mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani IBR sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah.

Pada hari tersebut juga telah diadakan sesi Round Table Discussion yang membincangkan isu-isu serta permasalahan berkaitan rasuah dan integriti. Sesi Diskusi ini telah disertai oleh pegawai-pegawai dari MPS serta En Faiz bin Omar, Ketua Bahagian Integrirti MPS yang bertindak selaku moderator.

MAJLIS TANDATANGAN IKRAR BEBAS RASUAH SERTA ROUND TABLE DISCUSSIONMPS JADI PBT PERTAMA IKRAR BEBAS RASUAH

www.mps.gov.my

1 4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 15: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

AMALAN KEBERSIHANDIUTAMAKAN PADA HARI THAIPUSAM

JUALAN TAPAKSEMPENA SAMBUTAN HARI THAIPUSAM

MPS komited untuk memastikan kebersihan sepanjang perayaan Thaipusam yang akan berlangsung bermula 8 Februari 2017 terkawal dan berada di tahap yang optimum.

Kawasan Batu Caves yang menjadi tumpuan semasa perayaan Thaipusam telah menerima sehingga 1.5 juta pengunjung yang terdiri daripada penganut Hindu serta pelancong setiap tahun.

PENJUALAN permit tapak perniagaan Taipusam yang berlangsung pada 2 Februari telah mendapat pemohonan yang mengalakkan dengan penyediaan 550 petak. Sebanyak 119 petak yang berharga RM200 seunit ditawarkan kepada peniaga gunting rambut. Manakala selebihnya dibuka kepada lain-lain jenis perniagaan.

MPS memberi peringatan kepada penjaja agar menjaga kebersihan persekitaran dan mutu penyediaan makanan bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini terutamanya masalaah kesihatan. Selain itu, penjaja diwajibkan mematuhi dasar kerajaan negeri yang tidak membenarkan penggunaan plastik dan polistirena sepanjang tempoh jualan.

Kebanjiran pengunjung ini telah menyebabkan masalah terutama sampah yang dibuang merata-rata oleh pengunjung yang tidak bertangungjawab. Sebagai usaha membendung masalah ini, MPS telah menyediakan sebanyak 240 tong sampah di kawasan sekitar termasuk 10 tong sampah besar Roll On Roll Off (RORO).

MPS turut menjalankan operasi pembersihan kawasan sekitar selama 24 jam yang akan melibatkan 130 pekerja kontraktor dan 21 kakitangan MPS yang dibahagikan kepada dua zon iaitu zon A dan B. Operasi akan diteruskan sehingga 12 Februari bagi memastikan kawasan tersebut bersih sepenuh nya.

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 5

Page 16: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

MPS PRIHATINTERHADAP BEBAN MASYARAKAT

SEBAGAI usaha memberi peluang kepada masyarakat untuk menambah pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan, MPS menawarkan permit untuk perniagaan meja lipat pada kadar RM30 sebulan. Permit ini membolehkan peniaga membuka perniagaan meja lipat di lokasi yang diluluskan serta mengikut slot waktu yang telah ditetapkan. Terdapat tiga sesi ditetapkan untuk piilihan penjaja iaitu pagi (6.00 pagi sehingga 9.30 pagi), tengah hari (10.30 pagi sehingga 2.30 pagi) dan petang (3 petang hingga 7.30 malam).

Kelulusan lokasi perniagaan meja lipat adalah berdasarkan syarat perniagaan meja lipat tersebut tidak menimbulkan kacau ganggu serta kesesakan lalu lintas. Peniaga juga tidak dibenarkan meninggalkan sebarang peralatan atau sampah di lokasi.

KERAJAAN Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Notis 5A kepada tiga penduduk Kampung Seri Indah B, Sungai Buloh dan sembilan lagi peduduk yang mengusahakan tanah kediaman masing-masing di Taman Daya, Selayang.

Penduduk yang menerima Notis 5A diberi dua pilihan iaitu menjelaskan bayaran premium penuh dengan

potongan 30 peratus atau membayar premium RM1,000 sahaja.

Pemilik tanah diwajibkan menjelaskan bayaran penuh premium sekiranya berhasrat untuk menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga. Walaubagaimanpun Dato’ Menteri Besar, Selangor menyatakan menasihatkan supaya pemilik tanah tidak menjualkan tanah masing-masing agar dapat diwarisi oleh generasi mereka pada

masa akan datang.

Turut dihadiri menyertai majlis, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

SERAHAN TANAH OLEHKERAJAAN NEGERI SELANGOR

OPERASI

www.mps.gov.my

1 6 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 17: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

PERHIMPUNAN BULANAN MPS

JAN

MAC

APRI

L

FEB

Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di MPS

Penyampaian Hadiah Pertandingan Ciptaan Logo EKSA

Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula MPS di Sekolah.

Penyerahan Jaket Pantul Cahaya kepada Staf

GOTONG-ROYONG

PASAR SRI GOMBAK (JPPH)

SESI PENILAIAN PROGRAM SUNGAI ANGKAT

GOTONG-ROYONG Pasar Sri Gombak telah diadakan pada bulan Februari 2017 anjuran Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama para peniaga dan beberapa agensi sukarelawan yang lain.

Ianya dijalankan bagi membersihkan kawasan persekitaran pasar berkenaan sebagai langkah mencegah penularan penyakit dan merupakan platform kepada mereka bagi bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royog di kawasan tesebut.

PROGRAM berkonsepkan kesedaran ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan penduduk setempat dan pengunjung-pengunjung sungai dan pantai khususnya di dalam penjagaan alam sekitar. Pihak MPS telah mencalonkan Sungai Jinjang, Bukit Lagong bagi menyertai

pertandingan ini. Pada sesi penilaian awalFebruari

2017, beberapa juri telah hadir ke sungai tersebut untuk membuat penilaian pertama. Justeru, beberapa maklumbalas diberikan kepada MPS seperti saranan menjalankan pembersihan kawasan,

membaikpulih kemudahan asas dan menghiasi persekitaran Sungai Jinjang yang dipertandingkan.

Nasihat dan cadangan yang diberi oleh juri-juri adalah merangkumi sebahagian besar ketegori pemarkahan untuk pertandingan yang berlangsung pada hujung tahun 2017.

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 7

Page 18: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

KEMPEN DERMA DARAHWARGA MPS PRIHATIN KEPERLUAN

SEMINAR KEPENGGUNAAN ANJURAN ANULAE MPS DAN PPIMDIDIK BAHAYA PINJAM AH LONG

BUAT julung kali, ANULAE cawangan MPS dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengajurkan seminar kepenggunaan dengan tajuk Perkasakan Pengguna : Jangan Terjerat Dengan Ah Long pada 15 Februari 2017.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf MPS tentang hak-hak sebagai pengguna dan cara tuntutan yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kes penipuan dalam urus niaga. Peserta seminar juga diberi pendedahan berkaitan isu penipuan pinjaman dari agensi tidak berlesen atan lebih dikenali dengan nama Ah Long.

Seminar yang bermula pada jam 9 pagi telah dikendalikan oleh Dr Izham Bin Nayan, Pengarah & Penyelidik PPIM, dengan disertai hampir 150 staf MPS. Turut Hadir, Timbalan yang Dipertua MPS, Ybhg, Dato Juhari Ahmad. Majlis yang diakhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan makan tamat pada jam 12 tengahari.

Kempen Derma Darah anjuran ANULAE MPS pada 22 Februari 2017 yang lalu telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada staf MPS serta orang ramai yang mempunyai kesedaran untuk mengisi tabung darah seterusnya membantu pesakit yang memerlukan.

Diadakan bagi tahun ketiga berturut-turut, penganjuran kali ini menyaksikan sambutan

lebih menggalakkan apabila seramai 200 penderma mengambil bahagian berbanding 150 orang pada tahun sebelumnya. Kempen Derma darah ini yang telah mendapat kerjasama Pusat Darah Negara turut menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penderma darah.

Pihak ANULAE MPS dalam kenyataan yang dikeluarkan berharap usaha ini akan

dapat diteruskan di masa hadapan dan sedikit sebanyak dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital.

Imbas kod QR ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu menyelamatkan nyawa dengan menderma darah.

Imbas kod QR ini untuk mengetahui tentang bahaya meminjam dengan peminjam wang tidak berlesen.

www.mps.gov.my

1 8 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7

Page 19: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

KEMPEN PENGGUNAAN BEKAS MAKANAN BIODEGRADASI MPS KE ARAH PERBANDARAN BEBAS PLASTIK

SELARAS dengan misi kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Bandar Bebas Plastik dan mendidik rakyat Selangor menjaga alam sekitar, MPS telah melaksanakan kempan penggunaan bekas biodegradasi di kalangan peniaga di kawasan Selayang.

Penggunaan bekas biodegradasi ini adalah digalakkan oleh pihak MPS kerana lebih selamat kepada pengguna berbanding polisterin yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada kesihatan dan perserkitaran.

Sebagai tanda komitmen MPS terhadap program ini, Yang Dipertua MPS sendiri telah turun padang di kawasan perniagaan Bandar Baru Selayang untuk menyerahkan poster serta bekas makanan biodegradasi kepada peniaga. Tuan YDP dalam ucapan beliau menyatakan bahawa MPS akan berusaha untuk memastikan kempen ini dapat diperluaskan secara menyeluruh ke semua premis makanan di bawah pentadbiran MPS.

Pada program ini juga, Tuan YDP telah melaksanakan penggunaan patil lesen

bagi peniaga meja lipat MPS. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang akan memudahkan pematuhan dan penguatkuasaaan ke atas penjaja haram mudah dilakukan.

Imbas kod QR ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Pelan tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor

buletin

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 9

Page 20: buletin BIL. 1 JANUARI - APRIL 2017 · memperkenalkan patil waktu perniagaan yang perlu di gunakan oleh semua penjaja meja lipat. Patil waktu perniagaan ini merupakan inovasi yang

Majlis Perbandaran Selayang telah dilantik selaku Bapa Angkat bagi pasukan Catur MAKSAK Negeri Selangor sempena Fiesta Sukan MAKSAK Malaysia 2017. Kontinjen MAKSAK Selangor telah diketuai oleh Tuan Suliman Bin Abd Rahman selaku ketua kontinjen dan turut disertai oleh seramai 14 orang yang terdiri daripada urusetia, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet yang merupakan staf dari ahli-ahli badan gabungan yang telah dipilih bagi mewakili Pasukan Catur Negeri Selangor ke kejohanan tersebut. Pasukan Catur Negeri Selangor hanya berjaya memperolehi kedudukan di tangga ke-7 daripada 17 penyertaan. Manakala bagi kategori wanita hanya berada di kedudukan ke-9 daripada 14 penyertaan.

Majlis Perbandaran Selayang telah dilantik selaku Bapa Angkat bagi pasukan Ping Pong MAKSAK Negeri Selangor sempena Fiesta Sukan MAKSAK Malaysia 2017. Kontinjen MAKSAK Selangor telah diketuai oleh Tuan Suliman Bin Abd Rahman selaku ketua kontinjen dan turut disertai oleh seramai 20 orang yang terdiri daripada urusetia, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan dan atlet yang merupakan staf dari ahli-ahli badan gabungan yang telah dipilih bagi mewakili Pasukan Ping Pong Negeri Selangor ke kejohanan tersebut.Pasukan Ping Pong Negeri Selangor hanya berjaya memperolehi kedudukan tempat ketiga bersama Pasukan Ping Pong Negeri Sabah daripada tujuh belas penyertaan keseluruhan.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBI) telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Seramai

15 orang yang terdiri daripada Pengurus Pasukan, Jurulatih, Atlet dan Urusetia telah menyertai kejohanan ini. Pasukan Ping Pong MPS telah berjaya dinobatkan selaku Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai

bernilai RM 1,500.00. Pada penganjuran kali ini sebanyak 13 pasukan PBT Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

KEJOHANAN PING PONG PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2017

PENYERTAAN PASUKAN CATUR NEGERI SELANGOR SEMPENA FIESTA SUKAN MAKSAK MALAYSIA 2017

PENYERTAAN PASUKAN PING PONG NEGERI SELANGOR SEMPENA FIESTA SUKAN MAKSAK MALAYSIA 2017

www.mps.gov.my

2 0 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 7