Upload
ac-mal-faezs
View
35
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
EDU
Citation preview
PENDIDIKAN ABAD KE-21 : ISU DAN CABARAN
1.0 PENGENALAN
Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Bekas Perdana Menteri Tun
Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia
menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan
2020 kepada guru adalah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika,
liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan
itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020
dalam menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia. Pelbagai kajian telah
dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
2.0 DEFINISI
Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar
Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga
adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula
dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21
berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999.
Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang
memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun
diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan
permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun
sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa
dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah
1
dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. (Sumber : Wikipedia
bebas dalam Versi Bahasa Melayu)
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan
paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian
kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan
teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada
konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan
jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-
rakan, 2002).
Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era
Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor
jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa
implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia
yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang
canggih dan pantas.
Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau
persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan,
2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar
kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam
melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.
Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas
pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru.
2
3.0 ISU DAN CABARAN
Dalam keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan
pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua
pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul,
kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan sebarang faedah, bahkan
akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat. Terdapat berbagai-bagai
isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat kesan globalisasi dan
transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan itu
sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dunia.
Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan
pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang
mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza
dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang
tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan
luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu,
pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial.
Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli,
vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masalah ini mencabar
kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang
negatif ini.
Dalam tugasan ini, saya ingin fokuskan kepada isu dan cabaran dalam bilik
darjah. Isu yang saya kupas ialah berkaitan masalah disiplin, fizikal bilik darjah,
penguasaan kandungan dan komunikasi berkesan. Bilik darjah merupakan tempat yang
paling penting proses bagi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak
3
menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik
darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh
seorang guru.
Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang
yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang
mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan
pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah.
Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik
darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan
pelajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi
pengajaran guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang
dihadapi di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.Masalah disiplin selalu berlaku samada
di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri
daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan
sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku
bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan
pembelajaran akan terjejas.
Masalah disiplin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu
jenayah berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Contoh masalah disiplin yang
kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak
menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas
di dalam bilik darjah, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan
lewat masuk ke kelas.
4
Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran
mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku
tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para
pelajar,kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka .
Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang
kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan
nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada
atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan
mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran
dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang
mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal
kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat
berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi
tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan
semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau atau
tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu
rakan dan bergerak ke sana sini.
Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru
juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar
sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang
berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran
tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan
mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu
tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa
5
menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya
seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau
India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru
dengan sepenuhnya.
Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif
sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam
bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak
balak. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media,
interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya
berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk
berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik
perbincangan guru.
Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan –bahan pelajaran yang sesuai
dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan
mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu
sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
4.0 IMPLIKASI
Implikasi masalah–masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru
untuk menangani masalah displin di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu
tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran
dan pengajaran.
6
Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk satu waktu
menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan
pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap mata
pelajaran tersebut. Selain itu, pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang
tegang dan tidak aman kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam
kerana rakan–rakan mereka menunjukkan perilaku yang negatif seperti melawan guru
dan tidak membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana
terdapat segelintir pelajar yang membuat bising, menyanyi, dan mungkin juga berlari–
lari di dalam kelas. Implikasinya semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima
pembelajaran yang akan diajar oleh guru tersebut. Perasaan marah atau kecewa guru
terhadap segelintir pelajar tidak berdisplin ini juga akan menimbulkan keresahan
kepada mereka yangberdisplin.
Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan
kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin
yang kecil jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin
yang lebih besar. Contohnya seperti masalah ponteng kelas. Lama kelamaan pelajar ini
akan ponteng sekolah pula apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk
menangani masalah displin ini . Tambahan pula masalah displin juga akan mewujudkan
peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan
sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi
mangsa mereka.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita
menangani permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah demi menjamin
keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur
pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca
penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa
depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu
kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah
perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
7
Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan
pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak
ceria membuatkan pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah
juga memberikan perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah.
Contohnya bilik darjah pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah,
papan buletin yang tercabut menyebabkan meraka berasa dalam keadaan yang
tertekan. Pelajar akan menganggap tiada bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah
untuk memberikan mereka kerusi meja yang baru dan mencukupi.
Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak
mempunyai ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah.
Selain itu mereka akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja
berkumpulan. Tahap kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan
pelajar akan memandang rendah terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat
pelajar kurang pandai merasa rendah diri. Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini
akan mencari peluang unntuk memboloskan diri seperti ponteng kelas.
Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang
fokus dan minat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk
membaiki kelemahan diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu
topic dengan guru. Selain itu, ketiadaan interaksi pelajar dalam kumpulan akan
menjadikan mereka kurang bekerjasama dan lebih kepada ‘ahli kongsi tidur’. Gangguan
dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila sesetengah murid tidak menungggu
masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat mereka dengan cepat dan
kuat. Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka bercakap dan lebih
suka mendengar daripada bercakap.
8
5.0 CABARAN GURU BERHADAPAN ISU
Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif,
maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan
dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan
akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah,
teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pelajar aktif,
seronok dan mudah menerima apa yangdiajar oleh guru.
Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam
masalah disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin
bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-
murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk
membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat guru yang disukai murid ialah mempunyai
emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah
yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan
orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku
yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam
menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan
mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang
demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.
Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga
merupakan salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu
kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh
yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan
hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai
hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah
akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya
mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan
9
dikurangkan. Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah
menarik semula perhatian pelajar kepada tugas, kemudian menyemak kemajuan
pelajar beberapa minit, memerhati atau bergerak ke arah pelajar berkenaan dan
mengingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir sekali beritahu pelajar
supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan di dalam bilik
darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut.
6.0 TANGGUNGJAWAB GURU
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, dan mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada
guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta
mewujudkanhubungan dua hala yang mesra.
Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan
terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi
pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil
pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan
pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi
preventif.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan
dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua
aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana
tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai
oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat
dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian
10
akadem ik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara
tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu
memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah
disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang
guru apabila masuk ke bilik darjah.
Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan
kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan
bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan.
Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi
serta peredaran udara sekukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu,
jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut
bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif
bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang
melambangkan sebahagian daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus
idea, pembimbing, fasilitator dan suasana pembelajaran yang kondusif,
menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berfokus.
Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan
mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu
dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah
berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus
lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat
11
nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga
dengan kelas sendiri.
Bilik darjah pelajar perlulah dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Perkara
utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah pastikan lalu lintas di
dalam bilik darjah tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar dapat dilihat
dengan jelas, pastikan pelajar mudah melihat dan mendengar penyampaian guru,
ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri semasa mengajar. Selain itu terdapat
bahan pengajaran untuk guru dan murid agar mudah digunakan. Di dalam kelas juga
boleh diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan
membaca. Papan buletin untuk mempamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan
dihias sebaik mungkin. Artikel atau bahan bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu
untuk mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali penggunaan
ruang seperti perabot dan alatan disusun teratur. Terdapat juga bilik darjah yang
meletakkan pokok dan akuarium ikan hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam
kelas.
Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi
yang berkesan. Komunikai akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat
diterima dan difahami oleh pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila
wujudnya persefahaman yang mendorong meningkatkan hubungan yang baik antara
mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.
Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(pujian) dan bukan
Verbal (sentuhan dan senyuman). Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih
oleh guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti mendapat mesej atau arahan yang
ingin disampaikan oleh guru dengan tepat. Antara amalan-amalan komunikasi yang
berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam
bilik darjah dengan menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan
sosia drama. Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantunya
menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.
12
Seseorang guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang
dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan. Konflik antara kedua -dua
pihak iaitu guru dan pelajar akan berlaku sekiranya maksud guru tidak difahami oleh
pelajar. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Untuk men dapatkan komunikasi yang berkesan, guru perlu
mempraktikkan prinsip-prinsip seperti berusaha untuk mendengar cadangan
pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada halangan apabila guru menyampaikan
pengajarannya dan berusaha membuka minda para pelajar supaya mereka dapat
berkomunikasi dengan lebih yakin. Antara amalan komunikasi yang berkesan ialah
bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat
terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar yang aktif,
tunjuk mimik muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami, arahan
yang jelas, jitu, ringkas dan dapat difahami oleh pelajar.
Selain itu, guru perlulah mengenal setiap pelajarnya dan menyebut nama
mereka ketika berinteraksi. Bersemangat tinggi dalam pengajaran, menggalakkan
pelajar supaya memberi idea atau pandangan, menggunakan gerak fizikal, gerak
isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan dan mengamalkan pembelajaran
kontekstual iaitu mengaitkan pelajaran di sekolah dengan pengalaman harian pelajar
dan mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh
pelajar. Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau
individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Contoh–contoh
interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:
i. Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya
ii. Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.
iii. Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.
13
iv. Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui
satu persembahan Power Point
Menurut Flander(1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu
interaksi antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan,
dan interaksi dengan alam sekitar. Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu
pengaruh langsung yang meliputi guru memberi syarahan samada memberi arahan
atau mengkritik. Interaksi ini adalah satu hala dan penglibatan pelajar pada tahap
minima.
Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai hala di mana terdiri daripada
tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap berlaku
apabila terdapat kekeliruan berlaku antara pihak guru dan murid dan juga untuk
menghentikan gangguan komunikasi antara guru murid.
Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala. Guru
boleh menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan
penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik, memberikan ganjaran atau
peneguhan yang poitif.
Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran
atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula –gula, hadiah seperti
pensel, pembaris atau buku nota. Guru perlu menunjukkan gaya kepimpinan yang
bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana
sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid.
Guru tidak digalakkan menggunakan pendekatan yang autokratik yang menyebabkan
terdapat jurang antara guru dan pelajar. Guru mesti menjadi pendengar yang baik dan
14
mengelakkan daripada memberikan pandangan yang negatif. Sifat peramah dan
mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan menggalakkan
penonjolan akhlak –akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh pelajar. Guru harus
memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi
interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.
7.0 RUMUSAN
Masalah-masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru
supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan
dihargai oleh pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk
melahirkan insan yang cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah
keadaan di bilik darjah yang tidak selesa dan peralatan yang tidak mencukupi boleh
ditangani dengan baik oleh guru.Terdapat pelbagai cara, teori dan kemahiran yang
boleh digunakan untuk mendapatkan pengurusan bilik darjah, kemahiran komunikasi
dan interaksi yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan mendidik pelajar ilmu
tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan bangsa.
15
8.0 REFLEKSI
Nama : NORLEDA SAIDIN
No. K/P : 690817015700
Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Puan Rozita kerana telah banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya telah menerima banyak faedah
yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru. Banyak isu-isu dan cabaran yang
harus dihadapi oleh guru pada abad 21 ini. Melalui tugasan ini saya menyedari
tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh guru dan secara tidak langsung ia dapat
menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkan nilai profesionalisme saya dalam
bidang keguruan.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan
izin Allah S.W.T, saya akan praktikkan sebaik mungkin dan akan saya aplikasikan dan
integrasikan kemahiran ini semasa melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran
terhadap pelajar di dalam bilik darjah. Setelah banyak membuat pencarian maklumat,
saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada diri saya dengan
mempertimbangkan keputusan yang betul dalam pelbagai situasi yang
mendatang. Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin juga dapat ditingkatkan
melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah yang banyak
membimbing saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki
dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan
saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan.
16
Walaubagaimanapun, pada awal tugasan ini, saya menghadapi kesukaran untuk
memahami soalan kerana soalannya terlalu umum dan saya tidak tahu untuk
memulakan tugasan ini. Sekiranya diperincikan, terdapat banyak isu dan cabaran guru
masakini. Namun saya memilih isu di dalam bilik darjah kerana bagi saya isu ini amat
dekat dengan diri saya. Saya seorang guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2,
yang mana setiap hari saya akan masuk ke dalam bilik darjah dan berhadapan dengan
murid-murid yang sedang meningkat remaja. Pelbagai ragam dan tingkahlaku yang
perlu saya tangani setiap hari. Kepesatan sains dan teknologi dalam abad ke-21 ini
memberikan pendedahan meluas kepada mereka. Pelbagai maklumat dan budaya
boleh mempengaruhi minda kanak-kanak jika mereka dibiarkan bersendirian
menghadapi cabaran era masa kini. Oleh itu guru perlu berpengetahuan dan tidak
ketinggalan dalam arus zaman untuk berhadapan dengan murid-murid sekarang.
Dalam menyiapkan tugasan ini, masalah utama saya ialah kekangan masa.
Kesibukan tugas di sekolah dan pengurusan keluarga berjalan seiring dengan
tanggungjawab sebagai pelajar. Ketiga-tiga tanggungjawab ini tidak boleh saya
ketepikan. Tambahan lagi saya mengajar murid yang akan menduduki UPSR tidak
lama lagi. Situasi ini benar-benar menguji fizikal dan mental saya.
Walaubagaimanapun, saya menguatkan semangat dan mencuri masa tidur dan rehat
saya demi menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah hasil perbincangan bersama rakan
dan rujukan pada modul serta tinjauan bahan melalui internet, saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tugasan ini. Namun terdapat
beberapa kelemahan pada tugasan saya. Namun, proses membuat tugasan ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai
profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi negara.
17
9.0 PENUTUP
Kita percaya, perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan
melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi.
Bagi memenuhi matlamat tersebut, pembangunan pendidikan dilandaskan kepada
empat teras iaitu meningkatkan akses, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan
individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia, daya ketahanan yang
kukuh, dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan yang berkualiti
dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan yang berubah sejajar
dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas.
Jika kita leka boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. ‘Intellectual capital’ akan
menjadi asas kukuh berbanding kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan
mentah. Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan
amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran
sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan
kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan di Malaysia sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.
18