Upload
lamcong
View
255
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
www.lensamalaya.com // isu pertama // disember 2011
HITAM PUTIHKOTARAYA
terhangat dari pemenang bulanan Lensa Malaya
PANDUAN SENI MELIHAT
tips terbaik dari Saiful Nang
CABARAN BERKOMUNIKASI JURUGAMBAR WANITA
TIPS FOTO KEMBARA HITAM PUTIHdari koleksi peribadi hitam putih Saiful Nang
lensamalaya
MAJALAH RASMI KOMUNITI
LENSA MALAYAISU PERTAMA
EDITORIAL
pengerusi panitia Tuantanah
ketua unit penerbitan
Omar Khayyam| [email protected]
Jurutera sistem
Kamil Azizs | [email protected]
Pengiklanan
Admin | [email protected]
DIKELUARKAN OLEH
lensa Malayawww.lensamalaya.comT 603-8076 6878
sumbangan GAMBAR
muka depan
Pemenang gambar terbaik, November
Gambar-gambar lain adalah sumbangan penggiatforum lensa malaya dan fail cs.
langganan dan komen
www.lensamalaya.com
© Lensa Malaya 2011Semua bahan yang diterbitkan tertakluk dibawah hak cipta terpelihara.Penerbitan semula secara menyuluruh atau sebahagian tanpa kebenaran pihak Lensa Malaya adalah dilarang sama sekali. Pihak kami mengambil berat dalam ketepatan informasi yang diterbitkandimasa majalah ini dikeluarkan, tetapi kami tidak bertanggunjawab terha-dap sebarang kekeliruan dan kesalahan yang terdapat di dalam majalah ini.
www.lensamalaya.com // isu pertama // disember 2011
HITAM PUTIHKOTARAYA
terhangat dari pemenang bulanan Lensa Malaya
PANDUAN SENI MELIHAT
tips terbaik dari Saiful Nang
CABARAN BERKOMUNI-
KASI JURUGAMBAR WANITA
TIPS FOTO KEMBARA HITAM PUTIHdari koleksi peribadi hitam putih Saiful Nang
lensamalaya
MAJALAH RASMI KOMUNITI
Pena Editor
Saiful NangPengasas Komuniti Lensa Malaya
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca edisi majalah on-line sulong Komuniti Lensa Malaya, sebuah komuniti fotografi dan sinematografi terbesar dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Alhamdulillah, kini telahpun lebih dari 17,800 penyertaan di dalam forum yang diasaskan atas dasar perkongsian minat sesama ahlinya. Konsep yang baru belajar dari yang lama, dan yang lama berkongsi dengan yang baru berulang apabila mereka yang baru pada hari ini menjadi lebih berpengalaman mereka pula yang akan meneruskan mekanisma perkongsiaan ini.
Kepada semua pembaca kami ucapkan terima kasih dan kami benar-benar berharap ma-jalah online ini boleh menjadi sebuah wadah bagi pembangunan industri ini bagi men-jadikan ia sebuah industri yang lebih sihat dan memakmurkan semua pemain industrinya.
Terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pelancaran semula komuniti Lensa Malaya ini yang dahulu dikenali den-gan nama PhotoSkool. Walaupun namanya LENSA MALAYA, ia adalah un-tuk anda semua di Singapura, Brunei, Sabah, Labuan dan juga Sarawak.
Salam hormat
Banyak komuniti fotografi dalam Malaysia, tetapi tiada tali menyambung kesemuanya. Lensa Malaya berhasrat menjadi jambatan penyatuan
atas nama fotografi.
Ikuti bengkel terhangat sepanjang tahun. Tempah sekarang.
*klik pada gambar untuk maklumat lanjut dan tempahan
Disember 2011 1
isu bulan ini gambar terhangat tips fotografi
05 14 35
10 29 37
Hitam Putih Kota Raya Tips Foto Kembara Hitam Putih Jadi Hebat dengan Lima Perkara
Fotografi jalanan yang bagus memerlukan daya pengamatan dan pemerhatian yang tinggi dan reaksi yang pantas.
Kamposisi mudah dan ringkas pun boleh jadikan gambar hebat
Study apa teknik yg digunakan. Satu lagi tujuan kena tengok banyak gambar ialah kesannya kepada kita punya “photo-graphic memory”.
“Perhatikan dengan teliti. Ia adalah jalan untuk mendidik mata. Tenung, paksa mata untuk buka dan dengarkan rahsia orang, anda tidak lama disitu.” (Walker Evans, 1903-1975)
Gambar Terhangat November 2011
Pertandingan foto terbaik di forum LensaMalaya.com.
Dengan menggunakan wide angle saya boleh menampakkan dan memaksimakan penceritaan termasuk karakter-karakter di latar belakang. Saya menggunakan shutter perlahan untuk menampakkan pergerakan dalam proses pembuatan chaiwalla (seakan-akan teh tarik).
Temubual - Nadly AizatFotografi dan Kimia, mengasah mata dengan minat
Banyakkan bertanya. Jangan malu bertanya. Orang pandai memang banyak bertanya, cuma kena fikir dulu apa yang hendak ditanya. Tetapi, orang bodoh takut bertanya, sebab takut orang tahu yang dia bodoh.
Galeri Lensa
Koleksi terbaik penggiat forum Lensa Malaya
galeri lensa cabaran bulan ini
49
57
63
isu bulan hadapan
Cabaran Berkomunikasi Jurugambar Perkahwinan Wanita
Kerja vs Kerjaya
83% pekerja tidak suka kerja mereka - Oprah Winfrey
Sebagai jurugambar yang profesional , kita haruslah maklumkan dahulu dengan cara baik orang disekeliling kita supaya memberikan ruang untuk kita mengambil gambar yang sepatutnya.
kelebihan kita adalah dapat menyentuh secara langsung badan pengantin perempuan.
Kalendar Aktiviti
Aktiviti forum Lensa Malaya sepanjang November 2011.
Foto terbaik disember 2011 | Fotografi lanskap | Tips percuma bersama pakar lanskap | Penggunaan filter | Gambar hangat dari forum Lensa malaya
Isi Kandungan
isi kandungan <<< 03Disember 2011 2
hitam putih kota raya
Warna kesibukan kota raya memang tidak dapat digambarkan dengan hanya sekadar bercerita. Situasinya terlalu unik dan subjektif. Hiruk-pikuk kenderaan dan orang ramai menambahkan seri, tetapi untuk sesetengah orang, disinilah dia memerah keringat mencari rezeki untuk sesuap nasi.
Kuala Lumpur, malaysia
Omar Khayyam lensamalaya.com
04 >>> isu bulan ini Disember 2011 5
01.Speedzone
Jurugambar: pyrozyroAperture: f/22Shutter speed: 3.2sISO: 100
01.
“Perhatikan dengan teliti. Ia adalah jalan untuk mendidik mata. Tenung, paksa mata untuk buka dan dengarkan rahsia orang, anda tidak lama disitu.” (Walker Evans, 1903-1975)
Perkara paling menarik tentang fotografi jalanan ialah keupayaan sesuatu gambar untuk merakamkan satu peristiwa yang tidak disengajakan, secara spontan. Apabila orang yang melihat sesuatu gambar itu, mereka akan melihat lebih daripada jurugambar yang merakamkan gambar itu. Gambar tersebut menceritakan lebih dari yang sebenarnya berlaku. Salah satu kelebihan fotografi jalanan di kota raya yang sibuk ialah kebarangkalian untuk bermacam perkara berlaku walaupun di ceruk dan celahan lorong kota raya itu. Dari sekecil-kecil aksi seperti kucing bergaduh sehinggalah kepada demonstrasi dan tunjuk perasaan. Dalam beberapa saat sahaja, apa sahaja yang difikiran oleh manusia boleh berlaku.
Fotografi memberi peluang kepada kita untuk membekukan salah satu daripada detik itu dan kita boleh melihat sekecil-kecil drama yang terjadi pada ketika itu.
Ambil gambar dengan banyak.
Garry Winogrand, seorang jurugambar menghabiskan 3 gulung filem setiap hari merakamkan kesibukan bandar New York sepanjang beliau berada di situ. Sebanyak lebih kurang 100 gambar sehari, 365 000 setahun, dan sejuta setiap 30 tahun. Beliau mati pada 1984 dan meninggalkan 2500 gulung filem yang belum diproses, 6500 gulung yang diproses tapi gambarnya tidak dicetak, dan 3000 gulung filem yang gambarnya dicetak (sejumlah 250 000 keping gambar yang masih belum diproses sepenuhnya).
Jika anda ingin berjaya dengan fotografi jalanan, tiada jalan pintas melainkan merakamkan gambar sebanyak mungkin.
isu bulan ini <<< 07Disember 2011 6
02. Jurugambar: Dhya MirzaAperture: f/5.6Shutter speed: 1/30sISO: 125
02.
05.
04.
Teknik
Secara asas, fotografer jalanan akan meletakkan “shutter priority” untuk mendapatkan gambar yang tetap dan tidak kabur disebabkan pergerakan orang yang laju. Penggunaan ISO dan “aperture” yang tepat menghasilkan gambar yang baik tanpa olahan menggunakan perkakasan komputer. Jarak fokus diletakkan pada tahap “hyperfocal” bagi memastikan gambar jelas dari bahagian hadapan sehingga infiniti. Sama seperti kaedah fotografi lanskap. Namun, kaedah ini terpulang kepada semua untuk merakamkan suasana di jalanan. Pastikan keadaan cahaya terang tetapi tidak terlalu terik sepeti pada waktu tengah hari. Lensa
yang sesuai juga terpulang kepada keadaan sekitar. Jika inginkan ekspresi muka dari jarak jauh, gunakan lensa jarak jauh sepeti 70-200mm, 100mm dan lain lain. Untuk arkitektur lebih sesuai kepada lensa “wide”. Namun, berbalik kepada perkara asas, ianya terpulang kepada ketajaman mata dan minda jurugambar untuk merakamkan gambar. Tidak lupa juga kepada asas komposisi dan“framing”. Fotografi jalanan yang bagus memerlukan daya pengamatan dan pemerhatian yang tinggi dan reaksi yang pantas. Gambar yang lebih baik dapat saya rakamkan pada ketika pemikiran saya bebas dari sebarang masalah dan mempunyai masa untuk berasa dalam “photography mode”, kata Markus Hartel,
fotografi jalanan di New York.
Latihan
Asah mata anda dengan berlatih mengambil gambar. Apa sahaja, di mana sahaja bila masa. Biarkan apa orang kata, asalkan kita tetap dengan kamera kita.
Kongsikan
Gambar yang bagus tidak dapat dinilai oleh jurugambarnya sendiri, tetapi boleh dinilai oleh orang lain dan cerita yang ada dalam gambar dapat disampaikan dari segi tersurat mahupun tersirat. Pamerkan gambar anda di blog-blog, laman web sosial atau pun di laman perkongsian foto.
03. Life is Grear, Life is FastJurugambar: im njAperture: f/22Shutter speed: 1/30sISO: 200
02. Jurugambar: mdfaizal44Aperture: f/5Shutter speed: 0.77sISO: 500
04. “Jalan Petaling”Jurugambar: Mohd Lud IbrahimAperture: f/6.3Shutter speed: 1/1000sISO: 400
08 >>> isu bulan ini Disember 2011 9
03.
01.
GAMBAR TERHANGATNOVEMBER 2011
“Penggunaan cahaya, bayang, corak dan penceritaan yg sangat baik. Gabungan papan tanda dan tulisan, manusia dan bangunan yang digarap menjadi satu menyampaikan penceritaan yang jelas kepada sesiapa yang melihat, apa yang tersurat di dalam hati lelaki ini. Gambar ini dipersembahkan dalam bentuk segi empat sama yang memberi imbangan kepada ketiga-tiga elemen ini tanpa mengabaikan RO3. Cuba lihat signage dan lelaki itu, kedua-duanya di titik RO3.” - Komen juri.
01.Gambar ini diambil ketika trip saya ke Napier, New Zealand. Saya sedang berjalan di sekitar kawasan Bandar, ketika saya berjumpa dengan lelaki ini. Dia sedang berceramah di atas pentas yang terletak dalam kawasan taman yang terbuka di tepi pantai. Walaupun tidak ramai yang berhenti mendengar, beliau terus bersemangat menyampaikan ceramah. Kombinasi antara corak dinding dan kedudukan lelaki ini duduk dan diseimbangkan dengan papan tanda itu menarik perhatian saya untuk mengambil gambar.
Kamera: Nikon D700Shutter speed: 1/250sAperture: f/9.0ISO: 100Jarak fokus: 90mm
Nadly Aizat23 tahun
Pelajar.
Taiping, PerakNew Zealand.
Disember 2011 10 gambar terhangat <<< 11
02. Jurugambar: Fuad TopaKamera: D90Shutter speed: 1/100sAperture: f/2.8ISO: 400Jarak fokus: 50mm
03. “Life is Hard”
Jurukamera : UchinShutter speed: 1/4Aperture: f/4ISO: 100
02
03
Nice. I like it. Ada pattern, ada lighting menarik dan ada human elemen yg memberi penceritaan dalam gambar ini, sesuai dengan tajuk. - Komen juri
Beautiful. I love this. Ia menepati tajuk pertandingan dengan penceritaan yang kuat dan penguasaan teknik fotografi yg baik. - Komen juri
12 >>> gambar terhangat Disember 2011 13
TIPS FOTO KEMBARAHITAM PUTIH
Gambar hitam putih memang menarik dan dianggap sebagai “timeless” yang tidak akan luput dek zaman. Walaubagaimanapun, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menjadikan sebuah gambar itu gambar hitam putih yang baik. Hanya sekadar sedikit perkongsian dari gambar-gambar yang pernah saya ambil sebelum ini. Harap ia dapat membuka sedikit ruang idea untuk anda semua berkarya lebih hebat lagi selepas ini.
02. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/800sAperture: f/1.8ISO: 800Jarak fokus: 85mm
Pekerja-pekerja sebuah kedai dobi di Old Delhi, India. Gambar ini saya rakamkan dengan menggunakan lensa wide angle kerana ada karakter menarik pada senibina kedai dan juga tekstur serta keberadaan ramai pekerja-pekerja yang saya mahu rakamkan tanpa berlaku pertindanan. Pada angle sempit pertindanan mungkin akan jadi lebih tinggi peluangnya. Walaubagaimanapun, penggunaan wide angle boleh mengurangkan pertindanan dan seterusnya mendapatkan cerita yang lebih baik. Gambar ini juga saya ambil lebih kurang 10 shot dan hanya memilih satu yang terbaik. Untuk gambar ini, saya pilih untuk adakan eye contact antara kamera dengan subjek
Potret seorang pengawal keselamatan Gujerati di salah sebuah kedai barang kemas di Old Delhi, India. Apresiasi pencahayaan mungkin sedikit kurang untuk potret ini. Pencahayaan agak sedikit sederhana tetapi tekstur muka dan juga janggut lelaki ini mempunyai nilai estetika yang unik. Seperti lain-lain potret, saya biasa menggunakan aperture yang besar untuk memisahkannya dengan latar belakang.
01. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/80sAperture: f/4.5ISO: 1600Jarak fokus: 16mm
Disember 2011 14 tips fotografi <<< 15
Saiful Nang Saiful Nang
03. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/100sAperture: f/2.8ISO: 400Jarak fokus: 50mm
Dahulu dan sekarang, Siam Reap Cambodia. Perincian yang kecil membantu menjadikan gambar lebih baik dan bermakna. Jika diamati di sini pendekatan fotografi ini lebih langsung tetapi kalau dilihat dekat-dekat anda mungkin boleh perasan bahawa gambar model dalam gambar yang dilekat di cermin itu adalah orang yang sama dengan tukang gunting rambut itu sendiri.
TAJAMKAN MATA BUKANNYA BELI LENSA BARU16 >>> Tips fotografi
Anak gadis sunti bangsa Khmer yang meminta sedekah di Angkor Wat, Siam Reap Cambodia. Tidak semua gambar sesuai untuk dijadikan gambar hitam putih. Semasa mengambil gambar ini saya menghayati elemen pencahayaan dari belakang yang membentuk rim light yang menarik. Anak mata subjek memandang kamera yang saya letakkan satu kertas putih di atasnya supaya ia mewujudkan catch light pada anak mata subjek. Komposisi untuk potret ini pula saya menjadikan simetri dengan mendapatkan latar belakang senibina yang seimbang.
04. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/60sAperture: f/3.2ISO: 200Jarak fokus: 50mm
Kanak-kanak jalanan Delhi, India. Untuk gambar ini saya berminat untuk menyatakan peripentingnya “catch-light” pada anak mata dalam sesebuah potret. Jika anda rajin, anda download gambar ini dan cuba buangkan glare pada anak mata subjek ini. Cuba lakukan perbandingan. Saya pasti, markah gambar ini akan berkurang 50%
05. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/640sAperture: f/1.8ISO: 500Jarak fokus: 85mm
tips fotografi <<< 18
Pembuat Chaiwalla di Old Delhi. Pendekatan kali ini saya gunakan lebih kepada perspektif hampir 45 darjah. Dengan menggunakan wide angle saya boleh menampakkan dan memaksimakan penceritaan termasuk karakter-karakter di latar belakang. Saya menggunakan shutter perlahan untuk menampakkan pergerakan dalam proses pembuatan chaiwalla (seakan-akan teh tarik).
Membaca Al-Quran di masjid Iskandariah, Mesir. Dari segi komposisi, saya menyukai gambar ini kerana ia ringkas dan dipadankan dengan tekstur yang menarik dengan senibina islamik lalu ada pula seorang qari yang membaca Al-Quran di satu bahagian. Dengan menggunakan cahaya tingkap sedia ada, saya lihat ia satu peluang fotografi yang baik. Jika anda tanya, mengapa mukanya gelap? Jawapan saya mudah, apakah yang mahu kita ceritakan? Kalau cerita kita ialah “Syeikh Al-Habib (nama khas) sedang membaca Al-Quran” mungkin kita gagal. Tapi kalau ceritanya ialah “suasana di satu sudut masjid menanti maghrib” itu mungkin lebih tepat. Apapun, ia bergantung pada apa yang mahu kita sampaikan kepada yang melihat gambar kita.
06. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/40sAperture: f/4ISO: 500Jarak fokus: 17mm
07. Kamera: Nikon D200Shutter speed: 1/50sAperture: f/4.5ISO: 400Jarak fokus: 70mm
19 >>> Tips fotografi Disember 2011 20
08. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/60sAperture: f/4.5ISO: 1600Jarak fokus: 17mm
Tukang gunting rambut Old Delhi, India. Saya suka gambar ini dengan tekstur dan juga bentuk pencahayaan yang menaikkan seri untuk gambar ini menjadi gambar hitam putih yang baik. Penggunaan ISO yang agak tinggi memberikan saya noise / grain yang natural selepas gambar ini ditukar menjadi gambar hitam putih.
Tidak salah untuk shoot dengan iso tinggi. Pada saya ia nampak semulajadi
tips fotografi <<< 22
09. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/160sAperture: f/5ISO: 1000Jarak fokus: 27mm
10. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/25sAperture: f/4ISO: 1000Jarak fokus: 17mm
Pemandangan biasa di Old Delhi. Gambar ini yang saya gelar, gambar bersepah yang tersusun. Lihat, walaupun ramai orang lalu lalang di jalan ini, tiada satupun yang bertindan. Penyusunan komposisi bangunan itu juga saya gunakan pendekatan lebih geometrik yang menjadikan seluruh gambar ini nampak kemas.
Lorong-lorong kecil dan peniaga-peniaga jalanan Old Delhi, India. Penggunaan gerbang sebagai bingkai gambar juga merupakan minat saya. Bayangkan gambar ini di ambil tanpa ada bingkai ini. Anda cuba crop kan gambar ini dengan sekeping kertas dan anda lihat perbezaannya.
Disember 2011 2423 >>>Tips fotografi
Gelagat lelaki India di tepi jalan yang menayang telefon bimbit masing-masing apabila kamera ditala kepada mereka. Sekali lagi, ini ialah gambar yang bersepah tetapi tersusun. Setiap satu karakter seolah-olah mempunya cerita tersendiri. Itulah asas fotografi, tujuannya ialah untul menyampaikan hasrat visual dengan baik.
12. Kamera: Canon EOS 5D Mark IIShutter speed: 1/40sAperture: f/2.8ISO: 1000Jarak fokus: 19mm
Pekerja penghantaran di Old Delhi, India. Ini satu lagi contoh klasik bagaimana penggunaan slow shutter dapat memberikan impak cerita dalam gambar. Ia memberikan kita idea tentang pergerakan. Jika anda suka lakukan panning shot begini, anda fikirkanlah sebelum anda lakukan, adakah ia untuk memberikan impak penceritaan atau sengaja untuk mencari kelainan tidak bersebab.
11. Kamera: Canon EOS 5D Mark II
Shutter speed: 1/10sAperture: f/4.5
ISO: 1000Jarak fokus: 17mm
Disember 2011 25 TEMUBUAL <<< 26
13. Kamera: Nikon D200Shutter speed: 1/125sAperture: f/4.5ISO: 200Jarak fokus: 70mm
Potret seorang ahli masjid di Masjid Ali, Kaherah. Penggunaan “leading” line sebagai asas komposisi dan juga “rule-of-third” membuat gambar ini nampak sangat ringkas tetapi menarik. Hanya lebihkan bahagian hadapan tempat subjek memandang.
Kamposisi mudah dan ringkas pun boleh jadikan gambar hebat
27 >>>Tips fotografi
Fotografi dan kimiamengasah mata dengan minat
01.Wellington,
New Zealand
Masa itu emas. Dua elemen iaitu
masa dan orang ra-mai yang bergegas ke
destinasi masing-masing dihubungkan dengan
garis menegak sebagai framing.
Kamera: Nikon D700 Shutter speed: (1/160)
Aperture: f/10.0ISO: 1000
Jarak fokus: 52 mm
Omar Khayyam, Nadly Nadly Aizat
Mohd Nadly Aizat merupakan seorang pelajar di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Massey University, New Zealand dalam bidang kejuruteraan kimia dan teknologi nano. Berumur 23 tahun dan berasal dari Taiping, kini menetap di Palmerston North, New Zealand sementara menamatkan pengajian sehingga tahun hadapan.
S: Bagaimana boleh melibatkan diri dengan fotografi?
J: Saya mula melibatkan diri dengan fotografi semasa tahun pertama saya di New Zealand, iaitu sekitar dua tahun yang lepas. Hobi ini diperkenalkan oleh senior saya di Massey University iaitu saudara Lutfi. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan pemahaman mengenai asas-asas fotografi serta penggunaan kamera DSLR.
Selain itu, saya amat tertarik dengan pemandangan dan landskap di New Zealand yang pada pandangan saya amat baik sekiranya dapat dirakamkan dengan kamera menerusi teknik yang betul.
S: Apakah genre fotografi yang paling diminati, mengapa?
J: Secara jujurnya, hingga kini saya tidak punya genre yang paling saya minati secara khusus. Semenjak dari permulaan saya di dalam bidang fotografi ini, saya telah mencuba pelbagai genre. Antaranya landskap, sukan, makro, senibina, fotografi jalanan, dan juga journalism. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, landskap di New Zealand sangat menarik dan oleh sebab itu, banyak hasil karya saya terdiri dari gambar-gambar landskap.
temubual
Disember 2011 29 TEMUBUAL <<< 30
01.
02. Kamera: Nikon D700Shutter speed: 0.2sAperture: f/8.0ISO: 800Jarak fokus: 50mm
03. Kamera: Nikon D700Shutter speed: 1/320s Aperture: f/1.8Jarak fokus: 50mm
04. Wharenui, New Zealand
05. Kamera: Panasonic DMC-GF2Shutter speed: 1/500s Aperture: f/2.5mmISO:100
02
04.
03.
31 >>> TEMUBUAL
05. 06.
Namun begitu, tidaklah bermaksud landskap itu genre yang paling saya minati kerana pada masa-masa yang lain saya akan mengambil gambar-gambar makro, senibina dan jalanan. Dan ianya juga bergantung kepada masa dan ketika. Sebagai contoh, sekarang saya menghabiskan masa terluang saya mengambil gambar-gambar makro kerana ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya dan sememangnya saya suka mencuba sesuatu yang baru. Saya suka memetik kata-kata Saiful Nang, mencari pengkhususan
terbaik di dalam fotografi itu seumpama membuat tandatangan yang serasi. Kadang kala kita mengambil masa yang agak lama untuk mencari bentuk tandatangan yang sesuai. Akhirnya, apabila kita berjumpa dengan tandatangan itu, kita akan terus kekal menggunakannya. Sama seperti fotografi, dalam kita mencuba pelbagai genre fotografi, suatu masa nanti kita akan berjumpa dengan genre yang serasi dengan kebolehan dan citarasa kita. Dan saya rasa bahawa saya
masih lagi dalam proses pencarian tersebut.S: Boleh berikan beberapa tips dan petua untuk mendapatkan gambar hitam putih yang bagus.
J: Saya tidaklah begitu arif dalam mengenalpasti situasi-situasi di mana gambar hitam putih yang bagus dapat dihasilkan. Tetapi, setelah mengamati gambar-gambar hitam putih yang dipaparkan di dalam internet di samping mencubanya sendiri, kebiasaannya ia bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :
a) Keadaan sekitar dalam gambar yang bakal dihasilkan itu mempunyai lokaliti shadow yang agak kontra dengan lokaliti highlight. Contohnya seperti kawasan di dalam rumah yang gelap (shadow) dan pada masa yang sama mempunyai sinar cahaya (highlight) yang menerobos masuk ke dalam kawasan rumah.
b) Mempunyai corak-corak dan garisan yang menarik. Corak dan garisan ini kelihatan amat menonjol di dalam gambar hitam putih kerana apabila warna-warna
dihilangkan, mata kita akan lebih tertarik kepada bentuk corak dan garisan ini. Oleh yang demikian, ia boleh berfungsi dengan berkesan sekali sebagai garis penunjuk (leading line) ke arah subjek ataupun Point of Interest (POI) semasa menyusun komposisi gambar.
c) Mempunyai warna-warna yang menarik dan menonjol sebelum ia di hitam-putihkan. Mungkin berbeza pada pandangan orang lain, tapi pada saya untuk menghasilkan gambar hitam putih yang baik, ia
perlu mempunyai kontra yang jelas di antara warna-warna tersebut.
d) Sama seperti tips di dalam menghasilkan gambar landskap, makro dan jalanan yang baik, ia perlulah ringkas dan tidak terlalu padat dengan elemen elemen yang tidak berkaitan dengan penceritaan ataupun mesej yang ingin disampaikan di dalam gambar tersebut (“Less is always more”).
06. Tepian Pantai, Napier
Trek pejalan kaki yang melingkar dijadikan
sebagai garis penunjuk. Seorang pejalan kaki di
trek memberikan impak “sense of scale” pada
gambar.
Kamera: Nikon D700 Shutter speed: 1/200
Aperture: 6.3ISO: 3200
Jarak fokus: 90mm
06.
Disember 2011 32
07.
S: Pesanan kepada penggiat forum LM.
J: Pesanan saya ialah, kita perlu berusaha untuk mencuba sebanyak dan sebaik mungkin untuk memperbaiki skil dan teknik yang ada. Anggaplah segala kritikan dan komen yang diberikan kepada hasil karya kita sebagai suatu bentuk input yang positif untuk menghasilkan output yang lebih mantap dan baik.
Namun begitu, segala usaha yang kita lakukan perlu perancangan dan latihan yang baik, terutamanya dari segi teknikal. Sebagai contoh, saya baru sahaja bermula mengambil gambar makro sekitar dua bulan yang lepas.
Tetapi, saya telah mula membaca dan mendalami teknik-teknik makro ini lebih awal menerusi internet dan majalah-majalah fotografi. Oleh kerana itu, ramai yang apabila melihat gambar-gambar yang saya ambil, mereka tidak percaya bahawa saya baru sahaja bermula sekitar seminggu lebih (pada waktu itu) dalam fotografi makro ini.
Bagi saya, aspek-aspek teknikal ini perlu dikuasai terlebih dahulu dan sebaik mungkin, diikuti oleh aspek- aspek estetika dan kreativiti yang lebih mengambil masa untuk dikuasai.
Disember 2011 33
08.
07.
Kamera: Nikon D700Shutter speed: 15secAperture: f/8.0Jarak fokus: 48mmISO: 800
08.
Kamera: Nikon D700Shutter speed: 1/160sAperture: f/2.8Jarak fokus: 70mmISO: 1000
Steelfort Engineering Limited, Palmerston North, New Zealand
34 >>> GAMBAR TERHANGAT
35 >>> tips bersama pakar
Jadi hebat dengan 5 perkara
ADA ORANG MENGAMBIL GAMBAR BERTAHUN-TAHUN TAPI GAMBARNYA TIDAK MENAMPAKKAN SEBARANG PERUBAHAN.
Tiada peningkatan. Ada caranya untuk jadi jurugambar yang baik dalam masa yang singkat (Sebenarnya bukan singkat, kerana tiada jalan pintas untuk berjaya) cuma, dengan cara ini anda akan bertambah maju, ke arah menjadi bagus, bukan sekadar duduk di takok lama. Mengikut pengalaman saya, 5 perkara itu: 1) Banyak membaca mengenai teknik dan teknikal fotografi
Ini adalah perkara yang paling penting. Asas kearah menjadi yang terbaik. Kalau tiada pengetahuan asas, bagaimana nak berubah menjadi lebih baik? 2) Banyak membaca mengenai peralatan dan teknologi terkini
Dengan mengetahui peralatan dan teknologi baru, secara tak langsung, anda juga dapat mempraktikkan atau menggunakan peralatan baru itu dalam fotografi anda. Contohnya, kalau biasa mengambil gambar guna flash light, apa kata jika anda belajar dahulu selok belok pasal lampu, “video light” dan jadikannya sebagai satu sumber lighting menggantikan lampu “flash”. Di situ anda dapat explore satu benda baru, dari segi peralatan.
3) Banyakkan melihat gambar-gambar yang hebat dari jurugambar yang hebat.
Kegemaran saya tentunya majalah National Geo-graphic, jurugambarnya semua hebat. Tapi un-tuk masa sekarang, dalam website pun boleh cari gambar-gambar yang bagus.
Tengok gambar yang bagus, study kenapa gambar itu bagus. Study apa teknik yg digunakan. Satu lagi tujuan kena tengok banyak gambar ialah kesannya kepada kita punya “photographic memory”.
Otak kita akan ingat visual-visual yg kita pernah tengok. Bila tiba masa kita ambik gambar, secara tak sedar, kita akan ambil gambar sama macam gambar-gambar yang kita pernah tengok dan mi-nat. Tidak menjadi masalah, pada peringkat awal kita tiru “style” orang lain. Kita tiru “style” org yg kita admire. Perlahan-lahan kita akan mencipta gaya dan cara kita mengambil gambar. Untuk melihat contoh gambar, sila ke:
http://www.adan.biz
Hasnuddin Abu Samah
http://www.adan.biz/
tips bersama pakar
5) Jangan BODOH SOMBONG.
Ini masalah besar. Ilmu itu luas dan tidak akan habis dipelajari sampai kita mati. Orang yang bijak akan rasa semakin bodoh apabila dia belajar makin tinggi. Maknanya, bila kita mendalami sesuatu bidang dengan sebenar-benarnya, kita akan nampak betapa luasnya ilmu bidang itu dan betapa jahilnya kita. Hormat orang yang lebih berpengalaman. Walau pun gambar dia gaya lama, dia pasti tahu sesuatu yang kita tidak tahu. Orang lama pun kena belajar dari orang baru. Banyakkan bertanya. Jangan malu bertanya. Orang pandai memang banyak bertanya, cuma kena fikir dulu apa yang hendak ditanya. Tetapi, orang bodoh takut bertanya, sebab takut orang tahu yang dia bodoh.
Sekian, harap tulisan ini dapat sedikit sebanyak membantu. Harap maaf jika ada kesilapan atau menyinggung mana2 pihak.
Hasnuddin Abu Samah [email protected] | http://www.fototeacher.com
“Untuk kebaikan komuniti fotografi Malaysia”
4) Banyak merakam gambar, tak kira gambar apa, dimana, bila-bila masa.
Langkah ini adalah yang paling senang. Dulu masa kami zaman filem, memanjang pokai, duit habis beli filem & print gambar. Semata-mata nak belajar. Buat benda apa pun, kalau nak pandai dan mahir, kena berlatih. Berlatih untuk menjadi sempurna.
Untuk zaman digital ni, kalau jurugambar ada alasan malas ambik gambar, jangan jadi jurugambar, sebab sebenarnya dia tak minat. Kalau minat, semua jadi. Bila dah banyak berlatih ambik gambar, kamera akan jadi sebahagian dari badan kita, jadi kita punya “second nature”. Tak akan ada situasi setiap kali nak ambil gambar dari sudut lain sikit, terkial-kial nak ubah “setting” kamera. Sama jugak dengan skil melihat, komposisi dan sebagainya.
Disember 2011 36
DARI GALERI
galeri lensa <<< 38
Jurugambar: Saiful Nang
Kamera: Canon EOS 5D Mark IIAperture: f/5.6
Shutter speed: 1/30ISO: 1000
Jarak fokus: 17mm
39 >>> galeri lensa
Jurugambar: Bob_graphiccancer
Kamera: Nikon D90Aperture: f/22
Shutter speed: 30 secISO: 100
Jurugambar: Bob_graphiccancer
Kamera: Nikon D90Aperture: f/22Shutter speed: 30 secISO: 100
01.
Disember 2011 40
01. Jurugambar: Zuhrie
Portret ini dihasilkan dengan menggunakan dua sumber cahaya. Satu dari sudut atas 45 darjah ke arah subjek menggunakan “beauty dish” dan “honeycomb”. Satu lagi cahaya menggunakan “barn door” di belakang subjek.
Disember 2011 41
01. Jurugambar: Iqfarhan
Pengimpal-pengimpal (welder) mula mengimpal lapisan pertama yang dinamakan ‘root’, ‘hot pass’ dan ‘fill layer 1’ di stesen pertama sete-lah kedua dua hujung pipe disusun aturkan (fit up)
Kamera: Canon EOS 450D (kitlense)
01.
FASHION <<< 42
03. Jurugambar: Trojan
ISO: 200Jarak fokus: 24mm
03. Jurugambar: Lufiahs
Aperture: f/7.1 Shutter speed: 1sISO: 1600Jarak fokus: 55mm
02.
03.
Ramai yang sudah mahir menggunakan kamera tetapi hasil foto mereka masih sangat lemah. Jangan tukar kamera anda tetapi hadirkan diri anda untuk pelajari SENI MELIHAT dari mereka yang pakar. Anda hanya perlu tahu melihat untuk anda jadi jurugambar hebat.
*klik pada gambar untuk maklumat lanjut dan tempahan
Disember 2011 44
03. Jurugambar: chikozawa
Kamera: Nikon D7000Aperture: f/8Shutter speed: 1/400sISO: 200Jarak fokus: 12mm
02. Jurugambar: Faizalaimi
Aperture: f1.8Shutter speed: 1/100s
ISO: 200Jarak fokus: 50mm
02.
04.
04.Jurugambar: alonso78
Kamera: Nikon FE 2 Filem: Luckyshd 100
Proses: RO9 1:50 (6 minit suhu bilik)
03. Jurugambar: Zuhrie
Kamera: Canon EOS-1D Mark IVAperture: f/16Shuter speed: 1/200sISO: 100Jarak fokus: 85mm
Disember 2011 45 galeri lensa <<< 46
03. Jurugambar: Mannda
Aperture: f/16Shutter speed: 1/400sISO: 1250Jarak fokus: 66mm
03.
47 >>> galeri lensa Disember 2011 48
49 >>> cabaran bulan ini
JURUGAMBAR PERKAHWINAN WANITA CABARAN BERKOMUNIKASI
Kamalia Kamal Kamalia Kamal
Jurugambar Pemalu
Bila mana dikaitkan dengan photographer wanita , pastinya kita mempunyai rasa malu yang tinggi. Antara waktu yang agak membuatkan kita sebagai photographer wanita berasa malu adalah sewaktu majlis akad nikah. Dimana, sewaktu ini kita pasti akan berebut dan berhimpit dengan saudara mara lelaki kedua belah pihak pengantin tak kurang juga photographer lelaki lain yang berada di lokasi yang sama.
Bukan itu sahaja, kita juga harus sentiasa dekat dengan tok kadi, saksi dan juga bapa pengantin. Apakah yang perlu kita lakukan? Patutkah kita bersama-sama berhimpit-himpit dengan yang lain atau patutkah kita ambil gambar dari jauh sahaja ?. Sebagai photographer yang di bayar oleh pengantin, kita telah di berikan amanat yang besar untuk merakamkan peristiwa penting dalam kehidupan seseorang , jadi haruslah kita mendapatkan ‘angle’ ataupun sudut yang paling kreatif dan cantik untuk kepuasan pelanggan kita, bukanlah sudut mencelah atau pun sudut yang tidak menarik dek kerana kita segan untuk menegur yang lain, maka kita pula yang tertinggal jauh di belakang.
Sebagai jurugambar yang profesional , kita haruslah maklumkan dahulu dengan cara baik orang disekeliling kita supaya memberikan ruang untuk kita mengambil gambar yang sepatutnya.
Disember 2011 50
“Sebagai jurugambar wanita, kelebihan kita adalah dapat menyentuh secara langsung badan pengantin perempuan.”
Dengan senyuman dan tutur kata yang sopan, sudah pasti kita akan diberikan ruang untuk mendapatkan sudut yang menarik. Ingatlah, budi bahasa menunjukkan tahap profesionalisma kita, jadi fikirlah dua kali dan susunlah ayat dengan kemas dan manis sebelum menegur kaum lelaki ini terutamanya, kerana mereka sudah pasti sedikit sebanyak ada merasa kurang selesa dengan kita sewaktu kita melakukan tugasan.
Berkenaan dengan Tok Kadi dan saksi – saksi yang lain, jangan risau,perkenalkan diri sekiranya berkesempatan , “saya Kamalia, jurugambar untuk hari ini” dengan senyuman, sudah pasti Tok Kadi juga akan memberikan ruang yang sepatutnya untuk anda. Hah! Dah dapat ruang yang best, jangan pula kita syok lama-lama di situ, bertimbangrasalah dan undurkan diri untuk memberikan ruang pada saudara-mara yang lain pula untuk bergambar. Seperkara lagi, 50% kaum wanita di Malaysia mempunyai “bumper” yang comel, lebih lebih lagi jurugambar seperti saya, ibu yang beranak 2, pastikan sensitiviti juga dijaga, janganlah terlalu kerap menbelakangkan saudara mara pengantin. Selesai mendapatkan gambar yang dikehendaki, tunduk, duduk atau beralihlah untuk memberi keselesaan pada orang lain.
Pengantin lelaki pemalu
Pengantin lelaki kebiasaannya akan segan dan tersipu-sipu kerana seorang perempuan yang akan mengambil gambarnya dan memberikan arahan posing romantis pasangan mempelai. Untuk mengelakkan terjadinya perkara ini, adakan sesi suai kenal secara tidak formal kurang dari 5 minit, boraklah apa sahaja dan pasti ada satu topic yang akan menyebabkan anda dan pengantin lelaki dapat mencapai ‘chemistry’ di situ. Sama ada berkaitan kerja, hobi, politik, isu semasa, makanan, restoran, rancangan TV, pakaian, pendek kata boraklah berkaitan apa sahaja dengan si pengantin lelaki.
Apabila pengantin lelaki mula rasa selesa dengan anda, pastinya tiada masalah yang bakal dihadapi sepanjang majlisnya, pastinya anda bakal merakamkan gambar-gambar yang menarik kerana pengantin lelaki sudah tidak kekok lagi dengan anda.
Kan seronok sekiranya kita banyak membaca, sudah pasti ada satu atau dua topik dari pengantin lelaki yang boleh kita sambut dengan point yang bernas! Barulah nampak jurugambar perempuan ini seorang yang bijak dan pada masa yang sama pandai membuatkan pengantin lelaki tidak kelihatan kekok di depan lensa anda.
Keluarga lelaki pengantin pemalu
Bila masa agaknya perkara ini berlaku ? Biasanya bagi keluarga yang mempunyai ramai adik beradik lelaki, atau pun bagi keluarga yang warak yang menerapkan nilai agama yang tinggi dalam keluarga mereka. Kita akan mempunyai masalah sekiranya keluarga pengantin terlalu malu atau tidak selesa dengan kita. Jadi, belajarlah juga berborak dengan keluarga pengantin, lebih-lebih lagi ibu pengantin.
Kemudian lawak-lawak kecil juga dapat memainkan peranan agar tidak terlalu tegang sewaktu bergambar. Naikkan suara sedikit semasa memberi arahan sewaktu bergambar berkumpulan, memberikan arahan sesambil senyum kepada keluarga pengantin dan berkata “uncle, senyum sikit nanti nampak muda 10 tahun” , pasti membuatkan ahli keluarga yang lain juga tersenyum. Yang penting, kita harus beri arahan yang jelas sambil tersenyum.
Cara lain yang boleh juga dijadikan pilihan adalah dengan memberikan arahan aksi, contoh yang mudah; beri arahan untuk satu kelurga membaling bunga , melambai pada kamera ataupun membuat aksi ‘peace’ di hadapan kamera, masukkan sedikit elemen–elemen lucu semasa memberi arahan, pasti mereka semua akan tersenyum.
01. Aperture: f/1.2
Shutter speed:1/135sISO: 500
Jarak fokus: 85mm
02. Aperture: f/1.2
Shutter speed:1/640sISO: 320
Jarak fokus: 50mm
03. Aperture: f/1.2
Shutter speed:1/85sISO: 250
Jarak fokus: 50mm
04. Aperture: f/2.8
Shutter speed:1/200sISO: 2500
Jarak fokus: 100mm
Disember 2011 51
senyuman mereka yang panjang sewaktu membelek album kelak akan menjamin
kepuasan yang tidak terhingga untuk diri kita sendiri
01.
cabaran bulan ini <<< 52
“ “02.
03. 04.
05.Aperture: 2.8
Shutter speed: 1/640ISO: 4000
Jarak fokus: 100mm
53 >>> cabaran bulan ini
Ingat, senyuman mereka yang panjang sewaktu membelek album kelak akan menjami kepuasan yang tidak terhingga untuk diri kita sendiri.
Pengantin sangat malu untuk posing / pengantin kayu
Ini adalah kes bonus untuk kita. Sebagai jurugambar wanita, kelebihan kita adalah dapat menyentuh secara langsung badan pengantin perempuan. Disini arahan untuk berposing adalah sangat–sangat senang. Dengan hanya berlakon menjadi pengantin lelaki dan menggayakan aksi bersama pengantin perempuan sudah pasti lebih jelas dari arahan yang diberikan secara lisan.
Dari segi ekspresi muka pengantin lelaki sekiranya tampak terlalu kekok, eloklah sekiranya kita matikan terus watak pengantin lelaki. Janganlah dimatikan habis habisan, buatlah shoot-shoot wajib yang perlu kemudian bermainlan dengan kreativiti kita sendiri mengunakan prop, elemen ‘background’, tangan dan gerak badan pengantin lelaki terhadap pasangannya. Yang pasti, arahan jelas dapat diberikan dengan mudah untuk kedua-dua pasangan ‘berposing’ mengikut kehendak kita, jadi ambil kesempatan ini dan berikan yang terbaik dari anda!
Pengantin lelaki yang sangat memandang rendah dan meremehkan kita
“Eh,boleh ke dia ni ambil gambar kite nih?”, “eh,awak nih dah lama ke ambil gambar?”, “lepas awak shoot, boleh tak awak bagi saya tengok terus?”, “eh, tadi awak shoot ok ke? Jadi ke semua gambarnya?”.
Rasa kurang selesa pun ada kan dengan pengantin sebegini, tetapi perkara sebegini bagus, sekurang-kurangnya kita tahu yang pengantin
lelaki tidak selesa dengan kita. Apa yang boleh anda lakukan ialah tunjukkan pada mereka satu, dua atau tiga gambar menarik yang telah diambil supaya pengantin lelaki lebih berkeyakinan dengan kita.
Pasti setelah melihat sendiri gambar mentah dari kamera kita yang cantik bakal membuatkan hati pengantin lelaki berbunga-bunga dan yakin dengan kita.
Sekiranya kita ada mempunyai kelengkapan yang mahal dan hebat, kadang-kadang ianya juga bonus dan dapat memancing pengantin lelaki lebih-lebih lagi bagi pengantin lelaki yang sememangnye meminati gajet dan aksesori kamera, TETAPI trick ini bukanlah selalu berhasil, saya pasti kelengkapan sehebat manapun, sekiranya gambar yang di hasilkan tidak menarik, kita akan sentiasa kelihatan rendah di hadapan pengantin. Jadi, perlulah mantapkan gambar dan jadilah yang terbaik supaya senang untuk kita buktikan pada pengantin lelaki yang kita pun sehebat jurugambar lain di luar sana.
Pemakaian juga penting agar kita sentiasa dilihat profesional sewaktu mejalankan tugas. Memakai baju bodysuit ketat berwarna garang, berseluar jeans ketat, berkasut tinggi 8 inci tidaklah menampakkan kita sebagai jurugambar wanita yang berkaliber. Haruslah pemakaian itu sesuai dengan majlis dan tempat majlis itu berlaku. Sekiranya majlis berlangsung di masjid, pemakaian yang kelihatan tidak manis, langsung akan membuatkan sesiapa sahaja tidak yakin dengan kita. Pemakaian yang sopan, profesional dan tampak selesa boleh menambahkan keyakinan pengantin dan keluarga pengantin kepada kita. Pernahkah kita melihat seorang doktor memakai baju singlet dan berseluar jeans pendek berjumpa dengan pesakitnya?
Ini cumalah beberapa cabaran-
cabaran kecil yang dihadapi oleh jurugambar wanita dimasa ini. Beberapa perkara lagi akan dikupas dari semasa ke semasa di keluaran akan datang.
Penulis adalah jurugambar untuk The Photolicious. The Photolicious boleh dicapai melalui email, website dan facebook;
The Photolicious Teamhttp://thephotolicious.comfacebook.com/thephotolicious+ 019 - 271 5010 ++ 019 - 668 2336 +
Untuk edisi akan datang, sebarang soalan dan cadangan boleh dihantar ke:
Disember 2011 55 cabaran bulan ini <<< 56
06.Aperture: 1.2
Shutter speed: 1/1500ISO: 320
Jarak fokus: 50mm
kerja vs
57 >>> kerja vs kerjaya
Saiful Nang Saiful Nang
Zaman teknologi digital cepat sangat berkembang dan serentak itu, perkembangan teknologi visual juga semakin rancak. Jika dulu hanya Si Kaya mampu ada kamera digital, kini sesiapapun mampu memiliki sebuah kamera.
Justeru dengan perkembangan itu, sudah jadi satu fesyen anak muda dan juga yang veteran mula mengambil kamera sebagai mainan mereka. Lalu antara masa mereka bermain itu kadangkala ada yang melihat dan berkata “Wah, cantiknya gambar, boleh ambil gambar wedding saya nanti”.
Dengan gurauan atau pelawaan sebegitu mula membibitkan minat bagi penggemar fotografi ini menukar haluan kepada menjadikannya sebagai satu kerjaya hujung minggu dan ada yang bersungguh-sungguh mampu menghasilkan pendapatan berlipat kali ganda dari gaji bulanan mereka.
Soalnya, apabila hobi sudah mula menjadi satu aktiviti membuat pendapatan, adakah minat masih lagi melekat dalam hati ataupun hanya sekadar menjalankan tugas untuk menerima bayaran.
Disember 2011 58
kerjaya
Saya sendiri dahulu datang dari industri kreatif atau lebih spesifik lagi dari bidang produksi TV dan Filem. Ini semua adalah kerja untuk menjana pendapatan untuk menyara hidup tetapi dalam masa yang sama ia adalah satu kerjaya yang saya minat. Fotografi menyusul selepas itu. Jika dahulu minat fotografi ini terpaksa saya pendamkan kerana kos hobi ini sangat tinggi walaupun harga kamera masih kita boleh dapati dengan harga serendah RM500 sahaja. Sekarang ini, dalam zaman digital, kalau tak suka atau tak jadi dah boleh terus padamkan sahaja dari kamera.
Pada tahun 2004, saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang jurugambar perkahwinan. Ada orang tanya, kenapa jadi jurugambar orang kahwin kenapa tak jadi jurugambar
komersil yang mendatangkan lebih banyak pendapatan? saya menjawap, saya memang suka berada dalam persekitaran perkahwinan. Maka di situ, saya menyukai fotografi dan subjek fotografi yang saya pilih. Bagi saya, seseorang tidak mungkin berjaya tanpa minat yang mendalam dalam apa yang mereka lakukan.
Mudah sahaja contohnya, lihat sahaja Datuk Nicole David, Tiger Woods, Michael Jordan yang ternyata meminati apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka. Bukan sekadar itu, malah mereka dibayar untuk melakukan perkara yang mereka sukai.
Sama seperti saya yang meminati fotografi dan ia sememangnya hobi saya yang paling menarik kerana
hobi ini dibayar oleh orang lain untuk saya teruskannya.
83% pekerja tidak suka kerja mereka, Oprah Winfrey pernah menyatakannya dalam salah satu rancangan beliau. Benarkah? Pernah tak kita dengar kata-kata orang lama yang bergurindam berkata “untukmu, lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki” kepada kekasih yang mereka sayangi?
Bukankah itu satu bukti dan tanda bahawa minat (passion) ini menjadi satu kuasa tolakan yang menjadikan seseorang itu hebat.
83% pekerja tidak suka kerja mereka
– Oprah Winfrey
KERJA Vs KERJAYA
Antara kerja dan kerjaya ada bezan-ya. Ada orang memiliki kerja dan ada orang memiliki kerjaya. Jika
kerja anda perlu bangun pagi den-gan susahnya dan berkata dalam
hati anda “SAYA PERLU KERJA” tetapi berbeza dengan orang-orang seperti saya yang bangun pagi saya
dengan ceria dan berkata “SAYA MAHU LAKUKANNYA”.
Tenaga keupayaan anda juga secara fizikal akan longlai untuk mel-
akukan sesuatu yang anda tidak minati.
Kepada semua, saya menyarankan sekiranya anda tidak lagi mengenali
di manakah minat anda, carilah peluang mencuba kesemuanya.
Mungkin salah satu daripadanya adalah perkara yang anda minat.
Anda akan tahu anda meminatinya apabila anda mula melakukannya
tanpa jemu walaupun sukar. Ini sama analogi seperti seorang lelaki
yang mahu memikat gadis yang diminatinya, pasti tanpa jemu dan
konsisten akan terus berusaha. Kalau duduk bersama seharian pun
rasa macam sekejap.
Maka dalam konteks minat ini juga halnya sama. Kita akan mula
meminati dan mengenali apa yang kita mahukan selepas kita teruskan
berjalan. Lagipun untuk seorang doktor menjadi seorang doktor pa-
kar, mesti melalui proses yang be-liau perlu menjadi doktor “general practice” dahulu. Selepas itu baru
lah mula mendalami satu bahagian yang spesifik.
Disember 2011 59 kerja vs kerjaya <<< 60
Dari seorang yang memulakan kerjaya fotografi ini dari kejatuhan dua perniagaan yang tidak diminatinya pada tahun 2002 dan 2004 setiap satunya, saya cukup serik untuk memberikan komitmen kepada sesuatu yang tidak saya minat.
Tahun 2004, untuk kali kedua saya jatuh terduduk dalam perniagaan yang saya asaskan sendiri. Hampir-hampir jatuh bankrap. Semua gara-gara melihat perniagaan orang lain boleh berjaya dan kaya, kita pun mahu lakukan perkara yang sama. Walaupun orang yang saya ikuti itu berjaya dalam perniagaannya, tetapi saya sendiri gagal teruk.
Terduduk dan terperosok di bawah kolong sebuah rumah setinggan dengan sewa RM270 sebulan dari sebuah kondominium di Seri Damansara ternyata membuka mata saya sebesar-besarnya.
Pada ketika itu, saya ada beberapa pilihan, antaranya ialah dengan kembali makan gaji menjadi pensyarah sepertimana saya lakukan pada tahun 2000-2002 di Limkokwing University dan satu lagi pilihan ialah dengan meneruskan cita-cita dalam bidang perniagaan.
Dalam perniagaan pula saya ada dua lagi pilihan. Memandangkan duit pun dah habis, perniagaan pun dah lingkup, maka saya lihat dengan jelas
di hadapan saya dua pilihan ini;Miskin buat apa yang kita tak suka lakukan ATAU,Miskin tetapi melakukan kerja-kerja yang kita suka lakukan.
Maka dengan jelas saya memilih jalan kedua itu. Benar bagai dikata, jika kita lakukan perkara yang kita suka…lautan api pun tak rasa bahangnya.
komuniti fotografi berbahasa melayu terbesar di Malaysia
w w w . l e n s a m a l a y a . c o m
61 >>> kerja vs kerjaya Disember 2011 62
Saiful Nang bersama Dato’ Kamarudin Meranun, co-founder Tune Group dan
Deputy Group Chief Executive Director, AirAsia selepas tugasan
mengambil foto perkahwinan anak beliau di Bukit Damansara
ANDA MAHU JADI PENYUMBANG ARTIKEL ATAU JURUGAMBAR PERSONALITI UNTUK ISU AKAN DATANG?
Hantarkan rencana anda sepanjang tidak lebih dari 1000 patah perkataan tentang apa sahaja berkenaan fotografi dan sertakan 5-10 gambar resolusi tinggi tanpa watermark kepada editor kami di [email protected] untuk menjadi penyumbang artikel. Ini hebat untuk penjenamaan anda kepada lebih 18,000 pembaca majalah elektronik ini dan juga forum Lensa Malaya. Untuk jadi penyumbang foto, aktifkan diri anda dalam forum Lensa Malaya. Jika rezeki anda di pilih menjadi personaliti LM, anda akan diberikan beberapa mukasurat untuk ruangan memperkenalkan anda. Ia terbuka kepada semua pembaca
TT Lm zon SelatanTutti Frutti dan Mustika Zam Zam
Kalendar
08
selasa
NOV
EMBE
R* klik untuk ke laporan penuh di Lensa Malaya
TT Lm zon Utara BM Tomyam Bandar Perda, Penang
17
khamis
TT Zon selatanSubaidah MITC, Melaka
27
TT LM zon TimurFamily kopitiam, Pengkalan Chepa
TT Lm zon TengahTitiwangsa, KL
Outing lm zon UtaraGeorgetown, Penang
11
18
jumaat
jumaat
sabtu
12
ahad
Aktiviti
foto terbaik disember 2011 | fotografi lanskap tips percuma bersama pakar lanskap
penggunaan filter | Gambar hangat dari forum Lensa malaya
ISU SETERUSNYA...
Disember 2011 68
Bengkel Filem Pendek & SinematografiKetahui kaedah professional penerbitan filem pendek yang sebenarnya dan bukannya sekadar shoot tanpa mengetahui proses produksi yang sepatutnya.
*Klik pada gambar untuk maklumat lanjut