Upload
dadymama-lin
View
54
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
master
Citation preview
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEBELAJARAN SECARA INTERAKTIF ( ZOOM A )ATAU SECARA KONVENSIONAL DALAM KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6, KLUANGJOHOR
FADZLI AFFANDI B SHAPIEE
CADANGAN PENYELIDIKAN
School of Education and Cognitive ScienceASIAeUNIVERSITY
2014
ISI KANDUNGAN
BAB SATU: PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Kerangka Konsep 5 1.4 Matlamat Kajian 6 1.4.1 Objektif Kajian 71.4.2 Soalan Kajian 7 1.4.3 Hipotesis Kajian 71.5Kepentingan Kajian8 1.5.1Kepada Guru dan Pelajar8 1.5.2Kepada Jabatan Pelajaran Negeri8 1.5.3Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia91.6Batasan Kajian9 1.7Definisi Kajian10 1.8Kesimpulan13
BAB DUA:TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 15 2.2 Teori Berkaitan 16 2.3 Kajian Berkaitan 18 2.3.1 Kajian Tempatan 182.3.2Kajian Luar Negara19 2.4Kesimpulan20
BAB TIGA: METODOLOGI
3.1Pendahuluan22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 25 3.4 Instrumen Kajian 25 3.4.1 Pembangunan Instrumen Kajian 263.4.2Pemboleh Ubah Kajian27 3.5Tatacara Pengutipan Data27 3.6Tatacara Penganalisisan Data28 3.7Kesimpulan28
RUJUKAN30-31
LAMPIRAN
Lampiran A Borang Maklumat Responden
Lampiran B Soalan Penilaian Konvensional
Lampiran C Soalan Penilaian Interaktif Melalui Internet
BAB 1
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
1.1Pendahuluan
Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin global, pengintegrasian
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan menjadi semakin
relevan dan menjadi keutamaan. Internet merupakan salah satu daripada
teknologi ICT yang paling pesat berkembang dan menjadi begitu dominan dalam
konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang
besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah dan
institusi pendidikan.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan
perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada
institusi pendidikan masa kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan
mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan
penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu. Teknologi maklumat
1dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja
serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang
besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana
telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan
pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni.
Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah
menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka
bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada
guru dan murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk P&P. Melalui portal-
portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan
murid dapat memanafaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Sebagai contoh dalam proses penilaian di mana sesuatu penilaian itu
hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa serta memerlukan guru
untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat dalam
penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam
sesuatu portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan
murid belajar secara kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan
kefahaman.
2
Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara
interaktif dapat disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh.
Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang
menyenang dan menyeronokkan. Pembelajaran ini membolehkan pelajar, belajar
di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan pelajar
menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya
ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan
digital atau laman web. Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan
isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya.
Pelajar boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya.
Pelajar bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan tahap
pencapaian dan pengetahuan.
Pelajar dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian
maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
3
1.2Pernyataan Masalah
Dalam proses pembelajaran murid-murid, ianya tidak berakhir dengan
penyampaian pelajaran oleh guru sahaja malah di akhir sesuatu pembelajaran
kita ingin mendapat maklumat tentang pelajar, melihat keberkesanan
pembelajaran dan dapat mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki. Salah satu
cara untuk mendapatkan maklumat ini ialah melalui proses penilaian.
Proses penilaian sering dianggap sesuatu yang merunsing dan
menakutkan murid-murid atau sesiapa sahaja yang akan menempuhinya.
Terdapat tanggapan bahawa penilaian itu sinonim dengan peperiksaan atau ujian
yang tidak terlepas dari proses menjawab soalan dengan menanda, membulat,
menggaris, mengisi tempat kosong dan lain-lain gerakbalas sehingga boleh
menimbulkan kebosanan atau kejemuan terhadap proses penilaian konvensional
ini, dan seterusnya murid menjadi kurang berminat atau timbul sikap sambil lewa
dengan proses penilaian tersebut. Keadaan ini menimbulkan tanggapan atau
perasaan tidak seronok murid-murid dalam menjadikan penilaian itu sebagai
proses pembelajaran berkesan.
4
Sebenarnya maksud penilaian lebih luas, McMillan (2001) mentakrifkan
penilaian sebagai pengumpulan, pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk
menolong guru membuat keputusan yang lebih baik dalam bilik darjah. Justeru
itu, melihat kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
masa kini kajian ini cuba membuktikan bahawa penilaian melalui internet adalah
berkesan dan dapat menarik minat murid menjadikan penilaian ini suatu proses
pembelajaran kendiri bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
1.3Kerangka Konsep
Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan pada Rajah 1.1 di bawah. Ia
menunjukkan perkaitan antara proses pembelajaran bebas sebagai pemboleh
ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pemboleh ubah bersandar
(bergerakbalas). Strategi pembelajaran yang akan digunakan dalam kajian ini
ialah kaedah penilaian interaktif melalui internet dan kaedah penilaian
konvensional. Kedua-dua kaedah penilaian ini akan dinilai keberkesanannya
berdasarkan kepada hasil yang akan diukur dalam bentuk pencapaian Mata
Pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya satu tinjauan melalui proses temu bual
akan dilakukan terhadap guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu tentang
kelebihan penggunaan internet berbanding konvensional dalam aspek penilaian.
5
RAJAH 1.1
Kerangka Konsep Kajian
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian Konvensional
Penilaian Interaktif Melalui Internet
Temu Bual
1.4Matlamat Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mendapat maklum balas tentang sejauh
mana keberkesanan dan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian
berbanding dengan penilaian yang dijalankan secara konvensional bagi Mata
Pelajaran Bahasa Melayu, fokus kepada tatabahasa iaitu penggunaan Kata
Hubung dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan
Bandar T6, Kluang
6
1.4.1Objektif Kajian
Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah untuk:
a)Menentukan keberkesanan murid-murid menjawab soalan melalui
internet berbanding secara konvensional.
b)Menentukan kelebihan penggunaan internet dalam proses
penilaian berbanding kaedah konvensional.
1.4.2Soalan Kajian
Kajian yang dijalankan merangkumi perkara seperti berikut:
a)Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara
kaedah penilaian menjawab soalan melalui internet dengan
kaedah penilaian secara konvensional.
b)Apakah terdapat kelebihan kaedah penilaian melalui internet bagi
guru berbanding penilaian secara konvensional.
1.4.3Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini hipotesis nul yang ingin dikaji ialah:
Ho :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian penilaian
secara konvensional dan penilaian melalui intraktif.
7
1.5Kepentingan Kajian
Kajian yang dibuat mempunyai kepentingan untuk renungan dan penilaian pihak-
pihak berikut:
1.5.1Kepada Guru Dan Pelajar
Menyedarkan para guru tentang kelebihan penggunaan interaktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya proses penilaian serta
memberirangsangan,motivasidanminatuntukmurid-murid
menggunakan proses penilaian yang berterusan sebagai suatu proses
pembelajaran secara kendiri.
1.5.2Kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri memberi penekanan terhadap
kepentingan penggunaan internet dalam proses PdP khususnya dalam
aspek penilaian dan tidak hanya terikat dengan penilaian secara
konvensional semata-mata. Di sini JPN boleh menggunakan soalan-
soalan terkumpul (bank soalan) bagi menghasilkan suatu laman interaktif
secara online atau pun offline.
8
1.5.3Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Diharap pihak KPM dengan menggunakan segala kepakaran yang ada
atau dengan kerjasama pihak tertentu, dapat menghasilkan suatu laman
interaktif melalui internet secara percuma atau dengan bayaran yang
minimun iaitu laman penilaian atau latihan menjawab soalan mengikut
sukatan pelajaran terkini bagi membantu murid-murid membuat latihan
secara kendiri di samping dapat menggunakan kemudahan internet yang
dibekalkan secara optimun.
1.6Batasan Kajian
Kajian ini menumpukan aspek tatabahasa iaitu berkaitan penggunaan Kata
Hubung dalam ayat Bahasa Melayu. Dalam kajian yang dibuat, ianya melibatkan
beberapa buah kelas Tahun 6 dengan mengumpul 30 orang murid daripada
keseluruhan murid Tahun 6 yang terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu
Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang, Johor. Mereka ini merupakan
sampel perwakilan sebenar untuk sebuah sekolah yang ingin dikaji. Oleh itu,
hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar
Tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara.
9
Dalam kajian yang akan dibuat ini, murid-murid eksperimen terlebih
dahulu akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mereka
ini akan melalui pula proses penilaian. Di sinilah murid-murid eksperimen ini
akan melalui dua kaedah penilaian yang berbeza iaitu pertamanya, melalui
kaedah konvensional dan keduanya kaedah penilaian melalui internet untuk
dibuat perbandingan keberkesanan dua kaedah tersebut. Dalam kajian ini akan
wujud beberapa kesukaran dari segi kemudahan peralatan ICT iaitu bilangan
komputer terhad yang terdapat di makmal komputer sekolah. Begitu juga dengan
talian internet yang kemungkinan mengalami gangguan talian atau berlaku talian
yang tidak dapat menampung kepada akses yang banyak. Oleh itu beberapa
pendekatan akan diambil, seperti menjalankan eksperimen dalam kumpulan kecil
secara berperingkat-peringkat dalam jangka masa yang sama.
1.7Definisi Istilah
Beberapa istilah telah digunakan dalam kajian adalah seperti berikut:
1.7.1Keberkesanan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 1994) mendefinisikan keberkesanan
sebagai perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan, perubahan
dan sebagainya. Dalam kajian ini, keberkesanan adalah merujuk kepada
10
sejauh mana penggunaan internet memberi kesan dalam proses penilaian
Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi aspek yang diajar.
1.7.2Penilaian
Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) juga, penilaian
didefinisikan sebagai perihal perbuatan menilai atau pentaksiran. Dalam
konteks kajian ini, penilaian adalah proses atau prosedur yang sistematik
bagi membuat pertimbangan dalam mentaksir hasil pengukuran yang
bertujuanuntukmemberimaklumattentangpencapaianproses
pembelajaran, kemahiran atau sikap.
1.7.3Kata Hubung
Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata hubung juga
dikenali kata penyambung ayat iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk
ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
1.7.4Bahasa Melayu
Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan melengkapkan murid dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya
sebagai bahasa ilmu (KPM, 2003). Dalam konteks kajian ini, Mata
Pelajaran Bahasa Melayu adalah merujuk kepada proses pengajaran dan
11
pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada masa
berkenaan.
1.7.5Melalui Internet secara Interaktif
Internet atau WWW (World Wide Web) merupakan satu sistem rangkaian
kawasan meluas (WAN) yang membolehkan komputer berkomunikasi
antara satu sama lain melalui pelbagai media komunikasi. Dalam konteks
kajian ini, melalui internet adalah merujuk kepada sistem pembelajaran
interaktif melalui internet iaitu dengan menggunakan laman web,
www.zoom-a.com.
1.7.6Berbanding
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan
berbanding ialah dibandingkan. Oleh itu, dalam konteks kajian ini
berbanding adalah merujuk kepada perbandingan antara kaedah penilaian
secara konvensional dengan kaedah penilaian menggunakan internet.
1.7.7Konvensional
Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan
konvensional mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh
kovensi, biasa atau sebagaimana kebiasaannya. Dalam konteks kajian ini,
12
konvensional adalah merujuk kepada proses penilaian yang biasa
dilakukan iaitu mengedar kertas soalan dan kertas jawapan kemudian
pelajar menanda kertas jawapan dengan pensel.
1.8Kesimpulan
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
khususnya dalam aspek penilaian merupakan suatu dimensi baru kepada murid
sekolah rendah untuk beralih dari kaedah penilaian secara konvensional kepada
penilaian secara interaktif melalui internet. Dengan berkembangnya ICT dan
mengambil kira kemudahan ICT dan internet yang dibekalkan oleh KPM di
sekolah-sekolah, suatu kaedah penilaian baru perlu diteroka dan dimajukan
sebagai suatu proses P&P.
Internet amat berpotensi membuatkan P&P lebih menarik dan bermakna.
Dengan kemudahan yang sedia ada, terpulanglah kepada guru untuk membawa
penggunaan internet dalam proses pembelajaran murid-murid. Walaupun akses
ke talian internet masih belum stabil tetapi kemudahan untuk menggunakan
internet terdapat di mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat beli-belah
dan lain-lain dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sudah pasti proses
pembelajaran menggunakan program interaktif melalui internet menyeronokkan
murid-murid dan memudahkan proses pengajaran guru. Di samping itu, ia juga
13
merupakan kaedah paling cepat dan berkesan untuk menyemai budaya celik
komputer di kalangan pelajar dan warga sekolah. Justeru itu, KPM perlu menilai
penggunaannya bagi membantu pelajar dan guru di sekolah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aspek penilaian.
14
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan kajian
oleh pengkaji tempatan dan luar negara berkaitan dengan aspek penilaian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu
pembelajaran dan pengajaran diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar
dapat capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di dalam kelas.
Justeru itu pengkaji akan menjalankan proses PdP dan seterusnya
pengkaji akan melakukan proses penilaian terhadap PdP tersebut. Di sini
pengkaji ingin melihat dan menilai keberkesanan proses penilaian ke atas
pembelajaran bagi aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 6 bagi tajuk
berkaitan Kata Hubung yang dijalankan dengan menggunakan dua kaedah
penilaian iaitu penilaian secara interaktif melalui internet melalui tapak web
www.zoom-a.comdanpenilaianmelaluikaedahkonvensionaldengan
15menggunakan kertas dan pensel. Dari penilaian yang dilakukan ini, pengkaji
akan membuat perbandingan hasil dapatan ke atas murid-murid dari kumpulan
eksperimen bagi meninjau keberkesanan program penilaian yang dikaji.
Seterusnya pengkaji juga melakukan temu bual terhadap guru tentang kelebihan
program atau internet khusus dalam aspek penilaian yang digunakan, berbanding
dengan penilaian secara konvensional.
2.2Teori Berkaitan
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses PdP. Penilaian juga penting bagi
menentu atau melihat sejauh mana sesuatu proses PdP itu berjaya mencapai
objektifnya. Rajah 2.1 dapat memperlihatkan bagaimana penilaian, proses
pengajaran dan pembelajaran bertindakbalas di antara satu sama lain bagi
mencapai matlamat yang dijangkakan.
16
RAJAH 2.1
Tindakbalas Antara Penilaian, Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian
MATLAMAT
PengajaranPembelajaran
Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian formatif, iaitu
mengesan perkembangan pembelajaran dengan segera untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid-murid. Manakala penilaian sumatif dilakukan
bagi tujuan untuk mengetahui secara menyeluruh akan penguasaan dan tahap
pencapaian murid-murid. Penilaian adalah lebih sesuai digunakan dalam proses
PdP dan tidak hanya mengadakannya untuk tujuan ujian semata-mata. Ini adalah
kerana melaluinya pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan. Tambahan pula, penilaian juga merangkumi ujian
yang merupakan suatu alat yang bersistematik bagi menentukan prestasi atau
peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang atau kemahiran.
Bentuk penilaian yang digunakan di sekolah-sekolah rendah meliputi pelbagai
cara dan kaedah. Dua cara melaksanakannya; satu cara informal seperti
17
pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz dan satu cara lagi dalam bentuk formal
seperti ujian pensel dan kertas yang dianggap konvensional berbanding dengan
bentuk penilaian interaktif melalui internet. Justeru itu, dua kaedah penilaian
akan digunakan dalam kajian ini dan semua aktiviti penilaian akan direkodkan
supaya penganalisisan dapat dijalankan.
Mengikut Tuckman (1975:12) iaitu merujuk buku Pedagogi Bahasa
karangan Kamarudin Hj. Hashim, ujian bolehlah dijelaskan sebagai satu jenis
atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui
tentang seseorang. Ia adalah alat pengukuran yang dapat memberikan sampel
tingkah laku seseorang dengan cara menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah.
2.3Kajian Berkaitan
Antara kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
2.3.1Kajian Tempatan
Kajian yang berkaitan dengan penilaian ini pernah dijalankan oleh
Lihanna Borhan dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Tajuk kajian
yang dilakukan ialah Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Melalui Portfolio. Kajian yang dijalankan adalah
18
membincangkan dan mencari alternatif yang sesuai bagi menggantikan
penilaian bertulis yang dilihat kurang sesuai bagi pendidikan awal kanak-
kanak. Dapatan daripada kajian ini, portfolio merupakan satu kaedah
yang berpotensi memainkan peranan penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak dan juga dapat memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif
penilaian.
2.3.2Kajian Luar Negara
Menurut kajian yang dijalankan oleh Gay (1985) iaitu merujuk modul
OUM HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan,
penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Apabila menyentuh tentang ujian atau penilaian, Gagne
(1970:3) dalam buku bertajuk Pedagogi Bahasa karangan Kamarudin Hj.
Husin, memberi definisi ujian sebagai cara yang sistematik untuk
mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah
dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Oleh itu jelaslah bahawa ujian
adalah satu cara yang sistematik dan harus dijalankan dengan baik dan
mengikut peraturan-peraturan tertentu.
19
2.4Kesimpulan
Penilaian merupakan perkara yang penting dalam proses pendidikan. Ia
melibatkan sejauh mana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara dapat dinilai.
Justeru itu, penilaian dalam proses P&P perlu dilakukan sama ada ianya
dilakukan secara formal atau tidak formal adalah untuk menentukan penguasaan
pelajar terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian
dilakukan untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta
membantu guru dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih
berkesan.
Walau bagaimanapun dalam zaman ledakan ICT kini, internet telah
membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan
dapat diakses secara jarak jauh. Proses penilaian melalui internet ini memberi
impak pembelajaran atau peluang yang lebih luas kepada pelajar menerusi
penglibatanaktif,interaktif,koloboratifdanseterusnyamenggalakkan
pembelajaran kendiri. Pengalaman pembelajaran khususnya dalam aspek
penilaian boleh diperolehi menerusi penggunaan internet, tidak hanya berada
dalam lingkungan kelas atau penggunaan kertas dan pensel sahaja; malah
penggunaan internet mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus
dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai.
20
Di dalam bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan
dengan penggunaan internet dalam proses penilaian sebagai suatu prospek
pembelajaran kendiri. Pengkaji juga ada mengemukakan beberapa teori dan
model yang menerangkan tentang pendapat atau kelebihan internet berbanding
dengan kaedah penilaian konvensional. Berdasarkan kajian penggunaan internet,
diharapkan proses penilaian interaktif melalui internet akan memberi kesan
positif ke atas pencapaian pelajar yang dikaji di dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu.
21
BAB 3
METODOLOGI
3.1Pendahuluan
Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk melihat sama ada kaedah penilaian
interaktif melalui internet dapat menunjukkan keberkesanan atau menjejaskan
pencapaian murid dalam aspek berkaitan tatabahasa iaitu Kata Hubung bagi
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Justeru itu beberapa aspek akan diguna
dan diambil kira dalam kajian ini adalah seperti reka bentuk kajian, populasi dan
sampel kajian, alat-alat kajian dan tatacara pengutipan serta penganalisisan data.
3.2Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen dan juga tinjauan,
bagi membandingkan keberkesanan kaedah penilaian melalui internet dengan
22kaedah biasa iaitu penilaian secara konvensional. Kajian ini akan dijalankan ke
atas sekumpulan murid eksperimen yang mempunyai kebolehan atau pencapaian
yang pelbagai. Murid-murid kumpulan eksperimen ini akan diberikan borang
maklumat pelajar (Lampiran A). Borang berkenaan disediakan bagi mengetahui
beberapa aspek seperti jantina, umur, status pekerjaan ibu bapa, kemudahan dan
pengetahuan tentang penggunaan komputer atau internet.
Seterusnya murid-murid kumpulan eksperimen akan menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk yang berkaitan dalam tempoh masa yang
tertentu. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran ini selesai, murid kumpulan
eksperimen akan melalui proses menjawab soalan atau menjalani penilaian
terhadap aspek yang diajar melalui dua kaedah iaitu pertamanya, murid ini akan
dibekalkan soalan berkaitan Kata Hubung Bahasa Melayu dalam bentuk objektif
(Lampiran B) dan dikehendaki menjawab soalan secara konvensional dengan
menanda pada kertas jawapan. Kertas jawapan ini akan dikumpul dan disemak
hasil dapatannya. Seterusnya kumpulan eksperimen ini juga akan dinilai melalui
penggunaan internet iaitu murid menjawab soalan secara online di mana
soalannya (Lampiran C) adalah sama tetapi kedudukan soalan adalah berubah.
Kertas ujian juga akan disemak dan hasil dapatannya dibuat secara automatik
melalui internet. Kedua-dua kaedah penilaian ini akan dibuat perbandingan dari
segi gred pencapaian atau skor yang mereka perolehi.
23
Di akhir eksperimen atau kajian ini, pengkaji juga membuat tinjauan
tentang kelebihan menggunakan kaedah penilaian melalui internet berbanding
konvensional dengan mengadakan temu bual terhadap guru-guru bahasa Melayu
di sekolah kajian ini dijalankan.
Reka bentuk kajian adalah seperti rajah di bawah:
RAJAH 3.1
Aliran Reka Bentuk Kajian
Penilaian Konvensional
Borang Soal Selidik
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Temu Bual Guru
Penilaian Melalui Internet
24
3.3Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kluang, Johor. iaitu di Sekolah Kebangsaan Bandar T6 Kluang. Populasi kajian terdiri dari murid Tahun 6 sekolah tersebut iaitu seramai 215 orang murid. Sampel kajian pula terdiri dari 3 buah kelas Tahun 6 iaitu 13 orang murid dari Kelas 6 Arif (6A), 12 orang murid dari Kelas 6 Bijak (6B) dan 5 orang murid dari Kelas 6 Cerdik (6C) iaitu berjumlah 30 orang murid yang merupakan 14% daripada keseluruhan murid Tahun 6 di sekolah tersebut. Pemilihan sampel ini juga menggunakan kaedah persampelan kelompok sebagai kumpulan eksperimen di mana pemilihan murid diambil dari tiga kumpulan kelas untuk sampel kajian. Murid-murid yang dijadikan sampel ini juga adalah terdiri dari kalangan murid pelbagai pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
3.4Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah borang soal
selidik maklumat pelajar, satu set soalan penilaian konvensional dan tapak laman
web pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com).
25
3.4.1Pembangunan Instrumen Kajian
Borang Maklumat Pelajar
Borang maklumat pelajar diberikan kepada semua pelajar yang
terlibat dalam kajian yang akan dijalankan. Ia mengandungi
maklumat seperti nama, jantina, keturunan, latar belakang pekerjaan
ibu bapa dan kebolehan dan kemudahan tentang komputer atau
internet (Lampiran A).
Penilaian
Kertas soalan (penilaian secara konvensional) dan penggunaan
internet melalui laman web www.zoom-a.com akan diguna atau
diberikan kepada semua murid yang terlibat dalam kajian ini.
Penilaian ini dibuat setelah murid kumpulan eksperimen telah habis
proses pembelajaran bagi tajuk yang akan dinilai. Penilaian ini adalah
bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian bagi aspek atau tajuk
yang diajarkan. Soalan yang terdapat pada kertas soalan dengan
soalan dalam internet adalah sama dari segi kandungan yang disoal
tetapi kedudukan soalan adalah berbeza. Soalan yang akan diberikan
kepada murid adalah menepati Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
26
Temu Bual
Pengkaji akan menemu bual guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi
mendapat pandangan tentang persoalan; adakah terdapat kelebihan
penggunaan internet dalam aspek penilaian berbanding penilaian yang
dijalankan secara konvensional.
3.4.2Pemboleh Ubah Kajian
Pemboleh ubah bagi kajian ini ialah kaedah penilaian yang digunakan ke
atas sampel atau kumpulan eksperimen iaitu penilaian secara interaktif
dengan menggunakan internet di atas tapak website yang telah
ditentukan.
3.5Tatacara Pengutipan Data
Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji terhadap murid-murid yang
terlibat dalam kumpulan eksperimen. Pengumpulan data dalam kajian ini juga
akan dibuat dengan dua kaedah penilaian yang berbeza iaitu penilaian atau ujian
secara konvensional dan ujian interaktif melalui internet. Setiap ujian
mengandungi 25 soalan bagi setiap kaedah yang digunakan untuk dijawab secara
individu. Masa yang diperuntukan adalah 30 minit untuk setiap ujian. Manakala
27
maklumat tentang kelebihan penilaian menggunakan internet berbanding
konvensional akan dijalan secara tinjauan dengan menemu bual guru-guru Mata
Pelajaran Bahasa Melayu.
3.6Tatacara Penganalisisan Data
Data yang akan diperolehi daripada kedua-dua kaedah penilaian, iaitu penilaian
secara konvensional dan penilaian melalui internet akan dianalisis dan dibuat
perbandingan dengan menggunakan program Statistical for social science
(SPSS). Manakala ujian pengesanan dianalisis dengan menggunakan Ujian-t.
3.7Kesimpulan
Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen dan tinjauan. Kumpulaneksperimen adalah seramai 30 orang murid dari tiga buah kelas Tahun 6 iaitu 15orang murid dari Kelas 6 Arif, 10 orang murid dari Kelas 6 Bijak dan 5orang murid dari Kelas 6 Cerdik Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang. Kumpulan eksperimen ini akan menjawab soalan melalui dua kaedah yang telah ditetapkan. Keputusan yang diperolehi dari ujian tersebut akan dikumpul dan dianalisis. Manakala tinjauan kelebihan penilaian menggunakan
28
internet pula hanya melibatkan temu bual dengan lima orang guru Mata Pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah berkenaan.
Adalah diharapkan keputusan ujian atau penilaian interaktif melalui
internet dapat memberikan kesan yang positif atau sekurang-kurangnya kaedah
tersebut tidak menjejaskan pencapaian murid berbanding penilaian yang
dijalankan secara konvensional. Dengan kemajuan ICT, diharap ianya memberi
dimensi baru dalam aspek penilaian bagi membantu mempertingkatkan lagi
proses pembelajaran murid di sekolah. Manakala aplikasi internet diharap
memberibanyakkelebihankepadaguru-gurukeseluruhannyadalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti khususnya
dalam melaksanakan proses penilaian secara berterusan.
29
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan Edisi Baru. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
Lihanna Borhan (2003). Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Melalui Portfolio. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
McMillan, J.H. (2001). Classroom Assessment: Principles and Practice For Effective
Instruction. Boston. MA: Allyn and Bacon.
Modul OUM HBEF3203 (2007). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
Modul OUM HBEF2303 (2008). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
30
Modul OUM HBEF2503 (2009). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Open
University Malaysia. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ng Wai Kong (1999). ICT & Pengajaran. Diperolehi Julai 2, 2009, daripada http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm
One Touch Educations. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian) http://www.zoom-a.com.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Panduan mySchoolNet: Alam Pendidikan Siber. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementrian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
31