3
5.5 Cara Menganalisis Data 5.5.1 Pemerhatian Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi intervensi berlangsung secara berstruktur. Pemerhatian dilakukan sama ada sebelum, semasa atau selepas sesi intervensi ke atas peserta kajian. Analisis data yang digunakan dalam pemerhatian adalah dalam bentuk instrumen senarai semak. Dalam instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui tindak balas peserta kajian ke atas intervensi yang dijalankan ke atas mereka serta tingkah laku yang ditunjukkan. 5.5.2 Temubual Analisis data yang digunakan dalam proses temu bual adalah melalui transkrip. Temu bual ini dijalankan selepas setiap sesi intervensi dijalankan dan juga selepas ujian pra dan ujian pos dilaksanakan. Kesemua hasil temu bual ini dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Transkrip tersebut dianalisis semula dan dipersembahkan dalam bentuk naratif sewaktu analisis dan interpretasi data. Berdasarkan skrip temu bual pengkaji bersama peserta kajian, pengkaji dapat membuat kesimpulan akan

Cara Menganalisis Data

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cara analisis

Citation preview

Page 1: Cara Menganalisis Data

5.5 Cara Menganalisis Data

5.5.1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi intervensi berlangsung secara berstruktur. Pemerhatian

dilakukan sama ada sebelum, semasa atau selepas sesi intervensi ke atas peserta kajian. Analisis

data yang digunakan dalam pemerhatian adalah dalam bentuk instrumen senarai semak. Dalam

instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui tindak balas peserta kajian ke atas intervensi yang

dijalankan ke atas mereka serta tingkah laku yang ditunjukkan.

5.5.2 Temubual

Analisis data yang digunakan dalam proses temu bual adalah melalui transkrip. Temu bual ini

dijalankan selepas setiap sesi intervensi dijalankan dan juga selepas ujian pra dan ujian pos

dilaksanakan. Kesemua hasil temu bual ini dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Transkrip

tersebut dianalisis semula dan dipersembahkan dalam bentuk naratif sewaktu analisis dan

interpretasi data. Berdasarkan skrip temu bual pengkaji bersama peserta kajian, pengkaji dapat

membuat kesimpulan akan keberkesanan kaedah yang telah diajarkan kepada mereka. Di

samping itu juga, di akhir temu bual peserta kajian turut akan diminta untuk berkongsi pendapat

tentang penggunaan kaedah H - SQUARE dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.

5.5.3 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan instrumen yang penting kerana hasil data yang terkumpul dapat

dijadikan bukti yang kukuh bagi melihat keberkesanan sesi intervensi yang telah dijalankan

terhadap peserta kajian. Pengkaji menganalisis dokumen skrip jawapan pada lembaran kerja bagi

melihat kesilapan yang mereka lakukan dalam menjawab soalan yang diberikan. Penggunaan

Page 2: Cara Menganalisis Data

lembaran kerja adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih jelas penguasaan peserta kajian

terhadap topik bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit.

5.3.4 Ujian Pra dan Ujian Pos

Analisis data yang digunakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah melalui perbandingan

bilangan yang menjawab dengan betul bagi setiap item agar sebarang peningkatan atau

penurunan dapat dilihat bagi kedua-dua ujian yang dilakukan. Pengkaji dapat melihat dengan

lebih jelas perubahan yang berlaku terhadap peserta kajian sebelum dan selepas menjalani sesi

intervensi serta perbandingan salah satu jawapan pada kedua – dua ujian bagi melihat

penguasaan kemahiran membahagi. Di samping itu juga, pengkaji menunjukkan jadual

perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos dari segi kaedah pengiraan yang dilakukan dan

hasil kerja oleh setiap peserta kajian serta jadual skor perbandingan antara ujian pra dengan ujian

pos.