Upload
hoangthu
View
4.055
Download
425
Embed Size (px)
Citation preview
PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966
Sebagai salah satu usaha berterusan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, Jabatan ini
telah memperkenalkan Sistem Elektronik Pengurusan Pertubuhan (eROSES). eROSES
(www.eroses.gov.my) memberikan kemudahan kepada pertubuhan yang didaftarkan melalui sistem
ini untuk melaksanakan urusan berkaitan dengan Jabatan secara atas talian, termasuk penghantaran
Penyata Tahunan. Mulai 18 Mac 2013, semua pertubuhan berdaftar hendaklah menghantar
maklumat Penyata Tahunan selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 melalui sistem
eROSES; Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa;
Setiap pertubuhan hendaklah menghantar maklumat tahunan dalam tempoh 60 hari selepas Mesyuarat Agung atau sekiranya tiada penganjuran Mesyuarat Agung, 60 hari selepas berakhirnya tahun kalendar, iaitu sebelum 1 Mac tahun berkenaan.
Soalan Lazim Q: Pertubuhan mengadakan Mesyuarat Agung dua tahun sekali, di mana tahun 2014 tiada Mesyuarat Agung yang akan
diadakan. Bilakah masanya untuk menghantar Penyata Tahunan?
A: Pihak pertubuhan perlu mengemukakan Penyata Tahunan melalui sistem eROSES sebelum 1 Mac 2014. Q: Pertubuhan ini hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya sebelum atau pada 30 Jun 2014. Pihak
persatuan telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung pada 10 May 2014. Bilakah masanya untuk menghantar
Penyata Tahunan? A: Tempoh untuk menghantar Penyata Tahunan adalah 60 hari selepas mesyuarat. Hari terakhir untuk
penghantaran adalah 10 Julai 2014. Q: Semasa Mesyuarat Agung tahun ini, terdapat setiausaha yang baru dilantik. Siapakah yang perlu menghantar
Penyata Tahunan bagi tahun kewangan 2013?
A: Setiausaha yang baru dilantik. Q: Setiausaha yang baru dilantik belum ada akaun pengguna dalam sistem eROSES. Apakah caranya untuk menghantar
Penyata Tahunan? A: Setiausaha perlu daftarkan sebagai pengguna eROSES dan kemukakan permohonan “PEMBAHARUAN
SETIAUSAHA”. Selepas mendapatkan pengesahan terhadap lantikan ini, barulah Setiausaha boleh mengisi
maklumat yang dikehendaki melalui Modul “Penyata Tahunan”, sistem eROSES. Q: Terdapat Setiausaha yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung, perlukah setiausaha lama mengemaskini maklumat
dalam sistem? A: Setiausaha lama tidak perlu mengemaskini maklumat pertubuhan dalam sistem. Tanggungjawab untuk
mengemaskini maklumat pertubuhan adalah pada Setiausaha yang baru dilantik. Q: Apakah cara untuk muat-naik Minit Mesyuarat Agung Pertubuhan? A: Minit Mesyuarat Agung TIDAK perlu dihantar. Pertubuhan dinasihatkan untuk simpan maklumat berkenaan
secara teratur dan hanya dikemukakan sekiranya diminta secara rasmi oleh pihak Pendaftar. Q: Penyata Kewangan & Kunci kira-kira yang disediakan oleh persatuan tidak sama dengan format Penyata Kewangan
dalam sistem eROSES. A: Maklumat penyata kewangan yang diisi merupakan ringkasan kewangan pertubuhan dan bukan pelaporan
Kewangan yang lengkap. Pihak persatuan dinasihatkan untuk simpan Penyata Kewangan yang lengkap secara
teratur
*Sila rujuk peruntukan Mesyuarat Agung pada Perlembagaan Pertubuhan.
Sila ambil maklum bahawa penghantaran Penyata Tahunan
merupakan tindakan Setiausaha yang terkini.
Setiausaha yang belum ada akaun eROSES (1) (2) (3)
Pengguna yang ada akaun eROSES dan baru (2)
(3) dilantik sebagai Setiausaha
Setiausaha sedia ada dalam eROSES dan dilantik (3)
semula / kekal sebagai setiausaha
(1) Pendaftaran Akaun Pengguna
• Layari www.eroses.gov.my
• Daftar "Pengguna Baru" dengan No. KP dan emel yang sah
• Semak pautan pengaktifan akaun dalam emel dan aktifkan Akaun Pengguna
(2) Permohonan Pembaharuan Setiausaha
• Log masuk www.eroses.gov.my • Klik "Pertubuhan" • Klik "Pembaharuan Setiausaha" • Mengisi maklumat dan hantar Permohonan • Menunggu kelulusan
(3) Penyata Tahunan
• Log masuk www.eroses.gov.my • Klik "Pertubuhan" • Klik "Penyata Tahunan" • Mengisi maklumat dan membuat
PENGAKUAN • Cetak Penyata Tahunan
Penyata Tahunan hendaklah mengandungi maklumat yang benar dan lengkap seperti berikut:-
Bil. Maklumat Bil. Maklumat
1.0 MAKLUMAT AM PERTUBUHAN 2.0 MAKLUMAT MESYUARAT AGUNG 1.1 Bilangan Ahli yang Berdaftar 2.1 Tarikh Mesyuarat Agung 1.2 Maklumat pertubuhan dalam negeri dan/atau luar negeri yang 2.2 Bilangan ahli berdaftar pada tarikh mesyuarat diadakan bersekutu atau bergabung (sekiranya berkenaan) 2.3 Bilangan ahli yang boleh mengundi 1.3 Maklumat mengenai akaun bank (sekiranya berkenaan) * Peringatan: Minit Mesyuarat Agung TIDAK perlu dihantar. Pertubuhan dinasihatkan untuk simpan
maklumat berkenaan secara teratur.
3.0 MAKLUMAT AJK seperti butir-butir berikut; 4.0 MAKLUMAT JURUAUDIT seperti butir-butir berikut; i. Jawatan
4.1 Juruaudit Dalaman: 4.2 Juruaudit Bertauliah ii. Gelaran a. Tarikh Lantik (sekiranya ada): iii. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Paspot)
b. Gelaran a. Tarikh Lantik iv. Jantina c. Nama Penuh b. Nama Penuh v. Kewarganegaraan d. Jantina c. Nombor Lesen vi. No. Pengenalan Diri e. Jenis dan No. Pengenalan Diri d. Nama Syarikat vii. Tarikh dan tempat lahir f. Tarikh dan tempat Lahir e. Alamat viii. Pekerjaan g. Pekerjaan f. No. Telefon ix. Alamat Kediaman Semasa
h. Alamat g. Emel Syarikat x. Emel i. No. Telefon
xi. No. Telefon
j. Emel
xii. Nama & Alamat Majikan (sekiranya berkenaan)
*Peringatan: *Peringatan: Sila pastikan juruaudit dilantik mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan dan 3.1 Sila pastikan semua jawatan selaras dengan Perlembagaan Pertubuhan dilantik dan maklumat dikemukakan.
maklumat dikemukakan. 3.2 Sila pastikan SEMUA AHLI JAWATANKUASA TIDAK HILANG KELAYAKAN MEMEGANG
JAWATAN DI BAWAH SEKSYEN 9A DAN SEKSYEN 49 AKTA PERTUBUHAN 1966.
5.0 PENYATA KEWANGAN 6.0 MAKLUMAT PEMEGANG AMANAH (SEKIRANYA BERKENAAN)
5.1 Tarikh Tahun Kewangan (Cth: 1 Jan – 31 Dec) Butir-butir berikut diperlukan;
i. Tarikh Lantik
5.2 Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan ii. Nama Penuh
5.3 Maklumat Aset dan Liabiliti iii. Jantina 5.4 Sumbangan dari dan ke luar Negara iv. Jenis dan No. Pengenalan Diri
v. Tarikh dan tempat Lahir
Nama Pemberi/Penerima Sumbangan vi. Pekerjaan
Negara Asal Sumbangan vii. Alamat
Nilai dalam RM viii. No. Telefon *Peringatan: ix. Emel Penyata yang diisi merupakan ringkasan kewangan pertubuhan dan bukan pelaporan *Peringatan: Pertubuhan Khairat Kematian (Faedah Bersama) adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi maklumat Kewangan yang lengkap. Semua nilai dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM). Pemegang Amanah ini.
HURAIAN
SEKSYEN 9A, AKTA PERTUBUHUAN 1966
Seseorang adalah hilang kelayakan daripada menjadi, dan tidak boleh menjadi atau terus menjadi pemegang jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar:-
i. Jika dia telah disabit melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini; atau
ii. Jika dia telah disabitkan melakukan apa-apa kesalahan dibawah mana-mana undang-undang lain dan telah dijatuhkan hukuman denda tidak kurang daripada dua (2) ribu Ringgit Malaysia atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
iii. Jika ada dikuatkuasakan terhadapnya apa-apa perintah tahanan, sekatan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan atau ketenteraman awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau berhubung dengan pencegahan jenayah, tahanan kerana keselamatan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen; atau
iv. Jika dia adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau v. Jika dia adalah dan telah didapati atau ditetapkan sebagai tak sempurna akal.
SEKSYEN 49, AKTA PERTUBUHUAN 1966
Jika pendaftaran mana-mana pertubuhan, selain daripada suatu pertubuhan yang ia adalah suatu Parti Politik, telah dibatalkan di bawah Seksyen 2A, atau perenggan (b) atau perenggan-perenggan kecil (i), (ii), (iii), (iv), (vi), (vii), (viii) atau (ix) perenggan (c) Seksyen Kecil (1) Seksyen 13, atau di bawah Seksyen 16, maka seseorang pemegang jawatan bagi pertubuhan pada masa pembatalan itu yang selepas daripada masa itu menjadi atau, selepas habis tempoh tiga puluh hari dari pembatalan itu, terus menjadi seorang pemegang jawatan bagi mana-mana pertubuhan lain dengan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, bolehlah dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.