16
1 PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA, DAN LAPORAN disediakan oleh HUSSIN BIN SARIF Jabatan Pengajian Melayu IPTHO, Batu Pahat 1. Apakah Itu Penulisan? Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan. Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya. Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu diberikan perhatian. Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi seorang penulis ialah:

Cara menulis kajian

  • Upload
    kondiu

  • View
    10.186

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cara menulis kajian

1

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,DAN LAPORAN

disediakan olehHUSSIN BIN SARIF

Jabatan Pengajian MelayuIPTHO, Batu Pahat

1. Apakah Itu Penulisan?

Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional dijabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas,kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagaijenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang danmembantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan.

Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-ratadidapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengandiploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang danpendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan(kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik)ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun merekatelah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajartetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.

Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidakberminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalamsatu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya.Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satutanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya.Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankanamanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda denganpengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidangpenulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perludiberikan perhatian.

Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadiseorang penulis ialah:

Page 2: Cara menulis kajian

2

i. pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,sintaktis, dan tatabahasa)

ii. pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterimasecara formal dan tidak formal)

ii. pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teksbertulis

iv. proses penulisanv. penyuntingan.

Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:

i. ada keinginan untuk menyampaikan maklumatii. percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan

tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untukmengubah sesuatu

iii. tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolakdan memberi pendapat mereka.

Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus bolehmenghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasilpenulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar,menarik dan menyeronokkan.

2.Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak

Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagaiaspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan kemahiran yangmembolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatifdengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori danberorganisasi).

Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya merangkumibahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak).Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikatdengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teksitu. Begitu juga dengan isi kandungannya, penulis tidak perlumengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakankerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham,pemikiran atau ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnyamenulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan,sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri danbukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungankaryanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan

Page 3: Cara menulis kajian

3

kehidupan yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yangdikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun dantidak subjektif. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah,padat, dan tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuatrujukan fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakardalam bidang kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum andamemulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbangsoalan-soalan ini:

i. Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau jawapannya?ii. Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat

memerlukan jawapan?iii. Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati

itu memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembanguanan manusia dan negara?iv. Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalam

bidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalambidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yangberlainan?

Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlumempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:

i. Apakah peranan anda sebagai penulis?ii. Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?iii. Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?iv. Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan

bahasa yang digunakan?v. Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan

anda itu?vi. Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda

gunakan untuk memperelokkan penulisan anda?vii. Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu

penyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan ataupenyelesaian kepada persoalan yang diutarakan; atau iahanya untuk memenuhi syarat pengijazahan?

Page 4: Cara menulis kajian

4

3.Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam Situasi Yang Berlainan

Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkanoleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau bagaimanapun andaperlu menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itupenulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dansumbangan kepada anda. Kerja yang dihasilkan itu pula harusmendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalammelaksanakan tugas.

Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahuikonsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itudengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulisharus dapat menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertaskerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?

ii. Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkanantara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?

iii. Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporanditulis?

iv. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?v. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada?vi. Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?

Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaanterpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu:

i. Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?ii. Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?iii. Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?iv. Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang

hendak ditulis?v. Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?vi. Apakah matlamat dan tujuan anda?vii. Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang

menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yangterbaik?

Page 5: Cara menulis kajian

5

Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapandengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti:

i. sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)ii. isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan

atau pilihan sendiri) untuk satu kumpulan pembaca tertentu(pembaca dalaman atau luar)

iii. jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)iv. perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)v. pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan

formal)vi. faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan

perkara-perkara lain.

Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi danprofesional anda. Menulis tidak datang dengan mudah. Anda perlusanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan andamenulis dengan baik. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalamperkembangan dan pembangunan kerjaya anda.

4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (AnatomiTeks)

Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka dalampelbagai bentuk seperti buku, buku teks, jurnal, majalah, danbentuk-bentuk lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyaibahagian-bahagian yang serupa atau hampir serupa sama ada dari segireka bentuknya ataupun fungsinya. Bahagian-bahagian ini ialah:

i. Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbitii. Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasinganiii. Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak

dikatakan oleh orang lain selain daripada penulisiv. Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20)

muka surat (nombor Arab sahaja digunakan)- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang

disenaraikanv. Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya)vi. Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang

Page 6: Cara menulis kajian

6

tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan penulis

vii. Bab - tesis dan idea-idea penulisviii. Apendiks - maklumat tambahanix. Indeks - senarai perkataan penting (idea)x. Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk - tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan dimuatkan dalam penulisan andaxi. Glosari - kamus minixii. Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang

tertentu

5. Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah Penulisan

Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dantepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi mikro (di dalam babdan di dalam perenggan):

i. Tajuk (tesis, idea, fakta dsb.)

ii. Perengganii.i. perenggan pengenalanii.ii. perenggan fizikalii.iii. perenggan isiii.iv. perenggan konseptualii.v. perenggan ideasionalii.vi. perenggan subideasionalii.vii. perenggan penutup

iii. Ayatiii.i. ayat tesisiii.ii. ayat tajukiii.iii. ayat keteranganiii.iv. ayat contohiii.v. ayat penutup

iv. Isi/Ideaiv.i. idea utamaiv.ii. idea kawalaniv.iii idea sokongan

v. contoh

vi. Retorik

Page 7: Cara menulis kajian

7

vi.i. retorik perengganvi.ii. retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] - gabungan

beberapa retorik)

vii. Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)vii.i. koherensi ayatvii.ii. koherensi perengganvii.iii. koherensi bab

6. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis

Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas prosesmenulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpaperancangan yang teliti. Penulis akan memulakan penulisan denganmembentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapatidari hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan ataumelalui soal selidik dan sebagainya.

Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis -adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan. Setiap satumempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis.Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun"expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.

6.a) Kertas Cadangan

Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisiatau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupunkonsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk.Antaranya ialah:

i. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian(research proposal) yang berbentuk akademik. (kertascadangan kajian)

ii. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentangsesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujahakademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan.(kertas konsep)

iii. Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalammengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina,mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsepdan teorinya boleh dilaksanakan (bukan bersifat

Page 8: Cara menulis kajian

8

akademik/ilmiah).

Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan,pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepadapenulis yang memerlukan jawapan dan boleh dicari melalui kajian).Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadaptesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakanmasa yang lama dan susah.

Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perludijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang dilakukan mestidipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitungdan diukur.

Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnyamempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI, KESANNYATERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI KAWASANBUKIT MINYAK

Pengenalan, ada:i. latar belakangii. isu dan masalahiii. matlamat/tujuan/objektifiv. skop kajianv. soalan kajian dan hipotesisvi. Soalan kajian:

vi.i.Mengapakah ia berlaku?vi.ii.Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidakberkesan?

Hipotesis:

Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu akanberkurangan jika penguatkuasaan berkesanHidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat

vii. limitation of terms/definition of terms

Tinjauan Bacaan (literature review)

Page 9: Cara menulis kajian

9

– adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalahbahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentangtajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu, jangan bacaapa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentukpegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan oranglainMetodologi sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif(cadangan sahaja)

- kaedah untuk mendapatkan data daripada golongan sampelan kita,pilih satu kaedah saja supaya tidak membebankan kita apabila kitamenganalisis data nanti, mesti ada:

i. subject of the research (proses persampelan - memberikriteria pemilihan)ii. materials of the research (bahan-bahan yang digunakandalam kajian)iii. instrumen of the research –melibatkan kajian behavioural(e.g. soalan temu duga, kertas ujian, dll.)iv. procedure of the research (diberi/dinyatakan secaraterperinci dengan memberi langkah-langkah satu persatu danjuga secara kronologi)

v. pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan lain, iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji sama ada instrumen kita sesuai/tidak vi. (Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of the research iaitu segala yang didapati terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin kerahsiaannya)

Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif ataupunkualitatif i. primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah yang dipilih sama ada melalui soal selidik, temu ramah dll. – lebih baik data ini kerana penyelidik akan dapat rasakan susah payah memungut data ii. secondary data – mengambil data daripada hasil kajian orang lain

Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui)

Page 10: Cara menulis kajian

10

penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang akan diperolehisekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis dalam a, b, c, dan d; dandapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya,organisasinya, dan negara

Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)(kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketuajabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya ia bolehditeruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua jabatan telahbersetuju pada dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan, penyelidikakan diminta menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk ditelititentang pembiayaannya dan untuk mendapat kelulusannya.)

(DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untukmemohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan kelulusanmembuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPIDI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN)

6.b) Kertas Kerja

Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas kerja' jugatidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahantentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkansesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding)atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja' pada asasnyatertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan ataukeputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebeginiselalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuandalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan,persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasilpenyelidikan orang lain.

Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir serupa.

Page 11: Cara menulis kajian

11

Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalamkertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulisberdasarkan tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernahdiluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakanitu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah - gunakan soalan 5w [what,where, when, who, why] dan 1h [how])

Tinjauan Bacaan

Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan)seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan

Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secarasatu persatu dalam lampiran

Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itusepatutnya diberi dalam lampiran juga

Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang disasarkan)

Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan,negeri, dan negara)

Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitukebaikannya)

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)

6.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara yangtelah berlaku)

Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepadaprinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yangdigunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda

Page 12: Cara menulis kajian

12

mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagiandaripada jawapan yang dapat diutarakan:

i. membolehkan anda menyimpan rekod ii. memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada pegawai di jabatan anda iii. menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan iv. untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan tugas anda v. untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu berurusan dengan andadan telah dilaksvi.untuk memaklumkan perkembangan projek- projek yang sedang anakan kepada mereka yang berkenaan vii. untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan anda supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan anda viii. untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka ix. untuk hal-hal penilaian x. untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan melaksanakan dasar

Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertaslaporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itutumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuanasal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporandigunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikanhasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuatkeputusan dan melaksanakan tindakan.

Tajuk yang dimuatkan ialah:

Abstrak (hanya dalam laporan penyelidikan, penyelidikan boleh jadipendek seperti one shot case study sehinggalah sesuatu yang palingpanjang) – maksimum 120 pp, 1 perenggan sahaja, abstrak menjawabtiga soalan: i. mengapa kajian dijalankan ii. bagaimana kajian dijalankan iii. apakah hasil kajian (bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yangbersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislahsummary/ringkasan, bagi penulisan kreatif puladitulis sinopsis) Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m.s. kertas A4)

Page 13: Cara menulis kajian

13

Pengenalan

latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandanganorang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang yangterkenal dll. – berikan sumber rujukan/petikan yang diambil)isu dan masalahmatlamat/tujuan/objektifskop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak dilakukanproses persampelan (memberi kriteria pemilihan)soalan kajian dan hipotesislimitation of terms/definition of terms

Tinjauan Bacaan(ringkas) adakan pegangan/pandangan kita dahulukemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakanorang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kitaitu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendakmembentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh denganpandangan orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kitaseperti amalan, nilai murni, orang kampung, … - berdasarkan tajukkajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan orang lainsama ada sama/tidak dengan pandangan/pegangan kita)

Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas)proses persampelan (subject of the research)materials of the research (borang soal selidik, rakaman pita video, teksmengajar/ceramah dll., jika tiada materials of the research yangdigunakan dalam kajian tidak perlu masukkan tajuk ini)instrumen of the research (perkaedahan menjalankan penyelidikansama ada gunakan kaedah soal selidik – paling panjang 40 soalantermasuklah setiap pecahan soalan, paling senang soalan yangmemerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang berbentuk kenyataan samaada kenyataan positif ataupun negatif, hipotesis dapat menentukankategori soalan dan penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannyamengikut kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan; kaedahmemasang pita rakaman dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengansetiap kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukarhendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data yangdikutip)procedure of the research (langkah-langkah kajian atau penyelidikandilaksanakan)pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa kajian rintispenggunaan instrumen itu telah lakukan dan dapatannya (jangan buatkajian rintis dengan target group kita/kumpulan yang menjadi pilihan

Page 14: Cara menulis kajian

14

sampelan kita)

Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas)Bagaimana data dianalisis amat penting, apakah yang dibuat dengandata itu?Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran,dikira peratusannya, apakah keputusan/tafsiran/rumusan yang didapatiberdasarkan peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi samaada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yangdikemukakan; selepas itu lakukan analisis mengikut setiap satukategori

Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan jugasumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci) ulas mengikutsetiap satu soalan kajian/hipotesis secara terperinci

Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) – selaindaripada memberi penegasan semula objektif kita pengkaji bolehberbentuk memberi cadangan/garis panduan/nasihat, memberi satumodel/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung lain, memberikeputusan/membuat pilihan

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)(bagi laporan yang menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti berikansecara kronologi:pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankanmengikut kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itutermasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakansemasa melaksanakan aktiviti itu) - penulisan ini dilakukan dalamperenggan pengenalan, perenggan isi yang terdiri daripada perenggankonsep, perenggan ideasional, dan mungkin juga ada perenggansubideasional; dan perenggan penutup

7. Proses Penulisan Langkah Demi Langkah

Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan prosespenulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa prosesini berjalan anda akan melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaianlangkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titikpermulaan penulisan anda. Prinsip-prinsip utama ialah:kenal pasti masalah (tesis)

Page 15: Cara menulis kajian

15

tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (persoalan atauhipotesis)hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik perhatian andadan dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara subjek dan isukajian.buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk(kerangka teori); jika boleh buat satu jadual penulisan juga sebagai satugaris panduan kerja kitatulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentangmasalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengandokumen yang diterbitkan)kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawabsoalanpilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumbermaklumat - boleh buat penyelidikan perpustakaan/library research,tanya kepada pakar, buat soal selidik, adakan temu bual, dll.)terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itunyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan

8. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan YangBerkaitan

Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspekpersediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukankerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendakdilakukannya itu. Penulis akan berhadapan dengan penyataanberkaitan dengan "viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yanghendak dilakukan itu.

Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanyakepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang berpengalaman tentangtajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukanjawapan:Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajianini dengan masalah yang diutarakan?Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar yang adatentang masalah ini?Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar tentang kajianini?

9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu danInggeris)

Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan Inggeris

Page 16: Cara menulis kajian

16

dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok bahasa. Penulis perlumembuat semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak danmengedar hasil kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberirefleksi terhadap imej diri anda, pertamanya anda sebagai seorangpegawai dan kedua sebagai seorang penulis.

Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usahamenghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyakmenampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belumpasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapiia tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidangilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satubahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas danbangga kepada setiap penulis.

10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan

Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemakkerja-kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.

i.pilih dan hadkan tajuk anda ii.sempitkan dan fokuskan tajuk anda iii.cadangkan tesis yang berfungsi iv.tulis kenyataan tesis yang tentatif v.cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai ambil dan kumpul maklumat vi.bentuk rangka yang berfungsi vii.susun draf kasar viii.tulis dan semak draf ix.tulis draf akhir x.semak draf akhir xi.sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi