2
Centre for Research on the Economics of Ageing NEWSLETTER - ISSUE 6 DECEMBER 2017 Kami Mendapat Penglibatan - dan Semuanya Kerana ANDA! Sekiranya ada perkataan tepat untuk menggambarkan 2017 bagi CREA, ia pastinya adalah "penglibatan". Pada penghujung Oktober, kami telah menganjurkan program meja bulat keempat dan terakhir kami untuk tahun 2017, kali ini dengan tema kerja & pekerjaan. Para tetamu datang dari merata negara, termasuk para wakil dari hampir setiap kementerian pemerintah: Kewangan, Kesihatan, Ehwal Dalam Negeri, Tenaga Manusia, Pembangunan Negara, Perdagangan & Industri dan Sosial & Pembangunan Keluarga. Dr Seonghoon Kim telah mengemukakan beberapa hasil terbaru dari modul buruh SLP, yang menunjukkan bahawa satu pertiga daripada responden pernah berhenti bekerja kerana mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan itu: seringnya akibat gaji yang rendah, hubungan dengan rakan sekerja, atau waktu bekerja yang terlalu panjang. Beliau turut mendapati bahawa 2% daripada responden bekerja di dalam ekonomi gig, contohnya, untuk Grab atau Uber. Turut bercakap adalah rakan-rakan usaha antarabangsa kami dari RAND Corporation di Amerika Syarikat. Profesor SLP yang diliputi berita, Michael D. Hurd, mendapati bahawa para responden kami merupakan tenaga kerja yang sangat dinamik: satu pertiga daripada responden memulakan kerja SLP dalam Berita semasa mereka dalam masa lima tahun yang lalu, dan selepas kehilangan pekerjaan, separuh daripada mereka mendapat pekerjaan baru dalam masa satu bulan. Akhir sekali, Profesor Susann Rohwedder telah melihat jangkaan para responden yang berusia lewat 50-an dan mendapati bahawa hampir separuh daripada mereka adalah lelaki dan sepertiga adalah wanita yang menjangkakan bahawa mereka akan terus bekerja sehingga mereka berusia 65 tahun. Pihak media sangat berminat dengan hasil penemuan ini, dengan rencana-rencana oleh Bloomberg, Channel News Asia, Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao, Shin Min Daily News,The Straits Times, Today Online, malah juga The Star dari Malaysia.

Centre for Research on the Economics of Ageing · dari merata negara, termasuk para wakil dari hampir setiap kementerian pemerintah: Kewangan, Kesihatan, Ehwal Dalam Negeri, Tenaga

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Centre for Research on the Economics of Ageing · dari merata negara, termasuk para wakil dari hampir setiap kementerian pemerintah: Kewangan, Kesihatan, Ehwal Dalam Negeri, Tenaga

Centre for Research on the Economics of AgeingN E W S L E T T E R - I S S U E 6 D E C E M B E R 2 0 1 7

Kami Mendapat Penglibatan - dan Semuanya Kerana ANDA!Sekiranya ada perkataan tepat untuk menggambarkan 2017 bagi CREA, ia pastinya adalah "penglibatan".

Pada penghujung Oktober, kami telah menganjurkan program meja bulat keempat dan terakhir kami untuk tahun 2017, kali ini dengan tema kerja & pekerjaan. Para tetamu datang dari merata negara, termasuk para wakil dari hampir setiap kementerian pemerintah: Kewangan, Kesihatan, Ehwal Dalam Negeri, Tenaga Manusia, Pembangunan Negara, Perdagangan & Industri dan Sosial & Pembangunan Keluarga.

Dr Seonghoon Kim telah mengemukakan beberapa hasil terbaru dari modul buruh SLP, yang menunjukkan bahawa satu pertiga daripada responden pernah berhenti bekerja kerana mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan itu: seringnya akibat gaji yang rendah, hubungan dengan rakan sekerja, atau waktu bekerja yang terlalu panjang. Beliau turut mendapati bahawa 2% daripada responden bekerja di dalam ekonomi gig, contohnya, untuk Grab atau Uber.

Turut bercakap adalah rakan-rakan usaha antarabangsa kami dari RAND Corporation di Amerika Syarikat. Profesor SLP yang diliputi berita, Michael D. Hurd, mendapati bahawa para responden kami merupakan tenaga kerja yang sangat dinamik: satu pertiga daripada responden memulakan kerja

SLP dalam Berita

semasa mereka dalam masa lima tahun yang lalu, dan selepas kehilangan pekerjaan, separuh daripada mereka mendapat pekerjaan baru dalam masa satu bulan.

Akhir sekali, Profesor Susann Rohwedder telah melihat jangkaan para responden yang berusia lewat 50-an dan mendapati bahawa hampir separuh daripada mereka adalah lelaki dan sepertiga adalah wanita yang menjangkakan bahawa mereka akan terus bekerja sehingga mereka berusia 65 tahun. Pihak media sangat berminat dengan hasil penemuan ini, dengan rencana-rencana oleh Bloomberg, Channel News Asia, Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao, Shin Min Daily News,The Straits Times, Today Online, malah juga The Star dari Malaysia.

Page 2: Centre for Research on the Economics of Ageing · dari merata negara, termasuk para wakil dari hampir setiap kementerian pemerintah: Kewangan, Kesihatan, Ehwal Dalam Negeri, Tenaga

Menanti 2018

Hubungi KamiJika anda telah menukar alamat atau nombor telefon, jika anda perlukan sebarang bentuk bantuan dalam melengkapi tinjauan, atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau maklum balas, sila hubungi kami di Talian Hotline 6808 7910 (9pg hingga 5ptg, Isnin hingga Jumaat) atau melalui emel di <[email protected]>. Kami sentiasa bersedia mendengar dari anda.

2018 sedang membentuk untuk menjadi suatu masa yang sangat menarik (dan sibuk) di CREA. Dalam bulan-bulan yang mendatang, kami akan merancakkan lagi dengan soalan-soalan SLP baru yang menyentuh pelbagai perkara, termasuk latihan, kepercayaan, sukarelawan, masa yang digunakan, penjagaan dan persaraan. Kami ingin mengekalkan minat dan melibatkan anda dalam tinjauan kami. Kami benar-benar menghargai usaha anda dalam meluangkan masa untuk melengkapkan SLP setiap bulan. Komitmen anda untuk menjawab soalan-soalan kami telah membantu menjana penyelidikan yang canggih.

Sekilas Penemuan: Pekerjaan SemasaBilakah para responden memulakan pekerjaan semasa mereka?

Pada bulan September, kami telah bertanyakan para responden yang bekerja bilakah mereka telah memulakan pekerjaan semasa mereka. Satu dalam tiga telah bertukar pekerjaan dalam masa lima tahun lalu - sebuah tenaga kerja yang amat dinamik. Tetapi ramai juga yang telah berada dalam pekerjaan yang sama untuk masa yang panjang, secara purata selama 15 tahun. Lima puluh daripada mereka mengatakan bahawa mereka telah bermula bekerja dalam pekerjaan semasa mereka sebelum tahun 1970!

Tempat PertemuanSekiranya anda ingin melengkapkan tinjauan dengan bantuan para pelajar pembantu kami, anda boleh mengunjungi lokasi-lokasi berikut. Untuk mengetahui tarikh dan masa bagi temu janji, sila hubungi Pusat Hotline kami.

BishanSpring College International512 Bishan Street 13, Singapura 570512

Bukit MerahRecovery Accountants Pte Ltd164 Bukit Merah Central #03-3655, Singapura 150164

Jurong EastJurong Regional Library Level 1, Regus Business Lounge21 Jurong East Central 1, Singapura 609732

TampinesNTUC Income Building, Level 9 Tampines Junction,300 Tampines Avenue 5, Singapura 529653

SembawangJust Education Tuition Centre30 Sembawang Drive #04-04 Sun Plaza, Singapura 757713

Kerahsiaan dan Privasi AndaKami menganggap maklumat yang telah anda sediakan kepada kami dengan penuh kerahsiaan dan ini sejajar dengan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDA), di bawah undang-undang Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura.

Tarikh Tinjauan• Tinjauan Januari: 1 - 21 Januari 2018• Tinjauan Februari: 1 - 18 Februari 2018• Tinjauan Mac: 1 - 25 Mac 2018