21
CONTOH ESEI:GEJALA RASUAH Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat. Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum. Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

CONTOH ESEIs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ss

Citation preview

CONTOH ESEI:GEJALA RASUAHRasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.

Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.

Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

Punca penglibatan Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi.. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata masyarakat.

Disamping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara penyebab utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan menyebabkan masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktor- kontraktor sanggup melakukan jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender sesuatu projek.

Kesan penyalahgunaan rasuah

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia boleh menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

Langkah_langkah mengatasi

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam didikan agama dan moral tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial yang telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini dilihat semakin menjadi-jadi dinegara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Akhirnya, kita dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

CONTOH KARANGANPada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menentangseteruatau melindungi keselamatan diri serta keluarga. Dengan perkembangan teknologi, seni mempertahankan diri tidak lagi digunakan untukbertempursemata-mata. Kini, seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai.

Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh menjadikannya sebagai kegiatanriadahyang menyihatkan. PErgerakan serta langkah yang menjadielemenseni mempertahankan diri mampu menggerakkan semua otot tubuh kita. Seni mempertahankan diri 'tai-chi' sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.

Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalamsituasiyang mendesak. Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.

Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan seharian.

Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan kerana amat relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita harus mempertahankannya agar seni yangunikini tidak pupus ditelan zaman dan terus segar bak kata pepatah,tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Faedah-faedah Mempelajari Seni Pertahanan Diri

Marcapada ini, dunia kita yang kian mengalami perubahan dari pelbagai segi telah menyingkirkan sesetengah amalan atau budaya masyarakat dahulu. Keadaan yang menyedihkan ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada masyarakat, malahan tidak dikesan oleh mereka. Dalam perkara ini, seni pertahanan diri telah semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya generasi muda. Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa ibarat melukut di tepian gantang. Pada hakikatnya, hal ini tidak sepatutnya berlaku. Perkara ini disebabkan oleh seni pertahanan diri boleh mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita. Jenis-jenis seni pertahanan diri termasuklah silat gayung, Wushu, silambam dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan mempelajari seni pertahanan diri?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya mengelakkan diri kita daripada penyakit.Perkara ini berlaku apabila melakukan pergerakan tertentu ketika berlatih, kita akan mendapat kebaikan yang sama seperti bersenam. Mengikut kajian saintifik, dipercayai bahawa apabila badan kita mengeluarkan peluh, toksik-toksik dari badan turut akan dikeluarkan mengikut air peluh. Sekiranya toksik-toksik dari badan telah dikeluarkan, maka kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. Tambahan pula, badan kita akan menjadi lebih cergas disebabkan oleh otot-otot badan kita yang semakin kuat melalui latihan seni pertahanan diri. Secara tidak langsung, otak kita juga akan menjadi cerdas kerana badan cergas, otak cerdas.

Seterusnya, kita mampu mempertahankan diri apabila keselamatan diri kita tergugat khususnya kepada golongan wanita. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah yang menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang izhar dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat. Oleh yang demikian, kita wajar melakukan sesuatu demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah yang seterusnya kerana pepatah ada mengatakan malang itu tidak berbau. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, kita dapat menggunakan teknik yang dipelajari semasa kecemasan untuk menyerang penjenayah. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghulurkan bantuan kepada orang lain dengan ilmu seni pertahanan diri yang dipelajari.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berdisiplin akan dilahirkan jika masyarakat sanggup mempelajari seni pertahanan diri. Hal ini terjadi kerana kita akan diterapkan nilai-nilai murni apabila mempelajari seni tersebut. Sebagai tamsilan, nilai menepati masa, nilai baik hati, nilai bekerjasama dan lain-lain. Dengan kata lain, kita akan menjadi lebih gagah dan berkeyakinan diri untuk melakukan perkara yang betul seperti menegakkan keadilan apabila diri kita dilengkapi ilmu seni tersebut. Lagipun, kita boleh mendisiplinkan diri dengan mempelajari seni ini. Perkara ini berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih yang ditentukan setiap kali. Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan peraturan ini, tetapi lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri kita secara tidak langsung, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.

Pada masa yang sama, kita turut berpeluang mengharumkan nama sekolah dengan menyertai pertandingan seni pertahanan diri yang dianjurkan. Tambahan pula, peluang-peluang tersebut telah memberi ruang kepada para pelajar untuk memajukan diri dan mencipta nama dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Antara jenis seni pertahanan diri yang popular termasuklah Taekwando, Karate, silat, Tang Soo Doo dan sebagainya. Justeru, pelajar boleh bebas melibatkan diri dalam jenis seni pertahanan diri yang diminati untuk mengasah potensi diri yang tersembunyi dan menunjukkan bakat yang ada.

Sementara itu, seni pertahanan diri merupakan salah satu wadah yang baik untuk kita bersosial. Dengan kata lain, kita boleh menambah kenalan yang baru dengan mempelajari seni pertahanan diri. Ghalibnya, kita mudah mendapat kenalan baru yang terdiri daripada ahli-ahli lain yang mengikut latihan seni pertahanan diri bersama kita. Kita juga boleh saling berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan seni pertahanan diri bersama kawan kerana perbuatan ini akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekiranya kita mempunyai kawan, kita tidak akan mudah berasa kesunyian. Oleh itu, kita tidak sepatutnya bersikap seperti kera sumbang kerana sikap tersebut tidak memanfaatkan kita untuk mendapat kenalan baru.

Intihannya, kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni pertahanan diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya.Hal ini turut disebabkan oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan patut dikekalkan oleh masyarakat. Dengan itu, kita perlulah bertanggungjawab memastikan adat lama tersebut tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pelbagai pihak harus memberi kerjasama dalam usaha ini terutamanya pihak kerajaan, media massa, masyarakat dan lain-lain. Sekiranya pelbagai pihak dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti keindahan seni pertahanan diri dapat dipelihara kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.

Teh Zawani Azizul Fata

Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang harmonis. Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang menjadi penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara hanya akan melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu bertanggungjawab, berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan sering dipandang enteng dan hanya menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Dunia tidak lagi mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada hakikatnya, institusi keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga menjadi goyah, porak- peranda dan seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus kemodenan dunia. Gaya hidup masyarakat yang sudah berubah ke arah yang tidak mementingkan kasih sayang menjadi salah satu faktor utama kepada kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari ini.

Wang dan harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran materialistik dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang menjadi faktor utama kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak lagi bagai menatang minyak yang penuh terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara. Mereka rerlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka yang paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa hanya dilaksanakan bak melepaskan batuk di tangga seolah-olah sebagai kerja sampingan yang tidak berfaedah. Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material menghalang mereka untuk memberi kasih sayang dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih sayang dan diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa dihabiskan ditempat kerja dan lebih menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa cutinya di rumah untuk pergi bekerja. Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan kekeluargaan menjadi kukuh kerana ibu bapa banyak meluangkan mas bersama anak-anak, contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan rumah dan beriadah bersama. Namun kini, semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan walaupun masih ada segelintir manusia yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, jelaslah bahawa cara hidup ibu bapa yang terlalu mementingkan material telah menyebabkan kemerosotan dalam hubungan kekeluargaan.

Selain itu, institusi keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak mementingkan pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan bercorak duniawi tanpa menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara hidup yang sepatutnya diamalkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada dunia terknologi berbanding kepada ajaran agama. Akhirnya, anak-anak menjadi tidak bermoral, bersikap liar dan tidak lagi menghormati ibu bapa. Sikap hormat kepada orang yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana anak-anak tidak diajar dan diberi didikan agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat hidup sejahtera dan bahagia sekiranya setiap anggota keluarga memahami prinsip agama yang sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam pengetahuan agama juga akan kurang bertanggungjawab kerana mereka tidak berasa bahwa amanah yang dipikul itu adalah sesuatu yang berat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, keluarga yang dibentuk tidak sempurna dan ikatan kekeluargaan yang dijalin menjadi tidak kukuh dan renggang. Oleh itu, oendidikan agama yang kurang sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kucar-kacir dan tidak aman.

Pada hari ini, ibu bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila. Cara hidup sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan sosial, contohnya kelab-kelab, persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial sememangnya suatu amalan yang baik dan digalakkan namun, ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini menyebabakan masa bersama anak-anak menjadi kurang. Mereka sewajarnya mengimbangkan masa mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya masa banyak dihabiskan luar rumah, maka mereka tidak berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih sayang dapat diwujudkan. Akibatnya, anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang menjadi aset utama kepada anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan kesunyian makah lebih malang lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa gaya hidup ibu bapa pada hari ini yang terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh meruntuhkan institusi keluarga.

Selain itu, anak-anak kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu baoa untuk membina kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka sukar untuk menemui ibu bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa pada hari-hari cuti khususnya hari perayaan. Ada juga anak-anak yang terus menghilangkan diri setelah berpindah ke tempat lain. Mereka terus leka dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin menjadi linggar akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu bapa. Sikap anak bak kacang lupakan kulit semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan menjadikan institusi keluarga tidak lagi bahagia. Oleh itu, kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak yang tinggal berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia. Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti. Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan.Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan.Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat.Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti. Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti Facebook dan My Space diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin Head akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.Isu : Bencana Alam

Mutakhir ini, kita seringkali digemparkan dengan berita bencana alam yang berlaku tidak kira dalam negara mahupun di luar negara. Bencana alam yang menimpa kian berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan bahawa hal ini sememangnya sudah menjadi lumrah dunia. Antara bencana alam yang sering melanda ialah tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Musibah yang berlaku ini telah memberikan impak negatif kepada semua pihak terutamanya ialah ribuan nyawa telah terkorban akibat bencana alam yang berlaku. Justeru, punca kejadian ini harus dikenal pasti dan diselidik secara terpericiagar langkah yang efektif dapat diambil untuk menangani permasalahan ini yang hanya meninggalkan seribu satu kesan negatif bukan sahaja terhadap manusia malah negara.

Punca yang ketara menyebabkan berlakunya bencana alam ialah kemusnahan alam yang dilakukan terutamanya oleh manusia itu sendiri dalam menjalani aktiviti harian mereka. Tingkah laku mereka yang tidak bermoral juga turut menyumbang ke arah kemusnahan alam berlaku. Kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya semakin berleluasa lebih-lebih lagi pada era moden dewasa ini. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan mendorong untuk berlakunya musibah yang tertentu kerana bumi tetap memerlukan masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik walaupun mempunyai keluasan yang besar. Oleh itu, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehinggakan dunia itu sendiri tidak mampu mengawalnya. Tegasnya, kerakusan manusia mengeksploitasi alam telah mengundang padah kepada manusia sendiri dalam bentuk bencana alam.

Bukan itu sahaja, bencana alam turut berlaku kerana kegagalan manusia untuk membuat perancangan. Kita semua sudah sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan, dan juga memahami kejadian tsunami. Namun begitu, mengapakah angka kematian semakin meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana mahupun tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah akan keupayaan bencana alam ini atau menganggap nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.

Umum mengetahui, setiap bencana alam yang melanda pasti akan meninggalkan impaknya. Tidak dinafikan,bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya kerosakan infrastruktur dan harta benda awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang terlibat dengan bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan banyak kemusnahan rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi. Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus mengakibatkan 80 peratus bangunan di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepas beberapa buah sekolah, kilang dan asrama musnah. Selain itu, bekalan elektrik dan air juga terputus akibat gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan para pesakit terpaksa dipindahkan ke luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan daripada pihak hospital.

Di samping itu, bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana alam juga telah menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempatbergantung dan menjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini demikian akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia dan pangkat, mahupun bangsa.Tsunami merupakan salah satu contoh ketara yang memperlihatkan ramai nyawa terkorban disaat bencana ini berlaku. Bencana ini berlaku pada 26 Disember 2004, melibatkan beberapa negara di Asia termasuklah Malaysia. Namun begitu, angka korban yang tertinggi adalah di Indonesia.

Dalam pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil untuk mengurangkan risiko kejadian bencana alam. Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan berteknologi tinggi supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan tempat tinggal sementara bagi rakyat, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Waimanya, pihak kerajaan hendaklah menghebah-hebahkan maklumat mengenai bencana alam yang akan ditimpa kepada masyarakat melalui media massa sama ada elektronik atau bercetak. Misalnya, wadah media massa yang popular dalam kalangan rakyat seperti televisyen dan radio dapat menyampaikan mesej dengan segera tentang bencana alam yang akan melanda negara kita dalam sekelip mata. Hal ini demikian kerana, masyarakat akan lebih berwaspada dan bersedia untuk menghadapi bencana alam serta-merta.

Pada waktu yang sama, pihak sekolah juga seharusnya mendidik para pelajar tentang cara-cara menghadapi bencana alam sejak di bangku sekolah lagi kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan satu sukatan pelajaran baru yang bertemakan Bencana Alam dalam Pendidikan Moral mahupun Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Melalui kaedah ini, pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana alam dapat diberikan kepada pelajar. Selanjutnya, kegiatan unit beruniform di sekolah juga dapat membina individu yang berfizikal lasak dan memiliki ketahanan yang kuat. Pelajar-pelajar juga diberi ilmu pertolongan cemas dan diajar bahasa isyarat yang boleh diaplikasikan semasa sesuatu bencana alam berlaku. Dengan diikuti kegiatan kokurikulum di sekolah, para pelajar dapat menggambarkan situasi sebenar bencana alam dan mampu membuat pertimbangan akal yang wajar.

Sebagai penggulung bicara, punca-punca berlakunya bencana alam harus diselidik hingga ke akar umbi bagi menyelesaikan permasalahan ini yang hanya memberikan implikasi negatif kepada semua pihak. Oleh itu, langkah mengatasi masalah ini harus dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan angka nyawa yang terkorban akibat bencana alam pada masa akan datang sekali gus dapat menyediakan diri sebelum berlakunya bencana alam. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula keadaan alam kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya, tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.

Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'KEBAIKAN PLKNProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

(APA)Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini.(MENGAPA)Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan.(BAGAIMANA)Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan.(BUKTI)Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN.(KESIMPULAN)Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara.

(APA)PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.(MENGAPA)Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka.(BAGAIMANA)Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal.(BUKTI)Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas.(KESIMPULAN)Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA)Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional.(MENGAPA)Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum.(BAGAIMANA)Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.(KESIMPULAN)Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah,harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan

Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap orang mempunyai permainan kegemaran sendiri. Saya juga tidak terkecuali. Permainan kegemaran saya ialah badminton. Pada hari jadi saya yang ke-8, ayah dan ibu telah menghadiahi saya raket badminton dan bulu tangkis. Pada waktu petang, ayah akan bermain badminton dengan saya di halaman rumah. Semenjak itu, saya pun meminati permainan ini. Saya juga menyertai kelab badminton di sekolah saya. Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, saya akan menjalani latihan badminton di dewan sekolah. Jurulatih saya ialah Encik Razali. Beliau mengajar saya teknik-teknik memukul bulu tangkis yang betul. Kadang kala, saya akan bermain badminton bersama-sama jiran saya, Ah Meng di gelanggang badminton. Bermain badminton bukan sahaja dapat mengisi masa lapang saya, malahan dapat menyihatkan badan saya. Semasa bermain badminton, badan saya akan berpeluh. Oleh itu, badan saya cergas dan minda saya cerdas. Ayah dan ibu sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk menceburi bidang sukan badminton. Mereka juga sering menasihati saya agar berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya pernah menggondol pingat emas dalam perlawanan badminton yang dianjurkan di sekolah saya. Ayah dan ibu berbesar hati dengan kejayaan saya. Dato Lee Chong Wei merupakan idola saya. Saya ingin mengikut jejak beliau untuk menjadi seorang pemain negara yang terkenal dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya sangat gemar bermain badminton. Saya berharap agar usaha saya akan membuahkan hasil.Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing yang serakah ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang lebih besar dari miliknya. Bila saja dia berhenti untuk berpikir, dia akan tahu bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu tidak berpikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karena tulang yang di bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari betapa bodohnya dirinya. Sangatlah bodoh memiliki sifat yang serakah