27
1 LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013 1.0 PENGENALAN 1.1 Tujuan Laporan Cadangan Pemajuan Laporan Cadangan Pemajuan ini adalah laporan yang perlu dibuat oleh pemohon bagi mendapatkan kebenaran merancang yang telah digariskan dibawah subseksyen 12A, Akta 172.Laporan ini disediakan bagi memberi penjelasan mengenai malumat lengkap berkaitan susunatur bagi pembangunan bercampur di pusat bandar Seri Iskandar, Mukim Bota,Daerah Perak Tengah,Perak Darul Ridzuan.Secara teoritikalnya, Daerah Perak Tengah terletak di tengah-tengah Perak dan disempadani oleh Daerah Kuala Kangsar disebelah utara, daerah Kinta,daerah Batang Padang pula di sebelah timur,Daerah Hilir Perak di bahagian selatan dan Daerah Manjung di bahagian barat.Selain itu, daerah ini juga merupakan kawasan yang sedang pesat membangun dan lebih tertumpu kepada pusat-pusat pentadbiran, perkhidmatan, perdagangan, pendidikan dan perindustrian terutamanya di Pusat Bandar Seri Iskandar. Berdasarkan potensi-potensi sedia ada yang terdapat di bandar ini seperti kedapatan tanah, lokasinya yang berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut dan mempunyai tanah-tanah kosong yang banyak serta berpotensi untuk dibangunkan bagi memajukan kawasan Bandar Seri Iskandar.Selain itu, Pusat Bandar Seri Iskandar juga dikelilingi oleh pembangunan sedia ada yang mampu menyokong penduduk masuk dan menetap di kawasan ini.Bukan itu sahaja, Pusat Bandar Seri Iskandar juga berhampiran dengan institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas(UTP) yang dapat menarik terutamanya pelancong untuk singgah dikawasan tersebut. Oleh itu, satu perancangan yang teliti kearah mewujudkan satu pembangunan yang lebih komprehensif dan bersepadu perlulah dibuat di kawasan Pusat Bandar seluas 630.05 hektar di Mukim Bota, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan.Pembangunan ini dijangkakan mampu menampung keperluan perumahan baru yang mampu dimiliki oleh semua golongan pendapatan seterusnya menjadikan guna tanah perniagaan sebagai fokus utama di kawasan pusat bandar bagi menarik dengan lebih ramai lagi tenaga mahir di kawasan tersebut.Bukan itu sahaja, pembangunan ini juga dapat mewujudkan sebuah pusat bandar yang maju dan pesat serta menunjukkan imej bandar yang menarik 1.2 Matlamat Pembangunan Matlamat dan objektif utama pembangunan ialah untuk memajukan tapak pusat bandar sebagai satu kawasan pembangunan yang bersepadu dan terancang serta dilengkapi dengan gunatanah perniagaan yang menjadi fokus utama dan kemudahan sokongan yang mencukupi serta imej bandar yang menarik bagi tahun 2030 1.3 Objektif Pembangunan Bersesuaian dengan matlamat tersebut, beberapa objektif telah dibuat iaitu: a) Mengenalpasti potensi gunatanah sedia ada dan sekitar untuk merancang pembangunan yang mengoptimumkan penggunaan tanah. b) Merancang pelan susunatur yang lebih sistematik mengikut piawaian perancangan dan konsep pembangunan

Contoh Laporan Cadangan Pemajuan Pusat Bandar

Embed Size (px)

Citation preview

1

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

1.0 PENGENALAN

1.1 Tujuan Laporan Cadangan Pemajuan

Laporan Cadangan Pemajuan ini adalah laporan yang perlu dibuat oleh pemohon bagi

mendapatkan kebenaran merancang yang telah digariskan dibawah subseksyen 12A, Akta

172.Laporan ini disediakan bagi memberi penjelasan mengenai malumat lengkap berkaitan

susunatur bagi pembangunan bercampur di pusat bandar Seri Iskandar, Mukim Bota,Daerah

Perak Tengah,Perak Darul Ridzuan.Secara teoritikalnya, Daerah Perak Tengah terletak di

tengah-tengah Perak dan disempadani oleh Daerah Kuala Kangsar disebelah utara, daerah

Kinta,daerah Batang Padang pula di sebelah timur,Daerah Hilir Perak di bahagian selatan

dan Daerah Manjung di bahagian barat.Selain itu, daerah ini juga merupakan kawasan yang

sedang pesat membangun dan lebih tertumpu kepada pusat-pusat pentadbiran,

perkhidmatan, perdagangan, pendidikan dan perindustrian terutamanya di Pusat Bandar

Seri Iskandar.

Berdasarkan potensi-potensi sedia ada yang terdapat di bandar ini seperti kedapatan tanah,

lokasinya yang berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut dan mempunyai tanah-tanah

kosong yang banyak serta berpotensi untuk dibangunkan bagi memajukan kawasan Bandar

Seri Iskandar.Selain itu, Pusat Bandar Seri Iskandar juga dikelilingi oleh pembangunan sedia

ada yang mampu menyokong penduduk masuk dan menetap di kawasan ini.Bukan itu

sahaja, Pusat Bandar Seri Iskandar juga berhampiran dengan institusi pendidikan seperti

Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas(UTP) yang dapat

menarik terutamanya pelancong untuk singgah dikawasan tersebut.

Oleh itu, satu perancangan yang teliti kearah mewujudkan satu pembangunan yang lebih

komprehensif dan bersepadu perlulah dibuat di kawasan Pusat Bandar seluas 630.05 hektar

di Mukim Bota, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan.Pembangunan ini dijangkakan

mampu menampung keperluan perumahan baru yang mampu dimiliki oleh semua golongan

pendapatan seterusnya menjadikan guna tanah perniagaan sebagai fokus utama di

kawasan pusat bandar bagi menarik dengan lebih ramai lagi tenaga mahir di kawasan

tersebut.Bukan itu sahaja, pembangunan ini juga dapat mewujudkan sebuah pusat bandar

yang maju dan pesat serta menunjukkan imej bandar yang menarik

1.2 Matlamat Pembangunan

Matlamat dan objektif utama pembangunan ialah untuk memajukan tapak pusat bandar

sebagai satu kawasan pembangunan yang bersepadu dan terancang serta dilengkapi

dengan gunatanah perniagaan yang menjadi fokus utama dan kemudahan sokongan yang

mencukupi serta imej bandar yang menarik bagi tahun 2030

1.3 Objektif Pembangunan

Bersesuaian dengan matlamat tersebut, beberapa objektif telah dibuat iaitu:

a) Mengenalpasti potensi gunatanah sedia ada dan sekitar untuk merancang

pembangunan yang mengoptimumkan penggunaan tanah.

b) Merancang pelan susunatur yang lebih sistematik mengikut piawaian

perancangan dan konsep pembangunan

c) Mematuhi kelas kegunaan tanah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

tempatan Daerah Perak Tengah.

d) Menyediakan gunatanah komersil bagi menampung permintaan semasa dan

akan datang.

e) Menyediakan keperluan infrastruktur yang lengkap dan kemudahan awam yang

berkualiti dengan kehendak semasa.

f) Mengukuhkan imej dan fungsi bagi meningkatkan identiti sebagai pusat bandar.

1.4 Asas-Asas Perancangan Pembangunan

Setiap pembangunan mempunyai asas perancangan bagi mencapai matlamat yag dibuat.

Antara asas perancangan yang dikenalpasti ialah:

Menjadikan gunatanah perniagaan sebagai pemangkin utama bagi pembangunan

ekonomi.

Mengukuhkan fungsi Pusat Bandar sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri

Kepelbagaian penggunaan corak gunatah seperti perumahan, perniagaan,

kemudahan awam dan infrastrukur bagi penggunaan tanah secara optimum.

Mewujudkan sebuah mercu tanda bagi meningkatkan imej bandar Seri Iskandar

2

1

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

2.0 PERIHAL TAPAK BANDAR SERI ISKANDAR

2.1 Pengenalan

Bandar Seri Iskandar merupakan salah satu bandar yang terdapat di Mukim Bota, Daerah

Perak Tengah.Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut

menyebabkan bandar baru ini semakin membangun.Selain itu, bandar ini juga terletak

tengah-tengah diantara bandar Lumut yang berada di barat sejauh 46.9km(51 minit) dan

utara adalah bandar Ipoh sejauh 38.9km(40 minit).Bandar Seri Iskandar juga mempunyai

institusi pendidikan yang menjadi penggerak bandar ini untuk membangun seperti Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan Universiti Teknologi Petronas

(UTP).Jadual 2.0 merujuk kepada latar belakang Pusat Bandar Seri Iskandar secara ringkas.

Jadual 2.0: Latar belakang Pusat Bandar Seri Iskandar

PERKARA INFORMASI

Negeri Perak Darul Ridzuan

Daerah Perak Tengah

Mukim Bota

Blok Perancangan Kecil Bpk 3.3

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Perak Tengah

Lot-lot Yang Terlibat Lot 21, 251, 261, 268, 157, 175, 153, 208, 235,

262, 263, 270, 248, 247, 245, 243, 241, 267,

20131, 20134, 3, 1272, 1359, 1305, 17, 125, 113,

107.

Keluasan 630.05 Hektar

2.2 Pelan Kunci

Merujuk kepada rajah 2.0, Bandar Baru Seri Iskandar merupakan kawasan kajian yang

terletak di Daerah Perak Tengah dan mempunyai keluasan seluas (1279.46 hek).Selain itu,

daerah ini juga terletak di tengah-tengah Perak dan disempadani oleh daerah Kuala Kangsar

disebelah utara, daerah Kinta, daerah Batang Padang pula di sebelah timur,daerah Hilir

Perak di bahagian selatan dan Daerah Manjung di bahagian barat.

Rajah 2.0: Pelan Kunci

2.3 Pelan Lokasi

2

3

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Merujuk jadual 2.1, Daerah Perak tengah mempunyai 12 blok perancangan(BP) yang terdiri

daripada BP1 (Belanja), BP2 (Layang-layang), BP3 (Bota), BP4 (Lambor Kanan), BP5

(Lambor Kiri), BP6 (Pulau Tiga), BP7 (Kampung Gajah), BP8 (Pasir Panjang Hulu), BP9

(Pasir Salak), BP10 (Bandar), BP11 (Kota Setia), BP12 (Jaya Baru).Seri Iskandar

merupakan blok perancangan kecil (BPK 3.3) bagi Bota.Komposisi penduduk di Seri

Iskandar ialah 16,510 orang.

Rajah 2.1: Pelan Lokasi

2.4 Pelan Tapak

Rajah 2.2 merujuk kepada pelan tapak iaitu Pusat Bandar Seri Iskandar, Mukim Bota,

Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan yang mempunyai keluasan 630.05

hektar.Kedudukanya yang strategik kerana berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut dan

pembangunan sedia ada yang mampu menjadi penggerak kepada pembangunan yang

bakal dicadangkan.

Rajah 2.2: Pelan Tapak

3

4

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

3.0 ANALISIS GUNATANAH SEMASA

Analisis mengenai gunatanah semasa adalah sangat penting kerana dapat mengenalpasti potensi

dan halangan di tapak serta dapat merancang pembangunan yang bersesuaian dengan kwsan

tersebut berdasarkan analisis ini.Antara gunatanah yang dikenalpasti ialah:

3.1 Saliran Semulajadi dan Badan Air

Tidak terdapat saliran semulajadi di kawasan tapak cadangan pembangunan.Namun

terdapat parit konkrit di sepanjang tepi jalan raya sedia ada iaitu Lebuhraya Ipoh-Lumut yang

menghala dari arah barat ke timur.Manakala bagi jalan-jalan di Taman Farmasutikal, parit

dibina berdasarkan laluan jalan.Bukan itu sahaja, terdapat juga kolam takungan yang boleh

dijadikan sebagai kolam tadahan air hujan bagi mengelak daripada berlakunya banjir.Selain

itu, saliran tersebut terletak berhampiran dengan laluan Lebuhraya Ipoh-Lumut

Foto 3.0: Badan air

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

3.2 Aksesibiliti

Lebuhraya Ipoh-Lumut dilihat sebagai penggerak dan potensi kepada pembangunan fizikal

dan ekonomi kepada Bandar Seri Iskandar.Bukan Itu sahaja, Lebuhraya ini menghala dari

Bandaraya Ipoh ke Lumut.Selain itu, pusat bandar ini juga mempunyai akses masuk dari

Parit.Rajah 2.3 merujuk kepada akses masuk dari Ipoh ke Lumut dan akses dari Parit.

Foto 3.1: Lebuhraya Ipoh Lumut

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

Rajah 3.0: Akses Masuk dari Ipoh ke Lumut

3.3 Gunatanah Sedia Ada

Analisis gunatanah sedia ada memainkan peranan penting dalam membangunkan sesuatu

tapak perancangan.Bukan itu sahaja, guna tanah sedia ada juga boleh membantu dalam

menggerakan pembangunan terutamanya dalam sektor ekonomi dan perkhidmatan.Antara

gunatanah sedi ada yang terdapat di tapak ialah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Perumahan

2) Perniagaan

3) Perindustrian

4) Institusi dan Kemudahan Masyarakat

5) Kegunaan Kerajaan

Ke Lumut

Dari Ipoh

Ke Parit

4

5

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

1) Perumahan

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, perumahan-perumahan sedia ada yang

terdapat di dalam pusat bandar Seri Iskandar iaitu Rumah Teres, Rumah Berkembar,

Rumah Sesebuah dan Kuarters-Kuarters yang terdiri daripada Kuarters Kerajaan,

Kuarters Polis Diraja Malaysia, Kuarters Guru dan Kuarters Bomba dan Penyelamat.

i) Rumah Teres

Kawasan perumahan bagi rumah teres adalah di Taman Gemilang dan Taman

Maju serta Taman Iskandar Bestari.Kebanyakan rumah teres yang sedia ada

lebih kepada 1 tingkat.Kawasan perumahan kebanyakkan perletakannya

berhampiran dengan kawasan perniagaan.

Foto 3.2: Rumah Teres

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

ii) Rumah Berkembar

Kawasan perumahan bagi rumah berkembar terletak di Taman Maju dan Taman

Iskandar Bestari.Dengan itu, dengan adanya perumahan berkembar di kedua –

dua kawasan ini akan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan pusat

perdagangan yang dicadangkan.

Rajah 3.1: Rumah Berkembar di Taman Maju dan Taman Iskandar Bestari

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

iii) Rumah Sesebuah

Perletakan rumah sesebuah dalam pusat bandar ialah di Taman Iskandar

Bestari.Selain itu, kebanyakkan perumahan sesebuah terletak di hujung lot

perumahan berkembar

2) Perniagaan

Pembangunan sedia ada bagi kawasan perniagaan ialah rumah kedai dan bangunan

tunggal.Antara kawasan rumah kedai ialah di Bandar Universiti, SIDEC, Taman Maju,

Taman Gemilang.Bagi bangunan tunggal pula, terdapat Pasaraya TESCO dan Mc

Donanld

i) Rumah Kedai

Kebanyakkan rumah kedai terletak berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut

dan dilihat menjadi penyumbang ekonomi utama kepada pembangunan sedia

ada dalam sektor perdagangan

Foto 3.3: Rumah Kedai

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

5

6

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

ii) Bangunan Tunggal

Terdapat dua bangunan tunggal yang dikenalpasti iaitu Pasaraya Tesco dan Mc

Donanld.Perletakkan bangunan tersebut ialah berhampiran dengan kawasan

Bandar Universiti dan Lebuhraya Ipoh-Lumut

Foto 3.4: Pasaraya TESCO

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

3) Perindustrian

Terdapat industri sesbuah di kawasan berhampiran dengan tapak cadangan.Foto 3.5

menunjukkan beberapa kilang yang terdapat di Seri Iskandar dan kilang tersebut masih

lagi beroperasi.Kedudukannya yang agak terpencil dari pusat bandar menyebabkan

orang ramai kurang sedar akan keberadaanya dan seterusnya menjadikan kawasan

tersebut kurang masalah pencemaran dan sebagainya.

Foto 3.5: Industri Sesebuah

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

4) Institusi dan Kemudahan Awam

Berdasarkan analisis gunatanah sedia ada, institusi dan kemudahan awam yang

terdapat di Pusat Bandar Seri Iskandar ialah Sekolah Menengah, Pejabat Kesihatan,

Balai Polis, Balai Bomba, Masjid Daerah Perak Tengah dan Hentian Seri Iskandar.

i) Ibupejabat Balai Polis Bandar Seri Iskandar

Foto 3.6 menunjukkan Ibupejabat Balai Polis yang terletak berhampiran dengan

Majlis Daerah Perak Tengah.Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dikelilingi

dengan kegunaan kerajaan yang lain seperti Lembaga Air Perak, RISDA dan

Balai Bomba

Foto 3.6: Ibupejabat Balai Polis Bandar Seri Iskandar

Sumber :Kajian Lapangan Januari 2013

ii) Masjid Daerah Perak Tengah

Masjid Perak Tengah terletak berhampiran dengan Lebuhraya Ipoh-

Lumut.Bangunan ini juga dijadikan sebagai kawasan tumpuan terutamanya

apabila waktu solat jumaat.

Foto 3.7: Masjid

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

6

7

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

5) Kegunaan Kerajaan

Kegunaan kerajaan yang terdapat di kawasan Pusat Bandar Seri Iskandar adalah Majlis

Daerah Perak Tengah, Jabatan Kerja Raya, Telekom Malaysia, RISDA, Lembaga Air

Perak serta Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah.Foto 3.8 menunjukkan Majlis

Daerah Perak Tengah yang berhampiran dengan masjid dan kawasan perniagaan

Taman Gemilang.

Foto 3.8: Majlis Daerah Perak Tengah

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

6) Infrastruktur dan Utiliti

Setiap pemabangunan tida kira sedia ada mahupun cadangan perlu juga

menitikberatkan tentang kemudahan infrastruktur dan utiliti.Bagi Pusat Bandar Seri

Iskandar, segala keperluan bagi kemudahan infrastruktur dan utiliti adalah baik dan

mencukupi bagi penduduk sedia ada dan akan datang.

Foto 3.9: Tangki Air dan Pencawang Masuk Utama

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

4.0 ANALISIS GUNATANAH SEKITAR

Analisis mengenai gunatanah sekitar adalah merupakan salah satu aspek yang perlu dikenalpasti

bagi merancang sesuatu tapak.Ini kerana analisis ini memainkan peranan penting dalam

menentukan komponen yang bersesuaian untuk dibangunkan.Analisi ini dibahagi kepdan 4

sempadan arah iaitu:

4.1 Sempadan Utara

Pembangunan sekitar yang terdapat di arah utara kawasan kajian adalah institusi

pendidikan iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terletak kira-kira 2km dari

kawasan kajian.Ianya juga terdapat pembangunan perumahan yang akandibangunkan pada

masa akan datang iaitu Taman Puncak Iskandar .Selebihnya adalah tanah kosong yang

belum dicadangkan untuk pembangunan.Selain itu terdapat juga institusi memandu diarah

utara dari kawasan kajian.

Foto 4.0: Universiti Teknologi Petronas

Sumber; Kajian Lapangan Januari 2013

Justifikasi:

Pembangunan IPTS mampu menggalakkan migrasi penduduk dan menjadikan pusat

cadangan perdagangan sebagai kawasan tumpuan kepada Pusat Bandar Seri

Iskandar.Selain itu, peningkatan kawasan perumahan juga mampu menarik dengan lebih

ramai lagi tenaga kerja kerana berhampiran dengan tempat kerja.Bukan itu sahaja, tanah

kosong yang belum dibangunkan dengan apa-apa pembangunan juga boleh dijadikan

sebagai potensi untuk dibangunkan kawasan perumahan atau sebaliknya pada masa akan

datang.

7

8

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

4.2 Sempadan Timur

Pembangunan sekitar yang terdapat dari arah timur kawasan kajian adalah kawasan

perumahan.Jenis perumahan yang terdapat dikawasan itu adalah jenis rumah teres kos

rendah.Selain itu, terdapat juga perdagangan kecil dikawasan ini iaitu taman botani, taman

botani ini adalah aktiviti perdagangan kecil .Disamping itu juga terdapat pembangunan

komited yang akan membina kawasan perumahan .Dikawasan ini juga terdapat sebuah

badan air yang digunakan sebagai potensi untuk kawasan perumahan yang sedang dibina.

Justifikasi:

Taman Botani yang terdapat di kawasan sekitar tersebut boleh dijadikan sebagai kawasan

rekreasi sementara kerana dilihat berpotensi dari segi kemudahan dan kolam semulajadi

yang terdapat di kawasan tersebut

4.3 Sempadan Selatan

Pembangunan sekitar yang terdapat dari arah selatan adalah Universiti Teknologi Mara

(UiTM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sultan Azlan Shah.Selain itu, terdapat juga gunatanah keagamaan yang terletak

berhampiran kawasan perumahan semasa iaitu surau.Bukan itu sahaja, terdapat gunatanah

perindustrian yang masih aktif beroperasi.Selebihnya adalah tanah kosong yang belum

dicadangkan dengan apa-apa jenis pembangunan.Kesimpulannya kebanyakan

pembangunan kawasan sekitar diarah selatan adalah gunatanah pendidikan.

Foto 4.1: Universiti Teknologi Mara

Sumber: Kajian Lapangan Januari 2013

Justifikasi:

Pembangunan Universiti Teknologi Mara yang terletak berhampiran dengan pusat bandar

membolehkan pelajar-pelajar institusi tersebut membeli barang keperluan mereka.Selain itu,

pembangunan seperti TLDM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan

Shah juga dapat menarik perhatian tenaga pengajar untuk tinggal di Pusat Bandar

4.4 Sempadan Barat

Pembangunan sekitar yang terdapat dari arah barat adalah kebanyakannya daripada

institusi pendidikan.Antaranya ialah Kolej Profesional Mara (KPM) , Sekolah Menengah

Teknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan terdapat juga Tentera Laut Diraja

Malaysia.Seterusnya, tanah kosong tidak banyak terdapat bahagian barat kawasan

sekitar.Kesemua elemen ini terletak kira-kira 500m – 1km dari tapak kajian.

Justifikasi:

Pusat Bandar Seri Iskandar mampu menjadi kawasan tumpuan kerana terdapat banyak

institusi pendidikan yang boleh menarik dengan lebih ramai penduduk.Dengan adanya

institusi tersebut akan menggalakkan lagi migrasi samada pelajar mahupun tenaga pengajar

atau penduduk dari daerah lain untuk tinggal di kawasan pusat bandar

8

9

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

5.0 ANALISIS POTENSI DAN HALANGAN

5.1 Potensi Pembangunan

a) Peringkat Wilayah

Dalam konteks wilayah, Bandar Seri Iskandar telah memenuhi fungsi hierarkinya sebagai

Pusat Tempatan Utama berdasarkan pembangunan sedia ada.Seri Iskandar dilihat

mampu untuk meningkatkan taraf hierarki petempatannya melalui sasaran 2030

daripada Pusat Tempatan Utama kepada Pusat Separa Wilayah, berdasarkan kriteria-

kriteria dan pembangunan fizikalnya.

Seri Iskandar berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada Dasar

PerancanganTempatan kerana kemudahsampaian dan rangkaian jalan raya yang baik

kepada penduduk sedia ada dan akan datang bagi mencapai sasaran 2030 sebagai

Pusat Separa Wilayah serta kedudukannya yang berhampiran dengan laluan lebuhraya

Ipoh - Lumut dan pembangunan institusi pendidikan tinggi memberi kelebihan dari segi

pertambahan migrasi dan pelancong dari luar dalam masa yang sama mampu menjana

ekonomi bandar Seri Iskandar.

b) Peringkat Daerah

Seri Iskandar juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan komersial kerana

mempunyai banyak tanah komited dan bertepatan dengan sasaran 2030 untuk di jadikan

sebagai pusat perniagaan daerah.Selain itu, Kg.Gajah dan Bota juga boleh dijadikan

sebagai hub pengangkutan darat bagi pusat bandar Seri Iskandar seterusnya menjadi

pemangkin kepada Daerah Perak Tengah.

5.2 Halangan Pembangunan

a) Dalam konteks pembangunan semasa kemudahan masyarakat tidak dapat menampung

pertambahan penduduk yang semakin meningkat di Seri Iskandar disebabkan ketidak

seimbangan corak pembangunan.Sistem sikurlasi jalan yang tidak sistematik

mempengaruhi mobaliti penduduk setempat dan penduduk sekitar.Secara tidak langsung

akan mengakibatkan kelembapan ekonomi

b) Bukan itu sahaja, kekurangan identiti bandar sebagai Pusat Separa Wilayah

menyebabkan Seri Iskandar kurang diketahui dan orang ramai lebih mengenali Seri

Iskandar berdasarkan institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan

Universiti Teknologi Petronas(UTP)

6.0 DASAR PEMBANGUNAN

6.1 Dasar Rancangan Struktur Daerah Perak Tengah

Secara amnya visi rancangan tempatan daerah perak tengah ialah untuk ‘Menjadikan

Daerah Perak Tengah sebagai Pusat Institusi, Perindustrian dan Pelancongan di Samping

Mengekalkan Kualiti Alam Persekitaran Semulajadi dan Imej Sejarahnya’

Berdasarkan Rancangan Struktur Daerah Perak Tengah, Pusat Bandar Seri Iskandar telah

dikenalpasti sebagai kawasan yang berpotensi dan maju pada 2030 serta tapak cadangan

sebagai kawasan perdaganga bercampur bagi Daerah Perak Tengah.Antara konsep

pembangunan yang berkaitan dalam Rancangan Struktur adalah:

a) Memastikan pembangunan gunatanah yang optimum dan padat selaras dengan zon-

zon yang ditetapkan selain dapat memperluaskan kawasan pembangunan di pusat

bandar utama dengan perluasan sempadan kawasan pihak berkuasa perancang

tempatan

b) Merancang rangkaian sistem pengangkutan, infrastruktur dan utiliti bagi meliputi

keseluruhan kawasan pembangunan

c) Bandar Baru Seri Iskandar, Bandar Seberang Perak, Parit, Kampung Gajah dan Bota

Kanan akan dibangunkan dengan peranan dan fungsi yang telah di cadangkan.

d) Penawaran ruang tanah bagi kegunaan perbandaran akan disediakan dengan

secukupnya sehingga tahun 2010

e) Pengurusan lalulintas akan sentiasa dipertingkatkan dan diperkembangkan sejajar

dengan pembangunan pusat bandar

f) Kaedah kawalan pembangunan yang sesuai dengan ciri-ciri setempat akan

diamalkan bagi mencapai rupabentuk bandar yang unik dan menarik dari segi

estetika, fungsi yang berkesan dan berkarektor serta pembangunan kawasan pusat

bandar akan dikawal dan dirancang untuk mencapai rupabentuk bandar yang

bersesuaian

g) Memastikan bandar-bandar di Daerah Perak Tengah akan dibangunkan dengan

peranan dan fungsi yang telah dicadangkan serta mengenal pasti dan merancang

tapak-tapak yang sesuai untuk kegiatan peniaga kecil dan penjaja

h) Menggalakkan penyediaan perkhidmatan perdagangan yang bertaraf tinggi untuk

meningkatkan peranan dan daya saing pusat perdagangan utama

9

10

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

7.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

Setiap pembangunan yang hendak dijalankan memerlukan perancangan secara terperinci bagi

mengelakkan daripada berlakunya masalah dikemudian hari.Salah satu perkara yang perlu dititk

berat ialah dari segi konsep pembangunan

7.1 Konsep Pembangunan

Berdasarkan analisis, potensi dan halangan yang telah dikenalpasti di pusat bandar Seri

Iskandar, terdapat beberapa konsep yang telah dicadangkan ialah:

a) Bandar Padat

Secara ringkasnya bandar padat adalah merupakan sebuah bandar kontemporari yang

penting dalam mencapai sebuah pembangunan mampan.Selain itu, melalui konsep

bandar mampat ini juga mampu memaksimumkan penggunaan tanah, meningkatkan

kawasan tepu bina (buit up area) dan populasi penduduk serta pemusatan fungsi bandar

b) Pembangunan Pintar

Konsep pembangunan pintar merupakan sebuah konsep yang menumpukan

pembangunan sesebuah kawasan dalam persekitaran yang mampat untuk mengelakkan

penyerakan bandar.Bukan itu sahaja, konsep ini juga menggalakkan sesebuah komuniti

membentuk sebuah kejiranan baru dan mengekalkan kejiranan sedia ada yang menarik,

selamat dan sihat.Pembangunan pintar juga dapat memupuk reka bentuk yang

mengalakkan interaksi sosial, aktiviti sosial, perlindungan alam sekitar dan

pembangunan ekonomi

c) Rebakan Bandar

Konsep rebakan bandar ini lebih kepada proses penyebaran pembangunan bandar yang

menuju ke zon kurang populasi walaupun zon tersebut bukanlah kawasan yang terbaik

untuk hidup selesa selamanya, tetapi akibat daripada pertambahan populasi yang

mendadak, mereka terpaksa juga untuk tinggal dikawasan tersebut yang pada akhirnya

dipanggil sebagai sub-bandar, dan lama - kelamaan kawasan tersebut menjadi sebuah

bandar kejiranan.

d) Pembangunan Berorentasikan Transit

Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ialah integrasi antara penggunaan tanah

dan transit melalui ciptaan kepadatan, ‘walkable’, komuniti bercampur dalam jarak

berjalan kaki daripada hentian dan stesen transit

e) Serakan Bandar

Definisi konsep ini secara ringkas adalah satu corak dan kadar pembangunan bagi

kegunaan bandar menjangkaui keadaan sedia ada untuk menampung pertambahan

penduduk dan bandar.Selain itu, fungsi pusat bandar akan semakin mengecil kerana

pembahagian fungsi-fungsi bandar telah diserakkan.

f) Bandar Tertumpu

Bandar tertumpu merupakan satu kawasan sahaja dimana dapat menarik pengunjung

untuk datang ke sesuatu kawasan

Kesimpulan

Setelah dilihat dari segi prinsip.kelebihan dan keburukan berdasarkan jadual matrik, konsep

bandar padat telah dipilih bagi pembangunan pusat bandar Seri Iskandar.Pendekatan

bandar mampat (compact city) telah dipilih sebagai pendekatan pembangunan kerana dilihat

sesuai dibangunkan di pusat bandar Seri Iskandar kerana ia memenuhi keperluan teras-

teras pembangunan yang telah dicadangkan bagi mencapai visi pusat bandar Seri Iskandar

sebagai sebuah bandar maju menjelang tahun 2030.

Konsep pembangunan ini juga merupakan perancangan susunatur yang memberi dan

meningkatkan penggunaan pembangunan bercampur (mixed-used development).Disamping

itu, konsep ini juga menekankan kualiti reka bentuk yang tinggi bagi mengukuhan imej

sebagai pusat bandar di Seri Iskandar.Selain itu, konsep ini juga dapat mengurangkan

rebakan bandar (urban sprawl) dengan memaksimumkan kegunaan tanah seperti

pembangunan semula tanah terbiar dan tanah kosong.

Bagi menjadikan pusat bandar Seri Iskandar pemangkin ekonomi kepada Daerah Perak

Tengah, konsep ini adalah bersesuaian kerana peningkatkan keberkesanan ekonomi dalam

penyediaan kemudahan asas serta pengangkutan awam bagi kawasan pusat bandar.Rajah

2.7 menunjukkan konsep yang telah dipilih iaitukonsep bandar padat.

10

11

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Rajah 7.0: Konsep Bandar Padat

7.2 Tema Pembangunan

Bagi memastikan konsep pembangunan iaitu bandar padat ini tercapai, dua tema

pembangunan telah dibuat untuk diterapkan dalam konsep ini.Tema pertama ialah ‘Lotus

City’ dan tema kedua iaitu ‘Future City’.Apabila jadual matrik dibuat, tema bandar teratai

telah dipilih bagi konsep bandar padat.

Tema ini diplih kerana mengikut kesesuaian pembangunan yang akan dijalankan di Pusat

Bandar Seri Iskandar.Secara teoritikalnya, Seri Iskandar dikaitkan dengan tema bandar

teratai kerana dapat meningkatkan seterusnya menyebabkan pembangunan dan ekonomi di

Seri Iskandar terus maju dan berkembang.Ini secara tidak langsung menjadikan Seri

Iskandar sebagai pusat perdagangan daerah bagi Daerah Perak Tengah.

Tema ini juga dilihat berpotensi bagi pusat bandar seri iskandar kerana lebih menggalakkan

pengangkutan awam.Ini secara tidak langsung dapat melahirkan sebuah pebangunan yang

mampan dan terhindar dari pencemaran.Selain itu,melalui tema ini juga boleh dapat

mengukuhkan imej bandar dari segi reka bentuk bandar,identiti bandar,perabot jalan dan

sebagainya.Berikut adalah ciri-ciri bagi tema bandar teratai iaitu:

a) Perkembangan Sektor Perkhidmatan

Berkembang dari sektor perkhidmatan kepada sektor pemborongan dan

peruncitan.

b) Peningkatan Prasarana Perhubungan.

Pengangkutan

Laluan pejalan kaki

Perhubungan antara fungsi dengan fungsi

Kemudahsampaian yang efisien

c) Reka Bentuk Bandar

Reka bentuk Bandar yang berkonsepkan lotus

Mengaplikasikan lanskap kejur

7.3 Pelan Induk

Pelan induk ini adalah pelan yang menunjukkan corak pembangunan guna tanah bagi pusat

bandar Seri Iskandar dalam jangka masa sederhana bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan

datang menjelang 2030 seiring bagi mencapai visi sebagai Bandar Maju dan seterusnya

menjadi Pusat Separa Wilayah Negeri pada tahun tersebut.

7.4 Objektif Pelan Induk

Antara objektif yang dikenalpasti dalam perancangan pelan induk ialah:

Untuk mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi untuk dibangunkan di Pusat

Bandar Seri Iskandar.

Untuk menetapkan jenis-jenis pembangunan yang berpotensi untuk dibangunkan

bagi mencapai visi sebagai Bandar Maju.

Untuk mengkaji perancangan pembangunan secara menyeluruh dengan jelas dalam

konteks pembangunan fizikal dan ekonomi.

7.5 Dasar-Dasar Pelan Induk

11

12

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Setiap pembangunan memerlukan dasar untuk mencapai matlamat dan objektif

pembangunan.Antara dasar-dasar yang dikenalpasti dalam mencapai pelan induk ialah:

Untuk memusatkan aktiviti pembagunan

Untuk menghidupkan sebuah bandar yang mampu berdaya saing dan maju ialah

dengan menumpukan aktiviti perdagangan di sesuatu kawasan di tapak.Selain itu,

dengan adanya aktiviti pemusatan ini,maka secara automatik dapat menjana

ekonomi di kawasan kajian dan seterusnya membuka peluang kepda penduduk

sekitar.

Untuk merancang jenis pembangunan bercampur

Merancang jenis pembangunan di kawasan tapak dengan pembangunan jenis

bercampur bertujuan untuk menghidupkan suasana pusat bandar.Dengan

mewujudkan pembangunan bercampur akan menggalakkkan aktiviti yang aktif di

pusat bandar.Contoh jenis pembangunan bercampur ialah perletakan perdagangan,

pentadbiran, dan perumahan disesuatu kawasan.

Untuk mewujudkan perhubungan di antara sistem jalan dengan jenis

pembangunan.

Merancang pembangunan berdasarkan sistem jalan untuk mewujudkan

kemudahsampaian yang efektif.Dalam masa yang sama, akan mewujudkan interaksi

dan perhubungan antara jenis pembangunan.Contohnya, merancang perletakan

setiap jenis pembangunan bersesuaian dengan sirkulasi system jalan.

7.6 Pelan Lanskap

Pelan lanskap adalah pelan yang dibuat bagi memperlihatkan lanskap yang dipilih dengan

keluasan minimum seluas 20 hektar atau lebih kurang 50 ekar.Kebanyakkan pokok yang

dipilih adalah bersilara besar kerana dilihat sesuai untuk kawasan cadangan.Tujuan

kawasan ini dipilih kerana adalah sebagai pemangkin kepada pusat bandar Seri Iskandar

dan seterusnya mampu menjana ekonomi di Daerah Perak Tengah.Rajah 7.1 menunjukkan

pelan lanskap bagi kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Rajah 7.1: Pelan Lanskap Pusat Bandar Seri Iskandar

a) Lanskap Lembut

Antara pokok yang diletakkan didalam pelan lanskap ialah Pokok Ati-Ati (Coleus), Pokok

Palma (Cocus Nucifera L. Var Nana), Pokok Kiara Payung (Fillicium Decipiens) dan

Logerstroemia Indicas serta Pokok Cycas Siamensis.

12

13

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

1) Pokok Ati-Ati (Coleus)

Pokok Ati-ati adalah sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua

warna.Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah

sebagai tanaman penghias taman.Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam .Varieti

Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna

warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu.Foto

7.0 menunjukkan spesies pokok ati-ati.

Foto 7.0: Pokok Ati-Ati

Sumber: http://mforum.cari.com.my Februari 2013

Justifikasi:

Perletakan pokok ini adalah berhampiran dengan kawasan komersil kerana dilihat sesuai

dan menarik.Bukan itu sahaja, pokok ini juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di

kawasan bangunan tunggal dan rumah kedai agar kelihatan cantik dan berseri

2) Pokok Palma (Cocus Nucifera L. Var Nana)

Kegunaan landskap Pokok Palma ialah sebagai lanskap tepi-tepi jalan.Pokok ini juga

terletak di kawasan kediaman dan bangunan-bangunan dan tepi jalan

Foto 7.1: Pokok Palma

Sumber: http://landskap-idaman.blogspot.com Februari 2013

Justifikasi:

Pokok ini terletak dilihat sesuai di tepi jalan dan kawasan tempat letak kenderaan.Bukan

itu sahaja, pokok ini mudah dijaga dan kurang memberi kesan bahaya kepada pengguna

yang lalu di kawasan tersebut

3) Pokok Kiara Payung (Fillicium Decipiens)

Kiara payung merupakan salah satu pohon peneduh yang biasa di tanam di pinggir -

pinggir jalan.Pohon ini memiliki dahan yang rendang dan sangat sesuai digunakan

sebagai pohon pelindung jalan

Foto 7.2: Pokok Kiara Payung

Sumber: http://ekanursery.blogspot.com Februari 2013

Justifikasi:

Pokok ini terletak berhampiran dengan kawasan komersil dan laluan pejalan kaki.Ini

dilihat sesuai dengan pembangunan sedia ada kerana dapat dijadikan sebagai tempat

peneduh bagi kawasan yang dicadangkan

4) Pokok Cycas Siamensis.

Pokok ini terletak berhampiran dengan kawasan komersil untuk dijadikan sebagai

tanaman hiasan.Pokok ini mudah dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk

membiayainya.

Foto 7.3: Pokok Cycas Siamensis.

Sumber: http://www.agraria.org Februari 2013

Justifikasi:

13

14

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Pokok ini dilihat sesuai diletakkan di kawasan komersil kerana dapat menjadikan

kawasan tersebut lebih harmoni dan cantik.Bukan itu sahaja, pokok ini mudah dijaga

oleh kerana itu ia dilihat sesuai untuk di tanama di kawasan cadangan pembangunan

tersebut

5) Pokok Logerstroemia Indicas

Pokok ini adalah sejenis pokok hiasan yang diletakkan ditepi-tepi jalan terutamanya

yang berhampiran dengan laluan pejalan kaki.Foto 7.4 menunjukkan pokok tersebut

dikawasan berhapiran laluan pejalan kaki

Foto 7.4: Pokok Logerstroemia Indicas

Sumber: http://www.missouribotanicalgarden.org Februari 2013

Justifikasi:

Pokok ini dijadikan sebagai tanaman hiasan bagi kawasan dataran yang berhampiran

dengan kawasan komersil

b) Lanskap Kejur

Antara lanskap kejur yang terdapat dikawasan cadangan ialah gazebo dan dataran

1) Gazebo

Gazebo yang dicadangkan kawasan cadangan lebih bercirikan tradisional dan

kemelayuan agar dapat melhirkan seni halus yan menarik dan harmoni.Selain itu,

kawasan gazebo juga dikelilingi dengan lanskap lembut yang bersesuaian dengan

kawasan tersebut

Foto 7.5: Gazebo

Sumber: http://www.diytrade.com Februari 2013

2) Dataran

Dataran yang dicadangkan lebih berbentuk teratai kerana mehu mengukuhkan imej

bandar sebagai bandar teratai.Selain itu, arca juga digunakan dikawasan ini bagi

menarik perhatian orang ramai terutamanya pengunjung dari luar Negara untuk

singgah di kawasan pusat bandar

Foto: 7.6: Dataran

Sumber: http://informations-the.blogspot.com Februari 2013

7.7 Pelan Reka Bentuk Bandar

14

15

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Pelan reka bentuk bandar adalah pelan yang diperlukan dalam perancangan sesuatu

pembangunan.Tujuan pelan ini dilakukan adalah bagi menentukan sesuatu reka bentuk bagi

sesebuah bangunan untuk mencapai matlamat pembangunan dalam mengukuhkan imej

sebagai Pusat Bandar Seri Iskandar.Keluasan bagi kawasan yang diplih adalah seluas 20

hektar atau 50 ekar dari keseluruhan tapak.Antara bangunan yang dikenalpasti dalam

menentukan reka bentuk bandar ialah:

a) Cafe

Foto 7.7 menunjukkan gambaran mengenai rekabentuk bagi bangunan cafe.Bangunan

café yang dicadangkan lebih ‘versitile’ dan terbuka.Bukan itu sahaja, reka bentuk yang

diaplikasikan ialah lebih moden dan merupakan permintaan pada masa kini.Bagi

bumbung bangunan cafe ini adalah lebih terbuka dan menggunakan warna yang

terang.Ini penting kerana bumbung adalah salah satu elemen yang memainkan peranan

penting dalam menentukan kedudukan sesuatu tempat.

Foto: 7.7: Cafe

b) Restoran (Fast Food)

Foto 7.8 menunujukkan reka bentuk bagi bangunan restoran(Fast Food) yang lebih

moden dan mempunyai papan tanda yang lebih menarik.Reka bentuk bangunan ini juga

mempunyai identiti tersendiri dalam menarik dengan lebih ramai pengunjung untuk hadir

di kawasan tersebut.

Foto: 7.8: Restoran (Fast Food)

Sumber:www.google.com Februari 2013

c) Bangunan Kedai 2 Tingkat

Rekabentuk bagi bangunan kedai 2 tingkat adalah lebih bercirikan tradisional dan

mempunyai fasad yan berbentuk seakan-akan teratai.Ini adalah salah satu cara dalam

mengukuhkan fungsi bandar sebagai Pusat Separa Wilayah.Foto 7.9 menunjukkan

rekabentuk kedai 2 tingkat dalam yang lebih bercirikan nilai kemelayuan terutamanya

untuk Daerah Perak Tengah.

Foto: 7.9: Kedai 2 Tingkat

d) Pejabat Telekomunikasi

Foto 7.10 menunjukkan rekabentuk bangunan pejabat telekomunikasi yang lebih moden

dan menjadi perhatian bagi generasi masa kini.Keluasan bangunan yang luas

menyebabkan rekabentuk sebegini lebih sesuai dan cantik

Foto: 7.10: Pejabat Telekomunikasi

Sumber:www.google.com Februari 2013

15

16

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

e) Bangunan SOHO

Foto 7.11 lebih menonjolkan rekabentuk bandar yang lebih canggih dan

berteknologi.Bukan itu sahaja,ini adalah penting bagi kawasan komersil dalam menarik

dengan lebih ramai pengunjung untuk singah dikawasan tersebut seterusnya menghayati

rekabentuk yang dicadangkan.Selain itu,pengaplikasian reka bentuk ini juga dapat

mengukuhkan imej dan mempunyai identiti tersendiri iaitu sebagai Bandar Teratai.

Foto 7.11: Bangunan SOHO

f) Medan Selera

Foto 7.12 menunjukkan reka bentuk Medan Selera yang bakal dicadangkan.Kedudukan

Medan Selera adalah berada di tengah-tengah dan dikelilingi dengan elemen lanskap

yang cantik dan menarik.Selain itu, rekabentuk bangunan medan selera ini adalah

bercirikan kelembutan dan keharmonian.

Foto 7.12: Medan Selera

Sumber:www.google.com Februari 2013

g) Pejabat

Foto 7.13 adalah menunjukkan rekabentuk bangunan pejabat yang

dicadangkan.Terdapat elemen-elemen yang menarik yang digunakan dalam

mengharmonikan rekabentuk bangunan tersebut.Reka bentuk ini perlulah menarik

kerana bangunan ini adalah merupakan bangunan utama yang bakal dikunjungi oleh

pengunjung

Foto 7.13: Pejabat

Sumber: www.google.com Februari 2013

16

17

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

8.0 KOMPONEN PEMBANGUNAN

Pembangunan yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan satu kawasan pusat bandar baru dan

lengkap dengan kemudahan-kemudaham awam, tempat tinggal.berhampiran dengan tempat kerja

dan mempunyai kawasan rekreasi khas bagi mengisi waktu lapang.Selain itu, kawasan pusat

bandar ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan awam sedia ada dan bakal

dirancangkan.Kemudahan yang dirancang ialah terminal bas dan hospital bagi penghuni-penghui

yang tingal berhampiran dengan pusat bandar.Komponen-komponen yang dicadangkan adalah

selari dengan dasar yang telah dibuat bagi pembangunan pusat bandar Seri Iskandar.Antara

komponen yang dicadangkan ialah perumahan, perdagangan serta institusi dan kemudahan awam.

8.1 Pembangunan Kawasan Perumahan

Jenis-jenis pembangunan perumahan yang telah dicadangkan ialah terdiri daripada

pembangunan bertingkat seperti Pangsapuri Kos Tinggi dan Pangsapuri Kos Sederhana

yang bersesuaian dengan perletakkan dan kehendak semasa.Dengan adanya

pembangunan ini akan dapat meningkatkan kepadatan penduduk seterusnya mencapai

komposisi penduduk bagi hierarki petempatan yang menjadi sasaran iaitu Pusat Separa

Wilayah Negeri.

Jadual 8.0: Komponen Perumahan Berbilang Tingkat

Elemen Luas(Hektar) %

Perumahan Berbilang Tingkat:

Pangsapuri Kos Tinggi

Pangsapuri Kos Sederhana

13.92

11.60

2.21

1.84

Jumlah 25.52 4.05

Secara keseluruhannya, keluasan gunatanah perumahan berbilang tingkat meliputi 25.52

hektar atau 4.05% dari keluasan keseluruhan tapak cadangan iaitu 630.06 hektar. Bagi

mengekalkan imej pusat bandar yang dapat mengurangkan masalah seperti kesesakan

lalulintas, perletakkan komponen perumahan ini terletak jauh sedikit daripusat perdagangan

agar dapar melahirkan suasana yang lebih harmoni dan damai.Perletakan pangsapuri ini

digabungkan dengan elemen-elemen landskap dan perabot jalan yang melambangkan tema

pembangunan bagi Pusat Bandar Seri Iskandar

8.2 Pembangunan Kawasan Perdagangan

Jenis-jenis pembangunan perdagangan yang telah dicadangkan ialah terdiri daripada kedai

pejabat, kedai, kompleks perniagaan, pasar raya besar, superstore, pasar borong,

pangsapuri perkhidmatan, arked, soho, galeri, bazar, café, pejabat, hotel, restoran, medan

selera, stesen minyak, bangunan bersepadu, premis jualan kenderaan, telekomunikasi,

kedai alatan sukan, pusat kecantikan dan kedai cuci kereta.Pembangunan komponen ini

dilihat sesuai dalam pusat bandar Seri Iskandar kerana dapat menjalankan pembangunan

secara borong,runcit dan perkhidmatan.

Jadual 8.1: Komponen Perdagangan

Elemen Unit Luas(Hektar) %

Perdagangan:

Kedai (6.1m x 21m)

Kedai Pejabat (6.1m x 21m)

Kompleks Perniagaan

Pasar Raya Besar

Superstrore

Pasar Borong

Pangsapuri Perkhidmatan

Arked

Soho

Galeri

Bazar

Café

Pejabat

Hotel

Restoran

Medan selera

Stesen Minyak

Bangunan Bersepadu

Premis Jualan Kenderaan

Telekomunikasi

Kedai Alatan Sukan

Pusat Kecantikan

Kedai Cuci Kereta

672

638

3

2

1

1

1

183

1

1

-

4

5

3

4

4

3

2

1

1

1

1

1

9.74

7.66

13.93

18.40

2.90

3.40

1.44

2.76

2.09

2.66

2.35

2.83

6.82

13.29

5.08

3.87

5.23

4.07

8.15

7.14

0.66

1.05

0.77

1.55

1.22

2.21

2.92

0.46

0.54

0.23

0.44

0.33

0.42

0.37

0.45

1.08

2.11

0.81

0.61

0.83

0.65

1.29

1.13

0.10

0.17

0.12

Jumlah 21 126.29 20.04

17

18

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

Secara keseluruhannya, keluasan gunatanah perdagangan adalah meliputi 126.29 hektar

atau 20.04% dari keluasan keseluruhan tapak cadangan iaitu 630.05 hektar.perletakkan

kawasan perdagangan ini disesuaikan dengan fungsi pembangunannya.Sebagai contoh

kawasan-kawasan perdagangan utama diletakkan berhadapan jalan pengumpul 20 meter

(66’) iaitu mengamblkira kebolehsampaian dan laluan pengunjung ke kawasan tersebut.Lot

minimum bagi lot perniagaan ialah 0.4 hektar.

8.3 Pembangunan Kawasan Institusi dan Kemudahan Awam

Selain daripada pembangunan kawasan perumahan dan perdagangan turut sama juga

pembangunan institusi dan kemudahan awam. Antara kemudahan awam yang dicadangkan

ialah terminal bas dan hospital kerajaan.Pembangunan ini dicadangkan adalah kerana bagi

memenuhi kehendak masyarakat setempat.Perletakkan kemudahan-kemudahan awam ini

adalah berdekatan dengan kawasan-kawasan perumahan dan perdagangan agar mudah

kesampaian

Jadual 8.2: Komponen Institusi dan Kemudahan Awam

Elemen Unit Luas(Hektar) %

Institusi dan Kemudahan:

Pusat Sukan

Terminal Bas

Hospital Kerajaan

Hospital Swasta

Surau

1

1

1

1

1

3.13

10.38

23.65

1.26

0.35

0.50

1.65

3.75

0.20

0.06

Jumlah 5 38.77 6.16

Kesimpulannya, keluasan institusi dan kemudahan awam ialah 38.77 hektar atau 6.16%

daripada keseluruhan tapak iaitu 630.05 hektar.Perletakkan komponen ini adalah

berhampiran dengan laluan Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Pejabat Kesihatan Seri

Iskandar.Perletakkan ini dilihat bersesuaian kerana hospital dan pusat sukan masih tiada

dibangunkan berdekatan dengan pusat bandar Seri Iskandar.Rajah 2.8 menunjukkan

komponen pembangunan pusat bandar yang terdiri daripada perumahan, perdagangan dan

institusi serta kemudahan awam

Rajah 8.0: Komponen Pembangunan Pusat Bandar Seri Iskandar

8.4 Nisbah Plot Dan ‘Plinth Area’

Merujuk Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah, nisbah plot yang boleh dicadangkan

di dalam pembangunan adalah 1:4.Oleh itu, kebanyakkan lot – lot perniagaan seperti

bangunan tunggal menggunakan nisbah plot 1:4.Manakala ‘Plinth Area’’ adalah tidak

melebihi 60% dari luas kawasan bagi semua jenis pembangunan tunggal.

Tapak Cadangan

Perumahan

Tapak Cadangan

Perdagangan

Tapak Cadangan Institusi dan Kemudahan

awam

18

19

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

9.0 IMPLIKASI PEMBANGUNAN

Setiap pembangunan yang dirancang pastinya untuk kebaikan kepada komuniti sedia ada dan

generasi akan datang.Bukan itu sahaja, terdapat juga implikasi kepada pembangunan tidak kira

baik mahupun sebaliknya. Antara implikasi pembangunan yang terdapat di kawasan cadangan

ialah:

a) Pembangunan perumahan yang berbilang tingkat dapat memberikan sokongan kepada

permintaan perumahan seterusnya menjadikan tahap kependudukan semakin

meningkat.Bukan itu sahaja, dengan adanya pembangunan ini dapat membantu dalam

penyediaan perumahan kepada pelajar dan pekerja kerana hamper dengan tempat kerja

dan institusi pendidikan.

b) Penyediaan ruang-ruang komersil adalah aset dalam memajukan pembangunan di tapak

cadangan seterusnya menjadi pemangkin kepada pusat bandar terutamanya dari segi

penawaran peluang-peluang pekerjaan dan perkhidmatan kepada komuniti sedia ada dan

generasi akan datang

c) Pembangunan di tapak juga dapat menjadikan pusat bandar Seri Iskandar sebagai

pemangkin kepada pembangunan sekitar Daerah Perak Tengah.

d) Penyediaan elemen-elemen kemudahan awam yang bersesuaian dengan keperluan da

kehendak penduduk yang berhampiran dengan pusat bandar Seri Iskandar seterusnya

memudahkan penduduk untuk berintergrasi dari satu kawasan dengan kawasan yang lain.

10.0 PENILAIAN KESAN SOSIAL

10.1 Pendahuluan

Penilaian Kesan Sosial adalah salah satu langkah dimana untuk kita dapat mengetahui

kesan setelah membuat pembangunan yang mahu dicadangkan.Kesan ini juga bukan

sahaja membabitkan potensi atau halangan setelah membuat pembangunan di kawasan

tapak cadangan malah dapat menampakkan imej yang kurang baik kepda Pusat Bandar

Seri Iskandar.Kesan sosial ini terbahagi kepada dua kategori iaitu dari segi sosial,

keselamatan.

10.2 Kesan Sosial

Setiap pembangunan baru terutamanya pusat perniagaan pastinya akan mengalamii

masalah sosial.Kadangkala masalah ini bukan sahaja berpunca daripada ibubapa tetapi

masalah diri remaja tersebut.Ini mungkin akan menimbulkan isu kerana aktiviti negatif

yang dilakukan oleh remaja tersebut.Antaranya adalah:

Gejala negatif dalam kalangan remaja boleh berlaku terutamanya di

kawasan perdagangan.

Gejala melepak dan ponteng sekolah juga boleh terjadi jika masalah sosial inii

tidak dibendung dengan lebih segera.Pembangunan yang lebih mementingkan

keuntungan semata-mata bakal mengglakkan lagi masalah ini terjadi.Selain itu,

sekiranya gejala ini berterusan berlaku ianya adalah kerana di kawasan

perdagangan yang dicadangkan mempunyai pelbagai hiburan seperti panggung

wayang, dataran, pusat membeli belah, boling dan banyak lagi.Oleh itu langkah

awal perlu diambil agar gejala seperti ini tidak akan berleluasa sekaligus masa

depan remaja itu lebih terjamin.Seterusnya, kawasan rekreasi seperti dataran

juga akan membawa remaja dan belia pada masa kini menjurus kepada aktiviti

maksiat dan aktiviti menunggang motosikal secara haram dan sebagainya.

19

20

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

10.3 Kesan Keselamatan

Apabila sesuatu pembangunan baru dibangunkan, maka kawasan tersebut menjadi

kawasan tumpuan dan seterusnya menjadi sasaran jenayah dan membuatkan kawasan

tersebut kurang selamat.Bukan itu sahaja, gejala jenyah ini sering dilakukan oleh warga

remaja dan selalunya mangsa yang terlibat adalah warga emas dan kaum wanita

Kekurangan tahap keselamatan dikawasan cadangn akan meningkatkan

gejalan jenayah di kawasan kajian

Gejala jenayah seperti meragut, merompak, merogol dan samun sering berlaku di

kawasan gelap terutamanya di kawasan komersil.Ini kerana adanya tempat yang

boleh bersosial seperti panggung wayang, pusat permainan dan sebagainya

yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat setempat.Kes

ragut akan berlaku dikawasan perniagaan semasa masyarakat sedang sibuk

membeli belah.Kes ini sering berlaku dikawasan perniagaan mewah dan

kawasan tersebut dilihat kurang selamat.Kes rompakan juga akan berlaku

dimana kawasan perniagaan menjalankan aktiviti berniaga barangan mewah dan

terbuka.

Dengan adanya isu gejala jenayah sering berlaku di kawasan perdagangan,

maka langkah awal perlu di ambil dengan segera dan intensif.Langkah yang

diambil perlulah sesuai dengan masalah yang timbul.Dengan adanya Penilaian

Impak Sosial ini maka langkah penyelesaian gejala ini akan dibuat dan masalah

jenayah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

10.4 Kesan Pencemaran

Pembangunan yang semakin pesat membangun akan menyebabkan tahap pencemaran

dikawasan kajian akan semakin meningkat.Masalah pencemaran ini bukan sahaja akan

memberi kesan kepada kesihatan penduduk sedia ada malah penduduk sekitar juga dan

seterusnya menjadikan imej pusat bandar sedikit tercalar.

Tahap pencemaran akan semakin meningkat dan menimbulkan masalah

negatif kepada pembangunan sedia ada dan penduduk sekitar

Antara pencemaran yang berlaku sekiranya pembangunan di bangunkan iaitu

pencemaran udara dan bunyi.Pencemaran ini akan memberikan kesan negatif

seperti kadar bilangan penyakit dan menimbulkan ketidakselesaan terhadap

penduduk.Pencemaran udara adalah berpunca daripada asap kenderaan yang

dibawa oleh pengunjung ke kawasan perniagaan.Denganberlakunya kesesakan

lalulintas, maka asap kenderaan akan menjadi pencemaran utama.Langkah awal

perlu diambil kira kerana sekiranya lambat bertindak maka, akan membawa

padah kepada masyarakat sedia ada dan sekeliling.Selain itu, pencemaran bunyi

juga akan berlaku dengan adanya kesesakan lalu lintas di pusat bandar Seri

Iskandar.Pencemaran ini adalah berpunca daripada kenderaan yang ada di

kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

20

21

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN PUSAT BANDAR SERI ISKANDAR 2013

10.5 Pelan Perancangan Sosial

Pelan perancangan sosial adalah penting bagi menagani masalah sosial yang terdapat

di kawasan pembangunan.Dengan adanya pelan perancangan sosial ini maka segala

masalah sosial dapat diselesaikan dengan lebih segera.Antara pelan perancangan sosial

yang dibuat ialah:

a) Kesan Sosial

Antara langkah yang perlu diambil ialah meningkat lagi tahap keselamatan yang di

kawasan pembangunan.Bukan itu sahaja, mengehadkan umur remaja yang datang

dikawasan tersebut terutamanya waktu persekolahan bagi mengurangkan gejala

melepak dan berfoya-foya.Selain itu, menggunakan sistem pengesan atau imbas

wajah agar dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang poteng dari sekolah

b) Kesan Keselamatan

Antara langkah yang perlu diambil ialah perlu meningkatkan tahap keselamatan

dikawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah.Selain itu, perlu menggunakan

kamera litar tertutup(CCTV) bagi mengesan penjenyah dengan lebih cepat.Selain

itu,pihak berkuasa juga perlu mengambil berat dalam menyelesaikan masalah ini

iaitu dengan cara berkawal 4 kali seminggu bagi mengawasi masalah dari terus-

terusan berlaku.

c) Kesan Pencemaran

Antara langkah yang perlu diambil ialah menggunakan bahan yang tidak

mencemarkan.Selain itu, mengenalpasti simpang-simpang yang bermasalah dan

mencari jalan penyelesaian bagi menagani isu tersebut.Bukan itu sahaja,pihak

berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dalam menagani isu ini iaitu JPJ agar isu

dapat diselesaikan dengan lebih segera.

11.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, pembangunan yang dicadangkan adalah untuk bersesuaian dengan tapak

dan sekitarnya serta dapat memenuhi permintaan pasaran masa kini di Bandar Seri

Iskandar.Selain itu, pembangunan perumahan dijangkakan dapat menjadi perhatian

terutamanya kepada penduduk akan datang kerana memerlukan perumahan yang hampir

dengan tempat kerja dan institusi pendidikan.Bukan itu sahaja, melalui cadangan pembangunan

ini juga selari dengan dasar-dasar kerajaan negeri dan daerah seterusnya memberi faedah

kepada ekomoni dari segi penawaran peluan pekerjaan.

Di samping itu, melalui pembangunan di kawasan tapak cadangan juga dapat menyediakan

kemudahan awam yang mencukupi seperti terminal bas dan hospital yang boleh membantu

masyarakat sekiranya memerlukan.Penyediaan ruang-ruang perniagaan adalah bagi membantu

dalam penyediaan peluang pekerjaan dan memenuhi tanah-tanah kosong yang terdapat di

pusat bandar.Ini adalah penting dalam menggerakkan pembangunan dengan lebih pesat dan

maju.Berdasarkan kepada perkara tersebut adalah wajar sekiranya cadangan ini pembangunan

ini mendapat pertimbangan dan kelulusan.