Upload
jamalina-samm
View
43
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6
before this aku letakkan RPH yang tak chantek.. k ini rph chantek
lec dah semak.. cantik dah. dah leh wat rujukan.
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 7 februari 2011
Masa : 9.15 am - 10.15 am (60minit)
Tahun : 6 Amanah
Bil Murid : 30 orang
Tema : Sejarah
Tajuk : Kembara Sejarah
Nilai Murni : i. Bekerjasama
ii. Hormat-menghormati
iii. Patriotisme
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;
i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi
perwatakan laksamana Cheng Ho secara
berkumpulan
ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima
daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks .
iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap
pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho
secara berkumpulan
Fokus Utama :
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang
tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan
dan ayat yang sesuai..
Aras 3
i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara
analitis.
Fokus Sampingan :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-
mel yang mudah menarik dan bermakna.
Aras 3
Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas
dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik.
Kemahiran Bernilai Tambah : kemahiran Berfikir :-
i .Merumus
ii. Mengenal pasti idea utama
iii. Membanding beza
Kecerdasan Pelbagai
i. Interpersonal
ii. Verbal-linguistik
kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan
Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan
BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah
Melaka dan Laksamana Cheng Ho
Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.
Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan
Set induksi
5 minit
1. Guru berbual-bual
dengan murid
tentang perlabuhan
negeri Melaka
sebagai perlabuhan
interpot.
2. Guru
Mempertontonkan
Video gambaran
perlabuhan negeri
Melaka.
1.1 guru bertanya murid
samaada mereka pernah
mendengar sejarah Melaka
ataupun tidak.
1.2 guru menceritakan
tentaang keagungan dan
kemasyuran Melaka pada
suatu ketika dahulu.
1.3 guru menceritakan
lambakan pedagang dari
Negara asing dan bahasa
melayu sebagai bahasa
lingua franca
-china
-portugis
-Arab
1.4 Guru menceritakan tokoh
Tayangan
video
menggunakan
Notebook dan
LCD
Nilai :
Patriotisme
pedagang yang terkenal
turut datang
- Laksamana Cheng Ho
Langkah 1
10 minit
1. guru
menggunakan teks
dalam buku teks
Bahasa Melayu
tahun 6 halaman
128
2. Murid menjawab
secara lisan
1.1 guru meminta seorang
demi seorang murid membaca
kuat teks dan guru
membetulkan kesalahan dalam
pembacaan murid.
1.2 Guru meminta semua
murid membaca teks secara
bersama-sama.
1.3 guru meminta murid
menjelaskan apa yang mereka
fahami melalui teks yang
dibaca.
1.4 guru menjelaskan bahawa
kata penguat hadapan dan
penguat belakang digunakan
untuk menegaskan lagi
maksud sesuatu ayat.
-sangat
-amat
-lah
1.5 guru meminta murid
mnyenaraikan kata penguat
belakang dan hadapan secara
Buku teks
bahasa
melayu tahun
6
Kertas
mahjung
Kemahiran
Ganerik:
Kemahiran
Berfikir
teknik
perbincangan
Nilai : Hormat-
menghormati
lisan.
Langkah 2
10 minit
1. Murid secara
berkumpulan
menyenaraikan
perwatakan
laksamana Cheng
Ho dan menyatakan
pengajaran yang
terdapat dalam teks
tersebut.
2.Secara
berkumpulan murid
membina ayat
dengan
menggunakan kata
penguat yang
terdapat didalam
buku teks berkaitan
dengan perwatakan
laksamana Cheng
Ho
1.1 guru membahagikan murid
kepada 5 kumpulan. Guru
memberi kertas mahjung
kepada setiap kumpulan.
1.2 Setiap kumpulan
hendaklah menyenaraikan
perwatakan Laksamana Cheng
Ho, nilai yang bersesuaian
dengan teks dan menyatakan
kesan perhubungan yang ingin
dijalinkan oleh laksamana
cheng ho dengan negeri
Melaka dalam bentuk lakaran
kerangka.
1.3 guru meminta murid-murid
di dalam setiap kumpulan
membina ayat dengan
menggunakan kata penguat
yang terdapat didalam teks
1.4 Guru meminta setiap
kumpulan menyampaikan hasil
perbincangan mereka di
hadapan kelas
teknik
perbincangan
Nilai:
bekerjasama
Langkah 3
20 minit
1. Membina 3
rangkap pantun
bertemakan
pelayaran laksaman
1.1 Guru meminta pelajar
dalam kumpulan yang sama
menghasilkan 3 rangkap
pantun bertemakan
BBM:
Kertas warna
Cheng Ho laksamana cheng ho di atas
kertas warna yang
disediakan.
1.2 Pantun hendaklah ditulis
dengan menggunakan
tulisan berangkai
1.3 Guru menyatakan
kumpulan yang Berjaya
menyiapkan pantun yang
terbaik dan cantik akan
diberikan token untuk
setiap ahlinya.
Pensel warna
Nilai:
Kerjasama
Penutup
5 minit
1. ulasan guru 1.1 guru mengulas semula
tajuk pejaran pada hari ini
dan menyatakan nilai
kerjasama dan
persahabatan di antara dua
buah Negara dapat
memperkukuhkan lagi
Negara tersebut dan rakyat
akan hidup dalam keadaan
selesa.
1.2 Guru menjelaskan bahawa
Negara Malaysia
mempunyai khazanah yang
berharga dan murid-murid
bertanggungjawab menjaga
khazanah Negara dari di
cerobohi.
1.3 Guru menjelaskan bahawa
murid-murid perlu
Kaedah
pengukuhan
menjalinkan hubungan baik
sesame sendiri dan
bekerjasama.
1.4 Guru memupuk semangat
dalam diri muri-murid agar
melawat Negara asing agar
bertambah ilmu di dada.