Contoh Surat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

surat mohon menggunakan wang lebihan sekolah

Citation preview

CONTOH SURAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN WANG LEBIHAN PRASEKOLAH

Ruj. Kami : CBA.

Tarikh : 21 Jun 2010

Pengarah Pelajaran Pahang

Jabatan Pelajaran Pahang

Bandar Indera Mahkota

25604 KUANTAN.

( UP : Unit Prasekolah )

Tuan

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN WANG LEBIHAN PRASEKOLAH TAHUN 2009

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2.Untuk makluman tuan, wang lebihan peruntukan prasekolah tahun 2009 bagi sekolah ini masih berbaki sebanyak RM2500.00.

3.Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon kelulusan untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi tujuan berikut :

3.1Pembelian Jubah Untuk Majlis Graduasi

- RM 1500.00

3.2Majlis Jamuan Hari Jadi Murid

- RM 500.00

3.3Alatan Kelas Prasekolah

- RM 350.00

4.Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk rujukan dan kelulusan pihak tuan. Diharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan. Kejasama dan keperihatinan dari pihak tuan amatlah dihargai.Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

( NAMA GURU BESAR & CAP )

Sk.

Fail timbulCONTOH SURAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN WANG PRASEKOLAH

Ruj. Kami : CBA.

Tarikh : 21 Jun 2010

Guru Besar

SK Sungai Lembing

26900 KUANTAN

Tuan

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PRASEKOLAH TAHUN SEMASA BAGI MENGADAKAN JAMUAN HARI JADI MURID.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Untuk makluman tuan, setelah semakan dibuat, didapati peruntukan makan untuk tahun semasa bagi kelas prasekolah dibawah pengurusan saya masih terdapat lebihan.

3.Sehubungan itu, saya memohon kelulusan dari tuan untuk menggunakan lebihan peruntukan tersebut sebanyak RM300.00 bagi mengadakan jamuan hari jadi murid-murid prasekolah dibawah pengurusan saya.4.Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk rujukan dan kelulusan tuan. Diharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

( RAHIMAH BINTI ALI )

Guru Prasekolah

SK Sungai LembingSk.

Fail PrasekolahCONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA BAGI MENGGUNAKAN WANG LEBIHAN PRASEKOLAH TAHUN 2009

BILPERKARA

KUANTITIKOS SEUNITJUMLAH

1PEMBELIAN JUBAH UNTUK MAJLIS GRADUASI

Jubah10 helaiRM100.00RM1500.00

2MAJLIS JAMUAN HARI JADI MURID PRASEKOLAH

Ayam Goreng KFC40 ketulRM3.50RM140.00

Nasi Minyak40 bungkusRM4.00RM160.00

Air Kotak40 kotakRM1.50RM60.00

Kek Hari Jadi2 bijiRM60.00RM120.00

Gula-Gula5 bungkusRM4.00RM20.00

3ALATAN KELAS PRASEKOLAH

Almari Bertingkat Untuk Fail MuridI buahRM350.00RM350.00

Tikar Buluh 2 bidangRM75.00RM150.00

JUMLAH BESAR

RM2500.00

Disediakan oleh

Disahkan oleh

( RAHIMAH BINTI ALI )

( DOLLAH BIN BEDUL )

Guru Prasekolah

Guru Besar SK Kuala Semantan

SK Kuala Semantan

Tarikh :

CONTOH SURAT TAWARAN PERMOHONAN

Ruj.Kami :Tarikh :

KepadaIbu bapa / Penjaga Murid

SK Permatang Badak

25150 KUANTAN

Tuan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Dimaklumkan bahawa permohonan untuk kemasukan ke kelas prasekolah di sekolah ini bagi tahun 2011 telah pun dibuka . Kepada ibu bapa / penjaga murid yang berminat, sila dapatkan borang tersebut di pejabat sekolah ini pada waktu bekerja.3.Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak yang lahir pada Tahun 2005 ( 6 tahun ) dan Tahun 2006 ( 5 tahun ). Tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang.4.Borang permohonan yang dihantar hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :

4.1Salinan surat beranak kanak-kanak.

4.2Salinan kad pengenalan ibu dan bapa.

4.3Salinan slip gaji / Surat Akuan Pendapatan.5.Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 31 Ogos 2010.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..

( )

Sk.

i. Pegawai Pelajaran Daerah

ii. Pengerusi Prasekolah

iii. Fail

CONTOH SURAT KEPADA PERMOHONAN YANG BERJAYA

Ruj. Kami :

Tarikh :

Kepada

----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan/Puan,

TAWARAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah telah meneliti permohonan untuk menempatkan anak jagaan tuan/puan di kelas prasekolah di sekolah ini dan sukacita dimaklumkan keputusannya adalah BERJAYA.

NAMA ANAK : _______________________________________________

3.

Tuan/puan dikehendaki melengkapkan borang persetujuan yang disertakan dan kembalikan borang tersebut ke sekolah ini sebelum 31 Oktober 2010. Kegagalan tuan mengembalikan borang tersebut adalah dianggap tidak berminat dan menolak tawaran ini.Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

( )

Sk.

Fail Prasekolah.CONTOH SURAT JAWAPAN TAWARANNama & Alamat Ibu bapa / Penjaga

_____________________________

_____________________________

_____________________________

Tarikh :______________________ Guru Besar

SK Sungai Isap

25150 KUANTAN

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH TAHUN 2011

Saya seperti nama di atas * ( MENERIMA / MENOLAK ) tawaran ke atas anak saya untuk memasuki kelas prasekolah di SK Sungai Isap bagi tahun 2011.

NAMA ANAK :______________________________________________

2.Saya juga bersetuju mematuhi segala peraturan dan syarat yang telah di tetapkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang.

3.Bersama-sama ini disertakan dokumen yang diperlukan untuk tujuan urusan pendaftaran seperti butiran berikut :

3.1Salinan Surat Beranak Anak.

3.2Salinan Kad Pengenalan Ibu Dan Bapa.

3.34 keping gambar anak berukuran passport.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

..

( ) Potong yang mana tidak berkenaan.

Jika menerima, mohon tuan lengkapkan saiz pakaian yang diperlukan oleh anak bagi memudahkan pihak sekolah membuat tempahan.( Tandakan ( X ) dalam petak berkenaan )i.BajuSaizSMLXL

ii.Seluar TrackSaizSMLXL

CONTOH SURAT KEPADA PERMOHONAN YANG BERJAYARuj. Kami :

Tarikh :

Kepada

----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah telah bersetuju menawarkan tempat kepada anak jagaan tuan/puan di kelas prasekolah di sekolah ini.

Nama Anak : _______________________________________________

3.

Sehubungan itu tuan/puan bersama anak jagaan diminta hadir untuk mendaftar dan menghadiri sesi taklimat waris seperti ketetapan berikut :

Tarikh :

Tempat:

Masa

:

4.Tuan/Puan diminta membawa bersama perkara-perkara berikut semasa mendaftar :

4.1

Sijil Lahir atau Sijil Pengangkatan ( Anak Angkat ) asal dan salinan.

4.2

Salinan Sijil Nikah ibu bapa.

4.3

Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.

4.4

Salinan Rekod Kesihatan perkembangan kanak-kanak.

4.5

Borang Butir Diri Murid yang telah lengkap diisi ( disertakan )

4.6

Gambar ukuran passport ( 4 keping ). Sila tulis nama dibelakang.5.Kegagalan tuan mendaftar adalah dianggap tidak berminat dan menolak tawaran ini. Kerjasama dan perhatian tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

-------------------------------------------

( )

Sk. Fail Prasekolah CONTOH SURAT KEPADA PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA

Ruj. Kami :

Tarikh :

Kepada

----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH TAHUN 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah telah meneliti permohonan untuk menempatkan anak jagaan tuan/puan di kelas prasekolah di sekolah ini dan dukacita dimaklumkan keputusannya adalah TIDAK BERJAYA.

Nama Anak : _______________________________________________

3.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan minat yang telah ditunjukkan oleh tuan/puan dalam menjayakan kelas prasekolah di sekolah ini.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

-------------------------------------------

( )

Sk.

Fail Prasekolah.

CONTOH SURAT PANGGILAN TAKLIMAT/MESYUARAT Ruj. Kami :

Tarikh :

Kepada

Ibubapa/Penjaga Murid Prasekolah Tahun 2011----------------------------------------------------

----------------------------------------------------

Tuan/Puan,

TAKLIMAT DAN MESYUARAT PRASEKOLAH TAHUN 2011Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Bagi melicinkan lagi urusan kemasukan murid ke kelas prasekolah tahun 2011, tuan/puan dijemput hadir ke taklimat berkaitan yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh:23 November 2010 ( Selasa )

Tempat:Dewan Sekolah

Masa:9.00 pagi3.

Selain dari itu, pihak sekolah juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keperluan dan perancangan serta melantik jawatankuasa prasekolah ( PEWARIS ) di kalangan ibu bapa/penjaga agar pelaksaanaan pengurusan prasekolah dapat berjalan dengan lancar bagi tahun 2011.

4.

Kekjasama dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan taklimat dan mesyuarat tersebut amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

-------------------------------------------

( )

Sk.

i. Pegawai Pelajaran Daerahii. Fail Prasekolah.

CARTA ALIRAN KERJA PROSES PENAWARAN DAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2011BILPERKARATARIKHTINDAKAN

1Mengeluarkan iklan kemasukan murid01-30 OgosSekolah

2Menerima dan memperoses borang permohonan

01-15 SeptemberSekolah

3Mesyuarat Panel Pemilihan16-30 SeptemberSekolah

4Menghantar senarai nama murid yang terpilih ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk kelulusan.

01-15 OktoberSekolah

5Pejabat Pelajaran Daerah mengeluarkan senarai nama murid yang diluluskan penempatan.

16-31 OktoberPPD

6Mengeluarkan surat jawapan / tawaran dan pengesahan kepada ibubapa / penjaga.

01-15 NovemberSekolah

7Mengadakan taklimat / mesyuarat bersama ibubapa / penjaga

16-30 NovemberSekolah

8Mengadakan Hari Orientasi kepada murid prasekolah.Sebelum hari pertama persekolahan

Sekolah

CONTOH SURAT KELULUSAN KEPADA PPDRuj. Kami :

Tarikh :

Kepada

Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan

Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan

25000 KUANTAN

Tuan/Puan,

SENARAI NAMA MURID BAGI KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH TAHUN 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Bersama-sama ini disertakan senarai nama murid yang telah berjaya dan dipilih untuk kemasukan ke Kelas Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing bagi Tahun 2011.3.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kelulusan dari tuan agar proses penawaran kemasukan ke kelas prasekolah kepada murid-murid yang berjaya dapat disegerakan.Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

( )

Sk.

Fail Prasekolah.