17
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. http://prauniversiti6.blogspot.com

contoh2 krgn

Embed Size (px)

DESCRIPTION

stpm

Citation preview

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.Kesan rumah hijau global

1. Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

2. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

3. Kehadiran gas rumah hijau (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

Apakah itu kesan rumah hijau?

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan globalKomponen gas -gas rumah hijau

1. Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (High GWP gases).

Impak Rumah Hijau Kenaikan suhu bumi Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.) Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global Kemarau Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera

Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun Penipisan lapisan ozon Kaedah mengurangkan kesanAntara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

Langka-langkah mengtasai perubahan ilklim.========================================(menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu diganti dengan helium.

Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan Kesan Rumah Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.

Pertanian / Urbanisasi - dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman penutup bumi untuk elakkan peningkatan suhu /jerebu.

Pengangkutan - kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang menyebabkan kesan Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:

menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.

kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.

http://prauniversiti6.blogspot.com