Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka
- perkembangan politik antarabangsa dan serantau
mempengaruhi gelombang politik di negara kita
1938
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Pemimpin Ibrahim Haji Yaakob
Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
- Merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yg menjadi satu rumpun yg sama iaitu Melayu
- Selepas KMM diharamkan, idea Melayu Raya terus diperjuangkan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
1945
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam
Matlamat - Matlamat politik utk menanam semangat kebangsaan
- Bekerjasama dgn kaum lain membentuk perpaduan
Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
- Melalui slogan “Merdeka” - Berhasrat mendaulatkan hak
rakyat dlm politik, ekonomi, agama, sosial dan kebudayaan
1946
Angkatan Pemuda Insaf [API]
Pemimpin - Ahmad Boestamam
Perjuangan - Memperjuangkan idea negara merdeka yg menekankan pemerintahan demokrasi
- Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat
- Keadilan sosial
Risalah - Menerbitkan Risalah Testament Politik API pada Disember 1946
Slogan - “Merdeka dengan Darah”
Seruan - Menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut
- Namun perjuangan akan diteruskan melalui kekerasan jika terpaksa
- Pendekatan dan imej radikal menyebabkan API diharamkan oleh British
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Pemimpin - Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
- Pelopor gerakan menentang penyerahan Srwk pd British
Matlamat - Mahu Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke
- Inginkan kemerdekaan spt yg dijanjikan dlm Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke
Pergerakan Pemuda Melayu [PPM]
Tempat - Sibu Sebab penubuhan
- Kontroversi penyerahan Sarawak melahirkan PPM
Perjuangan - Rela bekorban jiwa utk mendapatkan kemerdekaan penuh Sarawak
- Catatan “Merdeka” dalam surat menyurat PPM menjelaskan bahawa gerakan PPM adalah utk merdekakan Sarawak
Tindakan - Menubuhkan pakatan sulit Rukun 13
- Nekad membunuh gabenor, pegawai British dan Datu Melayu yg menyokong penyerahan Sarawak
- Rukun 13 buktikan kebencian PPM kpd kolonial
United Malays National Organisation [UMNO]
Pimpinan - Dato ‘ Onn Jaafar Peranan Dato’ Onn
- Berusaha menyatukan orang Melayu untuk pertahankan hak bangsa Melayu dan kedudukan Raja² Melayu
Perjuangan - Dengan slogan “Hidup Melayu”, UMNO berjuang menentang Malyan Union bagi memelihara status quo orang Melayu dan kedaulatan Raja² Melayu
- 1951, slogan diubah kpd “Merdeka” utk perjuangkan merdeka melalui rundingan
Parti Kebangsaan Melayu Labuan [PKML]
Sebab penubuhan
- Perjuangan PKMM untuk memerdekakan Tanah Melayu mempengaruhi penubuhan PKML di Sabah
Pemimpin - Tengku Noordin - Zakaria Gunn
Tindakan - Menjalankan dasar tidak bekerjasama dgn penjajah
- Menuntut Sabah dimerdekakan drpd British
- Laungan “Hidup Melayu-Merdeka” dlm surat Zakaria Gunn pd ahli PKML tekankan kesedaran utk merdeka
Malayan Indian Congres [MIC]
Pemimpin - John Thivy Objektif - Bekerjasama dgn kaum lain
dlm usaha kemerdekaan TM Perjuangan - Menegaskan bhw
kewarganegaraan yg tunggal kpd mrk yg menerima Tanah Melayu sbg tanah air dan sedia taat setia kpd T.Melayu
2 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
1947
Hizbul Muslimin
Penubuhan - Perhimpunan rakyat di Maahad al-Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA)
- Perhimpunan MATA melahirkan Hizbul Muslimin
Pemimpin - Diterajui ulama - Abu Bakar al-Baqir - Sheikh Fadhlulah Suhaimi - Sheikh Abdullah Fahim
Matlamat - Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sbg negara Islam
Tindakan British
- British tidak senang dengan asas perjuangan Hizbul Muslimin telah mengharamkannya
1949
Malayan Chinese Association [MCA]
Pemimpin - Tan Cheng Lock
Peranan - MCA mempunyai tugas utk jadikan T.Melayu yg berbilang kaum sebuah negara berdemokrasi penuh
- MCA berusaha menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dgn semua kaum di T.Melayu dlm keadaan harmoni utk kemerdekaan Tanah Melayu
1949
Parti Islam Se-Tanah Melayu [PAS]
Matlamat - Penubuhan negara Islam
Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi , Yang Dipertua PAS
Perjuangan - Menegaskan bhw PAS bercita² membina satu negara.
- Satu bangsa yg teguh dengan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan dan rasmi yg tunggal
- Kemerdekaan bagi PAS ialah Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
Independence of Malayan Party [IMP]
Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar
Peranan Dato’ Onn
- Untuk melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan
- 1949 pemikiran politik Dato’ Onn terarah kepada perpaduan kebangsaan
- Tuntutan kemerdekaan tdk boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain yg diterima menjadi rakyat T.Melayu
- Beliau mahu org Melayu menjadi pemimpin kpd orang bukan Melayu yg turut mempunyai hak dalam politik dan ekonomi
7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
- Ketegangan kaum meningkat selepas Perang Dunia Kedua
menimbulkan kesedaran pemimpin dan British tentang
kepentingan perpaduan
- British memberi mesej bahawa kemerdekaan hanya diberikan
bila kerjasama tiga kaum dapat diwujudkan
- Oleh itu, perundingan dilakukan utk wujudkan kestabilan politik,
ekonomi dan sosial ke arah capai status berkerajaan sendiri
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Tarikh penubuhan
- Januari 1949 - Menghimpunkan pemimpin utama pelbagai
kaum
Objektif - Mengkaji hubungan kaum secara mendalam - Membentuk keadaan politik, ekonomi dan
sosial supaya pembahagian yg adil utk semua komuniti
- Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dlm kalangan penduduk di negara ini.
Moto CLC - “Kesamaan dan Keadilan utk Penduduk Tanah Melayu
Anggota
Penasihat - Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara
Pengerusi - E.E.C Thuraisingam
Wakil Melayu
- Dato’ Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO
- Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz Dato’ Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak)
- Mohd Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor)
- Dr. Mustapha Osman (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO)
- Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha Agung UMNO)
Wakil Cina - Tan Cheng Lock (Melaka) - L.R. Doraisamy Iyer (wakil
kaum India) - Dr. J.S. Goonting (wakil orang
Serani)
Kesan - Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum
- Pemimpin sedar bahawa mereka perlu berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju yg sama iaitu membawa negara ke arah kemerdekaan & pembinaan negara dan bangsa
Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Peranan: untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan pertikaian antara kaum
Isu politik
Isu - Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Peranan CLC - Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk TM
Kesan ke arah kemerdekaan
- Pilihanraya di adakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
3 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Isu - Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu
Peranan CLC - Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan keistimewaan kerana menunjukkan taat setia yg tidak berbelah bagi dan mengiktiraf negara ini satu satunya tanah air mereka
Kesan ke arah kemerdekaan
- Kedudukan istimewa org Melayu diperkaui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf
Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
Isu - Org Melayu tidak memperoleh peluang yg sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan
Peranan CLC - Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Kesan ke arah kemerdekaan
- Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pd 1950
- Merupakan tuntutan Dato’ Onn Jaafar
- Beliau berpendapat bahawa bantuan ekonomi dan kemajuan luar bandar perlu sebagai tolak ansur terhadap persetujuan org Melayu melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada bukan Melayu
Kewarga negaraan Bukan Melayu
Isu - Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu
Peranan CLC - Bersetuju kewarganegaraan kepada bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk
Kesan ke arah kemerdekaan
- Syarat kewarganegaraan dilaonggarkan untuk memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu dan melahirkan semangat patriotik serta bertanggungjawab kepada negara
Pendidikan
Isu - Sistem persekolahan yg berbeza² mengikut kaum
- Menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan
Peranan CLC - Mencadangkan sistem pendidikan yg seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu
Kesan ke arah kemerdekaan
- Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji sistem pendidikan bagi melahirkan pendidikan yang seragam dan diterima oleh semua kaum
Rumusan - CLC berperanan penting utk membentuk persefahaman antara pemimpin kaum di Tanah Melayu.
- Penyelesaian isu melalui pendekatan muafakat dan bertoleransi penting utk mewujudkan keharmonian kaum dan memelihara kestabilan politik
- Penyelesaian masalah melalui rundingan yg dilakukan pemimpin wajar diteladani untuk mengukuhkan persefahaman dan kesejahteraan masyarakat di Negara kit ayg berbilang kaum
7.3 Sistem Ahli
- Selepas PD 2 British menjalankan dasar Dekolonisasi iaitu
menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur
kepada tanah jajahannya
- Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan
menyebabkan Dato’ Onn Jaafar meminta agar tindakan diambil
untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan
dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan
- Cadangan Dato’ Onn selari dengan dasar British membawa
kepada pembentukan Sistem Ahli
Sistem Ahli
Pembentukan Sistem Ahli
Diumumkan
- 1951, Sir Henry Gurney(Pesuruhjaya Tinggi British) umumkan senarai anggota Sistem Ahli
Maksud - Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Ahli - Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan
Tujuan - Memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberikan kemerdekaan
Tarikh laksana
- Dilaksanakan pada April 1951 – Jun 1955 iaitu sebelum pilihan raya MPP (5 Julai 1955)
Portfolio - Tiga portfolio kekal di bawah British Hal Ehwal Ekonomi Perindustrian dan
Perhubungan Sosial Perumahan dan Kerja Raya
4 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Ciri-ciri Sistem Ahli
Ahli - Ahli bertaraf “Menteri” - Satu sistem kabinet bayangan yg
terdiri drpd beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
Tugas - Menjaga portfolio yg mengandungi jabatan dan agensi kerajaan
- Mencadangkan undang-undang yg berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP
Dilantik oleh
- Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
- Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
Kepentingan Sistem Ahli
- Menyediakan asas penting utk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
- Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan
- Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum
- Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk PTM
Dato’ Onn Jaafar
- Sbg Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri PTM - Tanggungjawab beliau 1. Hal ehwal imigran 2. Penyiaran dan percetakan 3. Hubungan negeri Melayu dengan Negeri² Selat 4. Hal ehwal menunaikan haji 5. Pendaftaran kerakyatan 6. Perkahwinan 7. Kematian 8. Menjaga jabatan
a) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) b) Jabatan Pilihanraya c) Jabatan Rupa Bangsa Nasional
7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
Sistem pendidikan semasa British
- Sistem persekolahan mengikut kaum - Terdapat sekolah
1. vernakular Melayu 2. vernakular Cina 3. Vernakular Tamil 4. Sekolah aliran agama 5. Sekolah Inggeris
- Persekolahan di Sarawak dan Sabah 1. vernakular Melayu 2. vernakular Cina 3. Sekolah Mubaligh Kristian
Kesannya - Penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum berlainan menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum
- Menghalang usaha menyatupadukan rakyat ke arah melahirkan 1 identiti bangsa&negara
Sekolah vernakular
- Sekolah yg menggunakan bahasa ibunda sbg pengantar
Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Laporan Barnes 1951
Pengerusi - L.J. Barnes
Tujuan - Mengkaji pelajaran Melayu
Kepentingan - Menekan kepentingan sekolah rendah utk membina satu rupa bangsa penduduk yg menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yg kekal dan tumpuan taat setia
Kandungan - Sekolah rendah guna BM / BI sbg pengantar
- Sekolah menengah guna BI sbg pengantar
Laporan Fenn-Wu 1951
Sebab diterbitkan
- Bantahan dr masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
Pengerusi - Dr William P.Fenn (ahli akademik dr Cina)
- Dr. Wu Teh Yao (Pegawai Pertubuhan Bangsa² Bersatu)
- Mrk diundang British utk kaji Pendidikan Cina di TM
Tujuan - Mengkaji pendidikan Cina - Mencadangkan
penambahbaikan utk menjadikan sekolah Cina sbg institusi yg memberi faedah kepada penduduk TM
Kandungan - Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan
- Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan TM
Ordinan Pelajaran 1952
Diluluskan - Diluluskan slps Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu (September 1951)
Tujuan - Membentuk sistem pendidikan yg menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
- Semua murid dr pelbagai bangsa disatukan dlm satu sistem berorientasikan TM
Kandungan - Tanah Melayu mempunyai 2 jenis sekolah rendah iaitu sekolah yg guna BM dan BI sbg pengantar
- BC dan Bhs Tamil diajar sbg bhs ke 3 jika terdapat 15 org murid dlm kumpulan sama
- Sekolah menengah guna BI sbg pengantar
Kesan - Ordinan Pelajaran 1952 ialah undang² pertama berkaitan pembentukan sekolah rendah berteraskan BI dan BM sbg pengantar
- Masih belum memenuhi inspirasi semua kaum kerana mendapat tentangan dr semua kaum
5 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Laporan Woodhead (North Borneo Educational Survey) Di Sarawak dan Sabah 1955
Peranan E.W. Woodhead
- Ketua Pelajaran dari Britain - Diundang utk meninjau
perkembangan pendidikan - Membuat cadangan tentang
pendidikan di Sarawak dan Sabah
Cadangan - Memperkasa pendidikan peringkat rendah dan menengah
- Menitikberatkan kepentingan BI sbg pengantar
- Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yg teratur
Pendidikan Kebangsaan Di Sarawak
Berdasarkan Laporan Woodhead 1955. Cadangan
- Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan gunakan BI sbg pengantar
- Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan
- Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan
- Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
Matlamat - Membentuk perasaan kekitaan dan taat setia kepada negeri Sarawak dlm kalangan penduduk berbilang kaum
Pendidikan Kebangsaan Di Sabah Laporan Woodhead 1955 diterima dgn beberapa pindaag
- Mempertingkatkan pengajaran BM dan BI di sekolah Cina
- Memastikan BI diajar di sekolah Melayu dan BM diajar di sekolah Inggeris
- Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam BI
Ordinan Pelajaran Koloni 1956
- Untuk meneruskan rancangan Woodhead
- Matlamatnya 1. utk menyeragamkan
kurikulum dan peperiksaan yg meliputi peringkat rendah dan menengah
2. utk melahirkan perasaan kebersamaan dlm kalangan kaum di Sabah
Penyata Jawatan kuasa Pelajaran 1956
Pengerusi - Dato’ Abdul Razak Hussein
Jawatan - Menteri Pelajaran (1955-57)
Tujuan - Untuk mengkaji semula sistem pelajaran kebangsaan yg baharu
Teras - Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum iaitu melalui
a) Sistem persekolahan yg sama bagi kanak² daripada semua bangsa
b) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
c) Kandungan kurikulum yg seragam dan bercorak kebangsaan
Cadangan - Sekolah Umum (rendah) menggunakan BM
- Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada BI, BC atau B. Tamil
- BM dab BM dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
- Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan BM sbg pengantar, manakala BI menjadi mata pelajaran
Rumusan - Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 merupakan asas kpd pembentukan sistem pendidikan kebangsaan
- Sukatan pelajaran dan peperiksaan yg seragam, guna bahasa pengantar yg sama menjadi langkah penting utk memupuk semangat perpaduan, nilai kewarganegaraan, identiti sepunya dan kesetiaan kpd negara oleh generasi muda
7.5 Penubuhan Parti Politik
Sebab penubuhan parti politik
- Perkembangan nasionalisme iaitu semangat utk
membebaskan diri daripada cengkaman penjajah
- Mewujudkan negara yg merdeka dan berdaulat
Tahun 1940-an Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM)
Tarikh - Oktober 1945
Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam
Perjuangan - Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan org Melayu
- Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum
- Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Tarikh - 1946
Pemimpin - Abang Haji Zaini - Abang Haji Openg - Datu Patinggi Abang Haji
Abdillah
Perjuangan - Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak
- Menentang penyerahan Sarawak kpd British
- Penjenamaan semula Persatuan Melayu Sarawak (PMS) yg diharamkan semasa Jepun
6 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Tarikh - Feb 1946
Pemimpin - Ahmad Boestamam
Perjuangan - Menggembleng tenaga pemuda sbg penggerak utk membuat perubahan politik
- Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” utk memperjuang kemerdekaan
Pergerakan Pemuda Melayu
Tarikh - Mac 1946
Pemimpin - Mohd Sirat Yaman - Awang Rambli - Rosly Dhoby - Morshidi Sidek
Perjuangan - Menentang penjajahan British - Menuntut kemerdekaan
Sarawak
United Malays Organisation (UMNO)
Tarikh - Mei 1946
Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Tunku Abdul Rahman
Perjuangan - Menentang Malayan Union - Bekerjasama dengan kaum lain
untuk mencapai kemerdekaan
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Tarikh - Jun 1946
Pemimpin - Tengku Noordin - Zakaria Gunn
Perjuangan - Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi
- Menuntut agar Sabah dimerdekakan drp pentadbiran Britih
Malayan Indian Congres (MIC)
Tarikh - Ogos 1946
Pemimpin - John Thivy - K.L Devasar
Perjuangan - Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu
- Memperjuangkan kemajuan politik bersama² kaum lain
Barisan Pemuda (BARIP)
Tarikh - Disember 1946 (Jesselton dan Labuan)
Pemimpin - Mandur Syarif - Imam Suhaili Yaakub - Pengiran Ahmad
Perjuangan - Menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik
- tuntut keadilan dr pentadbiran British
Barisan Pemuda Sarawak (PBS)
Tarikh - Jun 1947
Pemimpin - Abang Mohd. Kassim Taha - Ahmad Zaidi Adruce
Perjuangan - Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri
- Menentang penyerahan Sarawak kepada British
Malayan Chinese Association (MCA)
Tarikh - Februari 1949
Pemimpin - Tan Cheng Lock - Yong Shook Lin - H.S.Lee
Perjuangan - Memelihara kepentingan kaum Cina
- Bekerjasama menentang komunis di Tanah Melayu
Tahun 1950-an Independence of Malaya Party (IMP)
Tarikh - September 1951
Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Tan Cheng Lock
Perjuangan - Menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu
- Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Tarikh - November 1951
Pemimpin - Haji Ahmad Fuad Hassan - Dr. Burhanuddun al-Helmi
Perjuangan - Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu
- Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu
People’s Progressive Party (PPP)
Tarikh - Januari 1953
Pemimpin - Dr. S. Kanapathippilai - Dr. Seenivasagam
Perjuangan - Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum
- Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen
Parti Negara
Tarikh - Februari 1954
Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Dato’ Hamzah Abdullah - Heah Joo Seang - E.E.C Thuraisingam - P. Ramani
Perjuangan - Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum
- Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu
Rumusan - Kebanyakan parti berasaskan dari segi aspirasi dan keahlian
- Sebahagiannya untuk memperjuangkan kepentingan kaum
- Terdapat parti politik pelbagai kaum sebagai usaha membentuk parti bercorak kebangsaan
- Permuafakatan dan kesederhanaan dlm perjuangan penting bagi memastikan keharmonian masyarakat / kestabilan politik
Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
- Sikap tolak ansur dlm gerakan politik mencapai kematangan
apabila berlaku kerjasama politik antara kaum pada
pertengahan tahun 1940-an
- Sebelum wujud kerjasama parti politik terdapat pakatan antara
gerakan tertentu yg merintis kerjasama kaum untuk
kemerdekaan
1. Pakatan PUTERA-AMCJA
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
- Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi
All Malaya Council of Joint Action (MPAJA)
- Diketuai Tan Cheng Lock
7 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Peranan - Perintis untuk memupuk kerjasama politik antara kaum
- Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sbg alternatif pembinaan negara bangsa merdeka
- Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan penerimaan satu kewarganegaraan
2. Persidangan Kebangsaan
Tarikh persidangan
- Februari 1954
Ketua - Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Azizi
Peranan - Membincangkan masalah membentuk gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yg bersatu
Parti menyertai
- Independence of Malayan Parety (IMP)
- Malayan Indian Congress (MIC)
- Persatuan Ceylonese Malaya
- Persatuan Eurasian Malaya
Tuntutan - Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan
3. Konvensyen Kebangsaan
Konvensyen Ialah persidangan anggota pertubuhan politik untuk membincangkan sesuatu perkara
Penganjur - UMNO [Tunku Abdul Rahman]
- MCA [ Tan Cheng Lock]
Tarikh - Ogos 1954
Peranan - Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan & masa depan Tanah Melayu
Parti yg hadir
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
- Persetiaan Melayu Kelantan - Persatuan Melayu
Semenanjung
Keputusan - Meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan
4. Pembentukan Parti Perikatan
Tarikh pembentukan
- Oktober 1954
Parti - MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Perikatan
- Melengkapkan kerjasama 3 kaum terbesar di T. Melayu
Logo - Kapal layar - Melambangkan
kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara
Kepentingan - Kerjasama penting untuk mencapai kemerdekaan dan memastikan penduduk berbilang kaum di negara kita dapat hidup dalam rukun dan damai
Rumusan - Usaha ke arah kemerdekaan menekankan langkah pemupukan kerjasama & perpaduan sbg asas pembinaan negara bangsa
- Persiapan ke arah berkerajaan sendiri diadakan bagi memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir sendiri
- Dasar kerjasama / permuafakatan antara kaum dicapai melalui sikap toleransi dan perundingan utk mewujudkan keharmonian dan muhibah dlm kalangan penduduk
- Kegigihan dan kebijaksanaan pemimpin duhulu mewujudkan asas kerjasama aspek politik, ekonomi dan sosial wajar dihargai