26
CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT, GELANG PATAH, JOHOR. SARINA BINTI SALEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH.

SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT, GELANG

PATAH, JOHOR.

SARINA BINTI SALEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan
Page 3: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan
Page 4: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

i

CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DIKALANGAN PELAJAR MELAYU

SEKOLAH RENDAH. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS

LAUT, GELANG PATAH, JOHOR.

SARINA BINTI SALEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan
Page 6: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

iii

Dedikasi

Untuk emak dan pakcik yang sangat adik kasihi…..

Robinah Bt. Misran dan Fadli Bin Talib

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk akak dan juga adik-adik yang disayangi…

Untuk insan dan saudara terdekat yang begitu memahami

Pengorbanan yang tidak mungkin adik lupakan

Insya Allah…

Untuk dua insan yang sentiasa memberikan semangat…

Hasmayuni Bt. Hashim dan Ruzianah binti Abd. Hamid

Terima kasih yang tidak terhingga…

Tidak lupa untuk insan yang tercinta…

Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasiku dan

Kesudianmu untuk memahami diri ini amat kuhargai

Terima kasih atas segalanya… …

Page 7: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih

juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar Sekolah

Kebangsaan Pendas Laut kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya

menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Sarina Binti Saleh.

Februari 2004…

Page 8: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

v

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui corak dan faktor-faktor yang

mempengaruhi pengambilan makanan dikalangan pelajar Melayu Sekolah Kebangsaan

Pendas Laut, Gelang Patah, Johor. Aspek corak pengambilan makanan yang dikaji

merangkumi kekerapan pengambilan makanan, kandungan nutrien makanan dan faktor-

faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan pelajar Melayu yang terdiri daripada

suasana keluarga, media massa, teman sebaya dan sosioekonomi keluarga. Kajian ini

melibatkan seramai 50 orang pelajar iaitu keseluruhan pelajar tahun satu hingga tahun enam

yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendas Laut. Instrumen kajian yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat adalah soal selidik. Data yang diperolehi di analisis

menggunakan perisian SPSS version 11.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan.

Berdasarkan hasil kajian, didapati majoriti pelajar kerap mengambil sarapan pagi (72%),

minum pagi (74%), makan tengahari (68%) dan makan malam (62%) dalam pengambilan

makanan harian mereka. Ini menunjukkan pelajar di sekolah ini tidak mengabaikan tiga jenis

sajian utama berkenaan. Analisis kandungan nutrien pula menunjukkan pelajar ini

kekurangan nutrien sayur-sayuran dan buah-buahan serta susu. Faktor media massa

merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar,

diikuti oleh faktor teman sebaya, suasana keluarga dan sosio ekonomi keluarga. Oleh yang

demikian, diharap kajian ini dapat memberikan satu gambaran kepada pihak yang

bertanggungjawab seperti ibubapa, pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan

Kementerian Kesihatan untuk melakukan sesuatu supaya corak pengambilan makanan

pelajar Melayu dapat diperbaiki lagi. Hasil kajian ini juga telah menggariskan beberapa

cadangan untuk memperbaiki lagi fokus kajian ini pada masa akan datang.

Page 9: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

vi

ABSTRACT

The purpose of this research to determine the pattern and factors that contribute to the

food intake among Malay students of Sekolah Kebangsaan Pendas Laut, Gelang Patah,

Johor. Aspects that were studied comprised of the frequency of food intake, the nutrient

content of the food consumed and the factors that contribute to the pattern of food intake

among Malay students are mass media, peer influences, family socioeconomic as well as the

environment surrounding the family. This study involved fifty students ranging of students

from year one till year six from Sekolah Kebangsaan Pendas Laut. The survey instrument

used to obtain information is through questionnaires. Data obtained is then analyzed with

the used of SPSS version 11.0 software to obtain the value of frequency and percentage.

Based on the research, it was obtained that a majority of the students in their daily food

intake have breakfast (72%), brunch (74%), lunch (68%) and dinner (62%). This show that

the three main meals of the day is not abandoned by the respondents. The analyses on

nutrient content of the daily food intake shows that the respondents lack vegetables, fruits as

well as milk. Mass media is one of the factors than contributes to the pattern of food intake

of this students, followed by peer influences, family environment as well as family

socioeconomic. As a conclusion, it is hoped that the information obtained from this research

will be able to supplement the authorities is taking measures to improve the food intake

pattern of Malay students. A number of suggestions were also forwarded to improve the

focus of this research.

Page 10: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Istilah / definisi 9

1.8.1 Amalan Pemakanan 9

1.8.2 Nutrien 9

1.8.3 Pemakanan 10

1.8.4 Makanan 10

1.8.5 Pemakanan Tak Seimbang 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Corak Pengambilan Makanan yang Sihat 11

2.2.1 Corak Pengambilan Makanan Yang Sesuai

Diamalkan 14

2.2.2 Kepentingan Pengambilan Makanan Yang

Sihat Mengikut Kekerapannya 15

2.2.3 Snek Atau Makanan Ringan Mendatangkan

Kesan Nagetif Terhadap Pengambilan Makanan

Utama Pelajar 17

2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Amalan

Pemakanan yang Sihat 18

2.3.1 Suasana keluarga 19

2.3.2 Media massa 20

2.3.3 Teman sebaya 21

2.3.4 Sosioekonomi Keluarga 22

Page 12: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

ix

2.4 Penutup 23

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Penganalisaan Data 28

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Tatacara Kajian 30

3.9 Penutup 31

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 33

4.3 Analisis Kekerapan Pengambilan Makanan

Responden 36

Page 13: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

x

4.4 Analisis kandungan nutrien yang diambil oleh pelajar

dalam seminggu 39

4.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengambilan

Makanan Responden 48

4.5.1 Analisis Bagi Faktor Suasana Keluarga

Dalam Mempengaruhi Pengambilan

Makanan Responden 48

4.5.2 Analisis Bagi Faktor Media Massa Dalam

Mempengaruhi Pengambilan Makanan

Responden 50

4.5.3 Analisis Bagi Faktor Teman Sebaya Dalam

Mempengaruhi Pengambilan Makanan

Responden 52

4.5.4 Analisis Bagi Faktor Ekonomi Keluarga Dalam

Mempengaruhi Pengambilan Makanan Responden 54

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Kajian 58

5.2.1 Corak Pengambilan Makanan Pelajar 58

5.2.2 Faktor Suasana Keluarga Dalam

Mempengaruhi Corak Pengambilan

Makanan Pelajar 61

Page 14: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xi

5.2.3 Faktor Media Massa Dalam Mempengaruhi

Corak Pengambilan Makanan Pelajar 62

5.2.4 Faktor Teman Sebaya Dalam Mempengaruhi

Corak Pengambilan Makanan Pelajar 63

5.2.5 Faktor Ekonomi Keluarga Dalam Mempengaruhi

Corak Pengambilan Makanan Pelajar 64

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Peranan Kerajaan 67

5.4.2 Peranan ibu bapa 67

5.4.3 Peranan Guru 68

5.4.4 Peranan Pelajar 68

5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.5 Kesimpulan 69

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI

Bibliografi 70

Page 15: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xii

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – C 71

Page 16: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Latar

Belakang Responden 33

4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Media Massa

Yang Terdapat Di Rumah Responden 35

4.3 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis

Kekerapan Pengambilan Makanan Pelajar Dalam Sehari 37

4.4 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Sarapan Pagi Pelajar Dalam Seminggu 39

4.5 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Minum Pagi (Makan Di Waktu Rehat

Di Sekolah ) Pelajar Dalam Seminggu 41

4.6 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Makan Tengahari Pelajar Dalam

Seminggu 42

4.7 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Minum Petang Pelajar Dalam

Seminggu 44

4.8 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Makan Malam Pelajar Dalam

Seminggu 45

4.9 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Analisis Kandungan

Nutrien Pengambilan Makan Lewat Malam ( Supper )

Pelajar Dalam Seminggu 47

4.10 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Faktor Suasana Keluarga

Dalam Mempengaruhi Pengambilan Makanan Responden 49

Page 17: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xiv

4.11 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Faktor Media Massa

Dalam Mempengaruhi Pengambilan Makanan Responden 51

4.12 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Faktor Teman Sebaya

Dalam Mempengaruhi Pengambilan Makanan Responden 53

4.13 Taburan Peratus Dan Frekuensi Bagi Faktor Ekonomi

Keluarga Dalam Mempengaruhi Pengambilan Makanan

Responden 55

Page 18: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Piramid Makanan 13

Page 19: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xvi

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

Bil - Bilangan

KPM Kementerian Peadidikan Malaysia

% - Peratus

n - Bilangan

Page 20: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 75

B Surat Kelulusan Kajian dari EPRD 83

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri

Johor 84

Page 21: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

BAB l

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pemakanan didefinisikan sebagai “kombinasi proses yang dilalui oleh organisma

hidup, menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal

fungsi-fungsinya dan untuk pertumbuhan serta memperbaharui komponennya (Krause &

Mahan 1993)”. Menurut Sir Harold Himsworth (1980) dalam Suriah pula menyatakan

pemakanan ialah analisis mengenai kesan makanan dan juzuk-juzuknya ke atas

organisma hidup.

Menurut Krause dan Mahan (1993) lagi, pemakanan merangkumi hubungan

makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) tubuh manusia, termasuklah metabolisme

makanan, nilai pemakanan sesuatu jenis makanan, keperluan makanan daripada segi

kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza

untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti, perubahan dalam keperluan

nutrien dan makanan yang mengiringinya atau mencegah penyakit dan faktor-faktor sosio

ekonomi, psikologi, sosial dan juga budaya yang mempengaruhi pemilihan dan

pengambilan makanan.

Manakala menurut Coralie Mathews ( 2001) kesihatan kanak-kanak ialah

kesihatan yang merujuk kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan sosial sekitar

kanak-kanak, ahli keluarga mereka dan seluruh ahli masyarakat;

Page 22: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

2

“ Health includes the physical, mental, spiritual and social wellbeing of children,

their families and the whole community.”

Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan

pemakanan ialah dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan,

makan tengah hari dan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar

menghadapi detik penting iaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan

persekitaran yang menggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu

memastikan bahawa mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi daripada

kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi. Karbohidrat diperlukan kerana ia

menjadi sumber tenaga, manakala protein diperlukan kerana ia membantu pembinaan

tubuh dan otot. Vitamin pula berperanan sebagai nutrien yang mencegah penyakit dan

membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan. Zat besi penting untuk

pembentukkan enzim kerana ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu

bahan kimia ke peringkat yang lain.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz

(1999) pula berkata, selain faktor pemakanan, kurangnya keazaman berfikir merupakan

kelemahan pelajar Melayu dalam mencapai kecemerlangan akademik, tambah beliau lagi;

“ pemakanan bukan faktor utama kerana badan yang sihat, besar berotot tidak

semestinya otak cergas dan pandai, untuk jadi pandai ada benda yang kita kena buat dan

kena makan ”.

Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi membantu mencegah terjadinya

penyakit-penyakit yang kronik kerana pengambilan makanan yang berkualiti dapat

menghasilkan perkembangan sepenuhnya , meningkatkan tahap keupayaan mental dan

fizikal serta memberi rintangan terhadap penyakit di samping tidak mempercepatkan

proses penuaan. Kajian yang dilakukan oleh Puan Safiah Mohd. Yusof (1992),

Page 23: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

3

mendapati keseluruhan pelajar di negara ini kekurangan zat makanan terutamanya

kalsium. Di kalangan murid perempuan yang sudah baligh pula disamping kekurangan

zat kalsium mereka juga turut kekurangan zat besi. Tambah beliau lagi, bekalan zat

makanan untuk pembesaran sangat penting kepada mereka yang berada dalam kumpulan

usia 7 hingga 19 tahun kerana tempoh berkenaan adalah tempoh tumbesaran mereka.

Corak pemakanan mesti memenuhi keperluan zat bagi fizikal dan mental kerana ketika

inilah mereka sangat aktif manakala mentalnya pula digunakan untuk belajar. Faktor

pengambilan makanan juga merupakan elemen yang penting dalam menentukan tahap

kesihatan dan kecerdasan kanak-kanak. Sehingga kini masih kurang kajian-kajian yang

cuba menganalisis kekerapan, kandungan nutrien dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pengambilan makanan oleh pelajar sekolah khasnya di kalangan orang-orang Melayu.

1.2 Latar belakang masalah

Kajian status pemakanan penduduk melaporkan bahawa kanak-kanak daripada

keluarga berpendapatan rendah mengambil nutrien yang rendah arasnya dan mempunyai

bentuk tubuh yang rendah (Abraham, S. et al, 1977). Kajian di kawasan kemiskinan dan

kumpulan etnik saperti Orang Kulit Hitam dan Indian Amerika pula menunjukkan lebih

banyak pengambilan diet yang tidak baik (Owen G dan Lippman G, 1977).

Tabiat pemakanan setiap individu berbeza dan terbentuk sejak kecil lagi, ibu

bapalah yang mula mengasuh dan mengajar serta mengatur cara pemakanan anak-anak

mereka. Tabiat pemakanan yang dibawa sejak kecil mungkin berubah berdasarkan

faktor-faktor tertentu. Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan

seseorang individu ialah umur, jantina, bangsa, sosioekomoni, tahap pendidikan,

kepercayaan dan pengaruh luaran seperti mediamassa dan rakan sebaya (Store & Mc

Williams, 1990). Ramai pelajar yang tidak menghiraukan keperluan makanan sempurna.

Mereka kerap meninggalkan sajian tertentu terutamanya sarapan pagi (Guthrie, 1975).

Dalam kajian yang dilakukan oleh Krause (1969) pula mendapati kanak-kanak yang tidak

Page 24: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

4

mengambil sarapan pagi kurang berupaya dalam pelajarannya dan menyebabkan

gangguan emosi serta kurang stabil.

Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992) yang merupakan Pakar Pemakanan

dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan ibu bapa sering memberi

makanan dalam kuantiti yang banyak serta mengandungi karbohidrat kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan lebih banyak sumber makanan yang

mengandungi protein berbanding orang dewasa. Kesan daripada kekurangan zat

makanan, mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit, termasuk serangan cacing,

kurang darah dan cirit-birit yang menyebabkan tubuh kehilangan kandungan air.

Kekurangan zat makanan juga menjadi salah satu punca kanak-kanak seringkali

mengantuk di bilik darjah. Berikutan itu mereka sering diejek oleh kawan-kawan dan

guru pula kurang memberikan perhatian kepada mereka.

Banyak kajian dan kempen pemakanan sihat telah dijalankan namun

permasalahan pemakanan ini masih merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi

sepenuhya. Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan

Malaysia juga amat prihatin dalam menangani permasalahan ini. Program Rancangan

Makanan Tambahan Sekolah ( RMTS ) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah

rendah di Malaysia pada tahun 1979 dan diikuti Program Susu Sekolah yang mula

diperkenalkan pada tahun 1989 adalah antara program yang dijalankan bagi

meminimumkan masalah tersebut ( Abdul Rahman, 1993 ). Pengerusi Helwa Seberang

Perai Selatan, Jau-Zaharah Shaari (1992) berkata, ekoran daripada pengabaian ibu bapa

terhadap tanggungjawab mengenai pemakanan yang baik dan seimbang kepada anak-

anak mereka yang sedang membesar menjadi punca pelajar Melayu di luar bandar

mundur dalam pelajaran berbanding kaum lain. Hasil daripada kajian yang dijalankan di

kalangan ibu bapa di luar bandar terbukti benar apabila beberapa pelajarnya tidak

menunjukkan minat serta semangat untuk menimba ilmu sebaliknya mudah menyerah

kalah apabila tertekan.

Page 25: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

5

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pada

tahun 1996, para pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan dalam persekitaran yang

baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang maksimum. Sebaliknya pelajar

yang kurang mendapat zat makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan

mental, keletihan, kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosatan pencapaian

dalam pelajaran di sekolah (Wan Nudri & Aminah, 1996).

1.3 Pernyataan masalah

Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah corak pengambilan makanan yang

sebenar dilakukan oleh pelajar khasnya di luar bandar. Kajian mengenai corak

pengambilan makanan masyarakat di Malaysia semakin berkurangan, lebih-lebih lagi

corak pengambilan makanan dikalangan kanak-kanak. Daripada pemerhatian yang

dilakukan, tiada lagi kajian yang dilakukan kepada pelajar Melayu di sekolah rendah

hanya terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Puan Jau-Zaharah Shaari pada tahun 1992

tetapi kajian tersebut hanya melibatkan ibu bapa pelajar sahaja. Kajian yang dilakukan

oleh pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajiannya di universiti ini pada tahun

lepas juga kebanyakkannya hanya menyelidik corak pengambilan makanan dikalangan

pelajar di sekolah menengah.

Justeru itu, penyelidik mengambil langkah untuk melakukan kajian ini kepada

pelajar di sekolah rendah pula kerana amalan pengambilan makanan yang sihat perlu

diterapkan semasa kanak-kanak lagi. Hal ini turut disokong oleh Pakar Pemakanan dari

Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Hashim (1992)

dengan menyatakan ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke

atas memperolehi semua zat makanan kerana ianya penting untuk perkembangan otak

dan kesihatan mereka. Oleh itu, penyelidik ingin melakukan kajian untuk melihat

sejauhmana corak pengambilan makanan dikalangan pelajar Melayu Sekolah Kebangsaan

Pendas Laut di kawasan Zon Gelang Patah.

Page 26: CORAK PENGAMBILAN MAKANAN PELAJAR MELAYU … · kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan

6

1.4 Objektif kajian

1.5.1 Mengenalpasti kekerapan pengambilan makanan pelajar dalam sehari?

1.5.2 Mengenalpasti kandungan nutrien yang diambil oleh pelajar dalam

seminggu

1.5.3 Mengenalpasti faktor-faktor (suasana keluarga, media massa, teman

sebaya dan sosio ekonomi keluarga) dalam mempengaruhi pengambilan

makanan pelajar

1.5 Persoalan kajian

1.4.1 Apakah kekerapan pengambilan makanan yang diamalkan oleh pelajar

dalam sehari?

1.4.2 Apakah kandungan nutrien yang diambil oleh pelajar dalam seminggu?

1.4.3 Adakah faktor-faktor (suasana keluarga, media massa, teman sebaya dan

sosio ekonomi keluarga) mempengaruhi pengambilan makanan pelajar?