5
CRISIS INTERVENTION/ PENCELAHAN KRISIS Krisis = “A short period of psychological disequilibrium in a person who confronts a hazardous circumstance that for him constitutes an important problem which he can for the time being neither escape nor solve with his customary problem-solving resources.” Caplan, G (1964). Principles of preventative psychiatry. New York: Basic Books. CRISIS INTERVENTION Satu kaedah untuk menangani keributan/ kekusutan emosi yang dialami oleh individu-individu tertentu Pencelahan krisis selesai Klien tidak memerlukan perkhidmatan tambahan Keluar dari sistem Taksiran menunjukkan klien dalam krisis Pencelahan krisis mula Pencelahan Selesai Krisis selesai tetapi klien memerlukan sumber tambahan Rujuk untuk taksiran ulangan Pencelahan tidak berkesan Klien memerlukan Perkhidmatan tambahan Rujuk untuk taksiran ulangan 6 PRINSIP ASAS PENCELAHAN KRISIS 1 Taksiran, Perancangan, Brokering Taksiran Pencelahan Krisis KLIEN

Crisis Intervention

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

Citation preview

CRISIS INTERVENTION/ PENCELAHAN KRISIS

Krisis = A short period of psychological disequilibrium in a person who confronts a hazardous circumstance that for him constitutes an important problem which he can for the time being neither escape nor solve with his customary problem-solving resources. Caplan, G (1964). Principles of preventative psychiatry. New York: Basic Books.

CRISIS INTERVENTION

Satu kaedah untuk menangani keributan/ kekusutan emosi yang dialami oleh individu-individu tertentu

(KLIEN)

Pencelahan krisis selesai

Klien tidak memerlukan perkhidmatan tambahan

Keluar dari sistem

(Taksiran, Perancangan,BrokeringTaksiran semula) (Pencelahan Krisis)Taksiran menunjukkan klien dalam krisis

Pencelahan krisis mula

Pencelahan Selesai

Krisis selesai tetapi klien

memerlukan sumber tambahan

Rujuk untuk taksiran ulangan

Pencelahan tidak berkesan

Klien memerlukan Perkhidmatan tambahan

Rujuk untuk taksiran ulangan

6 PRINSIP ASAS PENCELAHAN KRISIS

1. Pencelahan dilakukan tanpa tangguhan - Dari segi tempoh, krisis adalah self-limiting. Tempoh krisis lazim ialah 4-6 minggu. Pencelahan perlu dilaksanakan dalam tempoh itu. Kalau tidak, klien akan mencari penyelesaiaan sendiri - mungkin pada tahap lebih buruk dari masa pre-crisis.

2. Mengelakkan kepenggantungan/ dependency

a) pencelahan perlu selesai dalam jangka-masa pendek. Keperluan

perkhidmatan tambahan adalah kes/ episod pencelahan yang

berbeza.

b) khidmat pencelahan dilakukan oleh lebih dari satu orang petugas.

3. Jaringan sosial klien (clients social network) digunakan sebagai keutamaan. Klien mempunyai sahabat, famili, rakan sepejabat, majikan yang ia sendiri belum gunakan dan yang boleh dikerah oleh petugas untuk membantu klien.

4. Pencelahan perlu fokus kepada masalah semasa yang mencetuskan krisis kepada klien

5. Kepercayaan dan komunikasi diantara klien dan petugas perlu dibangunkan. Petugas perlu tunjukkan kepada klien bahawa ia (petugas) berusaha demi kepentingan terbaik klien, amat ambik berat/ cakna, memahami masalah klien dan bersedia membantu.

6. Membangunkan harga dan keupayaan diri (self-esteem dan self reliance) klien. Petugas perlu menghidupkan keupayaan menyelesai-masalah, tingkah laku dan aspek-aspek positif klien. Petugas tidak menyelesaikan masalah klien tetapi membantu klien menyelesaikan masalah sendiri.

Individu mengalami krisis apabila berlaku ancaman terhadap keperluan atau matlamat (needs or goals) mereka pada sesuatu masa.

Needs or goals ini disebut sebagai essential attachment. Terdapat 7 essential attachment (Hansell (1976). The person-in-distress: On the biososial dynamics of adaptation. New York: Human Services Press).

Needs/ Goals

Maksud

Tanda kegagalan

Mendapatkan bekalan

Bekalan tertentu adalah perlu (essential) utk mengekalkan kefungsian, spt makanan, air. Juga maklumat

Kegagalan fizikal, hilang rasa minat

Mengekalkan hubungan intim

Rasa intim dengan seseorang

Hidup berseorangan, persahabatan yang minimum, tiada berita mengenai keintiman

Keanggotaan kumpulan

Kumpulan jaringan spt kelab, kumpulan kerja, kumpulan sekolah

Tiada kenalan, rasa terpinggir/ keseorangan

Rasa jatidiri

Mengenal diri

Benci diri sendiri, kabur mengenai identiti diri

Rasa harga diri dan kecekapan

Rasa sejahtera, ada keupayaan

Rasa gagal, tiada peraturan kerja

Dihubungkan dengan sistem ekonomi tunai

Ada pekerjaan, pasangan yang membantu, menerima bantuan

Tiada kuasa membeli, kurang keperluan asas, gelandangan

Sistem erti yang komprehensif

Sistem utk membuat keputusan, menentukan keutamaan

Tiada haluan hidup, alenation, tidak tahu membuat keputusan

PUNCA KEGAGALAN/ STRESS

1. Apabila individu rasa gagal mengawal hidupnya, apabila tiada sumber pendapatan

2. pengalaman atau jangkaan kecederaan fizikal atau psikologikal spt kebimbangan kerugian besar dalam bencana alam, kehilangan harga diri dalam perceraian

3. Kehilang sokongan sosial atau emosi, spt kehilangan pasangan, anak yang berpindah

4. Tanggapan sesuatu acara sebagai menyakitkan dan individu berusaha bersungguh utk mengelakkan kesakitan itu.

MASALAH-MASALAH YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEGAGALAN

1. Rasa tidak puas hati peribadi

2. Peminggiran, spt dalam pusat jagaan orang tua,

3. Kemiskinan/ kepapaan -

4. Penagihan

5. Krisis

6. Tingkah laku negatif (disruptive behaviour)

TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI KRISIS

1. Individu nampak sibuk

2.individu rasa bersalah kerana kegagalannya untuk menyelesaikan masalah

3. individu menjadi anti-dunia/ orang lain

4.individu mengalami gangguan fizikal - susah tidur, berdebar-debar

5. tingkah laku berubah - rutin harian berubah, penjagaan kesihatan diri tergugat

6. banyak tingkah laku tidak berfaedah - non-utilitarian

7.tidak mengambil berat/ peduli hal sekitarnya

8.perubahan hubungan dengan orang lain - individu menjadi bergantung atau mengasingkan diri

9.tingkah laku yang tidak sesuai dengan kepentingan diri individu

KEADAAN KRISIS LAZIM

1. Masalah keluarga dan perkahwinan - perceraian mempunyai impak berat ke atas anak-anak

2. kehilangan orang yang disayangi

3.Pemangsaan jenayah

4.Pengangguran/ kehilangan punca pendapatan/ keperluan kewangan luar- jangka

2