cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

  • View
    2.664

  • Download
    11

Embed Size (px)

Text of cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

Mata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Sarawak

Standard KandunganZaman Air Batu

Masa8.40 9.40 pagi (1 jam)

FokusStandard Pembelajaran2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu.

K 2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.

Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;

i. menyatakan maksud zaman air batu.ii. menjelaskan sekurang-kurangnya empat perubahan yang berlaku pada zaman air batu.iii. menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar.

Aktiviti1. Menonton tayangan video tentang salji yang turun pada musim sejuk semasa perayaan Hari Krismas (TMK) 2. Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas berdasarkan video yang ditonton.

3. Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami musim sejuk melalui slaid powerpoint (KPS)

4. Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

EMKNilai Murni : bersyukur, kasih sayang

KPS : elemen asas sejarah Dimensi Kewarganegaraan : berbangga dengan sejarah asal-

usul negara.

TMK : belajar melalui TMK

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kad arahan

Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.

Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.

Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)

Menonton tayangan video klip

1. Murid menonton tayangan video klip mengenai Perayaan Hari Christmas.2. Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan video yang ditonton:a) Adakah kamu melihat hujan salji dalam cerita sebentar tadi?

b) Apakah yang terjadi pada salji yang turun itu?c) Adakah salji turun di Malaysia?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni

bersyukur kasih sayang

EMK

TKP

TMK

KB menjana idea menghubung kaitBBM

Komputer riba, LCD, DVD

Aktiviti 1 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan:- Kumpulan 1 : Murid menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk.Kumpulan 2 : Murid menyenaraikan keadaan semasa cuaca panas.Catatan: Konsep i-think (bubble map)

2. Murid-murid menyenaraikan ciri-ciri cuaca panas dan cuaca sejuk dalam kertas sebak.

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.4. Guru merumuskan pembentangan murid dan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batuNilai Murni menghargai alam

EMK

keusahawanan

KB

menjana idea membanding beza

Ciri cuaca sejuk

menggigil

salji baju tebal

Ciri cuaca panas

berpeluh

matahari terik

haus/ dahaga

Zaman air batu adalah dunia diliputi salji dan berkeadaan sejuk

Aktiviti 2 (20 minit)1. Guru menunjukkan gambar slaid kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.

2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan berdasarkan gambar tersebut.3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah. 4. Guru menyoal murid sebab-sebab pencairan air batu.

5. Murid-murid memberi beberapa jawapan berdasarkan eksperimen tersebut.

6. Guru menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.

Nilai menghargai alamEMK

ICT

KB

memberi sebab suhu dibawah takat beku manusia bergerak bebas

dunia seolah-olah satu daratan sahaja litupan air batu yang jelas

Aktiviti 3 (15 minit)1. Guru membahagikan murid dalam tiga kumpulan kecil dan memperkenalkan permainan Kotak Beracun.

2. Guru menyediakan kotak beracun. Setiap kotak beracun tersebut mengandungi kad arahan yang berbeza.3. Kotak beracun akan diedarkan kepada setiap kumpulan dan berhenti mengikut iringan muzik yang dimainkan.4. Kad arahan:

Kad Arahan 1 : zaman Air batu)

Kad Arahan 2 (perubahan-perubahan zaman air batu)

Kad Arahan 3 (alam sekitar)5. Guru dan murid membuat perbincangan tentang menjaga alam sekitar.

EMKICT,pendidikan alam sekitar, sainsKB

menjana idea menjelas

BBM

gambar kotak beracun

kad arahan

suhu iklimbumi turunmenyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub danglasier gunung.

Penutup (5 minit)

1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar berkaitan zaman air batu. 2. Murid diminta menyatakan kepentingan menjaga alam sekitar.

3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.Nilai menjaga alam sekitarZaman air batu juga dikatakan sebagai suatutempoh glasieruntuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.

Kad Arahan 1Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?

2.Bagaimana keadaan waktu ini?

3.Bagaimana pergerakan manusia pada waktu ini?

Kad Arahan 2Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

1.Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?

2.Mengapakah air batu boleh cair?

Kad Arahan 3Lihat klip video berikut dan kemudian jawab soalan-soalan berikut

1.Pada pandangan kumpulan anda, mengapa peristiwa tersebut berlaku?

2.Berikan sebab mengapa kita perlu menjaga alam sekitar?

Nama ahli Kumpulan 3:

1. Simon Anak Nangau

SK ST.Dunstan,Maang

2. Khalid Jeraul

SK Jalan Arang

3. Heng Yain Ling

SJK Sam Hap Hin

4. Yvonne Kho

SJK CH Bt 11, Matang

5. Phang Kong Jan

SJK CH Sejijak

6. Alene Macaulay

SK Paya Mebi

7. Awang

SK Semban

8. Robinson Anak DawumSK Taba Sait

9. Desa Simbo

SK ST. Patrick