Upload
others
View
105
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
- 1 -
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
RAYUAN JENAYAH B-05(LB)-332-12/2015
(Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Shah Alam No: 45A-101-05/2013)
ANTARA
PENDAKWA RAYA ... PERAYU
DAN
SYAHRANI BIN ISHAK ... RESPONDEN
KORAM
MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR
AHMADI HAJI ASNAWI, HMR
KAMARDIN HASHIM, HMR
- 2 -
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Pendahuluan
[1] Ini ialah rayuan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya
Malaysia (“perayu”) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah
Alam bertarikh 25.11.2015 yang telah melepaskan dan
membebaskan responden di akhir kes pendakwaan atas satu
pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen
39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh
dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB 1952 (“pertuduhan
pertama”).
[2] Responden telah dihadapkan dengan 2 (dua) pertuduhan
seperti berikut:-
Pertuduhan Pertama:
“Bahawa kamu pada 3 Disember 2012 jam lebih kurang
12.10 petang di rumah beralamat No. 33, Jalan Kemboja 5A,
Taman Kemboja 5, Bukit Sentosa 8, Bukit Sentosa di dalam
Daerah Hulu Selangor di dalam Negeri Selangor Darul
Ehsan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 18.0 gram
Heroin dan 7.7 gram Monoacetylmorphines, dan dengan itu
kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen
39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum
di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
- 3 -
Pertuduhan Kedua
“Bahawa kamu pada 3 Disember 2012 jam lebih kurang
12.10 petang di rumah beralamat No. 33, Jalan Kemboja 5A,
Taman Kemboja 5, Bukit Sentosa 8, Bukit Sentosa di dalam
Daerah Hulu Selangor di dalam Negeri Selangor Darul
Ehsan telah memilikki dadah berbahaya iaitu
Methamphetamine sejumlah berat 4.22 gram, dan dengan
itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.”.
[3] Bagi pertuduhan pertama, responden tidak mengaku
bersalah dan minta dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, Yang
Arif Hakim Mahkamah Tinggi (Y.A Hakim Bicara) telah memutuskan
bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes
prima facie dan responden telah dilepaskan dan dibebaskan
daripada pertuduhan tersebut tanpa dipanggil membela diri.
[4] Bagi pertuduhan kedua pula, responden telah mengaku
bersalah dan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Y.A
Hakim Bicara telah mensabitkan responden dan menjatuhkan
hukuman penjara 3 (tiga) tahun daripada tarikh dia ditangkap
(3.12.2012).
[5] Pendakwa Raya hanya merayu terhadap keputusan Y.A
Hakim Bicara yang telah melepaskan dan membebaskan
responden bagi pertuduhan pertama.
- 4 -
[6] Kami telah mendengar rayuan ini pada 29.11.2016 dan di
akhir pendengaran, kami memutuskan bahawa rayuan perayu tidak
bermerit. Kami menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah
pelepasan dan pembebasan yang dibuat oleh Y.A Hakim Bicara.
Kini kami zahirkan alasan-alasan terperinci keputusan kami.
Fakta Kes
[7] Fakta kes ini tidak begitu rumit dan bolehlah diringkaskan
seperti berikut –
(a) Tempat kejadian ialah sebuah rumah beralamat di No.
33, Jalan Kemboja 5A, Taman Kemboja 5, Bukit
Sentosa 8, Bukit Sentosa, Selangor (“rumah tersebut”).
(b) Pada 3.12.2012, jam lebih kurang 12.10 petang, S/Insp
Ranlan Rose bin Ibrahim (“SP6”) bersama-sama
dengan sepasukan anggota polis dari Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik Selangor telah membuat
serbuan di rumah tersebut.
(c) Apabila mereka sampai di rumah tersebut, pintu rumah
didapati terbuka tetapi pintu grill berkunci. Mereka
memperkenal diri sebagai polis dan mengetuk pintu
hadapan rumah tersebut beberapa kali tetapi tidak
dibuka. Oleh itu, SP6 telah mengarahkan salah
seorang anggota serbuan untuk memecahkan pintu grill
rumah tersebut.
- 5 -
(c) Apa yang terjadi seterusnya ialah SP6 telah memasuki
rumah tersebut dan mengatakan bahawa beliau melihat
responden sedang melarikan diri kearah tingkap tingkat
atas rumah tersebut. SP6 terus mengejar responden
bersama-sama anggota lain. Apabila sampai di tingkat
atas, SP6 mengatakan bahawa beliau melihat
responden sedang berdiri di tepi sebuah tingkap di
dalam sebuah bilik dan cuba mencampakkan sesuatu
melalui tingkap bilik tersebut.
(d) Dikatakan telah berlaku sedikit pergelutan antara SP6,
anggotanya dan responden tetapi akhirnya responden
telah berjaya ditangkap. Pada masa yang sama, SP6
bersama-sama anggotanya telah merampas 1 (satu)
bungkusan plastik lutsinar yang telah pecah dan
mengandungi bahan-bahan yang disyakki heroin yang
sedang dipegang oleh responden. Dikatakan bahawa
kandungan bungkusan plastik lutsinar itu bertaburan di
atas lantai di tepi tingkap bilik tersebut dan SP6
mengarahkan anggotanya untuk mengutip dan
mengumpul semula bahan-bahan tersebut.
(e) Di atas lantai itu juga dijumpai 1 (satu) beg plastik yang
tertera perkataan “BODY GLOVE” dan apabila SP6
membukanya, didapati di dalamnya 1 (satu) bungkusan
plastik mengandungi bahan yang disyakki heroin.
- 6 -
(f) Pemeriksaan terhadap badan responden menjumpai: 1
(satu) beg kecil warna hitam yang tertera perkataan
“ULTRA THIN” di bahagian pinggang responden.
Apabila ia dibuka, didapati 1 (satu) ikatan plastik lutsinar
yang mengandungi bahan yang disyakki syabu.
(g) Dalam serbuan itu juga, SP6 dan pasukannya telah
merampas eksibit-eksibit berikut:-
(i) 1 (satu) alat pemanas tertera perkataan “SEALER”.
(ii) 1 (satu) alat pemanas tertera perkataan “IMPULSE
SEALER”;
(iii) 2 dua bungkusan plastik lutsinar kosong 2 ½ x 3 ½
bersaiz 04;
(iv) 1 (satu) sudu besi;
(v) 1 (satu) bungkusan plastik mengandungi straw
pelbagai warna; dan
(vi) Sebuah kereta Toyota Hilux No. Pendaftaran CCM
229 dan 1 (satu) rangkai kunci yang diambil dari
poket seluar responden.
Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan
[8] Setelah membuat penilaian maksimum terhadap kes pihak
pendakwaan, Y.A Hakim Bicara telah memutuskan bahawa pihak
- 7 -
pendakwaan telah gagal mewujudkan satu kes prima facie
terhadap responden berhubung dengan pertuduhan pertama.
Justeru, responden telah dilepaskan dan dibebaskan tanpa
dipanggil membela diri.
[9] Pada intipatinya, alasan-alasan Y.A Hakim Bicara apabila
memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan responden
berhubung dengan pertuduhan pertama bolehlah diringkaskan
seperti berikut:-
(a) Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan
bahawa responden mempunyai milikan terhadap dadah
berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan
kerana rumah tersebut dihuni oleh 4 (empat) orang
yang lain;
(b) Kredibiliti SP6 dipertikaikan kerana beliau telah
memberi keterangan yang bercanggah. Pada mulanya
SP6 mengatakan rumah tersebut mempunyai 1 (satu)
tingkat tetapi kemudiannya mengatakan bahawa rumah
tersebut mempunyai 2 (dua) tingkat;
(c) Pihak pendakwaan telah gagal untuk memanggil
anggota dan/atau anggota-anggota serbuan yang telah
memecahkan pintu grill dan turut sama mengejar
responden ke tingkat atas bersama-sama dengan SP6
dan bergelut dengan responden. Oleh itu, keterangan
- 8 -
SP6 mengenai perkara ini tidak disokong oleh mana-
mana keterangan lain bagi memberi keyakinan kepada
Mahkamah mengenai kebenarannya;.
(d) Pihak pendakwaan telah gagal untuk memanggil
anggota-anggota serbuan yang ditempatkan di
belakang rumah tersebut untuk membuat pemerhatian
bagi mengesahkan bahawa sebenarnya responden
telah cuba untuk mencampak sesuatu melalui tingkap
bilik berkenaan;
(e) Pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan melalui
keterangan Mohammad Amirul Fauzi bin Zainoddin
(“SP2”) dan Badarul Hisham bin Zainoddin (“SP4”)
bahawa sebenarnya terdapat 2 (dua) lagi orang yang
ditangkap di rumah tersebut (“Zamani dan Fakru Rizal)
pada masa material. Kedua-dua orang yang ditangkap
ini berkemungkinan besar adalah penyewa dan/atau
penghuni bilik berkenaan.
(f) Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa
responden adalah penyewa rumah tersebut; dan
(g) Telah berlaku kesilapan-kesilapan dokumentasi yang
disediakan oleh SP6.
- 9 -
Rayuan
[10] Alasan utama yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa
Raya (“TPR”) terpelajar untuk mencabar keputusan Y.A Hakim
Bicara ialah bahawa beliau terkhilaf apabila memutuskan pihak
pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa responden
mempunyai milikan terhadap dadah yang menjadi hal perkara
pertuduhan pertama.
[11] TPR terpelajar berhujah bahawa pihak pendakwaan telah
berjaya membuktikan melalui keterangan SP6 bahawa apabila
serbuan dibuat, SP6 melihat responden berada di tangga di dalam
rumah tersebut dan kemudiannya telah berlari naik ke tingkat atas.
SP6 telah mengejar responden dan mendapati responden berdiri
berhampiran dengan sebuah tingkap di dalam bilik dan cuba
mencampakkan sesuatu. Satu pergelutan telah berlaku di rumah
tersebut tetapi responden akhirnya berjaya ditangkap.
[12] TPR seterusnya menghujahkan bahawa keadaan responden
yang dilihat sedang memegang bungkusan berisi dadah berbahaya
dan perbuatan cuba mencampakkannya melalui tingkap jelas
menunjukkan bahawa dia mempunyai milikan fizikal terhadap
dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan.
Tambahan pula, perbuatan responden yang melarikan diri apabila
SP6 dan anggotanya memperkenalkan diri mereka sebagai polis
boleh dibuat inferen bahawa responden mempunyai pengetahuan
mengenai kandungan bungkusan tersebut. Oleh itu mens rea telah
- 10 -
dibuktikan.
[13] Bagi menyokong hujahnya, TPR terpelajar merujuk kepada
kes-kes berikut –
(i) Siew Yoke Keong v P.P [2013] 4 CLJ 149;
(ii) P.P v Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72;
(iii) Johar Mustapha v P.P [2009] 6 CLJ 193; dan
(iv) P.P v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209.
[14] Sebaliknya, peguambela terpelajar responden berhujah
bahawa Y.A Hakim Bicara telah meneliti keterangan SP6 dengan
cermat dan memutuskan untuk menolak keterangan beliau kerana
terdapat banyak kecacatan dan kelemahan. Kredibiliti SP6 tidak
menyakinkan Mahkamah. Terdapat beberapa aspek keterangan
SP6 yang meragukan, antara lain ialah –
(a) SP6 dan anggotanya dikatakan telah bergelut dengan
responden yang dikatakan cuba mencampakkan
sesuatu melalui tingkap, namun anggota yang terlibat
tidak dipanggil memberi keterangan bagi menyokong
keterangan SP6;
(b) Jika benar telah berlaku pergelutan antara SP6,
anggotanya dan responden serta bungkusan plastik
lutsinar yang dipegang oleh responden telah pecah,
- 11 -
sudah tentu akan terdapat kesan serbuk dadah
berkenaan pada pakaian dan badan responden. Tidak
ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwaan mengenai perkara ini.
(c) Persoalan juga berbangkit mengenai sama ada
responden ialah seorang penyewa dan/atau penghuni
rumah tersebut. Justeru, tidak ada “nexus” antara
dadah yang dijumpai di dalam bilik tersebut dan
responden. Perlu ditekankan bahawa pihak
pendakwaan mendakwa bahawa di atas lantai bilik
tersebut telah dijumpai 1 (satu) beg plastik yang tertera
“BODY GLOVE” yang di dalamnya didapati 1 (satu)
bungkusan plastik yang mengandungi bahan yang
disyakki heroin yang juga menjadi hal perkara
pertuduhan pertama.
[15] Sebelum kami membincangkan hujah-hujah yang
dikemukakan oleh pihak-pihak, kami ingin membuat pemerhatian
yang berikut –
(a) Hampir keseluruhan alasan yang dikemukakan oleh
TPR untuk mencabar keputusan Y.A Hakim Bicara
adalah berkisar kepada penemuan fakta, terutamanya
mengenai kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan
SP6.
- 12 -
(b) Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa
kredibiliti dan kebolehpercayaan seseorang saksi
adalah merupakan domain hakim bicara. Mahkamah
yang mendengar rayuan terhadap penemuan fakta
oleh hakim bicara hendaklah mengambil sikap berhati-
hati untuk mengakaskan penemuan fakta tersebut.
Dalam kes Muniandy & Ors v P.P [1966] 1 LNS 110,
Mahkamah Persekutuan menegaskan –
“We appreciate that this Court should not lightly
differ from the views of the trial Judge since he
had the advantage of seeing and hearing the
witnesses whose demeanour he was able to
study in order to form his opinion as to their
credibility. However, in certain circumstances, it
would be right and proper to do so. As was said
by Lord Greene MR in Yuill v. Yuill:
We were reminded of certain well-known
observations in the House of Lords dealing with
the position of an appellate Court when the
judgment of the trial Judge has been based in
whole or in part on his opinion of the demeanour
of witnesses. It can, of course, only be on the
rarest occasions, and in circumstances where
the appellate Court is convinced by the plainest
considerations, that it would be justified in finding
that the trial Judge had formed a wrong opinion.
But when the Court is so convinced it is, in my
opinion, entitled and indeed bound to give effect
to its conviction. It has never been laid down by
the House of Lords that an appellate Court has
- 13 -
no power to take this course. Puisne Judges
would be the last persons to lay claim to
infallibility, even in assessing the demeanour of a
witness. The most experienced Judge may,
albeit rarely, be deceived by a clever liar, or led
to form an unfavourable opinion of an honest
witness, and may express his view that his
demeanour was excellent or bad as the em may
be. Most experienced Counsel can, I have no
doubt, recall at least one case where this has
happened to their knowledge. I may further point
out that an impression as to the demeanour of a
witness ought not to be adopted by a trial Judge
without testing it against the whole of the
evidence of the witness in question. If it can be
demonstrated to conviction that a witness whose
demeanour has been praised by the trial Judge
has on some collateral matter deliberately given
an untrue answer, the favourable view formed by
the Judge as to his demeanour must necessarily
lose its value.”.
(Lihat juga Herchun Singh & Ors v PP [1969] 2 MLJ 209;
[1969] 1 LNS 52, FC), Clarke v Edinburgh and District
Tramways Co Ltd (1919) SC35; Powell and Wife v
Streathem Manor Nursing Home (1935) AC 243; Lai Him
Hon & Ors v PP [1981] 1 MLJ 84; [1980] 1 LNS 197;
Kandasamy v Mohamed Mustafa [1983] 2 MLJ 85; [1983]
CLJ 7 (Rep)).
(c) Dalam kes Elliston v Glencore Services (UK) Ltd [2006]
EWCA Civ 407, Mahkamah Rayuan United Kingdom
- 14 -
menyatakan –
“23. It is axiomatic that this court only very rarely
reverses a trial judge's findings of primary fact, and
then only if it is satisfied that the trial judge was plainly
wrong. The authorities cited by Mr Choudhury, if
authority is needed for the proposition, make that
manifestly clear. The question, however, is whether, in
the light of the arguments presented to us on each
side, we can be so satisfied in this case.
24. I make the further point that it is all too easy for
an appellate court to criticise individual sentences or
infelicities of language or reasoning of a trial judge,
notwithstanding that at the end of the day his judgment
on the entirety of the evidence may well have been
correct. A judgment should be looked at in the round,
particularly where the outcome depends on the judge's
assessment of the credibility of the respective
witnesses. It should not be picked over or construed
as though it were a piece of legislation or a complex
commercial contract. Nor should a judge be criticised
for not mentioning every item of evidence.”.
(d) Walaupun SP6 ialah seorang pegawai polis dan seksyen
114(e) Akta Keterangan 1950 boleh dipakai terhadap
keterangannya, namun keterangan seseorang pegawai polis
hendaklah diperlakukan seperti saksi-saksi lain. Dalam kes
Kesavan a/l Krishnan v Pendakwa Raya [2015] 6 CLJ
163 (CA), Mahkamah menyatakan –
“[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa keterangan
saksi-saksi polis hendaklah diterima jika keterangan
- 15 -
tersebut didapati munasabah (lihat P.P v Mohamed Ali
[1962] MLJ 257; P.P v Aedy Osman [2009] 1 LNS 13;
P.P v Abdul Latif bin Sakimin [2005] 6 MLJ 351].
Pada pandangan kami, proposisi undang-undang
bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah secara
prima facie diterima oleh Mahkamah tidak boleh dipakai
secara universal tanpa pengecualian. Ia banyak
bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud
dalam sesuatu kes.
[41] Dalam kes State and Raymond Titus [High
Court Ref No: 13858], Mahkamah Tinggi Afrika Selatan
membincangkan mengenai pendekatan yang perlu
diambil dalam menilai keterangan saksi polis seperti
berikut:
"[11] As noted earlier, the fact that Horn was a
policeman did not per se entitle his evidence to
greater weight than that of the accused nor constitute
a basis for laying caution to rest. It is true that the
accused in the present case, if he was guilty, had a
motive to testify dishonestly, ie to avoid conviction
and punishment; but this is true in virtually every
criminal case. Furthermore, and while one naturally
does not expect a policeman to lie and falsely
implicate an accused person, it is unfortunately not
possible to say that this never happens. Police
officials may have a desire to obtain convictions,
particularly where a suspect is known to them as a
person who has had previous brushes with the law or
is one whom they suspect for other reasons (not
founded in the evidence before the court) of having
engaged in criminal activity. I do not for a moment
suggest that the majority of policeman would behave
in this way but, where an accused protests his
- 16 -
innocence, one cannot dismiss it out of hand as being
by its very nature a far-fetched possibility.”.
[42] Kami bersetuju dengan pendekatan yang
diambil oleh kes di atas dan berpendapat ia
merupakan pendekatan yang betul dalam
mempertimbangkan keterangan yang diberikan oleh
saksi-saksi agensi-agensi penguatkuasa, termasuklah
saksi polis.
…
[44] Mengenai kes Mohamad Ali (supra), kami ingin
membuat beberapa ulasan. Kes ini diputuskan
sebelum kes Loo Kow Chai & Anor v P.P [2003] 2
AMR 89 dan Balachandran v P.P [2005] 1 CLJ 85
yang memutuskan bahawa kesemua keterangan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwaan hendaklah
tertakluk kepada penilaian maksimum. Terdapat juga
kes-kes di mana saksi-saksi polis telah diputuskan
oleh Mahkamah mereka-reka, menokok tambah atau
membunga-bungai (embellished) keterangan bagi
menyokong kes pendakwaan (lihat P.P v Wong Moy
[1988] 3 MLJ 280; Chan King Yu v P.P [2009] 1 CLJ
601; P.P v Yap Boon Chong [1992] 2 CLJ 1257; P.P
v Foong Sek Hoong [1989] 2 CLJ (Rep) 314).”.
(e) Beban adalah terletak di atas pihak pendakwaan untuk
membuktikan keseluruhan kes tanpa keraguan yang
munasabah. Frasa “keraguan munasabah” telah banyak
diperkatakan. Bagi tujuan penghakiman ini, kami memetik
keputusan kes Singapura, Jagathesan s/o Krishnasamy v
Public Prosecutor [2006] SLR 66 apabila Mahkamah
memutuskan –
- 17 -
“61. To summarise, the Prosecution bears the burden
of proving its case beyond reasonable doubt. While this
does not mean that the Prosecution has to dispel all
conceivable doubts, the doctrine mandates that, at the
very least, those doubts for which there is a reason that
is, in turn, relatable to and supported by the evidence
presented, must be excluded. Reasonable doubt might
also arise by virtue of the lack of evidence submitted,
when such evidence is necessary to support the
Prosecution’s theory of guilt. Such a definition of
reasonable doubt requires the trial judge to apply his
mind to the evidence; to carefully sift and reason
through the evidence to ensure and affirm that his
finding of guilt or innocence is grounded entirely in logic
and fact. A trial judge must also bear in mind that the
starting point of the analysis is not neutral. An accused
is presumed innocent and this presumption is not
displaced until the Prosecution has discharged its
burden of proof. Therefore, if the evidence throws up a
reasonable doubt, it is not so much that the accused
should be given the benefit of the doubt as much as the
Prosecution’s case simply not being proved. In the final
analysis, the doctrine of reasonable doubt is neither
abstract nor theoretical. It has real, practical and
profound implications in sifting the innocent from the
guilty; in deciding who should suffer punishment and
who should not. The doctrine is a bedrock principle of
the criminal justice system in Singapore because while
it protects and preserves the interests and rights of the
accused, it also serves public interest by engendering
confidence that our criminal justice system punishes
only those who are guilty.”.
- 18 -
Keputusan Mahkamah Ini
[16] Teras kes pendakwaan ialah keterangan SP6, iaitu ketua
pasukan serbuan. Atas risiko mengulang, SP6 menyatakan
bahawa apabila beliau tiba di rumah tersebut, pintu grill adalah
berkunci dan mengarahkan ia dipecahkan. Apabila masuk ke
dalam rumah tersebut, SP6 melihat responden berlari ke tingkat
atas dan cuba mencampakkan sesuatu melalui tingkap sebuah
bilik. Satu pergelutan berlaku dan SP6 bejaya merampas 1 (satu)
bungkusan plastik lutsinar yang telah pecah dan mengandungi
bahan-bahan yang disyakki heroin yang sedang dipegang oleh
responden.
[17] Tidak syak lagi, keterangan SP6, jika diterima oleh Y.A
Hakim Bicara, tentu dapat membuktikan bahawa responden
mempunyai milikan dadah berbahaya yang menjadi hal perkara
pertuduhan pertama.
[18] Kami bersetuju dengan hujah TPR bahawa keterangan
seseorang polis tidak perlu disokong oleh keterangan lain.
Terdapat banyak kes yang telah diputuskan yang menyokong
proposisi undang-undang tersebut. Dalam kes Tahir v State
(Delhi) [1996] 3 SCC 338, Hakim D.A.S Anand menyatakan:
“Where the evidence of the police officials, after
careful scrutiny, inspires confidence and is found to be
trustworthy and reliable, it can form basis of conviction
and the absence of some independent witness of the
- 19 -
locality to lend corroboration to their evidence does not
in any way affect the creditworthiness of the
prosecution case.”.
[19] Walau bagaimanapun, isu sama ada keterangan seseorang
saksi, termasuklah saksi polis, perlu disokong oleh keterangan lain
adalah bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud dalam
sesuatu kes. Sekiranya keterangan tersebut, selepas diteliti dari
segala aspek, didapati boleh dipercayai, keterangan sokongan
tidak diperlukan. Jika sebaliknya, Mahkamah perlu melihat kepada
keterangan lain yang boleh mengesahkan atau menyokong apa
yang didiposkan oleh saksi tersebut. Dalam hubungan ini,
pandangan Mahkamah Agong India dalam kes Takhaji Hiraji v
Thakore Kubersing Chamansing AIR 2001 SC 2328, boleh
dijadikan pandangan –
“19. … It is true that if a material witness, which
would unfold the genesis of the incident or an essential
part of the prosecution case, not convincingly brought
to fore otherwise, or where there is a gap or infirmity in
the prosecution case which could have been supplied
or made good by examining a witness which though
available is not examined, the prosecution case can be
termed as suffering from a deficiency and withholding
of such a material witness would oblige the Court to
draw an adverse inference against the prosecution by
holding that if the witness would have been examined
it would not have supported the prosecution case. On
the other hand if already overwhelming evidence is
- 20 -
available and examination of other witnesses would
only be a repetition or duplication of the evidence
already adduced, non-examination of such other
witnesses may not be material.”.
[20] Kami mendapati Y.A Hakim Bicara telah meneliti keterangan
SP6 dengan cermat dan berhati-hati. Y.A Hakim Bicara
memfokuskan mindanya terhadap persoalan-persoalan berikut –
(a) sama ada sebenarnya SP6 telah mengejar responden
yang sedang melarikan diri ke tingkat atas rumah
tersebut. Nampaknya, Y.A Hakim Bicara meragui fakta
ini. Dalam keadaan tersebut, beliau memerlukan
sokongan dan pengesahan saksi-saksi relevan yang
lain. Pada masa tersebut, Mohammed Amirul Fauzi bin
Zainoddin (“SP2”) dan Badarul Hisham bin Zainoddin
(“SP4”) berada di bahagian tingkat bawah rumah
tersebut. Malangnya, mengikut Y.A Hakim Bicara, pihak
pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa soalan
kepada mereka untuk mengesahkan perkara ini.
Berdasarkan kedudukan SP2 dan SP4 di dalam rumah
tersebut, mereka sudah tentu dapat mengesahkan atau
menafikan hal tersebut.
(b) SP6 menyatakan bahawa telah terjadi pergelutan
antara dia, anggotanya dan responden. Selain
daripada keterangan lisan SP6, tiada saksi lain,
- 21 -
termasuklah anggota serbuan yang dikatakan terlibat
dalam pergelutan tersebut dipanggil, untuk memberi
keterangan.
[21] Secara khusus, Y.A Hakim Bicara meragui kredibiliti SP6
atas sebab-sebab yang berikut –
(a) SP6 telah memberikan keterangan yang tidak benar
apabila menyatakan rumah tersebut ialah sebuah
rumah setingkat.
(b) SP6 telah membuat laporan tangkapan yang ditanda
sebagai Eks. P5. Dalam laporan tersebut, SP6
memberikan gambaran seolah-olah hanya responden
seorang sahaja yang ditangkap pada hari tersebut.
Namun, semasa pemeriksaan balas, SP6 mengakui
bahawa sebenarnya terdapat 4 (empat) lagi tangkapan
lain pada hari yang sama di rumah yang sama.
Laporan tangkapan ialah seperti berikut:-
Eksibit Bukit
Sentosa Tangkapan Pada/Dalam Badan Waktu
P5 6396/12 Syahrani (OKT) Methamphetamine 13:43
D28 6399/12 Zamzani Heroin 14:00
D29 6401/12 Fakru Rizal Heroin 15:27
D30 6403/12 Badarul Hisham (SP4) Air kencing positif 15:27
D31 6404/12 Amirul Fauzi (SP2) Tiada 15:48
- 22 -
(c) SP6 mengakui terdapat kesilapan dalam menyediakan
dokumentasi eksibit yang dirampas, termasuklah
gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu di balai.
[22] Kami sendiri telah meneliti keterangan SP6. Kami mendapati
keterangan SP6 mempunyai banyak kelemahan. Kami bersetuju
dengan hujah TPR bahawa percanggahan dalam keterangan
mengenai bilangan tingkat rumah tersebut tidak material dan tidak
boleh memusnahkan asas kes pihak pendakwaan. Proposisi
undang-undang mengenai hal ini adalah banyak. Dalam kes
Gunalan Ramachandran v P.P [2006] 1 CLJ 857 Mahkamah
menyatakan –
“Minor discrepancies are possible even in the version
of truthful witnesses and such minor discrepancies
only add to the truthfulness of their evidence (Sidhan
v. State of Kerala [1986] Cri LJ 470, 473 (Ker)). But
discrepancies in the statements of witnesses on
material points should not be lightly passed over,
as they seriously affect the value of their
testimony (Brij Lal v. Kunwar, 36 A 187: 18 CWN
649: A 1914 PC 38). The main thing to be seen is
whether the inconsistencies go to the root of the
matter or pertain to insignificant aspects thereof. In the
former case, the defence may be justified in seeking
advantage of the incongruities obtaining in the
evidence. In the latter, however no such benefit may
be available to it (Krishna Pillai Sree Kumar v. State
of Kerala A [1981] SC 1237, 1239: 1981 Cri LJ
734).”.
(Penekanan ditambah).
- 23 -
[23] Dalam nada yang sama, Mahkamah Agung India dalam kes
State of U.P. v Naresh [2011] 4 SCC 324 menyatakan –
“Therefore, mere marginal variations in the statements
of a witness cannot be dubbed as improvements as
the same may be elaborations of the statement made
by the witness earlier. The omissions which amount
to contradictions in material particulars i.e. go to
the root of the case/materially affect the trial or
core of the prosecution's case, render the
testimony of the witness liable to be discredited.”.
(Penekanan ditambah).
[24] Jika kita melihat percanggahan tersebut secara berasingan
dan terpisah, mungkin ia tidak menjejaskan kredibiliti SP6. Namun,
jika dilihat aspek keterangan SP6 secara keseluruhan, kami
berpendapat bahawa keterangan SP6 tidak boleh diterima begitu
sahaja (“on its face value”). Banyak kesilapan yang dilakukan oleh
SP6, termasuklah dalam perkara-perkara mudah, remeh dan rutin
(“routine”) seperti penyediaan dokumentasi eksibit yang dirampas.
SP6 juga nampaknya tidak mendedahkan keseluruhan cerita
mengenai apa yang terjadi di rumah tersebut, termasuklah
penangkapan 2 (dua) orang lagi lelaki di rumah terebut pada hari
kejadian. TPR menghujahkan bahawa penangkapan 2 (dua) orang
lagi lelaki adalah merupakan satu kes yang berasingan dan tidak
berkaitan dengan kes ini. Dengan hormat, kami tidak bersetuju
kerana Mahkamah berhak untuk mendapatkan gambaran penuh
- 24 -
mengenai peristiwa yang berlaku memandangkan tangkapan
dibuat di rumah yang sama dan pada masa yang hampir sama.
[25] Kami tidak dapat memahami keputusan pihak pendakwaan
untuk tidak memanggil beberapa anggota serbuan lain yang terlibat
secara langsung atau bersama-sama dengan SP6 dalam
menangkap repsonden, terutamanya anggota yang terlibat dalam
pergelutan bersama SP6 dengan responden dibilik tingkat atas
rumah tersebut. Keterangan ini penting kerana walaupun plastik
yang mengandungi heroin yang dipegang oleh responden
dikatakan pecah dan kandungannya bertaburan di atas lantai, bukti
tidak dikemukakan mengenai kesan serbuk dadah tersebut pada
badan dan pakaian responden.
[26] Pada hemat kami, keraguan Y.A Hakim Bicara mengenai
kredibiliti dan kebolehpercayaan SP6 adalah berasas. Banyak
persoalan yang berbangkit yang tidak terjawab berhubung dengan
beberapa aspek keterangan SP6.
[27] Berhubung dengan 1 (satu) beg plastik yang tertera “BODY
GLOVE” yang dijumpai di atas lantai bilik tersebut, yang di
dalamnya terdapat 1(satu) bungkusan plastik yang mengandungi
dadah heroin, kami berpendapat tidak ada keterangan yang kukuh
yang boleh mengaitkannya dengan responden.
- 25 -
[28] Pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa responden
ialah penyewa bilik tersebut dengan memanggil SP2, tetapi SP2
gagal mengemukakan sebarang dokumen asal yang boleh diterima
masuk sebagai keterangan bagi menunjukkan dia ialah pemilik
rumah tersebut. SP2 hanya mengemukakan sekeping salinan
fotostat berwarna bil elektrik yang tertera namanya dan salinan asal
langsung tidak dikemukakan. Tiada sebarang perjanjian bertulis
antara SP2 dan responden dikemukakan dan resit bayaran sewa
juga tidak dikemukakan. Di samping itu, tiada apa-apa surat,
dokumen peribadi atau benda-benda yang lain yang boleh
dikaitkan dengan responden telah dijumpai di dalam bilik tersebut.
[29] Berdasarkan keadaan yang terdapat dalam kes ini,
kemugkinan Zamani dan Fakru Rizal yang ditangkap di tingkat
bawah adalah penyewa/penghuni bilik berkenaan tidak boleh
dinafikan dan/atau diketepikan begitu sahaja. Zamani dan Fakru
Rizal tidak dipanggil memberi keterangan dan penyataan mereka
juga tidak dikemukakan sebagai keterangan di bawah seksyen 32
Akta Keretangan 1950. Tiada sebarang penjelasan diberikan oleh
pihak pendakwaan mengenai kegagalan tersebut.
[30] Proposisi undang-undang mengenai dadah yang dijumpai di
dalam bilik yang berada di bawah kawalan seseorang tertuduh
telah dinyatakan oleh Mahkamah ini, antara lain, dalam kes P.P v
Lim Cheung Meng & Anor & Another Appeal [2015] 1 LNS
1226, apabila Mahkamah memutuskan:
- 26 -
“[25] It is perhaps convenient at the outset to briefly
state the law on “possession” where the drugs were
found in a place/area under the control of an accused.
A determination of whether there is “possession”
depends on the particular facts of each case. Factors
that used to be considered in determining whether an
accused is in possession of the drugs found in a
place/area under his or her control include his or her
knowledge that the drugs were in the place/area, his or
her access to the place/area where the drugs were
found and his or her physical proximity to the drugs.
[26] The possession prohibited by law need not be
actual physical custody and control of the drugs; it is
sufficient if the prosecution proves that the accused
had knowledge of its presence and the power and
intent to control its disposal. Further, possession need
not be exclusive; a person may be deemed to be in
joint possession of a drug which is in the physical
custody and control of another person, if he or she
wilfully shares with the other the right of control over
the drug.
[27] As a matter of common sense, there is a strong
inference that a person who is the sole occupant of a
house or apartment has custody or control over
anything in the house or apartment. Where the drugs
are found in a dwelling house, then it would be
reasonable to infer that the sole occupant knowingly
possessed the drugs. On the other hand, where there
is more than one person living at the residence, there
must be some additional evidence to prove the guilt of
each of the accused. While association between the
accused may be relevant, association alone is never
- 27 -
sufficient to prove guilt beyond a reasonable doubt.
(See Leow Nghee Lim v Reg [1955] 1 LNS 53;
[1956] 22 MLJ 28; Chan Pean Leon v P.P [1956]1
LNS 17; [1956] MLJ 237; Yee Ya Mang v P.P [1971] 1
LNS 156; [1972] 1 MLJ 120; P.P v Badrulsham bin
Baharom [1987] 1 lns 72; [1988] 2 MLJ 585; P.P v
Muhammad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1992] 3
CLJ Rep 408; [1994] 2 MLJ 576; Peng Chee Meng v
P.P [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137; Gooi
Loo Seng v P.P [1993] 2 MLJ 137; P.P v Lin Lian
Chen [1992] 1 CLJ Rep 285; [1992] 2 MLJ 561; P.P v
Abdul Rahman bin Alif [2007] 4 CLJ 337).”.
[31] Dalam kes ini, fakta asas atau penting bahawa responden
ialah penyewa bilik, menghuninya seorang diri dan mempunyai
jagaan dan kawalan telah tidak dapat dibuktikan oleh pihak
pendakwaan, apatah lagi bukti bahawa responden mempunyai
jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah
berkenaan.
[32] Fakta asas yang boleh membawa kepada inferen bahawa
dadah tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan responden
juga telah tidak berjaya dibuktikan.
[33] Perlu diambil perhatian bahawa dadah yang menjadi hal
perkara pertuduhan pertama termasuklah heroin seberat 18.0 gram
yang dijumpai di atas lantai bilik tersebut. Sekiranya pemilikan
heroin ini tidak dapat dibuktikan, pertuduhan pertama di bawah
seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 tidak dapat dipertahankan.
- 28 -
Kesimpulan
[34] Kami berpuashati bahawa Y.A Hakim Bicara telah menilai
keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan
teliti dan telah mencapai keputusan yang betul apabila
memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan
kes prima facie berhubung pertuduhan pertama. Terdapat banyak
kelemahan dan kecacatan dalam keterangan pihak pendakwaan,
terutamanya keterangan SP6, bagi memberikan keyakinan kepada
Mahkamah bahawa adalah selamat untuk bersandar kepada
keterangan tersebut.
[35] Justeru, kami sebulat suara menolak rayuan perayu dan
mengekalkan keputusan Y.A Hakim Bicara. Responden dengan ini
dilepaskan dan dibebaskan serta merta.
Bertarikh: 12 Mei 2017
t.t.
(MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu: Mohd Zain bin Ibrahim Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya.