62
DASAR KESELAMATAN ICT KKR RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 1 dari 62 KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA DASAR KESELAMATAN ICT BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN KERJA RAYA 2009

DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

  • Upload
    vancong

  • View
    250

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 1 dari 62

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN ICT

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN KERJA RAYA

2009

Page 2: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 2 dari 62

Cetakan Pertama 2009 Kementerian Kerja Raya Penasihat Y. Bhg. Datuk Thomas George A/L M.S.George Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Penyelaras En. Mat Naain Bin Mat Jusoh Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kerja Raya E-mel : [email protected] Editor En. Azlin Shah Bin Ihsan Pn. Fazlina Hashim Pn. Jayaletchumi T. Sambantha Moorthy ISBN : 978-983-44278-0-1 Penerbitan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kerja Raya Tingkat 4, Blok B, Kompleks Kementerian Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603-2771 4513 Faks : 603-2711 4433 Laman web : www.kkr.gov.my

Versi pertama telah dicetak pada tahun 2007

Page 3: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 3 dari 62

KANDUNGAN PENGENALAN 12 OBJEKTIF 12 SKOP 12 PRINSIP-PRINSIP 12 CIRI-CIRI KESELAMATAN MAKLUMAT 14 PERKARA 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR 15 Dasar Keselamatan ICT KKR 15 DK-010101 Pelaksanaan Dasar 15 DK-010102 Penyebaran Dasar 15 DK-010103 Penyelenggaraan Dasar 15 DK-010104 Pemakaian Dasar 15 PERKARA 02 ORGANISASI KESELAMATAN 16 Infrastruktur Keselamatan Organisasi 16 DK-020101 Ketua Setiausaha KKR 16 DK-020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 16 DK-020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) 17 DK-020104 Pengurus ICT 18 DK-020105 Pentadbir Sistem ICT 18 DK-020106 Pentadbir Rangkaian 19 DK-020107 Penyelaras ICT 19 DK-020108 Pengguna 20 Pihak Ketiga 21 DK-020201 Keperluan Keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga 21 PERKARA 03 KAWALAN DAN PENGELASAN ASET 22 Akauntabiliti Aset 22 DK-030101 Inventori Aset ICT 22 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat 22 DK-030201 Pengelasan Maklumat 22 DK-030202 Pengendalian Maklumat 22

Page 4: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 4 dari 62

PERKARA 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA 24 Keselamatan ICT Dalam Tugas Harian 24 DK-040101 Tanggungjawab Keselamatan 24 DK-040102 Terma dan Syarat Perkhidmatan 24 DK-040103 Perakuan Akta Rahsia Rasmi 24 Menangani Insiden Keselamatan ICT 24 DK-040201 Pelaporan Insiden 24 Pendidikan 25 DK-040301 Program Kesedaran Keselamatan ICT 25 Tindakan Tatatertib 25 DK-040401 Pelanggaran Dasar 25

PERKARA 05 KESELAMATAN FIZIKAL 26 Keselamatan Kawasan 26 DK-050101 Perimeter Keselamatan Fizikal 26 DK-050102 Kawalan Masuk Fizikal 26 DK-050103 Kawasan Larangan 27 Keselamatan Aset ICT 28 DK-050201 Perkakasan 28 DK-050202 Dokumen 28 DK-050203 Media Storan 29 DK-050204 Kabel 30 DK-050205 Penyelenggaraan 30 DK-050206 Peminjaman Perkakasan Untuk Kegunaan di Luar Pejabat 31 DK-050207 Pengendalian Peralatan Luar Dibawa Masuk 32 DK-050208 Pelupusan 32 DK-050209 Clear Desk dan Clear Screen 32 Keselamatan Persekitaran 33 DK-050301 Kawalan Persekitaran 33 DK-050302 Bekalan Kuasa 34 DK-050303 Prosedur Kecemasan 34

Page 5: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 5 dari 62

PERKARA 06 PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI 36 Pengurusan Prosedur Operasi 36 DK-060101 Pengendalian Prosedur 36 DK-060102 Kawalan Perubahan 36 Perancangan dan Penerimaan Sistem 37 DK-060201 Perancangan Kapasiti 37 DK-060202 Penerimaan Sistem 37 Perisian Berbahaya 38 DK-060301 Perlindungan dan Perisian Berbahaya 38 Housekeeping 39 DK-060401 Penduaan (backup) 39 DK-060402 Sistem Log 39 Pengurusan Rangkaian 40 DK-060501 Kawalan Infrastruktur Rangkaian 40 Pengurusan Media 42 DK-060601 Penghantaran dan Pemindahan 42 DK-060602 Prosedur Pengendalian Media 42 DK-060603 Keselamatan Dokumentasi Sistem 43 Keselamatan Komunikasi 43 DK-060701 Internet 43 DK-060702 Mel Elektronik (E-Mel) 44 Pemantauan 46 DK-060801 Merekodkan Maklumat 46 PERKARA 07 PENGURUSAN INSIDEN 47 Prosedur Pengurusan Insiden 47 DK-070101 Kawalan Pengurusan Insiden 47 DK-070102 Insiden Keselamatan ICT 47 DK-070103 Pelaporan Insiden 48 PERKARA 08 KAWALAN CAPAIAN 49 Dasar Kawalan Capaian 49 DK-080101 Keperluan Dasar 49

Page 6: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 6 dari 62

Pengurusan Capaian Pengguna 49 DK-080201 Akaun Pengguna 49 DK-080202 Jejak Audit 50 Kawalan Capaian Sistem ICT 51 DK-080301 Sistem Maklumat dan Aplikasi 51 DK-080302 Rangkaian 51 DK-080303 Sistem Operasi 53 Perkakasan ICT Mudah Alih 54 DK-080401 Penggunaan Perkakasan ICT Mudah Alih dan Kerja Jarak Jauh 54 PERKARA 09 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM 55

Keselamatan dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi 55

DK-090101 Keperluan Keselamatan 55 Kriptografi 55 DK-090201 Enkripsi (encryption) 55 DK-090202 Tandatangan Digital 55 DK-090203 Pengurusan Kunci 56 Fail Sistem 56 DK-090301 Kawalan Fail Sistem 56 Pembangunan dan Proses Sokongan 56 DK-090401 Kawalan Perubahan 56 PERKARA 10 PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN 58 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan 58 DK-100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan 58 PERKARA 11 PEMATUHAN 59 Pematuhan dan Keperluan Perundangan 59 DK-110101 Pematuhan Dasar 59 DK-110102 Keperluan Perundangan/Peraturan/Garis Panduan 59

Page 7: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 7 dari 62

DEFINISI Aset ICT

Data, maklumat, perkakasan, perisian, aplikasi, rangkaian, dokumentasi dan kemudahan ICT yang berada di bawah tanggungjawab KKR

Audit trail

Log yang dijana dari komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian bagi tindakan keselamatan

Ketua Jabatan/Agensi

Termasuk Ketua Pengarah Kerja Raya,Ketua Eksekutif, Presiden, Timbalan Ketua Setiausaha,Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah/Setiausaha Bahagian

Mobile Code

Perisian yang diperolehi dari sistem luar atau jauh (remote), dipindahkan melalui rangkaian dan kemudiannya dilaksanakan pada sistem local tanpa instalasi nyata (explicit) atau pelaksanaan oleh penerima. Contoh mobile code ialah termasuklah scripts (JavaScript, VBScript), Java applets, ActiveX controls, Flash animations, Shockwave movies (and Xtras), and macros di dalam dokumen office

Pasukan Penyelaras Keselamatan ICT KKR

Pasukan yang menyelaraskan keselamatan aset ICT

Pegawai Aset

Pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengurusan inventori aset ICT Agensi/Bahagian/Cawangan/ Unit.

Pegawai Keselamatan

Pegawai Keselamatan Agensi/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang dilantik. Pegawai yang perlu dirujuk sekiranya terdapat cadangan pengwujudan jawatan, pengambilan dan latihan penjawat-penjawat awam yang menjalani tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggunaan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan.

Page 8: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 8 dari 62

Pegawai Teknikal

Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) dan pegawai lain yang bertanggungjawab mengendalikan aset ICT.

Pengguna

Warga KKR, pembekal, kontraktor, pakar runding dan lain-lain yang menggunakan aset ICT .

Pengurus ICT

Ketua yang menguruskan Bahagian/ Cawangan/ Unit ICT

Pentadbir Rangkaian

Pegawai yang bertanggungjawab dalam mentadbir, membina dan menguji rangkaian

Pentadbir Sistem

Pegawai yang bertanggungjawab mentadbir sesuatu sistem

Penyelaras ICT

Penyelaras ICT Bahagian/Cawangan yang dilantik oleh Ketua Jabatan/Agensi masing-masing.

Rahsia

Dokumen terperingkat yang membahayakan Keselamatan Negara dan menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada kuasa asing.

Rahsia Besar

Dokumen terperingkat dimana jika terdedah akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia

Sulit

Dokumen terperingkat dimana jika didedahkan tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat atau kegiatan kerajaan atau perseorangan atau memalukan atau menyusahkan kepada pentadbiran atau memberi keuntungan besar kepada negara asing.

Page 9: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 9 dari 62

Terhad

Maklumat-maklumat/dokumen-dokumen/ bahan-bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan.

Warga KKR

Kakitangan KKR termasuk kakitangan Jabatan/Agensi/Bahagian/Cawangan/Unit

SINGKATAN CERT

Computer Emergency Response Team

CIO

Chief Information Officer

DK

Dasar Keselamatan

ICTSO

ICT Security Officer (Pegawai Keselamatan ICT)

JPICT

Jawatankuasa Pemandu ICT

Page 10: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 10 dari 62

KATA-KATA ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan

Maklumat di atas kejayaan menghasilkan satu lagi penerbitan bertajuk Dasar

Keselamatan ICT Kementerian Kerja Raya untuk dijadikan rujukan khasnya oleh

warga Kementerian ini.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem

penyampaian melalui penggunaan ICT. Selaras dengan hasrat ini, Kementerian

Kerja Raya telah meningkatkan penggunaan ICT dalam meningkatkan kualiti

penyampaian perkhidmatan dengan menyediakan lebih banyak saluran interaktif

seperti sms, aplikasi laman web dan teknologi komunikasi tanpa wayar untuk

digunakan.

Sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat dan era dunia tanpa sempadan

pada hari ini, kita tidak dapat lari daripada ancaman siber seperti pencerobohan

data, fraud dan sebagainya. Sehubungan itu, adalah penting untuk kita selaku

pengguna ICT memahami dan mengetahui kaedah serta prosedur tertentu dalam

menggunakan aplikasi ICT secara berhemah yang seterusnya dapat

mengurangkan risiko daripada terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman seperti

yang disebutkan.

Sebagai memenuhi hasrat ini, penerbitan dokumen Dasar Keselamatan ICT

diharap dapat dijadikan panduan oleh semua warga Kementerian di samping

memberi pendedahan mengenai kaedah penggunaan ICT yang selamat dan

penerangan mengenai bahaya ancaman ICT terhadap operasi Kementerian.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua kakitangan Kementerian agar dapat

menggunakan peralatan ICT dengan bijak dan berhemah serta mematuhi arahan-

arahan keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan ICT

Kementerian Kerja Raya.

Terima kasih.

Y. BHG. DATUK THOMAS GEORGE A/L M.S.GEORGE

Page 11: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 11 dari 62

KATA-KATA ALUAN SETIAUSAHA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas IzinNya julung kali Bahagian

Pengurusan Maklumat (BPM) berjaya mengeluarkan satu buku mengenai

keselamatan ICT yang dikenali sebagai Dasar Keselamatan ICT KKR.

Buku ini akan menjadi rujukan kepada semua warga KKR dalam pengurusan dan

pelaksanaan ICT yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan perkakasan,

perisian dan juga maklumat. Kemajuan teknologi ICT yang begitu pesat

berkembang masa kini yang sangat memberi kesan kepada sistem penyampaian

perkhidmatan kerajaan. Soal keselamatan ICT terutama “Maklumat” perlu di ambil

perhatian yang serius. Gejala-gejala negatif yang merupakan agen dalam

pencerobohan maklumat secara siber semakin giat aktif masa kini. Amat bahaya

sekali apabila perkara ini berlaku diluar kawalan fisikal dimana ianya menerusi

jaringan rangkaian awam (internet) yang terdedah kepada umum.

Justeru itu, dengan adanya Dasar Keselamatan ini maka setiap pengguna ICT

di KKR akan lebih berhati-berhati dan sentiasa merujuk kepada langkah-langkah

keselamatan yang tertera dalam buku ini. Pematuhan kepada keselamatan seperti

yang terkandung dalam Dasar Keselamatan ini adalah wajib dipatuhi dan

sebarang penyelewengan boleh menyebabkan seseorang pegawai atau

kakitangan diambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu saya menyeru kepada

semua warga KKR agar mematuhi segala peraturan keselamatan ICT yang telah

digariskan agar pelaksanaan program ICT di KKR berjaya mencapai matlamat

dan selamat daripada sebarang insiden keselamatan ICT. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah saya rakamkan

kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah terlibat secara langsung atau

tak langsung dalam usaha penerbitan buku Dasar Keselamatan ICT KKR ini.

Terima Kasih. “Keselamatan Tanggungjawab Bersama”

MAT NAAIN BIN MAT JUSOH

Page 12: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 12 dari 62

PENGENALAN

Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti

dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) Kementerian Kerja Raya (KKR) termasuk Jabatan/Agensi

dibawahnya. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KKR

mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KKR.

Aset ICT termasuk data, maklumat, perkakasan, perisian, aplikasi, rangkaian,

dokumentasi dan kemudahan ICT yang berada di bawah tanggungjawab KKR.

OBJEKTIF

Dasar Keselamatan ICT KKR diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan

KKR dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

SKOP

Dasar ini meliputi semua sumber atau aset ICT yang digunakan seperti :

a. Maklumat (contoh: fail, dokumen, data elektronik),

b. Perisian (contoh: aplikasi dan sistem perisian),

c. Fizikal (contoh: komputer, peralatan komunikasi dalam rangkaian berwayar

dan tanpa wayar serta media magnet).

Dasar ini terpakai kepada semua pengguna yang menggunakan aset ICT di KKR.

PRINSIP-PRINSIP Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT KKR dan perlu

dipatuhi adalah seperti berikut:

a. Akses atas dasar perlu mengetahui

Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan

spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar “perlu

mengetahui” sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya

peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut.

Pertimbangan untuk akses adalah berdasarkan kategori maklumat seperti

Page 13: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 13 dari 62

yang dinyatakan di dalam dokumen Arahan Keselamatan perenggan 53,

muka surat 17;

b. Hak akses minimum

Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum

iaitu untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan perlu untuk

membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini,

mengubah atau membatalkan sesuatu data atau maklumat. Hak akses

adalah dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan dan

tanggungjawab pengguna/bidang tugas;

c. Akauntabiliti

Semua pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua tindakannya

terhadap aset ICT KKR.

d. Pengasingan

Tugas mewujud, memadam, mengemaskini, mengubah dan mengesahkan

data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak

dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran

maklumat terperingkat atau di manipulasi. Pengasingan juga merangkumi

tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian;

e. Pengauditan

Pengauditan adalah untuk mengenal insiden berkaitan keselamatan atau

mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan

pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Dengan itu,

aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian

hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan

keselamatan atau audit trail;

f. Pematuhan

Dasar Keselamatan ICT KKR hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi bagi

mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh

membawa ancaman kepada keselamatan aset ICT;

Page 14: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 14 dari 62

g. Pemulihan

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan

kebolehcapaian. Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang

gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh

dilakukan melalui aktiviti penduaan dan mewujudkan pelan pemulihan

bencana/kesinambungan perkhidmatan; dan

h. Saling bergantungan

Setiap prinsip di atas adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung

antara satu sama lain. Dengan itu, tindakan mempelbagaikan pendekatan

dalam menyusun dan mencorakkan sebanyak mungkin mekanisme

keselamatan adalah perlu bagi menjamin keselamatan yang maksimum.

CIRI-CIRI KESELAMATAN MAKLUMAT

a. Kerahsiaan Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan di

akses tanpa kebenaran;

b. Integriti

Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemaskini. Ia hanya

boleh diubah dengan cara yang dibenarkan;

c. Tidak boleh disangkal

Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh

disangkal;

d. Kesahihan

Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan

e. Kebolehsediaan

Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa.

Page 15: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 15 dari 62

PERKARA 01 - PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR

01 Dasar Keselamatan ICT

DK-010101 Pelaksanaan Dasar

Tanggungjawab melaksanakan dasar

Pelaksanaan dasar ini adalah tanggungjawab Ketua Setiausaha KKR dengan dibantu oleh Pasukan Pengurusan Keselamatan ICT yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) dan Ketua Jabatan/Agensi

Ketua Setiausaha KKR, Ketua

Jabatan/Agensi, Pengurus ICT

DK-010102 Penyebaran Dasar

Penyebaran Dasar ini bertujuan memastikan hala tuju pengurusan organisasi untuk melindungi aset ICT selaras dengan kehendak perundangan, Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna KKR yang berurusan dengan KKR.

ICTSO

DK-010103 Penyelenggaraan Dasar

Penyelarasan mengikut perubahan dan keperluan semasa

Dasar Keselamatan ICT KKR adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan atau kepentingan sosial. Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan Dasar keselamatan ICT KKR: a. Kenal pasti dan tentukan perubahan yang

diperlukan; b. Kemukakan cadangan pindaan secara

bertulis kepada ICTSO untuk pembentangan dan persetujuan JPICT; dan

c. Perubahan yang telah dipersetujui oleh JPICT dimaklumkan kepada semua pengguna;

ICTSO

DK- 010104 Pemakaian Dasar

Pemakaian tanpa pengecualian

Dasar keselamatan ICT KKR adalah terpakai kepada semua pengguna Aset ICT KKR dan tiada pengecualian diberikan.

Pengguna

Page 16: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 16 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

01 Infrastruktur Organisasi Keselamatan

Objektif : Menerangkan peranan dan tanggungjawab individu yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif organisasi.

DK-020101 Ketua Setiausaha KKR

Peranan dan tanggungjawab Ketua Setiausaha KKR

Peranan dan tanggungjawab Ketua Setiausaha KKR adalah seperti berikut: a. Memastikan semua pengguna memahami

dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT KKR;

b. Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan

c. Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT KKR.

Ketua Setiausaha KKR

DK-020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Peranan dan tanggung jawab CIO

Peranan dan tanggung jawab CIO adalah seperti berikut: a. Membantu dan menasihati Ketua

Setiausaha/ Ketua Jabatan/Agensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;

b. CIO Kementerian Kerja Raya mengetuai CERT KKR;

c. Menentukan keperluan keselamatan ICT; dan

d. Membangun dan menyelaras pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.

Nota: Merujuk kepada surat pelantikan rasmi CIO oleh KSU KKR atau Ketua Jabatan/Agensi.

CIO

Page 17: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 17 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

DK-020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Peranan dan tanggungjawab ICTSO

Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut: a. Mengurus keseluruhan program-program

keselamatan ICT KKR; b. Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT

KKR; c. Memberi penerangan dan pendedahan

berkenaan Dasar Keselamatan ICT KKR kepada semua pengguna;

d. Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT KKR;

e. Menjalankan pengurusan risiko; f. Menjalankan audit, mengkaji semula,

merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;

g. Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah - langkah perlindungan yang bersesuaian;

h. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT (GCERT) MAMPU dan memaklumkannya kepada CIO dan CERT KKR;

i. Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;

j. Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT KKR; dan

k. Menyedia dan melaksanakan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.

ICTSO

Page 18: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 18 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

Nota: Merujuk kepada surat pelantikan rasmi ICTSO oleh KSU KKR atau Ketua Jabatan/Agensi.

DK-020104 Pengurus ICT

Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT

Peranan dan tanggung jawab Pengurus ICT adalah seperti berikut: a. Memahami dan mematuhi Dasar

Keselamatan ICT KKR; b. Menentukan kawalan akses semua

pengguna terhadap aset ICT kerajaan; c. Melaporkan sebarang perkara atau

penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO; dan

d. Memastikan penyimpanan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT KKR dilaksanakan.

Pengurus ICT

DK-020105 Pentadbir Sistem ICT

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT adalah seperti berikut: a. Memahami dan mematuhi Dasar

Keselamatan ICT KKR; b. Bertanggungjawab atas operasi Pusat

Data Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing;

c. Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera apabila dimaklumkan mengenai pegawai atau kakitangan yang berhenti, bertukar, bercuti atau berlaku perubahan dalam bidang tugas;

d. Menentukan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu tahap capaian berdasarkan arahan pemilik sumber maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT KKR;

e. Memantau aktiviti capaian harian pengguna;

Pentadbir Sistem ICT

Page 19: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 19 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

f. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta-merta;

g. Menyimpan dan menganalisis rekod jejak audit; dan

h. Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian kepada pemilik maklumat berkenaan secara berkala.

DK-020106 Pentadbir Rangkaian

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian

Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian adalah seperti berikut: a. Memahami dan mematuhi Dasar

Keselamatan ICT KKR; b. Memantau penggunaan rangkaian

komputer Kementerian/Jabatan/Agensi; c. Menyediakan laporan aktiviti rangkaian; d. Memastikan pengurusan keselamatan

berjalan dengan sempurna; e. Memantau aktiviti capaian harian

pengguna; f. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal

seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta-merta;

g. Menyimpan dan menganalisis rekod jejak audit; dan

h. Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian kepada pemilik maklumat berkenaan secara berkala.

Pentadbir Rangkaian

DK-020107 Penyelaras ICT

Peranan dan tanggungjawab Penyelaras ICT.

Peranan dan tanggungjawab Penyelaras ICT adalah seperti berikut: a. Menyelaras aktiviti ICT di Bahagian/

Cawangan/ Unit; dan

Penyelaras ICT Bahagian/Cawangan/

Unit

Page 20: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 20 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

b. Melaporkan sebarang perkara atau penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO.

DK-020108 Pengguna

Peranan dan tanggungjawab pengguna

Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut: a. Membaca, memahami dan mematuhi

Dasar Keselamatan ICT KKR; b. Mengetahui dan memahami implikasi

keselamatan ICT kesan dari tindakannya; c. Melaksana prinsip-prinsip Dasar

Keselamatan ICT dan menjaga kerahsiaan maklumat KKR;

d. Melaksana langkah-langkah perlindungan seperti berikut: i. Menghalang pendedahan maklumat

kepada pihak yang tidak dibenarkan; ii. Memeriksa maklumat dan menentukan

ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;

iii. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

iv. Menjaga kerahsiaan kata laluan; v. Mematuhi standard, prosedur, langkah

dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan;

vi. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan,pemprosesan,penyimpanan, penghantaran,penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

vii. Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.

e. Melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT kepada Penyelaras ICT dengan segera;

f. Menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan

Pengguna

Page 21: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 21 dari 62

PERKARA 02 - ORGANISASI KESELAMATAN

g. Menandatangani surat akuan pematuhan Dasar Keselamatan ICT KKR.

02 Pihak Ketiga

Objektif : Menjamin keselamatan semua aset ICT yang digunakan oleh pihak ketiga.

DK-020201 Keperluan keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga

Akses kepada aset ICT KKR perlu berlandaskan kepada perjanjian kontrak. Perkara-perkara berikut hendaklah dimasukkan di dalam perjanjian yang dimateraikan: a. Dasar Keselamatan ICT MAMPU; b. Tapisan Keselamatan; c. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972

dimana adalah menjadi kesalahan seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi sekiranya sebarang rahsia rasmi dibocorkan;

d. Hak Harta Intelek; dan Pihak Ketiga adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan Hak Harta Intelek untuk sebarang perkakasan dan perisian yang dibekalkan kepada KKR. KKR tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang isu yang berkaitan dengan Hak Harta Intelek perkakasan dan perisian yang dibekalkan.

e. Klausa Disclaimer Klausa Disclaimer hendaklah disediakan sekiranya pengguna dibenarkan mengakses maklumat yang dibekalkan oleh KKR.

Nota: Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan secara Tender” dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1995 bertajuk “Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perundingan” yang berkaitan juga boleh dirujuk.

Ketua Setiausaha KKR

Page 22: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 22 dari 62

PERKARA 03 - KAWALAN DAN PENGELASAN ASET

01 Akauntabiliti Aset

Objektif : Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT KKR DK-030101 Inventori Aset ICT

Semua aset ICT KKR hendaklah direkodkan. Ini termasuklah mengenal pasti aset, mengelas aset mengikut tahap sensitiviti aset berkenaan dan merekodkan maklumat seperti pemilik dan sebagainya. Setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset ICT di bawah kawalannya.

Pegawai aset/ Pentadbir Sistem/

Pentadbir Rangkaian

Pengguna

02 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat

Objektif: Memastikan setiap maklumat atau aset ICT diberikan tahap perlindungan yang bersesuaian.

DK-030201 Pengelasan Maklumat

Maklumat mesti dikelaskan dan dilabelkan sewajarnya. Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen. Arahan Keselamatan seperti berikut: a. Rahsia Besar; b. Rahsia; c. Sulit; atau d. Terhad.

Warga KKR

DK-030202 Pengendalian Maklumat

Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnahkan hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut: a. Menghalang pendedahan maklumat

kepada pihak yang tidak dibenarkan;

Warga KKR

Page 23: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 23 dari 62

PERKARA 03 - KAWALAN DAN PENGELASAN ASET

b. Memeriksa, menyemak dan menentukan

maklumat ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;

c. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

d. Menjaga kerahsiaan kata laluan; e. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan

garis panduan keselamatan yang ditetapkan;

f. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

g. Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.

Page 24: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 24 dari 62

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

01 Keselamatan ICT Dalam Tugas Harian

Objektif : Meminimumkan risiko seperti kesilapan, kecuaian, kecurian, penipuan dan penyalahgunaan aset ICT KKR.

DK-040101 Tanggungjawab Keselamatan

Peranan dan tanggungjawab pengguna terhadap keselamatan ICT mestilah lengkap, jelas, direkodkan, di patuhi dan dilaksanakan serta dinyatakan di dalam fail meja atau kontrak. Keselamatan ICT merangkumi tanggungjawab pengguna dalam menyediakan dan memastikan perlindungan ke atas semua aset atau sumber ICT yang digunakan di dalam melaksanakan tugas harian.

Pengguna

DK-040102 Terma dan Syarat Perkhidmatan

Warga KKR mesti mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan oleh peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Warga KKR

DK-040103 Perakuan Akta Rahsia Rasmi

Pengguna yang menguruskan maklumat terperingkat hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pengguna

02 Menangani Insiden Keselamatan ICT

Objektif: Meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT

DK-040201 Pelaporan Insiden

Insiden keselamatan ICT seperti berikut hendaklah dilaporkan kepada CERT KKR dengan kadar segera: a. Pelanggaran Dasar (Violation of Policy); b. Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan

(Denial of Service); c. Pencerobohan (Intrusion); d. Pemalsuan (Forgery);

Pengguna

Page 25: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 25 dari 62

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

e. Spam; f. Malicious Code; g. Harrassment/Threats; h. Attempts/ HackThreats/ Information

Gathering; dan i. Kehilangan Fizikal (Physical Loss). Nota : Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam” mengenainya bolehlah dirujuk.

03 Pendidikan

Objektif: Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan ICT.

DK-040301 Program Kesedaran Keselamatan ICT

Setiap pengguna di KKR perlu diberikan program kesedaran, latihan atau kursus mengenai keselamatan ICT yang mencukupi secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka. Program menangani insiden juga dilihat penting sebagai langkah proaktif yang boleh mengurangkan ancaman keselamatan ICT KKR.

ICTSO dan

Pengurus ICT

04 Tindakan Tatatertib

Objektif: Meningkat kesedaran dan pematuhan ke atas Dasar Keselamatan ICT KKR

DK-040401 Pelanggaran Dasar

Pelanggaran Dasar Keselamatan ICT KKR akan dikenakan tindakan tatatertib.

Pengguna

Page 26: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

01 Keselamatan Kawasan

Objektif : Mencegah akses fizikal yang tidak dibenarkan, kerosakan dan gangguan kepada premis dan maklumat.

DK-050101 Perimeter Keselamatan Fizikal

Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh. Langkah-langkah keselamatan fizikal tidak terhad kepada langkah-langkah berikut: a. Mengenal pasti kawasan keselamatan

fizikal dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko;

b. Mempamerkan papan tanda kawasan larangan;

c. Memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan;

d. Memperkukuhkan dinding dan siling; e. Menghadkan jalan keluar masuk; f. Mengadakan kaunter kawalan; g. Menyediakan tempat atau bilik khas untuk

pelawat-pelawat; h. Mewujudkan perkhidmatan kawalan

keselamatan; dan i. Memasang alat penggera atau kamera

(CCTV) jika berkaitan.

Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua

Setiausaha (Operasi), CIO,

ICTSO dan Penyelaras ICT.

DK-050102 Kawalan Masuk Fizikal

Kawalan masuk fizikal adalah bertujuan untuk mewujudkan kawalan keluar masuk ke premis/ bangunan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi. a. Setiap pengguna KKR hendaklah memakai

atau mengenakan pas keselamatan sepanjang waktu bertugas;

b. Mendaftarkan setiap pelawat di pintu utama Kementerian/ Jabatan/ Agensi dahulu;

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 26 dari 62

Page 27: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

c. Setiap pelawat boleh mendapat Pas

Keselamatan Pelawat di pintu masuk ke kawasan atau tempat berurusan dan hendaklah dikembalikan semula selepas tamat lawatan;

d. Menyerahkan balik semua Pas Keselamatan Kakitangan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi apabila pengguna berhenti atau bersara;

e. Melaporkan kehilangan pas dengan segera kepada pentadbiran Kementerian/ Jabatan/ Agensi; dan

f. Hanya pengguna yang diberi kebenaran sahaja boleh mencapai atau menggunakan aset ICT KKR;

DK-050103 Kawasan Larangan

Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan. Hanya pegawai-pegawai dengan kebenaran atau yang berkuasa (mempunyai akses dalam bentuk kad) boleh memasuki kawasan larangan. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. Kawasan larangan di KKR adalah bilik Menteri KKR, bilik Timbalan Menteri KKR, bilik Ketua Setiausaha KKR, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KKR, Pusat Data dan bilik riser. a. Secara umumnya peralatan ICT hendaklah

dijaga dan dikawal dengan baik oleh individu yang dipertanggungjawabkan dengan peralatan ICT tersebut;

b. Melarang pihak-pihak lain (selain daripada yang disebut di atas) sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, serta mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan berkenaan selesai; dan

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 27 dari 62

Page 28: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

c. Semua penggunaan peralatan yang melibatkan penghantaran, kemas kini dan penghapusan maklumat rahsia rasmi hendaklah dikawal dan mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha KKR.

02 Keselamatan Aset ICT

Objektif : Melindungi aset ICT daripada hilang, rosak, dicuri atau salah guna serta gangguan ke atas aktiviti KKR

DK-050201 Perkakasan

Secara umumnya aset ICT hendaklah dijaga dan dikawal dengan baik supaya boleh digunakan bila perlu. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Setiap pengguna hendaklah menyemak

dan memastikan semua perkakasan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna.

b. Menyimpan dan meletakkan semua perkakasan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan;

c. Setiap pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan perkakasan ICT di bawah kawalannya; dan

d. Melaporkan kepada ICTSO mengenai sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna perkakasan.

Pengguna

DK-050202 Dokumen

Bagi memastikan integriti maklumat, langkah-langkah pengurusan dokumentasi yang baik dan selamat perlu dilaksanakan. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Memastikan dokumentasi sistem atau

penyimpanan maklumat adalah selamat dan terjamin;

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 28 dari 62

Page 29: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

b. Menggunakan tanda atau label keselamatan seperti Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad dan Terbuka kepada dokumen;

c. Mewujudkan sistem pengurusan dokumen terperingkat bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat supaya ianya diuruskan berasingan daripada dokumen-dokumen tidak terperingkat;

d. Memastikan dokumen yang mengandungi bahan atau maklumat sensitif diambil segera dari media output; dan

e. Menghantar maklumat terperingkat melalui media elektronik hanya selepas mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Agensi dan menggunakan enkripsi (encryption).

DK-050203 Media Storan (seperti pita magnetik, cakera keras, CD, disket, optical disk, removal disk (thumb drive/pen drive) dan sebagainya.

Keselamatan media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ianya berupaya menyimpan maklumat yang besar. Langkah-langkah pencegahan seperti berikut hendaklah di ambil untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat yang di simpan dalam media storan adalah terjamin dan selamat : a. Menyediakan ruang penyimpanan yang

baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan kandungan maklumat;

b. Menghadkan akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media kepada mereka atau pengguna yang dibenarkan sahaja;

c. Mendapat kelulusan pemilik maklumat terlebih dahulu sebelum menghapuskan maklumat atau kandungan;

d. Merekodkan sistem pengurusan media termasuk inventori, pergerakan, melabel dan penduaan (backup); dan

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 29 dari 62

Page 30: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

e. Mengimbas untuk memastikan media

storan mudah alih (seperti thumb/pen drive, disket dan sebagainya) bebas dari virus dan apa-apa perisian yang boleh mengakibatkan berlakunya insiden keselamatan ICT.

DK-050204 Kabel

Kabel termasuk kabel elektrik dan komunikasi hendaklah di lindung kerana boleh menjadi punca maklumat menjadi terdedah. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Menggunakan kabel yang mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan; b. Melindungi kabel daripada kerosakan yang

disengajakan atau tidak disengajakan; c. Melindung laluan pemasangan kabel

sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wire tapping; dan

d. Membuat penamaan kabel (pelabelan) menggunakan kod tertentu.

ICTSO/ Pentadbir Sistem ICT/ Pentadbir

Rangkaian/ Pegawai Teknikal/

Penyelaras ICT

DK-050205 Penyelenggaraan

Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan dan integriti. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Mematuhi spesifikasi penyelenggaraan

yang ditetapkan oleh pengeluar perkakasan berkenaan apabila meyelenggarakan perkakasan;

b. Menyelenggara perkakasan dengan khidmat pegawai teknikal atau pihak yang dibenarkan sahaja;

c. Menyemak dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas proses penyelenggaraan dilakukan;

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 30 dari 62

Page 31: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

d. Mendapatkan kebenaran daripada

Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melakukan sebarang penyelenggaraan dan proses naiktaraf; dan

e. Memaklumkan kepada pihak pengguna atau Penyelaras ICT sebelum melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive), penyelenggaraan pemulihan (remedial) atau atas keperluan tertentu.

DK-050206 Peminjaman Aset ICT Untuk Kegunaan Di luar Pejabat

Aset ICT yang dipinjam untuk kegunaan di luar pejabat adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk menjamin keselamatan aset ICT: a. Mendapat kelulusan Pengurus ICT di

Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk membawa keluar pejabat aset ICT dan tertakluk kepada tujuan yang dibenarkan;

b. Mendapat kelulusan Pengurus ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk memindahkan peralatan ICT di antara Bahagian/Cawangan/Unit di KKR;

c. Setiap bahagian perlu merekodkan aktiviti peminjaman dan pemulangan aset ICT di bahagian masing-masing;

d. Menyemak aset ICT yang dipulangkan berada dalam keadaan baik dan lengkap;

e. Aset ICT yang dipinjam perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan

f. Penyimpanan atau penempatan aset ICT yang dipinjam mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian.

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 31 dari 62

Page 32: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

DK-050207 Pengendalian Aset ICT Yang Dibawa Masuk

Bagi aset ICT yang dibawa masuk ke premis kerajaan, perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Memastikan aset ICT yang dibawa masuk

tidak mengancam keselamatan ICT KKR; b. Mendapat kelulusan mengikut peraturan

yang telah ditetapkan oleh KKR bagi membawa masuk atau keluar aset ICT; dan

c. Memeriksa dan memastikan aset ICT yang dibawa keluar tidak mengandungi maklumat kerajaan. Ia perlu disalin dan dihapuskan.

Pengurus ICT

di Kementerian/ Jabatan/ Agensi

DK-050208 Pelupusan

Aset ICT yang hendak dilupuskan perlu melalui proses pelupusan semasa. Pelupusan aset ICT perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya maklumat tidak terlepas dari kawalan KKR. Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Menghapuskan semua kandungan aset ICT

khususnya maklumat rahsia rasmi terlebih dahulu sebelum pelupusan sama ada melalui shredding, grinding, degauzing atau pembakaran; dan

b. Membuat penduaan sekiranya maklumat perlu disimpan oleh pengguna;

Nota: Maklumat lanjut pelupusan bolehlah merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

Pegawai Aset

DK-050209 Clear Desk dan Clear Screen

Semua maklumat dalam apa jua bentuk media hendaklah di simpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Clear Desk dan Clear Screen bermaksud tidak meninggalkan bahan-bahan yang sensitif terdedah sama ada

Warga KKR

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 32 dari 62

Page 33: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

atas meja warga atau di paparan skrin apabila warga tidak berada di tempatnya. Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Menggunakan kemudahan password

screen saver atau log keluar apabila meninggalkan komputer;

b. Menyimpan bahan-bahan sensitif dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan

c. Memastikan kedudukan komputer yang digunakan oleh warga KKR tidak mendedahkan rahsia.

03 Keselamatan Persekitaran

Objektif : Melindungi aset ICT KKR dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan.

DK-050301 Kawalan Persekitaran

Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis dan aset ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa, ubahsuai, pembelian hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK). Bagi menjamin keselamatan persekitaran, langkah-langkah berikut hendaklah di ambil: a. Merancang dan menyediakan pelan

keseluruhan susun atur pusat data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya) dengan teliti;

b. Memastikan semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan seperti alat pencegah kebakaran dan pintu kecemasan;

c. Memasang peralatan perlindungan di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan;

Pengguna

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 33 dari 62

Page 34: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

d. Menyimpan bahan mudah terbakar di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT;

e. Meletakkan semua bahan cecair di tempat yang bersesuaian dan berjauhan dari aset ICT;

f. Pengguna adalah dilarang merokok atau menggunakan peralatan memasak seperti cerek elektrik berhampiran peralatan komputer; dan

g. Menyemak dan menguji semua peralatan perlindungan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun. ktiviti dan keputusan ujian ini perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan dan tindakan sekiranya perlu.

DK-050302 Bekalan Kuasa

a. Melindungi semua peralatan ICT dari kegagalan bekalan elektrik dan menyalurkan bekalan yang sesuai kepada peralatan ICT;

b. Memastikan peralatan sokongan seperti UPS (Uninterruptable Power Supply) dan penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa berterusan; dan

c. Menyemak dan menguji semua peralatan sokongan bekalan kuasa secara berjadual.

Setiausaha Bahagian/ Ketua

Agensi

DK-050303 Prosedur Kecemasan

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Memastikan setiap pengguna membaca,

memahami dan mematuhi prosedur kecemasan dengan merujuk kepada prosedur kecemasan yang telah ditetapkan;

b. Melaporkan insiden kecemasan persekitaran seperti kebakaran kepada Pegawai Keselamatan KKR;

Pegawai Keselamatan

Bahagian

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 34 dari 62

Page 35: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 04 - KESELAMATAN SUMBER MANUSIA

PERKARA 05 – KESELAMATAN FIZIKAL

c. Mengadakan, menguji dan mengemas kini

pelan kecemasan dari semasa ke semasa;dan

d. Merancang dan mengadakan latihan kebakaran bangunan (firedrill) secara berkala.

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 35 dari 62

Page 36: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 36 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

01 Pengurusan Prosedur Operasi

Objektif : Memastikan perkhidmatan dan pemprosesan maklumat dapat berfungsi dengan betul dan selamat.

DK-060101 Pengendalian Prosedur

a. Mendokumen, menyimpan dan mengawal semua prosedur keselamatan ICT yang wujud dan dikenal pasti serta masih diguna pakai;

b. Memastikan setiap prosedur mengandungi arahan-arahan yang jelas, teratur dan lengkap seperti keperluan kapasiti, pengendalian dan pemprosesan maklumat, pengendalian dan penghantaran ralat, pengendalian output, bantuan teknikal dan pemulihan sekiranya pemprosesan tergendala atau terhenti; dan

c. Mengemaskini semua prosedur dari semasa ke semasa atau mengikut keperluan.

Pengguna

DK-060102 Kawalan Perubahan

a. Pengubahsuaian yang melibatkan perkakasan, sistem untuk pemprosesan maklumat, perisian, dan prosedur mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai atasan atau pemilik aset ICT terlebih dahulu;

b. Mengendalikan aktiviti-aktiviti seperti memasang, menyelenggara, menghapus dan mengemas kini mana-mana komponen sistem ICT dengan khidmat pihak atau pegawai yang diberi kuasa dan mempunyai pengetahuan atau terlibat secara langsung dengan aset ICT berkenaan;

c. Mematuhi spesifikasi perubahan yang telah ditetapkan bagi semua aktiviti pengubahsuaian komponen sistem ICT; dan

Pengguna

Page 37: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 37 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

d. Merekod dan mengawal semua aktiviti

perubahan atau pengubahsuaian bagi mengelakkan berlakunya ralat sama ada secara sengaja atau pun tidak.

02 Perancangan dan Penerimaan Sistem

Objektif : Meminimumkan risiko yang menyebabkan gangguan atau kegagalan sistem.

DK-060201 Perancangan Kapasiti

a. Kapasiti sesuatu komponen atau sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti oleh pegawai yang berkenaan bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi dan bersesuaian untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada masa akan datang;

b. Keperluan kapasiti ini juga perlu mengambil kira ciri-ciri keselamatan ICT bagi meminimumkan risiko seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang; dan

c. Penggunaan peralatan mestilah dipantau, ditala (tuned) dan perancangan perlu dibuat bagi memastikan prestasi sistem di tahap optimum.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir

Rangkaian

DK-060202 Penerimaan Sistem

Kriteria penerimaan untuk sistem baru, peningkatan atau versi baru perlu ditetapkan. Ujian yang sesuai ke atasnya perlu dibuat sebelum diterima atau dipersetujui.

Pentadbir Sistem ICT / Pentadbir

Rangkaian

Page 38: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 38 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

03 Perisian Berbahaya

Objektif : Melindungi integriti perisian dan maklumat dari pendedahan atau kerosakan yang disebabkan oleh perisian berbahaya seperti virus, trojan dan sebagainya.

DK-060301 Perlindungan dari Perisian Berbahaya

Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Memasang sistem keselamatan untuk

mengesan perisian atau program berbahaya seperti anti virus dan Intrusion Detection System (IDS) dan mengikut prosedur penggunaan yang betul dan selamat;

b. Memasang dan menggunakan hanya perisian yang berlesen dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta (Pindaan) Tahun 1997;

c. Mengimbas semua perisian atau sistem dengan perisian keselamatan seperti anti virus, anti spyware, anti adware sebelum menggunakannya;

d. Mengemas kini pattern atau signature perisian keselamatan secara berkala atau auto-update;

e. Menyemak kandungan sistem atau maklumat secara berkala bagi mengesan aktiviti yang tidak diingini seperti kehilangan dan kerosakan maklumat;

f. Menghadiri program kesedaran mengenai ancaman perisian berbahaya dan cara mengendalikannya;

g. Memasukkan klausa tanggungan di dalam mana-mana kontrak yang telah ditawarkan kepada pembekal perisian. Klausa ini bertujuan untuk tuntutan baik pulih sekiranya perisian tersebut mengandungi program berbahaya;

h. Mengadakan program dan prosedur jaminan kualiti ke atas semua perisian yang dibangunkan;

Pengguna

ICTSO, Pengurus ICT

Page 39: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 39 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

i. Mengeluarkan amaran awal atau advisory mengenai insiden keselamatan ICT seperti serangan virus kepada semua pengguna; dan

j. Memastikan mobile code beroperasi berdasarkan dasar keselamatan yang jelas dalam keadaan konfigurasi dibenarkan dan mobile code yang tidak dibenarkan perlu dielakkan daripada digunakan.

04 Housekeeping

Objektif : Melindungi integriti maklumat dan perkhidmatan komunikasi agar boleh diakses pada bila-bila masa.

DK-060401 Penduaan (backup)

Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya bencana, salinan penduaan seperti yang dibutirkan hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah. Salinan penduaan hendaklah direkodkan dan disimpan di off site. a. Membuat salinan keselamatan ke atas

semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terbaru;

b. Membuat salinan penduaan ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi;

c. Menguji sistem penduaan sedia ada bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; dan

d. Membuat dan menguji secara berkala salinan maklumat dan perisian berdasarkan kepada prosedur penduaan.

Pengguna

DK-060402 Sistem Log

Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Mewujudkan sistem log bagi merekodkan

semua aktiviti harian pengguna;

Pentadbir Sistem ICT

Page 40: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 40 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

b. Menyemak sistem log secara berkala bagi mengesan ralat yang menyebabkan gangguan kepada sistem dan mengambil tindakan membaik pulih dengan segera; dan

c. Melaporkan kepada ICTSO sekiranya wujud aktiviti-aktiviti tidak sah lain seperti kecurian maklumat dan pencerobohan.

05 Pengurusan Rangkaian

Objektif : Melindungi maklumat dalam rangkaian dan infrastruktur sokongan.

DK-060501 Kawalan Infrastruktur Rangkaian

Infrastruktur rangkaian mestilah dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi di dalam rangkaian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan:- a. Mengasingkan tanggungjawab atau kerja-

kerja operasi rangkaian komputer untuk mengurangkan capaian dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan;

b. Meletakkan peralatan rangkaian di lokasi yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kukuh dan bebas dari risiko seperti banjir, gegaran dan habuk;

c. Mengawal dan menghadkan capaian peralatan rangkaian kepada pengguna yang dibenarkan sahaja;

d. Memastikan semua peralatan melalui proses Factory Acceptance Check (FAC) semasa pemasangan dan konfigurasi;

e. Memasang Firewall di antara rangkaian dalaman dan sistem yang melibatkan maklumat rahsia rasmi Kerajaan serta di konfigurasi oleh pentadbir sistem ICT/pentadbir rangkaian;

f. Memastikan semua trafik keluar dan masuk melalui firewall di bawah kawalan Kementerian/Jabatan/Agensi;

Pentadbir Rangkaian

Page 41: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 41 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

g. Melarang pemasangan semua perisian

sniffer atau network analyser pada komputer pengguna kecuali mendapat kebenaran ICTSO;

h. Pemasangan perisian Intrusion Detection System (IDS) adalah perlu bagi mengesan sebarang cubaan menceroboh dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengancam sistem dan maklumat Kementerian/ Jabatan/ Agensi;

i. Pemasangan Web Content Filter pada Internet Gateway adalah perlu untuk menyekat aktiviti yang dilarang seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan”;

j. Mendapat kebenaran ICTSO bagi sebarang penyambungan rangkaian yang bukan di bawah kawalan Kementerian/ Jabatan/ Agensi;

k. Membenarkan semua pengguna hanya menggunakan kawalan Kementerian/ Jabatan/Agensi sahaja dan melarang penggunaan modem sama sekali;

l. Memastikan keperluan perlindungan ICT adalah bersesuaian dan mencukupi bagi menyokong perkhidmatan yang lebih optimum; dan

m. Memastikan penggunaan tanpa wayar LAN mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh MAMPU iaitu surat UPTM (S) 159/338/8 Jilid 30 (84) bertajuk “Langkah-Langkah Untuk Memperkukuhkan Keselamatan Rangkaian Setempat Tanpa Wayar (Wireless LAN) di Agensi-agensi Kerajaan”

Page 42: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 42 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

06 Pengurusan Media

Objektif : Melindungi Aset ICT dari kerosakan dan gangguan aktiviti perkhidmatan yang tidak dikawal.

DK-060601 Penghantaran dan Pemindahan

Penghantaran atau pemindahan media ke luar pejabat hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan/Agensi terlebih dahulu. Media yang mengandungi maklumat Kerajaan perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan atau kerosakan semasa pemindahan keluar dari Kementerian/ Jabatan/ Agensi. Prosedur perlu disediakan untuk pengurusan media mudah alih.

Pengguna

DK-060602 Prosedur Pengendalian Media

Prosedur ini bertujuan untuk mengendali dan menyimpan maklumat yang perlu diwujudkan untuk melindungi maklumat daripada didedahkan tanpa kebenaran atau disalah guna. a. Melabelkan semua media mengikut tahap

sensitiviti sesuatu maklumat; b. Menghadkan dan menentukan capaian

media kepada pengguna yang sah sahaja; c. Menghadkan pengedaran data atau media

untuk tujuan yang dibenarkan; d. Mengawal dan merekodkan aktiviti

penyelenggaraan media bagi mengelak dari sebarang kerosakan dan pendedahan yang tidak dibenarkan;

e. Menyimpan semua media di tempat yang selamat; dan

f. Menghapus atau memusnahkan media yang mengandungi maklumat rahsia rasmi mengikut prosedur yang betul dan selamat.

Pentadbir Sistem ICT/ Pentadbir

Rangkaian/ Pegawai aset

Page 43: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 43 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

Nota: Maklumat lanjut mengenai pelupusan bolehlah merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

DK-060603 Keselamatan Dokumentasi Sistem

Dokumentasi sistem perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan. Langkah-langkah yang perlu dipatuhi ialah: a. Memastikan sistem penyimpan

dokumentasi mempunyai ciri-ciri keselamatan;

b. Menyediakan dan memantapkan keselamatan dokumentasi sistem; dan

c. Mengawal dan merekodkan semua aktiviti capaian dokumentasi sistem sedia ada.

Pentadbir Sistem ICT, ICTSO

07 Keselamatan Komunikasi

Objektif : Melindungi aset ICT melalui sistem komunikasi yang selamat

DK-060701 Internet

Capaian Internet perlu dikawal dan diurus bagi mengelakkan gangguan sistem rangkaian Kementerian/Jabatan/Agensi. a. Melayari laman yang hanya berkaitan

dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan/Agensi;

b. Menentukan ketepatan dan kesahihan bahan yang diperoleh dari Internet. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah dinyatakan;

c. Menyemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Agensi sebelum memuat naik bahan rasmi ke Internet;

d. Membenarkan pengguna hanya memuat turun bahan yang sah seperti perisian yang berlesen dan di bawah hak cipta terpelihara;

Pengguna

Page 44: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 44 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

e. Memuat turun sebarang bahan dari Internet untuk tujuan yang dibenarkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi;

f. Mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan kemudahan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board. Walau bagaimana pun, kandungan perbincangan awam ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu tertakluk kepada dasar dan peraturan yang telah ditetapkan; dan

g. Mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan/Agensi bagi menggunakan kemudahan yang melibatkan bandwidth tinggi seperti penggunaan peer-to-peer (P2P) atau video sharing (YouTube dan sebagainya).

Nota: Maklumat lanjut mengenai keselamatan Internet boleh lah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan”.

DK-060702 Mel Elektronik (E-Mel)

Maklumat yang terdapat dalam mel elektronik Kementerian/Jabatan/Agensi perlu dilindungi sebaik-baiknya bagi menghindari capaian atau sebaran maklumat yang tidak dibenarkan. Akaun atau alamat e-mel adalah bukan hak mutlak pengguna dan penggunaannya tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan. Akaun atau alamat e-mel ini adalah hak milik Kementerian/Jabatan/Agensi. Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Pengguna hanya boleh menggunakan

akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh KKR. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun individu yang dikongsi bersama adalah dilarang;

Pengguna

Page 45: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 45 dari 62

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

b. Pengguna mestilah bertanggungjawab atas akaun e-mel yang diberikan kepadanya;

c. Mematuhi format yang telah ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi dalam setiap e-mel yang disediakan;

d. Memastikan subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan;

e. Menggunakan akaun e-mel rasmi untuk menghantar e-mel rasmi dan memastikan alamat e-mel penerima adalah betul;

f. Menggalakkan pengguna menggunakan fail kepilan mengikut saiz yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi semasa penghantaran. Kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz adalah disarankan;

g. Mengelak dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui;

h. Mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan transaksi maklumat melalui e-mel;

i. Sentiasa menyenggara kotak emel dan menyimpan setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima dalam media yang berasingan; dan

j. Memastikan tarikh dan masa sistem komputer pengguna adalah tepat.

Nota: Maklumat lanjut mengenai keselamatan e-mel boleh lah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan’.

Page 46: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

08 Pemantauan

Objektif : Memastikan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak dibenarkan.

DK-060801 Merekodkan Maklumat

Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Menghasilkan dan menyimpan log yang

merekodkan semua aktiviti untuk tempoh masa yang dipersetujui bagi membantu siasatan dan memantau kawalan capaian;

b. Mewujudkan prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan memproses maklumat dan memantau hasilnya secara berkala;

c. Memastikan kemudahan merekod dan maklumat log tidak diubahsuai dan dilindungi dari sebarang capaian yang tidak dibenarkan; dan

d. Merekod, menganalisis dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kesalahan yang berlaku.

Pentadbir Sistem ICT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 46 dari 62

Page 47: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

01 Prosedur Pengurusan Insiden

Objektif : Memastikan tindakan menangani insiden keselamatan ICT diambil dengan cepat, teratur dan berkesan.

DK-070101 Kawalan Pengurusan Insiden

Kawalan-kawalan berikut perlu dititikberatkan dalam Prosedur Pengurusan Insiden : a. Mengenal pasti semua jenis insiden

keselamatan ICT seperti gangguan perkhidmatan yang disengajakan, pemalsuan identiti dan pengubahsuaian perisian tanpa kebenaran;

b. Menyediakan pelan kontingensi dan mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan;

c. Menyimpan jejak audit dan memelihara bahan bukti; dan

d. Menyediakan tindakan pemulihan segera. Nota : Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam” mengenainya bolehlah dirujuk.

JPICT KKR, ICTSO,

CERT KKR

DK-070102 Insiden Keselamatan ICT

Insiden keselamatan ICT adalah termasuk yang berikut: a. Maklumat didapati hilang, didedahkan

kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa atau, disyaki hilang, atau didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa;

b. Sistem maklumat disyaki digunakan tanpa kebenaran dan kecurian maklumat/data;

c. Kata laluan atau mekanisme kawalan akses hilang, dicuri atau didedahkan atau disyaki hilang, dicuri atau didedahkan;

Pengguna

PERKARA 07- PENGURUSAN INSIDEN

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 47 dari 62

Page 48: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

PERKARA 06 – PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI

PERKARA 07- PENGURUSAN INSIDEN

d. Kejadian sistem luar biasa seperti

kehilangan fail, sistem kerap kali gagal berfungsi dan kesilapan/ralat dalam komunikasi data; dan

e. Berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insiden-insiden yang tidak diingini.

DK-070103 Pelaporan Insiden

a. Insiden Keselamatan ICT mestilah dilaporkan kepada ICTSO dengan kadar segera.

b. Pelaporan insiden keselamatan ICT mestilah merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT” dan Surat pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 bertajuk “pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam”.

Pengguna

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 48 dari 62

Page 49: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 49 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

01 Dasar Kawalan Capaian

Objektif : Memahami dan mematuhi keperluan keselamatan dalam mencapai dan menggunakan aset ICT KKR.

DK-080101 Keperluan Dasar

Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi kerja pengguna yang berbeza. Ia perlu direkodkan, dikemas kini dan menyokong dasar kawalan capaian pengguna sedia ada. Peraturan kawalan capaian hendaklah mengambilkira faktor identification, authentication dan authorization.

ICTSO, Pengurus ICT

02 Pengurusan Capaian Pengguna

Objektif : Mengawal capaian pengguna ke atas aset ICT KKR

DK-080201 Akaun Pengguna

Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas sistem ICT yang digunakan. Mematuhi langkah-langkah berikut bagi mengenal pasti pengguna dan aktiviti yang dilakukan: a. Menggunakan akaun yang diperuntukkan

oleh Kementerian/Jabatan/Agensi sahaja; b. Memastikan akaun pengguna adalah unik; c. akaun pengguna yang di wujud pertama kali

akan diberi tahap capaian paling minimum iaitu untuk melihat dan membaca sahaja. Sebarang perubahan tahap capaian hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan/Agensi terlebih dahulu;

d. Pemilikan akaun pengguna bukanlah hak mutlak seseorang dan ia tertakluk kepada peraturan Jabatan/Agensi. Akuan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan;

Pengguna

Page 50: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 50 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

e. Melarang penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama; dan

f. Pentadbir Sistem ICT boleh membeku dan menamatkan akaun pengguna atas sebab-sebab berikut: i) Pengguna bercuti panjang atau

menghadiri kursus di luar pejabat

dalam tempoh waktu melebihi 1 bulan;

ii) Bertukar bidang tugas kerja;

iii) Bertukar ke agensi lain;

iv) Bersara; atau

v) Ditamatkan perkhidmatan.

Pentadbir Sistem ICT

DK-080202 Jejak Audit

Jejak audit akan merekodkan semua aktiviti. Sistem jejak audit juga adalah penting untuk tujuan penyiasatan sekiranya berlaku kerosakan atau penyalahgunaan sistem. Aktiviti jejak audit mengandungi: a. Maklumat identiti pengguna, sumber yang

digunakan, perubahan maklumat, tarikh dan masa aktiviti, rangkaian dan program yang digunakan;

b. Aktiviti capaian pengguna ke atas sistem ICT sama ada secara sah atau sebaliknya; dan

c. Maklumat aktiviti sistem yang tidak normal atau aktiviti yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir Rangkaian hendaklah menyemak catatan jejak audit dari semasa ke semasa dan menyediakan laporan jika perlu. Ini akan dapat membantu mengesan aktiviti yang tidak normal dengan lebih awal. Jejak audit juga perlu dilindungi dari kerosakan, kehilangan, penghapusan, pemalsuan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.

Pentadbir Sistem ICT dan Pentadbir

Rangkaian

Page 51: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 51 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

03 Kawalan Capaian Sistem ICT

Objektif : Melindungi sistem ICT sedia ada dari sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan.

DK-080301 Sistem Maklumat dan Aplikasi

Capaian sistem maklumat dan aplikasi Kementerian/Jabatan/Agensi adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi: a. Pengguna hanya boleh menggunakan

sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan;

b. Merekodkan (log) setiap aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini;

c. Memaparkan notis amaran pada skrin komputer pengguna sebelum memulakan capaian bagi melindungi maklumat dari sebarang bentuk penyalahgunaan;

d. Menghadkan capaian sistem dan aplikasi kepada tiga (3) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun atau kata laluan pengguna akan disekat;

e. Memastikan kawalan sistem rangkaian adalah kukuh dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan aktiviti atau capaian yang tidak sah; dan

f. Membenarkan capaian sistem maklumat dan aplikasi melalui jarak jauh. Walau bagaimanapun, penggunaannya terhad kepada perkhidmatan yang dibenarkan sahaja.

Pentadbir Sistem ICT dan ICTSO

DK-080302 Rangkaian

Tujuan kawalan ini adalah untuk menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas perkhidmatan rangkaian.

Pentadbir Rangkaian

Page 52: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 52 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan: a. Menempatkan atau memasang antaramuka

yang menepati kesesuaian penggunaannya diantara rangkaian Kementerian/ Jabatan/ Agensi dengan lain-lain organisasi; dan

b. Mewujud dan menguatkuasakan mekanisme untuk pengesahan pengguna dan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya.

Perkara yang perlu dipatuhi seperti berikut: a. Memastikan pengguna boleh mencapai

perkhidmatan yang dibenarkan sahaja; b. Mewujudkan mekanisme pengesahan yang

sesuai untuk mengawal capaian oleh pengguna jarak jauh;

c. Mengguna kaedah pengenalan automatik berdasarkan lokasi dan peralatan untuk pengesahan sambungan ke dalam rangkaian;

d. Mengawal capaian fizikal dan logikal ke atas kemudahan port diagnostik dan konfigurasi jarak jauh;

e. Mengasingkan capaian mengikut kumpulan perkhidmatan maklumat, pengguna dan sistem maklumat dalam rangkaian;

f. Mengawal sambungan ke rangkaian, khususnya bagi kemudahan yang dikongsi dan menjangkau sempadan Kementerian/ Jabatan/Agensi; dan

g. Mewujud dan melaksana kawalan pengalihan laluan (routing control) untuk memastikan pematuhan ke atas peraturan Kementerian/Jabatan/Agensi.

Page 53: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 53 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

DK-080303 Sistem Operasi

Memastikan bahawa kawalan ke atas sistem operasi dikawal dan dihadkan kepada pengguna yang dibenarkan sahaja. Kaedah yang digunakan hendaklah mampu menyokong perkara berikut: a. Mengesahkan pengguna yang dibenarkan

selaras dengan peraturan Kementerian/ Jabatan/ Agensi;

b. Mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem operasi terutama bertaraf super user;

c. Menjana amaran (alert) sekiranya berlaku pelanggaran kepada peraturan keselamatan sistem;

d. Menyediakan kaedah sesuai untuk pengesahan capaian (authentication); dan

e. Menghadkan tempoh penggunaan mengikut kesesuaian.

Perkara yang perlu dipatuhi adalah: a. Mengawal capaian ke atas sistem operasi

menggunakan prosedur log-on yang selamat;

b. Prosedur log-on yang selamat perlulah: i. Menggunakan kaedah pengenalan

pengguna yang unik dan teknik pengesahan pengguna yang berkesan dan selamat;

ii. Melaksana sistem pengurusan kata laluan yang interaktif dan menjamin kualiti serta keselamatan kata laluan;

iii. Mengawal penggunaan utiliti yang berkeupayaan melepasi sistem dan aplikasi terhad;

iv. Menamatkan sesi yang tidak aktif selepas tempoh masa yang ditetapkan; dan

Pentadbir Sistem

Page 54: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 54 dari 62

PERKARA 08 – KAWALAN CAPAIAN

v. Menghadkan tempoh masa penggunaan

bagi meningkatkan keselamatan aplikasi yang berisiko tinggi.

04 Peralatan ICT Mudah Alih

Objektif : Memastikan keselamatan maklumat apabila menggunakan kemudahan atau peralatan ICT mudah alih.

DK-080401 Penggunaan Peralatan ICT Mudah Alih dan Kerja Jarak jauh

Keselamatan maklumat perlu dipastikan semasa menggunakan peralatan mudah alih dan kemudahan kerja jarak jauh. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Mewujudkan peraturan atau garis panduan

keselamatan yang bersesuaian untuk melindungi dari risiko penggunaan peralatan mudah alih dan kemudahan komunikasi;

b. Mewujudkan peraturan atau garis panduan untuk memastikan persekitaran kerja jarak jauh adalah sesuai dan selamat;

c. Merekodkan aktiviti keluar masuk penggunaan peralatan komputer mudah alih bagi mengesan kehilangan atau pun kerosakan; dan

d. Menyimpan dan mengunci komputer mudah alih di tempat yang selamat apabila tidak digunakan.

Pentadbir Sistem ICT / Pentadbir

Rangkaian

Page 55: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 55 dari 62

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

01 Keselamatan Dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi

Objektif : Memastikan sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT

DK-090101 Keperluan Keselamatan

a. Pembangunan sistem hendaklah mengambil kira kawalan keselamatan bagi memastikan tidak wujudnya sebarang ralat yang boleh mengganggu pemprosesan dan ketepatan maklumat;

b. Ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas sistem input untuk menyemak pengesahan dan integriti data yang dimasukkan, sistem pemprosesan untuk menentukan sama ada program berjalan dengan betul dan sempurna dan; sistem output untuk memastikan data yang telah diproses adalah tepat; dan

c. Sebaiknya-baiknya, semua sistem yang dibangunkan sama ada secara dalaman atau sebaliknya hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan sebelum digunakan.

d. Kod sumber (source code) bagi sistem aplikasi hendaklah dijaga kerahsiaannya dan disimpan sebagai hakcipta terpelihara.

ICTSO, Pentadbir Sistem Aplikasi

02 Kriptografi

Objektif : Melindungi kerahsiaan, integriti dan kesahihan maklumat.

DK-090201 Enkripsi (encryption)

Pengguna hendaklah membuat enkripsi ke atas maklumat sensitif atau maklumat rahsia rasmi pada setiap masa.

Pengguna

DK-090202 Tandatangan Digital

Penggunaan tandatangan digital dimestikan kepada semua pengguna khususnya mereka yang menguruskan transaksi maklumat rahsia rasmi secara elektronik.

Pengguna

Page 56: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 56 dari 62

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

DK-090203 Pengurusan Kunci

Pengurusan kunci hendaklah dilakukan dengan berkesan dan selamat bagi melindungi kunci berkenaan dari diubah, dimusnah dan didedahkan sepanjang tempoh sah kunci tersebut.

Pengguna

03 Fail Sistem

Objektif : Memastikan supaya fail sistem dikawal dan dikendalikan dengan baik dan selamat.

DK-090301 Kawalan Fail Sistem

a. Proses pengemaskinian fail sistem hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem ICT atau Pentadbir Sistem Aplikasi dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan;

b. Kod atau atur cara sistem yang telah dikemas kini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji;

c. Mengawal capaian ke atas kod atau atur cara program bagi mengelakkan kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian; dan

d. Mengaktifkan audit log bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan.

Pentadbir Sistem Aplikasi dan

Pentadbir Sistem ICT

04 Pembangunan dan Proses Sokongan

Objektif : Menjaga dan menjamin keselamatan sistem maklumat dan aplikasi.

DK-090401 Kawalan Perubahan

Perubahan atau pengubahsuaian ke atas sistem maklumat dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkodkan dan disahkan sebelum digunapakai. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Mengawal pelaksanaan perubahan melalui

peraturan formal ;

Pentadbir Sistem ICT

Page 57: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 57 dari 62

PERKARA 09 – PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM

b. Membuat semakan teknikal selepas

perubahan sistem operasi dibuat bagi menjamin tiada impak negatif ke atas keselamatan operasi KKR;

c. Mengawal dan menghadkan perubahan ke atas perisian yang perlu sahaja;

d. Menghalang semua peluang untuk kebocoran maklumat; dan

e. Mengawal selia dan memantau pembangunan perisian oleh pihak luar dari semasa ke semasa.

Page 58: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 58 dari 62

PERKARA 10 – PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN

01 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan

Objektif : Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan.

DK-100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan

Pelan kesinambungan perkhidmatan hendaklah dibangunkan untuk menentukan pendekatan yang menyeluruh diambil bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan. Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses-proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JPICT KKR. Memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: a. Mengenal pasti semua tanggungjawab dan

prosedur kecemasan atau pemulihan; b. Melaksanakan prosedur-prosedur

kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan;

c. Mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui;

d. Mengadakan program latihan kepada pengguna mengenai prosedur kecemasan;

e. Membuat penduaan; dan f. Menguji dan mengemas kini pelan

sekurang-kurangnya setahun sekali.

ICTSO, Pentadbir Sistem ICT,

Pentadbir Rangkaian

Page 59: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 59 dari 62

PERKARA 11 – PEMATUHAN

01 Pematuhan dan Keperluan Perundangan

Objektif : Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelakkan dari pelanggaran kepada Dasar Keselamatan ICT KKR.

DK-110101 Pematuhan Dasar

Setiap pengguna di KKR hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT KKR dan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan yang berkuat kuasa. Semua aset ICT di KKR termasuk maklumat yang di simpan di dalamnya adalah hak milik Kerajaan dan Ketua Jabatan/Agensi berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan.

Pengguna

DK-110102 Keperluan Perundangan/Peraturan/Garis Panduan

Dasar ini bertujuan memastikan reka bentuk, operasi, penggunaan dan pengurusan sistem maklumat adalah selaras serta berkeupayaan menghalang pelanggaran mana-mana keperluan perundangan, peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa. Berikut adalah keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna di KKR: a. Mengenalpasti semua perlembagaan,

undang-undang, peraturan, perjanjian yang dimeterai dan lain-lain perkara yang relevan kepada keselamatan sistem maklumat dan organisasi;

b. Melaksanakan peraturan yang sesuai untuk memastikan pematuhan ke atas perlembagaan, undang-undang dan keperluan kontrak mengenai penggunaan bahan yang tertakluk kepada hak milik harta intelek;

c. Melindungi rekod penting daripada hilang, rosak dan dipalsukan selaras dengan keperluan undang-undang, peraturan dan

Pengguna

Page 60: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 60 dari 62

PERKARA 11 – PEMATUHAN

keperluan perjanjian KKR; d. Mematuhi perundangan, peraturan dan

terma perjanjian untuk melindungi data dan hak milik peribadi;

e. Pengguna dilarang menggunakan kemudahan proses maklumat untuk tujuan yang tidak dibenarkan; dan

f. Mengawal penggunaan kriptografi selaras dengan perjanjian, perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa.

Mematuhi keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan seperti berikut: a. Arahan Keselamatan; b. Malaysian Public Sector Management of

Information and Commmunications Tecknology Security Handbook (MyMIS);

c. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam i. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk ‘Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan”;

d. Pekeliling Am i. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006

bertajuk “Pengurusan laman Web/Portal Sektor Awam”.

ii. Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”.

iii. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan”;

e. Surat Pekeliling Am i. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun

2005 bertajuk “Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam”;

Page 61: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 61 dari 62

PERKARA 11 – PEMATUHAN

ii. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;

f. Surat Arahan KSN i. Rujukan KPKK(R)200/55 Klt. 8(2)

bertarikh 31 Januari 2007 bertajuk “Langkah-langkah Keselamatan Perlindungan Untuk Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Atau Lain-Lain peralatan komunikasi ICT tanpa kebenaran atau kuasa sah di agensi-agensi kerajaan”.

ii. Rujukan UPTM(S) 159/338/8 Jld. 30(84) bertarikh 20 Oktober 2006 bertajuk “Langkah-langkah untuk memperkukuhkan keselamatan rangkaian setempat tanpa wayar (wireless local area network) di agensi-agensi kerajaan”.

iii. Rujukan UPTM 159/267/50 Klt.4(46) bertarikh 20 Ogos 2004 bertajuk “Arahan pematuhan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur dan peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan perlindungan di jabatan-jabatan kerajaan”.

iv. Rujukan UPTM(S) 1594/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”.

g. Surat Arahan KP MAMPU i. Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4(60)

bertarikh 23 November 2007 bertajuk “Langkah-langkah pemantapan sistem mel elektronik di agensi-agensi kerajaan”.

ii. Rujukan UPTM 159/10/648/1 bertarikh 09 Julai 2007 bertajuk “Langkah-langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi pemantapan pengurusan dan

Page 62: DASAR KESELAMATAN ICT KKR - Kementerian Kerja Raya ... KESELAMATAN ICT KKR ver 2.pdf · Dasar Keselamatan ICT KKR mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam

DASAR KESELAMATAN ICT KKR

RUJUKAN VERSI TARIKH M/SURAT

DKICT(KKR) 2.0 08/05/09 62 dari 62

PERKARA 11 – PEMATUHAN

pengendalian perkhidmatan helpdesk unit khidmat pelanggan”.

iii. Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4 (59) bertarikh 01 Jun 2007 bertajuk “langkah-langkah mengenai penggunaan mel elektronik di agensi-agensi kerajaan”.

iv. UPTM 159/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”.

h. Akta Tandatangan Digital 1997; i. Akta Jenayah Komputer 1997; j. Akta Hak cipta (pindaan) Tahun 1997; dan k. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. l. Electronic Goverment Activities Act 2007

(Act 680) m. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun

2007 bertajuk “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan”.

n. Garis Panduan MAMPU i. Garis Panduan IT Outsourcing Agensi-

Agensi Sektor Awam (MAMPU, Oktober 2006).

Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kerja Raya

2009