3
DASAR LUAR MALA YSlA ERA l\L\IL\THIR l\IOHAMAD: DALAM ME.'1A."'\GA.,\l ISU-ISU ISLAM DI PERINGKAT ANTARABANGSA Penulis: Mohd Nasran Bin Mohamad & Muhamad Faisal Bin Ashaari. 2003 Pcncrbit: Semenyih: One Touch Creative. 151 hIm. ISBN 983-41285-0-9 Ramli Dollah Mohd Nasran Bin Mohamad bertugas di labatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam. UKM dan Muhamad Faisal Bin Ashaari merupakan pcmbantu penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) di universiti yang sarna. Latar belakang pendidikan agama kedua-dua penulis tentunya membolehkan mereka untuk mengupas persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini dengan lebih baik dan bermakna. Buku ini amat sesuai bagi mereka yang berminat melihat kedudukan Islam dalam pcmbentukan dasar luar Malaysia pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir Muhammad. Secara amnya. buku ini ditulis untuk merakamkan kedudukan Islam dalam dasar luar Malaysia era Mahathir yang dilihat agak istimewa berbanding dengan zaman pemimpin-pemimpin sebelumnya. Sekaligus pcnulisan ini dapat dilihat sebagai satu usaha untuk mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia tidak mengamalkan prinsip atau mendokong tuntutan Islam sepanjang era pemerintahan beliau. Penulis memperihalkan bagaimana latarbelakang kedudukan geostrategik. faktor domeslik seperti ekonomi. politik. pcntadbiran. masyarakat dan sebagainya yang menunjangi negara Malaysia menjadi as as utama dalam kerangka dasar luar Malaysia era Mahathir. Dengan kata lain. faktor-faktor ini merupakan perkara pokok yang mendasari pembentukan dasar luar Malaysia. Oleh itu. tidak menghairankan sekiranya tuntutan Islam menjadi salah satu prioriti yang perlu diambil kira dalam merangka dasar luar Malaysia era Mahathir. Buku ini terdiri dari 4 bab. namun ia boleh dibahagikan kepada dua tema atau perbincangan utama. Pertama. ia membincangkan konsep dan matlamat dasar luar dengan. merujuk kepada beberapa sarjana terkenal seperti KJ Holsti dan Howard L. Lentner untuk mengukuhkan hujah mereka. Di samping itu. penulis juga memberi penjelasan secara konsepsual tentang bagaimana hubungan dasar luar sepatutnya ditadbir dan dikendalikan dari perspcktif Islam. sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana penulis tempatan terutamanya apabiJa membincangkan hubungan antara negara. Pcnulis seterusnya membincangkan

Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: Dalam Menangani Isu

  • Upload
    vokien

  • View
    241

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: Dalam Menangani Isu

DASAR LUAR MALA YSlA ERA l\L\IL\THIR l\IOHAMAD: DALAM ME.'1A."'\GA.,\l ISU-ISU ISLAM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Penulis: Mohd Nasran Bin Mohamad & Muhamad Faisal Bin Ashaari. 2003 Pcncrbit: Semenyih: One Touch Creative. 151 hIm.

ISBN 983-41285-0-9

Ramli Dollah

Mohd Nasran Bin Mohamad bertugas di labatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam. UKM dan Muhamad Faisal Bin Ashaari merupakan pcmbantu penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) di universiti yang sarna. Latar belakang pendidikan agama kedua-dua penulis tentunya membolehkan mereka untuk mengupas persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini dengan lebih baik dan bermakna. Buku ini amat sesuai bagi mereka yang berminat melihat kedudukan Islam dalam pcmbentukan dasar luar Malaysia pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir Muhammad.

Secara amnya. buku ini ditulis untuk merakamkan kedudukan Islam dalam dasar luar Malaysia era Mahathir yang dilihat agak istimewa berbanding dengan zaman pemimpin-pemimpin sebelumnya. Sekaligus pcnulisan ini dapat dilihat sebagai satu usaha untuk mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia tidak mengamalkan prinsip atau mendokong tuntutan Islam sepanjang era pemerintahan beliau.

Penulis memperihalkan bagaimana latarbelakang kedudukan geostrategik. faktor domeslik seperti ekonomi. politik. pcntadbiran. masyarakat dan sebagainya yang menunjangi negara Malaysia menjadi as as utama dalam kerangka dasar luar Malaysia era Mahathir. Dengan kata lain. faktor-faktor ini merupakan perkara pokok yang mendasari pembentukan dasar luar Malaysia. Oleh itu. tidak menghairankan sekiranya tuntutan Islam menjadi salah satu prioriti yang perlu diambil kira dalam merangka dasar luar Malaysia era Mahathir.

Buku ini terdiri dari 4 bab. namun ia boleh dibahagikan kepada dua tema atau perbincangan utama. Pertama. ia membincangkan konsep dan matlamat dasar luar dengan. merujuk kepada beberapa sarjana terkenal seperti KJ Holsti dan Howard L. Lentner untuk mengukuhkan hujah mereka. Di samping itu. penulis juga memberi penjelasan secara konsepsual tentang bagaimana hubungan dasar luar sepatutnya ditadbir dan dikendalikan dari perspcktif Islam. sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana penulis tempatan terutamanya apabiJa membincangkan hubungan antara negara. Pcnulis seterusnya membincangkan

Page 2: Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: Dalam Menangani Isu

Ulasan Buku I Book R~vi~ws

penyesuaian dan kesesuaian Teori Tradisionallslam dalam dasar luar Islam dan tuntutan semasa, sesuatu yang agak menarik dalam buku ini lebih-Iebih lagi dengan tennuatnya pandangan beberapa orang sarjana Islam terkenal seperti Majid Khadduri, Fayez A. Sayegah dan lain-lain.

Kedua, ia melihat isu-isu penling dalam hubungan Malaysia dengan negara dan pertubuhan Islam misalnya penglibatan Malaysia dalam isu Bosnia, Palestin, ole dan lain-lain. Seterusnya penulis juga melihat sejauh mana pentingnya kedudukan Islam dalam dasar luar Malaysia era Mahathir, terutamanya bilamana Malaysia berhadapan dengan isu-isu semasa.

Secara keseluruhannya penulisan dalam buku ini pad at dengan pengesahan yang disokong oleh fakta dan ia berjaya memperihalkan dasar luar Malaysia era Mahathir dengan agak baik. Kecenderungan ke arah pelaksanaan prinsip Islam dalam dasar luar Malaysia diperlihatkan melalui keprihalinan Malaysia terhadap isu-isu dunia Islam terutamanya yang me\ibalkan penindasan sesetengah pihak atau kuasa ke atas umat Islam di merala dunia.

Selain itu, penulis menyatakan bahawa dasar luar yang dilaksanakan oleh Malaysia adalah berasaskan kepada pendekatan pragmatis, yakni soal kepentingan nasional merupakan soal pokok yang perlu diberi keutamaan sebelum sesuatu dasar luar itu dilaksanakan.lni secara tidak langsung turut menempatkan 'Islam' di tempat kedua dalam skala prioriti dasar luar Malaysia. Oleh ilU, tidak menghairankanlah apabila berlaku semacam kontradiksi dalam polisi dan pengimplementasian dasar luar Malaysia terutamanya apabila ia menyentuh soal Islam. Kes pencerobohan Soviet ke alas Afghanistan dan isu kewujudan negara Israel di bumi Islam dapat dijadikan contoh. Dalam hal ini jelas bahawa walaupun Malaysia cenderung menggunakan Islam sebagai instrumen dasar luamya dengan cara mengutuk tindakan Soviet dan Israel, tetapi dalarn masa yang sarna ia masih menjalin hubungan ekonomi dengan Soviet dan pada satu ketika hubungan sukan dengan satu pasukan Israel. Dalam pad a itu pun amalan sebegini, yakni menentang sesuatu dasar sesebuah negara biarpun hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan berkekalan bukanlah sesuatu yang asing dalam arena diplomasi antarabangsa.

Kekuatan yang terdapat pada buku ini terletak pada kemampuannya memberikan jawapan kepada segala pennasalahan yang timbul dalam dasar luar Malaysia terutamanya apabila isu-isu yabg berkait dengan Islam dibiarkan. Di sini penulis berhujah bahawa kewujudan tindakan yang seolah-olah berkontradiksi ini adalah akibat dari dasar luar yang pragmatis. Penulis juga berpendapat pendirian sebegini harus dikekalkan agar kepentingan nasional Malaysia terus selari dengan dasar luarnya. Ini juga penting untuk memastikan Malaysia meneruskan kelangsungannya sebagai aktor di pentas antarabangsa. Selain itu, penulis juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa kekangan yang menyukarkan perlaksanaan dasar ini. Beberapa cadangan turut dikemukakan sekurang_

170

Page 3: Dasar Luar Malaysia Era Mahathir Mohamad: Dalam Menangani Isu

Ramli Dollah

kurangnya untuk membolehkan Malaysia menjadikan Islam sebagai prinsip utama dasar luarnya semasa berhadapan dengan isu-isu semasa yang semakin meneabar. Cadangan ini adalah selari dengan saran an Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam beberapa persidangan dengan negara-negara Islam lain semasa tempoh pemerintahannya. Beliau sering menggesa warga Islam seluruh dunia mentafsirkan Islam dalam satu kerangka yang dinamik untuk menjadikan umat Islam dihormati di peringkat antarabangsa. Namun apa yang pasti ialah buku ini berjaya menunjukkan bahawa walaupun Malaysia menggunakan pendekatan pragmatis dalam dasar luamya, Islam tetap kekal sebagai asas atau satu komponen penting yang memandu dasar luar Malaysia. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila Malaysia menjuarai beberapa isu mengenai dunia Islam. Peranan Malaysia menjadi ketara bilamana ia dengan berani menyuarakan rasa tidak senang dunia Islam terhadap ketidakadilan gelagat Barat dalam dunia hari ini.

Walaupun buku ini berjaya dalam ruang lingkup yang telah dijelaskan, terdapat juga beberapa kelemahan. Misalnya terdapat beberapa kesilapan kecil fakta; antaranya hubungan diplomatik China-Malaysia sebenamya bermula pad a tahun 1974 dan bukanya semasa lawatan pertama Dr. Mahathir ke China. Namun, kesiJapan keeil ini tidaklah mecacatkan perbincangan secara kesuluruhannya.

Selain itu, dalam hubungan Malaysia dengan negara dan pertubuhan Islam antarabangsa lainnya, penulis buku ini nampaknya kurang berjaya menunjukkan bagaimana faktor Islam itu mempengaruhi dasar luar Malaysia. Penulis hanya menyentuh beberapa isu bersabit hubungan Malaysia dengan negara dan pertubuhan Islam, tetapi penulis gagal menunjukkan bagaimana faktor Islam menjadi asas utama kepada hubungan ini. Hal ini juga ketara dalam isu bantu an kemanusiaan kepada Iraq, Bosnia dan Somalia; penolakan bantuan IMF dan beberapa isu lain. Dengan kata lain, hujah yang dikemukakan penulis tidak dapat dijadikan sandaran untuk menyokong pendapat bahawa Islam mendasari hubungan luar Malaysia, malahan ia lebih memaparkan soal kemanusiaan dan bukan Islam sebagai faktor utama. Keadaan ini berlaku kerana penulis hanya menimbulkan perbineangan ini pada bab ketiga. Lantas perbincangan menjadi terlalu sempit kerana ia tidak memfokuskan kepada sesuatu isu.

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan satu buku yang perlu dibaea oleh semua orang untuk melihat sendiri bagaimana Malaysia di bawah Dr. Mahathir berjaya menaikkan imej Islam dalam dasar luar Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Buku ini merupakan satu sumbangan yang besar dalam usaha memperkayakan sumber rujukan yang amat penting terutamanya kepada mereka yang berminat mengetahui dasar luar Malaysia dengan lebih mendalam lagi. Namun, untuk memantapkan lagi pengetahuan seseorang mengenai dasar luar Malaysia, bacaan tambahan adalah diperlukan kerana buku ini lebih memfokuskan kepada soal-soal Islam dalam dasar luar Malaysia.

171