Upload
mohd-ikbal
View
8.224
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
1. PENDAHULUAN
Majikan membelanjakan banyak wang dan masa untuk mengambil,memilih dan
mengadakan induksi untuk pekerja.Mereka pastikan bahawa mereka mematuhi
undang-undang pekerjaan,tetapi mereka gagal untuk menyedikan tempat kerja yang
selamat.Pekerja mungkin maut akibat kemalangan tersebut.Pegawai sumber manusia
perlu maklumkan kepada keluarga pekerja bahawa dia terlibat dalam kemalangan
mauat,mungkin ini ialah satu tugas yang tersangat susah yang akan dihadapi oleh
seorang pegawai sumber manusia.
Dalam ruang ini,isu ini membincangkan dasar keselamatan,program keselamatan dan
aduan kemalangan di tempat kerja.
2.DASAR KESELAMATAN SYARIKAT
Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di Syarikat Ikbal
Ebgineering Sdn Bhd untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat
untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-
aktivitinya.
Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat
dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:
a) Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan
sihat;
b) Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan;
c) Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan
mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak
berulang lagi;
d) Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai
keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan;
e) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
f) Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara
berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan
cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi
kita.
3. Program Kesedaran Keselamatan
Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Syarikat Ikbal
Engineering Sdn Bhd adalah untuk mencapai objektif berikut :
a) Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja sepanjang
berada di tempat kerja.
b) Memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.
c) Menyediakan dan menggalakkan pelaksanaan penilaian risiko (risk assessment)
serta penyediaan prosedur kerja selamat (safe operating procedure) bagi setiap
aktiviti yang dijalankan di tempat.
d) Membantu dalam mengintegrasikan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di dalam
sistem pengurusan dan aktiviti yang dijalankan di tempat kerja serta meningkatkan
standard KKP.
e) Meningkatkan kualiti kerja yang selamat
f) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi isu keselamatan,
kesihatan dan kecemasan.
4. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Tanggungjawab Pengurusan
a) Setiap Ketua Bahagian, Seksyen dan Unit adalah bertanggungjawab
sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan memperuntukkan sumber yang
mencukupi bagi mencapai maksud tersebut.
b) Setiap Pengurus di dalam syarikat adalah bertanggungjawab memastikan
bahawa setiap aktiviti dan lokasi kerja di bawah pengawasannya selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan.
c) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi bagi
setiap kemudahan, loji, peralatan dan sistem beserta dengan kebajikan dan
kemudahan pertolongan cemas.
d) Mewujudkan komunikasi berkesan supaya pihak pengurusan dan para pekerja
dapat bekerjasama dalam membentuk dan mempromosikan langkah-langkah
bagi memastikan keselamatan di tempat kerja.
e) Memberi latihan dan pengetahuan kepada para pekerja tentang risiko yang
dihadapi semasa dan di tempat kerja.
f) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan
keselamatan dan kesihatan syarikat.
g) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan diri yang mencukupi
untuk setiap pekerja.
h) Mewujudkan dan mengemaskini prosedur kecemasan selaras dengan keperluan
perundangan dan komuniti setempat.
i) Mematuhi semua perundangan dan peraturan negara dan mempromosikan
amalan keselamatan yang terbaik
Tanggungjawab Pekerja
a) Setiap pekerja bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan diri sendiri,
rakan sekerja, syarikat dan masyarakat.
b) Pekerja mestilah bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek
keselamatan dan kesihatan.
c) Pekerja mestilah mematuhi sebarang arahan atau peraturan keselamatan dan
kesihatan yang diadakan oleh pihak pengurusan.
d) Pekerja mestilah memakai atau menggunakan peralatan perlindungan diri yang
dibekalkan di sepanjang waktu bekerja.
Dasar atau Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibentuk berasaskan
kepada peraturan-peraruran AKKP 1994 dan juga tataamalan industri. Mengikut
seksyen 36 Akta yang sama, tataamalan industri adalah terdiri daripada arahan-arahan
yang pada Menteri Sumber Manusia perlu atau patut untuk panduan majikan dan
pekerja dalam mematuhi kehendak-kehendak Akta. Suatu tataamalan terdiri daripada
apa-apa standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukkan berhubungan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri Sumber Manusia.
Tataamalan juga perlu memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana
dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak yang
berkuasa.
Penalti
Kegagalan menyediakan dasar keselamatan boleh menyebabkan majikan disabitkan
kesalahan di bawah seksyen 195 di mana sekiranya didapati bersalah majikan boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun
atau kedua-duanya sekali.
5. FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
1. Membantu dalam menyediakan sistem / prosedur kerja selamatan SOP setiap
proses/aktiviti Pemilihan PPE Permit kerja untuk sub kontraktor.
2. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian
merbahaya dan keracunan / penyakit pekerjaan dari segi :
Masa kemalangan
Punca / sebab kemalangan
Jumlah kemalangan
3. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan :
Kursus induksi
Kempen keselamatan
Program pendedahan bunyi bising
Kesan dari segi :
Kadar kemalangan
Kesedaran/sikap pekerja
Pemahaman tentang aspek keselamatan & kesihatan
6. Audit Keselamatan
Definisi Audit Keselamatan
Perkataan audit diambil daripada perkataan Latin audire yang bermaksud didengar
kerana semasa pertama kali diperkenalkan audit melibatkan pembentangan secara oral
(Fuller dan Vassie, 2004). Antara takrifan audit keselamatan dan kesihatan ialah ia
merupakan sebagai satu proses yang tersusun bagi mengumpul maklumat berkenaan
dengan keberkesanan, keefisyenan dan juga kebolehpercayaan sesuatu system
pengurusan keselamatan dan kesihatan dan seterusnya merangka pelan untuk
memperbaiki kelemahan (Health and Safety Executive, 2000).
Menurut Wallace (1995) audit sebagai pengesahan secara langsung sesuatu aktiviti
dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dengan cara membandingkan apa yang ada dan yang dilakukan dengan
standard, amalan dan undang-undang. Audit keselamatan juga merujuk kepada audit
keselamatan dan kesihatan tentang loji dan sistem kerja untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja1. Pelbagai nama
diberikan kepada aktiviti ini antaranya pemeriksaan keselamatan, analisa dan
penyelidikan keselamatan, lawatan mengejut dan sebagainya (Kamal Halili, 2001).
Walau apapun, yang pentingnya audit keselamatan difahami sebagai satu proses
memantau aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menilai ke atas sebarang
aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di tempat kerja secara berkala.Audit
keselamatan dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keberkesanan
sistemkeselamatan yang dibuat dalam sesebuah organisasi, di samping mencari
kekuatan dan kelemahan organisasi bagi mengenalpasti langkah-langkah pembaikan
yang boleh diambil.Perlaksanaan yang sempurna dan berterusan menunjukkan
komitmen dan iltizam yang tinggi daripada pihak pengurusan secara tidak langsung
memotivasikan pekerja betapa pentingnya menitikberatkan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja
7. Audit Keselamatan: Tanggungjawab Siapa?
Dalam sesebuah organisasi, tanggungjawab untuk melaksanakan audit keselamatan
terletak di bahu majikan. Tetapi dengan wujudnya jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan pekerjaan maka pengkhususan berkaitan dengan audit keselamatan dapat
dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 dan perundangan subsidiari di bawahnya. Sesiapa yang
mengendalikan audit keselamatan dan kesihatan di sesebuah organisasi dikenali
sebagai juru audit keselamatan dan kesihatan2, sama ada di ambil bekerja di tempat
kerja atau sebaliknya, yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan audit keselamatan
di tempat kerja. Oleh itu, juru audit bagi keselamatan dan kesihatan tidak semestinya
ahli JKKP.Audit boleh dikategorikan kepada audit dalaman dan audit luaran.
Berdasarkan seksyen 31(a), AKKP 1994, JKKP yang ditubuhkan berfungsi untuk
mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan orang-orang di tempat kerja. JKKP hendaklah:
a) Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk
menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan
kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya; Dengan syarat bahawa JKKP
itu boleh, pada bila-bila masa, membuat pemeriksaan lanjut ke atas apa-apa loji
di dalamnya atau mana-mana bahagian tempat kerja untuk
mengukurkeberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja.
b) membincangkan dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota
jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja, dan jika terdapat
hal keadaan di tempat kerja yang pada pendapat jawatankuasa, memudaratkan
keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya
hendaklah merekodkan butir-butir tentang hal keadaan tersebut dalam suatu
laporan yang disimpan bagi maksud itu; dan
c) membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan yang
perlu diambil tentang apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan
kesihatan orang di tempat kerja dan hendaklah merekodkan cadangan tersebut
dalam laporan.
8. Objektif Audit Keselamatan
Antara objektif audit keselamatan ialah untuk menilai keberkesanan pengurusan system
keselamatan dan kesihatan yang diamalkan di sesebuah tempat kerja melalui
pemeriksaan secara berkala. Di samping itu, audit keselamatan dianggap sebagai satu
cermin kerana melaluinya sebarang kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan dapat dikenalpasti. Dengan
kata lain, maklumat terkini yang diperolehi melalui audit akan menunjukkan kedudukan
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam sesebuah organisasi
tersebut.Selaras dengan itu, langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai dan
praktikal diambil oleh pihak majikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memperbaiki
kepincangan dan meningkatkan pencapaian serta kecekapan dalam sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan.Audit yang pertama kali dilakukan dianggap sebagai
permulaan ke arah memperbaiki sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam
sesebuah organisasi dan ianya perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten.
8.1 Borang Audit Keselamatan
AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SYARIKAT IKBAL ENGINEERING SDN
BHD
1. MAKLUMAT ASAS KEMUDAHAN
1.1NAMA DAN ALAMAT KEMUDAHAN
1.2NAMA DAN JAWATAN PEGAWAI YANG DIHUBUNGI
1.3UNIT/JABATAN YANG DILAWATI
1.4JUMLAH ANGGOTA ORANG
2. TARIKH LAWATAN TARIKH LAWATAN TERAKHIR
3. 3. AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN
ARAHAN:
-Format ini hedaklah diisi semasa membuat lawatan kemudahan kesihatanyang berkaitan melalui pemerhatian,temubual,semakan rekod dan sebagainya.-Audit ini meliputi 3 komponen utama organisasi,keselamatan dan kesihatan’-Penilaian dibuat dari aspek penyediaan,pelaksanaan/implementasi program-Tandakan TB bagi perkara yang tidak berkaitan Perkiraan Markah adalah berdasarkan perkara:
i. Skala prestasi: 0-tidak memuaskan
1-memuaskan2-baik
ii. ‘Weightage’1.Minor-bagi perkara yang optinal atau menjejaskan
kesihatan/keselamatan2.Major-bagi perkara yangt keujudannya boleh
mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan anggota/tempat kerja
3.Critical-bagi perkara yang boleh menjejaskan kesihatan/keselamatan anggota atau dibawah peruntukan Akta.
Skala prestasi
Jumlahweightage
Markah diperolehi
catatan
0 1 23.1 ORGANISASI3.1.1 Penyata Dasar Keselamatan Dan Kesihatan
X 3-6
1.1.2 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan.(Jika>40 Orang Anggota)
X 3-6
3.1.3 Garis Panduan Kerja Selamat (Tugas Yang Berisiko)
X 3-6
3.1.4 Pelan Pengurusan Kecemasan
X 2-4
3.1.5 Pengurusan ‘First Aid’
a) Peralatan X 3-6
b) Anggota Terlatih X 3-6
3.1.6 Prosedur Melapor Insiden/Kemalangan/Kecederaan
X 3-6
3.1.7 Prosedur Penyiasatan Insiden
X 3-6
3.1.8 Prosedur Tindaksusul/Ulangkaji Perlaksanaan Langkah-Langkah Kawalan/Pencegahan
X 3-6
3.1.9a Kebajikan anggota (tempat kerja berisiko)
Ruang makan Bilik tukar baju Bilik mandi Bilik rehat
X 1-2x-1-2
3.1.9b Surau X 1-2
Jumlah weightage catatan
Skala Prestasi
0 1 2Markah diperolehi
3.1.10 Oreintasi Keselamatan Dan Kesihatan Tempat Kerja(Job Orientation)
X 2-4
3.1.11 Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Perkhidmatan
X 2-4
3.1.12 Promosi kesihatan dan keselamatan
X 2-4
Jumlah kecil
3.2 KESELAMATAN3.2.1 Susunatur Peralatan X 3-63.2.2 Keselamatan X 3-6
Persekitaran (Lantai)3.2.3 Pencahayaan X 2-43.2.4 Ventalasi X 2-43.2.5 Penyelengaraan Peralatan
X 2-4
3.2.6 Alat Perlindungan Diri(APD)
X 3-6
3.2.7 Amalan Kerja Selamat Guna APD yang
dibekalkan Mengikut
garispanduan/prosidur
X 3-6
3.2.8 Rekabentuk Tempat Kerja (Egronomik)
X 2-4
3.2.9 Pelabelan Dan Penyimpanan Bahan
X 2-4
JUMLAH KECIL
3.3 KESIHATAN3.3.1 Pengurusan Risiko-Kenalpasti Hazard Menilai Dan Mengawal Risiko
X 3-6
3.3.2 Pengawasan Perubatan Bagi Anggota
Bagi Anggota Yang Berisiko
X 3-6
Bagi anggota> 40tahun
Jumlah weightage catatan
Skalaprestasi
0 1 2 Markah diperolehi
3.3.3 Kebisingan (Dimana Perlu)
X 2-4
3.3.4 Suhu Panas (Dimana Perlu)
X 2-4
3.3.5 Kebersihan Persekitaran
X 2-4
3.3.6 pengurusan pembuangan bahan
X 3-6
Jumlah kecil
3.4 CIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK
PELANGGAN3.4.1 Orang Kurang Upaya X 2-4
3.4.2 wargatua X 2-4
3.4.3 kanak-Kanak X 2-4
3.4.4 lain-Lain X 2-4
JUMLAH KECIL
JUMLAH BESAR
4.KOMEN KESELURUHAN
5.CADANGAN/TINDAKAN
5.1 Organisasi
5.2 Keselamatan
5.3 Kesihatan
6.JURUAUDIT
………………………………..
Tandatangan
Nama :
Jawatan :
7.TARIKH LAPORAN AUDIT DISEDIAKAN
9. Keperluan Memberitahu DOSH Apabila Kemalangan,Keracunan Pekerjaan Atau Penyakit Pekerjaan
Peraturan dibawah OSHA menyatakan bahawa adalah wajib bagi majikan memberitahu dosh apabila berlakunya:
a) Kemalangan maut atau kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius kepada anggota badan (yang menyebabkan pekerja tidak dapat hadir untuk bekerja)
b) Keracunan pekerjaanc) Penyakit pekerjaan
Apabila kemalangan berlaku,pihak majikan mesti memberitahu pejabat DOSH tempatan denagan segera melalui telefon atau dengan cara lain.Dalam masa tujuh hari,satu laporan mesti dihantar ke DOSH dengan Melengkapkan Borang Berkenaan.Jangan Lupa Bahawa Anda Juga Perlu Melaporkan Kepada Pertubuhan Keselamatan Dan Sosial Atau Jabatan Tenaga Kerja(sekiranya pekerja yang cedera ialah pekerja asing)
9.1 Kemalangan
Satu atau berapa kejadian yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki yang mana boleh mendatangkan bencana,kecederaan kepada menusia,kerosakan harta benda.
Keputusan
result
Perbuatan tidak selamat
Unsafe practice/human factor Bahaya
Practice or condition that may cause accident
Kemalangan
Accident
Tempat tidak selamat
Unsafe condition
9.2 Rekod Kemalangan
Rekod semua kemalangan,kejadian merbahaya,peristiwa keracunan pekerjaan dan penyakit pekrjaan mesti disimpan.Pihak majikan mesti hantar kepada DOSH rekod tahun lepas sebelum 31 Januari setiap tahun.Semua mesti disimpan selama 5 tahun sekurang-kurangnya.
9.3 Penyiasatan kemalangan
Sekiranya kemalangan berlaku,tidak kira kecil atau besar,ia mesti disiasat.Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan mesti diberi kuasa melantik satu jawatankuasa penyiasat khas setiap kali ada kemalangan.Penyiasatan mesti dimulakan tanpa penangguhan sebelum maklumat hilang.
Penyiasatan keatas sesuatu kemalangan boleh dijalankan oleh satu kumpulan terdiri daripada:
a) Pengerusi jawatankuasa keselamatanb) Pegawai bertanggungjawab keatas keselamatan ditempat kerjac) Satu atau dua orang ahli jawatankuasa keselamatan.
Kumpulan penyiasat mesti berpengalaman menjalankan siasatan kemalangan.Sekiranya tiada siapa dalam organisasi anda mempunyai pengalaman yang mencukupi,aturkan latihan untuk sekumpulan staf supaya mereka memperolehi kemahiran penting apabila dikehendaki.Cuba pastikan pekerja yang telah menjalani latihan dalam penyiasatan kemalangan.
Banyak soalan yang perlu dijawab oleh penyiasatan.Berikut adalah beberapa contoh:
1. Nilakah kemalangan berlaku2. Dimanakah kemalangan berlaku 3. Siapakah yang terlibat dalam kemalangan4. Ada siapa yang menyaksikan kemalangan tersebut5. Apakah kecederaan dan kerosakan yang ditanggung6. Adakah pertolongan cemas diberi kepada pekerja yang cedera?jika ya,oleh
siapa?7. Apakah peralatan atau mesin yang diguna semasa kemalangan8. Pekerja yang cedera sedang buat apa semasa kemalangan?9. Apa yang berlaku?10.Adakah peraturan untuk memakai KPD dikawasan berlakunya kemalangan?
adakah ia dipakai oleh pekerja yang terlibat.
Semua maklumat yang dikumpul boleh diguna untuk mengenalpasti sebab-sebab kemalangan,dan ini boleh berikan input bagaimana untuk mengelakkan kemalangan
daripada berlaku pada masa hadapan.Tujuan penyiasatan kemalangan bukannya untuk menuduh sesiapa,ia adalah untuk mencari jalan membuat tempat kerja lebih selamat.Penyiasatan mungkin cadangan:
Latihan tambahan untuk pekerja Memperkenalkan KPD atau pertukaran KPD Pelaksanaan peratran keselamatan yang lebih tegas Prosuder dan penanda ditulis dengan lebih baik untuk pekerja patuhi Pengubahsuaian mesin atau peralatan Pengubahsuaian prosuder operasi piawai(SOP)
9.4 TINDAKAN MELAPOR KEMALANGAN
Ketua hendaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja
masing-masing dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan melalui Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . Laporan
tersebut hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut
dikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing.
Menghantar Borang Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya
JKKP6 secepat yang praktik sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN
dan disalinkan kepada fail Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PTJ masing-masing.
Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu
kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan
bantuan. Nasihat atau pandangan daripada Bahagian Keselamatan mengenai
kemalangan hendaklah diperolehi serta merta.
9.5 .BORANG PROSUDER KEMALANGAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SYARIKAT IKBAL ENGINEERING SDN BHD
LAPORAN KEMALANGAN
A. PANDUAN MELAPORKAN
1. Sila isi laporan ini dimana yang berkenaan. Gunakan lampiran jika ruang yang disediakan tidak mencukupi.
2. Anda perlu mengisi laporan ini dengan jujur dan ikhlas. Keterangan yang diberikan akan membantu Jawatankuasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kemalangan yang serupa daripada berulang.
3. Laporan yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti
B. STATUS PELAPOR
Sila tandakan (x) diruangan yang disediakan
Individu yang terlibat secara langsung Mangsa Kemalangan
dengan kemalangan
Penyelia/Ketua Jabatan Saksi Kemalangan
Lain-lain Nyatakan : _________________
C. BUTIR-BUTIR PELAPOR
1. Nama : _________________________ 2. No. Kad Pengenalan :_______________
3. Bangsa : ____________ 4. Umur : ______ 5. Warganegara : ________________
5. Pekerjaan
i. Jika Pelajar-Kursus : ___________________________________ Tahun : _________
ii. Jika Staf-Jawatan : __________________ Taraf Perkhidmatan : ________________
iii.Jika Pelawat/Pekerja Kontrak dll. : _________________________________________
7. No. Matrik/Kakitangan/Pas Pelawat/Pekerja : _______________________________
8. Nama dan Alamat Jabatan/Majikan : ______________________________________
______________________________________________ No. Tel. : _______________
9. Alamat Kediaman Yang Boleh Dihubungi :_____________________________________________________________________________ No.Tel. : _________________
D. PENYELIAAN/KEBENARAN BERTUGAS
1. Namakan Penyelia /Ketua Jabatan : ______________________________________
i. Nama : ___________________________ ii Jawatan : ________________________
iii. Jabatan : ____________________________________________________________
2. Siapakah Yang Membenarkan/Mengarah Tugas/kerja Tersebut Dijalankan ?
i. Nama : _______________________________ii. Jawatan : ___________________
iii. Jabatan : ____________________________________________________________
E. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN
1. Tarikh Kemalangan : ___________________ 2. Masa Kemalangan : __________
3. Tempat Kemalangan : (No./Nama Bilik/Bgn.) : ______________________________
4. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Kerja / Tugas / Prosedur Kerja Yang Dijalankan Dimana Kemalangan Ini Berlaku : _______________________________
______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
5. Bilangan Hari/Kerja/Tugas Ini Dijalankan Sebelum Kemalangan Berlaku : _________
6. Jelaskan Dengan Terperinci Bagaimana Kemalangan Ini Berlaku,
Gambaran-Gambaran / Keadaan Kemalangan, Mereka Yang Terlibat, Tindakan-
Tindakan Yang Telah Diambil Dan Sempamanya Mengikut Urutan Masa Dan Tarikh.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
7. Nyatakan Punca Kemalangan Ini Berlaku :_________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
8. Kepada Siapa Kemalangan Ini Mula Dilaporkan : ____________________________
F. KESAN KEMALANGAN
1. Nyatakan Nama Mangsa Kemalangan Dan bahagian Anggota Yang Tercedera : ______________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda/Peralatan Yang Berlaku :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
G. RAWATAN KECEMASAN
1. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Rawatan Kecemasan Yang diambil/Diberikan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Jika Mangsa Mendapat Cuti Sakit, Nyatakan Mulai dari Tarikh ___________ Hingga _________
I. PENGAWASAN KESELAMATAN
1. Adakah Tugas Kerja Ini Dibawah Penyeliaan Atau Diselia Oleh Sesaorang
Semasa Kemalangan Ini Berlaku. Jika Ya, Namakan Penyelia Tersebut.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Adakah Penerangan/Taklimat Berkenaan Keselamatan Telah Diberikan Sebelum Tugas/Kerja Dijalankan? Jika Ya, Terangkan Pada Masa Bila dan Oleh Siapa ?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Adakah Pakaian Perlindungan / Peralatan Keselamatan Yang Disediakan
Mencukupi Dan Digunakan Semasa Kemalangan. Terangkan : _________________
______________________________________________________________________
H. LAIN-LAIN/ULASAN
1. Lain-lain Perkara Yang perlu Dilaporkan Atau Ulasan : ______________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
I. PENGAKUAN
Segala Butir-Butir Dan Maklumat Yang Saya berikan Diatas Adalah Benar Dan Betul Setakat Yang Saya Ketahui.
Tandatangan : ________________ Tarikh Dilaporkan : ________________
10. Kesimpulan