8
DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi Y B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MEdO) pada 16 April 2011 di Hotel Pan Pacific KLIA. Pelancaran DePAN bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA, Ketua Jabatan, ahli MEIPTA dan para pelajar IPT. Penggubalan DePAN mengambil kira hasil rumusan kajian oleh ahli MEIPTA yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Kajian yang bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia merupakan kerjasama antara pihak KPT dan MEIPTA telah mendapat maklumbalas daripada 6301 pelajar dan 1365 kakitangan akademik dari seluruh Malaysia. Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengharapkan menjelang tahun 2015 semua kakitangan dan pelajar IPT turut disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa di mana IPT diharap dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran. Ini bermakna sesiapa saja yang sebelum ini tidak dapat memasuki universiti atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi wadah ini. Pembesaran universiti dan kawasan juga tidak lagi menjadi isu yang besar. 

DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

  • Upload
    buidan

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MEdO) pada 16 April 2011 di Hotel Pan Pacific KLIA.

Pelancaran DePAN bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA, Ketua Jabatan, ahli MEIPTA dan para pelajar IPT. Penggubalan DePAN mengambil kira hasil rumusan kajian oleh ahli MEIPTA yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Kajian yang bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia merupakan kerjasama antara pihak KPT dan MEIPTA telah mendapat maklumbalas daripada 6301 pelajar dan 1365 kakitangan akademik dari seluruh Malaysia.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengharapkan menjelang tahun 2015 semua kakitangan dan pelajar IPT turut disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa di mana IPT diharap dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran. Ini bermakna sesiapa saja yang sebelum ini tidak dapat memasuki universiti atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi wadah ini. Pembesaran universiti dan kawasan juga tidak lagi menjadi isu yang besar. 

Page 2: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah izinya, Buletin MEIPTA Bil.2 dapat diterbitkan dengan jayanya. Terima kasih di

atas kerjasama semula ahli MEIPTA yang mengilhamkan penerbitan buletin ini dalam usaha memacu perkembangan e-Pembelajaran di Malaysia.

Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011. Sempena majlis tersebut, buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MEdO) turut dilancarkan. Melalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat.

YB Menteri dalam ucapannya menyatakan pada tempoh itu semua IPT harus sudah mempunyai 30 peratus atau lebih kurikulum kursus dalam mod campuran iaitu bersemuka dan atas talian.

Persidangan MEIPTA kali ke-11 yang bertemakan ‘Insentif dan Pengiktirafan e-Pembelajaran’ telah berlangsung pada 3 Mac 2011 di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. InsyaAllah, persidangan kali ke-12 akan diadakan di UNISZA pada Jun 2011. Untuk tahun 2011 juga, MEIPTA bercadang menerbitkan sebuah lagi buku e-Pembelajaran mengenai Web 2.0. Komitmen jitu yang ditunjukkan oleh semua IPTA menyakinkan bahawa buku ini akan diterbitkan pada hujung tahun ini. Penerbitan buku ini akan memantapkan kelestarian e-Pembelajaran peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakan-rakan MEIPTA untuk terus memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA masing-masing. Saya amat optimis dengan percambahan idea dan perkongsian pengalaman melalui persidangan MEIPTA ini dapat diimplementasikan dengan jayanya.

Sekian, wassalam.

Prof. Dr. Mohamed Amin EmbiPengerusiMajlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) 2010-2011

Sidang PengarangPenasihat

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Editor KehormatProf. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab | Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman | Prof. Dr. Hanafi Atan

Ketua EditorEncik Mohd Najib Adun

Grafik & AturletakEncik Hashim Muda | Cik Duratul Ain Yahya

“Melalui DePAN, Kementerian Pengajian

Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015”

2

Page 3: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

DePANPenyata Dasar: e-Pembelajaran untuk pembelajaran yang berkualiti, fleksibel, dan kolaboratif untuk menghasil graduan yang serba boleh dan kompetetif di arena global.

Definisi e-Pembelajaran: Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran.

Fasa: DePAN mempunyai tiga fasa dan akan berjalan selama lima tahun dari tahun 2011 – 2015 seperti berikut:a. Fasa Permulaan (2011-2012)b. Fasa Pengisian (2013-2014)c. Fasa Optimum (2015)

RoadMap: Meliputi lima tunggak yang menjadi asas kepada DEPAN seperti berikut:i. Infrastrukturii. Struktur Organisasiiii. Kurikulum dan e-Kandunganiv. Perkembangan Profesional, danv. Pembudayaan

Tunggak Infrastruktur memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan:a. Jalur lebarb. Helpdesk atau meja bantuan, danc. Peralatan ICT

Tunggak Struktur Organisasi memberi tumpuan kepada lima bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menentukan:a. Misib. Planc. Kepimpinan (pasukan)d. Polisi, dane. Unit e-Pembelajaran

Tunggak Perkembangan Profesional memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu meningkatkan:a. Pengetahuanb. Kemahiran, danc. Sikap

Tunggak Kurikulum dan e-Kandungan memberi tumpuan kepada empat bidang fokus e-pembelajaran iaitu:a. Kurikulumb. Pembangunan e-Kandunganc. e-Taksiran, dand. Piawai e-Pembelajaran

Tunggak Budaya memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan:a. Kemudahan e-Pembelajaranb. Penggunaan e-Pembelajaran alam semua aktiviti di IPT, danc. Insentif dan Dorongan

3

Page 4: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

Persidangan MEIPTA ke-11

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama UKM telah mengadakan Persidangan Meja Bulat MEIPTA pada 3 Mac 2011 di Putrajaya. Persidangan MEIPTA kali ke-12 ini yang bertemakan Insentif dan Pengiktirafan

e-Pembelajaran telah dihadiri oleh semua ahli MEIPTA daripada semua IPTA.Sempena persidangan tersebut, Majlis Penyerahan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia kepada semua IPTA

telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Zarida Hambali, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik KPT. Buku ini yang mengandungi 25 bab merupakan penerbitan pertama MEIPTA yang memperihalkan tentang amalan terbaik dalam pelaksanaan e-Pembelajaran setiap IPTA. Perkongsian amalan terbaik ini dapat memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran sejajar dengan hasrat KPT untuk menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015.

Berdasarkan tema persidangan, ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik yang melaksanakan e-Pembelajaran diberi insentif dan pengiktirafan seperti berikut:a. Mengurangkan beban pembelajaran. b. Mengambil kira dalam penilaian prestasi tahunan.c. Menyediakan geran pembangunan e-Pembelajaran. d. Memberikan sijil penghargaan kepada mereka yang aktif dalam e-Pembelajaran. e. Satu kertas kerja tentang bagaimana e-Pembelajaran diiktiraf sebagai penerbitan akan disediakan.

Bagi tahun 2011, MEIPTA juga bercadang untuk mewujudkan jaringan antarabangsa mengenai e-Pembelajaran dengan IPT luar negara dan menghasilkan sebuah lagi buku bertajuk Application of Web 2.0 Tools in Teaching & Learning. Persidangan MEIPTA kali ke-12 akan diadakan di UniSZA pada Jun 2011.

Seminar LectureMaker

PPA dengan kerjasama TM Smart School telah menganjurkan Seminar LectureMaker pada 22 Mac 2011 di Bilik Bengkel 3 CRIM yang telah dihadiri seramai 25 peserta merupakan Penyelaras e-Pembelajaran dan Jurulatih Utama

e-Pembelajaran UKM. Semua peserta yang hadir telah didedahkan dengan perisian

terkini iaitu LectureMaker dan TestMaker daripada TM Smart School. Perisian ini amat praktikal dan mudah untuk digunakan oleh semua pensyarah dalam membangunkan bahan kuliah interaktif. Menurut En. Analiz Alias (Ketua Pemasaran TM Smart School), produk ini telah digunakan oleh beberapa IPTA dan amat praktikal serta harga yang kompetitif. Sehubungan itu, untuk peringkat permulaan PPA mencadangkan agar setiap fakulti membeli sekurang-kurangnya 1 lesen perisian tersebut.

TM Smart School dengan kerjasama PPA UKM akan mengadakan Bengkel Pembangunan e-Kandungan di Makmal Multimedia UKM pada 7-8 Julai 2011 dan terbuka kepada semua IPTA.

4

Page 5: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

Sumber: Berita Harian/Varsiti Bil.72, 26 Mei - 1 Jun 2011

MEIPTA Dalam Media Arus Perdana

5

Page 6: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

Sumber: Utusan Malaysia, 29 April 2011

naknugnabid )NAPeD( arageN narajalebmeP-e RASADuntuk menyediakan kerangka e-Pembelajaran berkua-liti yang sesuai dengan konsep Model Baru Ekonomi (MBE) dan gagasan 1Malaysia.

Objektif dasar tersebut ialah bagi menyediakan pen-didikan berkualiti untuk semua yang dapat direalisasikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran), Pusat Pembangu-nan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysai (UKM), Profesor Dr. Mohamed Amin Embi berkata, teknologi e-Pembelajaran yang terkini berupaya memudah cara peng-ajaran dan pembelajaran (P&P) seterusnya dapat mening-katkan profesionalisme para akademik.

”E-Pembelajaran akan membuka akses dan memberi peluang kepada masyarakat negara ini melanjutkan pela-jaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat selain menghasilkan gradu-an yang mampu bersaing di arena global,” katanya ketika ditemui di UKM Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, kerangka DePAN mempunyai lima tunggak asas iaitu infrastruktur, struktur organisasi, kuri-kulum dan kandungan, perkembangan profesional dan pembudayaan yang merupakan kerangka e-Pembelajaran yang dilaksanakan bermula 2011.

”Setiap tunggak mempunyai bidang fokus dan setiap bidang fokus mempunyai aktiviti yang akan dilaksanakan fasa demi fasa.

”DePAN mempunyai tiga fasa dan akan berjalan selama enam tahun bermula dari tahun ini sehingga 2016. Setiap fasa akan memakan masa selama dua tahun,” jelasnya.

Tambahnya, DePAN berupaya meningkatkan keupay-aan IPT agar lebih kompetitif dan dapat bersaing di pe-ringkat global selaras dengan objektif untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

”Teknologi e-pembelajaran yang terkini jelas beru-paya menjadikan IPT lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat global serta berupaya menyediakan graduan, pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan pendi-dikan yang bertaraf dunia,” ujarnya.

Atas cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah ditubuhkan pada 12 November 2007 untuk menggalas peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang e-Pembelajaran kepada kementerian.

Majlis ini diwujudkan bertujuan menjadi platform ke-pada usaha perkongsian dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkaitan e-Pembelajaran serta bagi menggembleng kepakaran dan sumber bagi me-majukan e-Pembelajaran di IPTA.

Jelas beliau, MEIPTA mempunyai peranan sebagai pen-ghubung antara IPTA dengan KPT dalam hal-hal berkaitan e-Pembelajaran.

”Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandas-kan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan serta memantapkan pembangunan

sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan IPTA,” katanya.

Beliau memberitahu, peranan majlis juga adalah untuk meninjau peluang perkongsian dan kerjasama selain mem-bincangkan isu bersama antara IPTA dalam hal-hal berkai-tan e-Pembelajaran.

”Selain itu, MEIPTA turut menjalankan aktiviti penyeli-dikan dan penerbitan mengenai e-Pembelajaran seperti menerajui penyelidikan bertajuk ’Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Perlaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malay-sia’ mulai Mei 2010 hingga Januari lalu.

”Penglibatan aktif dan kerjasama yang baik oleh semua ahli MEIPTA dari semua IPTA seluruh negara juga telah membolehkan majlis menerbitkan sebuah buku e-Pembe-lajaran yang bakal digunakan sebagai garis panduan oleh semua IPTA di negara ini,” jelasnya lagi.

Mohamed Amin berkata, Persidangan MEIPTA diada-kan tiga atau empat kali setahun secara berkala dan tuan rumah dipilih secara bergilir antara IPTA dan sehingga kini sebanyak 11 kali persidangan telah berjaya diadakan.

”Pelbagai aktiviti dan program seminar, bengkel dan demonstrasi berkaitan e-Pembelajaran diatur sempena Persidangan MEIPTA bagi memberi manfaat kepada semua ahlinya dalam usaha untuk memantapkan perlaksanaan e-Pembelajaran di IPTA masing-masing.

DePAN sedia pendidikan berkualiti melalui ICT

MEIPTA Dalam Media Arus Perdana

6

Page 7: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN AKADEMIK DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI 2011

(Conference on Academic Development in Higher Education 2011) ADHE2011

Pengenalan

Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama AKEPT, MEIPTA dan MAGNETIC akan menganjurkan Persidangan Pembangunan Akademik di Peringkat Pengajian Tinggi 2011 (ADHE2011) yang akan dilaksanakan pada 2-4 November 2011. Persidangan 3 hari tersebut bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Persiaran MARDI-UPM, Serdang, Selangor.

Tujuan Dan Objektif Seminar

Seminar ini bertujuan untuk memartabatkan kualiti akademik dan kecemerlangan pegawai akademik IPT.

Maklumat Persidangan

Lokasi dan Tarikh

Tarikh : 2-4 November 2011 (Rabu - Jumaat)

Lokasi : Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Persiaran MARDI-UPM, Serdang, Selangor

Objektif seminar adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan prestasi akademia yang berdaya saing di peringkat global.

2. Memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh di IPT.

3. Memberi peluang kepada para akademik untuk berkongsi idea, inovasi dan perkembangan terkini dalam pembangunan akademik.

Kumpulan Sasaran

1. Pegawai akademik IPT (Tutor, Pensyarah, Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)

2. Pihak yang terlibat dengan pembangunan akademik di IPT.3. Pihak yang terlibat pengajaran dan pembelajaran di IPT4. Pegawai daripada badan kerajaan dan berkanun.5. Usahawan dalam Industri pendidikan.6. Pelajar siswazah.

Maklumat ADHE2011 boleh didapati dengan melunsuri laman sesawang berikut:http://cade.upm.edu.my/adhe2011/ Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Urusetia ADHE2011Pusat Pembangunan AkademikUniversiti Putra MalaysiaTEL:03-8946 6112 / 03-8946 6135Emel: [email protected]

Tema

Pembangunan Akademia Berprestasi Tinggi

Sub-tema

1. Pembangunan akademia prestasi tinggi2. Penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran3. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Penyeliaan pelajar5. Teknologi pengajaran dan pembelajaran6. Pembangunan e-kandungan dan e-pembelajaran7. Pengurusan pembangunan akademik8. Kepimpinan akademik9. Isu semasa dalam pembangunan akademik

7

Page 8: DePAN dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi · PDF fileMelalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat ... ahli mencadangkan supaya kakitangan akademik

in coorporation with:co-organized by:

SPECIAL CALL FORPAPER!

“ Optimizing andEmpowering

Online Education ”

InternationalConference on e-Learning

The 3rd

For more information please visit http://i-learn.uitm.edu.my/icel2011

Abstract Submission Dateline : MAY 17, 2011Notification of Acceptance : JUNE 1, 2011Full Paper Due : AUGUST 31, 2011Registration Due : SEPTEMBER 29, 2011

Date : 29-30 November 2011Vanue : Bandung Institute of Technology, Indonesia

Andragogy in Online Learning/Online Education Technogogy & Andragogy in Online Learning/Online Education Quality Assurance in Online & Mobile Learning Instructional Design for Online Learning/Online Education

Best Practices Online Learning Strategies Best Practices Online Learning/Online Education System Development Best Practices Online Learning/Online Education Material Development Online Learning Best Practices in Online Training Management

Sub Themes

Extended Dateline For MEIPTA Representatives

30 June 2011

Bandung*Indonesia