27
OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013 1.0 PENGENALAN DAN DEFINISI DIORAMA iorama, adalah sebuah pemandangan tiga dimensi mini yang bertujuan untuk menggambarkan pemandangan sebenarnya. Diorama, terbentuk apabila objek- objek ditempatkan di pentas yang berlatar belakang lukisan yang digarap seperti situasi sebenar. Diorama, adalah salah satu daripada media pembelajaran yang berkesan, terutama untuk mata pelajaran Geografi, Sejarah, Sains dan sebagainya. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, bentuk diorama yang boleh dibentuk ialah seperti model pelaksanaan ibadah haji iaitu tawaf, sa’i, wukuf, lempar jumrah, dan lain-lain. D Diorama merupakan alat bantu belajar yang sangat menarik . Diorama biasanya dibina dalam bentuk tiga dimensi yang memberi gambaran suatu keadaan dalam ukuran kecil. Objek-objek juga dibina dalam bentuk yang lebih kecil berbanding daripada asal. Contoh-contoh objek yang dibina ialah orang-orangan, pohon- pohonan, rumah-rumahan, dan sebagainya, Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menghasilkan diorama tentang Ka’bah dengan suasana dan keadaaan sekelilingnya, orang-orang yang sedang melaksanakan tawaf, mencium hajar aswad, dan lain-lain. Atau dapat membuat diorama tentang suasana orang yang sedang wukuf di Padang Arafah, suasana orang-orang sedang melaksanakan Sa’i dan sebagainya. 761130035380001: Page | 1

Diorama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dfdfdf

Citation preview

Page 1: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

1.0 PENGENALAN DAN DEFINISI DIORAMA

iorama, adalah sebuah pemandangan tiga dimensi mini yang

bertujuan untuk menggambarkan pemandangan sebenarnya. Diorama, terbentuk

apabila objek-objek ditempatkan di pentas yang berlatar belakang lukisan yang

digarap seperti situasi sebenar. Diorama, adalah salah satu daripada media pembelajaran yang

berkesan, terutama untuk mata pelajaran Geografi, Sejarah, Sains dan sebagainya. Bagi mata

pelajaran Pendidikan Islam, bentuk diorama yang boleh dibentuk ialah seperti model

pelaksanaan ibadah haji iaitu tawaf, sa’i, wukuf, lempar jumrah, dan lain-lain.

D

Diorama merupakan alat bantu belajar yang sangat menarik . Diorama biasanya dibina

dalam bentuk tiga dimensi yang memberi gambaran suatu keadaan dalam ukuran kecil. Objek-

objek juga dibina dalam bentuk yang lebih kecil berbanding daripada asal. Contoh-contoh objek

yang dibina ialah orang-orangan, pohon-pohonan, rumah-rumahan, dan sebagainya,

Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menghasilkan diorama tentang

Ka’bah dengan suasana dan keadaaan sekelilingnya, orang-orang yang sedang melaksanakan

tawaf, mencium hajar aswad, dan lain-lain. Atau dapat membuat diorama tentang suasana orang

yang sedang wukuf di Padang Arafah, suasana orang-orang sedang melaksanakan Sa’i dan

sebagainya.

Cara membuat diorama tidaklah terlalu sukar, kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak

terlalu mahal. Diorama, dapat dibuat dari bahan-bahan yang mudah didapati, sebagai contoh,

pohon-pohon dapat dibuat dari dawai yang dibalut dengan kertas berwarna hijau, serta daun-

daunnya juga dari kertas berwarna hijau. Semak-samun dapat dibuat daripada span pencuci

pinggan, manakala lumut atau carpet boleh dijadikan hamparan rumput. Rumah-rumahan pula

dapat dihasilkan daripada kotak yang kemudiannya diwarnakan. Orang-orangan dapat dibuat dari

lilin atau kain yang dibalut berbentuk manusia kemudian diberi pakaian, dan lain-lain.

Untuk kepentingan artistiknya, objek dalam diorama tidak seharusnya terlalu padat

kerana ia boleh menyebabkan penonton keliru dan kurang jelas tentang mesej yang hendak

disampaikan . Bagi tujuan pembelajaran, diorama yang dibina perlu sesuai dengan isi pelajaran

761130035380001: Page | 1

Page 2: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

dan menepati objektif yang dirancang. Diorama yang dibina juga perlu memiliki daya tarikan

yang tersendiri, contohnya dengan menggunakan warna cat, ia membolehkan objek-objek dalam

diorama menjadi hidup atau realiti serta lebih menarik. Definisi-definisi yang dirujuk dari

beberapa laman web berikut dapat menjelaskan lagi kefahaman tentang diorama, antaranya ialah;

i. Perkataan diorama berasal dari bahasa Inggeris yang membawa maksud model skala

atau binaan kecil sesebuah set yang direka  untuk menunjukkan situasi atau gambaran

sebenar. Sumber daripada, http://www.jmm.gov.my/ms/glosari.

ii. Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek

untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam

muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan

pendidikan. Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai

sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta,

motosikal atau pesawat tempur. Terdapat banyak jenis diorama, tetapi jika diasingkan

terdapat beberapa kategori skala yang penggemar sering gunakan iaitu skala 1/35,

1/48 atau 1/24.

Sumber daripada, http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html

iii. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek

untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah

diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan

supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh

digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.

Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang

diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan

bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Sumber daripada, http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

761130035380001: Page | 2

Page 3: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

iv. Diorama adalah pameran statik atau diam yang direka untuk menyampaikan

informasi tentang kejadian nyata yang terjadi di masa lalu atau sekarang atau

menggambarkan masa yang akan datang dalam bentuk tiga demensi. Diorama

biasanya terdiri dari realia, model dan latar belakang yang sesuai. Diorama boleh

dilengkapi dengan tulisan ataupun audio.

Bentuk Diorama terdiri dari bahagian hadapan yang menggambarkan

pemandangan dengan realia dan model, dan latar belakang yang dibuat agar

memberikan kesan seperti nyata.

Kelebihan Model adalah mampu menambah keindahan, daya tarik, dan

memotivasi pengguna untuk mendapatkan pengalaman belajar.

Kelemahan Diorama antaranya tidak menampilkan unsur gerak, maka diorama

dapat menimbulkan salah pengertian atau salah tafsir.

Seleksi Diorama boleh menimbulkan salah pengertian dan salah tafsir, kerana

ianya tiada unsur gerak. Oleh itu Seleksi Diorama harus mempertimbangkan

kefahaman pengguna terhadap situasi, mampu dihasilkan ( kos), boleh dilihat dari

jarak dan pelbagai sudut tertentu, serta saiz harus disesuaikan dengan ruangan

Sumber daripada, http://widodo.staff.uns.ac.id/2009/10/20/ringkasan-modul-7-media-tiga-demensi/

v. Kesimpulannya diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang

disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi

pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang

mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru

boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti

matapelajaran KajianTempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan

dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan

bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan

buangan lain.

761130035380001: Page | 3

Page 4: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

2.0 DIORAMA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti diorama adalah selari dengan kehendak Kurikulum Pendidikan Seni yang mana

seni itu sendiri boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian

yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam

menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling

efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang

menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai

pihak. Antaranya, mengikut pendapat Emerson, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan

melahirkan apa yang dirasakan”.

Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga

adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai

melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Seni juga sesuatu

yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui

pemikiran kreatif.

Menurut Victor Lowenfeld, kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat

komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan

diri denganpelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan

(penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan

digunakan secara sepenuhnya sebagaiproses pengamatan dan merekod).

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan

berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Oleh itu,

aktiviti seni khususnya diorama sangat sesuai dan berkesan terhadap elemen-elemen

perkembangan kanak-kanak, dalam aspek-aspek seperti;

761130035380001: Page | 4

Page 5: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

i. Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti diorama yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat

penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak juga mampu membuat tafsiran

kepada situasi jauh, pengalaman lalu, dan masa hadapan.

ii. Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai dalam aktiviti diorama dapat memberikan

satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan

serta mata. Contohnya membentuk model orang-orangan daripada plastesin.

iii. Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Sepertimana elemen Pendidikan Seni

Visual, aktiviti dan projek di dalam diorama mengutamakan proses, berbanding

dengan hasilan akhir. Gubahan hasil diorama yang mampu menyampaikan mesej atau

cerita membuktikan daya kreativiti kanak-kanak adalah tinggi.

iv. Aspek Persepsi

Kegiatan diorama memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria mereka melalui proses penghasilan

model, objek, dan produk yang terdapat disekeliling mereka.

v. Aspek Sosial dan Emosi

Semasa mengikuti aktiviti diorama, murid berpeluang berinteraksi dan meningkatkan

keupayaan bersosial di samping meningkatkan keyakinan diri. Ianya selari dengan

kehendak kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Seni juga menganjurkan semangat

bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

761130035380001: Page | 5

Page 6: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

3.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DALAM DIORAMA MEMBANTU

PERKEMBANGAN KECERDASAN PELBAGAI

Unsur-unsur kreativiti dan estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting

dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Aktiviti-aktiviti berikut

berlaku secara tidak langsung semasa proses penghasilan diorama, seterusnya akan

membantu meningkatkan kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah;

i. Membentuk Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak

tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta

menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Dalam diorama

kemahiran ini berlaku semasa penyediaan latar belakang, atau proses melukis atau

melakar objek.

ii. Melakar bentuk atau rupa

Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya

dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa

yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan

tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari

ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara

penghujung garisan dan permulaannya. Kemahiran ini boleh diperoleh semasa peringkat

penghasilan objek atau subjek diorama, contohnya haiwan, orang-orang, rumah-rumah

dan sebagainya.

iii. Membentuk 

Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu

bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer

dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi

ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan

melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

761130035380001: Page | 6

Page 7: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

iv. Jalinan 

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat

menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua

iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui

sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan

manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai

melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong

di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v. Warna 

Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna

terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna

sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu;

dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil

daripada percampuran warna asas dan sekunder.

3.1 TUJUAN DIORAMA DALAM PENDIDIKAN SENI

i. Tingkatkan Daya Kreativiti

Secara tidak langsung, sepanjang proses penghasilan diorama kanak-kanak akan

berpeluang meluahkan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil atau karya

yang menarik. Sepertimana pendapat Herbert Read (1958), jika anda seorang yang sering

membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil

atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif.

Selain itu, June King Mc Fee juga menjelaskan kreativiti itu adalah keupayaan

mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula

perlambangan yang sedia ada. Manakala Carl Rogers pula menjelaskan bahawa kreativiti

itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang,

761130035380001: Page | 7

Page 8: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama

ada suka atau duka.

ii. Mengembangkan Persepsi Kanak-kanak tentang Seni Tiga Dimensi

Apabila bahan binaan yang dibina dalam diorama sesuai dan relevan dengan tujuan

hasilan, digunakan sebagai bahan bantu belajar, ianya mampu menajamkan persepsi

kanak-kanak terhadap objek dan penceritaan, seterusnya akan membantu pencapaian

objektif pembelajaran. Binaan diorama akan mendekatkan murid kepada situasi sebenar

dan ini akan membantu meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu perkara dengan

lebih mudah dan cepat.

3.2 BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK

DALAM PENGHASILAN DIORAMA?

Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meransang kreativiti kanak-kanak untuk

menghasilkan bahan diorama dalam Pendidikan Seni. Antaranya ialah;

i. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar,

bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

ii. Mengadakan lawatan ke zoo, dan muzium.

iii. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang

baik dan berketerampilan.

iv. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk

memperkaya maklumat dan pengetahuan.

v. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan

bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

vi. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau

tempat-tempat strategik.

vii. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

viii. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk

memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan

761130035380001: Page | 8

Page 9: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

ketahanannya. Contoh bahan daripada alam sekitar yang boleh digunakan ialah

buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. Manakala

benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam

dan lain-lain.

3.3 LANGKAH PENGHASILAN BAHAN DIORAMA

a) Mengenal pasti tema, mesej, situasi dan cerita

b) Membuat lakaran kedudukan objek-objek dalam diorama

c) Merancang alat dan bahan yang akan digunakan

d) Menyediakan tapak dan latar belakang

e) Menghasilkan objek-objek

f) Membuat susun atur objek mengikut lakaran

g) Membuat pengolahan rekabentuk

h) Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar

i) Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses

membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

j) Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan

menyatakan kesannya.

k) Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil

bentuk rekaan.

l) Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut

m) fungsi.

3.4 KEPENTINGAN DIORAMA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Berikut adalah antara kepentingan diorama kepada guru dan murid.

a) Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

b) Membuat penyesuaian topik, tema dan teknik

c) Membuat “tumbnail-print” / lakaran

761130035380001: Page | 9

Page 10: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

d) Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia

e) Memilih teknik membuat yang sesuai.

f) Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.

g) Menghargai ciptaan tuhan

h) Menghargai nilai-nilai seni

i) Menghargai prinsip-prinsip dan unsur-unsur seni

j) Mengenali Pelbagai Bentuk Asas 3D, dan pelbagai lagi.

3.5 KELEBIHAN AKTIVITI DIORAMA

Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dengan keinginan asas kanak-kanak, iaitu;

i. Keinginan untuk bergerak secara bebas

Oleh kerana aktiviti diorama dilaksanakan secara berkumpulan secara

bekerjasama, maka ia memberi peluang murid bergerak bebas terutama

semasa proses penghasilan bahan.

ii. Keinginan untuk berjaya, diiktiraf, diterima dan disanjung

Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bahan

diorama yang terbaik serta berharap akan mendapat penghargaan dan pujian.

Hasil kerja murid akan dipamerkan kepada orang lain dan menjadi perhatian.

iii. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan)

Setiap murid akan berusaha untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dengan

harapan untuk mendapat tempat atau kedudukan yang tinggi berbanding

tugasan lain sama ada secara kumpulan atau indvidu. Oleh itu mereka akan

meluahkan kreativiti masing-masing untuk mencapai impian masing-masing,

apatah lagi jika diberikan ganjaran oleh guru.

iv. Keinginan untuk meneroka, bereksperimentasi, pencapaian kreatif dan

meluahkan perasaan.

761130035380001: Page | 10

Page 11: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

Setiap kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sangat

cenderung untuk melakukan aktiviti seperti penerokaan, dan berbentuk

eksperimen. Aktiviti diorama adalah sangat sesuai dan dapat menarik minat

kanak-kanak kerana ia menggalakkan murid meluahkan pencapaian kreatif

dan perasaan masing-masing. Mereka bebas menghasilkan, mengolah,

menyusun objek sebagaimana tema yang ditetapkan.

4.0 DIORAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

761130035380001: Page | 11

Page 12: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

761130035380001: Page | 12

Page 13: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

4.1 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG MENGGUNAKAN

DIORAMA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN

INTEGRASI BEBERAPA MATA PELAJARAN LAIN

Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu

Tahun                       : 4 Bijak

Bil. Murid                  : 30  orang

Tema                           : Sentiasa Berhemat Kita Selamat

Tajuk                         : Kemalangan Jalan Raya

Tarikh                        : 27 April 2013

Masa                         :10.35 pagi hingga 11.05 pagi (60 minit)

Objektif                :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

1) Menyenaraikan lima kata kerja berdasarkan gambar bersiri yang ditayangkan..

2) Murid dapat menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar..

761130035380001: Page | 13

Page 14: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

Fokus Utama : 

8.4 Membina dan membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1 (ii)  Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Fokus Sampingan     : 

1.2       Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 1(iii)  Memberikan respon yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.

Kemahiran Bahasa   :

Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa :

Kata Kerja : menunggang basikal, melanggar, memandu, terlantar, melawat.

Ilmu :

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. 

Nilai                            :

Berhati-hati, mematuhi peraturan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

Kemahiran Berfikir  : Menghubungkaitkan, menciri, mengimbas Kembali,    

                                                  menilai, penjanaan idea. 

Kecerdasan Pelbagai           : Interpersonal

Pembelajaran Kontekstual:

Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada.

Pengetahuan Sedia Ada   : 

Murid sudah mengetahui tentang cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.

Bahan Bantu Belajar      :

Model Diorama Kemalangan Jalan Raya, Komputer riba, sambungan Internet,

LCD, video animasi dari  youtube.

Integrasi Mata Pelajaran:

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,

Teknologi Maklumat

761130035380001: Page | 14

Page 15: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI(10 min)

Tayangan video pendek tentang keselamatan di jalan raya.  Pepatah:“Malang Tidak Berbau”.

1. Guru menayangkan video klip dari youtube tentang keselamatan di jalan raya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran dan nilai murni daripada video klip tersebut.

3. Guru mengaitkan isi video dengan tajuk pelajaran.

KBKK:Menghubungkaitkan,Menciri.

BCB: mendengar aktif

BBB: video klip animasi dari youtube

http://www.youtube.com/watch?v=sPTVn4hzMd0

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

LANGKAH 1(15 min)

Kata kerja berdasarkan diorama yang dipamerkan.

Kata kerja:  menunggang  melanggar  membantu  terlantar bermain memimpin tangan 

1.Murid melihat model diorama yang dipamerkan di hadapan kelas.

2.Murid diminta untuk menyenaraikan beberapa kata kerja daripada bahan diorama tersebut.

3.Guru meminta murid membacakan kata kerja yang telah disenaraikan kepada kelas.

KBKK: Menjana idea, menganalisis

BCB: mencatat

BBB: Sebuah Diorama kemalangan jalan raya.

Nilai: berhati-hati

Ilmu: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

LANGKAH 2(15  min)

Membina ayat majmuk daripada kata kerja yang telah disenaraikan:

• Kata kerja

1. Murid membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan secara lisan.

2. Murid diminta membaca ayat-ayat yang telah dibina kepada kelas.3.Murid yang lain

KBKK : Menjana idea

BCB : mencatat

BBB : Persembahan powerpoint :‘Kemalangan Jalan Raya”

KP : Intrapersonal.

Nilai:

761130035380001: Page | 15

Page 16: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

diminta mendengar dengan teliti dan sama-sama membetulkan kesilapan sekiranya ada.

kerjasama,  berhati-hati

Ilmu:Pendidikan Keselamaatan Jalan Raya (PKJR).

LANGKAH 3(10 min)

Membina ayat berdasarkan gambar secara bertulis.

Perbendaharaan kata: menunggang berlanggar meluru membantu bermain memimpin

tangan

1. Guru mengedarkan latihan lembaran kerja kepada kelas.

2. Guru menayangkan persembahan powerpoint tentang panduan membina ayat bahagian A.

3. Murid diminta membina ayat secara bertulis berdasarkan gambar pada lembaran kerja yang diedarkan.

4. Murid menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

KBKK: Mengimbas kembali,menghubungkait,penjanaan idea

BCB : mencatat

BBB : Gambar kemalangan jalan raya (lampiran 1)

KP : Interpersonal.

Nilai: berhati-hati

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

PENUTUP  (10 min)

Penutup kognitifMembuat rumusan isi pelajaran.

Penutup sosialMemberi nasihat dan nilai-nilai murni.

1.  Guru menayangkan video pendek dari youtube tentang akibat jika tidak mematuhi peraturan jalan raya..

2. Guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran.

3.  Guru memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal usia.

Nilai:berhati-hatimematuhi peraturan jalan raya

BBB::Video klip animasihttp://www.youtube.com/watch?v=2-c_5NDRtkM&NR=1&feature=endscreen

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

761130035380001: Page | 16

Page 17: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

5.0 PERINGKAT LAKARAN IDEA

Diorama ini dibentuk melalui perancangan yang teliti dengan memikirkan tajuk dan tema.

Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian catan sebagai latar belakang

diorama dan objek 3 Dimensi sebagai subjek diorama. Pemilihan alat, bahan, tema, tajuk, dan

olahan idea adalah berpandukan kepada unsur dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut

adalah menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama ini. Antaranya ialah menentukan

tema. Tema yang dipilih ialah kemasyarakan kerana ia banyak kaitan dengan mata pelajaran

Bahasa Melayu. Subjek yang ada di dalam diorama ialah orang-orang, kereta,pokok, dan lain-

lain objek seperti kerusi, dan bola. Subjek orang lebih banyak dibina kerana ia dapat member

gambaran kepada murid untuk menyenaraikan kata kerja.

Peringkat seterusnya ialah menentukan alat dan media yang akan diguna untuk diorama.

Seharusnya alat yang dipilih mudah diperoleh, mudah diguna, tahan lasak dan menjimatkan kos.

Contoh alat yang digunakan ialah carpet dan berus pinggan sebagai rumput dan pokok. Kereta

pula menggunakan model kereta. Fokus utama ialah pada subjek ‘orang’ kerana murid perlu

meneliti setiap subjek, menganalisis kata kerja dan seterusnya merekod.

Lakaran dibuat secara berperingkat dan mengikut perkembangan dengan mengambil kira

asas seni reka. Diorama yang sebenar akan diterbitkan berdasarkan terjemahan lakaran yang

dibuat. Oleh itu, lakaran yang dibuat perlu jelas dan tersusun. Tugas ini diperincikan lagi dengan

proses kemasan dengan mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep

keseluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan.

Langkah berikutnya, membina kerangka atau tapak diorama. Pembinaan tapak

mengambil kira ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka. Pertimbangan akan

mengambil kira, kos, masa, bahan, alat dan kesesuaian latar belakang, dan hal subjek. Proses

terakhir ialah membentuk diorama berdasarkan 4 sketsa sehinggalah terhasilkan diorama yang

lengkap sebelum diperagakan

Diorama ini diharapkan bukan sahaja dapat menarik minat murid, tetapi dapat

menjayakan sesi pengajaran seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan. Diorama yang telah

diguna akan terus diperagakan di bilik darjah dengan tujuan meningkatkan kefahaman murid

tentang isi pelajaran dan unsure nilai yang dipelajari.

761130035380001: Page | 17

Page 18: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

6.0 RUMUSAN

Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik

kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.

Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau

kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori ini juga penting untuk membantu guru

mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu

dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem

pemprosesan maklumat.

Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis

yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran

membaca. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk

hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan

sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.

Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan

kreatif khususnya dalam kegiatan diorama memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni

seperti melukis, mewarna, kraf tangan, membentuk arca, memperagakan bahan seni dan

sebagainya. Sememangnya kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

kreatif dan estetika, dan yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan

membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan dan alat yang

ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu

kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

7.0 BIBLIOGRAFI

761130035380001: Page | 18

Page 19: Diorama

OUMJB:HBAE2203:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN:SEMESTER SEPTEMBER 2013

Gurl, A. (2011, Dicember). http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/: http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/

hazrinphixel. (2013, OCTOBER 9). http://hazrinphixel.blogspot.com/. Retrieved from Blog: http://apa-itu-diorama.blogspot.com/

Husain, M. Z. (2011). HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Ismail, Z. Y. (2010). HBAE1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Simon, A. (2009, November). http://blogsenivisual.blogspot.com/. Retrieved from http://angelspaghcoroni5833.blogspot.com/: http://blogsenivisual.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan_04.html

Syarafi, H. (2008). http://duniasenivisual90.blogspot.com/. Retrieved from http://duniasenivisual90.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

8.0 LAMPIRAN LAKARAN IDEA

761130035380001: Page | 19