6
KEAMPUNAN DAN KEZALIMAN Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayani diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadikanlah kami dari orang- orang yang rugi." (Surah al-A'raaf: 23) DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN Tafsirannya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta

Doa Keampunan & Kezaliman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Doa Keampunan & Kezaliman

Citation preview

Page 1: Doa Keampunan & Kezaliman

KEAMPUNAN DAN KEZALIMAN

Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayani diri kami

sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi

rahmat kepada kami nescaya menjadikanlah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah al-A'raaf: 23)

DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN

Tafsirannya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman; oleh itu

ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan

sememangnya Engkau-lah jua

Page 2: Doa Keampunan & Kezaliman

sebaik-baik orang Pemberi Rahmat". (Surah al-Mu'minuun: 109)   

UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA

 

Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa'.

(Surah al-Furqaan : 74)

MENDAPAT JALAN YANG BENAR

Page 3: Doa Keampunan & Kezaliman

Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Masukkan aku ke dalam urusan agamaku

dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan aku

daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan

berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan

yang menolongku". (Surah al-Israa' : 80)

KEBAIKKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan

kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami  dari azab neraka". ( Surah al-

Baqarah :201)

Page 4: Doa Keampunan & Kezaliman

BAGI MENETAPKAN PENDIRIAN

 

Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan

perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan

teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah

kami mencari kemenangan terhadap kaum yang kafir'.

(Surah A-li 'Imraan : 147)

 DOA MEMULAKAN TUGAS

Ya-Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala

Page 5: Doa Keampunan & Kezaliman

kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada

keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. 

Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha

berkuasa menentukannya.

DOA AKHIR TUGAS

Ya, Allah aku serahkan pada Mu pekerjaan ku dan jiwaragaku dan

aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah

 

MENDAPAT KETERUNAN YANG BAIK

Page 6: Doa Keampunan & Kezaliman

Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu

zuriat keterunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa

Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Surah A-li 'Imran : 38)