19
KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2 3 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3 4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4 5 TAFSIRAN 5 6 KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN 6 7 PERNYATAAN STANDARD 7 8 BAND, STANDARD, DESCRIPTOR DAN EVIDENCE 8 0

Dokumen dsp

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dokumen dsp

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

5 TAFSIRAN 5

6 KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN 6

7 PERNYATAAN STANDARD 7

8 BAND, STANDARD, DESCRIPTOR DAN EVIDENCE 8

0

Page 2: Dokumen dsp

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Pentaksiran Pusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

1

Page 3: Dokumen dsp

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

2

Page 4: Dokumen dsp

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4 Menghasilkan arktikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.

OM6 Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri

dan antarabangsa.

OM8 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM9 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

3

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000)

Page 5: Dokumen dsp

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

4

Page 6: Dokumen dsp

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.

o Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

5

Page 7: Dokumen dsp

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh buat dengan beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh buat Faham Tahu

Tahu Boleh buat dengan beradab Terpuji

Faham

Tahu Boleh buat dengan beradab Terpuji dan Mithali

Faham

Page 8: Dokumen dsp

PERNYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

BAND PERNYATAAN STANDARD

6(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

2(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

1(Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

7

Page 9: Dokumen dsp

BAND

STANDARDPenerangan generik tentang

tahap pertumbuhan pembelajaran

DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCEBAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

1

Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh:

B1D1 Mengetahui tentang pengurusan organisasi bengkel.

B1D2 Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta proses penghasilan projek.

B1D3Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D4Mengetahui tentang kerja paip.

B1D5Mengetahui tentang mesin jahit.

Murid boleh:

B1D1E1Menyebut atau menulis tiga jawatan dalam struktur organisasi bengkel.

B1D2E1Menyebut atau menulis lima faktor utama reka bentuk.

B1D2E2Menyebut atau menulis tujuh alatan tangan termasuk mesin.

B1D2E3Menyebut atau menulis penyataan masalah yang hendak diselesaikan.

B1D3E1Menyebut atau menulis tiga sumber elektrik dan tiga jenis wayar.

B1D4E1Menyebut atau menulis sistem bekalan air di rumah dan tiga jenis paip.

B1D5E1Menyebut atau menulis tiga jenis mesin jahit.

8

Page 10: Dokumen dsp

B1D6Mengetahui tentang kaedah pembiakan tanaman hiasan.

B1D7Mengetahui tentang pengetahuan asas elektrik.

B1D8Mengetahui tentang pergerakan mekanikal.

B1D9Mengetahui tentang perniagaan.

B1D6E1Menyebut atau menulis dua jenis keratan batang.

B1D7E1Menyebut atau menulis rumus rintangan dalam litar selari.

B1D7E2Menyebut atau melabel atau menulis nama empat bahagian utama meter pelbagai.

B1D7E3Menyebut atau melabel atau menulis tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.

B1D8E1 Menyebut atau menulis satu jenis pergerakan mekanikal.

B1D8E2Menyebut atau menulis tiga jenis gear.

B1D9E1Menyebut atau menulis empat alat pembayaran masa kini.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS (EVIDENCE)

9

Page 11: Dokumen dsp

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaranAPA murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh:

B2D1Mengetahui dan memahami tentang keselamatan di bengkel.

B2D2 Mengetahui dan memahami tentang proses penghasilan projek.

B2D3Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik.

B2D4Mengetahui dan memahami tentang kerja paip.

B2D5Mengetahui dan memahami tentang mesin jahit.

Murid boleh:

B2D1E1Menerangkan secara lisan atau bertulis amalan 4M.

B2D2E1Menerangkan secara lisan atau bertulis proses kemasan menggunakan syelek.

B2D3E1Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi tiga alatan tangan termasuk pena ujian.

B2D4E1Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi tiga paip yang disambung ke tangki simpanan air.

B2D4E2Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi enam jenis penyambung paip.

B2D5E1Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi enam bahagian mesin jahit.

10

Page 12: Dokumen dsp

B2D6Mengetahui dan memahami tentang medium semaian tanaman hiasan.

B2D7Mengetahui dan memahami tentang pengetahuan asas elektrik.

B2D8Mengetahui dan memahami tentang pergerakan mekanikal.

B2D9Mengetahui dan memahami tentang perniagaan.

B2D6E1Menerangkan secara lisan atau bertulis nisbah campuran medium semaian.

B2D7E1Menerangkan secara lisan atau bertulis perbezaan antara litar siri dan litar selari.

B2D7E2Menerangkan secara lisan atau bertulis kegunaan tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.

B2D8E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi dua jenis gear.

B2D9E1Menerangkan secara lisan atau bertulis perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS (EVIDENCE)

11

Page 13: Dokumen dsp

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaranAPA murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh:

B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek.

B3D2Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik.

B3D3Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan.

B3D4Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit.

B3D5Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penyemaian tanaman hiasan.

B3D6Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang

Murid boleh:

B3D1E1Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah.

B3D2E1Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B3D3E1Membuat penyenggaraan perangkap P.

B3D4E1Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B3D5E1Menyemai keratan batang dalam medium semaian.

B3D6E1Membuat pemasangan litar siri.

12

Page 14: Dokumen dsp

pengetahuan asas elektrik.B3D6E2Mengukur voltan dalam litar siri.

B3D6E3Mengira jumlah rintangan dalam litar siri.

B3D6E4Mengira jumlah rintangan dalam litar selari.

B3D6E5Membaca skala meter ohm pada meter pelbagai.

B3D6E6Mengira kuasa elektrik.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS (EVIDENCE)

13

Page 15: Dokumen dsp

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaranAPA murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradap

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh:

B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara sistematik.

B4D2Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik.

B4D3Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan secara sistematik.

B4D4Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan asas elektrik secara sistematik.

Murid boleh:

B4D1E1Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah mengikut *peraturan.

B4D2E1Membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut *prosedur.

B4D3E1Membuat penyenggaraan perangkap P mengikut *urutan.

B4D4E1Membuat pemasangan litar siri dengan *betul.

* Peraturan : Lakaran mesti menggunakan pensil, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik.* Prosedur : Mengikut langkah kerja yang betul.* Urutan : Susunan yang teratur.* Betul : Mengikut langkah kerja

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS (EVIDENCE)

14

Page 16: Dokumen dsp

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaranAPA murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradap Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh:

B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara berinisiatif.

B5D2Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan asas elektrik secara berinisiatif.

Murid boleh:

B5D1E1Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan dengan *daya usaha.

B5D2E1Membuat pemasangan litar siri dengan *daya usaha.

*daya usaha : 1. Lakaran kemas dan bersih. 2. Litar kemas dan berfungsi.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

15

Page 17: Dokumen dsp

BAND

STANDARDPenerangan generik tentang

tahap pertumbuhan pembelajaran

DESKRIPTORAPA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS (EVIDENCE)BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradap Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh: B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh:

B6D1E1Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dan melahirkan *idea baharu sebagai nilai tambah.

16