Dokumen Tender Selenggara OCHIS Dan EKL_Pergigian

Embed Size (px)

Citation preview

SULIT

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DOKUMEN TENDER

PERKHIDMATAN SOKONGAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN BAGI PERKAKASAN, PERISIAN, APLIKASI DAN RANGKAIAN UNTUK ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (OHCIS) DAN EKL (PERGIGIAN), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

2011

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

ISI KANDUNGANDEFINISI ................................................................................................................ 1 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 KENYATAAN DAN ARAHAN KEPADA PETENDER ............................... 5 PELAWAAN TENDER .............................................................................. 5 TARIKH TUTUP TENDER DAN TEMPOH SAH....................................... 5 ASAS TENDER ........................................................................................ 6 PERTANYAAN DAN PINDAAN DARIPADA KKM .................................... 6 PERTANYAAN TENDER.......................................................................... 7 KUANTITI TAWARAN/ KUANTITI TAMBAHAN ....................................... 7 PATEN DAN HAK CIPTA HARTA INTELEK ............................................ 7 PENALTI................................................................................................... 8 AKTA RAHSIA RASMI ............................................................................. 8

1.10 PERBELANJAAN URUSAN TENDER ..................................................... 9 1.11 DOKUMEN TENDER ............................................................................... 9 1.12 PENYERAHAN DOKUMEN TENDER .................................................... 10 1.13 PEMALSUAN DOKUMEN ...................................................................... 13 1.14 HARGA TENDER DAN Fi PERKHIDMATAN BAGI TRANSAKSI SECARA ELEKTRONIK ......................................................................... 14 1.15 KEPUTUSAN TENDER .......................................................................... 14 1.16 BON PELAKSANAAN ............................................................................ 15 1.17 KEROSAKAN SALAHLAKU (DAMAGE HANDLING) .......................... 16 1.18 TEMPOH KONTRAK .............................................................................. 16 1.19 PENAMATAN KONTRAK ....................................................................... 16 1.20 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA ............................................... 17 1.21 PENAMBAHAN / PENGECUALIAN PRODUK DI BAWAH PENYENGGARAAN ............................................................................... 17 1.22 PENGIKLANAN DAN PUBLISITI ............................................................ 17 1.23 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN ..................................................................... 17 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 KEPERLUAN TENDER .......................................................................... 19 PENDAHULUAN .................................................................................... 19 LATAR BELAKANG OHCIS DAN eKL(PERGIGIAN) ............................. 19 SISTEM RANGKAIAN ............................................................................ 22 PERISIAN ANTI VIRUS .......................................................................... 22 PERISIAN BACKUP ............................................................................... 23 SKOP KERJA PROJEK .......................................................................... 23ii

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

SENARAI JADUAL/LAMPIRAN/APENDIKS JADUAL A LAMPIRAN A LAMPIRAN B1 LAMPIRAN B2 LAMPIRAN B3 LAMPIRAN C LAMPIRAN C1 LAMPIRAN C2 LAMPIRAN C3 LAMPIRAN D LAMPIRAN E LAMPIRAN F LAMPIRAN G LAMPIRAN H LAMPIRAN I LAMPIRAN J LAMPIRAN K LAMPIRAN L LAMPIRAN M LAMPIRAN N : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Jadual Pematuhan Skop Kerja Surat Petender Keterangan Mengenai Petender Surat Akuan Pembida Surat Perwakilan Kuasa Jadual Harga Keseluruhan Jadual Harga OHCIS Jadual Harga eKL(Pergigian) Jadual Harga Latihan dan TOT Pengalaman Syarikat Kompetensi dan Kepakaran Petender Jadual Pelaksanaan Latihan dan Transfer of Technology (TOT) Senarai Pasukan Projek Senarai Support Team Carta Organisasi Pasukan Projek (Nyatakan) Surat Pengesahan/Sokongan Pengedar/ Pembekal (Nyatakan) Surat Perlantikan Wakil Pengedar Antivirus (Nyatakan) Ringkasan Eksekutif (Nyatakan) Aliran Proses Kerja Pengurusan Sistem OHCIS dan

eKL(Pergigian) (Nyatakan) LAMPIRAN O1 : Cadangan Borang Field Service Report (Penyenggaraan Pembaikan) (Nyatakan) LAMPIRAN O2 : Cadangan Borang Field Service Report (Penyenggaraan Pencegahan) (Nyatakan) LAMPIRAN O3 LAMPIRAN P LAMPIRAN Q LAMPIRAN R LAMPIRAN S : : : : : Cadangan Borang Health Check/ Test Output (Nyatakan) Cadangan Borang Pelaporan Downtime(Nyatakan) Cadangan Jadual Backup (Nyatakan) Format Laporan Bulanan Helpdesk (Nyatakan) Salinan Sijil MSC Malaysia IHE Connecthathon Certificate of Compliance (Nyatakan) LAMPIRAN T : Cadangan Teknikal (Nyatakan)iii

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

LAMPIRAN U APENDIKS A APENDIKS A1 APENDIKS B APENDIKS C APENDIKS D APENDIKS E APENDIKS F APENDIKS G APENDIKS H APENDIKS I APENDIKS J

: : : : : : : : : : : :

Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (Nyatakan) Senarai Perkakasan Dan Peralatan Rangkaian Taburan Lokasi Perkakasan OHCIS dan eKL(Pergigian) Senarai Perisian/Sistem Aplikasi Senarai Peralatan Dan Perisian Kritikal Senarai Modul Aplikasi OHCIS dan eKL(Pergigian) Senarai Laporan, Dokumentasi & Manual Service Level Agreement (SLA) Senarai Lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian) Jadual Pembayaran Format Dokumen Perjanjian Senarai Semak Penyerahan Dokumen Tender

iv

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

DEFINISI 1. Perkataan MOH/KKM merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang meliputi kakitangan peringkat Ibu Pejabat KKM, Bahagian-bahagian di bawahnya serta agensi-agensi yang berkenaan. Perkataan Petender merujuk kepada syarikat/pembekal yang mengambil bahagian dalam tawaran tender termasuk juga kakitangan yang bekerja di bawah arahan Petender. Perkataan sistem komputer termasuklah semua perkakasan komputer, perisian sistem, perisian berlesen dan komponen-komponen rangkaian. Perkataan OHCIS merujuk kepada Oral Health Clinical Information System yang terdiri daripada sistem aplikasi, perisian, perkakasan, peralatan dan sistem rangkaian di semua lokasi pelaksanaan projek perintis OHCIS. Perkataan eKL(Pergigian) merujuk kepada Sistem Pendaftaran dan Temujanji Pesakit yang dilaksanakan di kaunter klinik pergigian di lokasi berkaitan. Sistem ini terdiri daripada sistem aplikasi di peringkat pendaftaran, perisian, peralatan dan sistem rangkaian di semua lokasi pelaksanaan projek eKL(Pergigian). Perkataan perkakasan merujuk kepada segala peralatan fizikal termasuklah semua server, switching hubs, terminal servers, terminal, pencetak (termasuk pencetak barcode), pencetak thermal, router, komputer peribadi, CD Writer, notebook, pengimbas (scanner), LCD, MyKad reader, UPS, penghawa dingin, peti besi, semua jenis kabel, semua komponen rangkaian, aksessori dan peripheral yang berkaitan dengan sistem komputer. Perkataan perisian merujuk kepada semua program dan procedure yang berkaitan dengan pengoperasian sesuatu sistem komputer termasuklah Sistem Pengoperasian, Sistem Pengurusan Pangkalan Data, Peralatan Pembangunan Aplikasi (development tools), Perisian Keselamatan Rangkaian, Perisian Rangkaian, perisian device driver yang berkaitan dengan Server, Terminal Server, PC atau mana-mana device dan lain-lain. Perkataan peralatan rangkaian merujuk kepada semua hub, switch dan port, kabel UTP dari port ke switch/hub.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

1 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

9.

Perkataan sistem aplikasi merujuk kepada semua program dan procedure yang direkabentuk, dibangunkan dan diinstalasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan dibenarkan kepada end-user. Perkataan sistem rangkaian merujuk kepada komunikasi data di antara perkakasan yang dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambungkan atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini termasuk Local Area Network (LAN). Perkataan perisian berlesen merujuk kepada semua program dan procedure yang direkabentuk, dibangunkan dan diinstalasi oleh pihak pembekal (vendor) dan dibenarkan diguna pakai oleh end-user. Perkataan pengguna merujuk kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibenarkan untuk mengguna dan mengoperasi sistem komputer tersebut serta agen-agen yang dilantik untuk melaksanakan tugas untuk KKM. Perkataan peralatan kritikal merujuk kepada perkakasan komputer/server, perisian dan komponen rangkaian di mana adalah kritikal serta memberi impak kepada perjalanan sistem keseluruhan. Perkataan Prime Hours / Waktu Bekerja Utama merujuk kepada waktu bekerja pejabat kerajaan dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum di setiap lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian). Perkataan Non-Prime Hours / Luar Waktu Bekerja Utama merujuk kepada selepas waktu pejabat hari bekerja kerajaan dan hari-hari yang tidak termasuk dalam Waktu Bekerja Utama di setiap lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian). Perkataan lokasi merujuk kepada APENDIKS G (Senarai Lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian)). Perkataan komponen merujuk kepada komponen yang disertakan dengan mana-mana device sistem komputer termasuklah semua bahagian di dalam CPU seperti RAM, hard disk, sound card, graphic/display card, dan network interface card. Perkataan perkhidmatan sokongan operasi merujuk kepada kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti harian yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelicinan operasi sistem OHCIS dan eKL(Pergigian).

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

2 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

19.

Perkataan penyenggaraan pembaikan merujuk kepada kerja-kerja dan aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran sistem OHCIS dan eKL(Pergigian) termasuk memantau, memindah dan menyelesaikan masalah perkakasan, perisian dan sistem rangkaian. Perkataan penyenggaraan pencegahan merujuk kepada kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mengelakkan gangguan ke atas perkhidmatan kesihatan pergigian. Perkataan First Level Support merujuk kepada khidmat sokongan oleh helpdesk team secara berpusat dan beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari bekerja. Perkataan Second Level Support merujuk kepada khidmat sokongan oleh maintenance and operation support team yang dibekalkan dari ibu pejabat pihak kontraktor. Perkataan Third Level Support merujuk kepada khidmat sokongan yang diberikan oleh vendor dan pengedar/pengeluar/pembekal lain yang terlibat dengan sistem OHCIS dan eKL(Pergigian) di lokasi berkaitan. Perkataan chargeable parts merujuk kepada peralatan gantian yang dikenakan bayaran iaitu kerosakan peralatan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, kilat, kebakaran dan lain-lain. Perkataan non-chargeable parts merujuk kepada peralatan yang tidak dikenakan bayaran iaitu kerosakan selain chargeable parts. Perkataan consumable item merujuk kepada komponen komputer atau pencetak yang habis guna seperti printer cartridges, label, ribbon, toner, disket, CD/DVD dan thermal paper (untuk QMS printer) kecuali fuser printer dan printer drum. Peralatan consumable item adalah di luar skop tender ini. Perkataan helpdesk merujuk kepada perkhidmatan berpusat di mana pengguna sistem akan melaporkan semua masalah berkenaan sistem OHCIS dan eKL(Pergigian). Helpdesk merupakan first level support yang akan menerima, merekod dan menyelesaikan masalah yang diterima dari pengguna sistem. Perkataan kontraktor merujuk kepada syarikat/pembekal yang berjaya dianugerahkan tender bagi perkhidmatan sokongan operasi dan penyenggaraan OHCIS dan eKL(Pergigian).

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

3 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

29.

Perkataan Initial Response Time merujuk kepada masa tindak balas bermula daripada pihak KKM melaporkan masalah kepada helpdesk sehingga helpdesk atau pasukan sokongan teknikal kontraktor memberi maklum balas awal. Perkataan On-Site Response Time adalah merujuk kepada masa tindak balas kontraktor berada di lokasi untuk mengenal pasti dan melaporkan punca masalah serta memaklumkan tindakan pembaikan yang akan diambil bagi setiap log aduan kepada pengadu. Perkataan Problem Resolution Time merujuk kepada masa yang ditetapkan oleh pihak KKM untuk kontraktor menyelesaikan sesuatu masalah yang dilaporkan.

30.

31.

4 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1

KENYATAAN DAN ARAHAN KEPADA PETENDER 1.1 PELAWAAN TENDER 1.1.1 Tujuan dokumen tender ini adalah untuk mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah pecahan kepala 210100 (Peralatan dan Kelengkapan Komputer) iaitu sub-bidang 210101 (Personal Computer & Related Peripherals & Services), 210102 (Small to Large Multi-User Systems & Services), 210103 (Workstation and Related Peripherals & Services), 210104 (Software Products and Services), 210105 (Other Computer and Related Services), 210106 (Networking Products & Services) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk PERKHIDMATAN SOKONGAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN BAGI PERKAKASAN, PERISIAN, APLIKASI DAN RANGKAIAN UNTUK ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (OHCIS) DAN eKL(PERGIGIAN), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkaitan) hendaklah disertakan bersama-sama Cadangan Tender.

1.1.2

1.2

TARIKH TUTUP TENDER DAN TEMPOH SAH 1.2.1 Cadangan Tender hendaklah sampai ke Bahagian Perolehan dan Penswastaan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tender yang ditetapkan. Cadangan Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang Harga dan tempoh itu boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan apabila perlu tanpa sebarang perubahan syarat-syarat.

1.2.2

5 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.3

ASAS TENDER 1.3.1 Cadangan Tender hendaklah disediakan berdasarkan kepada spesifikasi dan syarat-syarat yang terkandung pada dokumen ini. Kegagalan memenuhi salah satu dari aspek syarat-syarat yang ditender boleh membawa kepada tidak berkelayakan. Sebarang permintaan dari Petender untuk perubahan kepada cadangan tender tidak akan dilayan selepas tender ditutup. Dokumen ini adalah hak KERAJAAN dan KKM mempunyai hak untuk meminda mana-mana bahagian pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Maklumat-maklumat yang tidak tepat dan yang boleh menimbulkan keraguan dan kerumitan kepada pihak KERAJAAN dalam proses urusan tender boleh menyebabkan tender tidak dipertimbangkan.

1.3.2

1.3.3

1.3.4

1.4

PERTANYAAN DAN PINDAAN DARIPADA KKM Selepas pelawaan tender ditutup, KKM berhak memohon sebarang maklumat tambahan atau penerangan secara bertulis dari Petender. Kegagalan Petender mengemukakan maklumbalas berkaitan boleh disifatkan sebagai tidak memenuhi syarat-syarat tender dan boleh menyebabkan tender terbatal.

6 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.5

PERTANYAAN TENDER Petender adalah dinasihatkan berhubung secara bertulis kepada nama dan alamat berikut bagi penjelasan atau pengesahan berkaitan tender ini:Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya. Tel: 03-8883 2991

1.6

KUANTITI TAWARAN/ KUANTITI TAMBAHAN KERAJAAN berhak menambah atau mengurangkan mana-mana kuantiti yang ditetapkan dalam dokumen tender, pada masa Surat Setuju Terima tawaran dikeluarkan kepada Petender yang berjaya. Selain daripada kuantiti yang telah ditetapkan dalam Surat Perjanjian, KERAJAAN boleh memesan kuantiti tambahan dalam tempoh kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan Kontraktor hendaklah membekalkannya dengan harga yang sama.

1.7

PATEN DAN HAK CIPTA HARTA INTELEK 1.7.1 Hakmilik 1.7.1.1 KERAJAAN adalah berhak untuk memperolehi kesemua atau sebahagian perkakasan yang ditawarkan oleh pihak petender termasuk perkakasan yang rosak dan Beyond Economic Repair (BER). KERAJAAN adalah berhak untuk memperolehi dari Petender kesemua data-data, struktur data, data dictionary, dan apa-apa maklumat yang berkaitan yang membolehkan pihak KERAJAAN melaksanakan migrasi dari aplikasi yang diselengara oleh Petender kepada KKM.

1.7.1.2

7 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.7.2

Hak Cipta Intelek 1.7.2.1 Petender perlu memberi jaminan bahawa semua sistem atau item yang dibekal, dihantar, dipasang, diuji, dikonfigurasi, dan ditauliah guna kepada KKM adalah bukan dipinjam, diciplak serta tidak melanggar hak cipta intelek, paten, trademark, copyright atau trade secret pihak lain. Pihak Petender juga bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-apa tuntutan daripada mana-mana pihak di atas pelanggaran hak cipta intelek, paten, trademark, copyright atau trade secret sekiranya ada semasa melaksanakan obligasi.

1.7.2.2

1.8

PENALTI 1.8.1 KKM berhak menamatkan perkhidmatan dengan Petender yang gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian. Bagi perkhidmatan dan penyenggaraan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Petender, KKM berhak untuk menyewa peralatan, perisian atau komponen rangkaian yang setara atau mengupah Petender yang berkelayakan yang berkaitan dan semua kos akan ditolak dari kos yang sepatutnya dibayar kepada Petender.

1.8.2

1.9

AKTA RAHSIA RASMI 1.9.1 Petender yang berjaya adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi KERAJAAN Malaysia bagi setiap maklumat yang diperolehi sepanjang tempoh kontrak dijalankan. Kontraktor yang berjaya dikehendaki mengisi Borang Tapisan Keselamatan ( Borang KPK 11 ) dan Borang Perakuan Perunding sebagai perakuan berkenaan Akta Rahsia Rasmi.

1.9.2

8 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.10 PERBELANJAAN URUSAN TENDER Sebarang kos dan perbelanjaan yang terbabit semasa urusan tender adalah tanggungjawab Petender sendiri.

1.11 DOKUMEN TENDER 1.11.1 Tender hendaklah dibuat di atas semua borang yang disediakan pada dokumen tender. Maklumat tambahan hendaklah dikemukakan bersama bagi memperakukan kenyataan yang ditawarkan memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan. Petender hendaklah menyediakan kertas cadangan dalam tiga (3) salinan menggunakan Bahasa Malaysia. Satu salinan ditanda ASAL manakala yang selebihnya ditanda dengan SALINAN. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksamaan di antara salinan tersebut, maka salinan ASAL akan digunakan. Petender MESTI menjawab setiap soalan yang dikemukakan di JADUAL A serta LAMPIRAN C (Jadual Harga Keseluruhan), LAMPIRAN C1(OHCIS), LAMPIRAN C2(eKL(Pergigian)) dan LAMPIRAN C3 (Latihan dan TOT) dengan tulisan bertaip dan tepat. Petender mestilah menyertakan sekurang-kurangnya 2 salinan CD yang mengandungi JADUAL A serta LAMPIRAN C, C1, C2 dan C3 yang boleh dibaca. Kegagalan Petender memenuhi perkara-perkara berikut akan menyebabkan cadangan DITOLAK: a) b) c) d) JADUAL A serta LAMPIRAN C, C1, C2 dan C3 yang tidak lengkap CD yang dibekalkan tidak dapat dibaca Softcopy JADUAL A serta LAMPIRAN C, C1, C2 dan C3 MESTILAH DALAM FORMAT MS EXCEL Kegagalan mematuhi semua item mandatori di JADUAL A.

1.11.2

1.11.3

9 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.11.4

Sekiranya terdapat percanggahan maklumat dalam hardcopy dan softcopy, maklumat dalam hardcopy akan diterima pakai. Petender MESTI menjawab setiap soalan yang dikemukakan pada borang soal selidik di semua jadual dan lampiran dengan menyediakan maklumat yang tepat. Sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak lengkap atau terdapat percanggahan, maka pihak KERAJAAN mempunyai hak untuk menolak cadangan daripada Petender. Semua bahan dan maklumat yang dikemukakan MESTILAH dalam tulisan bertaip. Jika ruang yang disediakan tidak mencukupi, lampiran tambahan adalah dibenarkan dengan setiap helaian hendaklah disahkan serta bertarikh.

1.11.5

1.11.6

1.12 PENYERAHAN DOKUMEN TENDER 1.12.1 Segala maklumat di semua JADUAL, LAMPIRAN dan lainlain bentuk maklumat yang dikehendaki perlulah dijilid dengan lengkap dan tersusun. Ini adalah kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada jawapan tersebut. Pihak KERAJAAN mempunyai hak untuk menolak cadangan daripada Petender sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak lengkap atau terdapat percanggahan. Semua JADUAL dan LAMPIRAN yang diminta adalah MANDATORI. Kegagalan Petender memenuhi perkaraperkara berikut boleh menyebabkan cadangan DITOLAK. Dokumen tender hendaklah diserahkan dalam dua (2) sampul surat berasingan, berlakri dan dilabelkan pada bahagian kiri atas mengikut mana yang berkenaan seperti berikut :

1.12.2

1.12.2.1

SULIT KATEGORI KEWANGAN

Dokumen-dokumen hendaklah dilampirkan mengikut LAMPIRAN yang telah ditetapkan seperti berikut:-

10 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

Surat Petender (LAMPIRAN A) Keterangan Mengenai Petender (LAMPIRAN B1) Surat Akuan Pembida (LAMPIRAN B2) Surat Perwakilan Kuasa (LAMPIRAN B3) Jadual Harga (LAMPIRAN C, C1, C2 dan C3 dalam format MS Excel Sertakan CD) Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (nyatakan sebagai LAMPIRAN U).

1.12.2.2

SULIT KATEGORI TEKNIKAL

Dokumen berkaitan teknikal hendaklah dilampirkan mengikut LAMPIRAN yang telah ditetapkan seperti berikut: Jadual Pematuhan Skop Kerja (JADUAL A Sertakan 2 CD dalam format MS Excel); Pengalaman Syarikat dan senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (seperti di LAMPIRAN D); Kompetensi dan Kepakaran Petender (seperti di LAMPIRAN E); Jadual Pelaksanaan (nyatakan sebagai LAMPIRAN F); Latihan dan Transfer of Technology (TOT) (seperti di LAMPIRAN G); Pasukan Projek bagi perkhidmatan sokongan operasi dan penyenggaraan di lokasi OHCIS dan eKL(PERGIGIAN) (seperti di LAMPIRAN H); Senarai Support Team (seperti di LAMPIRAN I); Carta Organisasi Pasukan Projek (nyatakan sebagai LAMPIRAN J); Surat Pengesahan / Sokongan antara Petender dan pengedar / pembekal setiap produk di bawah penyenggaraan (nyatakan sebagai LAMPIRAN K); Surat Perlantikan Wakil Pengedar Antivirus (nyatakan sebagai LAMPIRAN L); Ringkasan Eksekutif (nyatakan sebagai LAMPIRAN M); Aliran proses kerja pengurusan sistem OHCIS dan eKL(Pergigian) (nyatakan sebagai LAMPIRAN N); Cadangan Borang Field Service Report (Penyenggaraan Pembaikan) (nyatakan sebagai LAMPIRAN O1), (Penyenggaraan Pencegahan) (nyatakan sebagai LAMPIRAN O2) dan Borang Health11 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

Check/Test Output (nyatakan sebagai LAMPIRAN O3); Cadangan Borang Pelaporan Down Time (nyatakan sebagai LAMPIRAN P); Cadangan Jadual Backup (nyatakan sebagai LAMPIRAN Q); Format Laporan Bulanan Helpdesk (nyatakan sebagai LAMPIRAN R);

1.12.3

Keutamaan akan diberikan kepada mengemukakan maklumat berikut:

petender

yang

Salinan Sijil MSC Malaysia IHE Connecthathon Certificate of Compliance (nyatakan sebagai LAMPIRAN S); Lain-lain Cadangan Teknikal (nyatakan sebagai LAMPIRAN T); Lain-lain maklumat seperti risalah-risalah teknikal. Cadangan Teknikal yang telah siap berjilid hendaklah dihantar sebanyak tiga (3) unit iaitu satu (1) unit ditandakan ASAL dan dua (2) unit ditandakan SALINAN di dalam sampul yang bertanda Cadangan Teknikal. Dokumen-dokumen lain yang tiada kaitan dengan Cadangan Teknikal bolehlah dihantar bersama dengan Cadangan Harga. Sertakan Senarai Semak Penyerahan Dokumen Tender seperti di Apendiks J yang telah ditanda dalam setiap sampul surat untuk Kategori Teknikal dan Kategori Kewangan. Sebarang petunjuk atau tanda yang boleh menunjukkan identiti dalam dokumen kategori teknikal hendaklah dihindarkan. Dan tuliskan di atasnya dengan: TENDER PERKHIDMATAN SOKONGAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN BAGI PERKAKASAN, PERISIAN,12 / 23

1.12.4

1.12.5

1.12.6

1.12.7

1.12.8

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

APLIKASI DAN RANGKAIAN UNTUK ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (OHCIS) DAN eKL(PERGIGIAN), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1.12.9 Dokumen tender boleh dihantar DENGAN TANGAN dan dimasukkan ke dalam peti tender khas di Bahagian Perolehan dan Penswastaan, KKM serta dialamatkan kepada: BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, ARAS 7, BLOK E7, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA 1.12.10 KKM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dihantarkan/kemukakan melalui pos. 1.12.11 Risalah (brochure), katalog dan lain-lain dokumen asli (original) berkaitan hendaklah disertakan di dalam tawaran (jika ada). Butiran yang ditawarkan hendaklah dicatatkan dengan terang. Kontraktor tidak boleh mencatatkan nama mereka/nama syarikat di mana pun di salinan Jadual Teknikal, risalah dan katalog serta cd/disket yang dikembarkan/bekalkan kecuali di dalam dokumen ASAL sahaja bagi pengenalan syarikat. 1.12.12 Pihak Kerajaan berhak MENOLAK sebarang tawaran dari pihak kontraktor tanpa sebarang penjelasan sekiranya masih terdapat nama kontraktor di mana-mana risalah dan katalog di Jadual Teknikal.

1.13 PEMALSUAN DOKUMEN

1.13.1

Sebarang pemalsuan dokumen boleh menyebabkan penyertaan petender dibatalkan. Sekiranya pemalsuan didapati semasa tempoh kontrak masih berkuatkuasa maka penipuan ini akan dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya.13 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.14 HARGA TENDER DAN Fi PERKHIDMATAN BAGI TRANSAKSI SECARA ELEKTRONIK 1.14.1 Semua harga yang disebutkan mestilah di dalam Ringgit Malaysia (RM) dan jumlah Harga Keseluruhan mestilah dinyatakan dengan jelas di dalam Jadual Harga (LAMPIRAN C, C1, C2 dan C3) dengan angka dan perkataan. Perolehan tender ini akan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan. Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% akan dikenakan ke atas jumlah Harga Keseluruhan yang ditawarkan. Fi perkhidmatan ini adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai Pesanan KERAJAAN tertakluk pada had maksimum RM9,600.00 bagi Pesanan KERAJAAN yang melebihi RM1.2 juta. Petender yang menawarkan harga yang tertakluk kepada perubahan kadar pertukaran wang asing tidak akan dipertimbangkan. Harga yang diikrarkan hendaklah kos bersih di KKM. Petender bertanggungjawab ke atas semua kos lain termasuk segala cukai, upah memunggah, mengangkut dan lain-lain bayaran yang terlibat sehingga perkhidmatan dibekalkan. Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung dengan harga, maka harga seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira. Harga yang ditawarkan tidak melebihi perpuluhan. Sebagai contoh: RM0.12/unit. dua angka

1.14.2

1.14.3

1.14.4

1.14.5

1.14.6

1.14.7

Kegagalan menyatakan harga ini boleh dianggap sebagai tidak memenuhi syarat tender dan KERAJAAN berhak menolak tawaran tersebut.

1.15 KEPUTUSAN TENDER 1.15.1 KKM akan memberitahu secara bertulis kepada Petender yang berjaya. Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat14 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

tawaran. Apabila persetujuan bertulis diterima, suatu perjanjian kontrak akan ditandatangani di antara KERAJAAN dengan Petender. 1.15.2 KERAJAAN tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah atau mana-mana tender jua pun. Keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat mengenai keputusan tender ini tidak akan dilayan. KERAJAAN berhak menawar tawaran kepada lebih daripada seorang Petender kecuali barangan yang dipakejkan dan KERAJAAN berhak membuat tawaran secara berperingkat mengikut jumlah yang dikehendaki oleh KERAJAAN. Petender dikehendaki membuat tawaran kesemua daripada barangan yang terdapat di dalam tender.

1.15.3

1.15.4

1.16 BON PELAKSANAAN 1.16.1 Petender harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan bon pelaksanaan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh surat setuju terima dikeluarkan. Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM200,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 disempurnakan, Petender/Penyebut harga yang berjaya hendaklah memberi Bon Pelaksanaan sebanyak dua setengah peratus (2.5%) daripada nilai kontrak. Untuk kontrak yang melebihi RM500,000 pula, Bon Pelaksanaan yang diperlukan ialah sebanyak lima peratus (5%) daripada nilai kontrak. Bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan bermasa yang berkuat kuasa selama dua (2) tahun atau lebih, kadar peratus dan pengiraan Bon Pelaksanaan hendaklah ditentukan mengikut harga anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidak daripada keseluruhan harga kontrak. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa. Bon Pelaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful,15 / 23

1.16.2

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusiinstitusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.. 1.16.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan dua belas (12) bulan selepas Perkhidmatan Sokongan Operasi Dan Penyenggaraan Bagi Perkakasan, Perisian, Aplikasi Dan Rangkaian Untuk Oral Health Clinical Information System (OHCIS) Dan eKL (Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia dilaksanakan dengan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan memuaskan maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas.

1.17 KEROSAKAN SALAHLAKU (DAMAGE HANDLING) Petender hendaklah bertanggungjawab ke atas semua kerosakan perkakasan dan perisian dengan sebab ketidaksesuaian bungkusan, pengangkutan, pemasangan dan sebagainya. Kos keseluruhan yang terbabit adalah dibiaya oleh Petender.

1.18 TEMPOH KONTRAK Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu kontrak dengan KKM yang berkuat kuasa selama dua (2) tahun atau dua puluh empat (24) bulan mulai dari tarikh surat setuju terima tawaran atau tarikh lain yang dipersetujui di antara petender yang berjaya dan KKM. Format dokumen perjanjian adalah seperti di APENDIKS I.

1.19 PENAMATAN KONTRAK KKM berhak untuk menamatkan kontrak ini sekiranya didapati tidak dapat memberikan perkhidmatan atau apa-apa alasan yang munasabah dengan notis selama tiga (3) bulan.

16 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

1.20 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA 1.20.1 Petender dikehendaki bertanggungjawab ke atas kerahsiaan, keselamatan dan kerosakan dan/atau kehilangan atas mana-mana dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan. Petender juga hendaklah memastikan usaha-usaha yang sewajarnya telah diambil supaya manamana maklumat yang dibekalkan tidak disalur kepada pihak ketiga melainkan telah mendapat persetujuan bertulis daripada KKM. Petender adalah bertanggungjawab ke atas mana-mana kerosakan kepada harta KERAJAAN termasuk sumbersumber dokumen. Suatu penalti akan dikenakan kepada Petender bagi kehilangan, kerosakan atau kemusnahan ke atas setiap sumber dokumen berkaitan.

1.20.2

1.21 PENAMBAHAN

/

PENGECUALIAN

PRODUK

DI

BAWAH

PENYENGGARAAN Sekiranya KKM memilih untuk menambah atau menolak produk / item daripada senarai produk di bawah penyenggaraan ini, notis selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan akan diberikan kepada petender. Perubahan pembayaran mestilah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

1.22 PENGIKLANAN DAN PUBLISITI Tiada maklumat mengenai perjanjian boleh disiarkan didalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh KERAJAAN terlebih dahulu.

1.23 PERINGATAN

MENGENAI

KESALAHAN

RASUAH

DALAM

DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

1.23.1

Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan17 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with tOHCIS procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694). 1.23.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysian Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian AntiCorruption Commission Act 2009 (Act 694). 1.23.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tataterib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian AntiCorruption Commission Act 2009 (Act 694). 1.23.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang18 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to tOHCIS procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

2

KEPERLUAN TENDER 2.1 PENDAHULUAN Tender ini bertujuan untuk melaksanakan PERKHIDMATAN SOKONGAN OPERASI DAN PENYENGGARAAN BAGI PERKAKASAN, PERISIAN, APLIKASI DAN RANGKAIAN UNTUK ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (OHCIS) dan eKL(Pergigian), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bagi tempoh selama dua (2) tahun atau dua puluh empat (24) bulan.

2.2

LATAR BELAKANG OHCIS DAN eKL(PERGIGIAN)

2.2.1 OHCIS Sistem Maklumat Klinikal Kesihatan Pergigian (SMKKP) / Oral Health Clinical Information System (OHCIS) adalah projek perintis Kementerian Kesihatan yang diluluskan oleh MAMPU untuk mentransformasikan rekod perkhidmatan pergigian daripada sistem manual kepada sistem elektronik. Sistem OHCIS dilaksanakan secara perintis di klinik pergigian Johor dan Selangor. Maklumat terperinci lokasi pelaksanaan OHCIS adalah seperti di APENDIKS G. Tempoh jaminan perkakasan, perisian, rangkaian LAN dan sistem aplikasi OHCIS akan tamat pada 31 Disember 2011. Sistem OHCIS berintegrasi dengan Sistem Teleprimary Care (TPC) melalui carian maklumat demografi pesakit yang hadir ke klinik19 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

kesihatan TPC menggunakan integration engine myHIX. Manakala integrasi dengan Sistem eGL adalah bagi mendapatkan surat jaminan pesakit (kakitangan awam atau tanggungannya) yang mendapatkan rawatan di klinik pergigian melalui carian electronic Gurrantee Letter (eGL) menggunakan integration engine eGL. 2.2.2 eKL(Pergigian) Projek eKL(Pergigian) adalah merupakan salah satu inisiatif sektor awam yang bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perhidmatan agensi kerajaan di Lembah Klang. Projek eKL(Pergigian) menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat penetapan atau penukaran temu janji secara online melalui portal. Sistem eKL(Pergigian) dilaksanakan secara perintis di klinik pergigian Selangor dan Wilayah Persekutuan. Maklumat terperinci lokasi pelaksanaan eKL(Pergigian) adalah seperti di APENDIKS G. Tempoh jaminan perkakasan dan perisian akan tamat pada 9 Jun 2012 manakala tempoh jaminan sistem aplikasi akan tamat pada 24 Jun 2012. Dua bahagian bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem ini seperti berikut: 2.2.3 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) berperanan dalam : a) Mengurus dan menyenggarakan sistem. b) Menyelaras perancangan, penilaian dan pelaksanaan strategi-strategi teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penilaian semula strategi-strategi sedia ada, jika perlu. c) Memberi khidmat rundingan dan cadangan mengenai isuisu berkaitan sistem kepada pihak pengurusan. d) Menyediakan infrastruktur dan rangkaian komunikasi asas bersesuaian dengan projek-projek berasaskan ICT. e) Menentukan keperluan teknikal dan fungsi bagi perolehan perkakasan dan perisian. f) Menyeragamkan polisi-polisi, proses-proses serta prosedur-prosedur pelaksanaan bagi penggunaan sistem.

2.2.4 Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP) :

20 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

a) Merupakan pemilik projek dan pakar domain. Menetapkan objektif yang ingin dicapai, skop dan spesifikasi pengurusan maklumat yang digunakan bagi mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penggunaan ICT. b) Merancang, memantau pelaksanaan dasar dan pelan strategi dalam perkhidmatan pengguna dan pesakit di klinik-klinik pergigian di seluruh negara. c) Bertanggungjawab secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan projek-projek ICT di peringkat Bahagian Kesihatan Pergigian berdasarkan kepada Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Kementerian. d) Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai sistem. 2.2.5 Modul-modul di dalam sistem OHCIS ini meliputi: i ii iii iv v vi vii viii Patient Registration (Queue Management System) Appointment Patient Notes Charting & Treatment Orders Clinical Notes Dental Laboratory School Health (Toddler, Kindergarten, Primary School, Secondary School) ix Community x Letters/Forms xi Master Setup (HQ Level) xii Maintenance (State Level) xiii Maintenance (Clinic Level) xiv Report xv E-Reporting 2.2.6 Modul-modul di dalam sistem eKL(Pergigian) ini meliputi: i ii Patient Registration (Queue Management System) Appointment

iii Report

21 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

Senarai

aplikasi

dan

submodul

bagi

sistem

OHCIS

dan

eKL(Pergigian) adalah seperti di APENDIKS D.

2.3

SISTEM RANGKAIAN

2.3.1

Sistem rangkaian kawasan setempat (LAN) di lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian) berkelajuan 100 Mbps menggunakan unshielded twisted pair (UTP) kabel sebagai backbone. Kesemua komputer, printer dan server di lokasi OHCIS dan eKL(Pergigian) disambungkan kepada switch bertempat di setiap lokasi OHCIS menerusi LAN. Manakala Wide Area Network (WAN) menggunakan talian MOH*NET IPVPN dan juga talian EG*NET (Electronic Government Network) masing-masingnya berkelajuan 256 Kbps. Daripada 21 lokasi klinik pergigian, sebanyak 9 lokasi klinik pergigian yang telah dimigrasikan kepada talian 1Gov*NET.

2.3.2

2.4

PERISIAN ANTI VIRUS 2.4.1 Perisian anti virus sedia ada yang digunakan adalah seperti di Apendiks B. Tarikh tamat perisian anti virus secara terperinci adalah seperti berikut: 2.4.1.1 OHCIS Perisian Symantec Antivirus Enterprise Edition (PC & Local server) di semua lokasi OHCIS tamat pada 1 September 2011. Perisian Antivirus Eset NOD32 Business Edition (Server HQ) di MyLOCA telah tamat pada 6 Oktober 2011.

2.4.1.2

eKL(Pergigian) Perisian Symantec Antivirus Enterprise Edition (PC & PC highend) di semua lokasi eKL(Pergigian) tamat pada 1 September 2010.22 / 23

Kementerian Kesihatan Malaysia

SULIT

2.5

PERISIAN BACKUP 2.5.1 Perisian backup sedia ada hanya digunakan pada satu (1) unit Database Server 01 OHCIS iaitu BakBone Netvault Agent License. Senarai lesen backup terdiri daripada: Satu (1) unit lesen Microsoft SQL Standard Edition APM for Windows Satu (1) unit lesen Heterogeneous Client

Tarikh tamat tempoh subscription bagi khidmat sokongan perisian backup adalah pada 24 April 2011.

2.6

SKOP KERJA PROJEK Petender yang berjaya hendaklah mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara seperti yang disenaraikan di JADUAL A (Pematuhan Skop Kerja).

23 / 23