Upload
lydan
View
241
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PENGARUH LATAR BELAKANG SEKOLAH TERHADAP
PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TIMSS 2003
HAMIDAH BINTI YUSOF
KOD PENYELIDIKAN: 06-11-0048-08
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
iv
ABSTRAK
Kajian ini menerangkan pencapaian pelajar dalam kajian TIMSS 2003 dan faktor-faktor sekolah yang mempengaruhi pencapaian pelajar dengan menggunakan soal selidik sekolah yang dijawab oleh pengetua atau pentadbir sekolah. Kajian ini menggunakan data sekunder daripada kajian TIMSS 2003. Sebanyak 150 buah sekolah yang dipilih secara rawak telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam matematik dan sains masih lagi tidak boleh dibanggakan terutama daripada segi kualiti yang mana cuma 6 peratus pelajar untuk matematik dan 4 peratus pelajar untuk sains yang mencapai penanda aras antarabangsa yang tertinggi. Manakala pencapaian sekolah dengan menggunakan penanda aras yang sama menunjukkan cuma tiga sekolah sahaja untuk matematik dan sebuah sekolah untuk sains yang mencapai tahap tersebut. Kebanyakan sekolah yang berjaya terletak di bandar; pelajar daripada keluarga berkemampuan; pelajar yang tidak nakal; peralatan sekolah cukup; dan guru yang berkualiti. Dua faktor utama yang mempengaruhi markah matematik dan sains ialah faktor pengalaman pengetua dan ciri-ciri pelajar yang mempunyai azam yang tinggi. Bagi matematik, faktor enrolmen sekolah juga menjadi peramal yang signifikan kepada kejayaan pelajar. Hasil dapatan ini juga disokong dengan maklumat yang diperoleh daripada lawatan ke beberapa sekolah yang terlibat dalam kajian TIMSS 2003.
V
ABSTRACT
THE EFFECT OF SCHOOL FACTORS ON STUDENTS' ACHIEVEMENT IN TIMSS 2003
This study explained students' achievement in TIMSS 2003 and school factors that influence students' achievement by using school questionnaires that were answered by principals or other school administrators. Secondary data from TIMSS 2003 were used in this study where 150 schools were selected randomly as samples. Descriptive statistics were used to analyze the data. The results of this study showed that not many students reached the highest international benchmark, only 6 percent for mathematics and 4 percent for science. Using the same benchmark, only 3 schools for mathematics and 1 school for science achieved the highest level. The findings of the study also showed that successful schools were found in urban areas; students came from well to do families and they were well behaved; schools have all the facilities; and teachers were of good quality. Two main factors that were highly affecting students' achievement in mathematics and science found in this study were principal's experience and students' aspiration to be successful in their examination. In addition, school enrolment was also seemed to be a significant predictor for mathematics achievement. The qualitative data collected from several schools that participated in TIMSS 2003 were also found to be supporting the results from quantitative data.
KANDUNGAN
Deklarasi
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Singkatan
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8
Pengenalan Latar Belakang Pemyataan Masalah Tujuan Kajian Soalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Rumusan
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 2.2 Peranan Sekolah Berkesan 2.3 Faktor Kepimpinan Sekolali 2.4 Faktor Guru 2.5 Faktor Pelajar 2.6 Faktor Saiz Kelas 2.7 Faktor-faktor Lain 2.8 Rumusan
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Kerangka Konsep Kajian
vii
3.4 Pensampelan 24 3.5 Instrumen Kajian 25 3.6 Analisis Data 26
3.6.1 Analisis Markah Pelajar 26 3.6.2 Analisis Ciri-ciri Sekolah Cemerlang 29 3.6.3 Analisis Ciri-ciri Pelajar Cemerlang 30 3.6.4 Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 31
3.7 Kerja Lapangan 32 3.8 Rumusan 33
BAB 4 DAP AT AN KAJIAN
4.1 4.2
4.3
4.4
4.5
4.6 4.7
Pengenalan Pencapaian Pelajar dalam TIMSS 2003 4.2.1 Peringkat Pelajar 4.2.2 Peringkat Sekolah 4.2.3 Pencapaian Mengikut Faktor Sekolah Ciri-Ciri Sekolah Cemerlang 4.3.1 Lokasi Sekolah 4.3.2 Status Sosioekonomi Pelajar 4.3.3. Enrolmen 4.3.4 Gejala Ponteng 4.3.5 Pengalaman Pengetua 4.3.6 Ciri-ciri Guru 4.3.7 Peralatan Sekolah Ciri-Ciri Pelajar Sekolah Cemerlang 4.4.1 Ciri-ciri Pelajar 4.4.2 Tingkah Laku Nakal Pelajar Faktor Latar Belakang Sekolah yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
4.5.1 Pencapaian Matematik 4.5.2 Pencapaian Sains Analisis Temu Bual Dengan Pengetua Sekolah Rumusan
34 35 35 37 38 40 41 42 43 43 44 45 46 47 47 47 48
49 51 52 56
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 5.2
5.3 5.4 5.5
Pengenalan Rumusan Dapatan Kajian 5.2.1 Pencapaian Pelajar dan Sekolah 5.2.2 Ciri-ciri Sekolah dan Pelajar Cemerlang 5.2.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Matematik dan Sains
Perbincangan Cadangan Kajian Penutup
58 59 59 60 61
61 63 64
viii
Rujukan 66
Lampiran A Soal Selidik Sekolah TIMSS 2003 68 B Senarai Sekolah Kajian TIMSS 2003 81 C Using Sampling Wights in Analyzing The TIMSS 86
2003 Data Dl Analisis Regresi -Matematik 90 D2 Analisis Regresi-Sains 91 E Senarai Sekolah Yang Dilawati 92
ix
SENARAI JADUAL
Muka Surat
Jadual 2,1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 19
Jadual 3.1 Plausible Value Variables for TIMSS 2003 Mathematics and 27
Science Scales at Eighth Grade
Jadual 3.2 TIMSS 2003 Penanda Aras Antarabangsa 28
Jadual 3.3 Keterangan Pemboleh Ubah 29
Jadual 3.4 Pemboleh Ubah Bebas 31
Jadual 4.1 Pencapaian Pelajar Mengikut Jantina 36
Jadual 4.2 Peratus Pelajar Mencapai Penanda Aras Antarabangsa 37
Jadual 4.3 Bilangan Sekolah Mengikut Pencapaian Penanda Aras 38
Antarabangsa
Jadual 4.4 Sekolah-Sekolah Cemerlang 38
Jadual 4.5 Faktor Latar Belakang Sekolah dan Pencapaian Matematik 40
dan Sains
Jadual 4.6 Lokasi Sekolah 41
Jadual 4.7 Sosioekonomi Status 42
Jadual 4.8 Enrolmen 43
Jadual 4.9 Gejala Ponteng 44
Jadual 4.10 Pengalaman Pengetua 45
Jadual 4.11 Ciri-ciri Guru 45
Jadual 4.12 Peralatan Sekolah 46
Jadual 4.13 Ciri-Ciri Pelajar 47
Jadual 4.14 Tingkah Laku Nakal Pelajar 48
X
Jadual 4.15 Ringkasan Model dalam Analisis Regresi Pengaruh Faktor 49 Latar Belakang Sekolah ke atas Pencapaian Matematik
Jadual 4.16 Analisis ANOVA Sehala untuk Model Regresi Linear 50 Berganda Faktor Latar Belakang Sekolah ke atas Pencapaian Matematik
Jadual 4.17 Ringkasan Model dalam Analisis Regresi Pengaruh Faktor 51 Latar Belakang Sekolah ke atas Pencapaian Sains
Jadual 4.18 Analisis ANOVA Sehala untuk Model Regresi Linear 52 Berganda Faktor Latar Belakang Sekolah ke atas Pencapaian Sains
xi
SENARAI RAJAH
Muka Surat
Rajah 1 Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 24
xii
SENARAI SINGKATAN
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
IE A International Association for the Evaluation of Educational
Achievement
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
TIMSS Trends in Mathematics and Science Study
1
BAB 1
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Pencapaian pelajar merupakan indikator utama dalam menentukan kejayaan sesebuah
sekolah. Walaupun pencapaian pelajar ditentukan oleh banyak faktor tetapi selalunya
sekolah memikul tanggungjawab yang berat bagi memastikan bahawa pelajar yang di
bav/ah jagaannya mendapat pendidikan sewajarnya mengikut tahap pendidikan tertentu.
Bila disebut perkataan sekolah, apa yang tergambar dalam pemikiran semua orang ialah
pengetua/guru besar, guru-guru, pelajar dan infrastruktur yang terdapat di sekolah
tersebut. Komponen-komponen inilah yang rnemainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan seseorang pelajar dan seterusnya menentukan jaya atau gagalnya
mereka dalam meneruskan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi atau meneruskan
kehidupan sebenar menjadi warganegara yang diperlukan oleh Malaysia.
1.2 LATAR BELAKANG
2
Malaysia memberi perhatian dan tumpuan yang tinggi kepada mata pelajaran matematik
dan sains. Kedua-dua mata pelajaran ini telah mula diajar dengan menggunakan bahasa
Inggeris pada tahun 2003. Selain itu, mata pelajaran sains juga telah mula diajar pada
pelajar pada Tahun 1 bermula pada tahun 2003. Kedua-dua mata pelajaran ini
merupakan asas kepada pelbagai bidang pengkhususan pada peringkat pengajian tinggi
yang seterusnya akan dapat melahirkan tenaga kerja yang berasaskan sains dan
teknologi. Sesuai dengan harapan negara untuk mempunyai lebih ramai tenaga kerja
dalam bidang sains dan teknologi, dasar 60:40 iaitu 60 peratus pelajar mengikut bidang
sains berbanding 40 peratus bidang sains sosial dipraktikkan oleh sistem pendidikan di
Malaysia..
Bagi mengetahui sama ada kurikulum kedua-dua mata pelajaran ini setanding
dengan negara lain di dunia, Malaysia telah menyertai kajian Trends in Mathematics
and Science Study (TIMSS) sejak tahun 1999. Setiap kajian mengambil masa selama 4
tahun. Pada masa ini, Malaysia telah menyertai kajian TIMSS sebanyak tiga pusingan
iaitu pada tahun 1999, 2003 dan 2007. Hasil kajian ini dapat menggambarkan sama ada
kurikulum yang disediakan diaplikasikan dalam bilik darjah atau tidak dan seterusnya
bagaimana pelajar dapat memanfaatkan kurikulum tersebut melalui pencapaian mereka
dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Dalam kajian TIMSS 1999, Malaysia menempatkan diri pada tangga ke-10 bagi
matematik dan tangga ke-22 bagi sains. Manakala pada TIMSS 2003, Malaysia
3
menduduki tempat ke-8 dalam matematik dan tempat ke-20 dalam sains. Kedudukan
tersebut menunjukkan pelajar Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding negara lain
dalam matematik tetapi tidak begitu menyerlah dalam sains. Kedua-dua kajian TIMSS
ini disertai lebih 50 buah negara di dunia.
Kajian TIMSS merupakan kajian perbandingan antarabangsa yang amat
komprehensif. Kajian ini menggunakan banyak pemboleh ubah sekolah, guru
matematik, guru sains dan pelajar yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar Tingkatan
2 di Malaysia atau Gred 8 di negara-negara lain di dunia. Kajian ini menyediakan data
yang banyak untuk dianalisis dengan lebih terperinci bagi memberi gambaran yang
lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar khususnya
pelajar Malaysia. Sehubungan itu, pengkaji cuba menggunakan data TIMSS ini untuk
memahami dengan mendalam tentang pemboleh ubah sekolah atau faktor latar belakang
sekolah yang mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam
matematik dan sains. Antara pemboleh ubah yang akan digunakan ialah saiz sekolah,
saiz kelas, kelengkapan sekolah, ciri guru dan faktor pengetua dalam memastikan
pelajar berjaya dalam peperiksaan.
Tujuan utama kajian TIMSS adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar di
sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai faktor utama
yang dapat menerangkan pencapaian pelajar. Kurikulum dilihat daripada tiga perspektif
iaitu apa yang diharapkan {intended curriculum), apa yang dilaksanakan {implemented
curriculum), dan apa yang dicapai {attained curriculum, (BPPDP, 2004).
1.3 PERNYATAAN MASALAH
4
Banyak faktor yang dikenal pasti sebagai mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
matematik dan sains. Faktor-faktor tersebut termasuklah faktor pelajar, guru dan
sekolah. Faktor pelajar termasuklah latar belakang sosioekonominya, pendidikan ibu
atau bapa, dan konsep kendiri pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Faktor guru juga
dikatakan memainkan peranan yang penting seperti pengkhususan guru, pengalaman
mengajar dan latihan yang diperoleh dari program pembangunan staf. Manakala faktor
sekolah pula termasuklah iklim sekolah, keselamatan di sekolah, saiz sekolah, saiz
kelas, peralatan sekolah, pengnrusan sekolah dan juga ciri pengetua sekolah.
Hasil kajian TIMSS 2003 yang diterbitkan oleh Boston College tidak
menerangkan secara terperinci faktor-faktor sekolah yang mempengaruhi pencapaian.
Laporan kajian tersebut lebih memaklumkan faktor iklim dan keselamatan sekolah
sahaja. Selain itu, dapatan kajian tersebut tidak dapat memberi perincian kepada faktor-
faktor latar belakang sekolah, kerana bilangan negara yang mengambil bahagian juga
banyak iaitu lebih daripada 50 negara. Oleh itu, kajian ini cuma menggunakan data
kajian tersebut untuk memaparkan atau mencungkil faktor-faktor latar belakang sekolah
dengan lebih bermakna.
Kajian ini adalah berbentuk kajian sekunder dengan menggunakan data yang
komprehensif yang diperoleh dari kajian TIMSS 2003. Walaupun banyak faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar tetapi kajian ini cuma akan memberi tumpuan kepada
faktor latar belakang sekolah. Menggunakan data sedia ada daripada kajian TIMSS
5
2003, pengkaji cuba meneliti faktor-faktor sekolah yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam matematik dan sains. Kajian yang menggunakan data sekunder masih
belum banyak dijalankan di Malaysia. Data yang lengkap ini akan dapat memberi
gambaran yang terperinci tentang faktor-faktor sekolah yang mempengaruhi pencapaian
pelajar di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga cuba meneliti ciri-ciri sekolah yang
cemerlang dan ciri-ciri pelajar daripada sekolah cemerlang yang boleh dijadikan profil
untuk panduan sekolah-sekolah dan pembuat dasar pendidikan.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
i. menerangkan pencapaian pelajar dalam matematik dan sains dalam kajian TIMSS
2003;
ii. mengenal pasti ciri-ciri sekolah yang boleh menghasilkan pelajar cemerlang;
iii, mengenal pasti ciri-ciri pelajar di sekolah cemerlang; dan
iv. mengenal pasti faktor-faktor latar belakang sekolah yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam matematik dan sains.
1.5 SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah:
i. Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik dan sains mengikut
individu pelajar dan peringkat sekolah?
6
ii. Apakah ciri-ciri sekolah yang menghasilkan pelajar cemerlang?
iii. Apakah perbezaan ciri-ciri pelajar di sekolah cemerlang dan tidak cemerlang?
iv. Apakah faktor latar belakang sekolah yang menyumbang dalam pencapaian pelajar
dalam matematik dan sains?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian akan menggambarkan pencapaian pelajar dalam matematik dan sains
secara terperinci, mengikivt individu pelajar dan pencapaian mengikut sekolah.
Perincian ini akan dapat memberi maklumat sama ada pelajar Tingkatan 2 lebih
cemerlang dalam matematik atau sains dan bagaimana pencapaian pelajar mengikut
gender dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Dengan dapatan ini akan
membolehkan pengurus sekolah dan pembuat dasar memberi tumpuan yang lebih
kepada mata pelajaran dan gender yang lemah pencapaiannya. Selain itu, pencapaian
pelajar pada peringkat sekolah juga akan dapat memberi gambaran sebenar kebolehan
setiap sekolah-sekolah yang dikaji secara purata.
Kajian ini juga cuba memperoleh ciri-ciri sekolah yang melahirkan pelajar yang
cemerlang. Ciri-ciri ini nanti boleh digunakan oleh pembuat dasar untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah-sekolah yang lain yang kurang cemerlang dengan memberi
tumpuan kepada ciri-ciri yang dihasilkan oleh kajian ini. Selain itu, ciri-ciri pelajar yang
pelajar cemerlang juga dapat membantu sekolah menyediakan pelbagai program untuk
menambah baik sifat dan tingkah laku pelajar di sekolah masing-masing.
7
Faktor-faktor latar belakang sekolah yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam matematik dan sains hasil daripada kajian ini akan dapat memberi gambaran
tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam mempertingkatkan dan
memperkasakan sekolah sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kementerian pelajaran. Hasil kajian ini akan dapat menjadi input yang baik kepada
penggubal dasar dan perancangan pembangunan pendidikan..
Secara umumnya dapat disimpulkan, dapatan kajian ini akan dapat digunakan
untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik
dan sains, menambah baik ciri-ciri sekolah, menambah baik dasar dan kurikulum yang
berkaitan dengan mata pelajaran matematik dan sains, dan juga boleh menjadi asas
untuk menjalankan kajian yang lebih komprehensif dengan menambah lebih banyak
pemboleh ubah lain yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini cuma menggunakan data sekunder iaitu kajian sedia ada. Kajian yang
digunakan sebagai sumber data adalah kajian TIMSS 2003. Ini merupakan kajian
kitaran ketiga selepas kajian TIMSS 1995 dan 1999. Walau bagaimanapun hasil kajian
ini boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia kerana sekolah-sekolah
ini dipilih secara random dan boleh mewakili sekolah-sekolah di Malaysia. Hasil kajian
ini cuma boleh digeneralisasikan kepada pel ajar-pel ajar Tingkatan 2 di seluruh
Malaysia.
8
1.8 RUMUSAN
Bahagian ini membincangkan secara umum tentang kajian yang dijalankan termasuk
latar belakang kajian TIMSS, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian,
kepentingan kajian dan batasan kajian. Kajian TIMSS secara umumnya adalah kajian
perbandingan terbesar di dunia yang melibatkan lebih 50 buah negara dan hasil kajian
ini menyediakan data yang komprehensif yang boleh digunakan untuk kajian
selanjutnya seperti yang dijalankan oleh pengkaji ini. Kajian lanjutan dengan
menggunakan pangkalan data kajian TIMSS akan dapat memberi gambaran yang lebih
terperinci lagi terhadap pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains.
9
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar daripada
kajian-kajian lepas. Antara faktor yang diberi penekanan termasuklah faktor sekolah
berkesan atau cemerlang yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang; faktor
kepimpinan sekolah yang secara langsung memberi kesan kepada pencapaian sekolah;
faktor guru yang menjadi penggerak dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan; dan faktor pelajar yang inerupakan klien utama dalam sistem
pendidikan. Bahagian ini dimulakan dengan membincangkan tentang peranan sekolah
berkesan, diikuti oleh kepimpinan sekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar secara khususnya.
10
2.2 PERANAN SEKOLAH BERKESAN
Selain institusi keluarga. sekolah merupakan institusi kedua terpenting dalam sesebuah
negara. Sekolah merupakan institusi yang digunakan bagi melahirkan generasi yang
dimahukan negara, melahirkan modal insan untuk menjadikan rakyat dan tenaga kerja
yang diperlukan oleh negara. Sekolah berperanan dalam memberi pendidikan kepada
rakyat di negara ini bagi merealisasikan hasrat negara untuk mencapai status negara
maju. Abdul Shukor Abdullah (1995, hal.2) berpendapat bahawa "sekolah yang
berkesan itu penting kerana ia menjadi penentu pembangunan negara. Pembangunan
negara terutamanya pembangunan sumber manusia bermula dalam sistem persekolahan.
Sekiranya sekolah gagal dalam mencapai matlamat pendidikan negara maka sudah
tentulah kestabilan negara akan terjejas. Contohnya, masalah sosial yang berlaku adalah
hasil daripada kegagalan sekolah menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
itu, dalam keadaan kegawatan sosial yang serius pada masa ini, sekolah yang berkesan
adalah amat perlu sekah."
Pelbagai pandangan telah diberikan oleh ramai pengkaji dalam mendefinisikan
sekolah berkesan. Kebanyakan definisi yang mereka berikan selalunya bergantung pada
fokus kajian yang mereka jalankan. Pada peringkat awal, konsep sekolah berkesan lebih
dikaitkan dengan peningkatan pencapaian akademik pelajar sahaja. Jika pencapaian
pelajar di sesebuah sekolah meningkat, ini bermakna sekolah itu berkesan. Menurut
Edmonds (1979) sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian
akademik dari kalangan murid-murid keluarga miskin terutama di kawasan bandar
11
berbanding dengan pencapaian kemahiran asas dan matematik dari kalangan murid-
murid daripada keluarga kelas pertengahan.
Pada pertengahan tahun 1990-an, konsep sekolah berkesan atau sekolah
cemerlang tidak lagi menumpukan kepada peningkatan pencapaian akademik semata-
mata tetapi telah ditambah dengan elemen-elemen lain yang difikirkan sesuai dengan
konsepnya. Stoll dan Fink (1996) menganggap sesebuah sekolah adalah berkesan jika:
• menunjukkan pencapaian yang meningkat dari tahun ke tahun;
• semua pelajar menunjukkan peningkatan dengan mengambil kira latar belakang dan
kebolehan asal mereka;
• memastikan setiap pelajar mencapai potensi setinggi yang mungkin; dan
• mengembangkan semua aspek kebolehan pelajar.
Abdul Shukor Abdullah (1995) juga menekan perkara yang sama iaitu sesebuah
sekolah yang berkesan adalah sekolah yang berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya
dalam aspek akademiknya, pembangunan diri dan sahsiah serta kemahiran sosial
melalui pemupukan tradisi budaya dan watak sekolah itu sendiri. Di sinilah peranan
pengetua sesebuah sekolah amat diperlukan. Pengetua seharusnya mampu mewujudkan
budaya sekolah cemerlang di samping membangunkan watak sekolah tersendiri. Bagi
mencapai tujuan ini, amalan gaya kepimpinan pengetua akan mempengaruhi seterusnya
menjadi amat penting dalam memastikan sekolah menjadi berkesan.
Terdapat pelbagai konsep sekolah berkesan dan cemerlang, tetapi
kebanyakannya meletakkan matlamat pencapaian akademik yang tinggi sebagai ciri
12
utama. Selain itu, sikap dan perkembangan potensi pelajar juga dianggap sebagai
konsep sekolah berkesan. Sekolah yang berkesan selalunya akan mempunyai ciri-ciri
tertentu seperti yang diutarakan oleh Edmonds (1979) seperti berikut:
• kepimpinan pengetua yang teguh;
• iklim sekolah yang kondusif dan selamat;
• penekanan kepada kemahiran asas;
• harapan guru yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar; dan kekerapan
penilaian.
Scheerens dan Stoel (1988) pula menggariskan ciri-ciri berikut sebagai sekolah
berkesan;
• permuafakatan dalam menentukan matlamat akademik;
• iklim sekolah yang selamat dan teratur;
• kepimpinan pengajaran dan pembelajaran yang teguh;
• harapan yang tinggi terhadap pelajar; dan
• kekerapan penilaian terhadap kemajuan pelajar.
Secara ringkasnya, banyak kajian sekolah berkesan atau cemerlang mendapati
bahawa kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan sesebuah sekolah. Sekolah yang cemerlang selalunya adalah sekolah yang
mencapai kecemerlangan akademik dengan suasana sekolah yang selesa dan teratur, di
samping mempunyai sistem pengurusan dan guru yang bertanggungjawab dan pelajar
yang beraspirasi tinggi (Sharifah Md Noor, 2000).
13
2.3 FAKTOR KEPIMPINAN SEKOLAH
Pengetua atau guru besar merupakan antara golongan yang paling penting di sekolah
dan tanggungjawabnya bukan sahaja sebagai pentadbir tetapi juga sebagai pemimpin
profesional pendidikan. Mereka bertanggungjawab untuk mencapai matlamat-matlamat
pendidikan, memajukan sekolah dari pelbagai dimensi seperti kurikulum, kokurikulum,
iklim dan budaya sekolah, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, pengurusan
fizikal dan keselamatan sekolah, kewangan, komunikasi dan komuniti. Antara tugas
utama mereka ialah menjadi pemimpin kurikulum. Mengikut Fayol (1949), kepimpinan
kurikulum merupakan satu proses mereka bentuk dan menterjemahkan wawasan ke
dalam kurikulum formal dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada
lermasuk sumber manusia melalui strategi-strategi rancangan pendidikan. Ini
termasuklah pemerolehan segala pengalaman pengajaran dan pembelajaran dan
memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan
wawasan yang hendak dicapai.
Kepimpinan pengetua memang telah dikenal pasti merupakan satu faktor
penting dalam usaha mewujudkan sekolah berkesan. Abdul Shukor Abdullah (1995)
berpandangan, kepemimpinan sekolah yang berkesan adalah berpaksikan kepada dua
faktor utama iaitu membina komuniti kepemimpinan dalam kalangan guru dan
membina iklim dan persekitaran sekolah yang berteraskan kepada hubungan erat antara
pengetua, guru, pelajar dan ibu bapa.
14
Menurut Hart dan Bredeson (1996), pengetua mempunyai empat tanggungjawab
utama iaitu:
• Untuk menggalakkan pengembangan kognitif, emosi dan fizikal pelajar;
• Mengekalkan pola-pola budaya sekolah sebagai institusi sosial dengan berkongsi
nilai, kepercayaan, sejarah dan budaya;
• Mengekalkan amalan dan sumber yang menyokong penyelarasan struktur dan
proses organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan; dan
• Menyeimbangkan tugasnya supaya dapat melindungi sekolah daripada faktor luaran
clan membantu staf supaya responsif dengan keperluan pelajar.
Dari penerangan di atas, jelas bahawa peranan pengetua atau pemimpin sekolah
bukan sahaja mencakupi banyak perkara tetapi juga memastikan sesebuah sekolah itu
berjaya termasuklah aspek akademik pelajarnya. Tugas pengetua secara umumnya
merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum, pentadbiran, perkhidmatan dan
perjawatan, kewangan, kawasan dan harta benda sekolah, perhubungan, iklim dan
budaya sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982).
2.4 FAKTOR GURU
Pengalaman guru boleh memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pencapaian pelajar. Kajian di California mendapati bahawa seorang guru baru yang
kurang berpengalaman akan mengurangkan sebanyak tiga peratus bilangan pelajar yang
memperoleh skor melebihi purata pada peringkat. kebangsaan California (Public Policy
Institute of California, 2002).