39
DRAF AR / CHARLES BAYANG ALBERT/ PPGSN2611 1.0 Pendahuluan Saya merupakan seorang guru opsyen sains yang bertugas di sebuah sekolah luar bandar di Sri Aman. Sekolah ini merupakan sekolah kedua tempat saya berkhidmat dimana sekolah penempatan pertama saya ialah di daerah Tatau, Bintulu. Pengalaman saya mengajar mata pelajaran Sains ialah selama 8 tahun. Apabila berpindah ke sekolah ini, saya masih terus mengajar sains sehingga sekarang. Pada tahun ini, saya telah diberikan tugas untuk mengajar subjek Dunia Sains dan Teknologi tahun 3. Kelas ini mempunyai jumlah murid yang paling ramai di sekolah iaitu 19 orang. Sekolah ini merupakan kategori sekolah luar bandar di mana latarbelakang murid-muridnya datang dari sekitar rumah panjang dan pedalaman. Walaupun ia sekolah luar bandar, sekolah saya mempunyai kemudahan yang mencukupi serta prasarana yang sangat ceria dan selesa. Ia dilengkapi dengan kemudahan air paip awam, bekalan eletrik, makmal komputer, kelas pra sekolah, stor sains

DRAF AR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AR

Citation preview

DRAF AR / CHARLES BAYANG ALBERT/ PPGSN26111.0 PendahuluanSaya merupakan seorang guru opsyen sains yang bertugas di sebuah sekolah luar bandar di Sri Aman. Sekolah ini merupakan sekolah kedua tempat saya berkhidmat dimana sekolah penempatan pertama saya ialah di daerah Tatau, Bintulu. Pengalaman saya mengajar mata pelajaran Sains ialah selama 8 tahun. Apabila berpindah ke sekolah ini, saya masih terus mengajar sains sehingga sekarang. Pada tahun ini, saya telah diberikan tugas untuk mengajar subjek Dunia Sains dan Teknologi tahun 3. Kelas ini mempunyai jumlah murid yang paling ramai di sekolah iaitu 19 orang. Sekolah ini merupakan kategori sekolah luar bandar di mana latarbelakang murid-muridnya datang dari sekitar rumah panjang dan pedalaman. Walaupun ia sekolah luar bandar, sekolah saya mempunyai kemudahan yang mencukupi serta prasarana yang sangat ceria dan selesa. Ia dilengkapi dengan kemudahan air paip awam, bekalan eletrik, makmal komputer, kelas pra sekolah, stor sains dan banyak lagi. Untuk pegetahuan umum, sekolah ini tidak mempunyai makmal sains atau bilik sains. Kami hanya ada stor sains yang kami jadikan sebagai tempat untuk menyimpan alat-alatan sains dan guru-guru sains yang memerlukan bahan dan radas sains perlulah mengambil sendiri alatan sains di stor sains itu dan mencatat penggunaannya di buku rekod alatan sains.Pengalaman saya sebagai guru sains selama 8 tahun, berbagai situasi dan kerenah murid-murid yang saya telah lalui dan hadapi semasa mengajar sains di dalam kelas. Berdasarkan pengalaman saya mengajar sains di sekolah luar bandar, apa yang saya dapat simpulkan ialah kebanyakan murid mempunyai potensi dan berupaya untuk mempelajari sains dengan baik, cuma ada sebahagian murid yang perlu dibimbing dan dicungkil minat mereka supaya dapat menguasai ilmu sains dengan baik serta belajar sains dengan seronok dan ceria. Aras pengetahuan murid dalam ilmu sains agak sederhana dimana separuh daripada jumlah murid di kelas ini belum dapat menguasai kemahiran 3M. Berdasarkan prestasi murid tahun 3 pada ujian pertengahan penggal pertama yang lalu, saya dapati kebanyakan murid tahun 3 ini mendapat gred C. Hanya dua murid sahaja yang mendapat gred A dan 2 orang mendapat gred E.Pada mula saya memasuki kelas tersebut, saya telah menguji kefahaman mereka tentang ilmu sains. Saya telah bersoaljawab dengan mereka tentang keperluan asas tumbuhan dan manusia. Kebanyakan murid belum dapat menjawab dengan betul kecuali beberapa orang murid sahaja. Berdasarkan pemerhatian saya semasa mengajar tahun 3 ini, terdapat sebahagian murid yang masih belum dapat menguasai konsep sains seperti mereka tidak tahu apa itu keperluan asas manusia. Ada beberapa orang murid yang saya kenalpasti dapat menjawab soalan saya dengan betul. Selain daripada itu, daripada pemerhatian dan pengalaman saya, murid-murid seronok belajar sains dan mereka lebih faham apabila guru menggunakan visual atau gambar apabila mengajar. Apa yang saya dapati, murid-murid ini masih kurang pengalaman tentang ilmu sains dalam kehidupan seharian mereka di mana pengetahuan sedia ada mereka masih kurang. Mereka perlu diransang untuk memamahi sesuatu konsep sains. Sesetengah daripada mereka sangat minat belajar, cuma guru perlu berusaha dengan lebih dengan mempelbagaikan aktiviti yang menarik minat dan semangat mereka.

Refleksi Pengajaran dan PembelajaranSemasa mengajar sains tahun 3, saya biasa mengarahkan mereka duduk di depan kelas dan membawa buku teks dan aktiviti sains. Pada mulanya mereka duduk secara rawak dan tidak teratur dan apabila saya mengajar, saya dapati ada murid yang berpotensi tidak dapat menumpukan perhatian kerana diganggu oleh kawan mereka. Jadi, saya rasa P & P saya tidak begitu berkesan. Cuma sebahagian murid yang dapat menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat strategi iaitu saya telah menetapkan murid-murid tahun 3 ini mengikut kumpulan aras dan kebolehan mereka. Kedudukan mereka semasa duduk di depan kelas telah saya bahagikan dari murid yang lemah duduk di baris paling hadapan, diikuti dengan murid aras sederhana di baris kedua, dan murid yang berpotensi serta baik di baris ketiga dan keempat. Kedudukan mereka adalah seperti berikut:

Papan Tulis

Murid lemah

Murid sederhana

Murid berpotensi

Murid cemerlang

Rajah 1Pelan kedudukan tempat duduk murid tahun 3 di hadapan kelasSetelah membahagikan murid dalam kumpalan duduk, saya juga telah membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang dibentuk ini terdiri daripada gabungan murid cemerlang , sederhana dan lemah. Tujuan saya berbuat begitu adalah supaya mereka dapat mempratikkan pembelajaran secara koperatif selain dapat memupuk sikap kerjasama dan komunikasi dalam kalangan murid-murid semasa melakukan aktiviti yang dirancangkan.Menurut Kagan (1994 ) pembelajaran kooperatif adalah strategi pengajaran yang sukses di mana kumpulan kecil, masing masing dengan murid dari aras pengetahuan yang berbeza, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu subjek. Setiap anggota kumpulan bertanggungjawab bukan hanya untuk mempelajari sesuatu yang diajar, tetapi mereka juga membantu rakan mereka untuk belajar sehingga dapat mencapai prestasi yang cemerlang.

Semasa mengajar tema sains hayat dalam tajuk Haiwan pada unit 3 Dunia Sains dan Teknologi pada subtopik 3.2 memahami kegigian haiwan dengan standard pembelajaran 3.2.1 menyatakan tabiat makan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor, saya telah bersoaljawab dengan murid tentang pemakanan haiwan dengan mencungkil pengetahuan sedia ada mereka terlebih dahulu. Apabila saya bertanya tentang haiwan A makan apa? Contoh, haiwan arnab makan apa? Kebanyakan murid dapat menjawab secara rawak dengan menjawab lobak merah. Saya terus membimbing mereka dengan soalan demi soalan seperti ,adakah semua haiwan makan makanan yang sama? bagaimana pula dengan buaya ? adakah buaya makan tumbuhan?Murid menjawab buaya makan daging sahaja. Selepas sesi soaljawab dengan murid, saya terus memberi penerangan tentang tabiat makan haiwan sebenarnya di kelaskan kepada tiga kumpulan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Saya telah menggunakan cara komunikasi berbentuk grafik iaitu membina satu peta minda tentang tabiat makan haiwan di papan tulis untuk menerangkan istilah herbivor, karnivor dan omnivor. Tajuk peta minda itu saya namakan Apa makanan aku ?Saya telah menerangkan istilah itu dengan satu persatu mengikut kumpulan tabiat makan haiwan itu sendiri. Bagi memahami tentang istilah kumpulan pemakanan haiwan itu, saya telah menerangkan dengan hanya secara lisan kepada murid-murid. Saya telah menulis di papan tulis tentang istilah umum bagi kategori pemakanan haiwan yang diberikan. Sebagai contoh, dalam kumpulan haiwan herbivor ialah haiwan yang makan tumbuhan sahaja, Karnivor ialah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja dan omnivor ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan. Saya tidak berapa menekankan contoh setiap jenis makanan yang dimakan oleh haiwan itu dan apabila saya memberi lembaran kerja kepada murid, kebanyakan murid dapat menjawab contoh makanan haiwan herbivor sahaja, manakala contoh makanan haiwan karnivor dan omnivor tidak dapat mereka jawab dengan tepat.Saya berpendapat bahawa murid-murid ini masih belum menguasai tentang makanan yang dimakan oleh kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Berdasarkan lembaran kerja yang telah diberikan, kebanyakan murid yang saya uji belum dapat menguasai kemahiran mengenalpasti haiwan yang makan dalam kumpulan herbivor, karnivor dan omnivor. Saya kurang mendedahkan kepada mereka tentang contoh haiwan dalam kumpulan pemakanannya dan makanannya secara spesifik. Dengan itu, saya berpendapat saya perlu menerangkan dengan lebih terperinci lagi tentang contoh haiwan dan makanan mereka secara spesifik lagi. Ini perlu kerana murid-murid ini mesti menguasai objektif tajuk ini iaitu menyatakan tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor seperti yang dinyatakan dalam DSKP Dunia sains dan teknologi KSSR selain untuk membina dan menambah pengetahuan mereka dalam tajuk haiwan.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subtopik tabiat makan haiwan dalam topik haiwan saya ada menggunakan teknik gunting ,gambar dan lekat. Saya ada melakukan aktiviti kumpulan dimana saya telah menyediakan beberapa bahan seperti gambar-gambar haiwan, kad manila, gunting dan gam. Apa yang saya lakukan ialah saya percaya kepada pembelajaran visual dan diselitkan dengan unsur seni dalam aktiviti yang saya buat. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.Saya mengarahkan setiap kumpulan bekerjasama memilih dan menggunting haiwan-haiwan yang berkaitan dengan tabiat makan haiwan yang betul mengikut kumpulan yang betul. Di sini mereka akan melakukan aktiviti seni menggunting dan melekat gambar haiwan di atas kad manila yang disediakan. Selain daripada itu, aktiviti ini juga lebih kepada aspek pembelajaran secara visual dan koperatif. Contoh kerja kumpulan yang saya nampak agak baik dan ada yang menunjukkan kreativiti semasa melakukan aktiviti kumpulan. Ternyata murid-murid tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru kerana ada melibatkan kerjasama antara mereka. Selain daripada itu, saya juga berpegang kepada konsep pembelajaran konstruktivisme di mana guru adalah sebagai pemudah cara kepada murid. Dengan erti kata lain, pada masa kini apabila mengajar sains guru perlu melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti atau eksperimen untuk menggalakkan akitiviti hands-on mereka sekaligus mereka boleh membina pegetahuan baru berdasarkan teori konstruktivisme. Jadi, sebagai pemudah cara saya telah membimbing dengan memberi panduan kepada mereka tentang tabiat makan haiwan yang betul. Setelah aktiviti selesai, saya menyemak hasil kerja mereka dan apa saya dapati sangat mendukacitakan kerana hampir semua mereka tidak dapat melekat gambar haiwan dengan betul terutamanya kumpulan karnivor dan omnivor. Saya berfikir sejenak bahawa murid-murid ini hanya tahu tentang istilah herbivor, karnivor dan omnivor sahaja tanpa mengetahui contoh makanan yang spesifik dan juga ada murid yang keliru dan tidak tahu apa makanan haiwan kumpulan omnivor. Isu ini saya kenalpasti apabila saya menyemak hasil kerja kumpulan mereka di mana saya dapati bahagian kumpulan karnivor dan omnivor banyak yang salah. Ternyata murid-murid ini masih belum dapat memahami dan kurang pengetahuan tentang jenis makanan dan contoh haiwan dalam kumpulan tabiat makan haiwan yang diajar. Apabila saya menemubual seorang murid yang aras sederhana, murid itu tidak dapat menjawab soalan saya tentang jenis makanan yang dimakan oleh haiwan beruang hitam di mana murid itu hanya dapat menjawab daging sahaja iaitu ikan. Sebanyak tiga orang murid yang saya temu bual dan semuanya hanya dapat menjawab satu makanan sahaja.

Di sini saya terfikir yang saya belum memberi pendedahan yang penuh tentang makanan spesifik yang di makan oleh haiwan dan hanya menekankan kepada istilah umum tentang kumpulan tabiat makan haiwan iaitu makan tumbuhan dan haiwan sahaja. Jadi, pengetahuan mereka hanya setakat tahu sedikit sahaja contoh jenis makanan yang dimakan oleh setiap haiwan dalam setiap kumpulan. Saya juga sedar, yang selama saya mengajar tajuk ini saya tidak membuat persediaan yang mencukupi tentang tajuk ini. Kebanyakan murid tidak tahu contoh makanan spesifik yang dimakan oleh haiwan kumpulan herbivore, karnivor dan omnivor. Murid-murid tahun 3 sekolah ini kurang pegetahuan dan pengalaman tentang jenis makanan yang dimakan oleh haiwan. Ramalan saya salah di mana saya menggangap mereka ini tahu tentang jenis pemakanan haiwan. Kesannya kebanyakan daripada mereka tidak dapat menyatakan dengan lengkap dan betul tentang pemakanan haiwan kumpulan herbivore, karnivor dan omnivor.

2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN2.1Isu KajianBerdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi KSSR Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3, standard pembelajaran yang dinyatakan bagi tajuk haiwan unit 3.2 Memahami kegigian haiwan ialah 3.2.1 menyatakan tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Apa yang tidak ada dalam standard pembelajaran ialah menyatakan jenis makanan bagi setiap kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Perkara ini tidak dimasukkan ke dalam salah satu objektif pembelajaran tajuk ini yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Hal ini penting kerana murid tahun 3 sekarang perlu mencapai dan mengetahui tentang jenis-jenis makanan yang haiwan makan sebagai asas pemahaman mereka terhadap tabiat makan haiwan. Akan tetapi, berdasarkan soalan dalam buku kerja sains tahun 3 iaitu MODUL PRAKTIS KSSR & KBSR 2013 terbitan Global Mediastreet Sdn Bhd 2013 , terdapat soalan yang menguji kefahaman murid tentang jenis jenis makanan yang dimakan oleh setiap kumpulan pemakanan haiwan. Hal ini tiada dinyatakan dalam standard pembelajaran untuk tajuk haiwan dalam tahun 3.

Rajah 1 : Contoh soalan yang menguji kemahiran dan pengetahuan sumber makanan dan tabiat makan haiwan.Berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan untuk P & P pada hari tersebut, terdapat enam orang murid di Tahun 3 tidak dapat menjawab dengan betul semua soalan yang diuji. Soalan dalam lembaran kerja tersebut memerlukan mereka membulatkan makanan yang dimakan oleh haiwan di dalam gambar yang disediakan. Hanya 4 orang murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul semua soalan yang diuji. Saya dapati bahawa kesalahan yang enam murid itu lakukan ialah tidak dapat menjawab dengan tepat dan belum dapat membuat pengelasan tentang haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.. Iaitu soalan yang menguji apakah makanan yang dimakan oleh beruang hitam? Enam orang murid itu hanya membulatkan satu jenis makanan sahaja sedangkan beruang hitam merupakan haiwan kumpulan omnivor yang memakan dua jenis makanan iaitu makan daging dan tumbuhan. Hal ini membimbangkan saya kerana pengetahuan murid dalam jenis makanan haiwan ini adalah penting kerana pengetahuan mereka tentang jenis makanan setiap kumpulan haiwan ini amat berguna kepada mereka apabila mereka berada pada tahun 4 dan 5 nanti. Ini kerana tajuk ini adalah penting untuk mereka kuasai supaya mereka dapat mengetahui jenis makanan haiwan apabila mereka belajar tentang rantai dan siratan makanan kelak pada tahun 5. Walaupun menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tidak ditekankan dalam tajuk ini, tetapi ianya bagi saya amat penting sebagai asas dan pengetahuan murid-murid ini supaya memahami jenis-jenis makanan yang dimakan oleh setiap kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Jadi, saya berfikir untuk membantu murid-murid ini menyelesaikan masalah mereka supaya mereka dapat menguasai dengan jelas jenis-jenis makanan yang dimakan oleh kumpulan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor. Hal ini amat penting bagi mereka menguasai keperluan asas dan makanan bagi setiap haiwan untuk mempelajari tajuk tentang haiwan yang lebih terperinci lagi pada tahun berikutnya.

2.2Tinjauan dan Analisis Masalah

Meskipun kelas Tahun 3 terdiri daripada 19 orang murid, sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada 9 Julai 2014 hanya melibatkan 18 orang murid sahaja. Seorang murid , Henry tidak menghadirkan diri kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Daripada 18 orang murid, terdapat seramai 6 orang murid yang mempunyai masalah dalam menguasai 3M dan mengikuti kelas pemulihan di sekolah. Berdasarkan temu bual bersama guru pemulihan yang mengajar mereka, seorang murid daripada 6 orang itu sering mempunyai masalah pertuturan dan penulisan selain masalah disiplin yang lain. Imau merupakan murid pemulihan. Masalahnya ialah dia tidak dapat bercakap dan menjawab dengan baik apabila ditanya sesuatu soalan. Dia akan lebih suka berdiam diri dan penulisan dia pun agak sukar difaham dan amat lemah sekali( Guru Pemulihan/ 10 Julai 2014)

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji sama ada murid berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pada 09 Julai 2014, berdasarkan lembaran kerja ( lampiran 1) yang telah disediakan, saya mendapati seramai enam orang murid gagal menyenaraikan dengan lengkap tabiat pemakanan haiwan dan jenis makanan dengan tepat. Hasil analisis telah saya nyatakan di dalam jadual di bawah ( Jadual 1 ).

Jadual 1Bilangan makanan kumpulan omnivor yang dibulatkan oleh murid Tahun 3 berdasarkan lembaran kerja pada 09 Julai 2014

Nama murid Bilangan haiwan yang Bilangan jenis makanan disenaraikan betul dalam yang dibulatkan betul kumpulan herbivor, karnivor bagi kumpulan haiwan dan omnivor. herbivor, karnivor dan omnivor.

George 4/65/5Michelle 4/64/5Viciliny 6/64/5Avelin 4/64/5Caroline 6/64/5Harryson6/63/5

Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3, saya telah membina satu ujian diagnostik tentang kumpulan haiwan omnivor dan jenis makanannya. Pada 11 Julai 2014, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik ( lampiran 2 ) itu bersama enam orang murid tersebut. Saya telah membina soalan dengan aras kesukaran yang berbeza iaitu soalan 1 mengandungi 3 kenyataan tentang setiap kumpulan tabiat makan haiwan. Saya telah membuat penambahan kenyataan dengan mengaitkan set gigi yang terdapat pada setiap haiwan. Ini kerana murid-murid sebelum ini telah mempelajari tentang kegigian haiwan. Jadi saya berpendapat murid-murid ini dapat menjawab dengan baik kerana adanya maklumat tambahan selain daripada menyatakan jenis makanan yang haiwan makan. Bagi soalan 2, saya telah membuat soalan iaitu menyatakan jenis haiwan dan jenis makanan berdasarkan tabiat makanan haiwan dengan betul. Tujuan saya membina soalan dengan aras kesukaran yang berbeza ialah untuk mengenalpasti punca murid tidak dapat menjawab dengan tepat soalan di lembaran kerja sebelum ini. Saya berpendapat bahawa soalan di lembaran kerja sebelum ini sukar kerana saya tidak ada mengaitkan maklumat tambahan seperti kegigian haiwan untuk membantu murid ini menjawab soalan dengan mudah. Hasil aktiviti tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah ( Jadual 2 ).

Jadual 2Hasil analisis ujian diagnostik terhadap enam orang murid Tahun 3

Soalan 1 Soalan 2

Nama murid Bilangan tabiat makananBilangan jenis makanan haiwan yang dipadankan haiwan yang dinyatakan dengan betulbetul bagi haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.

H K OGeorge 2/3 1/2 1/2 1/2Michelle 3/3 1/2 1/2 1/2Viciliny 3/3 2/2 2/2 2/2Caroline 3/3 2/22/2 2/2Harryson 3/3 1/21/2 1/2

Berdasarkan jadual analisis di atas, saya mendapati bahawa Viciliny dan Caroline berjaya menjawab dengan tepat kesemua soalan di dalam aktiviti tersebut. Saya telah menemubual kedua-dua calon yang dapat menjawab dengan betul aktiviti tersebut. Saya menemubual seorang daripada mereka iaitu Viciliny, dan membandingkan jawapan mereka dengan lembaran kerja yang saya ambil dari buku kerja yang telah diberi. Jawapan yang diberi oleh Viciliny ialah dia mengatakan bahawa dia menjawab berdasarkan pengalamannya sendiri. Untuk calon yang kedua iaitu Caroline, apabila saya menemubualnya, dia menjawab dia tahu dan faham tentang soalan yang diberi. Saya setuju dengan jawapan Caroline kerana dia adalah seorang adik kepada bekas murid saya dua tahun yang lepas dan dia juga seperti kakaknya merupakan seorang budak yang cemerlang dalam pencapaian akademik. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa kedua-dua murid itu boleh menguasai tajuk yang diajar, maka saya telah menggugurkan kedua dua mereka daripada subjek kajian. Jadi, subjek kajian saya berkurangan kepada tiga orang sahaja. Untuk soalan 1, seorang daripada mereka tidak dapat menjawab dengan betul iaitu George. Hanya dua sahaja yang dapat menjawab soalan 1 dengan betul dan tepat. Manakala bagi soalan 2, ketiga-tiga mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk soalan tersebut. Berdasarkan analisis hasil ujian diagnostik, saya mendapati murid ini tidak dapat menjawab soalan jenis makanan yang dimakan oleh tiga kumpulan tabiat makan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan omnivor. Mereka belum dapat menguasai tajuk yang diajar. Kegagalan mereka mengelaskan jenis makanan yang dimakan oleh ketiga-tiga kumpulan haiwan menyebabkan mereka gagal untuk menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.

Murid ini juga menghadapi masalah untuk mengelaskan dengan betul kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Rajah di bawah menunjukkan jenis makanan yang berjaya dinyatakan oleh Michelle, George dan Harryson di dalam ujian diagnostik tersebut.

Rajah 2 : Jawapan Michelle untuk soalan 2 dalam Ujian Diagnostik

Rajah 3 : Jawapan George untuk soalan 2 dalam Ujian Diagnostik

Rajah 4 : Jawapan Harryson untuk soalan 2 dalam ujian DiagnostikUntuk mengetahui dengan lebih lanjut bahawa ketiga-tiga murid ini benar-benar menghadapi masalah dalam menyatakan dan mengelaskan kumpulan dan jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor, saya telah menemu bual mereka secara individu berhubung soalan di dalam ujian diagnostik tersebut. Hasil temu bual bersama Michelle adalah seperti berikut:Guru : Boleh tak kamu senaraikan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan herbivor?Michelle : jagung, ayam, cacing...( erm..menggaru-garu kepala )Guru : Ada lagi tak tumbuhan lain ..dan adakah anda pasti jawapan kamu betul?Michelle : Tak tahu cikgu, saya tahu haiwan herbivor makan tumbuhan sahaja, cikgu.Guru : Baiklah, jadi kamu kurang pasti tentang jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor ?Michelle : Ya, cikgu.

( TB 18/07/2014 )

Hasil temubual bersama George dan Harryson juga menyatakan sebab yang sama iaitu tidak faham dan mereka keliru. Apabila ditemu bual secara berasingan, Harryson memberikan satu lagi sebab mengapa beliau tidak dapat memberikan jawapan tepat di dalam ujian diagnostik tersebut. Hasil temu bual adalah seperti berikut:

Guru : Boleh kah kamu senaraikan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan herbivor, karnivor dan omnivor ?Harryson : Haiwan herbivor makan daun, haiwan karnivor makan ayam dan haiwan omnivor makan nasi.Guru : Ada lagi tak makanan lain yang dimakan oleh haiwan herbivor, karnivor dan omnivor itu ?Harryson : Ermmm...tak ada cikgu.Guru : Ok, kalau cikgu kata ada satu lagi makanan yang di makan oleh haiwan karnivor dan omnivor, boleh tak awak nyatakan makanan tersebut?Harryson : Ermm...tak tahu cikgu.Itu sahaja yang saya tahu.

( TB 18/07/2014)Saya mendapati bahawa murid ini tidak dapat menyatakan jenis makanan kumpulan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor disebabkan oleh pegetahuan mereka dalam jenis makanan haiwan adalah terhad. Kelemahan ini sekaligus menjejaskan keupayaan mereka untuk mengenal jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dan gagal memberi jawapan yang betul untuk ujian tersebut. Hasil dapatan saya dalam ujian diagnostik ini juga telah mengenalpasti bahawa murid ini masih belum memahami beberapa spesies haiwan seperti mereka tidak tahu bahawa kumpulan seperti serangga dan cacing termasuk dalam kumpulan haiwan. Oleh itu, faktor kedua yang mempengaruhi jawapan murid ialah tidak dapat mengenali spesies haiwan. Jadi, murid tersebut menyatakan haiwan berdasarkan pengetahuan yang mereka yang terhad. Dengan mengambil kira faktor tersebut, saya mendapati murid-murid ini mengalami masalah untuk mengelaskan dan menyatakan jenis makanan haiwan dalam kumpulan herbivor, karnivor dan omnivor sekaligus menjejaskan kebolehan mereka untuk menyenaraikan contoh haiwan dan jenis makanan haiwan kumpulan herbivor, karnivor dan omnivor dengan betul. Justeru, fokus kajian saya ialah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 menyatakan jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan betul dan tepat.

3.0OBJEKTIF KAJIANKajian yang bakal saya jalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 mengelaskan dan menyatakan jenis makanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dengan menggunakan strategi Amazing Animals .

4.0KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran saya adalah seramai tiga orang murid Tahun 3 yang terdiri daripada seorang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Mereka ialah Michelle, Harryson dan George. Maklumat mengenai latar belakang murid telah saya sertakan dalam Jadual 3.

Jadual 3

Pekerjaan bapa/PenjagaMarkah ujian sains dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014Maklumat dan latar belakang kumpulan sasaranNama murid Jantina Jawatan di sekolah

Michelle Perempuan Murid biasa 68 Petani

George Lelaki Ketua Kelas60 Pekerja amHarrysonLelaki Murid biasa 55 Buruh

Masing masing mempunyai karakter dan personaliti yang tersendiri. Michelle merupakan seorang murid yang agak aktif dan ceria di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Beliau selalu cuba untuk menjawab soalan guru tetapi jawapan yang diberi adalah kurang tepat dan guru sentiasa memberikan bimbingan kepada beliau. George pula merupakan seorang budak yang rajin dan hormat kepada guru. Beliau adalah merupakan seorang Ketua Kelas di Tahun 3 dan agak pendiam tetapi antara budak yang aktif juga tetapi masih kurang yakin pada diri apabila guru bertanya soalan. Manakala Harryson pula seorang murid yang agak hiperaktif dan agak aktif dalam kelas. Watak beliau yang paling menarik ialah beliau suka bertanyakan soalan dengan guru. Akan tetapi, Harryson suka bercakap dengan kawannya apabila duduk di depan kelas semasa guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk. Beliau juga antara yang paling cepat habis apabila guru memberikan lembaran kerja untuk dibuat. Berdasarkan markah peperiksaan Sains pertengahan penggal 2014, ketiga-tiganya lulus dan memiliki markah yang baik dalam peperiksaan tersebut.Ketiga tiga murid ini dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang guru adakan di dalam kelas. Pada mulanya saya menganggap bahawa ketiga-tiga murid ini tidak faham tentang tajuk yang diajar, tetapi setelah meneliti markah serta jawapan mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014, saya dapati bahawa markah mereka memuaskan dan saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid ini tergolong dalam kumpulan berprestasi sederhana. Hasil daripada maklumat itu, maka saya berusaha untuk membantu ketiga-tiga murid ini kerana berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan, mereka ini adalah antara golongan yang memerlukan bantuan serta bimbingan supaya masalah yang dikenalpasti dapat diatasi dan diselesaikan.

5.0PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1Strategi Tindakan Saya telah memikirkan satu strategi iaitu strategi yang saya namakan Amazing Animals - Kejar Padan Menang . Saya memilih strategi ini kerana saya akan menyelitkan unsur permaianan dalam satu masa. Aktiviti pertama iaitu Amazing Animals ialah saya telah membina satu slaid interaktif tentang jenis makanan haiwan iaitu Herbivor, Karnivor dan Ominivor. Di dalam slaid itu, murid-murid akan melihat sendiri bagaimana haiwan memilih makanan mereka dan ini dapat membantu murid membina satu kefahaman baru dan gambaran mental mengenai tabiat makan haiwan. Semasa tayangan slaid, guru akan menjadi pemudahcara dengan menerangkan kepada murid apa yang terjadi di slaid itu. Oleh itu, murid diharap akan melahirkan sesuatu perasaan yang baru setelah mereka melihat sendiri slaid interaktif itu. Aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk yang diajar dengan penuh semangat. Mereka akan berasa kagum dan lebih teruja apabila melihat tayangan slaid itu. Oleh sebab itu, saya namakan aktiviti pertama ini Amazing Animals. Contoh slaid yang dihasilkan adalah seperti lampiran 3

Strategi yang saya gunakan ini juga adalah menggunakan Teori Pembelajaran VAK, iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik. Menurut Murdoch Teacher,( 1984 ) Pembelajaran VAK ialah:GayaPembelajaranVisualMurid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayatdalam buku , papan hitam atau paparan komputer.Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid Visualtidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditoritetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatuGayaPembelajaran AuditorMurid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.GayaPembelajaran KinestetikMurid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.Merekabiasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

Justeru, saya memilih untuk menggunakan unsur visual, auditori dan kinestetik dalam strategi yang bakal saya laksanakan supaya murid lebih bermotivasi untuk mengikuti aktiviti yang dirancang serta dapat mempengaruhi cara mereka berfikir semasa melakukan aktiviti.Untuk aktiviti kedua, saya selitkan permainan yang dinamakan Kejar Padan Menang.

Boleh teruskan. Ayat tak perlu berbunga-bunga.

Isu kajian perlu membincangkan kepentingan kajian mengapa kajaian tu penting apa keprihatian anda/apa yg merisaukan anda harapan anda terhadap murid kenapa anda rasa perlu buat sesuatu tentang masalah tersebut penilaian anda terhadap pemilihan fokus

Tinjauan masalah- terus fokus kpd data spt lembaran kerja, ujian, dan analisis data dari sini dpt mengenal pasti subjek kajian bagaimana subjek kajian dipilih apa kriteria dalam pemilihan justifikasi pemilihan isu/subjek kajian boleh juga didapati melalui temubual refleksi p&p atau nota lapangan boleh digunakan sbg data utk menyokong fokus kajian

***sila rujuk rubrik sbg panduan

Lampiran 2UJIAN DIAGNOSTIKHaiwan omnivor haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan.A. GUNTINGKAN HAIWAN OMNIVOR DAN JENIS MAKANANNYA DAN TAMPALKAN PADA JADUAL YANG DISEDIAKAN.

HAIWAN

JENIS MAKANAN

HAIWAN OMNIVOR

JENIS MAKANAN