DSP Psk Ting3

  • Upload
    aneesya

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    1/19

     

    1

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    TINGKATAN 3

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    2/19

     

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    3/19

     

    3

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

    Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

    perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    4/19

     

    4

    TAFSIRAN

    o  Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

    o  Standard  ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaranholistik tentang individu.

    o  Standard Prestasi  ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkankedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaituperkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu ataulebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

    o  Deskriptor   ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksirdan dicapai.

    o  Evidens : 

    Murid  - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan

    deskriptor.Instrumen  - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

    bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

    o  Instrumen  ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujiansecara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    5/19

     

    5

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    6/19

     

    6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan responskepada perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah sertamenjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATMurid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satusituasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secarasistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atausecara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat

    keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta bolehberbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuaisecara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    7/19

     

    7

    MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 

    “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang

    peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota

    masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah

    kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia”.

    OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Objektif Pengetahuan

    i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.

    vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    8/19

     

    8

    Objektif Kemahiran

    i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.

    ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 

    Objektif Nilai 

    i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

    vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    9/19

     

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

    2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

    3 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depanserta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.

    4Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yangberakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

    5Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkanwarganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi

    cabaran.

    6Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegarayang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arahpembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    10/19

     

    10

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1

    Mengetahui asas identiti diri,keluarga, masyarakat, budaya,kewarganegaraan dan cabaranmasa depan.

    B1D1

    Mengetahui peluang-peluang kerjayayang ada di dalam negara.

    B1D2Mengetahui tanggungjawab anggotakeluarga dalam mengeratkan hubungankekeluargaan.

    B1D3Mengetahui kepentingan pemeliharaandan pemuliharaan alam sekitar.

    B1D4Mengetahui maksud adat resam danpantang larang pelbagai kaum.

    B1D1E1

    Menyatakan pelbagai peluang kerjaya di negarakita.- Doktor- Polis- Guru- Atlet- Peguam

    B1D2E1Menyatakan tanggungjawab terhadap keluargadalam empat aspek berikut:

    •  kasih sayang

    •  kepekaan terhadap keperluan fizikal, mental,emosi, dan rohani

    •  keselamatan dan perlindungan

    •  menjaga maruah keluarga

    B1D3E1Menyatakan kepentingan pemeliharaan danpemuliharaan alam sekitar.

    - mengekalkan flora dan fauna- mengelakkan kepupusan- mengurangkan pencemaran- melindungi ekosistem- mengelakkan bencana alam

    B1D4E1Menyatakan pengertian adat resam dan pantanglarang pelbagai kaum.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    11/19

     

    11

    B1D5 Mengetahui struktur jentera pentadbirannegara.

    B1D6Mengetahui maksud keamanan dalamsebuah negara.

    B1D5E1Menyatakan struktur jentera pentadbiran negara.

    •  Yang di- Pertuan Agong

      Suruhanjaya Diraja•  Badan-badan kerajaan (Legislatif, Eksekutif

    dan Kehakiman)

    B1D6E1Menyatakan maksud keamanan negara.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    12/19

     

    12

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    Tahu danFaham 

    B2

    Mengetahui dan memahamiidentiti diri, keluarga, masyarakat,budaya, kewarganegaraan dancabaran masa depan.

    B2D1

    Mengetahui dan memahami kelayakanakademik / ikhtisas / kemahiran yangsesuai dengan pelbagai kerjaya.

    B2D2

    Mengetahui dan memahami nilai kasihsayang dalam sesebuah keluarga.

    B2D3Memahami tanggungjawab bersamauntuk pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar.

    B2D4Mengetahui dan memahami amalan adatresam dan pantang larang pelbagaikaum.

    B2D1E1

    Menyenaraikan kelayakan akademik / ikhtisas /kemahiran yang sesuai dengan pelbagai kerjaya.- Akademik / Ikhtisas:

    SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH SARJANAMUDA / SARJANA / DOKTOR FALSAFAH

    - Kemahiran : SIJIL KEMAHIRAN / SIJILVOKASIONAL

    B2D2E1

    Menyenaraikan cara menunjukkan kasih sayangdalam keluarga.

    - meraikan hari istimewa- melaksanakan tanggungjawab- hormat-menghormati- sanggup berkorban- sentuhan dan belaian

    B2D3E1Mengenal pasti tanggungjawab bersama untukmemelihara dan memulihara alam sekitar.

    - kitar semula- tanam semula- guna semula- kurangkan penggunaan

    5R (rethink, reduce, reuse, recycle,

    Repair)

    B2D4E1Menyenaraikan adat resam dan pantang larangpelbagai kaum di Malaysia.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    13/19

     

    13

    B2D5Memahami peranan badan-badankerajaan.

    B2D6 Mengetahui dan memahami kepentingankeamanan negara dan sejagat.

    B2D5E1Menyenaraikan peranan badan-badan kerajaanyang terdiri daripada Legislatif (Perundangan),Eksekutif (Pentadbiran) dan Judisiari (Kehakiman). 

    B2D6E1Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dansejagat. 

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    14/19

     

    14

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu,Faham

    dan Boleh

    Buat

    B3

    Mengetahui dan memahamiidentiti diri, keluarga, masyarakat,budaya, kewarganegaraan dancabaran masa depan serta bolehmelaksanakan kemahiran sivikdengan baik.

    B3D1

    Berupaya memilih bidang kerjaya yangterbaik untuk diri.

    B3D2Peka terhadap keperluan ahli keluarga.

    B3D3Memahami peranan dan tanggungjawab

    agensi yang berkaitan dengan penjagaanalam sekitar.

    B3D4

    Menerima dan menghormati adat resamdan pantang larang masyarakat pelbagaikaum di Malaysia.

    B3D5Mengenal pasti peranan SuruhanjayaDiraja. 

    B3D6Memahami dan mengenal pasti ancamandalaman dan luaran terhadap negara.

    B3D1E1

    Mengenal pasti potensi dan kemahiran diri yangsesuai dengan bidang kerjaya yang dipilih.

    B3D2E1Mengenal pasti keperluan yang berbeza bagiibu bapa dan adik beradik.

    B3D3E1Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi

    yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. - Alam Flora- Indah Water- Jabatan Alam Sekitar- Persatuan Pencinta Alam (WWF)- Sahabat Alam Malaysia

    B3D4E1

    Mengenal pasti perbezaan adat resam dan pantanglarang antara pelbagai kaum dalam aspek kelahiran,perkahwinan dan kematian.

    B3D5E1Mengumpul maklumat tentang peranan SuruhanjayaDiraja. 

    B3D6E1Menjelaskan jenis-jenis ancaman dalaman danluaran.

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    15/19

     

    15

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu,Faham,

    Boleh Buat

    DenganBeradab 

    B4

    Mengetahui, memahami danmengamalkan kemahiran sivikdengan dedikasi ke arah membentukwarganegara yang berakhlak muliabertanggungjawab, patriotik danbersatu padu.

    B4D1Membuat keputusan untuk memilihkerjaya dengan bijak dan adil sertabertanggungjawab.

    B4D2Bertanggungjawab menjagakeselamatan anggota keluarga.

    B4D3

    Peka dan bertanggungjawab terhadapalam sekitar.

    B4D4 Menyesuaikan diri dengankepelbagaian adat resam dan pantang

    larang pelbagai kaum di Malaysia.

    B4D5Menghargai peranan kementerian-kementerian dalam negara. 

    B4D6Menghargai dan mengekalkan

    keamanan negara dan sejagat.

    B4D1E1Menjelaskan kesan positif dan kesan negatif dalammemilih kerjaya terhadap diri dan keluarga. 

    B4D2E1Menghuraikan cara menjaga keselamatan anggotakeluarga ketika berada di dalam dan di luar rumah. 

    B4D3E1

    Merancang projek untuk memelihara danmemulihara alam sekitar.

    - 5R (rethink, reduce, reuse, recycle,repair)

    B4D4E1Menghuraikan tujuan amalan adat resam danpantang larang pelbagai kaum di Malaysia.

    B4D5E1Membuat carta organisasi tentang kementerian diMalaysia.

    B4D6E1Menghasilkan karya yang menunjukkan sokongan

    terhadap keamanan.- Kain rentang- Poster- Karya kreatif- Kad ucapan / surat penghargaan 

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    16/19

     

    16

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu,Faham,

    Boleh BuatDenganBeradab 

    Terpuji 

    B5

    Mengaplikasi pengetahuan sertamengamalkan kemahiran dan nilaisivik secara konsisten ke arahmelahirkan warganegara yangbersikap positif, bertanggungjawab,berupaya menyelesaikan masalahdan bersedia menghadapi cabaran

    B5D1Mempunyai keyakinan diri untukmeneroka kerjaya yang dipilih.

    B5D2Bersikap positif untuk menjagamaruah keluarga.

    B5D3Mengambil tindakan yang sesuaiberkaitan dengan isu alam sekitar.

    B5D4Berbangga dengan keunikan dan

    kekayaan warisan budaya Malaysia. 

    B5D5Menyokong peranan setiapkementerian dalam pembangunannegara. 

    B5D1E1

    Membuat kajian tentang kerjaya yang dipilih.- latar belakang kerjaya.- kelebihan dan keistimewaan - tokoh yang menjadi idola 

    B5D2E1Mengumpul maklumat tentang masalah sosial yangmencemar maruah keluarga.

    - keratan akhbar / majalah

    - media sosial / media elektronik

    B5D3E1Melaksanakan projek untuk memelihara danmemulihara alam sekitar.

    B5D4E1Mengumpul maklumat mengenai kepelbagaian adat

    resam dan pantang larang pelbagai kaum. 

    B5D5E1Mengumpul maklumat mengenai peranankementerian berikut : 

    •  Pendidikan

    •  Pertahanan

    •  Dalam Negeri

    •  Luar Negara•  Belia dan Sukan

    •  Alam Sekitar

    •  Kesihatan

    •  Pelancongan dan Kebudayaan

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    17/19

     

    17

    B5D6Prihatin terhadap kes-kespencabulan hak asasi manusia.

    B5D6E1Menulis laporan mengenai kes-kes pencabulan hakasasi manusia.

    -  pemerdagangan manusia- buruh kanak-kanak-  penderaan- isu Palestin/Rohingya/Syria- konflik agama ( Sunni Syiah/ Katolik

    Protestan 

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    18/19

     

    18

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu,Faham,

    Boleh BuatDengan

    BeradabMithali 

    B6

    Mengaplikasi pengetahuan sertamengamalkan kemahiran dan nilai siviksecara konsisten sebagai warganegarayang, berakhlak mulia, prihatin,

    berwawasan, bertanggungjawab,patriotik dan bersedia menyumbang kearah pembangunan diri, masyarakatdan negara serta boleh diteladani.

    B6D1Bertanggungjawab terhadapkeputusan kerjaya yang dipilih.

    B6D2Menunjukkan kesediaan untuk

    menangani masalah sosial yangmencemar maruah keluarga. 

    B6D3Sentiasa menunjukkan sikapmenghargai alam sekitar.

    B6D4

    Mengapresiasi adat resam danpantang larang pelbagai kaum.

    B6D5

    Berbangga dengan jenterapentadbiran negara. 

    B6D1E1Menunjukkan hasil kajian tentang kerjaya yangdipilih secara kreatif. 

    B6D2E1Menghasilkan rumusan tentang cara menangani

    masalah sosial yang mencemar maruah keluarga.

    B6D3E1Menghasilkan laporan mengenai isu alam sekitar dikawasan setempat.

    B6D4E1

    Mempersembahkan maklumat mengenaikepelbagaian adat resam dan pantang larangpelbagai kaum.

    - buku skrap- laporan/brosur-  power point

    B6D5E1

    Mempamerkan maklumat mengenai peranankementerian yang dinyatakan di B5D5E1. . 

  • 8/20/2019 DSP Psk Ting3

    19/19

     

    19

    B6D6 Mengekspresi perasaan terhadapisu-isu hak asasi manusia.

    B6D6E1Membentangkan laporan tentang kes-kespencabulan hak asasi manusia

    - buku skrap- laporan/brosur-  power point  

    Catatan:

    •  Jawapan pelajar adalah terhad mengikut

    pernyataan yang tersenarai dalam DSP.

    - Pelajar boleh mengemukakan jawapanselain daripada yang tersenarai dalamDSP.