Upload
shaliny-linnie
View
231
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rph mte
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR
TAHUN 5 BESTARI
Tahun : 5 Bestari
Hari : Isnin
Tarikh : 2 Mac 2015
Masa : 12.10 t.hari – 01.10 t.hari
Bilangan pelajar : 31 orang
Aktiviti : Alat Pertahanan Diri
Tema : Alam Benda.
Tajuk : Keris Taming Sari
Bidang : Mengenal Krat Tradisonal.
Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar keris, Keris Taming Sari
yang telah siap, gambar proses
membuat keris dan speaker
suara.
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan
Inovasi.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid
dapat :
1. Membuat keris menggunakan mounting
bod dengan baik dan kemas.
2. Mengenal alat dan bahan yang
digunakan dalam pembuatan keris
kertas.
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, bentuk, warna,
harmoni dan kepelbagaian yang terdapat pada objek alam semulajadi dan
karya seni dalam penghasilan model keris.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi
penggunaan media dan teknik dalam penghasilan model keris tersebut.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan model Keris.
4. Apresiaisi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual
yang
ada pada model keris.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Jalinan – sentuh dan tampak
4.1.1.2 Warna - primer dan sekunder
4.1.1.3 Garisan – Beralun atau lurus atau melengkung
4.1.1.4 Bentuk – Konkrit
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan – tidak simetri
4.1.2.2 Penegasan - bentuk
4.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa Seni Visual, media, serta
proses dan teknik dalam penghasilan model keris.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - Gunting
4.2.1.2 Bahan - Kertas Lukisan, warna pensel, krayon dan gam.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam
penghasilan model keris.
4.2.2.1 Teknik – guntingan dan lipatan dan tampalan.
4.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual
media, serta proses dan teknik dalam menghasilkan arca timbul secara
kreatif.
4.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan
kepelbagaian dalam penghasilan karya.
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
Karya.
4.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat aspresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
berpandukan pada Bahasa Seni Visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
MASA STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Persepsi Estetik
Guru menayangkan video silat
dan meminta murid mengikut
aksi silat tersebut.
Guru menyatakan definisi Keris.
Guru membincangkan bahasa
seni visual yang ada pada
bentuk keris tersebut.
Contohnya unsur jalinan dan
tampak yang ada pada keris
tersebut
Langkah 1 :
(15 minit)
Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan media
yang digunakan untuk
menghasilkan model keris
tersebut.
Guru menunjukkan proses
membuat model keris tersebut
langkah demi langkah :
1. Lukiskan bentuk keris
mengikut gambar contoh
sebenar.
2. Lakarkan corak alam
semulajadi yang sesuai pada
keris tersebut mengikut
kreativiti.
3. Warnakan keris dengan
warna yang sesuai cantik dan
menarik.
4. Gunting keris yang telah siap
di atas mounting board.
5. Tambah hiasan pada keris
seperti mengikat tali pada
pemegang keris.
Langkah 2 :
(30 minit)
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan model keris
mengikut langkah yang
ditunjukkan oleh guru.
(15 minit)
(15 minit)
Murid menghasilkan model keris
dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah
berikut.
Langkah 1 :
Murid membuat lakaran corak
alam semulajadi yang sesuai
pada keris tersebut.
Murid mewarnakan keris
dengan kreativiti masing-
masing.
Langkah 2 :
Murid diminta untuk
menggunting keris tersebut
mengikut bentuknya dengan
kemas.
Penutup
(5 minit)
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil
model keris dihadapan kelas.
Guru mengambil contoh pelajar
yang paling baik dan
memintanya membuat aksi silat
dengan keris ciptaanya.
Nilai :
Keberanian
keushawanan
Murid memberi pendapat
tentang hasil karya seni sendiri
dan rakan berdasarkan bahasa
seni visual dengan bimbingan
guru.
Guru menyatakan fungsi produk
yang dihasilkan.
Murid diberi penerapan nilai
tentang hasil warisan Melayu.
Murid menghargai warisan
Melayu yang perlu mereka
ketahui.