Upload
micheal-chien
View
90
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Nota Falsafah pendidikan Malaysia
Citation preview
EDU 3101Konsep Asas Falsafah dan
Falsafah Pendidikan
MUSTAFA KAMAL BIN ALIASJABATAN ILMU PENDIDIKAN
Definisi Falsafah -3 sudut:1. Etimologi(bahasa) Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos (cinta) dan
sophia (ilmu/pengetahuan)- mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah
Pendekatan yg libatkan usaha utk temui apa itu hakikat/kebenaran dan apa yg bernilai dlm kehidupan diri dan dunia mereka disamping hubungan mereka dgn dunia org lain.
Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri dan justifikasi penyelesaian dan bincang keseluruhan proses tersebut.
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
2. Terminologi (Istilah)
sekitar elemen –elemen Tuhan dan alam:
Socrates-” ....ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi kebenaran . Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi,politik dan estetika”
Plato- “…”ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi”
Al-Farabi- “…ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal)”
Descartes- “…segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan”.
3. Praktikal
-berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak
terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”
sistematik : berfikir secara logik dan berurutan radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan
menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu
sahaja dan merangkumi keseluruhannya
Falsafah berasal daripada pendekatan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana). Maka falsafah bermaksud cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
Satu pendekatan yg menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia.
Melibatkan kajian utk mencari apa yg benar dan bernilai dlm kehidupan, berdasarkan hasil rumusan masalah secara berhati-hati, memberi dan menjustifikasikan penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan proses tersebut
Satu kajian mengenai alam semula jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia.
Adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yg membimbing pembentukan t/laku individu
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
Maka falsafah memberi kita hala tuju dlm kehidupan “Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan
antara manusia…Dari perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sbg pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah dimana pepohon tumbuh dengan suburnya.”
(terjemahan) –Ayn Rand, Philosophy, Who Needs It (m/s 2)
- sebagai landasan yg baik bagi cetusan dan penjanaan idea baru dlm pelbg bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia
Mengapa falsafah itu penting? Kita semua mempunyai falsafah, w/pun kita tidak sedar
mengenainya. Falsafah kita membentuk pandangan kita terhadap dunia ini, dan menjadi asas kpd keputusan yg kita buat setiap hari.
Maka tujuan falsafah –mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman utk perkara ptg dlm kehidupan
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
Konsep Falsafah Pendidikan mempunyai fungsi berikut: *proses sosialisasi *Pembentukan budaya *Integrasi sosial *penempatan sosial Falasafah Pendidikan= satu cara pemikiran yg
analitilikal yg digunakan utk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan adalah sbg pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yg berkaitan pendidikan, iaitu;
Adalah kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran.
Juga merupakan kajian mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.
Juga berhubung rapat dgn teori perkembangan manusia
Cabang-Cabang Falsafah dengan Falsafah Pendidikan
Metafizik/Ontologi
Epistimologi
Aksiologi
FALSAFAH
Logik
Cabang-Cabang Falsafah
Metafizik/Ontologi (Realiti) Berkait dgn sifat realiti mutlak. Satu cbg kajian
tentang perkara yg wujud di dunia ini dan susunaturnya.
Merujuk kpd yg jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan, kewujudan tuhan, berfokus kpd isu hubungan sebab-akibat, tergolong dlm kerohanian
-Segala persoalan boleh dijawab dgn merujuk kpd siasatan saintifik.
Cth persoalan: adakah Tuhan wujud?
Epistimologi (Kebenaran) - *Sbg teori ilmu yg mengkaji tentang ilmu pengetahuan dan kepercayaan. * Berasal dari perkataan Yunani episteme bermaksud ilmu atau sains*Yg memerlukan alasan rasional dalam setiap permasalahan., oleh itu mengemukakan banyak alternatif penyelesaian masalah, tetapi perlu bersifat rasional.
Cth persoalan:Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Aksiologi (Nilai)-Bermaksud ‘nilai’, - cbg falsafah yg mempersoalkan tentang baik dan buruk, benar atau salah.-Merangkumi 2 aspek – etika dan estetika(nilai etika dan agama)-Berkait dgn pengajaran nilai moral & pengembangan sahsiah.Cth persoalan: Apakah kebaikan? Apakah ciri-ciri kebaikan?Logik (penaakulan) sains tentang pemikiran tepat. Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktifCth persoalan: Bgmn tentukan taakulan baik ataukurang baik?
Falsafah Pendidikan Timur
Tergolong 3 aliran:
* Konfusianisme (china) *Nasionalisme dan Internasionalisme (India) *Falsafah Pendidikan Islam 1. Confucius (551-479 SM)- China Pendidikan- adalah proses memupuk kesempurnaan
t/laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan t/laku yg bersopan santun, bertimbang
rasa, ikhlas hati, sederhana, hormat-menghormati org tua, menyayangi org yg lebih muda serta taat dan setia kpd pemerintah dan negara.
2. Rabindranath tagore (1861-1941)- India Pendidikan-satu proses yg bertujuan melahirkan fikiran yg
cergas, saintifik , jelas, berani dan bebas
Falsafah Pendidikan Islam
1. Muhammad Qutb: Pend.- satu proses utk membina manusia
secara menyeluruh (jasad, intelek dan rohnya, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya. Ianya bersifat menyeluruh dan bersepadu, juga cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal , intelektual dan kerohanian manusia.
2. Amar al-shaibani: Pend. –persiapan utk kehidupan dunia dan
akhirat. Bagi agama Islam, pendidikaan menggabungkan antara akidah dgn syariah, antara jasmani dengan rohani, antara dunia dengan akhirat. Tidak menggalakkan seseorg memencilkan diri dlm masyarakat.mengajak manusia utk bekerja serta menganggap manusia semulia dgn kerjanya.
Falsafah Pendidikan Islam
3. Al-Ghazali: Pend.-proses bermula sejak lahir .
Selain intelek, pendidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani dan sukan supaya dpt menguatkan tubuh badan serta menambahkan kecergasannya, juga merangkumi pemupukan budi pekerti yg mulia, sifat berani, sabar dan menghormati org lain.
Falsafah Pendidikan Islam
Rumusan Falsafah Pendidikan Islam
Dari sudut Islam, menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah pengendalian al-Quran dan Sunnah yg merupakan teras dalam pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya .
Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Essentialisme
Perennialisme
Progressivisme
Rekonstruktivisme
Eksistensialisme
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
1. Essentialisme (William C. Bagley, 1938) *Pendidikan sbg persediaan utk pekerjaan dan kewarganegaraan, oleh itu ia
satu teori bhw pendidikan bertujuan menyampaikan budaya dan ilmu kpd setiap generasi baru.
*Membezakan Program ptg dan kurang ptg utk dimasukkan dlm kurikulum, btk semula autoriti guru dlm b. darjah.
* Kekalkan tradisi dan tamaddun sesuatu masyarakat, disamping menggalakkan perkembangan intelektual pelajar.
*Beri ruang dlm menekankan kesihatan fizikal, emosi, kemahiran vokasional * Penekanan utama dianggap paling ptg di sek rendah-kem. 3M kemudian
diikuti sejarah, Ilmu Alam, Sains fizikal dan Biologi. Yg kurang ptg- kesenian, muzik,, dan PJ
* perkara ptg di sek Rend. Dikembangkan di sek menengah (Ilmu Hisab algebra, geometri)
Esensialisme Yg kurg ptg – kesenian, muzik dan PJ serta m/p vokasional ,
semua btk kokurikulum spt persatuan, sukan dan pancaragam diterima tapi dikurangkan.
Nilai-nilai masyarakat diajar di sepanjang kurikulum persekolahan
Guru-guru dianggap berwibawa dan berinisiatif dlm pendidikan bukan terletak pd pada pelajar
Kaedah pengajaran tradisonal-pembacaan, syarahan, ingatan ,ulangan, penggunaan alat-pandang dengar, dan peperiksaan
Pelajar perlu berusaha bersungguh dan penekanan disiplin –kendiri.
Pelajar diajar mengetahui tentang kewujudan alam ini, dan bukan menggambarkan nya mengikut minatnya sendiri.
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
2. Perennialisme (Jonson et al., 1969) * Tujuan pembelajaran terletak dlm aktiviti mendidisiplinkan akal dan berfikiran secara rasional (m/p- mate, sains, bahasa, sastera, logik), disamping sek menekankan juga kurikulum yg bertema kehidupan manusia yg tetap, maka subjek kognitif perlu utk melatih ciri-ciri rasional spt moral, estetika, dan agama utk membentuk sikap. * Disiplin kendiri ditekankan * 3M sentiasa sbg saripati pendidikan, sementara pend. Vokasional, industri dll boleh dimasukkan asalkan pengajarannya bercorak inteketual. Sek tak wujudkan melatih tugas pekerjaan•Guru dianggap berwibawa, bantu murid fikir secara rasional•Kaedah pengajaran bercorak tradisional-ingatan, pembacaan , penulisan, latih tubi, dan ulangkaji
Falsafah Pendidikan Barat Moden
1. Progressivisme John Dewey, 1915) Awalnya bersifat individualistik sehingga 1930, mula kpd perubahan
sosial. Menentang autoritarianisme dan menyokong pengalaman manusia
sbg asas utk dptkan pengetahuan Menolak ahli perenialisme yg anggap pengetahuan atau kebenaran
sbg tetap, sebaliknya pengetahuan sbg penerangan tentatif dan realiti semasa kerana kehidupan sentiasa berubah.
Guru sbg pembimbing atau penasihat dlm membantu pelajar mengenali masalah seterusnya diajar kemahiran selesaikan masalah.
Kanak2 perlu diajar cara berfikir. Percaya kanak2 akan pilih paling baik, maka kurikulum perlu berdasarkan minat, pelbagai disiplin
Galakkan kaedah pengajaran berpusatan murid spt aktiviti, pengalaman, selesaikan masalah & projek
.
Progressivisme Tumpuan kpd proses pembelajaran dan utk
memperbaiki kehidupan dlm masyarakat berbanding perennialisme kpd m/pelajaran dan kedua-duanya mengahbiskan masa memperkembangkan kebudayaan.
Manusia pada dasarnya sbg “baik” , maka pelajar diberi kebebasan utk memilih, justeru pelajar akan memilih/belajar perkara/m.pelajaran berkaitan dgn minatnya . Maka guru beri perhatian dan perlu mengawal/ menyusun suasana pemblejaran.
Sek galakkan demokrasi . Pendidikan , pertumbuhan dan demokrasi saling berkait, maka galakkan kerajinan pelajar, kebebasan berbincang, perancangan bersama pelajar dan guru, dan penglibatan sepenuhnya dlm aktiviti pendidikan (Kneller, 1971) .Galakkan kaedah pengajaran berpusatan murid spt aktiviti, pengalaman, selesaikan masalah & projek
2. Rekonstruksionisme (John Dewey, Awal 1920-an)
Sebahagian progresivisme, kedua-dua bersetuju bahawa nilai adalah cipataan manusia dan relatif mengikut kepercayaan, masa dan tempat dan pengalaman manusia menimbulkan nilai-nilai asas.
Utk mendapatkan kebenaran kaedah saintifik perlu dan mengakui matlamat atau kebenaran tersebut akan berubah a/bila masalah berubah dan bila penyelesaian ditemui. (Jonson et al., 1969), ini berbeza dgn perenialisme dan progresivisme yg berpendapat bahawa matlamat dan kebenaran adalah mutlak dan berstatus hakiki.
Memerlukan arah baru dgn kurangkan perhatian terhadap pendidikan berpusatkan pelajar dan lebih kpd berpusatkan masyarakat; mengurgkan minat dlm pertumbuhan sesorg dan tambahkan minat dlm membentuk semula masyarakat.
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Rekonstruksivisme Matlamat utama pendidikan ialah pembentukan
semula masyarakat, sek mesti berusaha mendidik masyarakat yg unggul dijadikan asas utk menentukan pelbg program pendidikan
Dlm masyarakat baru tumpuan diberikan kepd perkembangan ekon., kebajikan masayarakat dan juga keputusan secara demokrasi.
Disebalik mengajar maklumat lama, sek mengajar perubahan dan yg lebih drpd itu, utk membentuk semula masyarakat agar dpt sesuai dgn keadaan yg sentiasa berubah.
Kepercayaan kpd hasil kajian sains. Aktiviti pembelajaran yg aktif dan bercorak penyelesaian masalah, selain dapt mengenalpasti pembentukan masyarakat yg unggul
Kurikulum tekankan sains sosial dan kajian sosial, falsafah.Guru berfungsi sbg agen perubahan dan pembaharuan
3. Eksistensialisme (Kneller,1971) Fokus kpd fitrah manusia,manusia dilahirkan tanpa
sebarang tujuan. Mereka bebas tentukan matlamat & buat keputusan sendiri.
Sebagai manusia yg bebas, guru berperanan berusaha mendedahkan dan memerangi semua kuasa dlm kebudayaan dan masayrakat yg cuba menghilangkan sifat-sifat perikemanusiaan manusia dgn menafikan kebebasan.
Guru mesti hormat kebebasan pelajar, maka sek @ sistem sekolah tidak berhak tekankan matlamat pendidikan ke atas pelajar. m/p merupakan pengetahuan yg disusun dan dianggap bukan satu cara atau matlamat utk pekerjaan tapi lebih kpd perkembangan kendiri
Kurikulum tekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, media yg terangkan emosi dan perasaan.
Falsafah Pendidikan Barat Moden
RUMUSAN KONSEP ASAS FALSAFAH, CABANG-CABANG FALSAFAH DAN IMPLIKASI TERHADAP
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perbandingan Falsafah-falasafah pendidikan Barat, Timur atau Islam), falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu falsafah yg mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun mengandungi sebahagian unsur yg terdapat dlm falsafah pend Barat, Timu dan Pend. Islam.
Secara keseluruhan, FPK adalah mirip kpd Rekonstruktivisme, dimana ia menekankan matlamat pendidikan sbg pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran, ini adalah disebabkan ia berasaskan kpd falsafak progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.
Ciri-ciri tersebut boleh dihayati melalui KBSR dan KBSM yg menitikberatkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan dan lebih berpusatkan murid
Pengajian bidg kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, yg mana ia dititikberatkan berdasarkan tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.
Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah engembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan yg harmonis dan seimbang, ini boleh dihayati drpd falsafah pendidikan rekonstruktivisme, konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme
Falsafah pendidikan Islam- menekankan perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kpd tuhan, ini dpt dihayati dlm FPK (melalui P. Agama, Moral, dlm KBSR dan KBSM yg mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektif utk perkembangan individu , khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.
RUMUSAN KONSEP ASAS FALSAFAH, CABANG-CABANG FALSAFAH DAN IMPLIKASI TERHADAP
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
FPK juga menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendakki mematuhi kewibawaan autoriti guru, Falsafah Pendidikan di Malaysia juga dikatakan mengandungi unsur essensialisme yg bercorak tradisional
Pd keseluruhannya FPK adalah berasaskan : * Falsafah Pendidikan Barat * Falsafah Pendidikan Islam Wbgmn pun Falasafah Pendidikan Di Malaysia sebenarnya
dikenali sbg falasafah eklektisisme (Eklektik) iaitu falsafah yg dicipta tersendiri drp pelbagai falsafah yg sedia ada. (Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994)
RUMUSAN KONSEP ASAS FALSAFAH, CABANG-CABANG FALSAFAH DAN IMPLIKASI TERHADAP
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PERBINCANGAN
1. Nyatakan pandangan-pandangan dari perspektif Barat & Timur. Kemudian berikan kesimpulan kamu sendiri daripada pandangan-pandangan tersebut
2. Huraikan matlamat & objektif pendidikan Malaysia. Apakah pandangan kamu dari segi pembangunan insan dan negara?
PERBINCANGAN
Berdasarkan falsafah pendidikan Barat dan Timur, serta falasafah pendidikan Islam:
i) Bincangkan , sejauh manakah kesan/implikasi falsafah pendidikan tersebut terhadap pembentukan dan perkembangan falsafah pendidikan Malaysia
ii) Antara cabang falsafah Barat, Timur dan Islam yg dibincangkan, cabang falsafah yg manakah lebih sesuai diamalkan di Malaysia. Jelaskan alasan mengapa anda berpendapat sedemikian?
Latar Belakang FPK
Dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yg termaktub dlm Laporan Pendidikan, dan Akta Pendidikan, (Dasar Pendidikan Keb), Rukun Negara & budaya masyarakat Malaysia ( termasuk DEB)
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh & bersepadu utk mewujudkan insan yg seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kpd Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yg berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta beri sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
FPK digubal drpd usaha berfikir yg rasional dan kritis, berlandaskan drpd ideologi negara sebagaimana yg telah dimanifestasikan dlm Laporan dan Dasar Pendidikan,
termasuk Rukun Negara FPK menjadi suluh yg memberi pedoman dan hala
tuju kpd segala usaha pendidikan sama ada di dlm atau di luar Inst. Pendidikan.
Maka FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dgn mengambil seluruh aspek berkaitan dgn keperluan individu, masayrakat dan negara.
Berdasarkan kpd pertimbangan atas laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK telah digubal dan diumumkan secara rasmi pd 1988.
Matlamat FPK Melahirkan rakyat Malaysia yg berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggugjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sehubungan itu KBSR dan KBSM adalah dirancang berlandaskan FPK supaya kanak-kanak dididik untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan seterusnya mengamalkannya utk kebaikan diri serta sanggup memberi sumbangan kpd masyarakat dan negara. Justeru itu rakyat Malaysia perlu mempunyai dan mengahayati ciri-ciri :
* percaya pd tuhan * bertanggungjawab kpd diri, * berilmu pengetahuan masyarakat, agama dan negara * berakhlak mulia * memupuk perpaduan rakyat berbilang
kaum * memiliki sahsiah yg seimbang dan sepadu
Analisis Ciri-Ciri FPK
Ciri-ciri /elemen FPK
Analisis
1. Usaha berterusan -Manusia perlu sesuaikan diri dgn pelbg perubahan & kemajuan,cth ICT-Perubahan galakkan peningkatan kemahiran dan pengetahuan terkini.-Pendidikan sepanjang hayat.
2. Perkembangkan potensi individu
-Individu ada potensi, bakat, anugerah dr Allah yg mungkin tak disedari.-Potensi perlu dikembangkan & dimajukan melalui interaksi & pendidikan bermutu
3.Menyeluruh & bersepadu
-- potensi & kebolehan dimaju secara menyeluruh dan bersepadu dlm semua aspek
Analisis Ciri-Ciri FPK
Ciri-ciri /elemen FPK
Analisis
4. Seimbang dan harmonis
-Hargai pengetahuan,miliki sahsiah unggul, percaya kewujudan Tuhan, sabar dan cekap hadapi dugaan.-Rasioanal, sihat, berusaha selesaikan masalah.
5. Intelek -Pemikiran kritis dan kreatif.-Gunakan pengetahuan utk diri dan orang lain, kongsi & sebarluaskan pengetahuan.
6. Rohani -Percaya kewujudanTuhan, anuti agama, nilai murni/moral, taat, sanggup berkorban untuk negara.
Analisis Ciri-Ciri FPK
Ciri-ciri /elemen FPK
Analisis
7. Emosi -berdikari, tenang, penyayang.-Hargai keindahan seni
8. Fizikal -Tangkas dan sihat-Kembangkan bakat kemahiran teknikal.
9. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
-Hubungkait kendiri, persekitaran dan Tuhan.-Akui tentang wujudnya Pencipta.
10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
-Budaya ilmu, teladan, dahagakan ilmu, baca utk kendiri & orang lain, minda terbuka.-Menyebarluaskan maklumat.
Analisis Ciri-Ciri FPK
Ciri-ciri /elemen FPK
Analisis
11. Berketerampilan -Cekap kerana miliki pengetahuan dan kelulusan.-Fahami prosedur kerja.
12. Berakhlak mulia -Berbudi bahasa dan berdisiplin.-Mampu bezakan nilai baik/buruk dan miliki nilai terpuji.-Hargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek rohani.
13. Bertanggungjawab -Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuhi undang2.-Berusaha majukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara.
Analisis Ciri-Ciri FPK
Ciri-ciri /elemen FPK
Analisis
14. Berupaya menikmati kesejahteraan
-Punyai daya ketahanan ukt hadapi cabaran, waras, tenang.-Sihat tubuh badan.-Mampu jalin hubungan baik dgn orang lain.
15. Menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat & negara.
-Kerjasama, toleransi, hormat.-Bentuk keluarga bahagia.-Patriotik dan cinta akan negara.-Hargai dan amalkan Rukun Negara.-Patuhi & lindungi perlembagaan.
Soalan-soalan Berkaitan Tajuk
1. Jika dibandingkan dgn falsafah pendidikan Barat, Timur atau Islam, falsafah pendidikan di Malaysia lebih mirip kpd falsafaah pendidikan :A. Idealisme B. PerennialismeC. Eksistensialisme D. Rekonstruktivisme
2. Perubahan yang ketara dalam orientasi matlamat pendidikan selepas terbentuknya FPK ialah :A. mewujudkan masy. yang bersatu paduB. membina warganegara yang berwawasanC. membangun sebuah negara majuD. melahirkan insan yg harmonis dan seimbang
Soalan-soalan Berkaitan Tajuk
1. FPK lahir sebagai respon kepada arus perubahan yang melanda negara kita.(a) Huraikan lima unsur penting yang terkandung
dalam FPK dalam usaha menghadapi arus perubahan yang melanda negara kita.
(b) Jelaskan lima kemahiran bimbingan yang perlu ada pada seseorang guru dalam usaha
menghadapi arus perubahan serta pelbagai cabaran yang melandanya.