ekosistem tanah lembab

Embed Size (px)

Citation preview

Bahagian 3

2/26/03 5:11 PM

Page 17

BAHAGIAN

3

EKOSISTEM TANAH LEMBAB

kosistem merupakan suatu persekitaran dimana berbagai binatang, besar atau kecil, termasuk orgnisma mikro, tumbuhan, tanah tanih dan manusia saling berinteraksi. Kita mempunyai berbagai ekosistem di mana setiap ekosistem ini dihuni oleh berbagai haiwan dan tumbuhan di dalam persekitaran yang berlainan. Tanah lembab boleh diertikan sebagai suatu kawasan marsh, fern, paya gambut atau berair samada semulajadi atau buatan, kekal atau sementara dengan air yang static atau mengalir (bergerak), air tawar, payau atau masin, termasuk kawasan marin yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter pada waktu air surut (Ramsar, 1971). Ekosistem tanah lembab yang sentiasa ditenggelami air ini merupakan satu ekosistem yang sangat istemewa. Dalam ekosistem ini lantai hutan ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati, ini membuat permukaan tanah di kawasan ini lembut dan berlumpur. Namun pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai hutan. Selain burung, ekosistem ini juga merangkumi haiwan lain seperti berbagai jenis ikan, udang, ketam, kerang, siput, mikro-organisma dan sebagainya. Ekosistem tanah lembab merangkumi satu konsep yang sangat luas, sebagaimana yang diertikan oleh Ramsar, 1971. Rujuk Rajah di bawah.

E

17

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 18

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

Tasik Tanah Tinggi Anak Sungai di Hulu Sungai Tanah Tinggi Tasik Sungai Berpaya Sistem Saliran Tasik Buatan Manusia Kawasan Rumpair Sungai Tanah Rendah Hutan Paya Air Tawar Sungai Tanah Rendah Tasik Banjir Kawasan Limpahan Banjir Sungai Hutan Paya Gambut Bakau Terumbu Karang Tanah Lumpur Laut Dalaman

Rajah 1: Pelbagai jenis habitat tanah lembab.

Apakah tanah lembab?Tanah pamah atau tanah becak merupakan satu ekosistem berair, basah sepanjang tahun seperti sungai, tasik atau danau, rawa-rawa, muara sungai, delta lagoon, hutan bakau, lapisan rumpai laut, tanah gambut, hutan nipah, sawah padi dsb. Keseluruhan tanah lembab meliputi 60% daripada jumlah permukaan bumi. Fungsi tanah lembab ialah sebagai jambatan penghubung yang menghubungkan ekosistem akuatik (air) dan terrestrial (darat) melalui kitaran berlanjutan air yang dihadang melalui darat, laut dan atmosfera. Proses penting air ini membantu mengawal kualiti dan kuantiti air serta mengekalkan fungsi sistem ekologi. Fungsi tanah lembab tersebut mengujudkan kawasan hidupan bagi pelbagai jenis tumbuhan, haiwan vertebrata seperti ikan, katak, mamalia, burung dan haiwan invertebrata seperti siput, kerang, kepah, ketam dan lain-lain lagi. Definasi tanah lembab yang lain diterangkan sebagai satu kawasan semulajadi atau buatan manusia yang kekal atau sementara, berair mengalir atau statik, masin atau tawar dengan kedalaman pasang surut tidak melebihi 6 m.

18

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 19

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

1

2

3Bah

4an bua nga n

5 6 detritus 8 10 9 7 Pemakan detritus 11

Manusia

Karnivor kecil (Tilapia)

12

13

14 Karnivor Besar (Ikan Yu)

15

17 16

Rajah 2: Hubung kait suatu ekosistem bakau

19

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 20

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

JENIS-JENIS EKOSISTEM TANAH LEMBAB DI SABAH Muara sungaiKawasan muara sungai diertikan sebagai suartu kawasan di mana kawasan pendalaman bertemu dengan kawasan air laut. Ekologi di sini menunujukkan hubung kait sistem darat dan air laut. Air tawar berlumpur yang membawa nutrien akan disebarkan serta menyuburkan kawasan perairan dan mudflat. Kawasan muara sungai merupakan sistem penapisan dan pemendapan bagi Lumpur-lumpur sungai. Kawasan muara sungai menerima nutrien dari 3 sumber iaitu sungai-sungai, air laut dan sedimen di dasar. Kawasan muara sungai didiami oleh pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan. Ini termasuklah hutan paya yang dipengaruhi oleh air pasang surut dan hutan bakau yang mana menyumbang nutrien kepada kawasan muara sungai.

Tanah LumpurKawasan ini menunjukkan variasi yang tinggi dari segi fauna di mana ianya berkurangan dari segi bilangan spesis tetapi beberapa spesis seperti molluska banyak terdapat di kawasan ini. Kawasan ini merupakan kawasan yang penting di waktu air surut kerana menjadi tempat persinggahan dan pemakanan bagi burung-burung serantau samada tempatan atau yang berhijrah. Kawasan muara sungai dan mudflat adalah penting sebagai suatu tempat penting bagi kitaran hidup beberapa spesis mamalia marin seperti dugong dan ikan lumba-lumba. Ini merupakan kawasan pembiakan bagi spesis-spesis ini. Kawasan muara sungai juga menjadi tempat pembiakan dan pertumbuhan pelbagai spesis ikan marin, krustacea. Kawasan muara sungai merupakan suatu kawasan yang penting untuk perusahaan perikanan dan menyediakan pelbagai hasil perikanan kepada manusia terutamanya ikan, ketam, udang, kerang, siput, mamalia marin, reptilia, dan sumber bukan haiwan seperti kayu, tanah pasir dan liat untuk industri pembinaan dan bekalan air untuk beberapa industri tidak berasaskan hidupan liar.

20

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 21

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

Kawasan hutan paya air tawarKawasan ini tersebar luas di atas tanah alluvial yang ditenggelami air tawar untuk jangkamasa yang panjang. Ini dikaitkan dengan paya perairan, tasik-tasik air tawar, kawasan tanah rendah sungai-sungai. Kawasan tanah permukaan hutan paya ditenggelami air yang bernutrien tinggi dari proses-proses banjir yang mempunyai pH yang tinggi ( > daripada 6). Keadaan yang kurang berasid dan nutrien yang tinggi menyebabkan produktiviti dari kawasan ini adalah tinggi. Hutan paya air tawar adalah lebih tinggi (ketinggian pokoknya) dan kepelbagaiannya adalah lebih tinggi daripada hutan paya tanah gambut. Kawasan ekosistem paya air tawar mempunyai jenis-jenis tanah yang berbeza dan tumbuhan vegetasinya. Jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijumpai termasuklah pandan, nipah, shrub dan hutan. Kawasan hutan paya mempunyai pokok-pokok yang berketinggian 35 m, berliana dan tumbuhan epifit. Akar pokok-pokok ini akan berada di dalam air untuk jangkamasa yang panjang. Di dalam ekosistem yang mempunyai air bertakung yang panjang, akar-akar pokok telah mengadaptasikan dirinya untuk proses penukaran gas seperti akar banir, akar tegak, akar lelutut dan akar berjangkungan. Walaupun spesis hutan hampir sama dengan hutan tanah rendah dipterocarp, kepelbagaiannya adalah kurang. Pokok-pokok yang penting di dalam hutan paya air tawar termasuklah dari spesis Campnosperma, Alstonia, Eugenia, Canarium, Kompassia, Callophyllum dan Melanorrhoea. Pokok sago dari spesis Metroxylon sagu boleh dijumpai di kawasan hutan paya air tawar. Dari segi kepelbagaian hidupan-hidupan liar di kawasan hutan paya air tawar, ianya adalah lebih tinggi dari hutan paya gambut. Primate seperti Macaques, Macaca fascicularis banyak dijumpai di sini.

Kawasan hutan paya gambutHutan paya gambut boleh diertikan mempunyai tanah yang lebih daripada 65% kandungan organik. Kawasan paya gambut secara amnya adalah kurang nutrien kerana sumber airnya adalah daripada hujan dan oleh itu mempunyai kepelbagaian yang kurang berbanding dengan hutan paya air tawar. Pemendapan dan pengumpulan gambut kebiasaanya melebihi 50 cm kedalamannya dan rekod kedalaman yang pernah dicatit adalah 20 m di Kalimantan. Struktur permukaan gambut adalah ianya tegap, berfibrus dan mempunyai satu permukaan luar yang lembut diatas isinya yang lembut yang mempunyai kepingan-kepingan kayu dan sisa-sisa tumbuhan vegetasi yang lain. Kawasan paya gambut adalah berasid (pH 4 atau kurang) dan nutrien yang kurang terutamanya kalsium. Kebiasaanya sungai-sungai yang mengalir dari kawasan ini berwarna coklat seperti teh O. Pembentukan hutan paya gambut bermula di bahagian hulu kawasan paya bakau di mana sedimensedimen halus yang dibawa oleh sungai akan terperangkap di dalam akar-akar banir paya bakau.

21

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 22

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

Selepas sesuatu jangkamasa yang lama, kawasan ini kurang ditenggelami air pasang surut dan kurang masin. Tumbuhan lain akan bertapak dan oleh kerana pengaruh air pasang surut dan kemasukan air tawar yang tinggi, tanah di sini senantiasa ditenggelami air. Mikro-organisma yang mana akan mengurai tumbuhan mati yang tidak dapat hidup di ekosistem ini dengan keadaan tiada oksigen, kandungan sulfat yang tinggi dan menyebabkan pengumpulan bahan-bahan organic. Lapisan gambut ini akan menutupi kawasan paya bakau.

Kawasan ekosistem sungaiSungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai bentuk tadahan air yang bergerak (sungai) atau statik (tasik). Secara amnya, rupa bentuk sungai di kawasan hulu adalah kecil, runcing dan airnya laju berbanding dengan sungai di kawasan hilir di mana ianya lebih luas dan lebih perlahan pengalirannya. Sungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai: a) Sungai pergunungan - Dijumpai pada ketinggian lebih daripada 1000 m, mempunyai air sejuk yang deras dan tumbuhan yang kurang, mempunyai tumbuhan tebing yang kurang dan kepelbagaian hidupan yang terdiri daripada serangga-serangga air dan beberapa spesis ikan. Serangga-serangga ini telah menyesuaikan diri untuk hidup dikawasan yang mempunyai nutrien yang kurang. Ikan-ikan di sini telah menyesuaikan diri untuk hidup di sungai yang deras dengan pengubahsuaian bentuk pelekap pada bahagian ventral badannya untuk tidak dihanyutkan oleh air sungai yang deras. b) Sungai tanah tinggi- Dijumpai di antara ketinggian 100 - 1000 m yang mempunyai air yang dingin dan ,mempunyai kepelbagaian tebing sungai yang tinggi terdiri dari tumbuhan Aroids (contohnya, Piptospatha) di kawasan sungai kecil dan pokok legum, Saraca sp. di tebing sungai yang luas. Sungai-sungai ini menampung kepelbagaian hidupan yang tinggi termasuk serangga air. c) Sungai tanah rendah deras- Dijumpai dibawah ketinggian 100 m, ia mempunyai kawasan tebing sungai yang dilitupi oleh pokok-pokok tinggi yang memberi tempat teduh dan sumber nutrien (daun dan buah) kepada hidupan di dalam sungai. Kepelbagaian hidupan air adalah pelbagai dan kebiasaanya sungai adalah lebih luas. Ikan-ikan yang lebih besar dijumpai di kawasan ini. Kebiasaanya sungai ini mempunyai sedimen yang tinggi, dan pengubahsuaian oleh ikan-ikan di sini adalah berbentuk barbell ianya mempunyai organ deria yang penting untuk mengesan sumber makanannya. Komuniti ikan berubah dikawasan hilir sungai di mana spesis-spesis ikan Gobid, Julon-julong dan Buntal boleh dijumpai di kawasan air masin. d) Sungai tanah rendah yang perlahan - Dijumpai dikawasan tanah rendah yang rata di mana tahap ketinggian air dipengaruhi oleh hujan. Di dalam ekosistem yang tidak diganggu, dibawah kanopi hutan, sungai-sungai ini mempunyai kepelbagaian hidupan yang tinggi. Di dalam keadaan yang bergambut atau berasid, warna air adalah teh o dan kepelbagaiannya adalah kurang.

22

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 23

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

e) Sungai pasang surut air tawar - secara amnya ia mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dibahagian tebingnya dan dicirikan oleh spesis Pandanus, Eugenia dan pokok-pokok Palaquium.

Kawasan Hutan Paya BakauHutan ini boleh dijumpai dikawasan pinggiran laut dan muara sungai. Hutan ini boleh dijumpai di dalam zon pasang surut di mana air pasang membawa air masin dari laut dua kali sehari. Satu ciri utama hutan ini adalah ia dipenuhi oleh lumpur. Hutan paya bakau adalah tanah lembab yang boleh dijumpai di iklim tropika. Tumbuhan paya bakau mempunyai spesis yang tahan kepada keadaan persekitaran yang berair masin dan berlumpur dan kebanyakannya terdiri dari pokok nipah iaitu Nypa fruticans. Kawasan paya bakau memberi perlindungan dan sumber makanan secara langsung atau tidak kepada pelbagai komuniti hidupan seperti burung, organisma marin, ikan-ikan, molluska, siput, reptilia dan lain lain lagi. Kawasan hutan paya bakau mempunyai kepelbagaian fauna yang tinggi dari spesis krustasia dan molluska dan merupakan kawasan pembiakan dan pembesaran pelbagai spesis ikan dan udang. Spesis primate yang boleh dijumpai di kawasan ini termasuklah bangkatan, (Nasalis larvatus), Monyet kelabu (Presbytis cristata), Biawak (Varanus salvator) buaya (Crocodylus porosus) dan burung Pitta megarhyncha dan Cyornis rufigastra.

Kepentingan Hutan Paya BakauKawasaan hutan paya bakau mempunyai beberapa kepentingan kepada manusia termasuklah; 1) melindungi tanah persisiran pantai daripada hakisan 2) Mengitar semula nutrien 3) Mengalih buangan toksik 4) Membekalkan kayu bakar, arang dan kayu untuk pembangunan 5) Menampung pelbagai hidupan tumbuhan dan haiwan 6) Menyediakan kawasan pembiakan dan ekosistem bagi pelbagai spesis-spesis ikan, udang, kerang, ketam dan cangkerang dan siput-siput. 7) Menyediakan kawasan makanan dan pembiakan bagi burung-burung yang berhijrah dan juga burung tempatan 8) Membantu mengawal banjir.

23

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 24

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

Flora hutan paya bakauKebanyakan spesis pokok bakau yang terdapat di sini terdiri daripada keluarga yang berbeza tetapi secara amnya mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar pernafasan dan tabiat percambahan biji secara vivapari. Spesis-spesis pokok bakau yang biasa dijumpai terdiri dari genus Rhizophora, Bruguiera, Avicennia dan Sonneratia. Pokok-pokok ini merupakan ekosistem pelbagai spesis burung yang bertempat di situ dan burung yang berhijrah.

Avicennia (Api-api)Pokoknya kecil atau bersaiz sederhana dengan akar pernafasan kelihatan macam pensel. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung yang tajam atau bulat. Bunganya berwarna jingga kekuningan. Buahnya berbentuk telur dengan hujung yang tajam dan dilitupi oleh bulu disebut tomentum. Batang pokok berbentuk silinder dengan liang pernafasan (lantisel). Pada kebiasaanya ia tumbuh berhampiran dengan air laut. Contoh Avicennia termasuklah: 1) Avicennia alba (Api-api putih) bercirikan permukaan bawah daun kelihatan putih dan batangnya berwarna kelabu dan licin. 2) Avicennia marina (Api-api jambu) mempunyai kulit pokok spesis ini perang kemerahan dan bersisik. 3) Avicennia officianalis (Api-api ludat) mempunyai batang kulit yang rekah dan banyak lantisel.

SonneratiaPokoknya kecil ataupun sederhana. Akar pernafasan berbentuk gelendung. Daunnya tebal dan berair. Bunganya putih dan berbau masam, berkembang pada waktu senja dan layu pada waktu fajar. Buahnya keras, hijau dan berbentuk bola. Kebiasaanya ia tumbuh dikawasan berlumpur. Tumbuhan ini mudah dijumpai di hutan paya bakau. Contoh Sonneratia adalah; 1) Sonneratia alba (Perepat) mempunyai ciri berhujung daun bulat. 2) Sonneratia caseolaris (Berembang) mempunyai ciri daun yang hujungnya tajam.

24

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 25

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

Rhizophora (Bakau)Pokok spesis ini mempunyai banyak akar jangkang. Daunnya bujur tajam di hujung, hijau kehitaman tetapi daun muda kemerahan. Batang berbentuk silinder dengan banyak lantisel. Bunga spesis ini berwarna kuning dan selalunya berpasangan. Warna buahnya perang dengan bahagian hujung berpanjangan. Ia tumbuh pada kawasan Lumpur di muara sungai. Contoh spesis pokok ini adalah; 1) Rhizophora apiculata (Bakau Minyak) mempunyai batang berwarna kelabu dan ianya licin. 2) Rhizophora mucronata (Bakau kurap) mempunyai kulit yang kasar dan berwarna kelabu gelap dengan rekahan yang mendatar.

BruguieraPokok bakau spesis ini mempunyai akar banir dan akar pernafasan Knee breathers. Daunnya berwarna hijau gelap dengan hujung tirus. Buahnya berbentuk panjang dan tumbuh pada Lumpur keras. Contoh pokok spesis ini termasuklah; 1) Bruguiera cylindrical (Berus) mempunyai ciri batang berwarna kelabu dengan lantisel yang kemerah-merahan. 2) Bruguiera parviflora (Lenggadai) mempunyai ciri batang berwarna kelabu dan licin tetapi lantiselnya sedikit sahaja. 3) Bruguiera sexagula (Tumu Putih) mempunyai ciri kulit yang pucat dan mempunyai lantisel yang besar.

25

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 26

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

Fauna di hutan paya bakauHutan paya bakau merupakan satu kawasan yang penting bagi pembiakan dan tempat mencari makan bagi pelbagai hidupan termasuklah manusia. Hidupan-hidupan yang boleh dijumpai termasuklah:

1) Ikan Tembakul (Mud Skipper) Sejenis ikan yang paling kerap dijumpai di kawasan paya bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan tanah/darat. Ia boleh bernafas melalui insang dan melalui kulitnya. Ia menyimpan sedikit air didalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat oksigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan selalu berlaga antara satu sama lain.

2) Ketam Masa yang paling sesuai untuk melihat krustacea ialah ketika air surut. Ketam ini akan keluar dari ekosistemnya di dalam tanah pada masa ini. Krustasia menjadikan Lumpur, detritus dan bahan-bahan pokok sebagai makanannya. Ia menggali terowong di dalam Lumpur yang juga melonggarkan dan mengudarakan tanah. Kelakuan ini amatlah penting bagi kesihatan hutan paya bakau. a) Ketam Rebab (Uca Sp.) ini kecil dan berwarna warni. Ketam jantan mempunyai salah satu penyepitnya besar dan digunakan untuk melindungi kawasannya dan juga untuk menatik perhatian ketam betina yang mempunyai saiz pengepit yang biasa. Apabila air pasang, ketam ini memasuki terowongnya dan menutup terowong ini dengan pintu kolong sehingga air surut. Setiap jenis ketam rebab mempunyai raut warna yang berlainan b) Ketam Bakau (Scylla serrata) adalah lebih besar dan menjadi hidangan manusia. Ianya sukar untuk dilihat kerana warna kulitnya seakan Lumpur. Ianya penting dari segi komersial dan banyak ditangkap untuk dijual oleh komuniti yang hidup berdekatan dengan kawasan ini.

3) Kelip kelip Serangga ini sentiasa terdapat di hutan bakau. Ia suka hinggap pada pokok bakau khususnya spesis Sonneratia pada waktu malam. Hujung abdomennya boleh mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip.

26

Bahagian 3

2/26/03 5:12 PM

Page 27

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

4) Udang karang Lumpur (Thalassina anomala) Udang ini adalah sejenis udang yang amat pemalu. Ianya hanya akan keluar pada waktu malam. Ia boleh mencapai ukuran sehingga 30 cm dan bekasnya boleh diperhatikan melalui timbunan tanah disepanjang kawasan berair. Timbunan tanah yang berbentuk gunung berapi kecil boleh mencapai ukuran 45 - 60 cm tinggi. 5) Belangkas (Horse Shoe Crab) Belangkas merupakan sejenis haiwan purba yang masih boleh dijumpai sehingga kini. Ia sering diperhatikan bergerak dalam pasangan. Dua spesis yang biasa dijumpai adalah Carcinoscorpius rotundicauda (diameter sehingga 15 cm) dan Tachypleus gigas (diameter sehingga 25 cm) 6) Cangkerang (Siput/Sipur) Kumpulan ini boleh diperhatikan diwaktu air surut. Jenis yang biasa dijumpai adalah: a) Berungun adalah sejenis gastropoda yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis. Haiwan ini memakan daun-daun pokok bakau yang luruh dan juga alga yang terdapat di atas permukaan Lumpur. b) Tiram dan Kupang merupakan haiwan dwicengkerang yang berpaut pada sesuatu kawasan dan tidak bergerak bebas seperti berungun. Ia kebiasaanya dijumpai terlekat pada akar-akar pokok Rhizophora. Haiwan ini memakan plankton mikroskopik yang dibawa oleh air laut setiap hari. 7) Lotong Lontong berwarna kelabu tetapi hujung bulu kelihatan seperti perak pudar. Ianya mempunyai sepucuk bulu panjang pada kepalanya. Akan tetapi anak lontong berwarna jingga. Mamalia primat ini hidup di atas pokok-pokok secara berkelompok dengan 12 - 50 ekor sekumpulan. Lontong suka makan daun muda, pucuk dan buah tumbuhan.

27

Bahagian 3

2/26/03 5:13 PM

Page 28

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

8) Kera Kera sering dijumpai di hutan bakau. Kadangkala kera ini turun dari pokok dan menggali Lumpur untuk mendapatkan ketam kecil sebagai makanan. Kera berwarna perang dan pandai berenang. Mereka hidup berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan. 9) Memerang Memerang kadangkala dijumpai dikawasan hutan paya bakau mencari makanan seperti udang, ikan, ketam dan penyu kecil. Terdapat 4 spesis memerang di Malaysia.

10) Burung -burung air Kawasan Paya bakau menjadi tempat persinggahan dan tempat mencari makanan dan juga rumah bagi setengah spesis burung-burung air. Burung-burung ini terdiri daripada: a) Bangau kecil (Egretta garzetta) berwarna putih dan mempunyai bentuk badan yang kecil. Ia selalu kelihatan di kawasan randuk yang cetek ataupun bertenggek di atas pokok. b) Bangau Sederhana (Egretta intermedia) adalah lebih besar daripada bangau kecil dan mempunyai leher yang lurus, tidak seperti saudaranya, Bangau Besar (Egretta alba). c) Pucung Serandau (Ardea purpurea) adalah burung yang cantik dan boleh mencapai ketinggian 90 sm. Anak Pucung kelihatan lebih gelap dan mempunyai juraian bulu pelepah berwarna coklat. d) Pucung Keladi (Butorides striatus) lebih bersifat pemalu dan suka bersendirian dan emrupakan pakar memburu secara berdiri dan tunggu. e) Pekaka Sungai (Halcyon chloris) adalah sejenis burung yang mempunyai pelepah yang berwarna biru terang dan leher berwarna putih. Ia tinggal dikawasan ini sepanjang tahun dan suka bertenggek di atas batang-batang pokok dan

28

Bahagian 3

2/26/03 5:13 PM

Page 29

Bahagian 3

Ekosistem Tanah Lembab

menyelam untuk menangkap ikan dan haiwan kecil lain untuk dijadikan makanan. Burung ini bising dan boleh dikenali dengan bunyi kek-kek-kek-kek-kek yang kasar. f) Pekaka Paruh pendek (Pelargopsis capensis) mempunyai paruh yang merah dan sayap yang berwarna biru. g) Perling Mata merah (Aplonis paneyensis) h) Pergam Besar (Ducula aenea) i) Tekukur (Streptopelia chinensis) adalah burung merpati yang boelh dijumpai dikawasan paya bakau. Kicauannya menarik dalam bentuk ku-ku-ku. Dietnya terdiri daripada biji benih dan tumbuhtumbuhan yang lain.

29

Bahagian 3

2/26/03 5:13 PM

Page 30

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Kawasan Tanah Lembab

LOKASI-LOKASI JENIS-JENIS KAWASAN TANAH LEMBAB DI SABAHA) Dataran Banjir Kinabatangan-Santuari Hutan Lipur Kinabatangan 1) Tanah lemebab hutan hujan 2) Hutan Bakau air masin 3) Hutan tebing sungai 4) Hutan dipeterocarp 5) Hutan nipa 6) Hutan paya gambut 7) Hutan Paya air tawar 8) Danau dan tasik B) Semenanjung Klias 1) Hutan nipah 2) Delta 3) Hutan paya bakau air masin C) Tenom, Papar, Kota Belud 1) Sawah padi 2) Paya air tawar D) Kulamba Wildlife Reserve 1) Hutan paya bakau 2) Hutan nipah 3) Paya gambut 4) Dipterocarp E) Sugut 1) Hutan Nipah 2) Hutan paya bakau F) Likas 1) Hutan Paya Bakau G) Segama 1) Hutan dipterocarp 2) Hutan paya bakau 3) Hutan paya gambut 4) Paya air tawar 5)Hutan nipah

30