Upload
zariq-haiqal
View
961
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
2.0 Elektrik dan Elektronik (EE)
2.1 Prinsip Elektrik & Elektronik
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara
bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan
yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan
amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik
berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan
kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan
pengurusan.
Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan
kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan
motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian
dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.
.
Objektif
1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.
2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula,
terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.
3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian
dan elektronik.
4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan
perincian yang diberikan.
5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.
6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.
i
2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat
Tajuk ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ;
jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintangan
pengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran.
Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkan
bentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan dan
rintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaan
voltan.
2.1.2 Aplikasi Elektrik & Elektronik
Tajuk ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan
Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik.
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara
bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan
yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan
amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik
berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan
kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan
pengurusan.
2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran
• Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS)
• Politeknik
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Institut Kemahiran Mara (IKM)
• Kolej Komuniti
i
Objektif :
1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan peraturan
STM / IEE.
2. Memahami kaedah dan membuat kerja pemasangan elektrik fasa tunggal
domestik dan industri.
3. Memahami ciri, fungsi, penggunaan dan penyenggaraan alat kelengkapan,
alat pengukuran dan alat pengujian elektrik dan elektronik.
4. Membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang
diberi.
5. Mengesan dan membaiki kerosakan litar elektronik, penerima radio AM, FM
dan penerima TV warna.
6. Memasang dan mendawai pemula, motor elektrik dan komponen-komponen
kawalan magnetik.
7. Mengaturcara mudah PLC untuk mengawal motor elektrik.
8. Membaca, melukis dan mentafsir lukisan elektrik dan elektronik.
9. Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu
usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya
menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan dengan kursus
elektrik & elektronik yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
2.1.4 Lukisan Elektrik Dan Elektronik
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah melukis
simbol-simbol kompenan elektrik dan elektronik; melukis skema pemasangan dan
pendawaian elektrik; susunatur peralatan yang berkaitan; kaedah mentafsir dan
memindahkan litar skema kepada papn tercetak dan sebagainya.
Murid dinilai kompetensinya dalam kerja melukis rajah litar skema dan rajah
susun atur pendawaian 1 fasa dan 3 fasa; melukis simbol kompenan, litar skema
dan litar bercetak.
i
2.1.5 Litar Elektrik
Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selari
dan siri-selari ; teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakan
Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ; menggunakan
meter pelbagai.
Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambungan
perintang secara siri, selari dan siri-selari ; memateri perintang secara siri-selari
pada papan jalur.
2.1.6 Laluan Kerjaya
Wireman
Mekanik Radio TV
Mekanik Mesin dan Peralatan
i
2.2 Jenis Komponen Elektronik
Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif
dan komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak
menyumbang kepadagandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak
memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah
perintang, pemuat dan pearuh.
Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan
untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh
menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini
dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah
transistor, diod dan litar bersepadu.
2.2.1 Komponen Pasif
a) Perintang
Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar
elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana
adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen
ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan
ialah ohm (Ω).
Terdapat dua jenis perintang:
1. Perintang tetap – perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap
2. Perintang boleh ubah– perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah
b) Jenis Pemuat
Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk
dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.
i
c) Pemuat tetap
Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini
ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutub
disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti
pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira
kekutupan sambungannya.
d) Pemuat boleh ubah
Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilai
kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang
berkesan atau jarak antara plat.
e) Kemuatan
Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam
kemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuat
dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara
berikut:
• Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat
• Nilai dinyatakan menggunakan kod warna
• Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit
f) Suis
• digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar dengan mudah dan
pantas.
• dua perkara yang perlu diberi perhatian berhubung dengan penggunaan suis:
kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis tersebut.
• Jika kadaran voltan kendalian dan arus maksimum suis dilampaui, suis akan
rosak
i
Rajah 8: Suis GelangsarRajah 7: Suis togel
Jenis-jenis Suis
Suis Togel (Rajah 7) dan Suis Gelangsar (Rajah 8)
Suis punat tekan digunakan untuk membuka atau menutup litar dalam masa
yang singkat.
Terbahagi kepada dua jenis:
- suis punat tekan hidup (NO)
- suis punat tekan mati (NC).
Bagi suis punat tekan hidup, litar akan tertutup apabila punat ditekan. Apabila
punat dilepaskan, litar akan terbuka. Contoh: Suis loceng dalam bas.
Bagi suis punat tekan mati, litar akan terbuka apabila punat ditekan dan litar akan
tertutup apabila punat dilepaskan. Contoh: suis amaran di pintu kereta.
i
sel bateri
Rajah 12: Simbol skematik sel dan bateri
g) Mentol
Mengeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamennya.
Mentol selalunya rosak apabila filamennya putus.
Mentol dan simbol skematiknya adalah seperti dalam rajah 11.
h) Sel dan Bateri
Komponen ini membekalkan tenaga elektrik untuk membolehkan sesuatu projek
elektronik berfungsi.
Binaan asas suatu sel dan bateri terdiri daripada elektrod positif, elektrod negatif
dan elektrolit. Tindakbalas kimia di antara elektrolit dan plat-plat tersebut
menyebabkan tenaga elektrik terhasil.
Terdapat dua jenis sel: sel primer dan sel sekunder
Sel kering yang digunakan dalam lampu suluh adalah contoh sel primer.
Beberapa sel yang disambung secara siri membentuk satu bateri.
Bateri basah yang digunakan dalam kereta merupakan contoh sel sekunder.
i
Rajah 11: Mentol dan simbol skematik
2.3 Komponen Aktif
2.3.1 Diod
Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.
Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N.
Cantuman ini menghasilkan diod simpang.
Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+)
sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Rajah 13 menunjukkan
diod simpang dan simbol skematiknya.
Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran
dengannya.
Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus
terus.
Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus
apabila mendapat pincang balikan. Lihat rajah 14.
i
Rajah 13: Diod simpang dan simbol skematik
Rajah 14: Cara memincang diod
pincang balikanpincang hadapan
2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED)
Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan
cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod.
LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala.
LED biasa digunakan sebagai penunjuk.
LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V).
Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus
berlebihan mengalir melaluinya.
Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED:
1. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod, dan
yang jauh adalah anod.
2. Bagi LED yang baru, kaki anod lebih panjang dari kaki katod
3. Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah
katod
2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) - BJT
dicipta pada 1948
membuka era baru dalam bidang elektronik
sumbangan transistor kepada bidang elektronik:
i
Rajah 15: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED
litar menjadi lebih kecil
litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga
menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah
peralatan elektronik lebih tahan lasak
Binaan dan Simbol transistor BJT
Terdapat dua jenis transistor BJT
PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan
separa pengalir jenis-P
NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan
separa pengalir jenis-N
Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 16
setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin)
nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1:
Nama Kaki Fungsi
dasar (base – B) mengawal arus pemungut
pengeluar (emitter –
E)
membekalkan cas-cas kepada
pemungut
pemungut (collector mengumpulkan cas daripada
i
dasar dasar
pengeluarpengeluar
Simbol Struktur transistor NPNSimbol Struktur transistor PNP
Rajah 16: Struktur asas dan simbol skematik transistor
– C) pengeluar
2.4 Rajah Litar Bergambar
Binaan sesuatu sistem elektronik
boleh dipersembahkan dengan
menggunakan rajah litar bergambar.
Dalam rajah ini komponen-komponen
dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya
yang sebenar. Rajah 25 menunjukkan
rajah litar bergambar suatu projek yang
di pasang menggunakan bongkah
penyambung.
Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang
elektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil
dan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenar
sesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar
dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.
2.5 Rajah Litar Skematik
Apabila sesuatu projek menjadi
semakin besar, litarnya akan menjadi
semakin kompleks. Bilangan dan jenis
komponen yang terlibat juga bertambah
banyak dan berbagai-bagai. Jika litar
kompleks dilukis menggunakan rajah litar
bergambar, ruang yang diperlukan untuk
melukisnya lebih besar. Tambahan pula, pertalian di antara komponen-komponen
semakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk
mempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk
mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkan
suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih
kecil. Rajah 26 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 25.
i
Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT
Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan
membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah
mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.
Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya
dilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan,
kesabaran dan ketelitian.
Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk
mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk
menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada simbol,
komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta
nombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya satu
rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi
maklumat penting mengenai sesuatu komponen.
Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:
1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang
2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang
kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza
walaupun saiz simbolnya sama
Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu
menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar
bergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu litar
juga akan menjadi lebih mudah.
i
2.6 Rajah Papan Litar Bercetak
Peralatan elektronik komersial
biasanya dipasang menggunakan papan
litar bercetak. (Papan litar bercetak
seringkali dipanggil PCB - singkatan bagi
Printed Circuit Board). Rajah 27
menunjukkan satu contoh projek elektronik
yang dipasang menggunakan papan litar
bercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaan
balapan kuprum ‘tercetak’ menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung
komponen-komponen.
Beberapa kebaikan PCB:
1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar
penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.
2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi
3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat – cuma perlu letakkan
komponen di tempat yang disediakan dan pateri.
4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan
susunan komponen telah ditentukan lebih awal.
5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan
banyak.
Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur
komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang
menyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian
semasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubang
untuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar
bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau
simbol skematiknya. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor)
untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen.
i
Rajah 28 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan
berdasarkan rajah litar skematik.
Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum
nipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan
litar bercetak yang akan dihasilkan.
Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:
1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.
2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau
berus keluli yang halus.
3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan
kuprum.
4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum
dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.
5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan
ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g
hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua
bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum
dengan air dan keringkan bod.
6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki
komponen.
7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter
1mm.
8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai
(seperti thinner)
9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.
2.7 Menghasilkan Projek Elektronik
i
Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara
menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah cara
melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Ada
pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.
Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau
kekal. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah
serta pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakan
berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunya
digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajian
makmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah
mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini anda
akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.
2.7.1 Susun Atur Komponen
i
Rajah 30: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Penyambung
Rajah 31: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod
Rajah 29: Pemasangan Projek Menggunakan
Bongkah Kayu Berskru Atau Paku
Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut:
1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang
disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis
semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan
yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen
dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. Langkah
ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek.
2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara
penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang
dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri
perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.
3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum
di pasang.
4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut
kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di
peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):
a) Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor, penerus
terkawal silikon (silicone controlled rectifier – SCR dan litar bersepadu - IC)
hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain yang berkaitan dengannya
hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Sambungan yang salah
bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh
merosakkan komponen itu. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti
kedudukan kaki komponen tersebut.
b) Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod
pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Kaki
positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada
punca voltan negatif. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen.
5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu
disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen
i
untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar
menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi.
Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur komponen
berdasarkan rajah litar.
2.7. 2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik
Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini
perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap
dipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian
kefungsian.
2.8 Ujian Keterusan
Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat
mempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk
mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.
Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:
2.8.1 Pemeriksaan Visual
Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang mungkin
menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan
mata kasar.
Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagian-
bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan projek
gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal
berfungsi tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada komponen
2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian
i
Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada
sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan
menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian
yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Satu daripada tujuan
pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar
yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar
pintas dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.
Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling
rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri
dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh
meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk.
Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti.
Jika projek dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali
sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar
julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan
litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang
dipilih.
3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.
Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan secara
visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana
limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan
meter ohm mengikut langkah berikut:
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling
rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
i
2. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada
balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan
infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung
menggunakan wayar pelompat).
3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang
balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri.
4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.
Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar
pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projek tersebut
boleh dikenakan punca voltan.
Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum
menyambung bekalan voltan kepada projek:
1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang
betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah
wayar negatif (-).
2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang
dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan yang
lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak
akan memberi kesan yang memuaskan.
3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh
disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.
Prakata
i
Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja khusus
panjang Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah kami. Saya Mohd Aidil
B Othman bersama dua orang rakan yang lain iaitu Mohd Faiz B Damanhuri dan
Muhammad Asyraf Adib B Nordin berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini
kerana banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti cara-cara membuat
rancangan pelajaran harian, teknik mengajar secara berkesan dan pembelajaran
secara mikro dan makro. Kami juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat isi
pelajaran yang diperolehi dengan cara yang betul.
Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah
yang banyak membantu kami iaitu En Zulkifli B Ariffin. Beliau bnyak membantu kami
untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkan
tugasan kerja kursus pendek ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan lain yang bnyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
i
Biodata i
1.0 Prakata ii
2.0 Elektrik dan Elektronik
2.1 Prinsip elektrik dan elektronik
2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat
2.1.2 Aplikasi Elektrik & Elektronik
2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran
2.1.4 Lukisan Elektrik Dan Elektronik
2.1.5 Litar Elektrik
2.1.6 Laluan Kerjaya
2.2 Jenis Komponen Elektronik
2.2.1 Komponen Pasif
2.3 Komponen Aktif
2.3.1 Diod
2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED)
2.3.3 Transistor (Simpang DwikKutub) – BJT
2.4 Rajah Litar Bergambar
2.5 Rajah Litar Skematik
2.6 Rajah Papan Litar Bercetak
2.7 Menghasilkan Projek Elektronik
2.7.1 Susun Atur Komponen
2.7.2 Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik
2.8 Ujian Keterusan
2.8.1 Pemeriksaan Visual
2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian
1-20
3.0. Rancangan Pengajaran
3.1. Rancangan pengajaran Mingguan
3.2. Rancangan pengajaran Harian21-30
4.0 Isi pelajaran
4.0 Carta alir pengajaran
i
4.1 Langkah 1 – pengenalan komponen elektrik dan elektronik
4.2.1 powerpoint
4.2.2 penilaian
4.3 Langkah 2 – persediaan kerja kumpulan
4.3.1 power point
4.3.2 persediaan amali
4.4 Langkah 3 – Membina projek
4.4.1 Gambar rajah
4.4.2 Amali dan penilaian
4.5 Pengukuhan
4.5.1 Aktiviti pop quiz
31-40
5.0 Bahan bantu mengajar
5.1 Cakera padat dokumentasi kerja kursus
40-45
6.0 Refleksi 45-50
7.0 Bibliografi
8.0 Lampiran
51
52
i