12
a) Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran/ bidang yang dipohon. Sebagai guru mata pelajaran Sejarah, saya berusaha sebaik mungkin bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membina keyakinan pelajar terhadap diri saya sebagai seorang guru. Keyakinan yang dimaksudkan di sini bukan hanya dalam penguasaan ilmu yang saya miliki, kesungguhan serta komitmen terhadap tugas dan para pelajar, bahkan juga kepada perwatakan diri saya sama ada di dalam mahu pun di luar kelas. Perkara ini amat penting kerana keyakinan pelajar terhadap seorang guru memainkan peranan yang amat besar dalam proses perolehan ilmu ini. Sebagai seorang guru juga, saya cuba untuk membantu pelajar menguasai mata pelajaran dengan menyediakan modul ’Guide Learning Approach’( GLA). Untuk itu saya telah menyediakan sebuah modul lengkap mata pelajaran Sejarah dengan memasukkan semua tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Modul ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran ini selama 10 tahun. Modul ini ditulis mengikut bab. Kandungannya merangkumi keseluruhan topik yang perlu dipelajari dengan tujuan untuk memudahkan pelajar mengikutinya dan mengingati semua isi kandungannya yang ringkas. Modul ini dilengkapi dengan soalan struktur dan amat sesuai digunakan sama ada di dalam kelas ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika ketiadaan

Esei Sejarah g.c

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei Sejarah g.c

a) Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran/ bidang yang dipohon.

Sebagai guru mata pelajaran Sejarah, saya berusaha sebaik mungkin bagi

meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membina keyakinan pelajar terhadap diri

saya sebagai seorang guru. Keyakinan yang dimaksudkan di sini bukan hanya dalam

penguasaan ilmu yang saya miliki, kesungguhan serta komitmen terhadap tugas dan para

pelajar, bahkan juga kepada perwatakan diri saya sama ada di dalam mahu pun di luar

kelas. Perkara ini amat penting kerana keyakinan pelajar terhadap seorang guru memainkan

peranan yang amat besar dalam proses perolehan ilmu ini.

Sebagai seorang guru juga, saya cuba untuk membantu pelajar menguasai mata

pelajaran dengan menyediakan modul ’Guide Learning Approach’( GLA). Untuk itu saya

telah menyediakan sebuah modul lengkap mata pelajaran Sejarah dengan memasukkan semua

tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Modul ini dihasilkan berdasarkan

pengalaman saya mengajar mata pelajaran ini selama 10 tahun. Modul ini ditulis mengikut

bab. Kandungannya merangkumi keseluruhan topik yang perlu dipelajari dengan tujuan

untuk memudahkan pelajar mengikutinya dan mengingati semua isi kandungannya yang

ringkas. Modul ini dilengkapi dengan soalan struktur dan amat sesuai digunakan sama ada di

dalam kelas ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika ketiadaan

guru. Modul ini juga boleh digunakan untuk mengulang kaji. Setiap pelajar diberikan modul

ini secara percuma di bawah Panitia Sejarah, khusus untuk semua pelajar PMR. Ternyata

penggunaan modul ini telah dapat menarik minat pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran

Sejarah.

Saya juga telah memperkenalkan program ‘Guru Muda’ dalam kalangan pelajar bagi

membantu mereka agar lebih memahami dan mendalami sesuatu topik dalam mata pelajaran

Sejarah. Hal ini dilaksanakan dengan cara menjadikan pelajar yang lebih menonjol dan

mendapat markah yang tertinggi dalam kalangan mereka untuk menjadi guru muda sebagai

satu langkah membimbing. Setiap kumpulan akan disediakan seorang guru muda yang akan

menerima soalan daripada guru dan dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Program

ini biasanya dijalankan di luar waktu persekolahan bagi mengelakkan gangguan dalam

pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas. Hal ini akan memberikan ruang yang

lebih selesa kepada para pelajar untuk sama-sama menyumbang pendapat dan idea sesama

Page 2: Esei Sejarah g.c

mereka tanpa segan atau malu kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh guru muda tersebut

atau pun di dalam kumpulan mereka, maka guru muda akan berjumpa dengan guru subjek

pada keesokan harinya bagi mendapatkan penyelesaian. Guru muda akan menyampaikan

maklumat yang diperolehi kepada ahli dalam kumpulan mereka

“Mata Pelajaran Sejarah membosankan” ? Persoalan ini sering kita dengar. Sebagai

guru Sejarah, saya sentiasa cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang ‘ menyeronokkan’

di dalam kelas. Saya cuba mencipta pelbagai suasana belajar mengikut tahap penguasaan

pelajar. Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan ini, saya mestilah bersedia

sepenuhnya sebelum melangkah masuk ke bilik darjah. Persediaan yang saya maksudkan

ialah penulisan buku rekod mengajar, kesesuaian bahan bantu mengajar ( BBM) dan

penguasaan topik yang hendak diajar. Pelbagai inovasi boleh diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah yang biasa saya gunakan ialah kaedah lakonan,

nyanyian, kuiz spontan, bercerita serta pelbagai kaedah lain mengikut kesesuaian topik yang

diajar. Saya akan merasa puas hati apabila melihat para pelajar dapat menguasai dan

menghayati mata pelajaran.

Saya turut mengajar dengan menggunakan ‘power point’ khusunya bagi pelajar

tingkatan tiga semasa mengulang kaji topik-topik tingkatan satu dan tingkatan dua. ‘Power

point’ ini merangkumi semua sukatan pelajaran dan dilengkapi dengan pelbagai gambar dan

video. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai semua topik yang telah dipelajari.

Penggunaan ‘ power point’ akan menarik minat mereka kerana kaedah ini lebih ringkas dan

berkesan. Saya turut memuatkan gambar-gambar yang berkaitan topik yang diajar

berdasarkan buku teks dan sumber rujukan yang lain. Pada akhir pengajaran, saya akan

menayangkan soalan-soalan yang berkaitan topik yang dipelajari untuk menguji penguasaan

para pelajar. Kaedah yang digunakan ini memudahkan saya melaksanakan proses penilaian

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar dan menjimatkan masa saya kerana

saya tidak perlu mengarahkan pelajar membuka buku teks atau merujuk mana-mana sumber

lain pada waktu itu.

Selain itu, untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran sejarah ini, saya berusaha membawa pelajar melihat sendiri

bahan-bahan bersejarah yang terdapat di negara kita amnya dan negeri Terengganu

khususnya. Sebagai contoh, saya telah membawa rombongan pelajar melawat Muzium

Page 3: Esei Sejarah g.c

Negeri di Losong, Makam Tun Indera di Hulu Terengganu, Tempat batu bersurat dijumpai

dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Melalui kaedah lawatan ini, para pelajar dapat

memerhati dan membuat analisis tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.

Pada zaman ICT ini, saya telah menggunakan ‘facebook’ sebagai salah satu medium

untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Melalui laman

‘facebook’, saya menggalakkan pelajar saya memberikan respon kepada setiap soalan

perbincangan yang dikemukakan. Hal ini disebabkan majoriti pelajar saya mempunyai akaun

‘facebook’ dan ini merupakan salah satu peluang dan ruang yang ada untuk memudahkan

saya menyampaikan apa-apa sahaja perkara penting mengenai mata pelajaran Sejarah kepada

pelajar saya. Melalui laman ‘ facebook’ ini pelajar boleh memberikan jawapan dalam

bentuk huraian dan memudahkan saya mengenal pasti kelemahan mereka. Kelemahan ini

akan dibetulkan sama ada melalui ‘facebook’ tersebut atau pun di sekolah pada keesokan

harinya.

Saya juga telah menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk

“Bijak Sejarah” untuk diaplikasikan dalam kalangan pelajar sederhana dan lemah.

Penyediaan modul ini merupakan satu langkah yang diambil bertujuan menarik minat

pelajar-pelajar dari kelas tersebut agar meminati mata pelajaran ini dan berusaha bersungguh-

sungguh untuk mendapat keputusan terbaik sekurang-kurangnya gred ‘ C’ bagi mata

pelajaran ini. Modul ini juga bolah diaplikasikan oleh pelajar elit kerana saya telah

membinanya mengikut aras pencapaian pelajar. Kaedah pelaksanaannya berbeza antara kelas

elit, sederhana dan lemah walaupun menggunakan modul yang sama. Modul ini dibentuk

merangkumi keseluruhan isi kandungan buku teks. Hal ini bertujuan memastikan pelajar

membaca isi kandungan buku teks sepenuhnya.

Sebagai intihanya , bolehlah disimpulkan bahawa sebagai guru, kita perlulah

berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pelajar dan sentiasa menunjukkan kesungguhan

untuk meningkatkan tahap profesionalisme kita dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran agar mata pelajaran ini terus diminati dan dihayati semua sebagai warganegara

yang berjati diri.

Page 4: Esei Sejarah g.c

b) Harapan dan wawasan anda sebagai Guru Cemerlang

Sebagai Guru Cemerlang, saya amat berharap agar pada suatu hari nanti saya

terpilih menjadi salah seorang panel guru buku teks bagi mata pelajaran Sejarah . Hal ini

kerana saya amat berminat untuk menyebarkan ilmu Sejarah yang ada pada saya. Saya juga

bersyukur kerana mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran ‘wajib lulus’ dalam

peperiksaan SPM. Lebih daripada itu, saya akan cuba memasukkan elemen-elemen penting

yang perlu diketahui oleh semua pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan ringkas agar

dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua pelajar khasnya serta masyarakat

amnya. Saya tidak mahu pelajar keliru dengan fakta Sejarah sehingga timbul pelbagai

masalah atau salah faham yang akhirnya akan merugikan bangsa dan negara kita.

Sehubungan dengan itu, saya akan menyediakan ringkasan buku teks bagi semua tahap

bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.

Selain itu, saya akan berusaha untuk menjadi fasilitator mata pelajaran ini di

peringkat negeri dan juga menjadi pakar rujuk kepada semua guru Sejarah di Negeri

Terengganu. Dengan cara ini, saya akan dapat mengenali guru-guru Sejarah dan dapat

berinteraksi serta dapat bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Hal ini secara tidak

langsung akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam mata pelajaran

ini. Saya akan menganjurkan seminar untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru Sejarah bagi

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas memandangkan

mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM

khususnya. Oleh itu, setiap guru perlulah mahir menggunakan pendekatan yang sesuai bagi

menarik minat pelajar untuk terus mempelajari mata pelajaran dalam suasana yang kondusif.

Sebagai Guru Cemerlang juga, saya akan menyediakan modul khas yang boleh

dijadikan bahan rujukan oleh guru-guru Sejarah selain buku teks yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan cara ini, saya akan dapat memanfaatkan guru dan

murid agar boleh mempelajari mata pelajaran ini dengan kaedah yang lebih mudah. Saya

akan memuatkan isi kandungan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah dan mengikut

silibus yang sepatutnya. Modul yang dihasilkan ini diharapkan akan dapat membantu pelajar

di seluruh Negeri Terengganu dan negara serta dijadikan bahan rujukan oleh mereka

khususnya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya akan

membuat rujukan yang terperinci bagi memastikan modul yang dihasilkan ini adalah tepat

dan padat serta menpunyai fakta yang tidak bercanggah dengan fakta sebenar.

Page 5: Esei Sejarah g.c

Sebagai Guru Cemerlang mata pelajaran Sejarah, saya berhasrat untuk melahirkan

pelajar yang mempunyai sifat patriotik , sayang akan negara,bangsa dan tanah air. Hal ini

secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cinta akan keamanan dan keharmonian.

Oleh itu, sudah pasti mereka akan bersama-sama berganding bahu mempertahankan negara

daripada ancaman pelbagai pihak yang cuba mengganggu-gugat suasana politik negara yang

aman ini. Kesan daripada itu diharapkan tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan dan tunjuk

perasaan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kestabilan

negara. Diharapkan agar generasi yang mempelajari mata pelajaran Sejarah ini akan sentiasa

menjaga keamanan negara agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali dan kita dapat

belajar daripada kesilapan masa lalu. Sudah tentulah mereka akan bersatu-padu dan berusaha

sedaya mungkin bagi mengelakkan negara kembali dijajah atau ditadbir oleh kuasa asing.

Sebagai Guru Cemerlang mata pelajaran Sejarah juga, saya amat berharap agar

saya mampu melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berpandangan jauh untuk menjadi

seorang pemimpin yang disegani pada suatu hari nanti. Amatlah diharapkan agar mereka ini

akan berusaha menjadi yang terbaik berdasarkan contoh-contoh tokoh negara yang telah

dipelajari sebelum ini seperti Allahyarham Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun Abd.

Razak bin Husein, Tun H.S Lee dan pemimpin-pemimpin yang telah berjaya menjadi

pemimpin yang berjasa kepada negara. Contoh-contoh sebeginilah yang boleh kita tonjolkan

agar dapat menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak muda kita untuk terus

berjuang bagi meletakkan negara sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Saya juga

berharap agar pada suatu hari nanti generasi yang mempelajari mata pelajaran Sejarah ini

akan dapat melahirkan ‘Dr. Mahathir Junior’, iaitu seorang pemimpin yang bijak dan

berkaliber dengan buah fikiran yang mantap dan berpendirian teguh serta disegani oleh

semua pemimpin lain di dunia. Kebijaksaan beliau telah meletakkan negara kita kepada

satu tahap yang amat dibanggakan.

Justeru, saya amat berharap agar cita-cita saya untuk menjadi Guru Cemerlang

yang berwibawa tercapai dan semua hasrat yang dicitakan itu dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Saya juga berharap agar mata pelajaran Sejarah ini diperkenalkan juga di peringkat

tadika lagi bagi menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, bak kata

pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya hasrat saya tercapai, dapatlah saya

berganding bahu dengan guru-guru yang berkaliber, berkongsi ilmu dan membina modul

pengajaran terbaik serta menjadi sumber rujukan semua guru Sejarah dan pelajar di Negeri

Terengganu khususnya dan Negara Malaysia amnya. Pada saya tiada yang mustahil di dunia

Page 6: Esei Sejarah g.c

ini, jadi ruyung perlu dipecahkan untuk mendapat sagunya. Nak seribu daya, tak nak seribu

dalih. Yang penting, usaha besungguh-sungguh harus dilakukan secara ‘istiqamah’.

Page 7: Esei Sejarah g.c

27. Inovasi berkaitan mata pelajaran / bidang kepakaran yang telah dihasilkan bagi tahun

2009, 2010 dan 2011 ( huraikan)

Bil

Tahun Inovasi Catatan

1 2009Inovasi Pengajaran dan PembelajaranMemperkenalkan kaedah Lakonan.Tujuan Memperlihatkan suasana sebenar kepada pelajarHuraian:Sebagai contoh, dalam Bab dua, Tingkatan Tiga. Saya cuba mewujudkan suasana penentangan rakyat terhadap Malayan Union dengan meminta pelajar menbawa kain putih, kertas majong, batang penyapu,songkok semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menyiapkan dialog dan meminta pelajar melakonkan suasana tentangan rakyat terhadap Malayan Union 1946. Pelajar lelaki melilitkan kain putih pada songkok mereka tanda berkabung. Sebahagian pelajar menyiapkan sepanduk mengecam Sir Harold Mac Micheal dan berarak di dalam kelas.

Pelajar dapat menghayati perjuagan rakyat mmenentang Malayan Union

2 2010Inovasi Modul PengajaranTujuan : Pelajar menguasai keseluruhan buku teksHuraian :Kebanyakan buku kerja/ bahan pengajaran yang terdapat di pasaran tidak memasukkan keseluruhan kandungan buku teks. Buku teks sejarah dilengkapi dengan Isi, huraian dan rentetan cerita. Disamping itu terdapat juga tambahan lain seperti info arkib,takrif kata,pustaka ilmu dan amanat pemimpin. Soalan peperiksaan juga merangkumi isi-isi tambahan ini. Saya melakukan inovasi dengan menghasilkan modul yang merangkumi semua isi buku teks dan semua tambahan-tambahan maklumat. Modul-modul ini saya namakan ‘Bijak Sejarah’. Modul ini merangkumi Modul Pengajaran Tingkatan Tiga, Modul Pengajaran Tingkatan Dua dan Modul Pengajaran Satu.

Pelajar dapat menjawab soalan PMR dengan tepat dan mendapat keputusan terbaik.

3 2011Inovasi bahan : Sudut Sejarah di dalam KelasTujuan: Memudahkan pelajar mendapat maklumatHuraian:Mewujudkan satu Sudut Sejarah di dalam kelas. Sudut Sejarah ini dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan bahan pengajaran Sejarah. Sebuah meja diletakkan di sudut kelas. Bahan-bahan sejarah diletakkan di atas meja dan juga ditampal pada ruang yang telah disediakan. Tiga orang pelajar dilantik untuk menyelia sudut ini dengan menambah, menyusun dan menghias bahan yang diberikan oleh guru atau pun rakan mereka.Ini memudahkan pelajar membuat rujukan dan mencari

Murid merasa seronok kerana dapat memberi sumbangan kepada rakan mereka di samping dapat maklumat –maklumat tambahan.

Page 8: Esei Sejarah g.c

fakta-fakta sejarah26. Anugerah/Penghargaan/ Sijil Kepujian yang telah diterima bagi tahun 2009,2010 dan

2011

Bil. Nama Peringkat Tahun

1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM 2011

2 Anugerah Guru Cemerlang Akademik Daerah Marang ( Kategori Sekolah Menengah)

Daerah 2011

3 Penghargaan Sebagai Penceramah Kursus Perkahwinan

Negeri 2009-2011

4 Penghargaan sebagai Penceramah LADAP di SMK Belara

Daerah 2011

5 Penghargaan Sebagai penceramah Kem Menjawab Sejarah SMK Wakaf Tapai

Daerah 2011

6 Penghargaan sebagai urusetia kem tutorial PMR Daerah Marang

Daerah 2011

7 Penghargaan sebagai Penceramah Teknik Menjawab Sejarah PMR SMK Seri Payong

Daerah 2011

8 Penghargaan Sebagai Penceramah T Menjawab Sejarah SMKA dirian Guling

Daerah 2010

9 Penghargaan sebagai Penceramah Kursus Pengimarahan Masjid

Negeri 2010

10 Penghargaan Sebagai Panel Pembinaan Modul Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Tingkatan 2

Kebangsaan 2011

11 Penghargaan Perkhidmatan Akademik Sekolah 2010

12 Penghargaan Cemerlang Akademik sekolah 2010

13 Penghargaan Sebagai Penceramah Motivasi di S.K Pasir Tinggi dan SM Imtiaz K.Berang

Daerah 2009