Upload
dangque
View
213
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ESTATE PLANNING
www.arlcsolutions.com
Prophet Muhammad SAW said,
“It is not rightful for a Muslim person, if he has anything to bequeath, that he
sleeps two consecutive nights without having a Will written with him.”
(Narrated Abdullah bin Umar Bukhari, Volume 4, Book 51, Number 1)
Muslims are encouraged to be in this world as a stranger or a wayfarer. When evening comes, we do not expect to live till morning, and when morning comes, we do not expect to live till evening.
Almost everyone owns an estate. Your estate comprises everything you own such as your
car, home, other real estate, checking and savings accounts, investments, furniture,
personal possessions. What will happen to your estate when you die?
Death is the only constant and it is good to decide how your estate will be distributed
while you’re still alive. This process is called estate planning. Muslims believe that Allah
SWT is the owner of all wealth and property. Humans are just the trustees. Thus, the
estate must be disseminated according to Allah’s commands, which promote justice and
equity. There are many tools that can be used such as Syariah-compliant Wills, Nuzriah and
Hibah Ar-Ruqbah.
Will/Wasiat
A Will or Wasiat is a set of instructions you leave behind when you die, for your appointed
trustees or guardians for the benefit of your loved ones. These instructions deal with the
distribution of your estate among beneficiaries, and also deal with your instructions on
who is to take care of the young and pay for their education or maintenance, paying off
debts, elderly care and funeral arrangements.
Writing a Will has many benefits. With a Will, you can:
Ensure a faster, cheaper process upon death
Choose Executors you trust to handle your affairs after you die
Choose Guardians to raise your young children after both parents die
Prevent potential family conflicts & fitnah
Express ourselves to relations after death
If you do not write a Will or have an improper one, intestacy occurs.
You may write a Wasiat if you:
Are a Singapore citizen
Are above 21 years
Are a Muslim
Understand the purpose of making a Wasiat
No Will/ Improper Will (Intestate) Properly-Drafted Will (Testate)
Full distribution under Faraidh
under Faraidh
option for non-Beneficiaries or
option of other documents like Hibah
No chance for expressionExpress anything & everything you
wish to specific individuals
Potential Administrators apply & Court appointsYou choose your Executors
Court appointment takes average
6 mths to 1.5 yrs
Grant of Probate takes average
only 4 to 8 mths
Cost is above $3500 Cost is above $2500
Don’t wait any longer. You cannot predict the future. Engage a lawyer and write a will
when you have the ability and means to do so.
A Hibah, in Arabic, means ‘Gift’. A Hibah
document is accordingly a Deed of Gift,
which is prepared jointly with a Wasiat.
The Hibah Trust Deed is not a Wakaf or
Nazar. The Hibah Ar-Ruqbah is a
conditional gift that is returnable if the
recipient predeceases the giver. For
example, in the Hibzah document itself,
the Donor says,
What is a Hibah Ar-Ruqbah?
Hibah Ar-Ruqbah
“I give this land to you while you are alive,
but if you predecease me the land must be
returned to me, and if I predecease you,
the land is for you.” From the latest case
law, it is clear that the concept of a Hibah
or a Deed of Gift is completely accepted in
Muslim Law which is the applicable law for
estate matters concerning Muslims, as
provided for under Section 111 of the AMLA.
Jointly-held property Non-joint property
The Al-Ruqba aspect of the Deed,
which literally means “waiting for
the other to die”, is a contract of gift
based on the survivorship principle:
the survivor (Donor or Donee) of the
gift contract will take the property
when one party dies. It is quite
similar to the survivorship principle
in the Joint Tenancy contract.
For Hibahs where the disposition
involves non-joint property, there is a
need to obtain consent of all
beneficiaries.
Otherwise, the Hibah would be
invalid.
What are the effects of Hibah Al Ruqba on the Faraid law distribution?
The assets under the Hibah do not form part of the net estate of the Deceased that is
to be distributed by Faraidh.
Must Hibah Al Ruqba beneficiaries be beneficiaries based on the Faraid law of distribution?
No, Hibah Al Ruqba beneficiaries are not confined to the beneficiaries based on the
Faraid law of distribution. The beneficiaries to a Hibah Al Ruqba can become legal
heirs, with their shares determined by the donor (deceased).
Estate Administration
What happens after death? People are encouraged to make a Will so that when they pass
on, their assets will be distributed to their loved ones in a manner in which they desire.
If you pass on without having first made a Will in Singapore, your estate and possessions
will be divided according to the law of intestacy. Under these rules there are no
guarantees that your estate shall be distributed as you would desire. If your loved one has
just passed on, the various applications are as follows:
Which one should you apply for?
Grant of Probate Grant of Letters of Administration
With Will Without Will
Grant of Letters of Administration with
Will Annexed
Grant of Letters of Administration
Invalid Will For Foreign Grants
PERANCANGAN HARTA
www.arlcsolutions.com
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak ada hak seorang Muslim yang mempunyai suatu barang yang akan diwasiatkannya,
ia bermalam selama dua malam kecuali wasiatnya itu ditulis di sisinya”
(Diriwayatkan Abdullah bin Umar r.a., Sahih Bukhari)
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari. Daripada lbnu 'Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar R.A pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu
untuk matimu.
Hampir setiap individu mempunyai harta. Harta anda boleh terdiri dari kenderaan, rumah, hartanah, pelbagai jenis akaun bank, pelaburan, perabot dan pemilikan peribadi. Apa akan terjadi apabila anda mati kelak?
Kematian adalah sesuatu yang akan pasti terjadi dan dari itu ada baiknya kita membuat keputusan untuk pembahagian harta semasa kita masih hidup.
Proses ini dinamakan Perancangan Harta. Sebagai Muslim, kita percaya bahawa Allah SWT adalah pemilik bagi seluruh kekayaan dan harta benda, sementara kita hanyalah pemegang amanah sahaja.
Dengan itu, harta-harta anda mestilah dibahagikan mengikut arahan Allah SWT secara adil dan saksama. Dalam hal ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai, seperti wasiat yang mematuhi Syariah, Nuzriah, dan Hibah Ar-Ruqbah.
Wasiat
Wasiat adalah sejenis dokumen yang mengandungi arahan yang akan ditinggalkan apabila kematian anda kelak. Ia akan dikendalikan oleh pemegang amanah yang telah dilantik atau penjaga anda sendiri, demi kepentingan orang-orang yang anda sayang.
Arahan tersebut boleh melibatkan tentang pembahagian harta kepada penerima wasiat, pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga si kecil, memberikan pendidikan dan penyelenggaran kepada mereka, pembayaran hutang, penjagaan orang tua atau pengurusan jenazah.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh dari membuat wasiat, antaranya:
Memastikan proses yang lancar dan lebih berpatutan apabila tiba kematian Memilih pengamanah yang anda percayai untuk menguruskan hal anda selepas kematian Memilih penjaga untuk membesarkan anak-anak anda apabila kedua ibubapa mati kelak Mengelakkan kemungkinan berlaku pertikaian atau fitnah dalam keluargaMembuat pernyataan kepada sanak saudara selepas kematian
Jika anda tidak membuat perancangan awal, maka terjadilah kematian yang tidak berwasiat.
Anda boleh meninggalkan wasiat jika anda:
Warga Singapura
Berumur lebih dari 21 tahun
Seorang Muslim
Faham tujuan membuat Wasiat
Jangan tunggu lagi! Anda tidak boleh menjangkakan masa depan anda. Gunakanlah perkhidmatan peguam dan turunkan wasiat semasa anda masih
berkemampuan dan berkeupayaan.
Wasiat bertulis dengan betulTiada wasiat/ Wasiat ralat
Pembahagian sepenuhnya secara Faraidh
Tiada peluang untuk buat pernyataan
Kemungkinan perlaksanaan pentadbir/
perlantikan mahkamah
Perlantikan Mahkamah memakan masa
purata 6 bulan ke 1.5 tahun
Kos melebihi $3,500
⅔ secara FaraidhPilihan ⅓ untuk bukan waris atau
pilihan untuk menyiapkan dokumen-dokumen lain seperti Hibah
Boleh buat apa jua penyataan
atau mewariskan kepada sesiapa
yang anda ingini
Anda boleh memilih
pemegang amanah anda
Sijil Pengesahan Wasiat akan mengambil
purata masa 4 bulan hingga 8 bulan
Kos melebihi $2,500
Hibah, dalam bahasa Arab, bermaksud 'Hadiah'. Dokumen Hibah turut dikenali sebagai Surat Ikatan Hadiah, yang disediakan bersama-sama Wasiat. Ianya bukan Wakaf atau Nazar. Hibah Ar-Ruqbah pula adalah hadiah bersyarat yang boleh dikembalikan jika penerima meninggal dunia terlebih dahulu daripada si pemberi. Sebagai contoh, dalam dokumen Hibah itu sendiri, Donor itu berkata, “Saya memberikan tanah ini kepada anda semasa anda masih hidup, tetapi jika anda meninggal dunia terlebih dahulu
Apa itu Hibah Ar-Ruqbah?
Hibah Ar-Ruqbah
dari saya, maka tanah itu harus dikembalikan kepada saya; dan jika saya terlebih dahulu meninggal dunia dari anda, maka tanah itu adalah untuk anda.” Daripada kes undang-undang terkini, ia adalah jelas bahawa konsep Hibah diterima sepenuhnya dalam undang-undang Islam, yang merupakan undang-undang yang terpakai bagi perkara-perkara harta dalam Islam, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA), Seksyen 111.
Harta Milik Bersama Harta Bukan Milik Bersama
Aspek Surat Ikatan atau Ar-Ruqbah
adalah kontrak hadiah berdasarkan
prinsip ‘survivorship'; yang masih
hidup, sama ada pemberi kuasa atau
penerima kuasa, akan mengambil
harta itu apabila salah satu pihak
meninggal duna. Ia adalah agak sama
dengan prinsip 'survivorship' dalam
kontrak Joint Tenancy.
Untuk Hibah di mana ia melibatkan
harta bukan milik bersama, maka
perlu mendapatkan persetujuan
semua waris.Jika tidak, Hibah akan menjadi tidak
sah.
Apakah kesan Hibah Ar-Ruqbah terhadap pembahagian mengikut hukum Faraidh?
Aset di dalam Hibah bukan sebahagian daripada harta pusaka si mati yang diedarkan
oleh Faraidh.
Mestikah penerima Hibah Ar-Ruqbah terdiri daripada ahli waris Faraidh?
Tidak, penerima Hibah Ar-Ruqbah tidak terhad kepada ahli waris Faraidh. Penerima
dalam Hibah Ar-Ruqbah boleh menjadi waris yang layak, dan bahagian mereka
ditetapkan oleh pemberi Hibah (si mati).
Pentadbiran Harta Pusaka
Apa yang berlaku selepas kematian? Orang ramai digalakkan untuk membuat wasiat supaya apabila mereka meninggal dunia, harta mereka akan diagihkan kepada yang tersayang dengan cara yang mereka inginkan.
Di Singapura, jika anda meninggal dunia tanpa membuat wasiat terlebih dahulu, harta anda akan dibahagikan mengikut undang-undang “Kematian Tanpa Wasiat”. Di bawah peraturan ini, tidak ada jaminan bahawa harta anda akan diagihkan seperti yang anda inginkan. Jika orang kesayangan anda baru sahaja meninggal dunia, beberapa cara boleh dilakukan seperti berikut:
Yang mana satu sesuai untuk anda?
Sijil Pengesahan Wasiat
Surat Kuasa Pentadbiran
Berwasiat Tanpa Wasiat
Surat Kuasa Pentadbiran berlampir dengan Wasiat
Surat Kuasa Pentadbiran
Wasiat yang Ralat Sijil Pengesahan Asing
Anda perlukan perkhidmatan guaman?
ARLC Solutions merupakan anak syarikat Abdul Rahman Law Corporation.
Perkhidmatan ini disediakan bertujuan untuk membantu anda dalam
menyediakan apa yang diperlukan, sama ada dokumen mahkamah
mahupun Perjanjian Korporat, supaya proses mahkamah tidak
membazirkan masa dan wang anda. Untuk mendapatkan maklumat terkini
tentang undang-undang, anda boleh mendaftar untuk seminar kami bagi
mendalami isu-isu undang-undang yang berkaitan.
Abdul Rahman Law Corporation (ARLC) adalah sebuah firma guaman butik
yang menawarkan perkhidmatan guaman menyeluruh untuk pelbagai
bidang amalan, dari perancangan harta hingga isu berlandaskan Syariah.
Jika anda sedang mencari amalan guaman sosial yang peka dan cemerlang,
ARLC adalah firma guaman yang sesuai untuk anda. Hubungi kami untuk
rundingan percuma hari ini.
Need Legal Services?
ARLC Solutions is a subsidiary of Abdul Rahman Law Corporation. Our
aim is to make your life easier. Whether you are representing yourself in
court or part of a law firm, we can save you hours of drafting time. We
do this by helping you prepare and draft everything you need whether
it’s court documents or Corporate Agreement for you to move things fast
and affordably. To keep updated on the law, you can sign up for our
seminars, which will help you understand the legal issues that impact
you.
Abdul Rahman Law Corporation (ARLC) is a boutique law firm that offers
comprehensive legal services across a range of practice areas, from
estate planning, probate and conveyancing to Syariah matters. If you’re
looking for a socially-conscious legal practice with uncompromising
standards of excellence, ARLC is definitely the law firm for you. Contact
us for a free consultation today.
www.arlcsolutions.com
Contact : +65 6240 6901
Email : [email protected]
Fax: +65 6240 6902
Mobile: +65 9066 4196