2
4.0 Fabrik yang Digunakan Fabrik merupakan bahan penting yang digunakan untuk membuat pakaian atau artikel kelengkapan rumah tangga. Fabrik boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu fabrik asli dan fabrik buatan manusia. Fabrik asli daripada tumbuhan dan hiawan seperti kapas, linen, sutera, dan benang sayat. Manakala fabrik buatan manusia daripada polyester dan nilon. Dalam pemilihan untuk membuat blaus ini, saya telah memilih fabrik dari jenis kapas. Saya memilih fabrik ini kerana ia licin, sejuk dan selesa apabila dipakai dan ia sesuai dengan gaya hidup pada masa kini yang aktif. Selain itu, fabrik dari jenis kapas juga sesuai untuk digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman. Fabrik kapas juga mudah diurus, mudah didapati dengan harga yang tidak begitu mahal. Dari segi corak pula, saya telah mengambil fabrik yang berwarna biru muda. Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik. Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepsnya. Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si pemakai. Warna boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Saya memilih fabrik yang berwarna biru muda kerana warna lembut ini akan menampakkan seseorang lebih gempal. Ia sesuai dipakai oleh orang yang kurus. Saya hanya memilih satu warna fabrik sahaja kerana pakaian yang mempunyai satu warna akan memberi ilusi

Fabrik Yang Digunakan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fabrik yang digunakan untuk menghasilkan blaus

Citation preview

4.0Fabrik yang Digunakan

Fabrik merupakan bahan penting yang digunakan untuk membuat pakaian atau artikel kelengkapan rumah tangga. Fabrik boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu fabrik asli dan fabrik buatan manusia. Fabrik asli daripada tumbuhan dan hiawan seperti kapas, linen, sutera, dan benang sayat. Manakala fabrik buatan manusia daripada polyester dan nilon.

Dalam pemilihan untuk membuat blaus ini, saya telah memilih fabrik dari jenis kapas. Saya memilih fabrik ini kerana ia licin, sejuk dan selesa apabila dipakai dan ia sesuai dengan gaya hidup pada masa kini yang aktif. Selain itu, fabrik dari jenis kapas juga sesuai untuk digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.

Fabrik kapas juga mudah diurus, mudah didapati dengan harga yang tidak begitu mahal. Dari segi corak pula, saya telah mengambil fabrik yang berwarna biru muda. Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik. Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepsnya. Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si pemakai.

Warna boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Saya memilih fabrik yang berwarna biru muda kerana warna lembut ini akan menampakkan seseorang lebih gempal. Ia sesuai dipakai oleh orang yang kurus. Saya hanya memilih satu warna fabrik sahaja kerana pakaian yang mempunyai satu warna akan memberi ilusi kelangsingan. Oleh yang demikian, fabrik yang dipilih untuk menghasilkan blaus ini adalah sesuai dipakai oleh orang yang kurus.