Upload
others
View
66
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BELIA MELAYU DI FELDA
BUKIT APING BARAT, KOTA TINGGI, JOHOR MEMILIH SEKTOR
PERTANIAN SEBAGAI SATU KERJAYA
ASADUL KHAIR BIN OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BELIA MELAYU
DI FELDA BUKIT APING BARAT, KOTA TINGGI, JOHOR MEMILIH SEKTOR PERTANIAN SEBAGAI SATU KERJAYA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya ASADUL KHAIR BIN OSMAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : KG PASIR SALAK, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK.. Tarikh : 21.04.2008
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR YAHYA BIN BUNTAT NAMA PENYELIA
Tarikh : 21.04.2008
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BELIA MELAYU DI FELDA
BUKIT APING BARAT, KOTA TINGGI, JOHOR MEMILIH SEKTOR
PERTANIAN SEBAGAI SATU KERJAYA
ASADUL KHAIR BIN OSMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahgian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan yang
tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : ASADUL KHAIR BIN OSMAN
Tarikh : 21.04.2008
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Untuk apak dan mak tercinta,
Osman bin Tais dan Jamaliah bt Hj Ahmad
Doa, dorongan dan pengorbanan
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih...
Untuk Adik-beradik yang disayangi,
Akak, Abang Zaiful, Abang Ngah, Kak Ngah Dan Wani
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang diingati,
PKPG SPH (MPT) 2005-2008
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
serta perkongsian suka dan duka bersama
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke Hadhrat Ilahi yang telah memberikan saya kekuatan untuk
menghasilkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah diamanahkan kepada kami.
Kami sebagai hambaNya hanya mengharapkan agar limpahan rahmatNya yang
berterusan akan mengiringi kami sehingga ke akhir hayat kami.
Terlebih dahulu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terimakasih yang tidak terhingga kepada Dr. Yahya bin Buntat selaku pensyarah
pembimbing saya yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar dalam
proses penghasilan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut memberikan kerjasama yang baik terutamanya semasa
proses menyediakan bahan-bahan rujukan. Di atas segala jasa baik kalian, semoga
Allah SWT akan membalasnya dengan balasan yang terbaik.
Yang benar,
Asadul Khair Bin Osman
PKPG Kemahiran Hidup (KH) 2005/2008
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi belia
melayu terhadap pemilihan sektor pertanian sebagai satu kerjaya. Bagi menjalankan
kajian ini, seramai 60 orang belia melayu berusia antara 15 hingga 40 tahun di
FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim telah menjadi subjek
kajian. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pengaruh minat, ganjaran, latar
belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya dalam pemilihan
sektor pertanian sebagai kerjaya. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal
selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data dan dibentangkan dalam bentuk
peratus dan min berdasarkan lima aspek iaitu pengaruh minat, ganjaran, latar
belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Nilai
kebolehpercayaan Alpha ialah 0.776. Semua data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan program Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0
untuk memperolehi frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati pengaruh
ganjaran dalam menjadikan sektor pertanian sebagai pilihan kerjaya mencatatkan
purata min yang tertinggi iaitu 3.78. Pengaruh minat dan latar belakang pendidikan
juga mencatatkan pengaruh yang tinggi. Namun begitu pengaruh yang sederhana
dicatatkan keatas pengaruh latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Diakhir kajian,
penyelidik telah mengekemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak
tertentu agar dapat memberikan persepsi yang positif kepada belia Melayu untuk
menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to survey the factors affecting Malay youth’s in
choosing agricultural sector as a career. To complete this research, 60 individuals
was selected between age 15 to 40 from FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi,
Johor as the subject to address the issues. The objective of this research was to study
the factors influence the interest, income, academic background, family background
and peer pressure for choosing agricultural sector as a career. The instrument used
was a set of questionnaire and was presented in terms of percentages and means
based on five aspects that is interest, reward, academic background, family
background and peer pressure. The Alpha reliability index of the pilot study was
0.776. The data were analyzed using SPSS version 13.0 to get its frequencies,
percentage and means. The result shows that income influence was the highest level
for choosing agriculture sector as a career which stated the average min 3.78. The
influence of interest and academic background also stated highest influence.
Nevertheless two other influences such as family background and peer pressure are
influence only at moderate level. Through the end of the study, recommendations
were suggested to change Malay youth’s view into a positive perception towards
making agriculture sector as a career.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Faktor 8
viii
1.8.2 Kerjaya 8
1.8.3 Minat 8
1.8.4 Rakan Sebaya 8
1.8.5 Sektor Pertanian 9
1.8.6 FELDA 9
1.8.7 Belia Melayu 9
1.8.8 Pengaruh 10
1.8.9 Keluarga 10
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengaruh Minat 12
2.3 Pengaruh Ganjaran 13
2.4 Pengaruh Latar Belakang Keluarga 15
2.5 Pengaruh Latar Belakang Pendidikan 17
2.6 Pengaruh Rakan Sebaya 19
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Populasi dan sampel Kajian 22
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Kajian Rintis 24
3.6 Prosedur Kajian 24
3.7 Analisis Data 25
3.8 Penutup 28
BAB 4
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 29
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 30
ix
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Jantina
30
4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Umur
30
4.2.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Latar Belakang Akademik
31
4.2.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis
Pekerjaan
32
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Bidang Pertanian Yang Diceburi
32
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pendapatan
33
4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 34
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 36
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 39
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 42
4.3.5 Persoalan Kajian Kelima 44
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 47
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan Kajian 50
5.2.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 50
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 51
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 53
5.3.1 Pengaruh Minat 53
5.3.2 Pengaruh Ganjaran 55
5.3.3 Pengaruh Latar Belakang Keluarga 56
5.3.4 Pengaruh Latar Belakang Pendidikan 58
5.3.5 Pengaruh Rakan Sebaya 61
x
5.4 Kesimpulan 61
5.5 Cadangan 62
5.5.1 Belia 63
5.5.2 Ibu Bapa 64
5.5.3 Kerajaan 64
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 65
5.7 Penutup 66
BIBLIOGRAFI
68
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
1.1 Jumlah Penduduk Mengikut Umur 3
1.2 Guna Tenaga Belia Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik 4
3.1 Skala Likert Beserta Dengan Lima Markah Skor 23
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 23
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 1 26
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 2 26
3.5 Perubahan Min dan Skala 27
3.6 Jadual Min 27
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina
30
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Umur
30
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Latar Belakang Akademik
31
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jenis Pekerjaan
32
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Bidang Pertanian Yang Diceburi
32
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jumlah Pendapatan Sebulan
33
4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Pengaruh Minat
34
xii
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Pengaruh Ganjaran
36
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Pengaruh Latar Belakang Keluarga
39
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Pengaruh Latar Belakang Pendidikan
42
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Pengaruh Rakan Sebaya
44
4.12 Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian
Persoalan Kajian
47
xiii
SENARAI SINGKATAN
FELDA - Federal Land Development Authority
RMK 9 - Rancangan Malaysia Ke Sembilan
SPSS - Statistical Package For Social Science
NGO - Non-Government Organizations
MARA - Majlis Amanah Rakyat
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Soal Selidik 75
B Surat Kebenaran Menjalankan PSM 84
C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di FELDA
Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor
85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Belia merupakan tonggak pembangunan ekonomi negara. Pelbagai program
dirancang khusus untuk pembangunan belia telah dijalankan kerana mereka bakal
menjadi pemimpin, golongan profesional, teknokrat dan tenaga kerja mahir pada
masa hadapan.
Aspirasi para belia dan penghayatan mereka terhadap Misi Nasional dan
Wawasan 2020 perlu dipupuk. Bakat dan kepimpinan mereka perlu diasuh dan
mereka harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara di peringkat
perancangan, kepimpinan dan pelaksanaan (Abdullah, 2006).
Pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing
negara. Oleh sebab itu keperluan guna tenaga terutamanya di kalangan belia yang
berkemahiran, produktif dan komited adalah amat penting untuk di bangunkan tidak
kira sama ada dalam sektor pertanian atau pembuatan. Ianya bertujuan bagi
memastikan pertumbuhan ekonomi negara berterusan seperti negara lain.
Perdana Menteri Yab Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 di
Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006, beliau menyatakan bahawa sektor pertanian
disasarkan akan berkembang sebanyak 5 peratus dan ianya akan diberi nafas baru
2
untuk menjadi tonggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Sektor pertanian merupakan
sumber kegiatan ekonomi utama masyarakat luar bandar. Oleh sebab itu, kerajaan
telah membangunkan program ‘Pertanian Baru’ dengan memberi tumpuan kepada
usaha meningkatkan nilai rantaian dan nilai tambah yang tinggi, perladangan
komersial berskala besar, menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi
dalam bioteknologi.
Oleh sebab itu, penyertaan golongan belia, khususnya menjadikan sektor
pertanian sebagai satu pilihan kerjaya, dilihat bukan saja menyahut seruan kerajaan
agar sektor pertanian negara disemarakkan, bahkan membuktikan belia di negara ini
tidak semua bermentaliti makan gaji, sebaliknya sanggup berdepan dengan cabaran
dalam dunia perniagaan, khususnya berasaskan pertanian. Menurut Azrina (2006),
mahasiswa universiti yang bakal menamatkan pengajian juga perlu didedahkan
kepada bidang pertanian. Mereka boleh memilih bidang pertanian sebagai salah satu
pilihan kerjaya. Jika ini berjaya, masalah 60,000 siswazah menganggur mungkin
boleh dikurangkan.
Kesedaran kerjaya pula merupakan kesedaran individu terhadap dunia
pekerjaan (Gribbons dan Lohnes,1982). Setelah seseorang individu itu mempunyai
kesedaran kerjaya, dia akan mengenali dan memahami pekerjaan serta mampu
membandingkan ciri-ciri yang ada pada dirinya dengan keperluan dan ciri-ciri
sesuatu pekerjaan. Perbandingan ini dibuat atas kesedaran tentang keperluan
mempunyai kerjaya dan juga apa yang ditawarkan oleh pekerjaan itu. Seseorang
individu akan mula mengidentifikasikan diri dengan sesuatu bidang perkerjaan yang
dia kenali dan sukai. Akhirnya ia akan mempengaruhi pilihan dan aspirasinya
terhadap sesuatu pekerjaan (Rohany, 2003)
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Golongan belia merupakan aset bernilai kerana mereka adalah pewaris yang
akan meneruskan kesinambungan pembangunan ekonomi negara. Program
pembangunan belia telah dirancang dengan khusus agar belia yang berdaya tahan
dapat dilahirkan dan seterusnya dapat menyumbang secara positif kepada
produktiviti negara.
Pada tahun 1995 adalah sejumlah 4.03 juta orang belia telah dicatat dan ianya
terdiri daripada kumpulan umur 15-24 tahun dan pada tahun 2000, jumlah ini telah
meningkat sebanyak 1.6 peratus menjadikan jumlahnya sebanyak 4.37 juta orang
seperti ditunjukkan pada jadual berikut :
Jadual 1.1 Jumlah Penduduk Mengikut Umur, 1995-2005
(Juta)
Kumpulan Umur 1995 % 2000 % 2005 %
Kurang daripada 15 7.18 34.1 7.71 33.1 8.15 31.3
15-24 4.03 19.5 4.37 18.8 4.98 19.1
25-39 4.98 24.1 5.4 23.3 5.83 22.4
Lebih daripada 39 4.49 21.7 5.79 24.8 7.07 27.2
Jumlah 20.68 100.0 23.27 100.0 26.03 100.0
Sumber : http://www.pmo.gov.my (Rancangan Malaysia Ke 8)
Berdasarkan jumlah belia yang dicatat pada tahun 2000, sebanyak 52.6
peratus atau 2.3 juta belia telah bekerja. Bakinya terdiri daripada mereka yang baru
tamat daripada institusi pendidikan dan latihan, pemohon kerja dan pelajar di
peringkat pendidikan menengah, kursus persediaan dan pendidikan di peringkat
tertinggi. Dibandingkan dengan jumlah tenaga kerja, belia menganggur merupakan
67.5 peratus daripada jumlah pengangguran atau 7.8 peratus daripada tenaga kerja
belia pada tahun 2000.
Kebanyakan belia tahun 2000 dilihat lebih berminat bekerja di sektor
pembuatan, berdasarkan kemungkinan peluang pekerjaan yang lebih luas dalam
sektor ini dan diikuti dengan sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan
4
perikanan, iaitu kira-kira 29.9 peratus dan sektor perdagangan borong dan runcit.
Kenyataan ini dapat diperlihatkan melalui data di bawah:
Jadual 1.2 : Guna Tenaga Belia Mengikut Sektor Dan Kumpulan Etnik Tahun 2000
Sektor Bumiputera Cina India Lain-
lain Jumlah
Pertanian, Perhutanan,
Ternakan dan Perikanan 24.4 11.0 15.5 60.0 29.9
Perlombongan dan Kuari 0.2 0.2 - 0.3 0.2
Pembuatan 36.0 32.4 55.3 24.0 34.1
Elektrik, Gas dan Air 0.2 - 0.2 - 0.1
Pembinaan 6.3 10.0 3.0 3.0 5.8
Perdagangan Borong dan
Runcit, Hotel dan Restoran 16.3 24.9 9.0 5.5 14.5
Pengangkutan, Penyimpanan
dan Komunikasi 2.9 1.9 3.9 0.9 2.5
Kewangan, Insuran,
Hartanah dan Perkhidmatan
Perniagaan
2.0 3.5 3.2 0.2 2.0
Perkhidmatan yang lain 11.7 16.1 9.9 6.1 10.9
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Sumber : http://www.pmo.gov.my (Rancangan Malaysia Ke 8)
Sektor pertanian antara yang sedang rancak dibangunkan oleh pihak kerajaan
meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah bernilai 16.9
bilion ringgit pada tahun 2005, dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru
secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang (RMK ke 9, 2006).
Namun yang demikian sumbangan belia di Malaysia untuk menjadikan sektor
pertanian sebagai pilihan kerjaya kurang mendapat perhatian. Masalah dihadapi oleh
kebanyakan belia hari ini adalah kurangnya pendedahan dan dorongan dalam
membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat kebolehan, bakat dan
sahsiah peribadi mereka. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan
5
kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan hala
tuju kehidupan seseorang individu. Jika tersalah mengatur strategi dan tersalah
memilih kerjaya kemungkinan menyebabkan seseorang itu merasa tertekan bosan
semasa bekerja (Dewan Siswa, 1997).
Walaupun kerajaan pada masa kini menyediakan pelbagai peruntukan untuk
menggalakkan belia negara menceburi bidang pertanian, namun kebanyakan mereka
masih berminat untuk bekerja di sektor pembuatan, ianya memberikan peluang yang
lebih luas dalam sektor ini dan memberi pendapatan yang agak lumayan kepada
mereka. Peratusan belia yang bekerja dalam sektor pertanian juga dilihat semakin
berkurangan disebabkan permintaan buruh tempatan dalam sektor ini kurang
mendapat perhatian serta ditambah pula dengan penghijrahan belia untuk bekerja di
bandar (Karim dan Hamizar, 2001).
Disamping itu tanggapan belia yang kerap menganggap sektor pertanian tidak
mampu memberi jaminan masa depan yang baik kepada mereka. Mereka lebih
berminat untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan
pendapatan yang tetap.
1.3 Pernyataan Masalah
Keupayaan belia dalam membuat pemilihan untuk sesuatu kerjaya itu dilihat
tidak seimbang dan kurang mendapat perhatian. Kebanyakan mereka pada hari ini
kurang berminat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian. Malahan ramai
graduan pertanian pun tidak menjadi petani. Sesuatu perlu dilakukan bagi
menggalakkan dan memotivasi belia supaya mereka menceburi bidang ini.
Oleh sebab itu, penyelidik merasakan satu penyelidikan perlu dijalankan bagi
melihat faktor-faktor yang mempengaruhi golongan belia di FELDA Bukit Aping
Barat, Kota Tinggi, Johor terhadap pemilihan sektor pertanian sebagai satu kerjaya
dari aspek pengaruh minat, ganjaran, latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan dan rakan sebaya yang menyebabkan golongan belia memilih kerjaya ini.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengenal pasti pengaruh minat terhadap pemilihan kerjaya belia
dalam sektor pertanian.
1.4.2 Mengenal pasti pengaruh ganjaran terhadap pemilihan kerjaya belia
dalam sektor pertanian.
1.4.3 Mengenal pasti pengaruh latar belakang keluarga terhadap pemilihan
kerjaya belia dalam sektor pertanian.
1.4.4 Mengenal pasti pengaruh latar belakang pendidikan terhadap
pemilihan kerjaya belia dalam sektor pertanian.
1.4.5 Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap pemilihan kerjaya
belia dalam sektor pertanian.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah faktor minat mempengaruhi para belia memilih sektor
pertanian sebagai satu kerjaya?
1.5.2 Apakah faktor ganjaran mempengaruhi para belia memilih sektor
pertanian sebagai satu kerjaya?
1.5.3 Apakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi para belia
memilih sektor pertanian sebagai satu kerjaya?
1.5.4 Apakah faktor latar belakang pendidikan mempengaruhi para belia
memilih sektor pertanian sebagai satu kerjaya?
1.5.5 Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi para belia memilih sektor
pertanian sebagai satu kerjaya?
7
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi belia
melayu Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor terhadap pemilihan kerjaya
dalam sektor pertanian. Oleh yang demikian penyelidik berharap dapatan daripada
hasil kajian ini akan berguna untuk mencari langkah-langkah yang lebih berkesan
oleh semua pihak agar dapat menarik lebih ramai para belia melayu khususnya agar
mereka menjadikan sektor pertanian sebagai satu kerjaya khususnya kepada pihak
pengurusan FELDA serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat serta
pengkaji masa depan
1.7 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti didalam kajian ini.
Kajian ini dijalankan di sekitar FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor.
Sampel kajian ialah belia melayu yang bekerja didalam sektor pertanian iaitu dalam
bidang penternakan, kraftangan, herba, makanan, pertanian (perladangan),
perusahaan kecil dan sederhana. Subjek kajian pula adalah belia melayu yang
berumur diantara 15 hingga 40 tahun yang menjadikan sektor pertanian sebagai
pilihan kerjaya.
1.8 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa istilah yang perlu
difahami maksudnya yang sebenar.
8
1.8.1 Faktor
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), faktor ialah unsur atau sebab
yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Dalam kajian ini, faktor membawa maksud
unsur yang mempengaruhi belia melayu Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor
terhadap pemilihan sektor pertanian sebagai satu kerjaya yang meliputi pengaruh
minat, ganjaran, rakan sebaya, latar belakang keluarga dan latar belakang pendidikan.
1.8.2 Kerjaya
Definisi kerjaya menurut Zaa’ba adalah penglibatan yang berterusan serta
perkembangan dan kemajuan seseorang dalam sesuatu profesion (lapangan
pekerjaan, kegiatan dan lain-lain). Manakala Kamus Dewan (2002) pula
mentafsirkan kerjaya sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu
lapangan kehidupan.
1.8.3 Minat
Minat yang dimaksudkan ialah keinginan atau kecenderungan belia dalam
memilih bidang pertanian sebagai satu bidang pekerjaan. Minat memainkan peranan
yang penting dalam menentukan kejayaan seseuatu proses pembelajaran dan amat
mempengaruhi pencapaian seseorang dalam pelajaran itu sendiri. (Abu Zahari, 1987)
1.8.4 Rakan Sebaya
Menurut Kamus Dewan. edisi ketiga (2002), rakan ialah sahabat handai,
teman sepermainan atau teman sekerja. Dalam kajian ini rakan sebaya bermaksud
teman yang mempunyai umur dan minat lebih kurang sama.
9
1.8.5 Sektor Pertanian
Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), menyatakan sektor bermaksud bidang
sesuatu usaha atau kegiatan manakala pertanian bermaksud perusahaan bercucuk
tanam. Berdasarkan kajian ini, istilah sektor pertanian didefinisikan sebagai bidang
sesuatu usaha atau kegiatan dalam perusahaan berasaskan pertanian (seperti
penternakan, kraftangan, herba, makanan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana)
1.8.6 FELDA
Akronim bagi Federal Land Development Authority atau Lembaga kemajuan
tanah persekutuan (LKTP) yang ditubuhkan pada 1 julai 1956 dibawah Ordinan
Kemajuan Tanah 1956. Tujuan penubuhan FELDA adalah untuk membangunkan
kawasan luar bandar sebagai kawasan pertanian yang berdaya maju (Malaysia,
1991). Felda juga menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju, produktif dan
berdisiplin untuk meningkatkan taraf hidup dan menjamin kehidupan yang lebih
sempurna bertepatan dengan visi yang telah dibentuk oleh FELDA.
1.8.7 Belia Melayu
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), belia bermaksud muda belia,
sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda
dan pemudi. Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam
kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang
yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Belia Melayu yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah belia berbangsa Melayu yang pernah atau sedang bekerja samada
dalam sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri dan menetap di FELDA Bukit
Aping Barat, Kota Tinggi, Johor.
10
1.8.8 Pengaruh
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), pengaruh ditakrifkan sebagai
secara spritual atau keyakinan secara moral, kuasa yang mendatangkan kesan melalui
cara yang tidak dapat dilihat. Dalam erti kata lain, pengaruh sebagai usaha atau
keyakinan secara moral, kuasa dan autoriti yang mendatangkan kesan
1.8.9 Keluarga
Pertalian keluarga iaitu mana-nama individu yang mempunyai pertalian darah
dan kekeluargaan dengan belia sama ada ayah, ibu, adik beradik, datuk, nenek dan
saudara mara sebelah ayah atau ibu.