Upload
lydien
View
274
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DARJAH LIMA
TERHADAP KRITERIA PEMILIHAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR.
NURUL AIN BT OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Psz 19:16 (pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DARJAH LIMA
TERHADAP KRITERIA PEMILIHAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
NURUL AIN BT OSMAN Saya
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_______________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Nama Penyelia
Tarikh : 20 APRIL 2009 Tarikh : ____20 APRIL 2009_____
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
No. 200, Jalan Indah 2,
Taman Koguna Indah,
Kpg Makam,
81900 Kota Tinggi, Johor.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ………………………...........................
Nama Penyelia: EN. MOHD RIZAL B. MOHD SAID
Tarikh : ………………………............................
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DARJAH LIMA
TERHADAP KRITERIA PEMILIHAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR
NURUL AIN BT OSMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : NURUL AIN BT OSMAN
Tarikh : …………………………………….
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Osman bin Buran
Kubrabi bt Samsoodin
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.
Buat kakanda dan adindaku,
Asrin bin Osman
Azhar bin Osman
Nurul Hidayah bt Osman
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan izinNya memberi kekuatan
dan ketabahan hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah
embimbing, Encik Mohd Rizal bin Mohd Said, yang begitu banyak membimbing
dan membantu dengan curahan idea-idea bernas dan menarik. Terima kasih di atas
bimbingan yang tidak jemu-jemu diberikan.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pengetua dan guru-guru serta pelajar-
pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor dan Sekolah
Kebangsaan Taman Universiti 4, Skudai kerana telah bekerjasama kepada pengkaji
untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah berkenaan.
Akhir kata, semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas mereka
yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Laporan Projek Sarjana Muda
ini. Amin…..
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada ilmu
pengetahuan pemakanan seimbang, rakan sebaya, kebersihan kantin, kebersihan
makanan dan kebersihan pekerja kantin mempengaruhi pemilihan makanan pelajar
darjah lima di kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru. Seramai 103
orang pelajar dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan satu
instrumen kajian iaitu soal selidik. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu
set borang soal selidik kepada responden. Data telah dianalisis berdasarkan peratusan
dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences ( SPSS ) 15.0
For Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kebersihan makanan,
kebersihan kantin dan kebersihan pekerja kantin berada pada tahap tinggi di mana ia
merupakan faktor penting yang mempengaruhi pelajar darjah lima dalam pemilihan
makanan mereka. Manakala, faktor ilmu pengetahuan pemakanan seimbang berada
pada tahap sederhana dan rakan sebaya berada pada tahap rendah. Kajian ini juga
diharap dapat memberikan panduan kepada pihak tertentu dalam membantu pelajar
membuat pemilihan makanan mereka semasa berada di kantin sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to study the dietary food knowledge, peers, food
cleanliness, canteen cleanliness and canteen workers cleanliness that influence food
choices among standard five students in Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor
canteen. 103 students were choosen as respondents for this research. Questionnaires
was used as the research instrument. The information was analyzed using a Statistical
Package For Social Sciences ( SPSS ) 15.0 For Windows software to calculate the
percentage. The results shows that the food cleanliness, canteen cleanliness and
canteen workers cleanliness was a high level in influence food choices among
standard five students. But one factors such as dietary food knowledge are influence
only at moderate level and peers only at low level. This research’s result was hoped
to be able to guide all related personnel in helping students to make a good choices in
school canteen.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
viii
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Operasional 13
1.8.1 Persepsi 13
1.8.2 Kriteria 13
1.8.3 Rakan sebaya 13
1.8.4 Makanan 14
1.9 Penutup 14
BAHAGIAN DUA
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Ilmu pengetahuan pemakanan seimbang 16
2.3 Rakan sebaya 18
2.4 Kebersihan kantin 21
2.5 Kebersihan makanan 22
2.6 Kebersihan pekerja kantin 23
2.6 Penutup 25
ix
BAHAGIAN TIGA
3 METODOLOGI 26
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Bahagian A 29
3.5.2 Bahagian B 29
3.6 Keesahan Item Soal Selidik 33
3.7 Kajian Rintis 33
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34
3.9 Prosedur Kajian 34
3.10 Kaedah Pengumpulan Data 37
3.11 Analisis Data 37
3.12 Penutup 38
BAHAGIAN EMPAT
4 ANALISIS DATA 39
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 40
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Bangsa 41
4.2.3 Agama 41
x
4.3 Analisis Bahagian B: Persoalan Kajian 42
4.3.1 Analisis Persoalan 1 44
4.3.2 Analisis Persoalan 2 48
4.3.3 Analisis Persoalan 3 51
4.3.4 Analisis Persoalan 4 55
4.3.5 Analisis Persoalan 5 58
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 62
4.4.1 Bahagian A 62
4.4.2 Bahagian B 63
4.5 Penutup 64
BAHAGIAN LIMA
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 65
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 65
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 66
5.2.1 Rumusan Bahagian A: 66
Latar Belakang Responden
5.2.2 Rumusan Bahagian B: 67
Persoalan Kajian
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Persoalan Kajian 1 68
5.3.2 Persoalan Kajian 2 69
5.3.3 Persoalan Kajian 3 70
5.3.4 Persoalan Kajian 4 72
5.3.5 Persoalan Kajian 5 73
xi
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Kajian Untuk Sasaran Kajian 74
5.4.2 Kajian Untuk Kajian Lanjutan 76
5.5 Kesimpulan 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN A-G 79
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Kes keracunan makanan di sekolah seluruh negara 7
1.2 Statistik kes keracunan di sekolah dalam negeri Johor 7
2008
2.1 Pelan pemakanan bagi keperluan nutrien harian 16
kanak-kanak
3.1 Bilangan pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan 27
Kangkar Pulai
3.2 Pembahagian item bahagian A mengikut latar belakang 29
responden
3.3 Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan 29
dalam kajian
3.4 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 30
3.5 Penentuan tahap peratusan 37
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 39
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 40
4.3 Taburan responden berdasarkan agama 40
4.4 Item-item mengikut persoalan kajian 41
4.5 Taburan responden mengikut frekuensi dan peratusan 42
bagi faktor ilmu pengetahuan tentang pemakanan
seimbang
4.6 Taburan responden mengikut frekuensi dan peratusan 46
bagi faktor rakan sebaya
xiii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.7 Taburan responden mengikut frekuensi dan peratusan 49
bagi faktor kebersihan kantin
4.8 Taburan responden mengikut frekuensi dan peratusan 52
bagi faktor kebersihan makanan
4.9 Taburan responden mengikut frekuensi dan peratusan 55
bagi faktor kebersihan pekerja kantin
4.10 Nilai peratus keseluruhan peratus pembolehubah yang 59
dikaji
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik
Lampiran C Nilai Peratusan
Lampiran D Surat Akuan Pelajar
Lampiran E Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
Lampiran F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Makanan dapat ditakrifkan sebagai sebarang cecair atau pepejal yang apabila
dimakan, membolehkan tubuh membesar, menyediakan tenaga dan mengambil
bahagian dalam pengawalan proses metabolisme tubuh dan seterusnya mengekalkan
kehidupan dengan sempurna (Asmah dan Kamalita, 1998). Pengambilan makanan
yang seimbang dan bersih dapat menjamin kesihatan individu (Zainab, 2001). Ini
disebabkan makanan sangat mempengaruhi tubuh badan individu, sama ada mereka
akan sihat atau sebaliknya.
Selain itu, makanan juga merupakan keperluan paling asas bagi manusia. Ini
dijelaskan oleh Maslow dalam piramid hirearki keperluan manusia. Menurut
Maslow, manusia perlu memenuhi keperluan pada tahap yang rendah sebelum
mencapai tahap yang paling tinggi (Waller,1996). Penyataan ini disokong oleh
Madden (1980) yang menyatakan semua benda hidup memerlukan makanan untuk
membolehkan proses-proses pengendalian berlaku dengan normal dalam tubuh
2
badan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa makanan adalah sangat penting bagi setiap
individu untuk hidup dan menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Individu yang hilang selera untuk makan disebabkan penderitaan (Grindel,
Whitmer, & Barsevick, 1996), terutamanya apabila di kelilingi budaya sosial dan
makanan yang tidak sesuai dengan diri mereka (Hoffman, 1989; Ehrenpreis & Hilf,
1998), akan menyebabkan individu tersebut mengalami satu masalah yang besar.
Mereka akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan sikap mereka tersebut
terhadap makanan yang ada di persekitaran. Oleh itu, tidak kira di mana sahaja kita
berada, kita mestilah dapat menyesuaikan diri dengan makanan yang terdapat di
sekeliling kita agar tubuh kita sentiasa sihat dan tidak mempengaruhi aktiviti
seharian.
Roberts dan William (1996), mengatakan walaupun pemilihan makanan
manusia bergantung pada tahap kegemaran manusia ke atas sesuatu makanan tetapi
kadang kala pemilihan makanan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti
status sosial dan perbelanjaan, kebudayaan, kepercayaan agama, sekatan masa,
kepentingan kesihatan, pengaruh iklan dan sebagainya. Pemilihan makanan oleh
seseorang amatlah penting khususnya kanak-kanak kerana ia akan menjadi tabiat
mereka sehingga dewasa dan tua kelak. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-
anak mereka agar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat kerana kebanyakan
pemilihan makanan yang dilakukan oleh anak-anak dipengaruhi oleh ibu bapa
mereka.
Faktor status sosial dan perbelanjaan merupakan antara faktor utama yang
dapat mempengaruhi seseorang individu untuk membuat pemilihan makanan. Kajian
yang dibuat oleh Verhoeven (2000) menunjukkan bahawa ia bergantung kepada
jumlah pendapatan ibu bapa mereka. Sekiranya individu berasal dari keluarga yang
berkemampuan, maka peluang mereka untuk membeli makanan yang lebih baik dan
berkualiti adalah lebih tinggi. Manakala individu yang berasal dari keluarga yang
berpendapatan rendah seringkali tidak dapat makanan yang terbaik dan hanya
3
mampu membeli makanan yang murah. Keadaan ini dapat mempengaruhi kesihatan
mereka pada masa akan datang.
Selain daripada itu, faktor kebersihan juga merupakan salah satu penyumbang
utama dalam kriteria pemilihan makanan. Staffleu (1996) menyatakan bahawa
wanita dan pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang
kesihatan lebih menitikberatkan aspek kebersihan. Dalam konteks kajian ini, pelajar
dianggap sebagai pengguna yang akan mengelakkan diri mereka daripada mengambil
makanan yang kotor dan tidak terjamin akan kebersihan makanan tersebut. Oleh itu,
pengguna tidak akan membeli makanan yang dijual di kantin sekolah apabila
mendapati peralatan yang digunakan dan kantin itu sendiri tidak berada di dalam
keadaan yang bersih.
Terdapat satu akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan bertujuan untuk
melindungi orang ramai atau pengguna daripada tindakan yang membahayakan
kesihatan dan penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan Makanan meliputi semua negeri di
Malaysia (Mohd Hamdan, 1990). Kerajaan telah menyediakan langkah-langkah dan
peraturan kebersihan makanan yang perlu dipatuhi. Akta Kerajaan Tempatan 1976,
mengesahkan Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (Wilayah Persekutuan)
1979. Tafsiran misalnya makanan iaitu benda yang dijadikan makanan dan minuman
termasuk bahan pewarna, bahan perisa dan rempah ratus. Kebersihan tempat yang
digunakan untuk penyediaan dan penjualan makanan hendaklah bersih dan ia
hendaklah disimpan jauh daripada habuk dan kotoran. Makanan yang disediakan
mestilah makanan yang mengandungi nilai-nilai nutrien. Makanan hendaklah
disediakan dan dihidangkan dengan cara yang bersih. Selain itu, peniaga dan
pengusaha kafeteria mesti diselia bagi memastikan mereka menjalankan pemeriksaan
perubatan yang dijadualkan (The Joint School Health Committee,1969).
4
Pengguna juga akan melihat kepada kebersihan pekerja yang menyediakan
makanan serta kebersihan dapur selain daripada kebersihan tempat untuk membeli
makanan (Mori, 2005). Persepsi pengguna terhadap staf yang tidak bersih dan
kemas akan menyebabkan mereka tidak membeli makanan di kantin tersebut. Ini
dapat dilihat daripada kantin yang lengang atau tidak mempunyai ramai pelanggan
disebabkan mereka tidak menitikberatkan amalan kebersihan di kalangan staf
mereka.
Pemilihan makanan manusia adalah berbeza mengikut peringkat umur.
Peringkat umur kanak-kanak memerlukan pengambilan makanan yang betul kerana
ia akan berterusan sehingga mereka remaja dan dewasa. Peringkat ini melibatkan
satu perubahan fizikal, fisiologi, biokimia, hormon dan pelbagai perubahan di dalam
perkembangan pertumbuhan. Oleh itu, terdapat perkaitan antara makanan dengan
pembentukan tingkah laku, kecemerlangan dan pembentukan personaliti yang unggul
serta kecemerlangan dalam kehidupan yang sihat (Zuraini, 2006).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pemakanan merupakan faktor yang penting dalam kehidupan manusia.
Keperluan makanan ini pula berbeza antara beberapa golongan seperti kanak-kanak,
remaja, orang dewasa, perempuan mengandung, pesakit dan orang tua. Keperluan
makanan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah adalah kurang berbanding remaja
di peringkat menengah. Ini disebabkan oleh saiz badan dan aktiviti fizikal. Pelajar-
pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan persekitaran yang baik
akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum dan untuk badan yang
sihat, cergas dan bertenaga serta otak yang cerdas (artikel dari Kementerian
Kesihatan Malaysia, 1995). Oleh itu, sekiranya mereka berada dalam keadaan
sebaliknya iaitu mendapat kurang zat makanan memungkinkan mereka mengalami
5
gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang daya tumpuan terhadap
pelajaran dan kemerosotan pencapaian akademiknya.
Sejak kecil lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat sumber nutrien yang
mencukupi akan menghadapi masalah tumbesaran, tidak bermaya dan kurang cergas.
Menurut Frankle (1993), pengambilan makanan yang betul boleh meningkatkan
kebolehan belajar dan memberi kesan kepada tahap pencapaian mereka. Hussein
Ahmad (1993) menyatakan bahawa kanak-kanak yang tidak menunjukkan kebolehan
yang baik di sekolah adalah disebabkan kesihatannya yang kurang baik yang
mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien makanan yang diperlukan dalam
pemakanan harian dan tabiat yang kurang baik dari segi sanitasi. Oleh itu, makanan
yang berasaskan karbohidrat, protein, kanji, dan sayur-sayuran penting bagi seorang
kanak-kanak yang sedang membesar supaya dapat membantu mereka untuk
meningkatkan prestasi pembelajaran di sekolah.
Aspek pembelajaran menekankan bahawa pemakanan memainkan peranan
penting kerana otak memerlukan tenaga yang diperolehi dari makanan. Kemampuan
seseorang untuk mengikuti pelajaran atau belajar bergantung kepada faktor
pemakanannya kerana pemakanan yang baik boleh menyumbangkan kepada
kesihatan yang lebih sempurna dan otak yang lebih cerdas. Ini disokong oleh
Salihan Siais (1993) yang mengatakan bahawa otak yang cergas terletak pada badan
yang sihat. Oleh itu, para pelajar khususnya perlulah mengambil berat tentang aspek
pemakanan kerana makanan yang sihat dapat melahirkan otak yang cerdas.
Masalah obesiti yang melanda pelajar sekolah semakin meningkat. Ia juga
merupakan satu masalah yang melanda seluruh dunia pada semua peringkat umur
dan digambarkan sebagai wabak sejagat (World Health Organization, 1998). Tetapi,
paling serius adalah di kalangan kanak-kanak daripada negara yang sedang
membangun. Kadar obesiti kanak-kanak ini adalah tinggi di negara-negara Timur
Tengah, bahagian tengah negara di dunia dan di wilayah timur Eropah (James et al.
2004). Kanak-kanak yang obesiti ini menyebabkan kesan buruk terhadap
6
pembangunan sosial dan kognitif (Hesketh, Wake, Water et al. 2004). Ini
disebabkan kanak-kanak yang obesiti ini biasanya akan berterusan sehingga mereka
remaja seterusnya peringkat dewasa menyebabkan ia berada pada risiko yang tinggi
seperti penyakit lain iaitu kardiovaskular, osteoarthritis dan pelbagai penyakit kanser
yang lain (Fontaine, Redden, Wang, Westfall, Allison et al. 2003). Oleh itu, aktiviti
fizikal yang tetap dan tabiat makan yang sihat adalah penting bagi mencegah
penyakit obesiti ini.
Sungguhpun begitu, terdapat segelintir pelajar sekolah rendah yang
mempunyai ilmu tentang pemakanan. Melalui kajian (Contento, 1981), pengetahuan
tentang kepentingan nutrien untuk tubuh mula diketahui pada awal umur 11-12
tahun. Dalam konteks kajian ini, pelajar dianggap sebagai pengguna yang dapat
membezakan antara makanan yang sihat dan sebaliknya. Kajian telah dilakukan oleh
Grigoris Risvas, Demosthenes B. Panagiotakos, Stavroula Chrysanthopoulou,
Konstantina Karasouli, Antonia-Leda Matalas, Antonis Zampelas et al. 2008 ke atas
pelajar sekolah rendah darjah 5 dan 6 seramai 2439 orang di kawasan Attica dan
Thessaloniki di Greece tentang pengetahuan nutrisi. Hanya 95% pelajar yang
menjalani kajian ini. Menurut kajian tersebut, seramai 1788 (80.9%) pelajar
mempunyai pengetahuan yang baik tentang nutrisi berdasarkan jawapan yang betul
diberikan berkaitan tentang nutrisi di dalam kajian tersebut. 319 (14.5%) pelajar
mempunyai pengetahuan tentang nutrisi pada tahap yang sederhana apabila mereka
memberikan jawapan mengetahui bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran perlu di
ambil kira di dalam nutrisi. Pelajar yang memberikan jawapan yang betul paling
sedikit tentang nutrisi hanya sedikit iaitu 101 (4.57%).
Berdasarkan kajian ini, pelajar sekolah rendah darjah 5 dan 6 telah
mengetahui serba sedikit tentang nutrisi. Tetapi, ilmu yang diketahui oleh mereka
tentang pemakanan tidak digunakan dalam pemilihan makanan mereka di kantin
sekolah. Ini dapat menunjukkan bahawa pelajar tidak mementingkan aspek
pemakanan mereka walaupun mereka mempunyai pengetahuan mengenainya. Oleh
itu, bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa khasnya amatlah penting kerana pada
7
peringkat kanak-kanak, ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan
mereka.
Masalah yang semakin serius di Malaysia pula adalah berkaitan dengan kes
keracunan makanan di sekolah yang amat membimbangkan pelbagai pihak. Ini
dapat dilihat dari jadual 1.1 berkaitan statistik kes keracunan makanan berlaku di
sekolah di seluruh negara meningkat daripada 5713 kes keracunan pada tahun 2006
kepada 11226 pada tahun 2007 (Jabatan Penerangan Malaysia, 2008).
Jadual 1.1: Kes Keracunan Makanan di Sekolah Seluruh Negara
Bil. Tahun Jumlah Kes Keracunan Makanan
1. 2006 5713
2. 2007 11226
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia (2008)
Manakala merujuk jadual 1.2, sebanyak 12 kes keracunan makanan berlaku
di sekolah dalam Negeri Johor yang melibatkan Daerah Muar, Kluang, Kota Tinggi,
Johor Bahru, Kulai dan Pontian (Jabatan Pendidikan Negeri Johor, 2008).
Jadual 1.2 : Statistik Kes Keracunan di Sekolah dalam Negeri Johor 2008
Bil. Bilangan Kes Daerah
1. 4 Muar
2. 2 Kluang
3. 2 Kota Tinggi
4. 2 Johor Bharu
5. 1 Pontian
6. 1 Kulai
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2008).
8
Berdasarkan jadual 1.1 dan jadual 1.2 di atas, kes keracunan makanan
berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini adalah disebabkan kurangnya
kepekaan dan keperihatinan para pengendali makanan termasuk ibu bapa dan juga
pengendali makanan di kantin sekolah dalam menjaga kebersihan penyediaan
makanan (Shazamawati, 2007). Kecuaian di beberapa peringkat dilihat menjadi
antara punca pelajar mengalami keracunan makanan. Biasanya selepas dimasukkan
ke hospital, mangsa mendakwa, makanan yang dihidangkan sudah tidak elok atau
basi, malah ada kejadian di mana para pelajar mendakwa, makanan yang dimakan
berbau lipas. Proses penyediaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan juga disyaki menjadi penyebab kejadian ini (Md. Zan Saari, 2008).
Penyataan ini disokong oleh Dr. Khairi Yakub (Pengarah Kesihatan Johor), di
mana sebanyak 50 peratus kes keracunan makanan itu berlaku di sekolah berpunca
daripada tahap kebersihan pengendalian makanan yang rendah serta tahap kebersihan
premis yang kurang memuaskan menjadi faktor berlakunya keracunan makanan
(Utusan Malaysia, 20 Julai 08). Sikap pengusaha kantin yang terlalu mementingkan
keuntungan juga menjadi penyebab kepada kes-kes keracunan makanan berlaku
(Kevin Zahri, 2006). Pengendali makanan pula memainkan peranan penting dalam
mencegah berlakunya keracunan makanan semasa penyediaan dan penyajian
makanan. Ini kerana mereka juga terlibat dalam pembawa mikroorganisma yang
boleh mencemarkan makanan ( Cruickshank, 1990).
Menurut Van Egmond (1985) menyatakan bahawa objektif utama dalam
perkhidmatan makanan di sekolah adalah menyediakan makanan yang berkhasiat dan
selamat untuk dimakan. Oleh itu, pemilihan makanan yang betul di kantin sekolah
oleh para pelajar amatlah penting kerana ia boleh memberi kesan terhadap
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Pemilihan makanan pelajar di kantin sekolah amatlah penting kerana ianya
memberikan implikasi kepada kebolehan dan pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah. Walaupun ibu bapa memainkan peranan apabila pelajar berada di rumah,
namun di sekolah, terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan makanan mereka di kantin sekolah.
Lantaran itu, kajian yang bakal dijalankan diharap dapat mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar darjah lima terhadap kriteria pemilihan
makanan mereka di kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Faktor-faktor
yang diperhatikan adalah ilmu pengetahuan tentang pemakanan seimbang, rakan
sebaya, kebersihan kantin, kebersihan makanan, dan kebersihan pekerja kantin
sekolah. Seramai 103 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik bagi
kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Berasaskan kepada pernyataan di atas objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti ilmu pengetahuan tentang pemakanan seimbang
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan makanan mereka di
kantin sekolah.
ii. Mengenalpasti rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam membuat
pemilihan makanan mereka di kantin sekolah.
10
iii. Mengenalpasti kebersihan kantin dapat mempengaruhi pelajar dalam
membuat pemilihan makanan mereka di kantin sekolah.
iv. Mengenalpasti kebersihan makanan di kantin sekolah dapat
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan makanan mereka di
kantin sekolah.
v. Mengenalpasti kebersihan pekerja kantin sekolah dapat
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan makanan mereka di
kantin sekolah.
.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan berikut
iaitu:
i. Adakah ilmu pengetahuan tentang pemakanan seimbang dapat
mempengaruhi pelajar terhadap pemilihan makanan mereka di kantin
sekolah?
ii. Adakah rakan sebaya dapat mempengaruhi pelajar terhadap pemilihan
makanan mereka di kantin sekolah?
iii. Adakah kebersihan kantin dapat mempengaruhi pelajar terhadap
pemilihan makanan mereka di kantin sekolah?
iv. Adakah kebersihan makanan di kantin sekolah dapat mempengaruhi
pelajar terhadap pemilihan makanan mereka di kantin sekolah?
11
v. Adakah kebersihan pekerja kantin sekolah dapat mempengaruhi
pelajar terhadap pemilihan makanan mereka di kantin sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Pengkaji berharap agar hasil kajian yang akan dijalankan ini dapat memberi
manfaat kepada pihak berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah;
1.6.1 Individu
Maklumat yang diperolehi hasil daripada kajian yang akan dijalankan
diharap dapat memberi pengetahuan kepada individu dalam pemilihan makanan.
Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu berhubung pemilihan
makanan yang sihat.
1.6.2 Pelajar
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kriteria pemilihan makanan
yang sihat agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang
akademik, tetapi juga dalam sahsiah dan ko-kurikulum.
1.6.3 Ibu Bapa
Membolehkan ibu bapa mengetahui makanan yang sesuai untuk tumbesaran
dan peningkatan kecerdasan minda dan fizikal kanak-kanak yang sedang membesar
khususnya semasa mereka berada di sekolah rendah.