Upload
onemahmud
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
1/18
FAKTOR KETIDAKBERKESANAN KHUTBAH JUMAAT DIKALANGAN
JEMAAH DI MASJID UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM),
KAMPUS KUSZA.
Oleh
WAN JAMILUDDIN BIN WAN IBRAHIM
Abstrak
Tujuan kajian tinjauan ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan
penghayatan masyarakat terhadap khutbah jumaat, 2) faktor ketidakberkesanan khutbah
, dan 3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah
dikalangan jemaah . Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual
ke atas 5 orang jemaah di masjid UDM selepas solat jumaat yang terdiri dari pelbagai
latarbelakang dan usia yang diambil secara rawak bagi mendapatkan keesahan kajian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pemberi maklumat memahami dan
menghayati peranan khutbah yang sebenar. Keputusan kajian juga menunjukkan
terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan khutbah jumaat. Hasil
kajian memberi implikasi kepada usaha dan langkah bagi meningkatkan keberkesanan
khutbah jumaat dikalangan jemaah masjid UDM khasnya dan seluruh masyarakat islam
amnya.
1
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
2/18
LATAR BELAKANG
Pengertian khutbah: Berasal dari perkataan arab yang membawa pengertian pidato
atau perucapan umum atau disebutdidalam lisan Al-Arab sebagai kata-kata yang
diucapkan oleh seseorang.
Khutbah dari segi istilah ialah himpunan undang-undang dan peraturan yang mampu
menyakini pandangan dalam sebarang topik yang dikehendaki berdasarkan kesahihan
mesej yang di sampaikan sehingga membolehkan mesej itu diikuti atau tidak.(Ali Mahfuz
1984:13)
Dalam syariat islam, terdapat beberapa jenis khutbah yang boleh dikategorikan
mengikut mauduk, bentuk penyampaian dan suasana sesuatu majlis. Antaranya khutbah
al-diniah, jihad, wasiat, wahafil, imlak, muhadharat dan siasah. Dalam konteks tradisi
bangsa Arab khutbah yang merujuk kepada pidato atau perucapan umum selalunya tidak
menghadkan maudhuk hanya kepada perkara-perkara yang bersifat ritual keagamaan,
tetapi merangkumi semua aspek kehidupan seperti soal-soal ekonomi, politik dan
kehidupan sosial masyarakat.
Bagaimanapun mengikut praktikal masyarakat melayu, baik di Malaysia maupun
di Indonesia seperti yang disebut oleh Kamus Dewan merujuk kepada pidato atau
syarahan yang lazimnya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan . Dalam mazhab
Syafie, khutbah yang disyariatkan oleh islam ialah khutbah Jumaat atau khutbah dua hari
raya (Idul Fitri dan Idul Adha), khutbah pada solat dua gerhana ( bulan dan matahari ),
khutbah pada solat minta hujan, khutbah nikah dan khutbah pada kegiatan ibadat haji.
2
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
3/18
Khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha) lebih dikenali
sebagai khutbah al-diniah dan menjadi fokus kepada perbincangan ini.
Khutbah jumaat adalah salah satu bentuk dakwah yang diutarakan dengan lisan.
Khutbah dikenal secara meluas dikalangan masyarakat pada zaman jahiliah.. Khutbah
sangat diperlukan untuk mendorong semangat para parajurit. Tiap-tiap kabilah ada ahli
khutbah dan penyairnya yang tersendiri ( Dra. Chadidjah nasution, 1978 ).khutbah jumaat
menepati kedudukan yang tersendiri dalam rangka ibadah jumaat. Khutbah salah satu
ketentuan ibadah wajib. Waktu berkhutbah sangat singkat dan hendaklah dimanfaatkan
dengan khusyuk dan penuh ketenangan. Syariat telah mengaturnya dengan ketentuan-
ketentun yang jelas. Biasanya khutbah berlangsung dalam jangka masa dua puluh atau
dua puluh lima minit termasuk solat jumaat. Bahkan ada pula yang lebih pendek dari itu.
Para khatib yang bijaksana tentu akan dapat mengatur waktu itu. Sesuai dengan situasi
dan keadaan secara majmuk. Imam Nawawi mengatakan : disunatkan khutbah ini
dengan kata-kata yang fasih dan lancar, tersusun dan teratur rapi, mudah difahami, jangan
terlalu berleter-leter. Sebab hal yang demikian tidak akan berkesan sedikit pun dalam
hati. Maka sebaiknya dipilih kata-kata yang mudah, singkat dan padat ( Abd manan
Khadim, 1983 ). Khutbah jumaat ialah khutbah yang disampaikan sebelum
melaksanakan ibadah sembahyang jumaat. Dalam mengutarakan khutbah jumaat itu,
Rasulullah s.a.w melakukan beberapa kebiasaan iaitu sebelum berkhutbah Rasulullah
mengemukakan serangkai pengantar seperti memberi peringatan, seperti mana Rasulullah
ketika memasuki masjid baginda memberi salam kepada jemaah dan menghadapkan
wajah baginda kepada mereka. Kemudian baginda memberi peringatan agar supaya
jemaah tenang dan bersiap sedia mendengar khutbah. Baginda sering mengingatkan para
3
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
4/18
jemaah dengan hadisnya yang bermaksud : apabila kamu berkata kepada temanmu,
disaat imam sedang berkhutbah diamlah engkau maka sesungguhnya kamu sudah tidak
dapat pahala jumaat. Dalam hadis tersebut Rasulullah memberi peringatn kepada dua
belah pihak iaitu yang memulai bicara dan yang diajak berbicara. Rasulullah juga
memberi penjelasan tentang orang yang menghadiri khutbah itu ada tiga jenis iaitu yang
pertama orang yang datang dan melakukan perbuatan yang menyimpang dari kebenaran.
Ia hanya mendapat pahala balasan perbuatannya itu. Kedua yang datang sambil berdoa
memohon kepada Allah. Maka jika Allah menghendaki tentu doanya itu akan
dimakbulkan.dan jika Allah tidak menghendaki maka doanya tidak dimakbulkan. Ketiga
yang datang dengan sikap yang tenang dan diam. Ia tidak melangkahi tengkuk orang
yang sudah duduk untuk mencari tempat didepan. Dan ia tidak menyakiti sesorang
disana. Maka sembahyang jumaatnya itu akan diberi balasannya berupa penghapus
dosanya sampai hari jumaat berikutnya. Dan ditambah tiga hari lagi sesudah jumaat
berikutnya itu. Kemudian Rasulullah mengemukakan mukaddimah khutbah, seterusnya
berwasiat agar hadirin bertaqwa kepada Allah. Khutbah pada mulanya seorang khatib
akan menyampaikan khutbah secara spontan. Ayat-ayat Al-quran dan hadis sudah mereka
kuasai. Khatib dipilih dari mereka yang mempunyai bakat kemampuan terutama
bahasanya. Hal ini kemudian berubah khatib sudah tidak menghafal Al-quran dan hadis-
hadis Rasulullah. Maka untuk mengurangi kekurangan itu, khatib mengutip ayat dan
hadis yang telah disediakan didalam teks khutbah jumaat. Dan kadang-kadang jumlah
jemaah yang sembahyang jumaat terlalu ramai sehingga khutbah tidak dapat didengar
oleh jemaah yang berada disaf belakang. Maka untuk mengatasi masalah tersebut
digunakan pembesar suara. Seorang khatib haruslah ingat bahawa penulisan teks ialah
4
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
5/18
menghimpun bahan yang akan disampaikannya dalam khutbah supaya mudah diingatinya
dan dapat dilihat kembali kalau lupa. Bukannya untuk dibaca dihadapan jemaah. Khutbah
harus disampaikan bentuk percakapan, bukan dalam bentuk pembacaan. Oleh itu khatib
haruslah mengikut tatatertib dalam menyampaikan khutbah. Antaranya seperti dari segi
pakaian. Seharusnya seorang khatib memakai pakaian yang sopan yang sesuai dengan
kebiasaan sesuatu daerah tempat ia berkhutbah. Kemudian, setelah disempurnakan
pakainnya. Jemaah akan mengarahkan perhatiannya kepada reaksi muka khatib. Maka
khatib haruslah menunjukkan muka yang gembira, bersenyum dan sebagainya. Kemudian
khatib harus menginsafi bahawa dia sedang berada dimeja ujian dan para jemaah adalah
penguji yang akan menilai setiap gerak gerinya. Oleh sebab itu dia harus menghindari
segala perlakuan yang tidak elok semasa menyampaikan khutbah seperti memperbetulkan
serban, menggaru bahagian yang gatal, memasukkan tangan ke telinganya berulang kali
dan sebagainya ( Dra. Chadidjah nasution, 1978 ). Didalam khutbah jumaat juga haruslah
diperhatikan dan dipegang teguh prinsip-prinsip khutbah. Terutamanya mengenai hal
mengembangkan perintah Allah. Kerananya orang berkhutbah janganlah bertujuan untuk
mencari keduniaan, kedudukan, sanjungan dan sebagainya. Jangan pula berkhutbah
sekadar menuruti nafsu atau untuk kepentingan diri peribadi atau hanya sebagai alat
mencapai niat jahatnya ( DJaafar Amir, 1981 ). Khutbah juga adalah salah satu bentuk
teknik dalam menyampaikan ajaran islam. Selain waktunya agak terbatas, jemaahnya
sudah menyedari tentang kewajipan mendengarkan khutbah. Oleh kerana itu setiap khatib
harus mempunyai persiapan dan bahan yang cukup sehingga dapat memanfaatkan waktu
yang singkat itu dengan sebaik-baiknya ( Drs Hj Moch Rifai, 1980 ). Dalam
penyampaian khutbah bukan sahaja memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang kukuh
5
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
6/18
dan mantap, malah juga memerlukan kepada keberanian dan kepetahan berpidato.
Amalan-amalan negatif semasa menyampaikan khutbah haruslah dielakkan. Antara
amlan-amalan negatif tersebut seperti memenjangkan khutbah, tidak menghafal nas-nas
Al-Quran dan Hadis, menggunakan bahasa yang salah, penyampaian tidak
memuaskan,menumpu kepada aspek-aspek negatif, membaca khutbah dari kertas dan
sebagainya haruslah dielakkan ( Abd Kadir Abu Faris, 2003 ). Khutbah haruslah
mengandungi nasihat tertumpu kepada hadirin untuk dibawa ke arah pembinaan rohani
yang sihat dan akhlak yang murni, serta harus berjiwa membangun. Tidak seharusnya
khutbah itu dicampuri dengan kata-kata yang bersifat mencela, atau menunjukkan aib
dari seseorang atau golongan, dan hendaklah mempunyai nasihat yang bertujuan
membangun, membimbing, memberi petunjuk bagi memelihara rohani masyarakat
( DJaafar Amir, 1981 ).
Di Malaysia, terdapat banyak kajian yang telah dibuat mengenai khutbah sebagai medium
penyampaian dakwah. Namun kebanyakannya tidak dapat diaplikasikan dengan
sebaiknya bagi memantapkan keberkesanan dakwah dalam aspek khutbah ini. Pengkaji
berpendapat, kajian seperti ini harus diteruskan dan dibuat secara lebih mendalam lagi
bagi mencari kelemahan-kelemahannya untuk meningkatkan keberkesanan khutbah
khususnya dalam kontep jemaah dinegara kita ini.
6
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
7/18
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti: Tahap kefahaman dan penghayatan
masyarakat terhadap khutbah jumaat, 2) faktor ketidakberkesanan khutbah , dan 3)
langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah
dikalangan jemaah.
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian tinjaun ini merupakan kajian eksperimental yang menggunakan data-data
kualitatif. Data-data dipungut melalui kaedah temubual.
Pemberi Maklumat Kajian
Pemberi maklumat kajian ini terdiri daripada 5 orang jemaah solat jumaat yang diambil
secara rawak dari pelbagai usia dan latarbelakang.
Instrumentasi Kajian
Instrumen kajian ini menggunakan kaedah temubual yang berbentuk semi-struktur.
Soalan temubual ini terdiri daripada 3 bahagian bagi mengukur pemboleh ubah yang
dikaji.
7
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
8/18
Bahagian A mengandungi 2 item bagi mengukur pertama, kefahaman tentang khutbah
dan peranannya. Dan kedua, penghayatan masyarakat terhadap khutbah.
Bahagian B pula mengandungi 3 item utama bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan
signifikannya dengan item-item bahagian A. Item pertama mengukur samada khutbah
yang disampaikan berkesan atau tidak. kedua, punca atau faktor ketidakberkesanan
khutbah. Dan ketiga, kesan ketidakberkesanan khutbah.
Bahagian C mengandungi 1 item sahaja bagi pengumpulan data mengenai cara atau
kaedah untuk menarik minat jemaah terhadap khutbah jumaat.
Prosedur Kajian
Pemberi maklumat menjawab soalan-soalan berdasarkan instrumen yang dibina dalam
dewan solat masjis secara bersemuka dengan pengkaji. Jawapan direkod melalui rakaman
suara bagi mendapatkan reaksi sebenar pemberi maklumat. Masa untuk menjawab
soalan-soalan yang dikemukan tidak terhad.
Analisis Data
Disebabkan kajian ini merupakan kajian eksperimental, data bagi kajian ini dianalisis
melalui jawapan-jawapan pemberi maklumat dihuraikan berdasar kepada kefahaman dan
faktor-faktor tidak berkesan khutbah dikalangan jemaah.
8
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
9/18
HASIL KAJIAN
Tahap kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap khutbah jumaat, 2) faktor
ketidakberkesanan khutbah , dan 3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi
meningkatkan keberkesanan khutbah dikalangan jemaah.
1) Tahap kefahaman dan penghayatan khutbah jumaat.
Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pemberi maklumat memahami konsep
sebenar mengenai khutbah jumaat dan peranannya dalam membentuk syahsiah
masyarakat. Mereka memahami khutbah amat penting dikalangan jemaah kerana ianya
mengandungi pelbagai isu-isu agama, hukum-hukum, kemasyarakan dan sebagainya
yang dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingannya. Kebanyakan dari kalangan
jemaah sering sibuk dengan urusan masing-masing dan tiada masa untuk mendengar isu-
isu tersebut. Maka sewaktu khutbahlah merupakan peluang untuk masyarakat
mendengarnya walaupun waktunya amat singkat. Namun hanya sedikit sahaja dari
jemaah yang menghayati isi khutbah yang disampaikan.
2)faktor ketidakberkesanan khutbah.
Terdapat pelbagai faktor yang memungkinkan ketidakberkesanan khutbah jumaat
antaranya dari segi khatib itu sendiri. Seperti mereka kurang bersedia untuk
menyampaikan khutbah pada masa tersebut, rasa gemuruh dan gementar, tidak
menghayati khutbah yang disampaikan, kurang fasih membaca ayat-ayat al-Quran dan
9
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
10/18
hadis, membaca khutbah dari teks dan tidak melancarkan bacaan khutbah tersebut
sebelum disampaikan kepada jemaah, berkhutbah terlalu perlahan dan tidak dapat
didengari oleh seluruh jemaah, berkhutbah terlalu lama, khatib menggunakan bahasa
pasar atau rojak hingga jemaah lain tidak dapat memahaminya, dan khatib tidak
berinteraksi atau berkomunikasi dengan jemaah seperti tidak memandang kepada jemaah,
bermasam muka dan sebagainya. Kemudian dari segi keadaan masjid seperti suasana
panas, terlalu uzur dari segi kemudahan, masjid terlalu sempit dan penuh sesak dengan
jemaah dan suasana terlalu bising hingga jemaah tidak dapat mendengar khutbah yang
disampaikan. Isi khutbah yang disampaikan juga mendorong kepada faktor tidak
berkesannya khutbah tersebut. Seperti khatib berkhutbah mengenai isu yang tidak disukai
oleh masyarakat seperti isu politik dan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, isi
kandungan khutbah tidak menarik, menumpukan kepada aspek-aspek negatif dan
menyentuh mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difahami oleh sesetengah
golongan seperti golongan yang terdiri dari orang-orang kampung, orang tua, golongan
tidak berpelajaran dan sebagainya yang tidak mampu memahami apa yang disampaikan
oleh khatib tersebut.
10
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
11/18
3)langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah
dikalangan jemaah.
Antara langkah-langkah yang sewajarnya dititikberatkan seperti latihan yang secukupnya
kepada khatib. Mereka perlu didedahkan kepada bimbingan atau kursus-kursus jangka
pendek dan jangka panjang dari masa kesemasa. Pihak pengurusan masjid khususnya
Majlis Agama Islam Negeri perlu bersikap terbuka dan menangani secara serius akan
kemajuan dan perkembangan khatib-khatib selaku pengimarahnya. Kemudian
Penggunaan Alat Multimedia juga penting, Terdapat beberapa peringkat yang perlu
dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan mesej khutbah antaranya penggunaan
alat multimedia. Seperti penggunaan slide semasa khatib berkhutbah terutama ketika
menghuraikan dalil dari Al-Quran atau Hadis. Nampak jelas sekali perberzaan
keberkesanan khutbah antara khutbah yang menggunakan slide dan khutbah yang tidak
menggunakan slide. Dengan menggunakan alatan multimedia tersebut jemaah dapat
menumpuksn lebih lagi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan. Khatib juga
haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh seluruh jemaah dan janganlah
menggunakan bahasa loghat negeri masing-masing kerana ianya akan menyebabkan
khutbah yang disampaikan tidak berkesan. Isi khutbah juga memainkan peranan penting.
Isi khutbah mestilah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara kerana
ianya akan dapat menarik minat jemaah untuk sama-sama menghayatinya.
11
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
12/18
PERBINCANGAN
Terdapat unsur-unsur kesucian pada khutbah dimana mesej yang dikemukakan
dianggap mempunyai nilai yang tinggi untuk diterima pakai kehidupan. Tugas khatib
untuk meninggalkan kesan kepada pendengar jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan
pemidato diatas pentas-pentas lain. Hubungan diantara khatib dan pendengar juga sedia
terjalin melalui penghormatan yang diwujudkan atas rasa keketuan dalam bidang
keagamaan dalam kariahnya. Justeru itu, perlu difahami peranan khutbah dalam
mencorakkan kehidupan masyarakat islam serta usaha-usaha berterusan perlu dilakukan
agar masyarakat menghayatiperanan dan kepentingannya dalam membentuk minda
masyarakat islam.
Khutbah terutamanya khutbah Jumaat mempunyai potensi besar bagi membentuk
agenda tertentu bagi meningkatkan taraf kehidupan umat islam seperti : menyampaikan
ilmu pengetahuan dan maklumat. Masyarakat dipendalaman atau dipulau-pulau
contohnya: kehidupan mereka dipandu oleh pemimpin agama ( khatib ) yang berwibawa
bergelar imam. Para khatib sewajarnya memberi pendedahan pengetahuan agama dan
maklumat kejayaan masyarakat islam yang berilmu. Sebagaimana A-Quran telah
menjelaskan didalam surah ( Al-Mujadalah : 11 ), maksudnya : Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Sewajarnyalah sekarang masyarakat desa
dialukan dan diutamakan mencebur diri dalam arus pembangunan.
Memberi nasihat : Umum menyedari diri sesetengah masyarakat Islam kini
terlibat dengan gejala sosial seperti masalah dadah dan lain-lain. Gejala sosial sebegini
12
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
13/18
perlulah segera dibendung supaya tidak menjadi masalah Negeri seterusnya Negara.
Maka antara pemimpin masyarakat yang perlu menanganinya ialah para-para Khatib
melalui khutbah mingguannya. Pendekatan melalui membar Khutbah dianggap paling
lunak dan berhikmah dengan nasihat- nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) sebelum
lain-lain tindakan undang-undang diambil. Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam
surah ( Al- Nahlu: 125 ) yang bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai
Muhammad )
Dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka ( yang Engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya
Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Walaupun kumpulan punca gejala terlepas dari mendengar nasihat dan panduan dari
khutbah Jumaat, tapi yang pasti lebih ramai kumpulan sasar yang mungkin terjebak
dengan gejala itu dapat diselamatkan hasil dari khutbah yang bermutu.
Mesej yang diperolehi melalui saluran khutbah akan menimbulkan pendapat dan
seterusnya boleh berakhir dengan tindakan seperti perubahan sikap kearah yang lebih
baik ( menggerakkan minda ).
Untuk mencetuskan pendapat para pengkaji komunikasi mencadangkan supaya
diwujudkan perasaan tidak puas hati atau kecewa terhadap sesuatu yang dirasakan boleh
atau perlu dibaiki. Contohnya, jika suatu kariah terdapat banyak tempat-tempat yang
boleh mengembangkan kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat seperti Premis judi,
nombor ekor atau kelab malam sebagaimana perkembangan mutakhir ini terdapat sebuah
pusat Disko beroperasi di hutan Ulu Yam,Selangor ( sebagai contoh ). Maka pesanan Para
13
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
14/18
khatib melalui media khutbahnya ialah menimbulkan rasa kecewa atau tidak puas hati
hingga dibincangkan oleh orang ramai. Apabila perbincangan sudah sampai pada tahap
masak, keputusan akan diambil untuk mencari jalan penyelesaian. Bayangkan betapa
besarnya potensi khutbah apabila segenap penjuru masjid di kampung atau di bandar
membicarakan sesuatu mesej dan mencari jalan penyelesaian kepedanya. Jika sesuatu
keputusan samada di peringkat kariah atau dengan keputusan bersama pihak berkuasa
tempatan awam diambil. Maka keberkesanan dapat diukur dan direalisasikan.
Memupuk masyarakat kearah kebaikan disamping mencegah kemungkaran
adalah mesej utama Khutbah Jumaat ( Khutbah Al-diniah ). Seperti yang dijelaskan
dalam Fiqh Ibadah mempunyai struktur yang teratur, konsep dan matlamat yang didasari
oleh syariat. Sekiranya segala peraturan yang terkandung didalam khutbah diabaikan, ini
akan menimbulkan kecacatan . terdapat unsur-unsur peringatan suci pada khutbah.
Mesej khutbah yang dikemukakan dianggap mempunyai nilai yang tinggi untuk diterima
pakai dalam kehidupan. Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa motif utama khutbah ialah
memberi peringatan seperti dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi
( 1980: 218 ) Maksudnya: Sesungguhnya aku menyatakan sebenarnya khutbah itu
adalah satu peringatan. Sayyid Qutb dalam mentafsir ayat 104 dari surah Ali- Imran
melalui kitabnya Fi Zilalil Quran maka tidak dapat satu Jamaah atau puak yang
menyeru kepada kebaikan, mereka menyeru kepada makruf dan mencegah dari
kemungkaran sebagai penetapan perintah wajib, iaitu wajib diwujudkan satu golongan
atau satu Jamaah Pendakwah yang melaksanakan urusan Amar Makruf dan Nahi
Mungkar didalam sesuatu pentadbiran bagi peningkatan keberkesanannya.
14
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
15/18
Perlu difahami adalah menjadi pesanan khutbah dalam memberi motivasi
dan mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan terhadap masyarakat. Dalam suasana
perkembangan ekonomi yang tidak menentu contohnya kenaikan harga barangan. Orang
ramai mula gelisah serta menimbulkan pelbagai reaksi. Disesetengah negara yang Non-
Muslim seperti Filipina dan Amerika Syarikat, kita dapati Para Pemimpin Negara
berkenaan terpaksa menghadapi tekanan dari menunjuk perasaan bangkit menentang
kejahilan diri. Bagi Agama Islam seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain
menghadapinya dengan penuh sabar sambil mencari jalan untuk mengatasinya. Rahsia
kesedaran ini tidak lain ialah dari pendidikan Membar Khutbah Jumaat ( antaranya) telah
berjaya mencegah supaya bersabar dalam sebarang Ujian Ilahi. Agama Islam juga
sentiasa memberi panduan tentang kehidupan sederhana dimana ianya sudah menjadi
Seruan Suci disetiap membar khutbah. Tegasnya dalam menghadapi kegawatan dunia
hari ini, Umat Islam hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
sama ada soal-soal yang menyentuh tentang kehidupan mahupun selepas kematian.
Khazanah pengetahuan yang terdekat ialah dari Membar khutbah Jumaat.
15
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
16/18
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil kajian ini menunjukkan khutbah memainkan peranan yang amat penting dalam
membentuk syahsiah diri sesebuah masyarakat. Perlunya juga kesedaran dikalangan
masyarakat mengenai penghayatan terhadap khutbah itu sendiri. Untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingannya dan untuk mempertingkatkan keberkesanannya,
perlunya kepada kajian-kajian seperti ini secara lebih mendalam dan praktikal bagi
menyempurnakan kesempurnaan solat jumaat itu sendiri disamping dapat merialisasikan
mesej dakwah dalam khutbah tersebut. Akhirnya ianya akan melahirkan masyarakat yang
terbentuk minda mereka kearah keimanan dan ketakwaan serta memupuk mereka kearah
kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mencapai kesejahteraan hidup dunia dan
ahkirat.
Segala usaha tersebut akan terlaksana dengan semua pihak memainkan peranan masing-
masing dan sama-sama mengembeling tenaga bagi menjayakannya. Bermula dari
pengurusan masjid yang mana pihak masjid mengambil langkah meningkatkan mutu
penyampaian khutbah tersebut dengan melantik imam atau khatib yang berwibawa dan
berpengalaman untuk menyampaikan khutbah tersebut. Juga menyediakan segala
kemudahan dimasjid tersebut seperti slide, speaker yang jelas dan sebagainya bagi
keselesaan jemaah serta mempertingkatkan keberkesanan khutbah yang disampaikan.
Manakala khatib juga memainkan peranan dengan menyampaikan khutbah tersebut
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta bersemangat hingga semua jemaah dapat
menghayati isi khutbah yang disampaikannya. Pemantauan dari pihak berkuasa negeri
16
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
17/18
juga penting, mereka harus mengambil pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan mutu
penyampaian khutbah seperti menyediakan teks khutbah yang bermutu, melantik imam-
imam yang petah berpidato dan berani, memantau agar khutbah tidak diselewengkan oleh
pihak-pihak tertentu dan sebagainya.
Dengan usaha yang telah disebutkan tadi dan kesedaran dari semua pihak diharap dapat
mempertingkatkan lagi mutu khutbah dan penyampaiannya dimasa hadapan di Masjid
Universiti Darul Iman Malaysia ini khususnya serta masjid-masjid lain diseluruh negara
amnya. Dengan ini insya-Allah akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sedar dan
bertanggungjawab serta dapat merialisasikan khutbah sebagai media dakwah yang
berkesan dalam masyarakat.
17
8/14/2019 Faktor Ketidakberkesanan Khutbah Jumaat
18/18
RUJUKAN
Dra. Chadidjah Nasution: 1978, perbahasan sekitar khutbah jumaat, Bulan Bintang,
Jakarta, Indonesia.
Dr. Muhammad Abd al-Qadir abu Faris: 2003, Bagaimana menjadi penyampai khutbah
yang berjaya, Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu.
Abd Manan Khadim: 1982, Khutbah dan Dakwah, Ramadhani Sala, Jakarta, Indonesia.
Jafar Amir: 1981, khutbah Jumaat, PT Al-Maarif, Bandung, Indonesia.
Drs. Moh Rifai: 1978, Suara Mimbar, CV Toha Putera, Semarang, Indonesia.
Amrullah, H.A Karim (HAMKA): 1937, Pedoman Mubaligh Islam, Pedoman
Masyarakat, Medan, Indonesia.
Ibnul Husein: Muallimul Khithabah, Lembaga Penerbitan Fakultas Syariah, IAIN Sunan
Kalijaga, Yogyakarta.
Drs. Ismail Thoib: 1971, Beberapa Problema tentang Shalat jumat, Fakultas Syariah
IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.
18