30
Faktor remaja terlibat dadah Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama. Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini. Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah. Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah. Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap. Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi- institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008). Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh Islam. - gambar hiasan

Faktor Remaja Terlibat Dadah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesan remaja terlibat dlm dadah akan dipandang rendah oleh masyarakat

Citation preview

Page 1: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Faktor remaja terlibat dadah

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.

Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.

Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.

Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.

Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.

Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).

Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.

Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.

Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).

Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh

Islam. - gambar hiasan

Page 2: Faktor Remaja Terlibat Dadah

(Sumber IPPBM 2008)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz0rprlG2bK © Utusan Melayu (M) Bhd 

Punca Penyalahgunaan Dadah

Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di

kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup

pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan

serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak

langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini

akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan

mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi

akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

2.      Pengaruh Rakan Sebaya

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan

sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan

bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat

dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan

sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini

menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

3.      Tekanan / Depressi

Page 3: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-

mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang

dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain

menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti

kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi

kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk

beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan

mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa.

Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang

dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4.      Kurang Pendidikan Ugama

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan

oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi

perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja sangat

terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.

Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang

telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang

atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.

5.      Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik

Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini

adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang

tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun,

kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga

boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa

memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.

Page 4: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Budak Remaja Hisap Dadah Atas Kubur

NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Page 5: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.- See more at: http://www.puteraizman.com/2012/03/budak-remaja-hisap-dadah-atas-kubur.html#sthash.o2bo8RDP.dpuf

PENGENALAN

Pada masa kini, bilangan remaja yang terlibat dengan gejala dadah dilihat semakin meningkat hari demi hari. Fenomena ini amat membingbangkan negara kerana remaja merupakan eset negara yang amat berharga. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

               Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dadah merupakan istilah khas yang diberi kepada sejenis bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal) dan rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku seseorang individu. Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang mampu memberi kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) yang boleh menyebabkan penggunanya bergantung secara fizikal dan psikologikal yang akan menyebabkan ketagihan yang serius.               Dadah merupakan bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam tubuh badan. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Page 6: Faktor Remaja Terlibat Dadah

PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH.

FAKTOR PSIKOSOSIALKehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan menyebabkan golongan remaja menghadapi tekanan dalam proses pembesaran. Golongan ini menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek seperti tekanan di sekolah, tekanan di rumah, tekanan di tempat kerja dan sebagainya. Mereka akan menggunakan pelbagai cara bagi mengatasi tekanan tersebut. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai alat untuk melepaskan tekanan atau menjadikan dadah sebagai alat untuk mendapatkan keseronokan. Keadaan ini jelas dapat dilihat di bandar-bandar besar yang mempunyai banyak pust hiburan.

FAKTOR KEWANGAN Kesempitan hidup juga menjadi faktor remaja terjebak dengan dadah. Hal ini kerana, remaja yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan akan memyebabkan remaja memberontak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang sanggup mengambil risiko dengan menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan. Bagi remaja walaupun mereka mungkin berdepan dengan tali gantung sekiranya mereka tertangkap, semua itu tidak menjadi persoalan bagi mereka kerana pendapatan lumayan yang bakal diperoleh menjadi keutamaan bagi mereka.

FAKTOR RAKAN SEBAYA DAN PERSEKITARANPada usia remaja, nilai dan norma kumpulan rakan sebaya mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian, gaya pertuturan, dan nilai yang dipegang oleh remaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong remaja terjebak dengan dadah. Remaja dalam kelompok atau kumpulan sering menghabiskan waktu bersama dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Keadaan ini memudahkan remaja terjebak dengan dadah kerana dalam keadadan beginilah remaja mula berjinak-jinak mengenali dadah dan akhirnya akan

Page 7: Faktor Remaja Terlibat Dadah

membawa kepada ketagihan yang teruk.

FAKTOR KEBENDAAN/MATERIALISTIKKehidupan serba moden mendorong masyarakat terutama remaja terikut-ikut dengan gaya/trend masa kini. Pada masa kini, individu yang tidak mengikut peredaran zaman akan dianggap sebagai individu yang ketinggalan zaman. Misalya, penggunaaan telefon bimbit mudah alih sudah dianggap sebagai satu keperluan. Tidak kira peringkat usia, samada orang dewasa ataupun kanak-kanak sudah memilikinya dan model telefon bimbit juga sering berubah dengan pantas. Maka, golongan remaja yang mudah terikut-ikut dengan budaya kebendaaan ini akan berusaha untuk mendapatkan barang-barang yang terbaharu dipasaran supaya dapat bersaing dengan rakan-rakan untuk memastikan diri mereka tidak ketinggalan. Maka, remaja akan berusaha mencari sumber kewangan untuk membeli barang-barang tersebut. Secara tidak langsung, remaja akan terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah untuk mendaptkan wang. Remaja seperti ini dapat kita lihat bahawa mereka bukanlah sesempitan wang sebaliknya mereka memerlukan wang untuk sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Remaja dari golongan berpelajaran terutama pelajar universiti turut terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PERANAN KERAJAANTindakan undang-undang yang tegas haruslah dikenakan keatas individu yang menyalahgunakan dadah samada untuk kegunaan disendiri mahupun untuk tujuan penjualan kepada pihak lain. Mengikut undang-undang dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 individu yang disabit dengan kesalahaan memiliki dadah jenis ganja seberat 200 gram atau lebih atau memiliki 200 gram atau lebih resin ganja boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati dibawh seksyen 39B Akta Dadah Berbahya 1952. Tindakan undang-undang yang tegas ini di harap dapat memberikan kesedaran kepada pesalah dan juga kepada individu lain supaya tidak melakukankesalahan yang sama.

Page 8: Faktor Remaja Terlibat Dadah

PERANANIBUBAPAPelbagai langkah dapat diambil bagi menangani masalah penyalah gunaan dadah dalam kalangan remaja. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membentuk anak-anak supaya dapat melahirkan generasi remaja yang berkualiti. Ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak sejak dari kecil supaya anak-anak tidak terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak sihat. Ibu bapa haruslah menyediakan sebuah keluarga yang harmoni dan selesa kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak seperti pepatah Melayu yang berbunyi melantur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang membesar dengan ilmu agama yang cukup dapat menghalang diri mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibu bapa juga haruslah menyediakan waktu kualiti untuk bersama anak-anak terutama anak-anak yang sedang meningkat remaja. Hal ini kerana, pada masa ini anak-anak remaja mudah untuk terjebak dengan aktiviti tidak sihat sekiranya tiada pantauan daripada ibu bapa. 

PERANANMASYARAKAT Masyarakat sekeliling haruslah perihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku disekeliling. Sekiranya mereka mendapati berlakunya kes-kes menyalahgunaan dadah dikawasan mereka, mereka haruslah melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah ini dapat membendung gejala negatif ini daripada terus merebak dan akan merosakkan seluruh sistem masyarakat. Tindakan yang diambil bukanlah bertujuan untuk menjaga hal atau “tepi kain” individu lain tetapi untuk memastikan generasi akan datang terutama golongan remaja tidak musnah disebabkan masalah ini. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan muda di kawasan kejiranan seperti menganjurkan kelas fardu ain, permainan sukan dan sebagainya. Langkah ini dapat mengelak golongan tersebut daripada membuang masa denganaktivitiyangtidakberfaedah.

KESIMPULAN

Jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan belia masa kini harus dipandang serius. Langkah-langkah menangani masalah ini haruslah dilaksana dengan sebaik mungkin supaya generasi akan datang tidak terjebak dengan gejala negatif ini. Selain itu, ia juga dapat menggelakkan Negara kita daripada dipandang serong oleh Negara luar yang beranggapn bahawa rakyat Negara ini mempunyai akhlak yang buruk. Kesedaran dan kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan masalah ini dapat dibendung. Hal ini kerana usaha daripda sebelah pihak sahaja tidak mungkin membuahkan hasil.

Page 9: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN DADAH

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah

supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana

tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.

Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh,

hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu

iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan

Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan 

hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi

daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi

memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27,

boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya

sekali.

2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk

membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah.

Page 10: Faktor Remaja Terlibat Dadah

Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan

sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman

kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran

mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti

perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.      Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu

penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.

Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak

pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu

mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan

kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk

memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa

dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah

pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan

pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar serta di redhai

Allah.

 

Page 11: Faktor Remaja Terlibat Dadah

1.0 PENGENALAN

Dadah ialah sejenis bahan kimia yang boleh mempengaruhi fungsi sistem badan dan minda. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Opiat (heroin, morfin, candu dan kodein), Kanabi (ganja dan hashih ), Depresen (sedatif hipnotikjenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer) dan Stimulan ( jenis amfematin (LSDN), meskalin dan psilosibin ). Kegunaan utama dadah ialah dalam bidang perubatan untuk mengubati penyakit atau mengurangkan kesakitan. Namun begitu, terdapat sekumpulan pengguna yang menyalahgunakan dadah. Mereka mengambil dadah secara berlebihan dan tidak mengikut nasihat doktor.

Terdapat dua jenis pergantungan terhadap dadah iaitu pergantungan secara psikologikal dan pergantungan secara fizikal. Pergantungan secara psikologikal bermakna keinginan untuk mendapatkan bekalan dadah supaya dapat berfungsi secara normal dan mencapai

Page 12: Faktor Remaja Terlibat Dadah

ketenangan jiwa. Manakala pergantungan secara fizikal pula adalah untuk mengelakkan gejala-gejala tarikan seperti sakit perut, menggeletar dan sebagainya.Jika tidak tertahan ketagihan dadah yang dialami, penagih dadah yang kronik sanggup menggadai maruah atau membelot keperikemanusiaan sendiri. 

Penyalahgunaan dadah dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya makan, minum, suntik, dan hidu. Walau bagaimanapun, dengan menjalankan kerawatan yang sempurna, pergantungan kepada dadah dapat diatasi seluruhnya.

Berdasarkan laporan Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan ( PEMADAM ) , masalah penyalahgunaan dadah telah bermula sejak tahun 1970. Angka penagih dadah dijangka terus meningkat walaupun usaha membanteras gejala tersebut terus digiatkan. Pada tahun 1996, jumlah penagih dadah yang sudah dikenal pasti adalah seramai 30565 orang. Daripada bilangan ini 54.7 peratus ialah penagih dadah yang menagih semula manakala bakinya, iaitu bilangan penagih dadah yang baru, mencapai sebanyak 13846 orang ( 45.3% ) daripada jumlah penagih dadah dalam negeri pada tahun 1996. Menurut penyelidikan yang telah dilaksanakan ke atas penagih dadah yang terjerumus dalam lurah najis dadah buat kali pertama, kaum Melayu mencapai peratusan yang tertinggi, iaitu 76.9%, ia diikuti dengan kaum India ( 9.5% ), kaum Cina ( 9.4% ), kaum lain ( 3.7% ), dan penduduk negara asing yang merangkumi peratusan sebanyak 0.5% dalam angka tersebut.

Secara umum, majoriti daripada jumlah gajala tersebut melibatkan lelaki yang berumur 16 hingga 29 tahun. Di samping itu, terdapat dua puluh ribu orang pelajar yang menagih dadah.. Dari segi ini, dapatlah kita menampakkan bahawa masalah remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah sudah mencapai tahap yang amat membahayakan sebagai kesan penularan penagihan dadah ke institusi-institusi pengajian tinggi . Pembabitan remaja dalam kerana penagihan dadah ini merupakan satu tamparan kepada Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju kerana generasi muda sekarang ialah tulang belakang pemimpin hari esok. Apa yang lebih merunsingkan ialah ekoran daripada masalah tersebut yang berkait rapat dengan pelbagai penyakit sosial seperti budaya lepak. bosia, dan pelbagai jenayah.

 

2.0 PUNCA-PUNCA

Tinjauan telah dilakukan demi mengenalpasti punca-punca yang membawa kepada masalah ini agar langkah-langkah penyelesaian dapaat diambil. Pada keseluruhannya, punca-punca tersebut dapat dilihat melalui nilai tidak saling memahami, tidak rasional, tidak boleh membuat pertimbangan, tidak sayang kepada nyawa dan kurang yakin pada diri sendiri.

Page 13: Faktor Remaja Terlibat Dadah

2.1 Tidak Rasional (Faktor Peribadi Individu)

Ada di antara remaja hari ini tidak lagi menghormati ibu bapa dengan memuliakan mereka tetapi bersikap suka menentang. Mereka bertanggapan bahawa ibu bapa berfikiran kolot serta tidak mengikut aliran zaman ini dan ini biasanya menyebabkan mereka lebih suka bercanpur gaul dengan rakan-rakan sebaya. Pada peringkat umur ini,mereka sangat ingin mengetahui rasa dadah dan seterusnya ingin mencuba sendiri. Namun, sekali cuba, maka menyesal seumur hidup.

Di samping itu, penerimaan pendidikan ibu bapa yang tidak banyak merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak mereka kurang peka terhadap masalah sosial. Anak-anak seperti ini kekurangan pengetahuan umum tentang kesan buruk dadah. Sikap dan kelakuan yang tidak waspada ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang menagih dadah. Sikap ini adalah tidak rasional. Mereka tidak berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta tidak berupaya mengambil tindakan sewajarnya tanpa dipengaruhi perasaan. Kegagalan remaja hari ini bermakna akan hancurlah masa depan negara.

2.2 Tidak Saling Memahami (Pemasalahan Dalam Institusi Keluargaan)

Ibu bapa wajib memainkan peranan melindungi dan membimbing anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam gaung kehinaan dadah. Keluarga yang porak-peranda dan keadaan latarbelakang kehidupan yang mengecewakan (keruntuhan rumah tangga; kematian ibu atau bapa; mempunyai bapa yang pemabuk dan sabagainya) biasanya mengheret anak-anak menjadi remaja bermasalah .Oleh itu mereka menagih dadah untuk mengelak dari kenyataan hidup.Penceraian merupakan suatu gejala yang lumrah dan biasa dalam masyarakat hari ini. Ini bermakna tidak wujudnya sifat saling memahami antara suani isteri dan anak-anak. Mereka tidak sanggup saling menerima pendapat serta tidak memahami perasaan dan keperluan masing-masing.Akhirnya,ibu bapa tidak dapat atau tidak mempunyai masa untuk memberi didikan dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan anak-anak mereka berasa kesunyian,tidak dikasihi,tersingkir dan tidak sempurna serta mengalami nuerosis(fikiran yang tidak tenteram).Akhirnya mereka terpaksa melupakan dan meluahkan perasaan sedih dan pilu serta putus asa dengan mengambil dadah.

Selain itu kebanyakan ibu bapa bersikap korporat. Mereka lebih mementingkan kerjaya sendiri. Sikap materialistik inilah yang menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan merasa status mereka tidak begitu penting dalam hati ibu bapa. Maka, mereka akan lebih cenderung dalam mengikuti jejak rakan-rakan. Tidak wujud kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keperluan rohani pada anak-anak tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa. Dengan kata yang lain, anak-anak tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Page 14: Faktor Remaja Terlibat Dadah

2.3 Tidak Boleh Membuat Pertimbangan Dan Penaakulan (Pengaruh Aspek-Aspek Lain Dalam Sosial)

Apabila seseorang kanak-kanak meningkat remaja mereka mendapat kebebasan yang agak lebih.Kebebasan yang diperoleh ini lebih memudahkan mereka terjerumus dalam jerat dadah. Mereka tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah. Mereka juga tidak tahu memilih kawan yang baik. Oleh itu, mereka mudah berkenalan dengan rakan sebaya yang berkelakuan buruk dan akhirnya terpengaruh dengan perbuatan mereka. Mereka kini tidak lagi mengutamakan hubungan kekeluagaann sebaliknya mereka lebih cenderung untuk bergaul dengan kawan-kawan. Maka mereka ingin menyesuakan diri dengan sesuatu kumpulan sebaya dengannya dan terpaksa mengikuti jejak mereka dengan mengambil dadah.

Budaya barat yang merebak dengan berleluasa dalam sosial kita diterapkan secara tidak langsung melalui media masa. Budaya barat ini tidak mementingkan kesucian dan nilai diri individu. Oleh itu, belia hari ini yang tidak mempunyai atau kurang mengamalkan ajaran agama dan cuai serta tidak berwaspada mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat dan seterusnya terjebak ke dalam lembah dadah. Selain itu, kegiatan pengedar dadah juga merupakan salah satu aspek dalam mengheret seseorang ke kancah kejahilan ini. Golongan yang tidak berperikemanusiaan ini meracuni jasad insan di dunia ini. Merekalah yang sebenarnya menjadi akan umbi masalah ini. Setelah dipengaruhi oleh aspek-aspek di atas, golongan remaja akan hilang keupayaan untuk membuat pertimbangan dan penaakulan. Dengan kata lain, mereka tidak berkemampuan berfikir dan mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

2.4 Kurang Yakin Pada Diri Sendiri

Penagih dadah yang bersikap negatif apabila menghadapi masalah telah menyebabkan mereka kurang yakin pada diri sendiri. Ahli masyarakat tidak mempercayai apa yang telah dilakukan oleh mereka. Oleh itu, mereka pun mengambil dadah untuk melarikan diri daripada masalah tersebut dan menenteramkan jiwa mereka. Selain itu, pelajar yang gagal dalam peperiksaan atau pekerja yang gagal dalam pekerjaan juga akan menyalahgunakan dadah. Kebanyakan mereka adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila dalam emosi yang rendah dan menghadapi kegagalan.Terdapat juga daripada mereka yang telah pulih tidak dapat diterima oleh masyarakat dan sanak-saudara dan ini menyebabkan mereka berputus asa dan kurang yakin pada diri sendiri.Akhirnya, mereka pulang ke lembah kehinaan itu lagi.

2.5 Tidak Sayang Kepada Nyawa

Penagih dadah tidak mempunyai sifat kasih sayang terhadap nyawa sendiri. Mereka yang kurang mendapat kasih sayang dari keluarga atau masyarakat akan berasa kecewa dan terdedah diri kepada dadah. Seseorang yang mengambil dadah, pemikiran dan

Page 15: Faktor Remaja Terlibat Dadah

pertimbangannya akan menjadi kabur, mengakibatkan kerosakan sistem saraf sentral, badannya tidak mempunyai antibodi untuk menghadapi serangan penyakit lain dan kesihatan seluruh badan akan terjejas. Sekiranya mereka mengambil dadah yang berlebihan akan membawa maut.

 3.0 KESAN-KESAN

Tabiat menagih dadah di Malaysia bagi tempoh 1967-1995 menunjukkan bahawa golongan belia yang berumur di antara 15-29 tahun merupakan golongan yang paling parah dilanda wabak dadah, iaitu sebanyak kira-kira 70%-80% dari mereka menggunakan dadah jenis heroin, 13.2% ganja dan bakinya menggunakan candu, morfin dan pil-pil psikotropik. Penagihan dadah bukan sahaja memusnahkan diri belia sendiri tetapi meninggalkan kesan buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

3.1 Kesan - Kesan Terhadap Seseorang Penagih Dadah

Penagih dadah menjadi ketagih . Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan seseorang terikat kepada satu tabiat yang amat buruk yang biasanya akan berkekalan buat selama-lamanya . Walaupun betapa gigih sekalipun seseorang yang bergantung kepada dadah berusaha untuk meninggalkan tabiatnya, namun adalah sukar baginya untuk berjaya .Penagihan dadah selalunya membawa kesengsaraan dan penderitaan kepada seseorang. Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh , penagih akan berasa keluh-kesah , gian dan menderita . Matanya akan berair , hidung beringus ,perut berasa sakit dan perit ,muntah serta cirit-birit. Terdapat banyak jenis dadah yang boleh mengakibatkan kerosakan mental umpamanya amphetamines ,alkohol , barbiturates ,ganja dan L.S.D. Dadah juga boleh menghilangkan selera makan dan dengan itu menyebabkan seseorang kekurangan zat makanan .Selain itu , dadah boleh mengganggu sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot.Septicamia (peracunan darah) , penyakit kulit , pembekuan darah di dalam pembuluh darah atau jantung dan kematian mengejut akibat kekejutan mungkin terjadi semasa seseorang penagih menyuntik dadah ke dalam tubuhnya . Yang paling menakutkan ialah penagih juga mudah dijangkiti penyakit AIDS ( Sindrom Kurang Daya Tahan ) kerana berkongsi menggunakan jarum semasa mengambil dadah. Daya tahan terhadap dadah akan terbina dalam badan penagih jika dia sering mengambil dadah . Maka , penagih perlu mengambil dos yang lebih tinggi demi mendapat keseronokan yang sama seperti mula-mula mengambil dadah .Jika ketagihan dibiarkan berterusan , penagih akan mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras , seakan-akan gila . Dia mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan norma sosial . Malahan , penagih akan mengalami masalah tidur . Dia sering mengigau , fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya menaruh perhatian terhadap sesuatu . Emosinya turut menjadi tidak stabil ,seperti mudah marah atau menangis . Lebih serius lagi , pengantungan terhadap dadah boleh menimbulkan perasaan kecewa dan seterusnya membawa kepada perbuatan menjauhkan diri atau membunuh diri .

Page 16: Faktor Remaja Terlibat Dadah

3.2 Kesan-Kesan Terhadap Keluarga Penagih

Keluarga menjadi kucar-kacir . Penagih dadah bukan sahaja menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga mereka di kalangan masyarakat,bahkan diri penagih akan menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa , tenaga dan wang untuk merawatnya . Jika ia sudah berkeluarga , kehilangan kemahuan seks dan kegagalan menunaikan tanggung jawabnya terhadap rumahtangga akan menyebabkan porak peranda serta perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga .Jika penagih tersebut adalah seorang wanita dan telah mengandung , besar kemungkinan akan melahirkan anak yang cacat dan ketagih dadah . Maka , sesebuah keluarga yang mempunyai penagih tidak akan hidup dalam keadaan yang aman .

3.3 Kesan-Kesan Terhadap Masyarakat

1. Penyalahgunaaan dadah boleh membuat seseorang terjerumus ke dalam kegiatan-kegiatan anti-sosial dan perbuatan jenayah akibat terlalu ghairah untuk mendapatkan dadah yang biasanya secara haram . Mereka yang bergantung kepada bahan narkotik selalunya terpaksa melakukan kegiatan-kegiatan jenayah seperti merompak dan membunuh untuk mendapatkan wang yang cukup bagi memenuhi tabiat mereka , kecualilah mereka betul-betul kaya . Kira-kira 60 hingga 70 peratus kejadian jenayah ada kaitan dengan masalah najis dadah sementara kira-kira 45 peratus bantuan yang terdapat di penjara Malaysia adalah terlibat dengan dadah . Keadaan ini tentunya akan mengganggu keamanan , ketenteraman , ketertiban peraturan dan undang-undang negara .

2. Kerosakan pemimpin masa dapan dan melemahkan keselamatan negara. Lebih dua pertiga daripada mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan belia , tidak terkecuali juga belia di institiusi pengajian tinggi. Ketagihan ini akan merosakkan bakal-bakal pemimpin negara di masa depan. Ini bukanlah satu perkembangan yang sihat bagi negara membangun seperti Malaysia . Lazimnya, sesebuah masyarakat yang ramai anak mudanya menjadi penagih dadah akan menjadi lemah dan rendah pencapaiannya, maka negara akan kekurangan sumber tenaga untuk mempertahankan negara dari serangan musuh .

3. Masyarakat dan negara terpaksa menanggung beban . Penagih dadah umpama bangkai bernyawa . Meraka tidak bermaya , lemah serta tidak berkemampuan menguruskan diri mereka sendiri . Akibatnya masyarakat serta negara terpaksa menanggung beban memelihara mereka . Umpamanya menjalankan usaha-usaha memulihkan kembali mereka dengan menubuhkan pusat rawatan dan membeli keperluan untuk usaha-usaha pemulihan . Di samping itu juga , belanja penguatkuasaan turut meningkat untuk menambah anggota polis , kastam , penjara , belanja mahkamah dan lain-lain lagi untuk membendung masalah ketagihan . Selain itu , ringgit Malaysia turut mengalir keluar terutama ke negara yang dipercayai membekalkan dadah . Ini sekaligus turut menjejaskan ekonomi negara kerana penagih membelanjakan beratus juta ringgit setahun membeli dadah .

Page 17: Faktor Remaja Terlibat Dadah

 

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Pengalaman telah menunjukkan bahawa dadah ialah satu kuasa durjana yang boleh memusnahkan hidup berjuta-juta manusia dan mengacam keselamatan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik . Memandangkan masalah dadah semakin berleluasa dan semakin menular di kalangan masyarakat, pihak kerajaan telah membetangkan pelbagai strategi untuk membasmi kegiatan penagihan dadah. Peranan ibu bapa , guru, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam masyarakat amat diperlukan dalam perancangan pencegahan peringkat awalan untuk memainkan peranan yang bersepadu dalam usaha kerajaan mencegah wabak dadah.

4.1 Sikap Cekal Dan Gigih Dalam Usaha Membanteras Penagihan Dadah

4.1.1 Peranan Pertubuhan Kerajaan Dan Kempen-kempen Berkenaan

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai pengacam keselamatan negara yang utama. Berikutan dengan pengisytiharan ini, satu Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, sebuah Pasukan Petugas telah ditubuhkan. Pasukan Petugas ini diberi nama Pasukan Petugas Anti Dadah yang juga menjadi urus setia kepada jawatankuasa ini. Pasukan Petugas ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengawasi dan menggerakkan segala tindakan yang berkaitan dengan pencegahan pengawalan dadah di dalam negara. Manakala di peringkat negeri dan daerah, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah telah sama-sama dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan semua tindakan antidadah di peringkat masing-masing.

4.1.2 Pelaksanaan Undang-undang Dan Hukuman Yang Ketat

Bagi mencegah penyalahgunaan dadah ini, undang-undang dadah telah diwartakan di Malaysia dan ia merupakan undang-undang yang paling keras di dunia. Sejak dari tahun 1920-an dan 1930-an lagi telah diwujudkan enakmen dan pengistiharan mengenai dadah dan candu yang berasaingan. Bermula dari zaman penjajahan British mereka telah mengambil langkah membendung masalah pengedaran dan penagihan dadah dengan menguatkuasakan Ordinan Dadah Berbahaya 1952 dan Ordinan Racun 1952. Di samping itu bagi mengawal pengedaran dan penagihan dadah di negara ini terdapat tiga akta yang membolehkan tindakan diambil ke atas pengedar dadah iaitu:

I ) Akta Dadah Berbahaya 1952;

Page 18: Faktor Remaja Terlibat Dadah

II) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)1985; dan

III) Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta)1988.

Pada 14 April 1983 juga, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda di mana hukuman akan dijatuhi jika seseorang didapati bersalah kerana memilik :

• 15g atau lebih heroin atau morfin

• 40g atau lebih kokain

• 200g atau lebih kanabis

• 200g atau lebih daun koko

• 1000g atau lebih candu

Langkah yang terbaru ialah pelulusan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1984 yang menyebabkan negara kita mendapat sanjungan dan penghormatan daripada antarabangsa. Secara kasar, akta ini boleh diertikan sebagai satu alat yang lebih menakutkan untuk menghalang pengedar meneruskan aktiviti yang berbahaya ini .

4.1.3 Peranan Pusat Serenti

Pusat Serenti menyediakan kaedah rawatan dan pemulihan menyeluruh berteraskan konsep Multi Disciplinary Approach iaitu penekanan disiplin dalam pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental, bagi setiap penagih dadah yang dihantar menjalani rawatan di pusat itu. Sepanjang tempoh dua tahun menjalani rawatan, setiap pelatih dikehendaki menjalani lima proses atau peringkat pemulihan iaitu dari aspek fizikal, moral, kaunseling, ketrampilan / vokasional dan sosial.

4.1.4 Peranan Antarabangsa

Oleh sebab dadah ialah masalah sejagat ,usaha-usaha antarabangsa amat diperlukan . Bahagian dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut terlibat. Misalnya, Jawatankuasa Pakar Dadah Pertubuhan Kesihatan Sedunia banyak membantu dalam usaha membanteras najis dadah. Selain itu, beberapa agensi antarabangsa seperti Lembaga Pusat Tetap Candu, Badan Penyeliaan Dadah, Suruhanjaya Dadah, Biro Antidadah Dan Interpo (polis antarabangsa ) ditubuhkan untuk mencegah dan mengawal penyalahgunaan dadah. Misalnya, Lembaga Pusat Tetap Candu dan Badan Penyeliaan Dadah mengkaji beberapa jumlah dadah diperlukan dalam bidang perubatan. Biro Antidadah dengan kerjasama Interpol mengawasi kegiatan penyeludupan serta pengedaran dadah di 

Page 19: Faktor Remaja Terlibat Dadah

kawasan lapangan terbang, pelabuhan kapal dan di sempadan negara. Suruhanjaya Dadah memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli negara tentang cara-cara memerangi masalah dadah melalui latihan, permainan dan pendidikan.

4.2 Sikap Sedia Memaafkan Dan Baik Hati Anggota-Anggota Masyarakat

4.2.1 Peranan Ahli-ahli Masyarakat

Sikap menerima dengan terbuka serta kesungguhan dan kerjasama masyarakat dalam pembanterasan penyalahgunaan dadah adalah kunci utama yang perlu dititikberatkan bagi menangani masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang kian meruncing. Seorang penagih dadah mengalami perasaan syak-wasangka terhadap semua rakan dan keluarga serta berasa terasing dan tidak selesa berdampingan dengan mereka. Ia lebih suka bergaul dengan penagih-penagih lain dan akhirnya terlibat semula dengan penagihan dadah. Dalam konteks ini masyarakat luar perlu memainkan peranannya untuk memberi sokongan kepada penagih agar memberhentikan tabiat buruk mereka.

Sebenarnya, soal pekerjaan untuk bekas penagih juga perlu diberi perhatian kerana ini melibatkan penglibatan mereka dalam masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak banyak pihak yang ingin mengambil bekas penagih ini untuk bekerja. Bagi bekas penagih yang telah pulih sepenuhnya mereka mampu untuk menjalankan pelbagai tugas yang diberikan. Golongan ini perlu mendapat peluang pekerjaan kerana ini akan membantu mereka membina keyakinan diri.

4.2.2 Peranan Sekolah

Pihak sekolah perlu menyediakan kurikulum yang disisipkan dengan unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah. Program kokurikulum pula melibatkan aktiviti-aktiviti yang bercorak fizikal di samping yang memupuk perkembangan mental. Ini termasuklah usaha-usaha melatih pelajar menjadi agen penyampai maklumat antidadah ,menggerakkan persatuan-persatuan Bimbingan dan Kaunseling serta mewajibkan pelajar menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum sama ada dari segi permainan, kelab dan persatuan atau pasukan beruniform. Selain itu, pasukan beruniform, seperti pengakap, kadet, dan St. John juga boleh melibatkan diri dalam Skim Lencana Antidadah. Skim ini menyediakan satu kokurikulum dan kegiatan kepada ahli-ahli beruniform tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam membantu usaha ini.

Aspek pendidikan guru pula melibatkan latihan khas dalam kaedah penyelidikan pencegahan dadah. Guru juga dilatih menyediakan alat-alat bantuan mengajar dalam kaedah pendidikan pencegahan dadah. Guru-guru harus sentiasa berwaspada dan

Page 20: Faktor Remaja Terlibat Dadah

mengawasi para pelajar supaya tidak menghisap atau mengedar dadah. Guru-guru sememangnya mengadakan hubungan mesra dan rapat secara dua hala dengan para pelajar. Selain itu, guru-guru perlu memupuk dan mencungkil minat, bakat, sikap serta peribadi baik para pelajar.

4.2.3 Peranan Ibubapa

Dalam pembentukan pendidikan rohani dan jasmani yang sihat untuk anak-anak, ibu bapalah yang berperanan penting meneruskan institusi kekeluargaan yang murni ini. Pendidikan awal bermula di rumah akan menjadi teras kukuh sehingga dapat menjauhi anak-anak daripada terjerumus ke dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dan penagihan dadah . Dalam konteks ini, ibubapa perlu menunjukkan kepada anak-anak mereka bahawa tekanan-tekanan jiwa dalam hidup seharian dapat diatasi tanpa berpaling kepada dadah. Anak-anak perlu dididik supaya tidak menerima sebarang bahan dadah dari kawan-kawan mereka atau orang-orang yang tidak dikenali. Ibubapa sepatutnya memberi penuh perhatian kepada anak-anak mereka , mengambil tahu segala yang mereka lakukan, siapakah teman-teman mereka, ke manakah mereka pergi dan apakah yang mereka lakukan pada masa lapang.

Selain itu, ibubapa mesti mewujudkan suasana sebuah keluarga yang harmoni di mana anak-anak dapat membesar menjadi orang yang matang seterusnya menjadikan rumahtangga yang penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan bahagia. Ibubapa sememangnya selalu memberi peluang kepada anak-anak supaya mudah berhubung mesra dengan mereka. Ibu bapa mestilah turut sama mengambil berat, terutamanya ketika anak mereka dalam latihan pemulihan dan rawatan. Penglibatan ibu bapa ini akan memberikan semangat kepada bekas penagih dadah dan menunjukkan bahawa mereka masih disayangi.

4.3 Peka Terhadap Isu-Isu Sosial Dalam Masyarakat

4.3.1 Peranan PEMADAM

PEMADAM atau Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac 1976 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menjadi penaung persatuan ini. Ia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang telah bergerak aktif selama 21 tahun menjurus ke arah pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat nasional mahupun antarabangsa.Antara usaha-usaha terbaru PEMADAM ialah menubuhkan Biro Penawar. Biro ini diwujudkan untuk menangani masalah keluarga terdekat penagih yang turut berasa malang dan menderita akibat perbuatan penagih tersebut. Dikhuatiri ibu bapa, isteri ataupun anak penagih dadah ini akan mengalami tekanan dan malu berhadapan dengan masyarakat. Dalam hal ini , Penawar akan memberi nasihat dan bantuan kepada keluarga tersebut. PEMADAM melalui Biro Latihan telah melatih ahli-ahlinya untuk

Page 21: Faktor Remaja Terlibat Dadah

membolehkan mereka berperanan sebagai "parakaunselor". Program berbentuk kaunseling ini amat penting dalam usaha PEMADAM membentuk satu pasukan yang mantap untuk menghadapi gejala ini. PEMADAM bersama-sama Kementerian Pendidikan telah mengadakan program, seperti kem jaya diri. Kem ini memberikan tumpuan kepada pelajar yang berisiko tinggi. Golongan pelajar ini terdiri daripada mereka yang mudah terpengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

4.3.2 Kajian Perubatan Mencegah Ketagihan Dadah

Selain aspek pengawasan dan pemulihan secara praktik, pelbagai kaedah baru termasuk penyelidikan perubatan diperkenalkan. Antaranya , ubat Trexan yang dikatakan berkesan kerana dapat mencegah sepenuhnya daripada ketagihan heroin. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap penggunaan Trexan menunjukkan ia sangat berkesan dan selamat dengan kesan sampingan yang minimum, terutama bagi merawat penagih yang serius jika digunakan mengikut sukatan.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan telah memperkenalkan satu rancangan pencegahan ketagihan dadah dengan menggunakan sejenis ubat yang dikenalkan sebagai Naltrexone. Menurut pengajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia ( USM ), terdapat 91% daripada penagih dadah yang terlibat dalam pengajian ini berjaya menghilangkan ketagihan dadah mereka selepas menggunakan ubat ini.

 

5.0 KESIMPULAN

Memandangkan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah masalah bersama masyarakat, maka sewajarnyalah semua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing untuk membasminya. Ia boleh dimulakan di rumah dan di bangku sekolah bersama dengan pengawalan anggota keluarga dan pihak sekolah yang mencangkupi penggunaan masa, pergaulan dan lain lain lagi. Seterusnya, selain penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh kerajaan, pemulihan juga adalah satu alternatif untuk mengurangkan kadar penagihan dan pengambilan semula dadah. Anggota masyarakat perlu juga sedia menerima mereka yang sudah insaf akan kesalahan mereka.Pendek kata, pengawalan adalah lebih baik daripada pengubatan. Lebih tumpuan haruslah diberikan kepada aspek pendidikan dan kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah melalui pendidikan secara formal di sekolah, kempen-kempen dari semasa ke semasa dan media massa. Dengan demikian, kita dapat menghalang penagihan dadah dari terus berakar -umbi.