14
Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06 edisi Khas 25 tahun FRSB 2021 | bil: 06 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA www www .facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb .frsb.upm.edu.my cemerlang budaya kita Editor: Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan Editor Berita: Madiha Hailani Editor Grafik: Arizy Valentino Ramli Mohd Ghazali Razak Penasihat Komunikasi Rekaan Korporat: Dr. Sazrinee Zainal Abidin Salam kepada semua warga FRSB yang di kasihi, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah melalui 25 tahun yang penuh cabaran. Dari awal penubuhannya sehingga kini, pelbagai halangan dan rintangan telah diharungi demi memastikan FRSB yang kukuh dan teguh sehingga kini. Kejayaan FRSB pada hari ini adalah kejayaan dan sumbangan dari pelbagai pihak; baik dari staf, pelajar dan juga alumni terutamanya kepada pengasas fakulti yang telah bertungkus lumus meletakkan asas yang kuat untuk fakulti bergerak. FRSB merasa amat berbangga kerana semenjak 25 tahun lalu, graduan FRSB telah menyumbangkan khidmat dan kepakaran mereka diserata pelusuk dunia sama ada di sektor kerajaan mahupun korporat. Malahan ada kalangan graduan kita yang telah pun melakar nama dalam bidang masing-masing justeru mengharumkan nama baik fakulti kita yang tercinta. Staf FRSB, baik dari semua peringkat perkhidmatan, selain dari menjalankan tugasan hakiki mereka dengan cemerlang, mereka juga aktif di dalam pelbagai bidang perkhidmatan profesional, sosial dan kemasyarakatan. Ini menunjukkan bahawa setiap warga FRSB mendalami maksud moto UPM (Berilmu Berbakti) dan moto FRSB (Cemerlang Budaya Kita). TINTA KATA DEKAN Saya berdoa dan berharap agar kejayaan yang telah kita kecapi ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan tidak terhenti pada tahun ke 25 ini sahaja. Penghayatan terhadap falsafah, misi, visi dan matlamat penubuhan fakulti harus terus dihayati dan dijadikan panduan untuk kita mencapai kecemerlangan 25 tahun lagi atau lebih. Sempena menyambut ulangtahun yang ke 25 penubuhan FRSB, pelbagai program telah dirancang dan disusun. Walaupun wabak COVID-19 merencatkan sedikit perancangan, kita akan tetap berusaha supaya program ini dapat diteruskan walaupun mungkin di dalam format yang baharu dan sedikit berbeza, sesuai dengan norma baharu kehidupan kita ini. Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga FRSB untuk melihat kembali dasar penubuhan fakulti dan jadikan ianya sebagai asas dan landasan untuk kita terus maju melangkah kehadapan. Semoga semangat “Cemerlang Budaya Kita” akan terus bersemarak di dalam hati kita. “One Faculty One Heartbeat” Dekan

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

1

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

edis

i Kha

s 25

tahu

n FR

SB 2

021

| bil:

06

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

www

www.facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb

.frsb.upm.edu.myc e m e r l a n g b u d aya k i ta

Editor:Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan

Editor Berita:Madiha Hailani

Editor Grafik:Arizy Valentino RamliMohd Ghazali Razak

Penasihat Komunikasi Rekaan Korporat:Dr. Sazrinee Zainal Abidin

Salam kepada semua warga FRSB yang di kasihi,

Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah melalui 25 tahun yang penuh cabaran. Dari awal penubuhannya sehingga kini, pelbagai halangan dan rintangan telah diharungi demi memastikan FRSB yang kukuh dan teguh sehingga kini. Kejayaan FRSB pada hari ini adalah kejayaan dan sumbangan dari pelbagai pihak; baik dari staf, pelajar dan juga alumni terutamanya kepada pengasas fakulti yang telah bertungkus lumus meletakkan asas yang kuat untuk fakulti bergerak.

FRSB merasa amat berbangga kerana semenjak 25 tahun lalu, graduan FRSB telah menyumbangkan khidmat dan kepakaran mereka diserata pelusuk dunia sama ada di sektor kerajaan mahupun korporat. Malahan ada kalangan graduan kita yang telah pun melakar nama dalam bidang masing-masing justeru mengharumkan nama baik fakulti kita yang tercinta.

Staf FRSB, baik dari semua peringkat perkhidmatan, selain dari menjalankan tugasan hakiki mereka dengan cemerlang, mereka juga aktif di dalam pelbagai bidang perkhidmatan profesional, sosial dan kemasyarakatan. Ini menunjukkan bahawa setiap warga FRSB mendalami maksud moto UPM (Berilmu Berbakti) dan moto FRSB (Cemerlang Budaya Kita).

TINTA KATA DEKAN

Saya berdoa dan berharap agar kejayaan yang telah kita kecapi ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan tidak terhenti pada tahun ke 25 ini sahaja. Penghayatan terhadap falsafah, misi, visi dan matlamat penubuhan fakulti harus terus dihayati dan dijadikan panduan untuk kita mencapai kecemerlangan 25 tahun lagi atau lebih.

Sempena menyambut ulangtahun yang ke 25 penubuhan FRSB, pelbagai program telah dirancang dan disusun. Walaupun wabak COVID-19 merencatkan sedikit perancangan, kita akan tetap berusaha supaya program ini dapat diteruskan walaupun mungkin di dalam format yang baharu dan sedikit berbeza, sesuai dengan norma baharu kehidupan kita ini.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga FRSB untuk melihat kembali dasar penubuhan fakulti dan jadikan ianya sebagai asas dan landasan untuk kita terus maju melangkah kehadapan. Semoga semangat “Cemerlang Budaya Kita” akan terus bersemarak di dalam hati kita.

“One Faculty One Heartbeat”Dekan

Page 2: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

2

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

STAFF FRSB 2021

Page 3: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

3

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

SOROTAN 25 TAHUN DI KAMPUS HIJAUUNIVERSITI PUTRA MALAYSIASATU PERMULAAN

Pada tahun 2021, genaplah dua puluh lima tahun Fakulti Rekabentuk dan Senibina wujud sebagai sebuah entiti akademik di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sejak penubuhannya pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina atau lebih dikenali sebagai FRSB terus maju dengan pencapaian yang memberangsangkan dari segi pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan perundingan profesional dan juga khidmat masyarakatnya. Namun segala pencapaian ini pastinya mempunyai permulaan. Bagi FRSB sejarah pembangunannya perlu disoroti daripada satu era ke satu era.

ERA 1970an

Idea pewujudan sebuah fakulti bagi reka bentuk dan seni bina bermula seawal tahun 1976 lagi di UPM. Suatu kertas cadangan bagi penubuhan sebuah fakulti baharu yang diberi nama Fakulti Hortikultur dan Seni Bina Landskap telah disediakan oleh pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia iaitu Prof. Dr. Ibrahim Mohd Yusuf. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dapat diteruskan.

Page 4: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

4

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

ERA 1980an

Pada awal 1980an Jabatan Agronomi dan Kulturakebunan, Fakulti Pertanian telah mengambil seorang pensyarah, En. Mustafa Kamal Mohd Shariff yang mempunyai latar belakang pendidikan peringkat master dalam bidang hortikultur hiasan dan reka bentuk landskap. Hasratnya pada ketika itu adalah untuk menawarkan kursus-kursus berkaitan hortikultur landskap dan sebagai memenuhi hasrat itu, suatu kursus elektif bertajuk “AGRO 472: Pendekatan kepada Landskap” (An Approach to Landscape) telah ditawarkan kepada pelajar Bacelor Sains Pertanian. Kursus berkenaan telah menarik minat beberapa orang graduan program berkenaan yang kemudiannya telah melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Seni Bina Landskap di luar negara. Mereka ini kemudiannya menjadi arkitek landskap profesional dan juga ahli akademik terawal dalam bidang senibina landskap di negara ini.

Apabila Jabatan Agronomi dan Hortikultur di Fakulti Pertanian menawarkan program pengajian Bacelor Sains Hortikultur (Bachelor of Horticulture Science) pada pertengahan 1980an, terdapat dua lagi kursus berkaitan senibina landskap telah ditawarkan sebagai kursus elektif. Dua kursus ini adalah Pengenalan Seni Bina Landskap (Introduction to Landscape Architecture) dan Pembinaan dan Pengurusan Landskap (Landscape Construction and Management). Penawaran Kursus Pengenalan Seni Bina Landskap ini juga telah di buka kepada program pengajian lain seperti Bacelor Perhutanan dan Bacelor Ekonomi. Ini adalah sebagai memenuhi permintaan terhadap bidang kesenibinaan landskap yang semakin meningkat rentetan usaha pihak kerajaan untuk membangunkan landskap negara seimbang dengan pembangunan fizikal lain.

Pada masa yang sama, Jabatan Agronomi dan Hortikultur telah menghantar beberapa orang lagi pensyarah untuk melanjutkan pengajian mereka diperingkat sarjana dalam bidang seni bina landskap diluar negara diantaranya Puan Noorizan Mohamed (Iowa State U. dan University of Pensylvania), En. Nordin Abdul Rahman (University of Newcastle Upon Tyne) dan En. Nor Azam Shuib (University of Georgia). Sementara itu seorang pegawai pertanian di Bahagian Ladang, UPM iaitu Pn. Nor’ain Rejab juga telah dihantar untuk mengikuti program Sarjana dalam bidang Seni Bina Landskap di Harvard University. Kesemua mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan dan kembali bertugas semula di Fakulti Pertanian dan Bahagian Ladang.

ERA 1990an

Pada penghujung 1980an, En. Mustafa Kamal Mohd Shariff telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran di Colorado State University, Amerika Syarikat. Disamping itu, pada awal 1990an seorang lagi Pegawai Pertanian dari Bahagian Ladang, En. Osman Mohd Tahir telah dihantar untuk melanjutkan pengajian diperingkat sarjana dalam bidang Seni Bina landskap di University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom dan En. Abd Aziz Othman seorang tutor Fakulti Pertanian juga telah melanjutkan pengajian peringkat sarjana di dalam bidang Seni Bina Landskap di Edinburgh University, United Kingdom.

Dengan kembalinya beberapa pensyarah dan pegawai dengan ijazah sarjana dan kedoktoran pada pertengahan tahun 1990an dan melihat kepada sambutan terhadap program seni bina landskap serta keperluan tenaga kerja negara pada masa itu, satu perbincangan telah diadakan dengan University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom berkenaan dengan penubuhan sebuah fakulti yang boleh menawarkan program pengajian bukan saja dalam bidang seni bina landskap tetapi juga dalam bidang seni bina dan bidang reka bentuk yang lain. Tujuan murni ini disemarakkan lagi dengan perubahan nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia dalam usaha menjadikan UPM sebagai sebuah universiti yang komprehensif pada tahun 1996. Ini telah membuka peluang kepada penubuhan beberapa fakulti dan program baharu di UPM dan imej barunya sebagai selari dengan nama Universiti Putra Malaysia

Page 5: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

5

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

PENUBUHAN FRSB

Semenjak tahun 1994, Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff, Dr. Noorizan Mohamed, Dr. Nordin Abdul Rahman, En. Nor’Azam Shuib dan Pn. Norain Rejab telah bekerja keras menyiapkan perancangan dan seterusnya kertas kerja penubuhan FRSB. Cadangan ini akhirnya telah mendapat kelulusan Senat UPM dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya.

FRSB pada tahun 1996 ini bermula dengan seorang Dekan, Timbalan Dekan, Pegawai Tadbir, Pegawai Pertanian serta dibantu oleh lima staf pelaksana. Dari segi fizikalnya pula, fakulti ini telah ditempatkan di kawasan Unit Hortikultur, Bahagian Ladang UPM di atas tanah seluas 167,000meter persegi. Diatas hasil usaha dan kejayaan ini, Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff, Dr. Noorizan Mohammed, Dr. Nordin Abdul Rahman, En. Norazam Shuib dan Pn. Nor Ain Rejab akan sentiasa diingati sebagai Pengasas Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

Penubuhan FRSB telah membuka satu lembaran baru di UPM kerana buat pertama kalinya program yang berasaskan seni bina dan reka bentuk telah ditawarkan. Selain itu, penubuhan FRSB juga menyambut wawasan baru UPM yang mahu menjadikan UPM sebagai satu universiti yang komprehensif sifatnya. Diantara fungsi utama Fakulti Rekabetuk dan Senibina ialah untuk meneroka ilmu reka bentuk melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan ilmu melalui jaringan industri serta masyarakat. Bagi merealisasikan fungsi ini beberapa buah jabatan akademik telah ditubuhkan bermula dengan Jabatan Senibina Landskap pada tahun 1996, Jabatan Senibina pada tahun 2000, dan Jabatan Rekabentuk Perindustrian pada tahun 2001.

JABATAN SENIBINA LANDSKAP

Jabatan Senibina Landskap (JSL) telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan FRSB dengan kekuatan 7 staf akademik dan 29 staf pelaksana. Penubuhan JSL bersama dengan penubuhan fakulti adalah selari dengan keadaan dimana kesemua pengasas FRSB adalah terdiri daripada pensyarah atau pegawai dalam bidang seni bina landskap. Ketua Jabatan yang pertama bagi Jabatan Senibina Landskap adalah, Puan Nor Ain Rejab. Pada tahun 1996 juga Jabatan Senibina Landskap telah menerima 2 lagi pensyarah iaitu En. Osman Mohd Tahir dan En. Abdul Aziz Othman.

Jabatan Senibina Landskap mula menawarkan program Bacelor Senibina Landskap (BLA) pada Semester 1 (1996/1997). Oleh kerana kesuntukan masa untuk mendapatkan pelajar daripada lepasan matrikulasi ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kumpulan pertama BLA adalah merupakan para pelajar baharu yang telah mendaftar dalam program-program lain di UPM sendiri. Setelah melalui proses temuduga, seramai 35 pelajar telah dipilih. Mereka ini bukan hanya menjadi kumpulan pelajar pertama BLA tetapi juga kumpulan pelajar pertama FRSB.

Kumpulan pelajar pertama BLA(Gambar ihsan: Amos Ng dan Prof Madya Dr Nordin Abdul Rahman)

Page 6: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

6

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

JABATAN SENIBINA

Jabatan kedua yang ditubuhkan selari dengan perancangan pembangunan FRSB seperti yang digariskan dalam kertas penubuhannya ialah Jabatan Senibina pada tahun 2000. Ini mengambilkira kesediaan fakulti dalam mengadakan ruang pentadbiran, pengajaran dan yang lebih penting kesediaan kurikulum seni bina dan tenaga pengajar yang mencukupi. Kurikulum awal seni bina telah dimulakan penggubalannya oleh seorang arkitek berjawatan kontrak berbangsa Iraq iaitu R. Shahab. Ini telah diperbaiki selanjutnya dengan bantuan pensyarah yang baru diambil dan juga setelah mendapat pandangan suatu jawatankuasa penubuhan program Bachelor Rekabentuk (Senibina) yang dilantik oleh UPM dan terdiri daripada arkitek professional, ahli akademik bidang seni bina daripada universiti tempatan dan juga ahli akademik UPM dalam bidang berkaitan seperti kejuruteraan.

Beberapa orang pensyarah yang berkelayakan telah diambil untuk melancarkan operasi jabatan ini dan diantara tenaga akademik terawal ialah Puan Rahinah Ibrahim, Puan Sumarni Ismail, Puan Wan Srihani Wan Mohamad, Puan Ida Suriana Ismail, En Mohd Fakry Zaky Jaafar dan En Nasir Baharudin. Akhirnya, pada tahun 2000, Jabatan Senibina telah ditubuhkan secara rasmi dan diterajui oleh Prof. Ar. Ruslan Khalid dan serentak dengan penubuhannya, Jabatan Senibina telah menawarkan program Bacelor Rekabentuk (Senibina) pada Semester Pertama (2000/2001) dengan jumlah pengambilan pertama seramai 46 pelajar. Pada tahun 2004, Jabatan Senibina juga telah mula menawarkan program Bacelor Senibina dan seramai 5 orang pelajar telah mendaftar didalam program ini. Kedua-dua program di JS telah mendapat akreditasi Lembaga Arkitek Malaysia untuk LAM BHG I pada tahun 2006 dan untuk LAM BHG II pada tahun 2007

JABATAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRI) merupakan jabatan yang ketiga ditubuhkan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, iaitu pada tahun 2002. Dalam usaha untuk memulakan sesi pertama pengajian program ini, beberapa orang pensyarah telah diambil lebih awal bertujuan untuk merancang pembentukan kurikulum program. Diantara mereka adalah En. Hassan Hj. Alli, En.Badrul Azmi Abdul Holed, En. Mohd. Nazri Saad, En. Hasri Yunardi Hassan, En. Ahmad Rizal Abdul Rahman, En. Mohd Shahrizal Dollah, En. Ruhaizin Sulaiman dan YM Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi. En. Badrol Azmi Abdul Holed telah dilantik sebagai Ketua Jabatan pertama Jabatan Reka Bentuk Perindustrian dan mengetuai Jabatan Rekabentuk Perindustrian sehingga 2007.

Serentak dengan penubuhan Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) telah menawarkan pengajiannya yang pertama kepada seramai 29 orang pelajar, iaitu pada Semester Pertama sesi 2002/2003. Untuk memastikan kualiti pengajian dan pembelajaran (P&P) sentiasa dipertingkatkan selari perkembangan pendidikan di Malaysia dan permintaan dari pihak industri, pada tahun 2011, kurikulum program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) telah dikemaskinikan dan ditambah tempoh pengajiannya daripada tiga (3) tahun kepada empat (4) tahun. Kini, program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) telah mencapai banyak kejayaan dan merupakan salah satu daripada program reka bentuk perindustrian di Malaysia yang menumpukan kepada memperkasakan kelestarian reka bentuk produk pertanian dan hijau.

Graduasi kumpulan pertama Bacelor Rekabentuk (Rekabentuk Perindustrian) pada tahun 2005

Page 7: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

7

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

PROGRAM PASCA SISWAZAH

FRSB sedar bahawa kekuatan sesuatu fakulti banyak bergantung kepada pelajar pasca siswazah kerana mereka merupakan antara nadi penting kepada aktiviti pendidikan lanjutan, penyelidikan dan perkembangan ilmu. Oleh itu FRSB sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengambilan pelajar siswazah melalui program pasca siswazah. Oleh itu, semenjak tahun 1996 lagi, FRSB telah menawarkan program peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah merangkumi bidang pengajian senibina, pengajian landskap, perancangan dan rekabentuk bandar berintegrasi, pengajian rekabentuk industri dan pengajian rekabentuk berintegrasi.

Dua orang pelajar pertama yang mengikuti program Master Sains (MSc) di FRSB melalui penyelidikan adalah En. Murad Abdul Ghani di bawah seliaan Professor Dr. Osman Mohd Tahir dengan tajuk thesisnya Hazard Evaluation of Mature Urban Street Trees in Kuala Lumpur dan En. Emran @ Zahrin Mohd Taram di bawah seliaan Professor Dr Mustafa Kamal Mohd Shariff dengan tajuk thesisnya Interactive System for Landscape Management. Manakala pelajar yang pertama mengikuti program Doktor Falsafah (PhD) di FRSB pada tahun 1996 adalah Puan Haziyah Hussain dengan tajuk tesisnya, Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan di bawah selian Prof Madya Dr. Nordin Abdul Rahman

Pada tahun 1996, FRSB juga telah mula menawarkan program Master Secara Kerja Kursus melalui Jabatan Senibina Landskap dengan penawaran program Master Senibina Landskap (MLA) dengan pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 9 orang. Selaras dengan perkembangan pendidikan program senibina, program Bacelor Senibina telah dinaiktaraf kepada program Master Senibina dan Jabatan Senibina telah mula menawarkan program Master Senibina (MArch) mulai tahun 2016. Program master ini adalah secara kerja kursus dan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 28 orang. Pada tahun 2019, Jabatan Senibina Landskap telah mula menawarkan Master Pengurusan Landskap Mapan (MSLM) dengan pengambilan seramai 17 pelajar dan graduan program ini di jangka akan menjadikan pengurusan landskap negara lebih baik. Pada tahun 2020 pula, juga di bawah Jabatan Senibina Landskap, program Master Rekabentuk Bandar Tropika (MTUD) telah mula di tawarkan dengan pengambilan pelajar seramai 3 orang. Program ini di tawarkan selari dengan perkembangan perbandaran di Malaysia yang semakin pesat dan mencabar. Pada tahun 2021 pula, FRSB melalui Jabatan Rekabentuk Perindustrian akan menawarkan program Master Inovasi Rekabentul Perindustrian ataupun MIDI dimana graduan program ini akan menjadikan rekabentuk di Malaysia lebih berinovasi dan bermutu tinggi.

FRSB KINI

Fakulti ini yang dahulunya bermula daripada beberapa bangunan kayu usang bekas semaian tumbuhan hortikultur sebagai bangunan pentadbiran, kelas dan bengkel; kini mempunyai sebuah kompleks bangunan-bangunan moden bagi menempatkan para staf dan pelajarnya siap dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini. Warga kerjanya kini telah menjadi sebuah keluarga yang besar; 67 staf akademik dan 49 staf bukan akademik. Kumpulan pelajar pertamanya hanyalah seramai 40 orang namun kini telah berkembang pesat sehingga mempunyai lebih dari 900 orang pelajar mengikuti 3 program di peringkat bacelor, 5 program master secara kerja kursus, program master (secara penyelidikan) dan juga program Doktor Falsafah (PhD.)

Adalah menjadi harapan semua warga FRSB samada yang telah bersara atau masih berkhidmat supaya FRSB terus maju kehadapan menjadi satu fakulti yang terbilang dalam bidang seni bina dan rekabentuk. Dari tahun 1996 FRSB telah melangkah jauh dan perlu melangkah lebih kehadapan dalam tempoh 25 tahun lagi. Semua warga FRSB perlu untuk bergerak bersama dalam satu denyutan nadi yang senada dalam mencari kejayaan yang terbilang, “Cemerlang Budaya Kita”.

Page 8: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

8

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

PENCAPAIAN FRSB

PENYELIDIKAN & INOVASI

Page 9: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

9

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

PERKUBURAN ISLAM TERSUSUN : DARI “ZERO” KE “HERO”

JARINGAN INDUSTRI & KOMUNITI

INFUSING CSR IN AN ARCHITECTURAL STUDIO PROJECT: A CATTERY FOR SPCA

PROJEK TERATAK SEMAI

MAG UPM SUSTAINABLE UPCYCLE PRODUCT

PROGRAM CEO@FACULTY 2.0: DREAMEDGE SDN BHD

PEMBANGUNAN RUANG KOMUNAL BAGI PANGSAPURI KOS RENDAH NEGERI SELANGOR

Page 10: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

10

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

Sekalung tahniah di atas Sambutan ke 25 tahun Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Telah banyak yang kita kecapi selama 25 tahun tertubuhnya FRSB di Kampus UPM. Didoakan semoga FRSB terus maju sejajar dengan visi dan misi UPM, terus mengungguli bidang Alam Bina mampan bukan sahaja di peringkat nasional malahan antarabangsa. Ayuh kita teruskan keunggulan ini. Maju dan Unggullah FRSB!!Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof,

Timbalan Dekan Akademik & HEPA, FRSB, UPM

UCAPAN 25 TAHUN FRSB DARI PENGURUSAN

Melewati lebih 2 dekad kewujudan FRSB di UPM adalah sangat membanggakan dalam pembangunan prasarana bagi keselesaan semua warga FRSB. Dalam usia yang remaja yang matang, projek-projek jaringan industri dan masyarakat oleh pensyarah dan staf juga telah menunjukkan peningkatan yang baik dari tahun ke tahun dan memberi impak yang signifikan kepada industri, masyarakat dan UPM. Setinggi tahniah kepada semua warga FRSB atas usaha murni berteraskan BERILMU BERBAKTI. Selamat Ulang tahun ke 25 FRSB, terus dan terus cemerlang!Prof Ts Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman,

Timbalan Dekan, Jaringan Industri Masyarakat & Pembangunan

Fakulti Rekabentuk telah berdiri megah selama 25 tahun dengan tersergam indah persekitarannya, yang telah melahirkan ramai ahli graduan yang berkecimpung

dan menyumbang di dunia alam bina. Keunikan FRSB adalah menerokai gabungan idea reka bentuk berinovasi dan penyelidikan yang berorientasikan kelestarian.

Terus unggul, cemerlang dan terbilang. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid bin Mohd Yunos,

Timbalan Dekan, Inovasi dan Penyelidikan

Page 11: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

11

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

Saya mewakili Jabatan Senibina mengucapkan selamat ulang tahun ke 25 utk Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Semoga terus maju dan gemilang dalam

membangunkan insan kamil di dalam bidang rekabentuk dan alam bina negara.Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar,

Ketua Jabatan Senibina, FRSB

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menyambut Ulang tahun ke-25 FRSB pada tahun

2021. Dalam tempoh lebih 2 dekad, FRSB telah mencapai banyak kejayaan dan secara tidak langsung menjadi kebanggaan UPM. Semoga pencapaian ini terus dijadikan

panduan untuk mengharungi masa hadapan yang mencabar. Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan fakulti terutama mantan-mantan dekan di atas kepimpinan,

kewibawaan dan komitmen serta seluruh warga FRSB. Semoga fakulti terus maju dengan FRSB’s tagline “CEMERLANG BUDAYA KITA” dan diakhiri dengan dua rangkap

pantun untuk semua.

Pohon senduduk di tepi kolamAnak kelah berenang-renang

Terima kasih kami ucapkanBudi tuan/puan menjadi kenangan

Letih berjalan di tengah pekanSinggah sebentar di gerai mak siti

Terima kasih kami ucapkanAtas segala jasa dan bakti

Sekian, terima kasih

Prof. Madya Ts. Dr Hassan Hj. Alli,

Ketua Jabatan, Jabatan Reka Bentuk Perindustrian

Selamat Ulang tahun Jubli Perak, FRSB! Tahniah diucapkan kepada semua staf dan warga FRSB dari mula penubuhan sehingga kini. Moga kejayaan dewasa ini akan menjadi inspirasi kepada kejayaan dan kemasyhuran fakulti pada 25 tahun mendatang. Semoga FRSB akan terus maju dan berdaya saing di peringkat global!Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan,

Ketuan Jabatan Senibina Landskap

Page 12: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

12

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

UCAPAN 25 TAHUN FRSB DARI STAF DAN PELAJAR

1. Selamat ulang tahun yang ke-25 FRSB! Semoga lebih cemerlang di masa hadapan! Dr. Mohd Fabian Hasna

2. Selamat hari ulang tahun ke 25 FRSB.. Semoga pelajar dapat pencapaian yang cemerlang Devandraarasan a/l Subramaniam, Student

3. Happy quadranscentennial everyone! Hope FRSB lasts for another century! Gan Rishi, Student

4. Tahniah dan syabas FRSB yang telah genap ke-25 tahun penubuhan perjalanan menuju ke puncak semoga akan terus terkehadapan mengorak langkah di dalam usaha menjadi institiusi penyelidikan bertaraf dunia. Pn,Nurkhalizah Sarip

5. Syabas dan Tahniah sempena ulang tahun ke-25 FRSB! A’dil Fahrul Fitri, Student

6. Selamat ulang tahun ke 25, frsb! Semoga terus gemilang dan cemerlang ! En.MuhdHamizanAfiqHalimi

7. Saya doakan FRSB terus maju jaya dan sentiasa disayangi Warganya, Pelajarnya, Alumninya dan juga Malaysia. Dr.khairul Manami Kamarudin

8. Happy 25th birthday FRSB. Just keep going. Pn. Zenaida Zenon

9. Berjalan petang diatas titi, Sambil disapa burung kedidi, 25tahun menabur bakti, FRSB selamat hari jadi.... Dr. Sazrinee Zainal Abidin

10. Selamat ulang tahun ke-25 FRSB, semoga kita cemerlang, gemilang dan terbilang (ikhlas daripada kami BLA tahun 3) Thevehka a/p Gunasekar, Student

11. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Ulang tahun Jubli Perak FRSB Sempena yg ke 25 tahun 26 Jun 1996 - 26 Jun 2021 Warga Cemerlang,Fakulti Gemilang Pn. Nurhasmilaazra Abdul Halim

12. Happy birthday FRSB. Lets add more stars to the pride of our institution! Dr. Siow May Ling

13. Selamat ulang tahun FRSB kali ke 25.Semoga terus cemerlang dan gemilang di tahun² mendatang Pn. Fadhilah Ahmad

14. Selamat ulang tahun ke 25, FRSB! Semoga dapat terus melahirkan generasi berilmu, cemerlang dan terbilang. CikNurAqilahMohdNoordin

15. Selamat hari ulang tahun ke 25 FRSB! Pn. Zulaikha Yaacob

16. Tahniah FRSB! Selamat ulang tahun ke 25: semoga terus perkasa dipersada negara dan antarabangsa, cemerlang budaya kita. Prof. Madya LAr. Dr. Osman Mohd Tahir

17. Happy birthday FRSB. Semoga maju dan sentiasa maju Gary Muraleedharan, Student

18. 4 Thn pelajar + 21 thn alumni + 16 thn staf = 25 thn [gemilang bakti FRSB setia di hati ❤❤] Dr. Roziya Ibrahim

19. Selamat ulang tahun ke 25, FRSB! Semoga kembali ceria seperti sebelum covid-19 dan terus cemerlang! Muhammad Anuar, Student

20. Selamat menyambut ulang tahun ke - 25..FRSB,dulu,kini dan selamanya. En.MohammadAfifiHamdan

21. Selamat berjaya seedshowcase 2021 kepada pelajar ind final year ! TAM JIA WEN, student

22. Tahniah FRSB , semoga sampai lagi 25 tahun En. Mohamad Aiman Mohd Daud

23. “Tough times don’t last, tough teams do”-anonymous. Happy anniversary 25th FRSB!!! Dr. Shamsul Abu Bakar

24. Semoga warga kerja FRSB dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian... En. Mohd Azuwan Md Nor

25. Happy 25th birthday FRSB!! Wishing you to be more known by others #slm #s1st Fauzan, Student

26. Selamat ulang tahun ke 25, FRSB....Semoga FRSB akan terus cemerlang...dan sentiasa menjadi lain daripada yang lain En. Johan Ali

27. Selamat ulang tahun FRSB ke-25! ! ! Semoga terus unggul dan sentiasa membina reputasi yang baik. Tang Ping Yee, Student

28. Selamat ulang tahun ke 25, FRSB! Semoga terus cemerlang dan gemilang! Azwan

29. Pakat membeli cekodok di Pekan Selama, Makan bersantai dengan Cik Nana, Selamat menyambut ulang tahun ke-25, Khas buat Fakulti Rekabentuk dan Senibina.. #Onefacultyoneheartbeat Pn. Intan Nuzrad

30. Dirgahayu FRSB...25 Tahun terus cemerlang..Tahniah Dr.NoorFazamimahMohdAriffin

31. Congratulations for turning 25 years old FRSB! Keep shining and striving! #Onefacultyoneheartbeat Pn. Madiha Hailani

32. Sempena 25 tahun, FRSB akan terus cemerlang dengan rekabentuk yang terus berinovasi dan membina Wan Mohd Radzi Wan Ismail

Page 13: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

13

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

dan Salam Sejahtera rakan-rakan FRSB sekelian, samada yang masih bertugas, yang telah bersara ataupun berpindah ke tempat lain.

Selamat menyambut ulang tahun ke 25 Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.Syabas saya ucapkan kepada semua kerana telah mengharungi pelbagai macam cabaran selama suku abad.

Saya percaya segala kejayaan yang telah dicapai oleh FRSB adalah berkat usaha yang gigih dan semangat kesepakatan yang tinggi diantara anda semua. Semangat

ini perlu kita teruskan agar kita terus maju sebagai sebuah pusat penerokaan,penjanaan dan penyebaran ilmu

rekabentuk yang unggul di rantau ini.

Rakan-rakan sekelian, berkhidmatlah dengan penuh ikhlas dan berintegriti tinggi. Saya mendoakan agar FRSB terus maju dan kekal cemerlang dalam menghadapi pelbagai macam cabaran yang mendatang.

Sekian,

Assalamualaikum w.r.b

Prof. LAr. Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff

Dekan Pengasas

15 Julai 1996 - 14 Julai 2008

DEKAN PENGASAS

Page 14: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA...Malaysia. Maka pada 26 Jun 1996, Fakulti Rekabentuk dan Senibina ataupun singkatannya FRSB telah ditubuhkan dengan rasminya. FRSB pada tahun 1996

14

Edisi Khas FRSB 2021 | bil: 06Tahun1996 - 2021

Prof. LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir

Tanggal 27 Jun 2021 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai penjawat awam, menandakan selesai sudah beliau menawarkan khidmat bakti kepada UPM, dan kepada Fakulti Rekabentuk dan Senibina, khususnya.

Sepanjang berkhidmatannya selama lebih dari 30 tahun, beliau sangat aktif dalam memberikan perkhidmatan profesionalnya, baik di dalam UPM mahupun di luar UPM. Beliau sering diundang untuk menyampaikan ucapan dasar di konferens, seminar, forum serta dialog baik di peringkat nasional atau antarabangasa. Beliau telah menerbitkan banyak jurnal artikel berindex, buku, bab dalam buku, prosiding seminar dan terlibat dalam pelbagai projek konsultansi pembangunan, rekabentuk dan perancangan landskap.

Namun, khidmat bakti beliau selama menerajui FRSB adalah yang paling terkesan. Selama 3 penggal beliau dilantik sebagai Dekan; 2 kali lantikan, sudah tentunya banyak buah tangan yang beliau tinggalkan. Antaranya adalah menerajui penubuhan Galeri Serdang, Pameran STEdex dan Seminar SUSted serta pembangunan arca FRSB di simpang jalan masuk ke fakulti. Beliau juga merupakan tulang belakang utama kepada pembentukan program MSLM selain bertanggungjawab membawa nama baik fakulti ke peringkat antarabangsa melalui penglibatannya dalam badan profesional seperti ILAM dan ASLAR serta program jaringan industri.

Pihak Fakulti Rekabentuk dan Senibina merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas segala khidmat bakti selama berkhidmat di fakulti ini, khasnya. Harapan kita hanya satu, supaya beliau tidak berhenti menyumbangkan kepakaran beliau kerana kita yakin ilmu , pengalaman, kemahiran dan kepakaran beliau masih amat diperlukan khususnya dalam bidang industri landskap negara.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan persaraan dengan tenang dan bermanfaat.

Celebrate your accomplishments

Enjoy your newfound freedom

And always remember what a positive difference you have

made.

Selamat Bersara Prof. LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir

Semoga sentiasa dalam rahmatNya dan lindunganNya

Dari seluruh warga Fakulti Rekabentuk dan Senibina

NOTA KHAS BUAT