Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    1/9

    1

    TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL: KAJIAN KES DI

    SELANGOR

     Nor Azureen Ramli, Md. Rozalafri Johori, Nor ‘Adha Abd Hamid, Abdul Hadi Awang,

    Mohd Daly Daud, Nurkaliza Kalid & Wawarah [email protected]; [email protected]; [email protected]; [email protected];

    [email protected]; [email protected]; [email protected]

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

    Majlis Agama Islam Selangor

    ABSTRAK

     Baitulmal merupakan salah satu mekanisma yang ditubuhkan secara rasmi oleh Sayidina

    Umar Al-Khattab untuk menguruskan harta negara bagi kepentingan ekonomi umat Islam. Namun begitu, di Malaysia fungsi baitulmal ini telah disesuaikan mengikut perlembagaan

    dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk

    mengenal pasti pemahaman masyarakat terhadap fungsi baitulmal dan turut dibincangkan

    tren penerimaan dan kutipan harta Baitulmal dari tahun 2010-2013 yang memfokuskan

    kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Baitulmal. Kajian ini telah dijalankan

    di tiga daerah negeri Selangor yang telah dipilih, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak

     serta jumlah keseluruhan responden bagi soal selidik ini seramai 750 orang. Kesimpulan

    daripada hasil kajian mendapati bahawa responden mempunyai kefahaman yang mendalam

    berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal dalam menguruskan harta amanah tersebut dan

    ia turut disokong dengan tren kutipan dan penerimaan harta Baitulmal MAIS.

    Kata Kunci: Baitulmal, MAIS, harta amanah

    PENDAHULUAN

    Pengurusan kewangan dan ekonomi adalah aspek penting dalam menentukan pembangunan

    ekonomi dan sosial di sesebuah negara. Dalam tamadun Islam telah dibuktikan bahawa

     pengurusan ekonomi negara Islam bermula dengan penubuhan Baitulmal sebagai tempat

     pengurusan kewangan negara. Baitulmal dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau

    institusi yang mengandungi harta negara yang menjadi hak rakyat (Abdul Monir, 2003).

    Antara jenis harta yang disimpan adalah seperti zakat, kharaj, usyur, harta khairat dan

    kebajikan, wakaf dan setara dengannya.

    Baitulmal berasal dari bahasa Arab dan terdiri daripada dua patah perkataan iaitu Al-

    Bait dan Al-Mal. Al-Bait bererti “rumah” manakala Al-Mal bererti “harta” dan jika

    digabungkan kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud rumah harta. Jika disebut

    secara lisan Arab ia merujuk kepada rumah yang menerima sesuatu harta dan

    menyimpankannya untuk diagihkan. Raimi et al. (2013) menjelaskan bahawa perkataan

    Baitulmal itu sendiri merujuk kepada perbendaharaan umat Islam yang ditubuhkan bagi

    melindungi harta sesebuah negara dan masyarakat. Ia juga dianggap sebagai harta amanah

    dan hendaklah diperlakukan sebagai harta orang Islam dan harta Allah (Ahmad et al. 2007).

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    2/9

    2

    SEJARAH BAITULMAL

    Pada awalnya, ketika zaman Rasulullah s.a.w, Baitulmal tidak dilihat sebagai perkara yang

     penting dan menonjol kerana ketika itu pembangunan ekonomi agak terhad dan sumber

     pendapatan juga tidak begitu banyak dan untuk menguruskannya agak mudah. Secara

    ringkasnya Possumah & Ismail (2012) menjelaskan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w

    tiada tempat yang khusus dan Baginda menjadikan masjid sebagai perbendaharaan negara

    untuk menyimpan harta negara (Akanbi, 2012) kerana sumber yang terhad dan masalah

    lebihan harta juga tidak timbul kerana pendapatan yang diperolehi bersamaan dengan jumlah

    yang dibelanjakan.

    Manakala ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz negara Iraq, Iran,

    Syria dan Mesir telah ditakluki oleh umat Islam (Abdullah Alwi, 2003). Sehubungan dengan

    itu, pendapatan negara yang diperolehi melalui penaklukan tersebut telah dihantar ke pusat

     pemerintahan di Madinah dan untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut, Khalifah

    Umar memandang serius terhadap peranan Baitulmal dalam mentadbir sumber kewangan dan

    menyimpannya di tempat yang selamat. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada

     pertumbuhan ekonomi negara dan turut memberi keuntungan kepada negara. Menurut Pheng

    et al. (2007) Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyimpan dana Islam di dalam Baitulmal yang

    terdiri daripada dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder.

    Sumber primer, Nor (2013) menjelaskan ianya termasuklah  Zakat, Ufti (zakat yang

    dipungut setiap tahun daripada kafir zimmi yang menetap di bawah naungan Islam), Kharaaj 

    (cukai yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki atau ditakluki dengan cara paksaan,

    kekerasan atau tanah yang dimiliki dengan cara berdamai) , ‘Usyur Dan Seperlima Daripada

    Ghanimah  (harta ramapasan perang) dan  Fai’e  (harta milik orang kafir yang dimiliki tanpamelalui peperangan dan tidak menggunakan peralatan perang). Sumber kedua pula adalah

     berdasarkan kepada hartanah tanpa diketahui pemiliknya, harta orang murtad dan harta

     pusaka orang yang sudah meninggal dunia tanpa pewaris. Secara keseluruhannya dana zakat

    semakin bertambah disebabkan hasil perniagaan, dagangan dan pertanian rakyat dan

     pertambahan rakyat yang memeluk agama Islam.

    Sejak itu, Possumah & Ismail (2012) menjelaskan lagi, Baitulmal telah menjadi

    institusi yang penting dalam negara Islam. Tambahan lagi, Baitulmal turut mengendalikan

     pelbagai perkara dari harta pengeluaran Zakat (juga cukai), infaq, sedekah untuk membina

    kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, sewa tentera dan juga sosial atau kepentinganawam yang lain. Selain itu, harta yang diperolehi tersebut digunakan untuk membiayai

     perbelanjaan negara, pembangunan ekonomi dan sebagainya.

    BAITULMAL DI MALAYSIA 

    Pada masa kini di Malaysia, Baitulmal ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri dan terdapat

     juga pihak yang menggunakan istilah Baitulmal sebagai Bahagian Kewangan yang

    menguruskan harta majlis (Ahmad et al. 2007). Hal ini kerana pelaksanaan Baitulmal telah

    disesuaikan dengan kehendak perlembagaan Malaysia dengan merujuk kepada jadual ke

    sembilan perlembagaan (Ridwan, 2011). Penjajahan British di tanah Melayu dahulu

    mengakibatkan sistem pentadbiran negara termasuk pengurusan ekonomi negara menjadisekular dengan meletakkan perkara berkenaan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    3/9

    3

    Melayu di bawah tanggungjawab sultan negeri manakala urusan negara selebihnya adalah di

     bawah tanggungjawab kerajaan(Zakariah, 2003). Akibatnya, ia menjadikan skop pentadbiran

    dan fungsi Baitulmal disempitkan kerana terdapat dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu

     perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Baitulmal melalui

    kerajaan negeri (Indera Shahril, 2013).

    Menurut Jadual ke Sembilan Perlembagaan, Baitulmal yang juga terletak di bawah

    struktur kuasa perundangan negeri telah disenaraikan hak kerajaan negeri iaitu termasuk hak

     penentuan hukum agama yang berkaitan dengan harta seperti zakat, wakaf, Baitulmal dan

    yang berkaitan dengan hal-ehwal agama. Manakala bagi konteks negeri Selangor, Baitulmal

    adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor. Ia seperti yang terkandung

    dalam Perlembagaan Persekutuan Jadual ke Sembilan Senarai 2 Senarai Negeri:

    “Wakaf Islam dan ta’arif  serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama,

     perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai

     pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan amanah yang

    dijalankan, kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat melayu, zakat fitrah dan Baitulmal

    atau hasil ugama Islam yang seumpama ” 

    MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

    Penubuhan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada awalnya dikenali sebagai Majlis

    Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran

    Undang-undang Islam pada tahun 1952. Fungsi penubuhannya ketika itu adalah bertujuan

    menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat

    Melayu. Kemudian pada tahun 2003, nama dan identiti badan tersebut kemudiannya ditukar

    kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS,2014).

    “Maka hendaklah ada suatu badan bernama ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk

    membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang

    berhubung dengan agama Islam”. (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor,

    2003)

    MAIS SEBAGAI BAITULMAL

    Pada awal penubuhan Bahagian Harta Baitulmal di MAIS ia dikenali sebagai Bahagian

    Sumber AM. Namun setelah mesyuarat MAIS Bil 1/2005 yang bersidang pada 14 April 2005Bahagian Sumber Am telah diberi nafas baru dengan nama Bahagian MAL. Bahagian ini

    terdiri daripada tiga elemen penting iaitu Unit Wakaf, Unit Wasiat dan Amanah serta Unit

    Faraid. Penubuhan Bahagian MAL bertujuan untuk menguruskan harta umat Islam yang

    merangkumi wakaf, wasiat, harta amanah dan harta lebihan harta faraid di Negeri Selangor.

    Ini menepati Seksyen 5 (4) dan seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

    Selangor 2003 iaitu: Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

    2003 menyatakan:

    “ Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau

     sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-

    mana amanah"  

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    4/9

    4

    Manakala Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

    menyatakan :

    "Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah."

    Tujuan penubuhan baitulmal MAIS ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan

     pengurusan pendaftaran, pembangunan dan penyebaran maklumat harta wakaf, faraid, wasiatdan amanah bagi mana-mana amanah dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Baitulmal

    MAIS juga bertanggungjawab dalam menguruskan wakaf, wasiat dan amanah, serta harta

    lebihan faraid. Selain itu baitulmal MAIS juga berperanan menguruskan wang tidak patuh

    syariah, wang orang berhutang, wasiat, hibah, harta Luqatah, tabung sumbangan anak yatim

    dan pungutan khairat.

    KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MAIS SEBAGAI

    BAITULMAL

    Demografi responden menunjukkan di rajah 1 mendapati 60% responden terdiri daripada

    wanita dan 40% adalah lelaki. Rajah 2 pula menunjukkan 76.5 % dari keseluruhan responden

    terdiri daripada golongan belia (21-40 tahun).

    Jadual 1: Nilai Purata Bagi Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai Baitulmal

    Bil. Pemboleh Ubah Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai

    Baitulmal

    Purata

    1.  Saya mengetahui bahawa Baitulmal adalah di bawah pengurusan MAIS. 3.25

    2. 

    Saya pernah mendengar dan mengetahui tentang Baitulmal melalui mediaserta melalui Internet (portal rasmi MAIS).

    3.24

    3.  Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan hartaluqatah (barang yang ditemukan), harta pusaka dan pengurusan wasiat.

    3.16

    4.  Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan wangyang tidak patuh syariat dan hibah.

    2.96

    5.  Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diuruskan oleh Baitulmal. 3.196.  Saya berpendapat Baitulmal perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

     pengurusan harta dengan cekap.3.12

    7.  Saya berpendapat Baitulmal perlu membuat perubahan pada skop perkhidmatan yang disediakan.

    3.33

    PURATA KESELURUHAN 3.18

    Rajah 2 :Taburan Responden Berdasarkan Umur

    Rajah 1 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina 

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    5/9

    5

    Jadual 1 menunjukkan keseluruhan purata bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman

    masyarakat terhadap peranan MAIS sebagai Baitulmal ialah 3.18. Maka, dapatan ini

    menunjukkan bahawa secara keseluruhan responden mempunyai kefahaman yang mendalam

     berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal. Purata bagi tujuh soalan berkaitan peranan MAIS

    sebagai Baitulmal melebihi 3.00. Bagaimanapun soalan 4 berkaitan skop tugas Baitulmal

    yang menawarkan perkhidmatan pengurusan wang yang tidak patuh syariat dan hibah cumamemperolehi dapatan sebanyak 2.96 yang berada dalam kumpulan sederhana. Keadaan ini

    menunjukkan bahawa MAIS perlu menumpukan urusan promosi ke arah memaklumkan

    kepada masyarakat umum di Selangor bahawa Baitulmal di bawah penyeliaan MAIS turut

    menawarkan perkhidmatan tersebut.

    TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL MAIS (2010-2013)

    HARTA LUQATAH

    Baitulmal MAIS berperanan dalam menguruskan harta Luqatah. Harta luqatah adalah barang

    yang ditemui, di sesuatu tempat yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Misalnya, seorang

    Muslim menjumpai sesuatu barang atau harta dan dia mengutip barang tersebut kerana risau

    ia sia-sia dan terbiar. Penemu harta tersebut hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke

    Ibu Pejabat MAIS atau Unit Harta Baitulmal Daerah, di Pejabat Agama Islam Daerah yang

    terdekat.

    Rajah 3 menunjukkan jumlah penerimaan harta Luqatah dari tahun 2010-2013 diMAIS. Pada tahun 2010 jumlah penerimaan harta Luqatah mencatatkan RM 395,741.26.

    Penurunan sebanyak 98% dari tahun 2010 ke 2011. Kemudian pada tahun 2013 harta

    Luqatah yang diserahkan ke MAIS menunjukkan peningkatan sebanyak 29.9% dari tahun

    2012 dengan jumlah RM2,405.00 kepada RM4,460.00. Keseluruhan harta Luqatah yang

    ditemui dari tahun 2010-2013 berjumlah RM 1,212,529.71. Selepas harta tersebut diserahkan

    ke MAIS, pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam

     berhampiran Harta Luqatah tersebut ditemui.

    2010 2011 2012 2013

    Jumlah Penerimaan

    Harta Luqatah395,741.26 2,996.00 2,405.00 4,460.00

    0.00

    100,000.00

    200,000.00

    300,000.00400,000.00

    500,000.00

       P  e  n  e  r   i  m  a  a  n   (   R   M   )

    Rajah 3: Jumlah Penerimaan Harta Luqatah (2010-2013)

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    6/9

    6

    HARTA PUSAKA

    Harta pusaka adalah salah satu unit penting yang diuruskan oleh Baitulmal di bawah MAIS.

    Menurut hukum faraid, salah satu sumber Baitulmal adalah melalui harta pusaka. Hal ini

    kerana, Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada

     pewaris atau mempunyai waris tetapi tidak berhak kepada harta tersebut atas halangan

    tertentu seperti berlainan agama atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris

    yang berhak. Selain itu, faktor yang melibatkan MAIS dalam pembahagian harta pusaka

    Jumlah penerimaan Harta Pusaka di rajah 4 pula menunjukkan pada tahun 2012

    mencatat jumlah paling tertinggi di antara tahun 2010 hingga 2013 dengan jumlah RM

    3,571,745.49. Ia mencatat peningkatan sebanyak 36.6% dari tahun 2011. Harta pusaka yang

    diterima oleh Baitulmal ini adalah berdasarkan pecahan kutipan keseluruhan yang terdiri

    daripada tebus pusaka secara tunai, tebus secara ansuran dan penerimaan pelbagai pusaka.Penerimaan harta pusaka ini akan dikhidmatkan untuk diterima oleh masyarakat berdasarkan

    kepentingan maslahah umum. Keseluruhan jumlah penerimaan harta pusaka dari tahun 2010

    hingga 2013 bernilai RM 8,506,655.14.

    WANG TIDAK PATUH SYARIAH

    Selari dengan etika kerja MAIS iaitu amanah, prihatin dan mesra, MAIS bertanggungjawab

    mewar-warkan kepada masyarakat setempat kepentingan menguruskan harta mengikut

    hukum syarak yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Baitulmal MAIS berperanan dalam

    menguruskan wang tidak patuh syariah. Wang tidak patuh syariah adalah istilah

    menggantikan penggunaan nama wang haram atau wang syubhah yang dimiliki oleh orangIslam. Ia termasuklah sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan

    atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak. Pengurusan wang tidak patuh syariah

    ini berfungsi sebagai cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu

    menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam. Klasifikasi wang tidak patuh

    syariah yang digariskan MAIS:

    a)  riba atau faedah dan

     b)   judi atau pertaruhan

    c)   pengeluaran dan penjualan barang tidak halal

    d)  insurans konvensional

    e)   jual beli sekuriti yang tidak halal

    f) 

    aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

    2010 2011 2012 2013

    Jumlah PenerimaanHarta Pusaka

    1,438,004.33 1,657,521.57 3,571,745.49 1,839,383.75

    0.00

    1,000,000.00

    2,000,000.00

    3,000,000.00

    4,000,000.00

       P  e

      n  e  r   i  m  a  a  n   (   R   M   )

     Rajah 4: Jumlah Penerimaan Harta Pusaka (2010-2013)

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    7/9

    7

    2010 2011 2012 2013

    Jumlah Penerimaan WangTidak Patuh Syariah

    178,700.00 394,696.12 639,133.59 994,304.97

    0.00

    200,000.00

    400,000.00

    600,000.00800,000.00

    1,000,000.00

    1,200,000.00

       P  e  n  e  r   i  m  a  a

      n   (   R   M   )

    Rajah 5: Jumlah Penerimaan Wang Tidak Patuh Syariah (2010-2013)

    Rajah 5 menunjukkan jumlah penerimaan wang tidak patuh syariah pada tahun 2010-

    2013 semakin meningkat dengan purata 25% dari tahun ke tahun. Penerimaan yang tertinggiadalah pada tahun 2013 dengan berjumlah RM994,304.87. Berdasarkan kepada hasil kajian

    menunjukkan tahap pemahaman masyarakat terhadap peranan Baitulmal MAIS menguruskan

    wang tidak patuh syariah berada di tahap yang sederhana namun, peningkatan tren yang

    konsisten ini menunjukkan terdapatnya kesedaran orang awam terhadap wang tidak patuh

    syariah ini. Wang tidak patuh syariah yang diterima MAIS ini dimanfaatkan bagi maslahah

    umum kerana menurut Indera Shahril (2013) sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki

    sebaliknya ia menjadi milik maslahah umum seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara

    kebajikan. Jumlah keseluruhan bagi penerimaan wang tidak patuh syariah bernilai RM

    2,206,834.68.

    HARTA WASIAT DAN HIBAH

    Selain itu, MAIS turut berperanan menguruskan harta wasiat dengan menempatkan pejabat

    agama Islam di beberapa daerah untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan MAIS.

    Menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas

     berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala

     beberapa fuqaha' lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada

     pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat

    akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat. Selain itu, MAIS juga menawarkan

     penyewaan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa tanah, rumah, kedai dan

     pejabat milik MAIS.

    Baitulmal MAIS juga turut menguruskan hibah. Dari segi bahasa hibah bermaksud

     pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Dari segi istilahnya hibah ialah suatu

    akad yang mengandungi seseorang memberi harta hak miliknya secara sukarela kepada

    seseorang yang lain ketika hidupnya tanpa balasan (iwad). Maka, perkhidmatan baitulmal

    MAIS bertanggungjawab untuk menyediakan pengurusan hibah iaitu Permohonan Hibah

    Biasa dan Permohonan Hibah Pegangan Amanah kepada orang awam.

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    8/9

  • 8/16/2019 Faraid Kuis- Nor Azureen Ramli

    9/9

    9

    Possumah, B. T., & Ismail, A. G. (2012). Baitul Mal and Legal Constraint: Public Wealth

    Management in Malaysian Context. International Journal of Academic Research in

     Business. 2(11):27-52

    Raimi, L. S. (2013). Embedding Islamic Financial System (IFS) in the Curricula of Schools

    in Nigeria. Journal of Business Administration and Education, 2(2), 65-84.

    Ridwan Abd. Rahman. (2011). Konsep Asas Baitulmal Majlis Agama Islam Dan Adat

    Istiadat Melayu Kelantan. Retrieved Oktober 2,2014 from Majlis Agama Islam Kelantan:

    http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&

    task=doc_download&gid= 506&Itemid=1151. 

    Zakariah Abd. Rashid. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan

    Islam. dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.),  Ke Arah Pembangunan Baitulmal

     Kebangsaan. Kuala Lumpur : PPZ dan MAIWP, 39-64

    http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&%20task=doc_download&gid=%20506&Itemid=1151http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&%20task=doc_download&gid=%20506&Itemid=1151http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&%20task=doc_download&gid=%20506&Itemid=1151http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&%20task=doc_download&gid=%20506&Itemid=1151http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman&%20task=doc_download&gid=%20506&Itemid=1151