9
Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan Lampiran F1-1 PENGENALAN Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama dalam projek Koridor Raya Multimedia. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni dan kepakaran teknologi maklumat (IT). Dua asas penting ini yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta pembinaan nilai, menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menggunakan teknologi sebagai kaedah utama, dan disokong oleh manusia yang berketrampilan, berkemahiran, polisi dan proses. Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan. Dengan kata lain, Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi pengajaran dan pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dengan tujuan menyediakan kanak-kanak untuk 'zaman maklumat'. Sekolah Bestari akan berubah mengikut masa, dengan pembentukan staf yang profesional, sumber-sumber pendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran secara berterusan. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah, disamping menyediakan pelajar untuk hidup dalam 'zaman maklumat'. Sekolah Bestari ini memerlukan guru yang berkemahiran dan proses sokongan yang baik untuk berfungsi secara berkesan. Pelaksanaan Sekolah Bestari menggariskan beberapa matlamat yang bakal memenuhi keperluan individu , masyarakat , dan stakeholders iaitu: Melahirkan tenaga kerja yang celik komputer dan mahir teknologi dan berdaya fikir Pendemokrasian pendidikan Meningkatkan penglibatan stakeholders Pembangunan menyeluruh dengan mengambilkira keupayaan individu Penekanan kepada aspek Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani. Lampiran F1-2 CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari 1-1

Fasilitator

  • Upload
    ajuy88

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jbn

Citation preview

Page 1: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-1

PENGENALAN

Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama dalam projek Koridor Raya Multimedia. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni dan kepakaran teknologi maklumat (IT). Dua asas penting ini yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta pembinaan nilai, menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.

Sekolah Bestari memberi penekanan kepada pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menggunakan teknologi sebagai kaedah utama, dan disokong oleh manusia yang berketrampilan, berkemahiran, polisi dan proses. Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan.

Dengan kata lain, Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi pengajaran dan pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dengan tujuan menyediakan kanak-kanak untuk 'zaman maklumat'. Sekolah Bestari akan berubah mengikut masa, dengan pembentukan staf yang profesional, sumber-sumber pendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran secara berterusan. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah, disamping menyediakan pelajar untuk hidup dalam 'zaman maklumat'. Sekolah Bestari ini memerlukan guru yang berkemahiran dan proses sokongan yang baik untuk berfungsi secara berkesan.

Pelaksanaan Sekolah Bestari menggariskan beberapa matlamat yang bakal memenuhi keperluan individu , masyarakat , dan stakeholders iaitu:

Melahirkan tenaga kerja yang celik komputer dan mahir teknologi dan berdaya fikir

Pendemokrasian pendidikan Meningkatkan penglibatan stakeholders Pembangunan menyeluruh dengan mengambilkira keupayaan individu Penekanan kepada aspek Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.

Lampiran F1-2

1-1

Page 2: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI

Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari

Sekolah Bestari Sekolah Biasa Budaya kaya ilmu Berfikiran Kritis dan kreatif Berpusatkan pelajar Akses kendiri Kadar kendiri Terarah kendiri Konteks global Penggunaan kemudahan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran

Pemerolehan Fakta Berasaskan memori Berpusatkan guru Konteks setempat Buku teks

Sistem Pengurusan

Sekolah Bestari Sekolah Biasa Pengurusan Berasaskan teknologi

maklumat secara sepadu bagi melicinkan proses-proses kerja

Kolaborasi antara agensi pusat dan sekolah

Kemudahan IT dapat membantu pehak pengurusan membuat keputusan secara pantas dengan adanya kemudahan akses kepada maklumat dan perhubungan dengan pihak-pihak yang boleh membantu

Berasaskan cara kerja 'manual' dan terpisah

1-2

Page 3: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Sistem Pentaksiran

Sekolah Bestari Sekolah Biasa Pentaksiran lebih berbentuk tidak

formal dan berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan

Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan

Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum

Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar.

Bentuk soalan Tumpuan yang lebih diberi

pentaksiran sekolah Prestasi pelajar dilaporkan

menerusi markah dan gred Peperiksaan setara diberikan

kepada semua murid tanpa mengira kebolehan.

1-3

Page 4: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-3RUJUKAN RUMUSAN : LANGKAH 6

BAHAN 1:

Konsep Sekolah Bestari

Sekolah bestari adalah sekolah yang menggalakkan pelajar berdikari dalam memperolehi pengetahuan. Pelajar disediakan peluang untuk belajar mengikut kadar pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati dengan sendiri. Dengan ini, pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya ketahap cemerlang

Sekolah bestari menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Sekolah bestari membina budaya ilmu dan membentuk pelajar untuk berdaya fikir kritis, kreatif dan bersifat penyayang.

Matlamat Sekolah Bestari

Melahirkan tenaga kerja yang celik dan mahir teknologi dan berdaya fikir

Pendemokrasian pendidikan Meningkatkan penglibatan 'stakeholders' Pembangunan menyeluruh dengan mengambil kira keupayaan individu Penekanan kepada aspek Intelek, Emosi. Rohani dan Jasmani.

Bahan Sumber

Menepati kurikulum Menepati arahan Kos berpatutan Hiasan berpada Ketepatan teknik

1-4

Page 5: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-4

1-18

Satu Model Dinamika Perubahan

Situasi Semasa

Visi yang diingini

Orang yang

terlibat

Implisit dlm. perubahan ialah sesuatu itu dapat dijadikan lebih baik

Terdapat jurang (gap) antara apa yang sedia ada dan yang diingini

Mereka yg. terlibat bersama dlm. perubahan itu tidak kira kalau secara +if., -if. atau neutral.

Tiga elemen ini tidak ada makna sehingga anda memutuskan utk. melibatkan diri dan melakukan sesuatu

Anda

Page 6: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-4Nota Huraian Model Dinamika Perubahan

Kalau kita memahami perubahan dengan lebih mendalam, akan meningkatlah kemungkinan usaha kita ke arah menangani perubahan atau untuk mempengaruhinya

Tidak ada satu model perubahan yang unggul / terbaik yang dapat menjelaskan dengan tepat semua aspek mengenainya

Sering berlaku pendapat yang bertindan-tindih atau bertentangan mengenainya

Model dinamika perubahan ini (Model Bellman, 1992) adalah satu model ringkas yang mengenal pasti 4 komponen yang penting dan yang saling bertindak antara satu sama lain apabila perubahan berlaku (Model dari buku `Getting things done when you are not in charge' oleh Geoffrey M. Bellman (1992).

Komponen pertama ialah situasi atau keadaan sekarang dan perkara-perkara yang tersirat dalam sesuatu perubahan ialah situasi atau keadaan iatu boleh menjadi lebih baik.

Komponen yang kedua ialah apa atau situasi (visi) yang diharapkan. Ini bererti akan wujud satu jurang di antara situasi sekarang dengan apa yang diharapkan (visi) dan keadaan ini akan menimbulkan ketegangan di antara situasi sekarang dengan apa yang diharapkan.

Komponen ketiga ialah semua orang lain yang terlibat, tidak kira yang menyokong, yang neutral atau yang menolak visi atau situasi yang diharapkan itu.

Komponen keempat ialah anda. Apabila ketiga-tiga komponen mula saling bertindak untuk menggerakkan perubahan itu, tidak akan bermakna kalau anda tidak turut terlibat sama.

Kedudukan anda aalah ditengah-tengah tiga komponen yang lain.

Anda perlu melihat diri anda sebagai yang utama (central) dalam menentukan perubahan itu berlaku. Anda perlu melihat diri anda sebagai kunci untuk perubahan itu berlaku.

Sebagai seorang pengurus perubahan itu patutlah anda memahami ketiga-tiga komponen yang lain dengan mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti yang berikut;

Visi - apakah yang anda dikehendaki / visi anda?- apakah yang dikehendaki oleh 'orang lain'?- apakah kehendak anda serupa dengan kehendak 'orang lain'

?

Lampiran F1-4Keadaan sekarang - apakah sebenarnya 'situasi sekarang'

- apakah pandangan 'orang lain' tentang situasi sekarang'

- apakah persamaan dan perbezaan di antara kedua- dua pandangan di atas

- apakah pandangan anda tentang situasi sekarang

1-19

Page 7: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Orang lain - siapakah mereka yang terlibat?- apakah 'pelaburan' mereka menjadi halangan atau

sokongan untuk perubahan itu?- apakah pendapat mereka tentang kuasa yang ada pada

mereka untuk membawa perubahan atau menghalangnya?

- apakah 'bakat dan sumber' yang ada pada diri mereka?

Anda - mengapa anda menghendaki perubahan itu?- apakah 'bakat dan sumber' yang ada pada diri anda?- Cara manakah kehendak anda sepadan dengan kehendak

orang lain itu

Mengikut Peter Sange (5th Discipline) jurang perbezaan di antara keadaan sekarang dan visi itu yang menentukan desakan untuk perubahan itu berlaku. Lebih besar jurang itu, lebih desakan untuk perubahan itu berlaku.

Sekarang sesuailah kita menyiasat kalau wujudnya jurang perbezaan antara apa yang diharapkan oleh Sekolah Bestari dan situasi di sekolah sekarang.

Lampiran F1-5

PANDUAN ULASAN AKTIVITI MEMBUAT ANALOGI

SITUASI IDEA TENTANG PERUBAHANPenyusunan guli dari awal sehingga membentuk segitiga sama telah melibatkan satu urutan langkah, aktiviti, perbincangan, masa, dsb.

Perubahan adalah suatu proses...

Reaksi dan perlakuan individu dalam kumpulan semasa membina segitiga sama berbeza-beza.

Reaksi individu terhadap perubahan dipengaruhi oleh sistem kepercayaannya (belief system),

1-20

Page 8: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

sikap dan nilai individu.Untuk mengekalkan bentuk segitiga sama setiap guli patut berada pada tempat yang tertentu, kalau mana-mana satu diusik/diganggu bentuk segitiga sama tidak dapat dikekalkan.

Setiap individu adalah sangat penting untuk merealisasikan sesuatu perubahan. Setiap individu mempunyai peranan dalam menangani perubahan.

Ada kemungkinan tidak semua ahli bersetuju tentang cara atau keperluan untuk melakukan tugas yang diberi itu.

Dalam sesuatu usaha perubahan kita patut menerima hakikat akan adanya rintangan.

Ada kumpulan yang telah menghadapi masalah membentuk segitiga sama kerana:

permukaan terlalu licin permukaan tidak rata ada gegaran

Faktor / kuasa luar boleh mempengaruhi perubahan.

Ada kumpulan yang terpaksa menukar cara/strategi membina segitiga sama separuh jalan.

Perubahan tidak semestinya berlaku seperti dirancang.

Semua kumpulan berjaya membina segi tiga sama tetapi mungkin dengan cara yang berlainan.

Tidak ada satu model unggul untuk membawa satu perubahan.

Semua ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif dan koperatif.

Semua ahli berkongsi visi yang sama.

Ada kumpulan yang terus untuk mula menyusun guli, dan ada juga yang berbincang dan merancang sebelum memulakannya

Kejayaan mungkin berlaku secara perlakuan strategik dalam menangani perubahan ataupun secara operational (day to day)

1-21

Page 9: Fasilitator

Pengurusan Pedagogi Bestari Konsep dan Perubahan

Lampiran F-6

1-22

Idea-IdeaUtama tentang Perubahan

Tetap berlaku

Adalah satu Proses

Bertujuan membawaKebaikan visi

Menerima hakikat akan ada rintangan

Reaksi melibatkan sistem kepercayaan, sikap, nilai individu

Perlu ditangani oleh setiap individu

Tiada satu model unggul

Perlu mengambil kira keprihatinan

Tidak semesti berlaku seperti dirancang

Mungkin menimbulkan masalah baru

Kuasa / faktor-faktor luar ada pengaruh

Idea-Idea Utama tentang Perubahan