3
FOKUS KAJIAN Isu Kajian Kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan teknik nyanyian dalam mengatasi masalah murid dalam memahami dan mengingati konsep mekanisme pernafasan untuk Tahun 4. Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi meninjau masalah dihadapi oleh murid. Instrumen tersebut digunakan sebagai penunjuk kepada masalah yang dikesan. Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan timbulnya masalah dalam kelas Tahun 4 ini dan salah satunya ialah murid bosan dan tidak berminat untuk memahami konsep pernafasan kerana mereka menggunakan kaedah penghafalan untuk mengingati pergerakan organ yang berbeza untuk proses menarik dan menghembus nafas. Selain itu, mereka juga terpaksa menyalin nota berbentuk linear kerana tidak ada kaedah yang mudah dan berkesan untuk mereka memahami tajuk ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Objektif Kajian 4

Fokus Kajian

  • Upload
    ayisy

  • View
    230

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian tindakan

Citation preview

FOKUS KAJIAN

Isu Kajian

Kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan teknik nyanyian dalam mengatasi masalah murid dalam memahami dan mengingati konsep mekanisme pernafasan untuk Tahun 4. Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi meninjau masalah dihadapi oleh murid. Instrumen tersebut digunakan sebagai penunjuk kepada masalah yang dikesan. Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan timbulnya masalah dalam kelas Tahun 4 ini dan salah satunya ialah murid bosan dan tidak berminat untuk memahami konsep pernafasan kerana mereka menggunakan kaedah penghafalan untuk mengingati pergerakan organ yang berbeza untuk proses menarik dan menghembus nafas. Selain itu, mereka juga terpaksa menyalin nota berbentuk linear kerana tidak ada kaedah yang mudah dan berkesan untuk mereka memahami tajuk ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Objektif Kajian

Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid terhadap mekanisme pernafasan. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut :i. Memperkukuhkan ingatan murid terhadap Mekanisme Pernafasan Manusia dengan menggunakan kaedah nyanyian. ii. Meningkatkan kemahiran murid untuk mengenalpasti perbezaan antara proses menarik dan menghembus nafas dengan menggunakan kaedah nyanyian. iii. Melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan dengan menggunakan kaedah nyanyian.

Soalan Kajian

i. Adakah ingatan murid terhadap Mekanisme Pernafasan Manusia dapat diperkukuhkan dengan menggunakan kaedah nyanyian ?ii. Adakah kemahiran murid untuk mengenalpasti perbezaan antara proses menarik dan menghembus nafas dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian?iii. Adakah suasana pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan dengan menggunakan kaedah nyanyian?

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid khususnya murid Tahun 4 dalam menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingati fakta dengan mudah dan berkesan serta meningkatkan minat murid untuk belajar secara tidak langsung. Di samping itu, hasil kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru sekolah dan guru pelatih dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang menghiburkan. Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keprofesionalisma keguruan ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini juga diharap dapat membantu murid untuk mengingati fakta Sains dengan lebih mudah dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan.

5