9
Pengenalan Hassan Al-Banna Nama sebenar beliau ialah Al Imam Hassan Bin Sheikh Ahmad Bin Abdul Rahman Al-Banna Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al- Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. dan meninggal pada 1949 di Kaherah ketika Berusia 43 tahun.Beliau pernah menganggotai beberapa persatuan seperti jam’iyyah as-suluk al-Akhlaqi dan jam’iyyah Makarimul Akhlak al-Islamiah sebelum menubuhkan Ikhwalnulmuslimin. Hasan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab,hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Folio Agama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Folio Agama

Pengenalan Hassan Al-Banna

Nama sebenar beliau ialah Al Imam Hassan Bin Sheikh Ahmad Bin Abdul Rahman

Al-Banna Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-

Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. dan meninggal

pada 1949 di Kaherah ketika Berusia 43 tahun.Beliau pernah menganggotai

beberapa persatuan seperti jam’iyyah as-suluk al-Akhlaqi dan jam’iyyah Makarimul

Akhlak al-Islamiah sebelum menubuhkan Ikhwalnulmuslimin. Hasan al-Banna

merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul

Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah

kitab,hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar,

Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah

diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam

di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya

digunakan untuk mengkaji,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir

al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Page 2: Folio Agama

Sifat peribadi ,pendidikan dan

ketokohan Hassan Al-Banna

Sifat peribadi

Antara sifat peribadi beliau ialah,banyak membaca buku daripada pelbagai bidang

seperti tasawwuf dan sejarah islam.hassan Al Banna juga suka bergaul dan

berbincang dengan para ulamak. Beliau juga mempunyai semangat jihad yang tinggi

dalam mengerjakan dakwah dan sentiasa prihatin terhadap nasib masyarakat di

sekelilingnya. Beliau juga seorang pemimpin yang berwibawa dan disegani di

peringkat antarabangsa. kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-

Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini,

Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata Bpelosok

tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pendidikan

Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam

usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya

juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama

kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad

AdDiniyyah. Hasan Al-Banna berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah

A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah

rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan

menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Beliau memilih memasuki

MaahadDini, iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti

Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan

yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat

Page 3: Folio Agama

Ijazah Perguruan.. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru

Damanhur untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketokohan Hassan Al-Banna

Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin. Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna juga terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk.

Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Page 4: Folio Agama

Penutup

Sumbangan Hassan Al-Banna dalam mengasaskan ikhwanulmuslimin iatu

pertubuhan yang membawa penbaharuan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial

dunia Islam.seterusnya,beliau juga menyedarkan masyarakat supaya kembali

menghayati islam dan menyuburkan kembali pemikiran islam dalam masyarakat.

beliau juga sentiasa mencontohi tokoh islam dalam memperjuangkan keadilan dan

kebenaran .

Page 5: Folio Agama

Isi kandungan

Bil tajuk Bil/ms

1 penghargaan

2

2 Pengenalan(biodata)

3

3 (Isi) -sifat peribadi

-Pendidikan dan -sumbangan

4-5

4 Penutup

6

5 lampiran

7

__

__

Page 6: Folio Agama

penghargaan

Bismillahirahmanirahim...

          Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada

pensyarah tercinta saya, PN.NOORINAWATI BT ABD RAHMAN kerana dengan

tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan

tugasan ini dengan suksesnya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja

kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral

yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu

saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja folio ini.Terima kasih.

Page 7: Folio Agama

KOLEJ VOKASIONAL KANGAR, PERLIS

HASSAN AL-BANNA

SEM4(2014)

NURFATIN ‘IZZATI BT IBRAHIM

FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN

PENSYARAH:PN.NOORINAWATI BT ABD RAHMAN.