Upload
sup-penyu
View
698
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0) PENGENALANProjek inovasi ini merupakan tugasan terakhir bagi pelajar Semester 8
PISMP untuk subjek Reka Bentuk Projek. Kami, para pelajar telah diberi tugas
untuk menyiapkan satu unit projek permainan yang boleh dijadikan sebagai
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) beserta dokumentasi mengenai permainan yang
dihasilkan. Tugasan kami bermula dari peringkat mencari idea disusuli dengan
menterjemahkan idea kepada lakaran.
Reka bentuk permainan yang bakal dihasilkan bergantung pada kreativiti
pelajar berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk melahirkan idea di
samping penerapan elemen serta prinsip penghasilan reka bentuk yang telah
dipelajari. Seterusnya adalah mengaplikasikannya kepada produk sebenar yang
boleh dijadikan sebagai bahan yang berguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Proses menyiapkan projek ini banyak memberi impak yang positif dan
menjurus ke arah pembacaan, perbincangan akademik dan pengkongsian
maklumat secara pintar di kalangan pelajar. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kerjasama di antara pelajar.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar membuat
rujukan dan mengakses maklumat dari pelbagai sumber serta dapat
mengaplikasikannya iaitu dari bentuk imaginasi (idea) kepada bentuk realiti
(sebuah projek inovasi). Ini dapat mengaktifkan lagi daya pemikiran pelajar dan
juga menambahkan pengetahuan serta pengalaman masing-masing.
| DOKUMENTASI PRODUK 2
2.0) MAKLUMAT PROJEK2.1 : RASIONAL
Membuat produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar ( BBM )
yang kukuh dan stabil di samping mempunyai nilai estetika yang tinggi dan
juga nilai egronomik.
Produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai nilai komersial yang
bersesuaian dengan sasaran pasaran agar dapat dijual sekiranya produk itu
dikomersilkan.
Menyediakan produk permainan yang mengggunakan kos yang rendah dan
berpatutan.
Menyiapkan produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai reka bentuk
yang menarik.
Menghasilkan sebuah produk Bahan Bantu Mengajar yang mudah dialihkan
dan ringan.
Mencipta produk Bahan Bantu Mengajar yang simple dan moden.
2.2 : MATLAMATMatlamat penghasilan produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu
Mengajar ( BBM ) ini adalah untuk memberi pengalaman kepada bakal guru
dalam pembuatan sesebuah produk. Projek ’Roda Serbaguna’ dihasilkan
bertujuan sebagai bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat murid
terhadap aktiviti pembelajaran di dalam kelas serta memaksimumkan
penggunaan bahan terpakai seperti tayar basikal. Projek ini sesuai digunakan
| DOKUMENTASI PRODUK 4
sebagai bahan bantu mengajar kerana fungsinya yang menarik dan
mempelbagaikan lagi corak pengajaran guru di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Projek ini juga bertujuan untuk melahirkan guru yang kreatif dan
inovatif dalam bidang pembuatan.
2.3 : OBJEKTIFMembolehkan pelajar menggunakan kemahiran reka cipta.
Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan pelajar.
Membolehkan pelajar menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna
sepanjang penghasilan projek.
Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kursus
yang dipelajari.
Menggalakkan pelajar yang juga bakal guru berfikir dengan lebih kreatif
tentang kaedah pengajaran yang pelbagai untuk dipraktikkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.4 : PERNYATAAN MASALAHSebagaimana yang telah diketahui, terdapat pelbagai jenis bahan bantu
mengajar berunsurkan ’roda’ yang terdapat di pasaran. Melalui hasil pemerhatian
mendapati bahawa bahan bantu mengajar berunsurkan ’roda’ yang sedia ada ini
mempunyai beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah ia
menggunakan ruang yang agak luas serta mempunyai bentuk dan berat objek
yang tidak relevan untuk dibawa ke mana- mana. .
Malah, bahan bantu mengajar berkonsepkan roda yang terdapat di
pasaran juga susah disimpan jika tidak digunakan dan ini mengakibatkan
kerugian ruang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perabot yang lain.
| DOKUMENTASI PRODUK 5
Bahan bantu mengajar roda impian yang telah dicipta ini dihasilkan
daripada material yang berbeza-beza seperti roda, kayu, besi kertas warna yang
menarik. Kami memaksimumkan penggunaan bahan-bahan terpakai bagi
mengelakkan pembaziran berlaku. Penerapan unsur inovatif kami terapkan
dalam menghasilkan projek inovasi ini.
2.5 : PENYELESAIAN MASALAHSetelah menjalankan pemerhatian, kami mencapai kata sepakat iaitu untuk
menghasilkan sebuah projek bahan bantu mengajar ’Roda Serbaguna’ bagi
membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,
beberapa idea dan pendapat telah dicapai bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi
1. Roda Serbaguna mudah dibawa dan disimpan.
Permainan roda yang mudah dibawa dan disimpan ini mudah dibawa dan
disimpan bagi memaksimumkan ruang bagi kelas atau bilik darjah yang
mempunyai saiz dan ruang yang terhad.
2. Bentuk dan berat yang tinggi.
Melalui masalah ini, kami membina sebuah roda serbaguna yang
sederhana dan menggunakan material yang ringan dan mudah
dikendalikan. Bentuk yang dihasilkan bersesuaian dengan bilik darjah
yang bersaiz kecil dan sederhana.
2.6 : PENCETUSAN IDEASebelum memulakan projek, kami terlebih dahulu mengkaji selidik dan
membuat pemerhatian dari segi reka bentuk dan kualiti bahan bantu mengajar
yang pernah dihasilkan sebelum ini. Apa yang bermain di fikiran saya ialah
| DOKUMENTASI PRODUK 6
produk permainan yang paling menarik dan mempunyai kelebihan yang
tersendiri.
Kami memulakan tugas yang pertama iaitu membuat pemerhatian dengan
mengumpul contoh-contoh permainan yang terdapat dalam laman sesawang.
Pemerhatian kami terdiri dari pelbagai aspek antaranya ketahanan, berat, saiz,
kestabilan warna dan reka bentuk yang menarik.
Idea untuk menghasilkan ‘Roda Serbaguna’ ini tercetus apabila sebelum
ini, kami melihat kebanyakan guru hanya menggunakan kotak atau polisterin
sahaja untuk menghasilkan bahan bantu mengajar seperti ini. Kami mula terfikir
untuk menghasilkan sebuah roda dalam bentuk 3D yang betul-betul berfungsi
dan boleh digunakan berulang kali.
Oleh sebab itu, kami telah memutuskan untuk menggunakan material
yang ringan dan sesuai iaitu besi dan keluli agar ia tidak mudah rosak dan patah.
Setelah idea ini terhasil, kami dengan segera membuat lakaran kasar produk
permainan yang menarik hati dan dirasakan terbaik. Seterusnya, kami
mengaplikasikan daripada apa yang dilakar dalam lukisan kepada produk
sebenar.
2.7 : DESKRIPSI PROJEKRoda Serbaguna dihasilkan bertujuan bagi mempelbagaikan kaedah
penyampaian ilmu oleh guru. Produk ini sesuai digunakan bagi memantapkan
ingatan murid-murid berkenaan sesuatu tajuk atau pelajaran. Bahan bantu
mengajar ini dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pengajaran guru
dan lebih sesuai digunakan berbanding mengajar menggunakan kaedah ‘chalk
and talk’. Tambahan pula, ia boleh digunakan dalam mana-mana tajuk yang
dirasakan sesuai oleh guru. Projek Roda Serbaguna ini menggunakan rim
basikal yang berdiameter 20 inci dan 1.5 inci tebal. Ketinggian projek ini ialah 30
cm. Saiz ini adalah amat sesuai dengan projek dan mudah dibawa oleh guru ke
| DOKUMENTASI PRODUK 7
mana-mana sahaja. Ia juda mudah dialihkan, mudah disimpan serta
tidakmenggunakan ruang yang besar. Walaubagaimanpun, ia tidaklah terlalu
kecil dan sesuai dimainkan oleh sekumpulan murid antara 4-6 orang.
LUKISAN
PROJEK
| DOKUMENTASI PRODUK 8
Setelah memutuskan untuk menghasilkan Roda Serbaguna, kami mengumpul
bahan dan alatan yang diperlukan seperti rim basikal, jangka lukis, mounting
board, gam, pisau penanda dan kertas warna.
Setelah mendapatkan bahan yang diperlukan, roda basikal itu perlu di’welding’
terlebih dahulu bagi mendapatkan tapak yang kukuh dan stabil untuk projek Roda
Serbaguna tersebut.
| DOKUMENTASI PRODUK 15
Langkah kedua ialah menggunting mounting board tersebut kepada dua kepingan
bulatan yang lebih kecil untuk menutup permukaan roda basikal.
Langkah ketiga ialah menampal mounting board tersebut di atas permukaan roda
basikal dan melekatkan setiap kepingan tersebut dengan kemas dan kukuh.
| DOKUMENTASI PRODUK 16
Langkah seterusnya ialah melekatkan permukaan tersebut dengan kertas lain
yang dipilih serta membahagikan bulatan kepada 8 bahagian.
Langkah terakhir ialah menghias roda tersebut dengan hiasan dan aksesori yang
sesuai berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
| DOKUMENTASI PRODUK 17
5.0) NILAI ESTETIKAREKA BENTUK MENARIK
Roda Serbaguna ini mempunyai reka bentuk yang menarik. Walaupun rekaan
sebegini selalu dijumpai namun kita biasanya melihat roda yang dihasilkan
menggunakan kotak atau polisterin. Tambahan pula, warna yang dipilih dalam
menghasilkan Roda Serbaguna ini membuatkan ia tampak menarik dan ceria.
TAHAN LAMA
Roda Serbaguna ini mempunyai ketahanan yang tinggi dan tahan lama kerana
keseluruhan badannya dihasilkan daripada besi dan keluli. Oleh sebab itu, ia
tidak akan menyerap air, tahan bebanan haba yang tinggi serta tidak mudah
patah.
PELBAGAI GUNA / MULTIFUNCTION
Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran
dan tidak memfokuskan hanya kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan permainan ini untuk
memantapkan ingatan murid terhadap nama dan kegunaan alatan tangan dalam
tajuk-tajuk Kemahiran Hidup dan murid akan lebih berminat terhadap kaedah
pengajaran seperti ini.
NILAI KOMERSIAL
Roda Serbaguna ini bersesuaian dengan sasaran pasaran kerana reka bentuk
yang menarik dan ceria, sifat katahanlasakan dan kestabilan yang tinggi serta
mempunyai pelbagai kegunaan.
STABIL DAN KUKUH
| DOKUMENTASI PRODUK 19
Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh menahan bebanan, serta mempunyai
kestabilan yang tinggi. Selain itu, sifat permainan ini yang ringan dan kecil
menjadikan ia boleh dibawa ke mana sahaja.
KOS
PROJEK
| DOKUMENTASI PRODUK 20
6.0) KOS MEMBUAT PROJEKA) Kos Barangan
BIL BARANGAN HARGA
SEUNIT(RM)
KUANTITI JUMLAH
1 Rim basikal 40.00 1 unit RM 40.00
2 Welding 30.00 1 unit RM 30.00
3 Mounting board 6.00 1 keping RM 6.00
5 Gam UHU 2.50 1 unit RM 2.50
6 Nylon Cable Tie 2.00 1 paket RM 2.00
7 Kertas warna 0.20 10 keping RM 2.00
Jumlah RM 82.50
| DOKUMENTASI PRODUK 21
CARTA
GANTT
7.0) CARTA GANTTBULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER
AKTIVITI 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
| DOKUMENTASI PRODUK 23
Mengenalpasti idea
Mencari contoh projek yang telah siap
Membuat lakaran awal projek
Menghasilkan lukisan projek
Mengumpul bahan dan alatan yang
diperlukan
Menyiapkan bahagian tapak roda
Mencantumkan bahagian permukaan roda
Menghias roda
Membuat dokumentasi
| DOKUMENTASI PRODUK 24
REFLEKSI
KENDIRI
8.0) REFLEKSI Alhamdulillah, akhirnya projek bagi Semester 8 yakni semester terakhir
kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana saya diberi kekuatan untuk menyiapkan projek ini yang telah bermula
| DOKUMENTASI PRODUK 25
selepas saya menjalani amali RBT 3116 iaitu bagi subjek Proses dan Kaedah
Reka Bentuk.
Pada detik-detik awal mendapat tugasan ini, saya merasakan bahawa
tugasan ini sedikit sukar kerana tidak banyak bahan bantu mengajar
berkonsepkan permainan yang boleh dihasilkan dengan reka bentuk yang
menarik. Tambahan pula, permainan jenis ini adalah sangat terbatas dan saya
tidak mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkenaan inovasi produk
seperti ini. Namun begitu, apabila difikirkan kembali, saya menerima tugasan ini
dengan ikhlas kerana memikirkan tanggungjawab sebagai seorang guru kelak.
Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mantap, mana mungkin beliau dihormati oleh pelajar-pelajar.
Atas rasa kesedaran itulah, saya berusaha untuk mencari maklumat dan
membuat rujukan untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran tentang reka
cipta produk yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah saya yang berdedikasi
iaitu Encik Abdul Sukur bin Kamsir, saya akhirnya berjaya menyiapkan projek ini
sedikit demi sedikit dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan beliau.
Proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan
yang terdapat pada diri dan projek yang dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan
pada masa hadapan.
| DOKUMENTASI PRODUK 26
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Proses dan Kaedah Reka
Bentuk ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya
lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
Akhir sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah
S.W.T kerana dengan inayahNya, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan
ini dengan baik dan sempurna.InsyaALLAH.
Wassalam…..
| DOKUMENTASI PRODUK 27
9.0) BIBLIOGRAFISumber Buku
Caborn, Mould dan Cave, (1989). Design and Technology. Nelson International
Edition : Penang.
Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin,(2003). Buku Sumber Reka Cipta Tingkatan
4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Buku Sumber Pelajar Reka Cipta
Sekolah Menengah Atas. Pusat Perkembangan Kurikulum : Kuala
Lumpur
Laman Sesawang
http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50170636/
&docid=CJASnaqvN9KGcM&imgurl
http://www.google.com.my/imgres?
start=171&biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbnid=43FAAQVerHILXM:&imgrefurl=h
| DOKUMENTASI PRODUK 29
ttp://www.archiproducts.com/en/products/32359/museum-food-trolley-with-
drawers-museum-529-
http://www.google.com.my/imgres?
biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbnid=mNnle9jxamnOOM:&imgrefurl=http://
www.fastcompany.com/1239221/milan-furniture-preview-five-eye-popping-drool-
worthy-desi
| DOKUMENTASI PRODUK 30